Anda di halaman 1dari 7

Latar belakang dan konsep realisme.

Secara umumnya, realisme merujuk kepada konsep kekuasaan dan penaklukan terhadap sesuatu atau sesebuah negara bangsa. Maka, teori ini tercenderung untuk menggunakan kuasa pertahanan dalam mengukuhkan kedudukan mereka dan sikap negara ini dikenali dalam menjaga kepentingan sendiri atau dikenali sebagai national interests. Selain itu, pandangan umum juga mengaitkan teori ini dalam konsep anarki iaitu tiada elemen pemusatan kuasa tetapi konsep yang digunapakai adalah persaingan diantara satu sama lain terutama dari aspek modenisasi ketenteraan. Negara yang menggunapakai teori ini akan sentiasa mempertingkatkan aspek ketenteraan sama ada dari aspek kuantiti dan kualiti sumber tenaga mahupun peralatan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan mereka menguasai sesuatu negara bangsa dan digeruni oleh negara yang lain. Amnya, Ideologi realisme telah muncul pada zaman Empayar Greek dan Yunani. Buktinya dapat dilihat dalam karya A History Of Philoponnesian War oleh karya Thucydidas dimana berlakunya peperangan di antara Sparta dan Athens pada zaman greek. Selain itu, antara karya lain adalah The Prince yang ditulis oleh Nicolo Machiavelli serta diaplikasikan pada era Sun Tzu yang boleh dilihat buktinya dalam karya The Art Of War. Kemunculan ideologi realisme adalah disebabkan oleh kelemahan ideologi idealisme yang diamalkan pada masa itu. Ideologi idealisme dilihat terlalu lemah untuk digunakapakai kerana ianya kurang bersesuaian dengan realiti hubungan antarabangsa disebabkan oleh terasnya yang terlalu perspektif dan normatif iaitu sifat manusia yang digambarkan terlalu positif. Kelemahan idealisme semakin ketara apabila ideologi ini gagal mengelakkan berlakunya peperangan untuk kali yang kedua selepas berlakunya perang dunia kedua. Tambahan pula, idealisme menekankan konsep kepentingan bersama yang mana dunia sekarang memerlukan satu konep yang bersifat universal iaitu kepentingan nasional. Atas faktor ini, E.H.Carr telah melahirkan satu ideologi yang berteraskan kuasa yang merupakan satu elemen yang sangat penting dalam meninggikan martabat sesebuah negara. Merujuk kepada Hans Morgenthau (1984) dalam Politic Among Nations: The Struggle For Power And Peace, beliau telah menyenaraikan enam prinsip yang menjelaskan senario relisme ini, antaranya politikal realisme yang menolak kepada aspek moraliti dalam mengembangkan kekuasaannya. Konsep ini ditekankan dalam teori realism yang telah dipecahkan kepada dua iaitu teori pengimbangan kuasa dan teori kestabilan hegemoni. Konsep balancing of power menunjukkan pendekatan agresif yang digunakan oleh sesebuah negara terhadap negara yang lain dalam memastikan kedua-dua kuasanya adalah seimbang. Kebiasaannya, perebutan terhadap sesebuah negara atau kawasan adalah disebabkan oleh faktor alam semulajadi seperti penguasaaan sumber petroleum dan gas kerana ianya merupakan bahan bakar utama dunia dan akan menguntungkan setiap negara yang menguasainya. Tambahan pula, ianya bole dijadikan sebagai dana untuk menjana kepada aspek ketenteraan. Aspek yang seterusnya adalah berkait dengan kuasa hegemoni atau dalam kata mudahnya ialah sifat negara bangsa yang berkuasa dan tercenderung untuk meluaskan pengaruh dan empayarnya. Contohnya, kuasa hegemoni amerika syarikat dalam aspek pembinaan pengkalan tenteranya bukan sahaja di tanah airnya tetapi di seluruh negara di dunia melalui polisi global military terutama di kawasan asia tenggara seperti selat melaka. Hal ini bertujuan untuk menyekat kemaraan pengaruh china yang semakin giat berkembang terutama apabila isu perebutan Pulau Sparkly. Pendekatan teoritikal realisme turut merujuk kepada sikap aktor dalam sesebuah negara bangsa yang cuba mewujudkan dilema keselamatan. Dilema keselamatan ini merujuk kepada tindakan sesebuah negara yang menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan militari yang

menggunkan peningkatan bajet. Tindakan mereka telah menyebabkan wujudnya perasaan skeptikal atau takut terhadap negara lain, terutama negara serantau maka, ianya menyebabkan negara lain turut terlibat dalam perlumbaan persenjataan. Contohnya, melalui hubungan strategik ketenteraan antara Singapura dengan Israel sejak 1967 yang telah telah menimbulkan respon negatif atau spektikal dari negara jiran terutama daripada negara yang mempunyai populasi penduduk muslim. Terdapat dua faktor penarik kepada peningkatan bajet militari di asean iaitu pergelutan wilayah secara berterusan dan perasaan takut terhadap kebangkitan militari China. Buktinya melalui isu Spratly yang telah membawa kepada provokasi kecil antara negara asean termasuk China dan Taiwan serta secara lansung menyebabkan negara ini mula meningkatkan keupayaan masing-masing sekaligus mencetuskan arms race. Ancaman negara China melalui perlancaran Kapal Perang Lioninh pada 25 september 2012 telah meletakkan Asean dalam kondosi berjaga-jaga terutama apabila terdapatnya syor daripada Amerika Syarikat. Pada 2010, DVB telah membocorkan maklumat mengenai pembinaan senjata nuklear bawah tanah Myammar yang dipercayai mendapat bantuan daripada Korea Utara. Situasi ini mendorong kepada perlumbaan senjata nuklear di Asean. Maka, realisme merupakan suatu teori yang menggunakan kuasa dalam memelihara aset mereka selain umum melihat teori ini kepada konsep yang anarki. Walau bagaimanapun, konsep ini masih dilihat sebagai releven dalam menjana kestabilan tetapi ianya bergantung kepada kebijaksanaan negara-negara yang menggunakannya terutama negara yang besar.

Pandangan sarjana mengenai realisme. Thucydides (The History Of Peloponessian War) Beliau merupakan salah seorang sarjana realisme yang tertua dan digelar sebagai bapa realisme. beliau menulis buku mengenai peloponessian war kerana beliau merupakan jeneral dalam perang Peloponessian War di antara Athens dan juga Sparta. Hal itu menyebabkan beliau banyak menekankan mengenai kuasa dan berpendapat bahawa negara harus mendapatkan serta mengekalkan kuasa. Menerut beliau, kuasa adalah penting untuk meneruskan kelangsungan sesebuah negara manakala persoalan mengenai moraliti adalah persoalan yang terlalu relatif dan hanya boleh didefinisikan dan ditentukan oleh negara yang mempunyai berpengaruh terutama dari aspek penguasaan ekonomi. Manakala, dalam konsep pakatan, Thucydides menolak kepada fungsi pakatan kerana menurut beliau pakatan tidak akan membawa kepada sebarang pertolongan dan sebaiknya negara tersebut mengelakkan diri daripada terlibat dengan pakatan. Hal ini boleh diperhalusi melalui masalah classic catch 22 yang mana ianya bermaksud negara tidak mengetahui sama ada dapat membantu jika berlakunya konflik sehingga terjadi situasi dimana negara benar-benar memerlukan pertolongan. Oleh itu, Thucydides beranggapan bahawa negara tidak seharusnya menyertai pakatan sebaliknya berusaha mempertingkatkan pertahanan negara sendiri dan menjajah negara lain. Niccolo Machiavelli (The Prince) Pandangan beliau turut berteraskan kepada kepentingan kuasa sama seperti pandangan Thucydides. Melalui penulisan beliau di dalam buku the prince, machiavelli banyak menyatakan mengenai cara-cara pemerintahan yang baik dan tindakan yang harus diambil oleh seseorang pemerintah. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus mengelakkan daripada memikirkan mengenai moraliti kehidupan dan keadilan sebaliknya, pemimpin harus memikirkan cara untuk mengekalkan kuasa dan meluaskan kekuasaannya. Menurut beliau, segala bentuk cara adalah dibolehkan asalkan ianya dapat mencapai matlamat seperti

kekejaman dan penindasan demi mengekalkan kuasa dan untuk terus bertahan dalam politik antarabangsa. Beliaun turut menolak funsi pakatan kerana menurut beliau, pakatan akan menyebabkan pemerintah akan mengabaikan tugas dan fokusnya dalam memajukan negara tetapi terpaksa mengutamakan kepentingan dan kehendak pakatan. Hans. J. Morgenthau Didalam buku yang bertajuk politics among nations, beliau menyatakan realis merupakan golongan yang skeptikal terhadap sifat semula jadi. Bagi realis, konflik merupakan sesuatu yang inherent dan tidak dapat dielakkan sehingga mereka merasakan bahawa tidak akan berlaku perdamaian yang bertujuan untuk menstabilkan sesuatu sistem. Realisme memfokuskan analisisnya kepadan konsep kuasa dan outonomi dalam interaksi internasional iaitu mereka berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa tiada nilai interaksi antara negara kerana yang wujudnya hanya konsep self help atau dengan kata lain sendiri tanggung ditambah dengan mempercayai bahawa militari adalah langkah yang paling efektif dan relevan. Thomas Hobbes. Hobbes pula memfokuskan kepada politik dalama dan matlamat Hobbes adalah untuk memenuhi keperluan kuasa serta pemusatannya adalah berfokuskan kepada kekuasaan politik semata-mata. Hobbes tidak mempertikaikan state of nature itu adalah memang wujud ataupun tidak tetapi menurut beliau, state of nature merupakan hasil daripada eksperimen iaitu bayangan dunia yang bakal berlaku tanpa autoriti kerajaan atau struktur sosial yang lain. Beliau turut melihat manusia jauh daripada situasi hypothical dengan menyatakan persetujuan meletakkan kuasa secara sepenuhnya kepada kedaulatan yang boleh mengekalkan order dan seterusnya menamatkan anarki dalam state of nature. E.H. Carr Carr atau nama sebenarnya edwart hallett carr dalam penulisannya the twnty years crisis 19919-1939, menyalahkan pemimpin tertentu kerana berlakunya perang dunia kedua kerana menurut beliau, to anlyse the yndelying and significant, rather than the immediate and personal, cause of the disaster. Bagi carr, politik terdiri daripada dua elemen iaitu berkait dan reliti, nilai dan kuasa. Secara tidak langsung, Carr telah mengkritik pemikiran idealist iaitu idealist dunia boleh diubah melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) padahal ianya merupakan suatu oemikiran yang tidak berdasarkan kepada dunia yang sebenar dan tidak logik kerana jika mahu mengubah dunia maka, satu bentuk kerajaan yang kuat perlu ditubuhkan dan ianya dapat dihasilkan melalui pengaruh dan kuasa.

Teori realisme dengan hubungan antarabangsa. Menurut Nor Azizan Idris (2012), secara tradisi, teori realisme dianggap sebagai satu paradigma yang dominan dalam bidang hubungan antarabangsa terutama dalam subbidang kajian keselamatan negara. Walaupuan konsep realisme yang banyak menfokuskan terhadap aspek kuasa, anarki, militari dan senjata namun, kerap kali para sarjana menolak andaian yang wujud dalam teori ini. Sekitar tahun 1970-an, is-isu ekonomi mula mendapat tempat dalam agenda keselamatan setelah berlakunya krisis minyak pada masa tersebut. Kebimbangan terhadap kemunculan perang dingin yang melibatkan senjata nukleur pada masa itu telah mula memuncak kerana terdapat pelumbaan terhadap negara-negara yang berpengaruh terhadap pembinaan senjata nuklear yang bertujuan untuk menjaga keselamatn negara sehingga menjelang tahun 1980-an yang mana senjata nuklear ditempatkan atas nama keselamatan nasional walaupun hakikatnya ia telah meningkatkan rasa takut dalam kalangan penduduk dunia. Contohnya seperti penggunaan senjata nuklear oleh sesetengah negara adalah disebabkan oleh rasa terancam terhadap sesuatu kuasa dan negara tersebut menyediakan pertahanan menggunakan teknologi. Seperti penggunaan senjata nuklear oleh negara Jepun dan Korea Utara terutamanya. Hubungan diplomat antara china dan jepun tidak pernah akrab, hal ini disebabkan oleh faktor negara china yang menjadi musuh tradisi jepun. Tambahan lagi, isu Taiwan yang menjadi sumber ancaman kerana sekiranya tercetus konflik ketenteraan, ianya akan menyebabkan ketidakstabilan negara jepun kerana kedudukannya yang hampir. Oleh itu, jepun terpaksa membenarkan amerika syarikat menggunakan pengkalannya di jepun untuk tujuan pertahanan sekiranya diserang oleh china. Pertukaran dialog keselamatan dan pertahanan jepun, vietnam dan india juga kerap diadakan atas tujuan yang sama. Selain itu, tokyo bimbang dengan penguasaan ekonomi di rantau asia akan beralih kepada china kerana pertumbuhaan ekonomi china yang dilihat agak memberangsangkan. Hal ini ditambah lagi dengan perletakkan peluru berpandu negara china kepada jepun namun ianya tidak membimbangkan jepun kerana telah mendapat pertahanan daripada pihak amerika syarikat. Menurut pandangan pendokong realisme, sekiranya Amerika Syarikat tidak menyediakan perlindungan keselamatan atas Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, berkemungkinan ketiga-tiga negara tersebut akan mempunyai tendesi menuju kepada pemilikan senjata nuklear kerana jiran-jiran negara mereka berpotensi menjadi musuh dan ancaman. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kuasa diperlukan untuk menakutkan negara yang kecil dimana China berjaya reasakan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan terancam dengan kedudukannya dan menyebabkan negara tersebut meminta perlindungan daripada Amerika Syarikat yang dilihat lebih besar dan berpengaruh. Namun pada masa yang sama, dalam artikel yang bertajuk Nuclear Power In The Post-Cold War Era: The Development Of Chinas Nuclear Strategy pada tahun 1999 menyatakan bahawa china telah bergerak setapak ke hadapan melalui Strategic Missile Force (SMF) Of The People Liberation Army. Strategi ini berperanan untuk memastikan pasukan nuklear china terhindar daripada pengintipan luaran dan dalaman serta bersedia melancarkan serangan selepas mengubah strategi daripada hiding force kepada fighting force.

Pandangan/ komentar mengenai realisme. Pada pandangan saya, teori realisme boleh dikatakan tidak bersesuaian dengan dunia masa kini kerana ianya hanya mementingkan kuasa semata-mata dan menolak moraliti manusia secara total. Sedangkan jika dilihat, masyarakat dunia kini semakin terbuka minda dan menolak kepada kekerasan dan kekejaman hatta mereka berlainan agama, bangsa serta budaya. Pandangan saya ini diperkukuhkan lagi dengan kritikan para sarjana terhadap golongan realis yang telah menggunakan nama kepentingan dan keselamatan bagi menghalalkan penggunaan kuasa dan kekuatan ketenteraan. Hatta mereka mengetahui bahawa ianya hanya menimbulkan konflik yang mana terdapat negara-negar besar ini menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk menindas negara yang kecil seperti yang dilakukan oleh amerika syarikat terhadap palestin. Rasionalnya, peratusan berlakunya peperangan antara kuasa-kuasa besar telah berkurangan malahan fungsi ketenteraan juga hanya bertindak sebagai benteng pertahanan dan bukannya sebagai sumber keselamatan secara menyeluruh. Hal ini kerana perdebatan kontemporari berkaitan ciri keselamatan dan kajian mengenai keselamatan turut berubah. Menurut Stephen Walt dalam Nor Azizan Idris (2012), menyatakan definisi kajian keselamatan selama ini adalah berasaskan pemikiran tradisional iaitu keselamatan merujuk kepada keselamatan negara semata-mata, yang akan diancam oleh penggunaan pengaruh ketenteraan negara lain maka individu dan negara tersebut akan mula mempersiapkan diri dan kedaulatan negaranya agar tidak dicerobohi. Menurut Bary Buzan dalam penulisan beliau yang bertajuk People, State And Fear menyatakan bahawa konsep keselamatan itu perlu dilihat dengan lebih luas lagi yang mana ianya harus merangkumi lima konsep utama iaitu ketenteraan, politik, ekonomi, sistem sosial dan alam sekitar. Namun, pada masa yang sama, beliau tidak menolak fungsi ketenteraan sebagai penyerang kerana walaubagaimanapun, tetap terdapat unsur realisme dalam hubungan antarabangsa. Selain itu, kedinamikan keselamatan turut bergantung kepada aktor dan objek rujukan, aktor merujuk kepada pemimpin politik, birokrasi, kerajaan, kumpulan pelobi dan kumpulan pendesak manakala objek rujukan merujuk kepada perkara yang dilihat sebagai satu ancaman dan boleh dihadapinya. Antara contoh objek rujukan seperti negara (keselamatan ketenteraan), kedaulatan nasional/ideologi (keselamatan politik), ekonomi negara (keselamatan ekonomi), identiti kolektif (keselamatan insan), spesis atau habitat (keselamatan alam sekitar). Ini merupakan satu pendekatan yang melihat kepada pelbagai sektoral merupakan satu anjakan daripada kajian tradisional. Contohnya melalui pertubuhan PBB, Persidangan Stockholm yang berkaitan dengan alam sekitar serta Persidangan Johannesburg. Selain itu, melalui pertubuhan asean, pernah disuarakan pendapat serta saranan agar genjatan senjata dilakukan agar pihak yang bertelagah pada masa itu iaitu palestin dan lebanon dihentikan. Hal tersebut telah disuarakan kepada Amerika Syarikat semasa Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN (PMC)

Lampiran Enam prinsip utama realism oleh Hans J. Morghentau Dalam Penulisan Politics Among Nations: The Struggle For Power And Peace (1948): Politics, like society in general, is governed by objective laws that have their roots in human nature which is unchanging: therefore it is possible to develop a rational theory that reflects these objective laws. 2. The main signpost of political realism is the concept of interest defined in terms of power which infuses rational order into the subject matter of politics, and thus makes the theoretical understanding of politics possible. Political realism stresses the rational, objective and unemotional. 3. Realism assumes that interest defined as power is an objective category which is universally valid but not with a meaning that is fixed once and for all. Power is the control of man over man. 4. Political realism is aware of the moral significance of political action. it is also aware of the tension between moral command and the requirements of successful political action. 5. Political realism refuses to identify the moral aspirations of a particular nation with the moral laws that govern the universe. It is the concept for interest defined in terms of power that saves us from the moral excess and political folly. 6. The political realist maintains the autonomy of the political sphere. He asks How does this policy affect the power of the nation? Political realism is based on a pluralistic conception of human nature. A man who was nothing but political man would be a beast, for he would be completely lacking in moral restraints. But, in order to develop an autonomous theory of political behavior, political man must be abstracted from other aspects of human nature.

Bibliografi Joseph Frankel (1994).Teori Antarabangsa Sezaman Dan Tingkah Manusia.Terjemahan:Md.Janib Johari. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Laku

K.J Holsti (1993). Politik Antarabangsa:Suatu Rangka Kerja Analisis. Penterjemah.Hj Hassan Ahmad. Prentice Hall: USA. Md. Nasrudin Md. Akhir (2006). Pertahanan Jepun: Ancaman Senjata Nuklear Di Asia Timur. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nor Azizan Idris (2012). Dari Pendekatan Realisme Ke Perspektif Kritikal: Menyelusuri Kajian Keselamatan Semasa Dan Pasca Perang Dingin. Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.