Anda di halaman 1dari 21

SIFU FB ADS2014

Makluman
Terima kasih kerana anda telah mendownload ebook bertajuk Manual Setting Like Ads ini dari sifufbads.com. Ebook ini percuma, tapi sifufbads tidak menjanjikan apa-apa jaminan hasil selepas anda gunakan panduan ini. Pihak sifufbads juga tidak bertanggungjawab dengan apa-apa yang terjadi selepas anda gunakan manual ini. UPDATE ini bertarikh 8 April 2014! Ini cuma perkongsian ikhlas dari sifufbads..Yang mungkin sedikit sebanyak mampu membantu anda memahami dan mempraktikkan fb ads untuk tujuan bisnes anda. Pihak sifufbads juga ingin memaklumkan bahawa Facebook sentiasa berubah. Jadi, dinasihatkan anda supaya sentiasa alertdengan perubahan-perubahan FB yang mana ianya akan mempengaruhi akan keberkesanan pemasaran anda di FB. Cuba dapatkan ilmu-ilmu terkini dari sifufbads samada dari seminar, di fanpage mahupun blog sifufbads. Untuk dapatkan info-info terkini, cara terkini tentang ilmu FB ads Marketing, sifufbads sarankan anda mendaftar untuk: 1) Like fanpage kami di https://www.facebook.com/sifufesbukads 2) Ikuti tips-tips di blog www.sifufbads.com dan juga melalui newsletter melalui emel.

Sekian.

JaMaL Sifufbads Sdn Bhd www.sifufbads.com FB: Sifu FB Ads

SIFU FB ADS2014
Siapa Sifufbads
Nama penuhnya, Jamaluddin Bin Bahari. Nama glemer, JaMaL. Berumur 32 tahun (pada tahun ebook ni ditulis), berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet hasil dari pendedahan oleh Dr Irfan Khairi sejak 2008 lagi. Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan di mana beliau membahagikan masa sebagai seorang jurutera awam di siang hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat waktu perkhidmatan sektor awam. Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan lebih serius. Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapati pendapatan sambilan yang diperolehi adalah konsisten dan jauh lebih tinggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya setiap bulan. JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital, usahawan produk fizikal, pemasar affiliate, dan juga blogger. Beliau dikenali oleh penggiat industri perniagaan Internet di Malaysia sebagai pengajar sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga sering menghasilkan panduan-panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan usahawanusahawan lain.

JaMaL @ sifufbads mula fokus pada pembelajaran/kajian/eksperimen tentang Facebook Ads Marketing secara khusus bermula pada tahun 2011 lagi. Beliau menghabiskan puluhan ribu ringgit bagi tujuan tersebut. Beliau juga mula mengajar pelajarnya FB Ads Marketing bermula 2011 sehingga lah sekarang. Lebih 50 ribu orang telah mempelajari ilmu FB Ads Marketing dari beliau dari blog, fanpage, dari emel. Beliau juga telah hasilkan beberapa panduan dalam bentuk ebook, video yang mengajar ilmu FB Ads Marketing. Selain itu, banyak seminar-seminar dan juga program-program Training FB Ads Marketing yang telah dianjurkan di bawah syarikat beliau, Sifufbads Sdn Bhd.

SIFU FB ADS2014
Sebelum anda bermula, apakata anda fahami dulu apa itu Page Like Ads. Apa itu Page Like Ads ? Page Like Ads adalah iklan yang dibina bagi tujuan untuk mendapatkan like pada fanpage yang dimahukan. Anda miliki fanpage, dan kini anda mahu kumpul like atau kumpul fans menggunakan fb ads marketing. Memang ada banyak cara kumpul like, seperti; Like box ataupun like button di web/blog Berforum Beli LIKE ? Suruh kengkawan like ?

Ya, ada macam-macam cara untuk dapatkan like, tapi tak semuanya bagus! Ada yang bagus, tapi masa yang diambil terlalu lama pula! Ada yang boleh dapat ribuan like dalam masa singkat, tapi like tak berkualiti! (tah sesiapa yang like) Jadi, di sini saya nak tunjukkan bagaimana nak dapatkan Like menggunakan FB ads! FB ads, memang berbayar, tapi yang berbayar akan menjimatkan masa anda, dan bantu anda capai jumlah like yang besar lebih singkat dari kaedah percuma ataupun kaedah-kaedah lain yang diberitahu sebelum ni. Jom pelajari bagaimana bina iklan Like ads! Ikuti manual yang disediakan..

Langkah 1:Log in facebook profile anda seperti biasa, terdapat 3cara untuk ke ruangan advertising iaitu: 4

SIFU FB ADS2014

CARA PERTAMA Klik pada button paling atas di sebe sebelah kanan (lihat gambar rajah). Klik pada Create Ads

CARA KEDUA : Scroll down Facebook Profile anda dan lihat pada bahagian paling bawah sekali. Ada perkataan Create Ad. Klik pada pautan Create Ad itu.

CARA KETIGA : Layari terus link berikut https://www.facebook.com/ads/create Langkah 2:Paparan berikut akan muncul seperti di ba bawah wah (lebih kurang). Klik butang Create an Ad untuk mulakan ads anda.

SIFU FB ADS2014

Langkah 3:Paparan berikut ut akan muncul seperti di bawah. Paparan Facebook untuk bahagian ini mungkin akan berubah pada masa akan datang, dat tetapi fungsinya masih tetap sama.

Anda boleh pilih jenis iklan apa yang anda ingin buat berdasarkan apa matlamat yang anda inginkan.

Namun dalam manual ini tidak akan terangkan kesemua jenis iklan. Dalam manual ini akan menerangkan lebih terperinci bagaimanana nak buat iklan untuk Page Likes. 6

SIFU FB ADS2014
Teruskan membaca. Langkah 4:Klik pada Page Likes

Langkah 5:Pilih Fanpage mana yang anda ingin iklankan. Atau anda boleh letakkan page url yang anda ingin iklankan. Dalam manual ini saya akan pilih page Sifu FB Ads.

Langkah 6:Paparan seperti ini akan keluar. Gambar cover page anda secara automatik akan dipilih! Buangkannya jika tak mahu, dan upload gambar yang dikehendaki oleh anda. (anda boleh masukkan 6 gambar jika anda mahu, atau gunakan satu sahaja)

SIFU FB ADS2014

Langkah 7: Selepas pilih gambar yang nak diiklankan, paparan seperti ini akan keluar. Isikan maklumat ayat iklan like ads anda. Kemudian, pilih paparan (placement ) iklan anda samada mobile newsfeed, desktop newsfeed ataupun right column.

Pemilihan placement yang berbeza, akan memberikan paparan yang berbeza pada audiens. Anda boleh lihat di bawah: a) Paparan bagi placement di desktop News Feed (paparan di newsfeed desktop) 8

SIFU FB ADS2014

b) Paparan bagi placement di Mobile News Feed (paparan di smartphone)

c) Paparan bagi placement di Right Column (paparan di tepi, kanan audiens)

SIFU FB ADS2014

Untuk memilih paparan placement yang dimahukan, pastikan ianya ditandakan pada placement yang diinginkan.Untuk membuang placement yang tak diinginkan, anda boleh klik remove di bahagian kanan pilihan placement tersebut.

Tips Pemilihan Placement: 1. Sebaiknya, asingkan pemilihan placement bagi satu-satu iklan like ads ini Jangan campurkan placement dalam satu iklan! Pilih satu placement sahaja! 2. Pemilihan placement right column, (juga dikenali sidebar placement), DILARANG SAMA SEKALI menggunakan jenis bid CPM. Placement ini juga tidak berapa disyorkan untuk iklan yang guna jenis bid OCPM. (anda akan ketahui tentang bid CPM dan OCPM dalam muka surat yang seterusnya nanti)

Langkah 8: Masukkan maklumat bagi Choose Your Audience- info audien sasaran anda.

10

SIFU FB ADS2014

Dinasihatkan anda memasukkan maklumat audiens yang palingrelevan, paling berkaitan dengan produk/iklan yang dibuat. Anda boleh gunakan medium-medium di bawah untuk mengkaji siapakah audiens anda;

11

SIFU FB ADS2014
a) Google Trends (maklumat carian keyword, trends semasa) b) Fanpage Insight (maklumat demografi fans page anda, dan juga mereka yang responsive di page anda (people engaged) ) c) FB Full Report (laporan iklan anda yang terdahulu, jika pernah bina iklan FB Ads) d) Facebook Graph Search(maklumat interest audiens sasaran anda) e) Maklumat pelanggan sediada (maklumat pelanggan anda sebelum ini, jika ada)

Tips Pemilihan Connection:

1. Pemilihan connections people whose friends are connected (fren of fans)perlu ditapis (di filter) dengan teliti iaitu dengan pemilihan maklumat demografi, interest, geografi yang berkaitan dengan produk anda. 2. Jika seorang yang advanced internet marketer, fungsi ini boleh diselaraskan bersama dengan penggunaan custom audience (email database, no hp database) dan juga web custom audience). Ianya akan berikan hasil yang lebih mengkagumkan!

Langkah 8: Klik change campaign untuk namakan kempen anda.

Nota: 1. Campaign - Campaign boleh diibaratkan sebagai folder utama bagi iklan-iklan yang dibuat. Campaign berasingan dibuat bagi objektif iklan yang berbeza (contohnya kalau objektif iklan untuk dapatkan like, kita buat campaign hanya untuk dapatkan like. Nak buat iklan page post engagement, kita buat pula campaignyang lain pula). Di dalam

12

SIFU FB ADS2014
campaign ini, terdapat Ad set dan juga ad. 2. Ad Set Anda boleh bina lebih dari satu ad setdalam satu campaign. Ad set adalah group audiens bagi iklan anda. Contohnya anda ingin bina iklan untuk disasarkan kepada beberapa kategori audiens. Contohnya, anda ingin sasarkan like ads anda kepada 2 audiens yang berbeza, katakan audiens A dan audiens B. Jadi, anda perlu bina 2 ad set di bawah satu campaign, iaitu ad set A dan ad set B. Anda perlu letakkan bajet bagi ad set yang anda bina. Setiap ad set, memiliki bajet iklan masing-masing samada secara daily budget atau lifetime budget. 3. Ad Iklan yang anda buat! Ianya diletakkan di bawah ad set. Anda boleh bina seberapa banyak ad di bawah ad set, tetapi ianya perlulah iklan yang berbeza (gambar atau ayat berbeza).Ad yang terbaik akan dipilih oleh FB untuk dijalankan. Anda boleh buat ad yang berbeza, tapiad yang dibuat di bawah satu ad set perlulah sama jenis bid nya (CPC, CPM, OCPM).

13

SIFU FB ADS2014
Langkah 9:Namakan kempen anda.

Anda boleh bina kempen baru dengan klik pada create a new campaign atau anda boleh pilih use existing campaign jika mahu bina iklan baru di dalam campaign yang terdahulu. Langkah Berikan Nama Kempen: 1. Mulakan dengan bulan iklan dibuat seperti contoh APRIL (mudah untuk anda ketahui bila iklan dibuat) 2. Nama page. Contoh SIFUFBADS (mudah untuk ketahui dari page mana iklan tersebut dibuat terutamanya buat mereka yang memiliki fanpage yang lebih dari satu) 3. Objektif Iklan dibuat. Contohnya LIKE CPC (tuliskan apa objektif iklan anda, samada sales, like, list building, jualan diskaun, atau sebagainya. Janji ada faham apa iklan yang dibuat) Langkah 9:Namakan Ad Setiklan anda, dan letakkan bajet harian iklan anda.

14

SIFU FB ADS2014
Langkah 10: Pilih jenis bid bagi iklan anda.

Nota: a) Bid for page Likes Ianya adalah jenis bid OCPM atau AutoCPM (Optimized Cost Per 1000 Impression). Ini bermakna FB akan memaksimakan iklan anda untuk dapatkan like. Anda hanya boleh letakkan bajet untuk iklan like anda. Jenis bid OCPM ini, iaitu cost per 1000 impression ditentukan sendiri oleh pihak FB berdasarkan masa iklan dijalankan, berapa bajet OCPM disediakan, placement yang dipilih (mobile feed merupakan antara yang paling mahal) Walaupun menggunakan bid jenis ini, anda masih boleh mengira kos per klik (kos bagi setiap klik yang diperolehi dari iklan yang dijalankan), iaitu.. -Kos per klik = Kos Iklan (spent) / jumlah klik yang diperolehi Dan anda juga boleh kira cost per like - Kos per like = kos iklan (spent) / jumlah like yang diperolehi b) Bid For Clicks Ianya adalah jenis bid CPC, yang mana nilai bagi setiap klik yang diperolehi dari iklan. Ada klik, anda dikenakan bayaran! Tiada klik, tiada bayaran! Anda boleh letakkan nilai bid maksima anda sudi bagi setiap klik yang anda perolehi. Nilai bid ini biasanya diletakkan RM0.09 RM0.30. Nilai bid ini banyak dipengaruhi oleh jenis audiens yang dipilih, prestasi pengiklanan anda sebelumnya, dan juga nilai bid oleh pengiklan lain. Nilai bid tertinggi biasanya membolehkan iklan dapat dijalankan dengan

15

SIFU FB ADS2014
lebih pantas berbanding iklan yang diletakkan bid yang rendah. c) Bid For Impressions Jenis bid, CPM! Nilai bid maksima yang anda letakkan bagi mendapatkan 1000 impresssion (1000 kali iklan dipaparkan). Ini bermakna, anda dikenakan kos iklan bagi setiap 1000 kali iklan dipaparkan. Sebagai contoh, jika anda letakkan RM1 untuk 1000 impressions bagi iklan page post anda, dan dari iklan tersebut anda berjaya memperolehi 300 klik. Walaupun anda menerima klik yang banyak, tetapi kos yang dikenakan tetap berdasarkan RM1 untuk 1000 impression.

Jom ikuti cara-cara setting bid iklan anda berdasarkan CPC, CPM, dan OCPM. CARA BID CPC Jika anda memilih Bid CPC, ikuti langkah di bawah; 1) Pilih bid for clicks, dan pilih manually bid for clicks

CARA BID CPM Jika anda memilih bid CPM, ikuti langkah di bawah; 1) Pilih bid for impressions dan letakkan nilai bid anda.

16

SIFU FB ADS2014

CARA BID OCPM Jika anda memilih bid OCPM, ikuti langkah di bawah; 1) Pilih bid for impressions dan letakkan nilai bid anda.

Langkah 11: Semak iklan , dan seterusnya klik place order.

17

SIFU FB ADS2014

Langkah 12:Ads anda berjaya dibuat. Dan anda perlu tunggu kelulusan dari pihakFB. Kelulusan ini akan dimaklumkan melalui FB notification dan juga melalui emel. Anda juga boleh terus masuk ke https://www.facebook.com/ads/manageuntuk melihat status iklan anda ATAU klik continue

Langkah 13:Anda kini telah berada di dalam fb ads manager (ianya boleh dianggap seperti pusat kawalan segala iklan FB anda). Di sini anda boleh melihat campaign, ad sets dan ads yang sedang berjalan (active), yang sudah dihentikan (inactive) dan juga yang masih menunggu proses kelulusan dari fb (pending review). Dalam paparan di bawah, anda boleh lihat senarai campaign yang telah dibuat berserta status dan juga datanya. Jom lihat penerangan tentang data campaign yang berada di kedudukan teratas di paparan bawah;

18

SIFU FB ADS2014

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Nama campaign Like 02 Status campaign - ON, sedang berjalan Delivery - active, iklan sedang berjalan Objectivenot specified (sepatutnya Like ads) Schedule Masa iklan mula dibuat hingga sekarang Spent Today R3.85 of R10.00, kos iklan hari ni dari bajet untuk satu campaign (bajet R10.00 (ada 1 ad set dengan bajet R10.00 setiap ad set), belanja hari ni RM3.85) 7. Lifetime Spent R33.85, kos iklan dari mula iklan dibuat hingga kini 8. Page Likes jumlah like yang diperolehi dari mula iklan dibuat hingga sekarang 9. Reach - 3918, jumlah orang yang melihat iklan anda 10. Frequency kekerapan audiens melihat iklan anda dalam ad set 11. Total Spent R33.85, kos iklan dari mula iklan dibuat hingga kini 12. Avg. Cost per Page Like Kos bagi mendapatkan 1 like bagi campaign ini 13. Graph prestasi like yang diperolehi oleh campaign ini 14. Ads Sets pilihan untuk melihat ads sets yang dibuat 15. Ads pilihan untuk melihat ads yang dibuat dalam satu ad sets 16. Pilihan untuk lihat samada iklan anda sedang berjalan, pause, delete 17. View report anda boleh lihat lebih detail prestasi iklan anda 18. Status - status ad sets yang berada dalam campaign ini 19. Ad Set - Senarai ad sets yang berada dalam campaign ini. Jika diklik, anda akan dibawa terus kepada ad sets tersebut 20. Delivery - status ad sets tersebut, samada aktif atau pun tidak 21. Results - hasil likeyang diperolehi daripada ad sets tersebut. 22. Cost - kos bagi setiap like yang diperolehi dari ad sets tersebut. 23. Reach - Jumlah orang yang melihat iklan-iklan yang berada dalam ad sets tersebut 24. Budget - Bajet harian bagi ad sets tersebut 25. Spent Today - Kos yang dibelanjakan untuk ad sets tersebut pada hari ini 26. Total Spent - Kos iklan yang telah dibelanjakan untuk ad sets tersebut 27. Start date masa iklan mula dibuat 28. End date masa terakhir iklan berjalan (sekarang) 19

SIFU FB ADS2014
Seterusnya, untuk masuk ke ad setsuntuk melihat ad pula, klik pada namaad sets yang diinginkan. Langkah 14:Anda telah berada dalam ad sets yang telah dipilih. Anda boleh lihat ad yang berada dalam ad sets Jom lihat dan study tentang data ad di dalam campaign ini.

Rujuk no pada gambar 1. Campaign -Nama campaign 2. Ad set nama ad set anda 3. Status status iklan anda sekarang (sedang aktif) 4. Delivery - iklan di dalam kempen ni sedang berjalan 5. Schedule - masa iklan mula berjalan, hinggalah sekarang 6. Budget bajet harian ad set 7. Spent Today - jumlah kos ad set hari ni 8. Lifetime spent - kos iklan bagi ad set ini 9. Page LikesJumlah like yang diperolehi dari ad set ni 10. Reach - jumlah orang yang melihat semua iklan dalam ad setini 11. Frequency - kekerapan iklan dilihat oleh setiap audiens 12. Total spent - jumlah kos iklan hari ni bagi ad set ini 13. Avg. Cost per Like - Kos bagi mendapatkan 1 like bagi ad set ini 14. Graph prestasi like yang diperolehi bagi ad set ini 15. Pilihan untuk lihat samada iklan anda sedang berjalan, pause, delete 16. View report anda boleh lihat lebih detail prestasi iklan anda 17. Status - status ad yang berada dalam ad set ini 18. Ad - Senarai ad yang berada dalam ad set ini. Jika diklik, anda akan dibawa terus kepada ad tersebut 19. Delivery - status ad tersebut, samada aktif atau pun tidak 20. Results- hasil like yang diperolehi daripada ad tersebut. 21. Cost - kos bagi setiap like yang diperolehi dari ad tersebut. 20

SIFU FB ADS2014
22. Reach - Jumlah orang yang melihat iklan tersebut 23. Frequency kekerapan audiens melihat iklan anda 24. Clicks Jumlah klik yang diperolehi 25. Click Through Rate CTR, % keberkesanan iklan anda menerima klik 26. Spent Today - Kos yang dibelanjakan untuk ad tersebut pada hari ini 27. Total Spent - Kos iklan yang telah dibelanjakan untuk ad tersebut 28. Max Bid nilai bid maksima awal yang anda letakkan ketika buat ads (paparan OptimizedCPM untuk OCPM, CPC untuk jenis bid CPC dan CPM untuk bid CPM) 29. Avg Price kos sebenar setiap klik (jika pilih CPC) atau kos setiap 1000 impression (jika pilih CPM)..Dan kos ditentukan sendiri oleh FB (jika anda memilih OCPM)

21

Anda mungkin juga menyukai