Anda di halaman 1dari 26

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2014

KOD KURSUS : HBPE3203

PENDIDIKAN LUAR

NAMA PELAJAR

SHARIFAH HASLIN BINTI WAN SARIP

NO. MATRIKULASI

820113135264001

NO. KAD PENGNEALAN

820113135264

NO. TELEFON

017-8981955

E-MEL

sharifahhws@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM MIRI

1|Page

SENARAI KANDUNGAN

TOPIK

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI PENDIDIKAN LUAR

2.1

DEFINISI PERTAMA ( PRIEST, 1986 )

2.2

DEFINISI KEDUA

(HAMMERMAN,HAMMERMAN DAN HAMMERMAN, 2001)

3.0

2.3

DEFINISI KETIGA (ABU BAKAR SIDEK, 2004 )

2.4

DEFINISI KEEMPAT (MEIER DAN MITCHELL, 1993)

2.5

DEFINISI KELIMA (BROOKES, 1994)

PERBANDINGAN AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR

PADA ZAMAN PURBA DAN ERA MODEN


4.0

RANCANGAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

5.0

JADUAL TENTATIF PROGRAM

18

6.0

TENTATIF PROGRAM DAN JUSTIFIKASI AKTIVITI

19

7.0

PENUTUP

23

7.0

BIBLIOGRAFI

24

2|Page

1.0

PENGENALAN

Pendidikan Luar merupakan pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik


darjah bagi mencapai objektif Falsafah pendidikan Kebangsaan. Pendidikan luar
menumpukan kepada penggunaan teknik pembelajaran secara hands-on, untuk mendapat
pengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajar dapat memahami
isi kandungannya dengan lebih mudah dan pelajar boleh cepat mempelajari sesuatu
pembelajaran. Pendidikan luar ini menghubungan pelajar dengan kehidupan luar dan
mendekatkan lagi pelajar dengan ciptaan yang maha Esa dari segi ekologi. Ia merangkumi
banyak subjek yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasi hidup
sebenar di luar bilik darjah. Alam luar digunakan bagi menyempurnakan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada. Maka ia merupakan suatu
pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemen kognitif, psikomotor
dan afektif yang berpusat kepada pelajar. (Priest & Gass, 1997).

Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif akan menyumbang kepada pembinaan
penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajar yang sihat mental dan fizikal
(Edginton,1998). Tokoh teori learning by doing John Dewey (1939, petikan dari Brown,
1998) menyatakan wujud keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan
pendidikan. Selain itu, pendidikan luar membantu memperkembangkan fizikal yang diingini
serta

mental,

social

dan

semangat

yang

berkualiti.

(Meier

&

Mitchell,1993).

Pendidikan luar juga dapat memupuk menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia
terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga merangsang pelajar menggunakan masa
lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak,
survival, snorkelling, wall climbing, orienteering dan sebagainya. Dengan melibatkan
pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar dapat dilihat akan mampu
meningkatkan kualiti individu pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat
serta dapat meningkatkan tahap disiplin diri yang tinggi. Pendidikan luar menguji semangat
kerjasama secara berpasukan dalam memcapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai
aktiviti yang dijalankan.

3|Page

2.0

DEFINISI PENDIDIKAN LUAR

2.1

Definisi Pertama (Priest, 1986 )

Menurut Priest (1986), pendidikan luar bukan hanya semata-masa memfokuskan kepada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal sahaja yang perlu dipelajari oleh muridmurid namun ianya merupakan suatu proses pendidikan yang berasaskan pembelajaran
pengalaman secara terus dan boleh dilaksanakan di luar ataupun di dalam bilik darjah bagi
mencapai matlamat pendidikan sepanjang hayat. Menurut beliau lagi, pendidikan luar adalah
pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semulajadi.
Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia sahaja tetapi
antara manusia dengan manuusia.

2.2

Definisi Kedua (Hammerman, Hammerman dan Hammerman, 2001)

Manakalan menurut Hammerman, Hammerman dan Hammerman (2001) pula, Pendidikan


Luar adalah suatu bidang kurikulum kontemporari yang kadangkala sukar didefinisikan. Ia
boleh ditafsirkan sebagai sesuatu strategi, kaedah mahupun konsep pendidikan dan
merangkumi pelbagai aktiviti sama ada pameran bilik darjah, lawatan ke muzium mahupun
menaiki gunung. Pendidikan luar merupakan suatu subjek multidisiplin yang boleh
diaplikasikan dalam mana-mana bidang kurikulum dan focus utamanya adalah untuk
membangunkan potensi individu melalui aktiviti amali dan umumnya berlangsung di luar
bilik darjah.

2.3

Definisi Ketiga (Abu Bakar Sidek, 2004)

Pendidikan Luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di
mana ianya menyediakan sesuatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya
dengan sumber ilmu. Pendidikan Luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar
rumah. Ini bermakna tambahan dan pengayaan kurikulum menerusi pengalaman di luar. Ia
boleh digabungjalinan dengan amalan sihat yang boleh memperkayakan pengalaman dan
memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan
jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat kea rah kesepaduan
nasional.
4|Page

2.4

Definisi Keempat (Meier dan Mitchell, 1993)

Pendidikan luar juga merupakan salah satu media yang membekalkan pembelajaran melalui
pengalaman. Perkara ini turur diakui oleh Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan
bahawa pendidikan luar termasuklah semua jenis pengalaman yang meningkatkan
pengetahuan tingkah laku atau kemahiran luaran dan membantu membuat kita lebih
menghargai antara satu sama lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif dalam
pendidikan luar akan menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke
arah pembentukan pelajar yang sihat dari mental dan fizikal. Maka melalui pendidikan luar,
ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yang menyatakan kepentingan
bagi keperluan dan hubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain
itu, pendidikan luar turut membantu memperkembangkan fizikal yang diingini.

2.5

Definisi Kelima (Brookes, 1994)

Brookes (1994), menyatakan bahawa pendidikan luar adalah sesuatu yang berkit rapat dengan
masa dan juga tempat. Namun pada tahun 1994, Brokes berpendapat aktiviti pendidikan luar
adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan
mengetahui persekitaran alam semulajadi. Oleh itu, pendidikan luar didefinisikan sebagai
satu medium untuk masyarakat mendekatkan diri dengan alam sekitar. Contohnya melalui
aktiviti perkhemahan termasuk dalam sukatan pelajaran dalam sesuatu pendidikan.
Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar objektif di antaranya termasuklah untuk
membantu individu hidup dalam keadaan harmoni dengan alam semulajadi untuk
memperkembangkan asas pemahaman di antara satu sama lain untuk mempergunakan
pendekatan disiplin ke arah pendidikan belajar menggunakan deria, belajar dalam makmal
semulajadi dan untuk membangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar.

5|Page

3.0

PERBANDINGAN AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR PADA ZAMAN PURBA

DAN ERA MODEN

3.1

Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba

Contoh gambar aktiviti pendidikan luar pada zaman purba

Aktiviti Pendidikan Luar ini bermula sejak dari zaman purba lagi. Pada zaman tersebut
aktiviti hanya tertumpu kepada aktiviti alam semulajadi. Penglibatan manusia dengan alam
semulajadi untuk mendapatkan makanan amat penting

sejak zaman awal kewujudan

manusia. Pada zaman itu, manusia perlu memburu haiwan untuk mendapatkan sumber
makanan. Mereka tinggal di dalam gua dan menggunakan alam semualajadi untuk membina
tempat tinggal. Mereka hidup secara normat dan berpindah randah. Anak-anak diajar untuk
memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak merupakan
permulaan pendidikan luar pada zaman tersebut.

6|Page

Dalam masyarakat di zaman purba, mereka perlu bersukan yang merupakan aspek yang amat
mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan
dan kegagalan akan merugikan komuniti mereka. Kanak-kanak pula akan mempelajari
kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran
yang diperlukan oleh seseorang pemburu. Diantara aktiviti kemahiran termasuklah memanah,
melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap
ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari
dan mendaki gunung.. aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap
kanak-kanak dalam masyarakat purba untuk menjamin kehidupan mereka.

3.2

Aktiviti Pendidikan Luar Di Zaman Era Moden

Pada peringkat awal, program pendidikan luar telah dianjurkan oleh badan-badan beruniform
contohnya pengakap dan pandu puteri. Pendidikan luar bermula pada era 1980an dan terdapat
perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Pada masa tersebut disiplin pendidikan tidak
tertumpu kepada aktiviti berasaskan fizikal tetapi telah diluaskan kepada elemen kognitif dan
afektif. Bermula tahun 1900an, program pendidikan luar mula dikomersialkan secara meluas.
Aktiviti pendidikan luar telah bertambah. Kewujudan adventure travel dan eco pelancongan
telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Pada tahun 1993, di institut perguruan telah
mewajibkan semua guru pelatih Kursus Perguruan Asas (KPA) dan guru Lepasan Ijazah
(KPLI) mengikuti Program Pendidikan Luar (PPL). Namun pada tahun 1996, program
Pendidikan Luar telah dihentikan tetapi diwajibkan kepada guru pelatih yang mengambil
pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja. Sejak tahun 2001, Program Bina Insan guru mula
diperkenalkan di institut perguruan dan semua guru pelatih wajib menyertainya.
Pada masa kini, berbagai lagi aktiviti pendidikan luar telah dijalankan bagi meningkatkan
kemahiran JERIS di kalangan pelajar. Program ini bertujuan untuk menyedarkan para pelajar
bahawa pentingnya menjaga alam sekitar dan ekosistem. Berdasarkan program ini juga
pelajar dapat meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar.

7|Page

contoh gambar aktiviti pendidikan luar di zaman era moden

8|Page

4.0

RANCANGAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

4.1

Latar Belakang

Perkhemahan Persatuan Unit Beruniform sekolah kebangsaan Long Gang, Belaga merupakan
aktiviti tahunan pembinaan permaufakatan serta integrasi antara para pelajar serta guru-guru
bagi unit beruniform sekolah ini. Pasukan unit beruniform merupakan tunjang pembinaan
disiplin serta sahsiah dikalangan para pelajar dan ianya dimantapkan lagi menerusi aktiviti
yang dilaksanakan secara berpasukan dalam perkhemahan yang dilaksanakan ini.

Perkhemahan Agung Unit Beruniform ini telah pun diilham serta dimulakan pada tahun 2008
oleh Penolong Kanan Kokurikulum. Setiap unit beruniform bergilir-gilir mempengerusikan
perkhemahan tersebut. Justeru itu,segala perancangan dan persiapan diadakan untuk
memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar
perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

4.2

Rasional

Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin
yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Ianya juga
mampu membina ketahanan mental, fizikal, keyakinan dan jati diri serta membentuk
ketrampilan diri pelajar agar selaras dengan falsafah pendidikan Negara.

4.3

Objektif
Melahirkan anggota unit beruniform yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk
memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan
kurikulum.
Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar tentang aspek
perkhemahan secara menyeluruh.
Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan dari setiap peserta.

9|Page

Menjadikan unit beruniform suatu badan yang diminati oleh pelajar.


Memberi pengiktirafan serta motivasi kepada pelajar yang cemerlang dalam unit
beruniform serta guru yang banyak memberi sumbangan dalam memajukan unit
beruniform.
Membina intergrasi serta persefahaman dalam permuafakatan antara pelajar serta
guru-guru semua unit beruniform.

4.4

Konsep Perkhemahan

a. Pemantapan intergrasi melalui aktiviti


Abselling
Jungle Tracking
Mencari harta karun
Pertandingan membuat gadjet.
b. Intergrasi menerusi kumpulan
Senaman pagi
Pengurusan khemah
Persembahan Kumpulan
c. Kerohanian dan moral
Solat Jemaah/kuliah maghrib/ subuh bagi orang islam.
Ceramah Moral bagi yang bukan islam.

10 | P a g e

4.5

Anggaran Perbelanjaan

Perkara
Makanan dan minuman
Sewa alatan dan urusan penyediaam tapak
Pengangkutan
Hadiah dan cenderahati
Foto dan dokumentasi
Urusetia dan bahan tulis dan cetak

Jumlah ( RM )
Rm 4050.00
Rm 1000.00
Rm 600.00
Rm 1000.00
Rm 300.00
Rm 300.00

Jumlah Keseluruhan RM 7250.00

Sebelum mengadakan program perkhemahan pendidikan luar, ahli jawatankuasa perlu


dibentuk terlebih dahulu. Contohnya sekiranya pada tahun ini persatuan unit beruniform
pengakap yang mengetuai perkhemahan kali ini, maka semua guru penasihat pengakap akan
berbincang dan melantik seorang pengerusi dan memanggil semua guru penasihat dari unit
beruniform yang lain untuk mengadakan mesyuarat. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
membincangkan tarikh, tempat, masa dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
perkhemahan. Pembentukan ahli jawatankuasa juga perlu dibentuk agar memudahkan segala
urusan perkhemahan.

Apabila lantikan ahli jawatankuasa telah dibentuk,ahli yang terlibat dengan


jawatankuasa peralatan dikehendaki meninjau lokasi yang akan ditujui. Contohnya melihat
keselamatan tempat daripada binatang, serenggga, ribut, laut dan sebagainya. Mereka juga
akan memastikan kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, tapak
yang sesuai dan mudah dilalui oleh pengangkutan dan sesuai untuk menjalankan amali dan
aktiviti yang dirancang. Ahli jawatankuasa peralatan juga dipertanggungjawabkan berjumpa
dengan tuan tapak serta pihak polis sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan tersebut.
Apabila persetujuan telah dibuat setiausaha perkhemahan diminta membuat kertas kerja serta
11 | P a g e

memohon kelulusan dan bantuan kewangan, pengangkutan dan juga peralatan daripada
jabatan pendidikan, sekolah dan pihak yang berkaitan.

Setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak, setiausaha perkhemahan diminta


membuat kertas kerja. Kerja kerja ini hendaklah lengkap. Selepas kertas kerja ditunjukkan
kepada guru besar, semua ahli jawatankuasa mengadakan mesyuarat terakhir sebelum hari
perkhemahan dijalankan. Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk mengetahui laporan
daripada setiap ahli jawatankuasa terutamanya ahli jawatankuasa peralatan untuk mengetahui
tapak perkhemahan serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan mendapat kebenaran daripada
pihak Kem PUEH Sematan, Bau Kuching. Selain laporan daripada ahli jawatankuasa
peralatan ahli jawatankuasa aktiviti, laoporan daripada ahli jawatankuasa yang lain juga
diminta melaporkan persediaan masing-masing. Apabila semuanya telah mendapat
persetujuan dan tarikh yang telah dipilih memenuhi kehendak maka, ahli jawatankuasa buku
program diminta membuat buku program dan membuat tentatif program perkhemahan selama
dua hari, satu malam. Semua guru penasihat unit beruniform diminta mengedarkan borang
kebenaran menyertai perkhemahan kepada ibubupa dan mengempilkan sekali tentatif
program untuk pengetahuan ibubapa. Sekiranya terdapat pelajar yang mempunyai rekod
kesihatan, mereka diminta membuat pemeriksaan di

pusat kesihatan. Pastikan semua

peralatan disemak dan dilengkapi sebelum bertolak ke tapak perkhemahan.

Aktiviti aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan selama dua hari satu malam
adalah mendirikan khemah, pertandingan membuat gedjet, jungle tracking, abseiling,
pertandingan kawad kaki, permainan burung hantu, aktiviti kerohanian dan persembahan
kebudayaan dalam kumpulan. Aktiviti mendirikan khemah dijalankan secara berkumpulan
dan dibimbing oleh fasilitor kumpulan. Dalam aktiviti ini unsur kerjasama diterapkan dan
kemahiran memanipulasi peralatan dan bahan semuajadi dititik beratkan. Pertandingan gadjet
juga dijalankan secara berkumpulan. Ini memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran
ikatan dan gadjet yang dipelajari sepanjang perjumpaan mingguan di sekolah. Fasilitator
berperanan membantu pelajar dalam kumpulan masing-masing. Pemarkahan dinilai dari
aspek keteguhan, kekemasan, rupa bentuk gadjet, ketepatan ikatan yang digunakan, dan
kerjasama dalam kumpulan. Aktiviti jungle tracking dijalankan pada hari kedua
perkhemahan pada jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Aktiviti ini memerlukan kecergasan fizikal
12 | P a g e

pelajar dalam menyempurnakan aktiviti ini. Abseling adalah salah satu aktiviti yang menguji
ketahanan mental dan fizikal dimana peserta perlu menghadapi dua cabaran iaitu meniti
jambatan monyet yang di buat dari Tali Statik untuk naik ke atas pokok . Apabila sudah
sampai ke pelantar di atas pokok para peserta akan melalui satu lagi rintangan di mana para
peserta akan turun dari atas pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. Namun begitu
sebelum para peserta melakukan aktiviti ini, mereka akan di kehendaki memakai peralatan
keselamatan dan akan di semak oleh Jurulatih yang berpengalaman sebanyak tiga kali iaitu
semasa memakai peralatan keselamatan.
Pertandingan kawad kaki juga dijalankan. Pertandingan ini dijalankan dalam
kumpulan. Aspek yang dinilai ialah keseragaman pergerakan, kejelasan arahan daripada
ketua petrol dan kelengkapan pakaian seragam. Aktiviti ini bertujuan melatih disiplin pelajar.
Aktiviti seterusnya adalah permainan burung hantu. Ia dijalankan pada waktu tengah malam.
Pelajar akan diletakkan di suatu tempat secara berseorangan. Ia bertujuan untuk menguji
keberanian, ketekalan, ketabahan hati dan ketahanan emosi pelajar. Aktiviti kerohanian juga
dijalankan disebelah malam. Ini bertujuan untuk memantapkan keimanan murid. Aktiviti
yang terakhir adalah persembahan setiap kumpulan. Persembahan ini dijalankan pada malam
perasmian. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti murid terhadap kesenian,
memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan boleh bertoleransi dengan baik antara
ahli dalam kumpulan.

13 | P a g e

Perkhemahan Agung Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Long Gang, Belaga Sarawak.

Tarikh : 2 Februari 2014 Hingga 3 Februari 2014 (Dua Hari Satu Malam)
Tempat

: Kem Pueh Semantan, Bau Sarawak.

Sasaran

: Murid Tahun 6 dari setiap unit beruniform.


Guru Penasihat

20 orang

Fasilitator

15 orang

Peserta

100 orang

Unit Beruniform
Pengakap
Tunas Puteri
Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah
Kadet Polis Sekolah

14 | P a g e

Bilangan Murid
20 orang
20 orang
20 orang
20 orang
20 orang

Bidang tugas ahli jawatankuasa yang akan bertindak.


Ahli jawatankuasa
Tugas
Jawantankuasa
kerja
1. Melantik AJK
Urusetia & Pendaftaran

2. Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola


dan ahli-ahli
3. Bekerjasama

dengan

jawatankuasa

jemputan

penyambut tamu, dan protokol untuk urusan surat


jemputan
4. Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta
5. Bekerjasama dengan JK Buku Program
6. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup
7. Membuat tempahan cenderamata VIP
8. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja
9. Menghadiri semua mesyuarat JK dan membentangkan
laporan
10. Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi
setiap masa.
11. Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan.
12. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan
Jawatankuasa Makanan

13. Melaksanakan pendaftaran peserta dan Jurulatih


1. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat

dan Sajian.

2. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi


3. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang
mencukupi
4. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang
ditetapkan
5. Menentukan menu harian
6. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu (vegetarian )
7. Menentukan lokasi pengambilan makanan
8. Sentiasa berhubung dengan tukang masa di kem PUEH,
Sematan, Bau.

15 | P a g e

Jawatankuasa
Perasmian

1. Menyediakan backdrop
Penutup,

Juruacara dan Protokol

2. Mengadakan raptai perasmian penutup


3. Menyusun aturcara penutup
4. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
5. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya
6. Menentukan tempat
7. Mengemas semula selepas upacara

Jawatankuasa aktiviti
(pertandingan

1. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas


&

Integrasi ) dan Jurulatih.

2. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian


dan perjalanan aktiviti sepanjang perkhemahan
3. Menyediakan

borang

pertandingan

dan

borang

Bantuan

untuk

keputusan
4. Menetapkan tempat pertandingan
5. Berurusan

dengan

Pasukan

aktiviti/jurulatih berkaitan
6. Menyediakan format/ syarat pertandingan
7. Menentukan jumlah hakim pertandingan
8. Melantik panel jawatankuasa rayuan
9. Mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan
Jawatankuasa

dan Jurulatih-Jurulatih
1. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan

Keselamatan, Kebajikan

2. Menyediakan

dan Kecemasan

kenderaan

yang

bertindak

sebagai

ambulans sekiranya berlaku kecemasan


3. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan
cemas
4. Menyediakan

petugas

dengan

peralatan

yang

mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan.


5. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas
6. Merekod rawatan pesakit

16 | P a g e

Jawatankuasa Peralatan
dan Khemah

1. Bekerjasama

dengan

semua

jawatankuasa

untuk

menentukan peralatan yang diperlukan


2. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan
3. Memastikan alatan selamat digunakan
4. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang

Jawatankuasa Seranta ,

baik dan cukup.


1. Menyediakan kain rentang

Buku

2. Membuat hebahan yang berkaitan dengan perkhemahan

Program

&

Dokumentasi

3. Menyediakan Buku Program


4. Menghubungi media massa
5. Berkerjasama dengan pihak urusetia
6. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/
semasa/ selepas)
7. Mendokumentasikan program dan menyerahkannya

Jawatankuasa

Hadiah

dan Cenderamata

kepada urus setia


1. Membuat tempahan hadiah
2. Menyusun tempahan hadiah (Johan, Naib Johan dan
Ketiga
3. Menguruskan cenderamata VIP
4. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan.
5. Menyediakan

keperluan

alatan

untuk

majlis

penyampaian hadiah
6. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK
Jawatankuasa
Kerohanian,

Pertandingan
1. Memastikan segala kelengakapan dan kemudahan di
surau

Penghayatan Islam dan

2. Merancang pengisian penghayatan Islam dan moral

Moral

3. Memastikan surau dalam keadaan sedia dan bersih


4. Memastikan semua peserta perkhemahan mengikuti
program di surau
5. Menyediakan tempat dan menjalankan aktiviti moral
bagi peserta bukan Islam

17 | P a g e

5.0

JADUAL TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM
Hari
Sabtu

8.00-8.30
Pendaftaran

8.30- 10.00
Pengurusan

10.00-12.00
Pertandingan

12.00-2.00
Mkn tghari

peserta

tapak

membina

Solat

februari Sei

perkhemaha

Gajet

dan

2014

pengagihan
peserta
guru

dan

2.00-4.30
Jungle

4.30-6.30
Rekreasi

6.30-8.30
dan Pengurusan

zuhur Tracking

persiapan

diri diri,

aktiviti

untuk

kerohanian

dan pengurusan
dalam alatan

kumpulan

solat, dan

malam kuliah

kebudayaan

maghrib

kerohanian

taklimat

(
makan
malam

5.30-8.00
Solat subuh

Senaman

8.00-10.00
Abseiling

10.00-12.00
12.00-2.00
Mencari harta Makan
karun

tengahari

2.00-4.00
Pertandingan
dan kawad kaki

zuhur

4.00-5.00
Majlis
penutup
dan penyampaian

februari pagi

solat

2014

Persiapan diri

(muslim)

& sarapan

aktiviti

tapak

kerohanian

perkhemahan

dan

( Non Muslim)

18 | P a g e

malam

(muslim) dan kebudayaan

dan

Non

hadiah
Penyusunan

10.30- 1.00
Aktiviti
burung

persembaha

muslim) dan

Hari/
Ahad

8.30-10.30
Perasmian

hantu

6.0

TENTATIF PROGRAM DAN JUSTIFIKASI AKTIVITI

HARI PERTAMA SABTU ( 2 FEBRUARI 2014 )


MASA

AKTIVITI

TINDAKAN

JUSTIFIKASI

8.00pg

Pendaftaran peserta dan

AJK

8.30pg

guru.

Urusetia,perhubungan

penempatan pelajar mengikut

dan penginapan

khemah serta guru pengiring

Sesi mengagihkan peserta


dan guru mengikut

AJK peralatan

kumpulan yang ditetapkan.

1. Pengurusan pelajar dan

yang ditugaskan bagi setiap


kumpulan.
2. Menjaga keselamatan dan
memupuk disiplin kendiri.

8.30pg

Pengurusan tapak

10.00 pg

perkhemahan dan
pengurusan alatan dan
taklimat

AJK Peralatan
Semua peserta dan guru
pengiring

1. Membentuk budaya bekerjasama


dan saling menghormati dalam
satu kumpulan.
2. Membentuk budaya kepimpinan
berkumpulan.
3. Bertoleransi sambil berkongsi
pengalaman serta kemahiran.

Pertandingan membina
10.00 pg
12.00 ptg

Gajet diantara semua


kumpulan

AJK program dan aktiviti

1. Memupuk semangat bekerjasama


dalam kumpulan.
2. Meningkatkan pergaulan dalam
kumpulan.
3. Berkongsi pengalaman dan
kemahiran bersama rakan dalam
kumpulan.

19 | P a g e

12.00 tgh Makan tengahari dan solat AJK makanan dan


2.00ptg

zuhur (muslim) dan


aktiviti kerohanian ( Non
Muslim)

persegaran
AJK kerohanian

1. Membentuk budaya yang


mementingkan kepercayaan yang
telah diamalkan sejak kecil lagi.
2. Bersopan apabila makan
bersama-sama rakan dan
menghormati rakan yang lain

2.00ptg Jungle Tracking

AJK program & aktiviti

4.30ptg

1. Memupuk semangat cintakan


alam sekitar.
2. Memupuk semangat berpasukan
dalam mengharungi cabaran
sepanjang melalukan aktiviti
Jungle Tracking.
3. Mengekalkan kehidupan dan cara
hidup yang seimbang terhadap
alam sekitar.

4.30ptg Rekreasi dan persiapan


6.30ptg

AJK program & aktiviti

1. Memupuk semangat kerjasama

diri bagi membuat latihan

dalam melakukan aktiviti

untuk malam kebudayaan

kumpulan.

di dalam kumpulan

2. Belajar menghormati pendapat

masing-masing.

rakan yang lain bagi


menghasilkan persembahan yang
terbaik.

6.30 ptg-

Pengurusan diri, solat,

8.30 mlm kuliah maghrib (muslim)


dan kerohanian ( Non
muslim) dan makan
malam

20 | P a g e

AJK Kerohanian
AJK makanan

1. Membentuk budaya yang


mementingkan kepercayaan yang
telah diamalkan sejak kecil lagi.
2. Bersopan apabila makan
bersama-sama rakan dan

menghormati rakan yang lain


8.30mlm
11.00mlm

Perasmian dan

AJK program & aktiviti

persembahan malam

1. Mengadaka upacara perasmian


bersama tetamu terhormat.

kebudayaan.

2. Mengawal disiplin diri semasa


upacara rasmi.
3. Bersungguh membuat
persembahan bagi meraih
kemenangan untuk kumpulan
masing-masing.
4. Membina keyakinan diri semasa
mempersembahkan persembahan.

11.00mlm Aktiviti burung hantu

AJK program & aktiviti

- 1.00 pg

dan AJK Keselamatan

1. Membina kecekalan diri dan


ketabahan hati semasa diletakkan
disuatu tempat.
2. Berani menyahut cabaran untuk
melakukan aktiviti.

HARI KEDUA AHAD ( 3 FEBRUARI 2014 )


MASA

AKTIVITI

5.30pg

Persediaan Diri, Solat

8.00pg

Subuh, Malaysia Cergas dan


Makan Pagi

TINDAKAN
AJK kerohanian
AJK Aktiviti
AJK makanan dan

8.00 pg-

Abseiling

10.00 pg

AJK Program dan


aktiviti

JUSTIFIKASI
1. Melatih diri bangun awal dan
bersama-sama mengikuti
aktiviti kerohanian dan
senaman pagi.
1. Mencabar diri dalam
melakukan aktiviti abseiling.
2. Meningkatkan disiplin diri.
3. Berani menyahut cabaran.

21 | P a g e

10.00tghari Mencari harta karun

AJK Program dan

12.00 ptg

aktiviti

1. Memupuk semangat kerjasama


dalam kumpulan.
2. Bergerak dalam kumpulan
semasa mencari harta karun.
3. Bekerja keras dan tidak
mengaku kalah dalam usaha
mencari harta karun.

12.00 ptg Makan tengahari dan solat


2.00 ptg

AJK makanan

1. Membentuk budaya yang

zuhur (muslim) dan aktiviti

mementingkan kepercayaan

kerohanian ( Non Muslim)

yang telah diamalkan sejak


kecil lagi.
2. Bersopan apabila makan
bersama-sama rakan dan
menghormati rakan yang lain

2.00 ptg

Pertandingan kawad kaki

4.00ptg

AJK Program dan


Aktiviti

1. Mengukur disiplin diri dalam


kumpulan dengan tidak
melalukan kesalahan dalam
pergerakkan kawad kaki.
2. Belajar menerima arahan
daripada komanden perbarisan.

4.00ptg

Majlis penutup dan

AJK Perasmian, AJK

5.00 ptg

penyampaian hadiah

peralatan, AJK Hadiah

untuk upacara penutup dan

dan cenderahati.

penyampaian hadiah.

Penyusunan tapak
perkhemahan

1. Berkumpul di dalam dewan

2. Bertanggungjawab dalam
membersihkan tapak
perkhemahan dan menyusun
alatan yang telah digunakan.

5.00 ptg

Perjalanan balik ke bandar Kuching, Sarawak.

1. Memastikan semua peserta dan


guru-guru semuanya ada dan

22 | P a g e

selamat.

7.0

PENUTUP
Secara keseluruhanya, Pendidikan Luar adalah pendidikan yang memerlukan pelajar

menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah. Ia bertujuan untuk memperkukuhkan lagi


apa yang telah dipelajari di bilik darjah ke alam sebenar. Pelajar akan berasa seronok apabila
mengalami sendiri pengalaman semasa melakukan aktiviti pendidikan luar. Aktiviti
pendidikan luar dapat mengembangkan JERIS pelajar berdasarkan aktiviti yang akan
dijalankan. Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif dalam pendidikan luar akan
menyumbang kepada pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan
pelajar yang sihat dari mental dan fizikal. Pendidikan luar telah dijalankan sejak zaman purba
lagi. Pada zaman itu, pendidikan luar digunakan untuk meneruskan kehidupan harian. Tetapi
pada zaman era moden, pendidikan luar bertujuan untuk mendidik pelajar supaya dapat
mengharungi kehidupan ketika berada dalam situasi serba kekuarangan yang tidak dijangka.
Sebagai guru kokurikum, sebelum mengadakan aktiviti pendidikan luar, perancangan awal
perlu dibuat. Ini bertujuan untuk melancarkan program. Tentatif program amat penting dalam
menjalankan program pendidikan luar. Melalui tentatif program, semua susun atur program
dapat dilihat secara menyeluruh. Melalui tentatif yang terperinci, kita dapat mengetahui
justifikasi aktiviti yang dilaksanakan dalam program pendidikan luar yang dirancang. Dengan
itu, aktiviti yang akan dijalankan bertepatan atau selari dengan matlamat asal sesuatu aktiviti
itu.

23 | P a g e

8.0

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Sidek. (2004). Sinopsis Kursus Pendidikan Luar. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Brookes, A. (1994). Reading between the lines: Outdoor experience as environmental


text. Journal of Physical Education, Recreation and Dance, 65(8), 28 - 33.

C.A.Lewis. (1975). The Administration Of Outdoor Education Programs. Dubuque


Lowa: Kendall-Hunt.

Colin M. Beard, John Peter Wilson. (2006). Experintial Learning: A Best Practice
Handbook for Educators and Trainers. UK: Kogan Publishers.

Dettmer, H.W. (1997). Goldratts Theory of Constraints: A Systems Approach to


Continuous Improvement. Milwaukee, WI: ASQC Quality Press.

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman. (2004). Teaching in the


Outdoors. Danville, Illinois: Interstate.

Gilbertson, K. (2006). Outdoor Education: Methods & Strategies. Australia: Human


Kinetics Publisher Incorporated.

24 | P a g e

Hasnul Faizal Hushin Amri, Norazhan Che Lah, Shaifol Bahary Sulaiman & Dr
Norkhalid Salimin. (2007). HBPE 3203 Pendidikan Luar. OUM: Meteor Doc Sdn Bhd.

Knapp, C. (1990). Outdoor Education in The United States: Yesterday, Today and
Tomorrow. New York: Human Kinetics.

Martin, P., & Priest, S. (1986). Understanding The Adventure Experience. Journal of
Adventure Education, 3, 18-21.

McCrae. R. R., & Costa, P. T. Jr. (1990). Personality' in Adulthood. New York:
Guilford.

Meier, J. F., & Mitchell, A. V. (1993). Camp Counseling: Leadership and Programming for
the Organized Camp. USA: Brown & Benchmark Publisher.

Neill, J. T., & Richards, G. E. (2003). Does Outdoor Education Really Works? A Summary
of Recent Meta-Analyses. Australian Journal of Outdoor Education, 3(1), m.s.6
Priest, S., & Gass, M. (1997). Effective Leadership in Adventure Programming. Champaign,
IL: Human Kinetics.

Shivers, J. A. (1989). Hiring Shortage-Area and Non-Shortage-Area Teachers at the

25 | P a g e

Secondary School Level. Unpublished Doctoral Dissertation. Harvard Graduate School of


Education, Cambridge, MA.

26 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai