Anda di halaman 1dari 16

Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)1

1.0 PENGENALAN

Sudah banyak ulasan mengenai hak kaum-kaum majoriti dan minoriti di Malaysia
melalui media massa ataupun kenyataan dari pemimpin politik atau orang
perseorangan. Semuanya menjurus kepada pendapat masing-masing. Bagaimana pun
itu adalah hak untuk kebebasan bersuara sejajar dengan prinsip demokrasi negara.

Harus diingat bahawa kerjasama antara semua kaum yang ada perlu dikekalkan
hasil dari persefahaman sejarah dan persetujuan pemimpin-pemimpin yang terdahulu.
Tidak kira samada persefahaman itu dalam bentuk perundangan, persetujuan
perbincangan atau apa sahaja bentuknya.

Dalam pada negara di luar sana yang kagum dan mengiktiraf kejayaan Malaysia
mengekalkan perpaduan kaum, tidak ada sebab kenapa rakyat di negara ini pula yang
tidak mahu mempertahankannya. Kita patut hindari unsur perpecahan yang langsung
jelas tidak memberi faedah kepada mengekalkan perpaduan dan kestabilan negara ini.

Di dalam meniti hasil perpaduan yang kita nikmati sekarang ada baiknya kita
buat sedikit perbandingan tentang keadaan yang berlaku di negara-negara lain yang
kucar-kacir dengan peperangan, kemiskinanan melarat, ketidakstabilan kerajaan dan
lain-lain perkara yang kita sendiri pun tidak mahu sekiranya ia berlaku di negara ini.

Tidak ada salahnya pemimpin sekarang hanya perlu mengikuti model


persetujuan perpaduan kaum yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu. Tidak perlu
adanya pertelagahan dan sementara usaha penambahbaikan untuk kepentingan
semua kaum boleh dilakukan dari masa ke semasa.

Negara Malaysia terkenal dengan penduduknya yang mempunyai pelbagai


kaum, agama, budaya, adat resam, dan fahaman politik. Oleh itu, mereka semua
haruslah berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat bersama. Sesuai
dengan ini, perpaduan antara mereka yang telah wujud sejak dahulu haruslah
diperkukuhkan lagi bagi mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)2

Bagi mengukuhkan lagi perpaduan antara mereka, satu konsep telah diwujudkan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul
Razak, iaitu 1malaysia. Menurut Dato’ Seri Mohd Najib, 1Malaysia adalah satu gagasan
bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia.

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People.
Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita”

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia. One People” menyeru rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir
melebihi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga dituntut mewujudkan tindakan
yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Sebagai contoh bangsa Melayu,
diseru tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta
tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang membawa
kepada kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain,
mereka dituntut melakukan perkara yang sama. Sementara ayat “dan kita mengambil
tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”
lebih menghala dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Frasa ini bermakna
kepimpinan negara akan mengikuti dan memenuhi segala keperluan dan hak semua
kaum dan etnik di Malaysia.

1Malaysia juga mengajak kepada perpaduan. Perpaduan adalah konteks yang


luas. Iaitu melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya sebagai
contoh, idea menyatukan sektor swasta dan kerajaan dalam perkongsian kepakaran
iaitu dengan meminjamkan pegawai ke sektor swasta dan sebaliknya adalah tindakan
1Malaysia.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)3

Tambahan pula, 1Malaysia juga akan mewujudkan suasana di mana semua


rakyat tidak akan merasa terpinggir dan dianggap kelas kedua sebagaimana persepsi
kaum India, mereka bersama-sama berpeluang dalam pelbagai sektor untuk terus maju
ke hadapan. Hari ini sektor awam telah diisi oleh kaum bukan bumiputera dan ia juga
adalah tindakan 1Malaysia.

Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya adalah kesinambungan


kepada apa yang diperjuangkan semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi
Perdana Menteri Malaysia. Selama ini pun, Malaysia berjaya kerana kita menjadikan
perpaduan rakyat yang ada sebagai sumber ketahanan negara kita walaupun kita telah
menyaksikan banyak negara di dunia telah hancur disebabkan oleh faktor perpecahan
perpaduan itu sendiri. Malah, kita juga telah merasai sedikit sebanyak bagaimana
perpaduan yang tidak diurus dengan betul telah hampir menghancurkan negara apabila
satu berlaku rusuhan besar pada 13 Mei 1979.

Dalam aspek perpaduan ini, sesungguhnya ia adalah ramuan paling penting


dalam memastikan kemajuan dan pembangunan sesebuah negara kerana rakyatnya
menjalankan tanggungjawab secara bersama-sama. Untuk aspek perpaduan ini, ambil
sahaja negara-negara jiran lain sebagai contoh apabila nipisnya ikatan persefahaman
yang ada. Kekacauan dan ketidaktenteraman yang berlaku hinggakan alasan
demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi alasan ekoran tidak disertai dengan
pemikiran rasional rakyatnya yang hanya menyumbangkan kepada kehancuran
sesebuah negara.

1Malaysia juga dapat memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat


Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara utama yang perlu
diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah nilai hormat menghormati, keikhlasan
dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah
organisasi yang mengutamakan pencapaian berdasarkan keutamaan rakyat sebagai
mana tema YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)4

2.0 ISI-ISI
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia
agar dapat memupuk dan mewujudkan suatu pemikiran yang menumpukan kepada satu
matlamat bagi menjaga nama baik Malaysia. Lapan nilai- nilai tersebut adalah:
i. Budaya Kecemerlangan
ii. Ketabahan
iii. Rendah Hati
iv. Penerimaan
v. Kesetiaan
vi. Meritokrasi
vii. Pendidikan
viii. Integriti

2.1 Menjadi Masyarakat yang Meletakkan Pendidikan dan Pengetahuan


Melebihi Segalanya.

Pendidikan bukan semata-mata melahirkan seorang insan akademik...ianya


mengenai seorang yang menerima pendidikan dalam hati dan minda. Inilah tujuan
sebenar pendidikan. Kita tahu bahawa bagi mewujudkan suatu organisasi yang berjaya,
bukan sahaja memerlukan ahlinya yang bersatu padu. Malah, pendidikan dan
pengetahuan yang tinggi juga penting agar sesuatu keputusan yang dibuat dalam
organisasi tersebut adalah keputusan yang bernas dan berasaskan pengetahuan.
Pendidikan dan pengetahuan adalah satu perkara penting bagi mana-mana negara
yang inginkan kejayaan. Seperti apa yang yang kita lihat, hanya empayar yang
berteraskan akal sahaja yang terus wujud.

Kita dapat lihat empayar yang berteraskan ketenteraan tidak bertahan dan tidak
akan mampu bertahan. Oleh itu marilah kita melihat nilai pendidikan dan pengetahuan
dari konteks keseluruhannya. Kita mesti memiliki masyarakat yang memandang
bahawa pendidikan dan pengetahuan itu adalah penting daripada segalanya. Walau
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)5

bagaimanapun, perkara ini haruslah disepadukan dengan nilai agar masyarakat tidak
melakukannya dengan cara yang tidak baik.

Ilmu pengetahuan sangat penting seperti sabda Rasulullah s.a.w yang


maksudnya:

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang
selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)
dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya
engkau akan binasa.”
(al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T.
Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi
orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha
mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada.Menjadikan dirinya orang berilmu yang
mengajarkan ilmunya kepada orang lain, menjadi orang yang menuntut ilmu,
mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu, menghormati atau mencintai salah satu
atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu
akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau
rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya
ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan
yang buruk.

Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang
dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang
bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat
memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam
kesesatan.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)6

2.2 Budaya Membaca untuk Melahirkan Masyarakat Berfikiran Terbuka

Kita haruslah berfikir bahawa menimba ilmu itu adalah satu nilai yang perlu
dipupuk dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh adalah budaya membaca. Kita
digalakkan untuk membaca walau dimana kita berada. Tetapi bukan sahaja buku teks
formal yang disediakan oleh pihak tertentu, tetapi kita harus memupuk minat membaca
tentang perkara-perkara yang melepasi tembok pemikiran kita seperti membaca dari
internet, majalah, rencana dan sebagainya. Hal in penting agar dapat mewujudkan
masyarakat yang mempunyai minda yang terbuka.

Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat
yang malas membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan dan minat membaca.
Kempen untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang faedah membaca perlu
diadakan secara lebih meluas termasuk mengadakannya di tempat awam seperti di
pusat membeli belah, stesen bas dan di tempat-tempat lain. Pentadbir sekolah atau
institusi pendidikan tinggi pula, perlu mengadakan minggu membaca atau program
yang boleh memupuk diri pelajar untuk membudayakan tabiat membaca.

Sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejak mereka kecil
lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting. Sebelum kanak-kanak boleh membaca,
seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau
menikmati buku secara bercerita. Ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk
membaca. Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan keluaga
dengan membeli buku-buku ilmiah.

Melalui pembacaan yang meluas, kita mampu meletakkan diri kita dalam
keadaan yang berilmu. Kita akan sedar bahawa apabila kita mempunyai minda yang
terbuka, maka perkara yang ditempuhi dan dilalui dapatlah dilalui tanpa mempunyai
masalah yang serius. Jika masalah berlaku, minda kita juga akan bertindak dengan
rasional. Perkara ini menunjukkan bahawa pembacaan yang melua mampu
mewujudkan masyarakat yang berfikiran terbuka.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)7

Pada hari ini, kita dapat lihat bahawa bahan pembacaan boleh didapati di mana
jua kita berada. Masyarakat kita haruslah memupuk sikap membaca ini.di samping
menambah ilmu pengetahuan, kita dapat meletakkan diri di hadapan agar tidak digelar
‘katak di bawah tempurung’ yang tidak mengetahui hal-hal di sekelilingnya. Pembacaan
ini bukanlah tertumpu kepada pembacaan formal sahaja, malah termasuk pembacaan
yang bukan formal. Ini membolehkan masyarakat berfikir melebihi dari biasa.

Kita harus menghayati konsep 1Malaysia dengan sepenuh dan seutuhnya. Pada
saya, pendekatan utama untuk mencapai matlamat ini ialah pendidikan patriotisme.
Memanglah ini bukan perkara baru. Tetapi, satu daripada masalah kita ialah kadang-
kadang kita lupa terhadap perkara yang fundamental. Hanya apabila terhantuk, barulah
kita tengadah.

Contohnya pada suatu ketika dimana kita berdepan dengan dua krisis besar,
iaitu krisis politik selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan krisis
ekonomi apabila kejatuhan nilai wang ringgit. Sebelum ini tak pernah kita berdepan
dengan dua krisis besar yang berlaku secara serentak. Maka kita pun menyuarakan
untuk kembali kepada asasnya dimana kita harus membentuk semula keperibadian dan
kekuatan sebenar kita bagi mengatasi masalah-masalah sebegini.

Tujuan ‘langkah dalaman’ ini dilakukan apabila ‘langkah luaran’ tidak berjaya
untuk mengatasi masalah-masalah negara. Bagi membayangkan perkara ini, mari kita
melihat situasi yang sama. Contohnya ialah dengan mengajar cara-cara berinteraksi.
Masalahnya, tidak kira banyak manapun kita mengajar seseorang itu cara-cara untuk
berinteraksi, kalau pada hakikatnya individu tadi tidak minat,maka ia akan tetap tidak
berkesan dan akan mencuba untuk menghentikan interaksi tersebut. Sebaliknya, jika
dia berjaya diasuh dengan kemahuan untuk berinteraksi dengan orang lain, maka
walaupun tanpa diajar cara-cara berinteraksi, ia akan belajar sendiri cara-cara tersebut.

Begitu jugalah dengan "langkah luaran" dalam pembangunan negara. Kalaupun


ia berkesan, lazimnya, ia hanyalah bersifat sementara. Tidak lama kemudian, masalah
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)8

yang sama berulang, mungkin bentuk sahaja berbeza. Tetapi, sekiranya "langkah
dalaman" diambil, ia akan meninggalkan impak yang lebih lama.

Contohnya, masalah ekonomi hari ini. Selagi "langkah dalaman" tidak diambil
iaitu bagaimana menyelesaikan masalah tamak haloba maka sebanyak manapun
"langkah luaran" membantu menyelesaikannya, masalah ini akan berulang kembali.

1Malaysia adalah langkah dalaman. Kerana itu, ia wajar dihayati dengan langkah
dalaman juga iaitu pendidikan patriotisme. Di samping meneruskan program patriotisme
sedia ada, kita perlu kepada pendidikan "Patriotisme 1Malaysia".

Kini, program patriotism galak dilaksanakan, terutamanya untuk belia. Antaranya


ialah kurikulum baru mata pelajaran sejarah di sekolah, nyanyian lagu dan deklamasi
puisi patriotik di televisyen, nyanyian lagu patriotik di sekolah, Program Latihan Khidmat
Negara dan Perhimpunan Patriotisme sebagai acara tahunan Kementerian Pelajaran

Masyarakat Malaysia juga haruslah mempunyai jiwa yang merdeka. Setiap


perkara yang dihadapi dan dilalui haruslah berlandaskan ilmu. Masyarakat yang
mempunyai jiwa merdeka pasti akan berfikir, berkata-kata dan berbuat sesuatu dengan
berpandukan ilmu. Bukannya dipengaruhi keraguan, mengampu atau dibelenggu
sesuatu.

Patriotisme dari segi definisinya memang tidak berubah, iaitu perasaan cinta dan
saying akan neaga Malaysia. Tetapi, masa dan keadaan akan mengubah fokus
patriotisme itu sendiri. Generasi yang berbeza akan mempengaruhi semangat
patriotisme yang berbeza. Walau bagaimanapun, definisinya masih kekal dan tidak
berubah dalam mana-mana generasi sekalipun.

Bagi generasi yang mengalami zaman penjajahan, focus patriotism mereka


adalah untuk bertahan dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Kemudian, selepas
merdeka mereka memfokuskan patriotisme bagi mengisi kemerdekaan yang telah
dicapai oleh generasi sebelumnya. Bagi yang melalui zaman konfrontasi, fokus mereka
adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru sahaja
terbentuk.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)9

Bagi mereka yang melalui tragedi 13 Mei, fokus patriotisme mereka adalah
memperbaiki dan meningkatkan perpaduan antara kaum manakala mereka yang
melalui kegawatan ekonomi, fokus mereka adalah untuk mempertahan dan
meningkatkan ekonomi negara yang sedang jatuh itu.

Hari ini, apakah pula fokus patriotisme kita? Jawapannya adalah untuk
menjayakan konsep 1Malaysia. Kita haruslah sama-sama menghayati tiga teras, empat
nilai murni dan lapan nilai aspirasi yang telah dinyatakan.

Pendidikan patriotisme perlu disampaikan dengan bijaksana, terutamanya di


kalangan belia. Ini kerana mereka mungkin mempunyai persepsi berbeza terhadap
patriotisme. Berbeza tidak menjadikan mereka kurang patriotik. Mereka cuma mahu
menterjemahkan patriotisme dengan cara mereka. Patriotisme 1Malaysia perlu
meraikan imaginasi mereka.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)10

2.3 Kurikulum Yang Dibangunkan Untuk Ketiga-Tiga Aliran Hendaklah


Menekankan Nilai-Nilai Bersama Yang Perlu Dipupuk Untuk Membentuk Satu
Malaysia.

Ada kenyataan mengatakan bahawa kita punyai masalah kerana kita mempunyai
aliran pendidikan yang berbeza dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan
oleh itu kita tidak mempunyai satu aliran untuk digelar aliran kebangsaan. Sedangkan
pada hakikatnya saliran kebangsaan sendiri telah diubah suai semula untuk
memasukkan sekolah vernacular.

Maka ini menjadi suatu masalah dan cabaran apabila kita tidak member peluang
kepada rakyat Malaysia untuk membesar bersama melalui satu aliran kebangsaan yang
sama dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka diasingkan dimana 97 peratus pelajar
Cina akan memasuki sekolah Cina, manakala 97 peratus pelajar Melayu akan
memasuki sekolah kebangsaan. Maka ini akan membataskan mereka untuk membesar
bersama dan memupuk perpaduan antara kaum semasa berada di sekolah. Walau
bagaimanapun, kita harus lah mencari dan mewujudkan peluang untuk mereka
berinteraksi bersama melalui kurikulum yang sama disertakan dengan nilai yang akan
membawa dan menujukan mereka kepada suatu matlamat yang sama.

Ini dilakukan agar, walaupun mereka terpisah dari segi fizikalnya, namun mereka
bersatu dalam satu system dan nilai yang serupa dan pada satu peringkat mereka ini
akan bertemu dan bersatu semula dalam satu titik persamaaan. Apabila kita bertemu
dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan
lebih baik lagi.

Setakat ini hanya negara Malaysia yang mempunyai pelbagai aliran pendidikan
atau vernacular ini. Orang Cina dan Orang India mempunyai sekolah sendiri, tetapi
tidak orang Melayu dan orang Sabah dan Sarawak. Mereka hanya bersekolah di
sekolah kebangsaan sahaja di mmana ini adalah sekolah untuk semua. System inilah
yang dipakai di seluruh dunia, dimana mereka hanya mempunyai satu saliran
pendidikan bagi mencapai matlamat nasional. Contohnya Thailand, Indonesia malah di
negara-negara maju seperti singapura. Negara-negara ini sanggup mengorbankan
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)11

identity kaum masing-masing bagi mencapai satu perpaduan dan kemajuan negara
masing-masing.

Penyeragaman saliran pendidikan di negara-negara ini telah mampu untuk


menyatukan cara berfikir bangsa itu dan ini sudah tentunya memudahkan proses
melaksanakan apa jua aspirasi negara berkenaan.

Aliran sistem pendidikan yang tidak seragam menyukarkan penyatuan dari segi
cara berfikir serta penyerapan nilai-nilai bersama yang penting dalam mewujudkan
masyarakat yang mampu bersaing pada masa akan datang. Nilai-nilai perpaduan
dalam pendidikan haruslah diberikan perhatian yang serius supaya pemikiran kita tidak
terus dibelenggu dengan pemikiran perkauman yang sempit yang membahayakan
perpaduan negara.

Saranan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir untuk mewujudkan
Sekolah Wawasan harus di berikan pertimbangan yang serius kerana idea ini mampu
menyeragamkan pendidikan dan meningkatkan interaksi di antara pelajar dari berbagai
kaum tanpa menafi atau menjejaskan identiti masing-masing.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)12

2.4 Semua Aliran, Sama Ada Sekolah Kebangsaan , Sekolah Cina Dan
Sekolah India Hendaklah Sentiasa Mencari Peluang Berinteraksi Dengan
Mengadakan Aktiviti Bersama.

Semua jenis aliran sekolah seharusnya memikirkan beberapa cara agar sistem
pendidikan yang berbeza ini dapat dipertemukan dan berinteraksi bersama bagi
mewujudkan perpaduan antara kaum ini. Ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan
dan integrasi kaum di peringkat umur yang muda iaitu di sekolah-sekolah. Pelbagai
aktiviti boleh dijalankan bagi memupuk perpaduan antara mereka termasuklah aktiviti
sukan, perhimpunan besar sempena hari kemerdekaan dan sebagainya.

Program Latihan Khidmat negara juga adalah salah satu aktiviti yang dapat
menyatukan pelajar dari seluruh negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan etnik. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan secara tidak
langsung semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan mereka.

Bersediakah kita untuk mewujudkan sekolah satu aliran demi mewujudkan


perpaduan kaum di negara ini? Jika ya, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh
kaum-kaum yang terdapat di negara ini untuk merealisasikannya. Pengorbanan paling
besar ialah membuang terus rasa `superior' sesuatu kaum ke atas kaum yang lain.

Mungkin berat untuk melakukan pengorbanan ini tetapi negara tidak mempunyai
pilihan lain lagi sekarang jika benar-benar mahu melihat keharmonian yang
berpanjangan. Sikap berlembut dan tolak ansur pemimpin-pemimpin di awal
kemerdekaan dalam pembentukan dasar dan ciri pendidikan negara sehingga
menjadikan terpisah-pisah, perlu dibetulkan. Masa untuk bertindak masih belum
terlambat dan ruang penyelesaian sentiasa terbuka luas.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)13

Demi menghormati perpaduan kaum yang masih baik di negara ini, adalah
penting untuk memberi keyakinan kepada semua kaum bahawa sekolah satu aliran
tidak akan melenyapkan terus identiti suatu kaum. Walaupun menggunakan bahasa
pengantar yang sama iaitu Bahasa Melayu, proses sekolah sealiran ini perlu juga
meneruskan pengajaran bahasa ibunda, kebudayaan dan sejarah pelbagai kaum.

Perkara ini penting kerana dalam menuju kea rah satu bangsa iaitu bangsa
Malaysia, pengetahuan individu terhadap budaya dan sejarah ini adalah suatu asas
untuk suatu kaum memahami kaum yang lain. Sudah tentu dalam jangka masa yang
panjang bergaul, l=belajar bersama mampu memupuk perpaduan dalam kalangan para
pelajar ini.

Perhubungan yang erat ketika di sekolah ini sudah tentu akan berkekalan dan
mudah untuk mereka menjalani kehidupan ketika berada di pengajian yang lebih tinggi,
bekerjaya dan seterusnya menjalani kehidupan seharian pada masa-masa akan
datang. Walau bagaimanapun, pasti ada kesukaran ketika perkara ini dilaksanakan. Ini
kerana hal pendidikan bukanlah hal yang boleh dipandang ringan. Ia merangkumi
pelbagai aspek seperti kebudayaan, sosioekonomi, sejarah dan politik.perkara ini
menyebabkan isu pendidikan menjadi isu yang paling sensitif untuk diperkatakan.

Bagaimanapun, soal sensitiviti ini perlu diketepikan kerana yang lebih penting
sekarang ialah perpaduan. Demi kebaikan bersama, jika langkah besar perlu diambil
maka lakukanlah termasuk menerusi kemahuan politik. Politik adalah kuasa yang paling
layak digunakan untuk menyelesaikan kekusutan isu penting ini. Sekolah Wawasan
yang mendapat tentangan daripada masyarakat Cina yang takutkan kehilangan identiti
kaum mereka, akhirnya terpaksa tunduk kepada kuasa politik.

Bagaimanapun dalam masa usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan konsep


sekolah satu aliran ini, pihak-pihak yang berkaitan perlu bersiap sedia untuk
meyediakan sistem pendidikan lepasan sekolah yang juga semestinya menjurus ke
arah peningkatan perpaduan. Ini kerana walaupun bersama-sama di bawah satu
pendidikan yang sealiranpada masa yang panjang, kemungkinan ikatan perpaduan itu
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)14

akan tercabar apabila mereka memasuki alam dewasa dan pendidikan tinggi tidak
boleh ditolak. Antaranya, penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang lebih
gemar menawarkan program-program berkembar dengan universiti luar negara yang
tidak langsung mempunyai unsur-unsur pembinaan jati diri bangsa Malaysia perlu
dilihat kembali.

Kurikulum dan kiblatnya adalah negara luar. Penubuhan IPTA atau IPTS yang
menjurus kepada kepentingan sesuatu kaum juga perlu difikirkan kembali.
Membetulkan hanya di peringkat sekolah dengan mewujudkan satu aliran pendidikan
tidak akan mengubah apa-apa jika lepasan sekolah ini memasuki sistem sosial yang
tidak sealiran dan dibeza-bezakan berdasarkan kaum selepas itu.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)15

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk

memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin

perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Semua

kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya

perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada

masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan

daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan

fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui

konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-

mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang

mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Dalam konteks pendidikan beberapa perkara yang perlu dilakukan dan

ditekankan adalah egara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan

dan pengetahuan dari segala-galanya. Selain itu, budaya membaca berupaya

melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka dan sekolah

aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India

hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Yang terakhir,kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah

menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)16

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1

Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi

menjayakan konsep ini.