Anda di halaman 1dari 12

Salah satu fungsi ginjal adalah membantu dalam penghasilan air kencing dan dengan penghasilan air kencing

ini, ia dapat membuang bahan- bahan kumuh yang ada dalam tubuh badan manusia seperti urea, pigmen, kreatin yang tidak diperlukan melalui pengeluaran air kencing. Pengeluaran air kencing ada 3 proses iaitu:

Proses penapisan Proses penyerapan Proses rembesan

Warna air kencing yang dihasikan oleh tubuh badan manusia berwarna kuning jerami padi dan setiap nefron yang berada didalam ginjal kita akan memproses 180 liter hasil turasan glomerulus dan hanya 1.5 liter air kencing sahaja yang akan dikeluarkan manakala yang selebihnya, semuanya akan diserap semula ke dalam darah. Tanpa kedua-dua ginjal pada tubuh badan seseorang manusia, manusia tidak dapat hidup dengan baik seumur hidupnya kerana ginjal merupakan organ yang penting untuk mengawal keseimbangan antara osmosis oleh bendalir luar sel. Ia juga berperanan dalam melaras kadar penyerapan semula garam dan air pada bahagian tubuh uriniferus dalam proses pembentukan air kencing , tetapi perkara ini dapat dibantu dengan menggunakan mesin dialisis (haemodialysis) untuk mencuci darah atau seseorang boleh membuat kidney tansplant.

Berbentuk seperti biji kacang, panjang 12cm terletak pada bahagian dorsal rongga abdomen.

Mempunyai 3 salur yang menghubungkan setiap ginjal. 1 ) Arteri renal - menyalurkan darah beroksigen yang mempunyai urea untuk dituraskan.

2 ) Vena renal - mengembalikan darah yang dituraskan dalam ginjal kembali ke vena kava. 3 ) Ureter - membawa air kencing ke pundi kencing. Setiap ginjal mempunyai berjuta-juta tubul yang dikenali sebagai nefron. Nefron ialah unit yang paling penting, berperanan menjalankan tugas perkumuhan di dalam ginjal. Setiap nefron terdiri daripada satu gumpalan kapilari darah iaitu glomerulus, kapsul bowman, tubul uriniferus. Tubul uriniferus di nefron ini pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

1 - Tubul berlingkar proksimal di dalam korteks. 2 - Liku henle di dalam medula. 3 - Tubul berlingkar distal di dalam korteks. Tubul berlingkar distal bersambung ke duktus pengumpul yang seterusnya menyalurkan kandungannya dalam pelviks.

Nefron merupakan unit fungsional dari ginjal yang menjalankan fungsi pembuangan zat limbah dari darah.

Nephron menghasilkan urin dalam proses pembuangan limbah dan zat-zat berlebihan dari darah.

Sekitar 1.000.000 nephron dalam setiap ginjal di tubuh badan manusia. Struktur luar biasa ini, terletak antara korteks dan medulla.

Nefron ini berbentuk seperti pembuluh atau saluran kusut, namun setiap nephron memiliki susunan yang tertentu sehingga memungkinkan proses penyaringan limbah dalam darah.

Setiap nefron pada ginjal mamalia dapat mencapai panjang 30-55 mm.

Penapisan 1. Peringkat pertama dalam pembentukan air kencing. 2. Berlaku antara glomerulus dan kapsul glomerular. 3. Semasa darah mengalir melalui glomerulus,kandungan plasma darah akan tertapis keluar secara mekanikal dari glomerulus ke dalam kapsul glomerular.

4. Faktor utama proses ini berlaku ialah disebabkan perbezaan antara tekanan darah di glomerulus dengan tekanan bahan turasan di kapsul glomerular. Tekanan hidrostatik sebanyak lebih kurang 70mmHg yang berada di glomerulus akan ditentang oleh tekanan osmosis darah sebanyak lebih kurang 30mmHg dan tekanan hidrostatik di kapsul glomerular sebanyak 5mmHg.

5. Jadi perbezaan tekanan ialah:70 (30 + 5) = 35mmHg. 6. Perbezaan tekanan membolehkan air dan bahan-bahan bermolekul kecil seperti asid amino,garam galian,asid lemak,glukosa,urea,asid urik,kreatinin dan

sebagainya ditapis melalui dinding glomerulus ke dalam kapsul glomerular ( bowmans capsule ).

7. Hanya bahan-bahan koloid(bahan bermolekul besar) seperti protein,plasma darah dan sel-sel darah tidak tertapis keluar.

Penyerapan Hasil turasan glomerulus seperti glukosa, asid amino, vitamin dan beberapa garam galian dari kapsul bowman yang diperlukan oleh tubuh untuk seimbangkan airan, elektrolit dan PH darah diserap balik dalam kapilari darah yang mengelilingi tubul kidney .

Di sini, 75% glukosa dan asid amino diserap ke dalam kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif yang menggunakan ATP dengan menentang cerun kepekatan.

Selain daripada itu air juga diserap semula melalui proses osmosis dibawah kawalan hormon autidiuretik.

Lebih kurang 25% hasil turasan glomerulus daripada tubul berlingkar proksimal akan masuk gelung Henle. Di sini lebih kurang 5% garam mineral dan air diserap semula kedalam kapilari darah.

Penyerapan

semula

garam

galian(

natrium)

dan

rembesan

potassium

dipengaruhi oleh hormon aldostron.

Dari gelung Henle, hasil turasan masuk ke dalam tubul berlingkar distal. Di tubul berlingkar distal dan tubul pengumpul, peratus garam mineral dan air yang serap semula dikawal oleh sistem endokrina badan.

Ditubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif didalamnya. Turasan terakhir muncul dari tubul pengumpul sebagai air kencing.

Rembesan Bahan-bahan yang tidak perlu oleh tubuh dan juga bahan-bahan asing seperti dadah akan dirembeskan dari salur darah ke dalam tubul berlingkar dan terus mengalir keluar kidney dalam air kencing.

Fungsi Homeostasis Ginjal

Ginjal mempertahankan pH plasma darah pada kisaran 7,4 melalui pertukaran ion hidronium dan hidroksil. Akibatnya, urin yang dihasilkan dapat bersifat asam pada pH 5 atau alkalis pada pH 8.

Kadar ion natrium dikendalikan melalui sebuah proses homeostasis yang melibatkan aldosteron untuk meningkatkan penyerapan ion natrium pada tubulus konvulasi.

Kenaikan atau penurunan tekanan osmotik darah karena kelebihan atau kekurangan air akan segera dideteksi oleh

hipotalamus yang akan memberi sinyal pada kelenjar pituitari dengan umpan balik negatif. Kelenjar pituitari mensekresi hormon antidiuretik (vasopresin, untuk menekan sekresi air) sehingga terjadi perubahan tingkat absorpsi air pada tubulus ginjal. Akibatnya konsentrasi cairan jaringan akan kembali menjadi 98%.

Kelainan-kelainan pada ginjal diantaranya adalah gagal ginjal dan batu ginjal. 1. Gagal Ginjal Gagal ginjal merupakan kelainan pada ginjal dimana ginjal sudah tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya yaitu menyaring dan membersihkan darah dari zat-zat sisa metabolisme. Penyebab terjadinya gagal ginjal antara lain disebabkan oleh: 1. Makan makanan berlemak 2. Kolesterol dalam darah yang tinggi 3. Kurang berolahraga 4. Merokok, dan 5. Minum minuman beralkohol.

Mengatasi Gagal Ginjal Kemajuan ilmu pengetahuan, memungkinkan fungsi ginjal digantikan. Penggantian fungsi tersebut dikenal dengan Renal Replacement Therapy (RRT) atau Terapi Pengganti Ginjal (TPG). Ada dua cara TPG, yakni transplantasi/cangkok ginjal dan dialisis/cuci darah . Dialisis/cuci darah dibedakan menjadi: 1. HD (Hemodialisis), dialisis dengan bantuan mesin 2. PD (Peritoneal Dialisis), dialisis melalui rongga perut 2. Batu Ginjal

Urine banyak mengandung mineral dan berbagai bahan kimiawi. Urin belum tentu dapat melarutkan semua itu. Apabila kita kurang minum atau sering menahan kencing, mineral-mineral tersebut dapat mengendap dan membentuk batu ginjal. Batu ginjal merupakan kristal yang terlihat seperti batu yang terbentuk di ginjal. Kristalkristal tersebut akan berkumpul dan saling berlekatan untuk membentuk formasi batu. Apabila batu tersebut menyumbat saluran kemih antara ginjal dan kandung kemih, saluran kemih manusia yang mirip selang akan teregang kuat karena menahan air seni yang tidak bisa keluar. Hal itu tentu menimbulkan rasa sakit yang hebat.

KESAN FISIOLOGI SENAMAN TERHADAP GINJAL 1. Melancarkan rawatan dialysis Latihan senaman banyak membantu pesakit buah pinggang melancarkan rawatan dialysis. 2. Mengurangkan masalah tidak dapat mengawal air kencing Senaman dapat membantu individu untuk mengawal air kencing ataupun masalah urinari.

3. Mengawal keseimbangan air dan elektrolit dengan efisien Senaman yang berkala dapat mengawal keseimbangan air dan elektrolit dalam tubuh badan kita. 4. Mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah Latihan senaman dapat membantu mengawal keseimbangan asid-bes dalam darah.