Anda di halaman 1dari 5

1.

PENGENALAN

Teori Realisme bukanlah satu teori yang asing bagi pengkaji sains politik malah teori ini merupakan antara teori yang tertua dan dominan dalam kajian hubungan antarabangsa. Teori Realisme mengambarkan bahawa manusia pada hakikat dan semula jadinya adalah tamak dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu, berlaku pergelutan dalam mendapatkan sesuatu yang terhad seperti kuasa dan menjaga kepentingan sendiri. Menurut Jack Donnelly (2000), sifat semula jadi manusia masih tidak berubah sejak dari zaman purba lagi. Menurut realist, sifat semula jadi ini adalah teras ego dan cenderung ke arah sesuatu yang tidak bermoral. Martin Wright yang merupakan seorang realist, mengambarkan realisme sebagai satu teori percambangan dan teori tentang pembentukan kehidupan yang baik dalam dunia antarabangsa. Realisme juga dilihat sebagai sebuah peraturan yang mengatur tindak-tanduk sesebuah negara untuk mendapatkan keuntungan, manfaat, kepentingan dan kebaikan dengan penglibatan rakyat dalam negara tersebut. Secara umumnya, realisme menekankan konsep kekuasaan (power) sesebuah negara yang cenderung untuk menggunakan kuasa ketenteraan (military power) dan sentiasa menjaga kepentingan negara (national interests) mereka. Realisme juga dikaitkan dengan keadaan anarki dimana tiada pemusatan kuasa yang berlaku. Setiap negara berlumba-lumba untuk mencari peluang dan mengaut keuntungan disamping memperkasakan ketenteraan masing-masing. Konsep realism juga menolak aspek moral sebaliknya lebih memberi perhatian kepada aspek kepentingan dan kuasa. Hans Morgenthau (1904-1980) yang merupakan seorang pengkaji politik antarabangsa abad ke-20, telah menyenaraikan 6 prinsip realisme politik iaitu : 1. Manusia secara semula jadi adalah mementingkan diri sendiri dan sentiasa bersaing antara satu sama lain. 2. Sistem antarabangsa adalah berbentuk anarki kerana tiada kerajaan antarabangsa yang mengawal mereka. 3. Politik antarabangsa adalah usaha untuk mendapatkan kekuasaan dan kepentingan dan boleh mengakibatkan perang. 4. Setiap negara akan mengutamakan kepentingan nasional. 5. Negara memerlukan kekuatan ketenteraan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan pengaruh untuk mempengaruhi negara lain dalam mencapai matlamat. 6. Keupayaan tentera adalah lebih penting berbanding ekonomi dalam perihal keselamatan nasional. Melalui prinsip-prinsip ini, kita boleh mendapatkan gambaran jelas berkaitan Realisme.

HNP3033

Page 1

2.0

PERKEMBANGAN TEORI REALISME Karya Thucydidas yang bertajuk A History of Philoponiannisian telah membuktikan bahawa Realisme telah dipraktikan sejak tamadun Greek dan Yunani lagi. Thucydidas yang hidup pada zaman kegemilangan Greek telah menceritakan pengalamannya menyaksikan perang antara Sparta dan Athens yang disebut sebagai Peloponnesian War yang berlaku pada 431 sehingga 404 sebelum Masihi. Menurut Paul Woodruff (1993), perang berlaku apabila Sparta mengisytiharkan perang terhadap Empayar Athens yang sedang pesan membangun pada ketika itu. Perang ini berlaku disebabkan oleh kepentingan kedua-dua empayar yang mempertahankan sempadan tanah dan laut masing-masing. Di sinilah bermulanya realisme klasik yang menjadi tunjang kepada aliran realisme yang lain. Realisme kembali popular selepas tamat Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 dan berakhir pada tahun 1918. Realisme kembali diterima kerana kelemahan konsep Idealisme yang dipraktikan selama ini yang tidak mampu untuk menghalang Perang Dunia Kedua daripada berlaku. Perang Dunia Kedua yang tercetus pada tahun 1939 dan berakhir pada tahun 1945 telah mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan yang teruk dengan angka korban sebanyak 61 juta orang tentera dan orang awam. Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara besar telah mula menekankan konsep kepentingan nasional berbanding kepentingan bersama sepertimana yang ditekan oleh golongan Idealist. Amerika Syarikat yang pada awalnya tidak terlibat dalam Perang Dunia Pertama akhirnya terpaksa turut berperang apabila Jepun menyerang pengkalan tentera laut mereka dalam insiden Pearl Harbour yang telah memusnahkan 18 kapal perang, 164 jet pejuang, dan membunuh 2400 orang askar dan orang awam. Amerika Syarikat telah bertindak balas untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka dengan berperang bersama-sama dengan tentera bersekutu. Pendekatan Idealisme semakin kurang mendapat sambutan dan perlahan-lahan pendekatan Realisme mendapat tempat. Hal ini kerana pendekatan Idealisme ini sukar untuk dilaksanakan dan terlalu lemah dalam realiti hubungan antarabangsa. Setiap negara sudah pasti akan mengutamakan kepentingan nasional mereka terlebih dahulu berbanding kepentingan bersama. Kuasa menjadi aspek penting dalam menjamin keutuhan sesebuah negara. Selepas Perang Dunia Kedua, telah wujud dua blok di dunia iaitu Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis yang diketuai oleh Russia. Selain daripada negara blok-blok ini, wujud juga negara-negara berkecuali (NAM). Jika dilihat dari luaran, negara yang menjadi anggota blok-blok ini lebih cenderung kepada realisme. Buktinya, mereka bukan sahaja telah menjalani perang-perang besar seperti Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, malah mereka turut menjajah negara-negara kecil dan mengambil kekayaan negara tersebut. Bagi anggota negara NAM pula, mereka lebih menjurus kepada Idealisme. Negara anggota NAM tidak menykong mana-mana blok dan menghargai keamanan. Walau bagaimanapun, unsur realisme sedikit sebanyak masih berada dalam setiap negara terutama dalam hal kepentingan nasional.

HNP3033

Page 2

3.0

SARJANA-SARJANA REALISME

3.1

Thucydides

Thucydides adalah seorang ahli sejarah Yunani yang dilahirkan di Alimos antara tahun 460 dan 455 SM dan meninggal dunia di antara 411 dan 400 SM. Beliau dikenali untuk bukunya A History of Philoponiannisian yang menceritakan perang antara Sparta dan Athens pada abad ke-5. Walaupun banyak pengarang pada waktu itu, banyak maklumat yang kita tahu daripada beliau datang daripada buku ini. Buku ini adalah hasil kerja tunggal beliau dan kita mendapat pandangan peribadi beliau berkenaan kepimpinan Athens. Thucydides merupakan bangsawan Athens yang ia dipercayai berumur 20an atau 30an apabila perang pertama meletus pada 431 SM. Thucydides berjaya menerangkan kepada kita berkaitan bencana Athens pada 430 SM, yang mengorbankan hampir satu pertiga daripada penduduk Athens. Thucydides memberikan kita satu laporan yang terperinci daripada wabak dan kesusahan yang berlaku pada penduduk Athens Thucydides menganggap bahawa perang adalah salah satu jalan untuk menjamin keamanan dan survival sesebuah negara. Dalam keadaan yang anarki, negara tidak mempunyai pilihan lain selain daripada ketenteraan dan kekerasan.

3.2

Niccolo Machiavelli

Dilahirkan pada 3 Mei 1469, di Florence, Itali, Niccol Machiavelli adalah seorang diplomat yang telah berkhidmat selama 14 tahun di Itali sewaktu peristiwa pembuangan keluarga Medici. Apabila keluarga Medici kembali berkuasa pada tahun 1512, Machiavelli telah dihukum penjara. Dia kemudiannya menulis buku yang bertajuk The Prince iaitu sebuah buku berkaitan ahli politik yang menggunakan taktik kejam, mementingkan diri, dan licik. Buku ini telah memberi inspirasi istilah "Machiavelli" dan menjadikan Machiavelli sebagai "bapa teori politik moden." Beliau juga menulis beberapa puisi dan drama. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun, 1527 di Florence, Itali. Menurut Niccolo Machiavelli, nilai politik tertinggi bagi sesebuah negara adalah kebebasan atau kemerdekaan. Untuk memastikan keamanan dan kemerdekaan sesebuah negara dapat dikekalkan, pemerintah perlu memiliki kekuatan dalam mempertahankan kepentingan negara bagaikan singa, serta bijak mencatur strategi.

3.3

Thomas Hobbes

Ahli falsafah Inggeris, Thomas Hobbes (1588-1679), amat terkenal dengan pandangan politiknya dan beliau memegang reputasi yang baik. Dalam falsafah, beliau mempertahankan golongan materialist, nominalist, dan pandangan terhadap empirisme alternatif Cartesian dan Aristotle. Beliau juga penterjemah karya Thucydides dan menulis sejarah sendiri berkaitan Long Parliment.

HNP3033

Page 3

Di dalam beliau yang bertajuk Leviathan (1651), Thomas menghuraikan 3 andaian berkaitan Realisme iaitu : 1. Manusia adalah sama 2. Manusia berinteraksi dalam ruang yang penuh anarki 3. Manusia dihalakan dengan persaingan, rasa tidak percaya, dan kemuliaan. Oleh itu telah muncul konsep bellum omnium contra omnes atau war of all against all . Semua manusia pada dasarnya bersaing demi kepentingan diri sendiri.

4.0

PANDANGAN DAN KRITIKAN Walaupun ramai yang menentang pendekatan Realisme ini, tidak kurang juga mereka yang menyokong. Hal ini kerana, pendekatan-pendekatan ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap negara. Bagi negara besar seperti Amerika, pendekatan Realisme mampu memberi keuntungan kepada negara tersebut. Amerika Syarikat yang terkenal dengan kekuatan tentera dan teknologi canggih tidak teragakagak untuk melancarkan perang dengan negara-negara kecil yang menentangnya. Kita semua sedia maklum bahawa Perang Amerika Afganistan dan Perang Amerika Iraq yang kononnya ingin menentang pengganas itu hanyalah lakonan semata-mata. Niat negara besar itu sebenarnya tertumpu kepada hasil minyak yang mencecah billion dollar yang terletak di perut bumi negara tersebut. Perang seperti ini juga menjadi medan mereka menguji teknologi-teknologi ketenteraan baru seperti Drone, senjata kimia, senjata nuklear, dan banyak lagi. Disamping itu, Amerika telah berjaya menunjukkan kekuatan ketenteraan mereka dan menakutkan kawan mahupun lawan mereka. Perlumbaan senjata nuklear bukanlah sesuatu yang asing bagi negara-negara besar ini. Bagi negara kecil seperti Malaysia pula, prinsip Realisme sememangnya tidak bersesuaian dengan negara kita. Terdapat beberapa faktor yang tidak membenarkan Malaysia mengamalkan Realisme. Ketenteraan Malaysia masih belum mantap. Ketenteraan kita hanya mampu menahan dan menyerang balas serangan daripada negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Apabila peperangan melibatkan blok-blok negara dan kuasa besar, negara kita amat mudah tewas. Tambahan pula, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun. Oleh itu, perbelanjaan negara seharusnya lebih tertumpu kepada aspek pembangunan berbanding dengan ketenteraan. Pendekatan yang diambil oleh Malaysia iaitu berbaikbaik dengan semua negara tanpa mengira aliran poltik dilihat amat wajar. Malaysia perlu mengambil langkah berbaik-baik terutamanya dengan negara-negara jiran untuk mengelakan perang daripada berlaku. Hal ini kerana perang bukan sahaja melambatkan pembangunan sesebuah negara, malah turut mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak. Selain itu, dengan berbaik-baik dengan semua negara, Malaysia dapat menjalankan perdagangan dengan bebas tanpada ada sekatan dari mana-mana blok. Hal ini akan menguntungkan Malaysia dalam jangka masa panjang. Walaupun Malaysia dilihat cenderung kearah Idealisme, seperti melalui misimisi kemanusiaan, penentangan terhadap dasar Aparteit, dan menjadi suara kepada negara dunia ketiaga, namun kepentingan negara tetap menjadi keutamaan. Pemimpin-pemimpin negara kita tidak pernah mengetepikan aspek national interest dan national security. Oleh itu boleh dikatakan semua negara sudah pasti akan menjaga kepentingan nasional mereka, melebihi apa-apa pun secara sedar atau tidak.

HNP3033

Page 4

5.0

PENUTUP

Dalam mengkaji hubungan antarabangsa, kita perlu memahami terlebih dahulu teoriteori yang berkaitan. Pendekatan Realisme merujuk kepada pendekatan yang melibatkan kuasa dan pergelutan setiap negara untuk menjaga kepentingan mereka. Ada antara negara, terutamanya negara besar yang menggunakan pendekatan-pendekatan dalam situasi yang berbeza. Contohnya Amerika Syarikat yang lebih menonjol kepada Realisme, juga bersifat Idealisme dalam situasi tertentu. Contohnya ketika Amerika Syarikat cuba menghentikan penaklukan Rusia terhadap daerah Ukraine. Walau apa pun prinsip yang dipegang oleh negara-negara, ianya tetap kembali kepada kebijaksanaan pemerintah dalam menguruskan hal ehwal luar dan keselamatan negara dalam memastikan kamanan dan kemakmuran negara tercapai. Kepentingan negara harus diutamakan kerana kita tidak mahu terjadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

6.0

BIBLIOGRAFI

Jack Donnelly (2000). Realism and International Relations. United Kingdom: Cambridge University Press. Thucydides dan Paul Woodruff (1993). On Justice, Power, and Human Nature. USA: Hackett Publishing Company, Inc. Sen Molloy (2006). The Hidden History of Realism: A Genealogy of Power Politics. USA: Palgrave Macmillan.
Paul R.Viotti and Mark V.Kauppi .(1999). International Relation Theory.United States: Allyn & Bacon. Joshua S.Golstein and Jon C.pevehouse.(2012) .International relation 10thedition.United States:Pearson

HNP3033

Page 5

Anda mungkin juga menyukai