Anda di halaman 1dari 14

1.0 PENGENALAN KEMAHIRAN MEMBACA.

Membaca merupakan asas penting dalam pendidikan dan kunci kepada sesebuah kejayaan seseorang pelajar. Membaca memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu dalam memenuhi keperluan, menimbulkan kesedaran dan membina perkembangan social. Melalui pembacaan seseorang akan dapat membuka pemikiran mereka daripada ruang lingkup yang lebih besar, menimbulkan minat, citarasa dan pandangan terhadap orang lain. Membaca mempunyai hubungan yang paling rapat dengan pendidikan.ini adalah disokong oleh ahli falsafah menyatakan bahawa Kejayaan seseorang dalam pendidikan bergantung kepada kejayaan dalam bacaannya mengikut Denchant 1997 yang

Kejayaan pelbagai program pendidikan adalah bergantung kepada para guru yang bertanggungjawab menjadi pembentuk generasi yang celik membaca pada peringkat awal lagi iaitu peringkat prasekolah dan sekolah rendah lagi. Merekalah yang bertanggungjawab menentukan sama ada seseorang murid Berjaya menguasai kemahiran membaca atau tidak. Dengan ini, guru haruslah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu terhadap pengajaran membaca daripada awal lagi. Terdapat beberapa fahaman lama dan baru terhadap kemahiran membaca iaitu fahaman lama berpendapat bahawa membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan kepada bentuk lisan dengan lancer adalah dianggap pandai membaca. Mengikut pendapat fahaman baru pula, membaca ini bukanlah bermakna memindahkan tulisan semata-mata kepada bentuk lian tanpa memahami maknanya, bahkan dapat menagkap makna dan memahami apa yang dibaca mereka.

1.1 DEFINISI MEMBACA Menurut Robert Lado, 1964 membaca itu bermaksud mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya. Menurut Smith ( dalam Mangantar Simanjuntak, 1985:3 ) mengatakan membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang membentuk semula di dalam pemikirannya dengan sebaik mungkin erti yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian di baca oleh si pembaca tadi. Mengikut Atan Long 1978, membaca melibatkan satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambing-lambang dan menterjemah lambanglambang itu semula kepada bunyi suara ( bahasa ) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Steinberg 1982:197 mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya ialah memberi maklumat melalui bnetuk-bentuk tertulis. Deboer dan Dallman berpendapat bahawa membaca melibatkan

pemahaman dan intepretasi idea-idea yang disimbolkan melalui penulisan atau symbol yang tertulis. Gibson menegaskan bahawa membaca ialah penerimaan komunikasi bertindakbalas terhadap symbol-simbol grafoik, mentafsir simbol grafik kepada pertuturan dan mendapatkan makna dari[ada bahan-bahan bercetak. Decent 1982, membaca adalah the process of giving the significacne intended by the writer to graphic symbols by relating them to our previous fund of experience

Satu aspek lagi yang ditekankan dalam aspek membaca ialah proses membaca dan komunikasi. Proses meletakkan pembaca berhubung dengan idea-idea tertentu. Membaca juga melibatkan interaksi antara pembaca dan penulis. Kebanyakan definisi membaca menekankan dua proses penting iaitu :  Mengenalpasti simbol-simbol.  Hubungan makna yang sesuai atau cocok dengan symbol-simbol tersebut. Membaca juga memerlukan pengenalpastian dan pemahaman. Satu lagi aspek yang ditekankan dalam definisi membaca ialah proses bahasa dan komunikasi yang melibatkan proses meletakkan pembaca berhubung dan berkomunikasi dengan idea-idea tertentu. Membaca adalah melibatkan interaksi antara pembaca dengan penulis. An interaction by which meaning encoded in visual stimuli by an author becomes meaning in the mind of the reader. Pakar Jabatan Pendidikan, Amerika Syarikat

Kesimpulannya, membaca adalah melibatkan proses pemikiran dan menyuarakan lambang-lambang bunyi daripada bentuk tulisan kepada bentuk lisan serta memahaminya dengan berkesan.

MELIBATKAN PEMBACA DAN PENULIS

MEMBACA
MENGINTRIPETASIKAN IDEA

MENGENALPASTI SIMBOL-SIMBOL GRAFIK

MAKNA TERHADAP SIMBOL GRAFIK YANG TERBIT

1.2 KAEDAH-KAEDAH MEMBACA. 1.2.1 Kaedah Fonetik. Dalam pengajaran kaedah ini, kebiasaannya pembaca akan

membunyikan perkataan-perkataan atau lambang-lambang huruf yang dilihat mereka. Menurut Durkin 1972, menyatakan bahawa anggapan asas di sebalik kaedah ini ialah, jika kanak-kanak diajar melihat hubungan di antara simbol ( huruf ) dengan bunyinya, mereka akan dapat membaca ( membunyikan ) sendiri perkataan perkataan yang baru dihadapi Murid-murid akan diajar bunyi bunyi yang berhubung dengan huruf-huruf dan tidak nama huruf itu. Berbanding dengan kaedah abjad dan kaedah suku-kata, kaedah ini boleh diangap sebagai kaedah yang baharu dalam bidang pengajaran pembacaan permulaan untuk bahasa Melayu. Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan lambang ), hubungan antara bunyi dan

kebolehan mengenal kod ( lambang yang dilihat .

Menurut Sofiah Hamid (1985:1) . Seterusnya Sofiah Hami juga turut mengatakan bahawa kaedah ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kaedah Fonik Binaan dan Kaedah Fonik Instrinsik. Kaedah penyebutan Fonik Binaan ialah bunyi-bunyi pengajaran dimulakan dengan Kemudian bunyi-bunyi ini

fonetik

huruf.

digabunggkan menjadi unit yang lebih besar, iaitu suku kata seterusnya membentuk perkataan. Manakala Kaedah Fonetik Intrinsik diperkenalkan untuk menagtasi kelemahan-kelemahan yang ada pada Kaedah Fonok Binaan. Ia menekankan pemerolehan makna dalam proses membaca. Murid akan diperkenalkan dahulu dengan perbendaharaan kata sebelum

diperkenalkan

bunyi.

Selepas

murid

mempelajari

sejumlah

perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama daripada perkataan-perkataan tersebut dan kemudiannya membuat kesimpulan umum tentang bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataanperkataan yang telah dipelajari. Contohnya:

Murid diajar perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama iaitu: Mana,mama, makan, baju, papa, bawa ; Selepas itu, murid diajar mengenal bahawa perkataan-perkataan itu adalah bermula dengan huruf dan bunyi yang sama.

Pada asasnya kaedah ini hampir ketara bersamaan dengan kaedah membaca lain iaitu kaedah abjad. Yang membezakannya ialah tiap-tiap huruf dalam abjad itu dibunyikan. Dalam pengajaran kaedah ini, tiap-tiap huruf dibunyikan iaitu contohnya A dibunyikan a, B dibunyikan beh, T disebut teh, U dibunyikan uu dan sebagainya. . setelah kanak-kanak mengenal dan mengetahu bunyi-bunyi huruf tersebut, sukukata pula dibunyikan contohnya Aa, Au, Ba, Bu, Ce, Cu, Re, Ri, Ka, Lu, Tu, dan sebagainya lagi, kemudian ia baru digabungkan membentuk sukukata-sukukata dan kemudiannya menjadi perkataan-perkataan. Sistem ejaan bahasa Melayu adalah bersifat fonemik iaitu sistematik dan tersusun berbanding dengan bahasa Inggeris yang tidak tersusun dan bercwlaru antara sebutan dengan ejaan perkataannya. Jadi kaedah ini adalh sesuai digunakan untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak.

Membatang sukukata dan perkataan adalah salah satu kaedah yang ada di dalam kaedah fonetik ini. Iaitu contohnya MATA MA = MA, TA = TA MA/TA

Kebaikan dan keburukan Kaedah Fonetik. KEBAIKAN Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah tediri dari suku kata yang hampir tetap bunyinya. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka. KEBURUKAN Bacaan murid tidak licin. Ini disebabkan oleh perhatian murid itu tertumpu kepada sukukata-sukukata, satu persatu Tidak menarik hati kerana sukukatasukukata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka.

1.2.2 Kaedah Abjad. ( Alphabets Method ) Kaedah ini merupakan kaedah yang tertia sekali diajarkan di dunia ini iaitu semenjak zaman Kerajaan Greek dan Rome. Kaedah ini menekankan pengenalan nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini dimulakan dengan penegenalan terhadap huruf-huruf iaitu huruf A sehingga Z, vocal dan konsonan. Terdapat 6 huruf vocal dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu a, e, i, o, u, e manakala gabungan huruf vocal dan konsonan seperti beberapa contoh di bawah iaitu: ka, ki, ku, ku, ke, ko Diftong pula ialah seperti berikut: au, ai, oi kemudian murid akan mengenal rangkaikata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

kelebihan dan kelemahan kaedah abjad ialah; KELEBIHAN KEKURANGAN

Sesuai dengan bahasa Melayu yang terdiri Murid dapat membaca denga lancer daripada sukukata dan rangkaikata yang hamper tetap bunyinya. mengikut cara tradisional tabpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan kleancaran sebutan dari kelancaran membaca. Memebolehkan kanak-kanak membaca perkataan baharu walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vocal dan konsonan dengan baik. Kaedah ini membawa asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan keperluan psikologi muridmurid kerana pengajaran tidak keseluruhan bermakna Tercapai kemahiran dan kecekapan membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid. Boleh membosankan murid-murid apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.

1.2.3 Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah Pandang dan Sebut dianggap sebagai reaksi kepada kelemahankelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah ini lebih bermakna daripada nama setiap huruf itu. Misalnya bapa, rumah, mata, dan sebagainya ditulis penuh dan diajar keseluruhannya kerana difikirkan lebih bermakna daripada dipecahkan kepada huruf-huruf. Kaedah ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid yang baru hendak belajar membaca. Dalam pengajaran, guru menunjukkan seluruh perkataan dan disertakan dengan gambar-gambar (atau benda sebenar) yang mewakili perkataan yang dilambangkan itu. Perkataan ayam ditulis di tepi atau di bawah gambar ayam, dan perkataan kereta diletakkan di tepi atau di bawah gambar kereta. Kadang-kadang digunakan kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan untuk murid-murid membacanya apabila kad-kad itu diimbaskan di hadapan mereka. Antara kelebihan kaedah ini ialah, bahan yang disampaikan itu menarik minat murid kerana bahan-bahan itu mempunyai makna. Selain itu, kaedah ini bersesuaian dengan resmi kanak-kanak mempelajari sesuatu, iaitu daripada keseluruhan membawa kepada bahagianbahagaiannya. Kaedah ini dari awal lagi mementingkan makna. Dengan itu, murid dari mula lagi mendapat latihan memahami perkataan yang dibacanya. Disamping itu, guru dapat melatih murid-murid membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari peringkat permulaan membaca lagi. Kelemahan-kelemahan kaedah ini, pertama ialah bacaan-bacaan murid terhad kepada perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang dipelajari sahaja. Kaedah ini tidak membolehkan murid mengenal huruf-huruf, dan murid-murid tidak mempunyai asas yang membolehkan mereka menulis dan membaca dengan sendiri.

Menurut Laporan Jemaah Nazir Sekolah-sekolah , Guru yang bergantong semata-mata kepada satu kaedah untok mengajar semua peringkat akan dapat menchapai tujuan yang ada pada sisi kaedah itu sahaja Dan manakala dinilaikan hasil pengajaran itu dari beberapa segi maka tentulah keputusan-nya tidak memberi puas hati. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1971 : 39)

BAHAN BANTU MENGAJAR POWER POINT KAEDAH PANDANG SEBUT

REFLEKSI (Ainur Nazura binti Mohd Joni) Assalamualaikum. Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini pada masa yang ditetapkan. Setelah diberi tempoh masa tertentu proses menghasilkan kerja kursus yang diberi maka inilah yang dapat saya sembahkan dalam Kerja Kursus Literasi Bahasa.

Antara masalah yang dihadapi ialah berkenaan penghasilan bahan bantu mengajar bagi kaedah membaca. Saya dan rakan sekumpulan iaitu Nik Fatin Amalina telah memilih kaedah pandang sebut untuk dijadikan kaedah mengajar membaca. Apa yang menjadi masalah pada mulanya ialah format bahan bantu mengajar yang menepati kehendak pensyarah pembimbing. Kami telah berjumpa En. Sheikh untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Selain itu, kami mempunyai masalah untuk merakam suara untuk digunakan dalam bahan bantu mengajar kami. Kira-kira hampir 3 hari barulah proses rakaman tersebut selesai. Rakaman kami terkandung cara sebutan objek yang dijadikan muzik tertentu. Kami memilih beberapa lagu kanak-kanak untuk dijadikan irama sebutan kami. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak dan seterusnya menjawab soalan kerja kursus ini sendiri yang meminta kami memasukkan unsure muzik dalam setiap bahan bantu mengajar.

Tugasan ini dapat saya siapkan hasil dorongan pensyarah dan bantuan daripada beberapa rakan sepelatih yang membantu saya dan Nik Fatin dalam proses rakaman. Saya berharap apa yang saya sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, sekiranya ada terdapat salah silap dan kelemahan dalam kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya yang indah itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri.

Sekian,terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana Berjaya juga menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna hendaknya. Seperti kebiasaannya, saya dan rakan telah diberi taklimat terhadap kerja kursus Literasi Bahasa ini yang menginginkan kami berkerja secara berkumpulan dalam menyiapkan tugasan ini. Kami telah dibahagikan kedalam kumpulan dan saya dan rakan saya Ainur telah bersetuju untu menyiapakn tugasan ini dalam kumpulan yang sama. Saya dan rakan telah membahagikan tugasan terhadap apa yang difahami dalam pengajaran kaedah membaca kanak-kanak selain mencari maklumat yang sepatutnay untuk diajdikan bahan rujukan kami. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa masalah yang biasa saya dan rakan lain hadapi iaitu akses internet yang kurang berfungsi dengan sepatutnya. Selain itu juga buku di perpustakaan juga mungkin telah habis dipinjam oleh pelajar lain yang menambahkan kesukaran bagi saya dan rakan, namun atas usaha dan kerjasama rakan-rakan yang lain, kami Berjaya juga menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Selain menghadapi masalah ini, saya merasakan bahawa ini adalah pengalaman yang berharga buat saya kerana saya telah serba sedikit mengetahui apa itu kaedah yang patut diajar kepada kanak-kanak diawal permulaan membaca, sesuailah dengan tugas yang bakal saya galas sebagai guru prasekolah suatu hari nanti. Selain itu juga saya berpeluang untuk menyediakan sendiri bahan bantu mengajar yang begitu menarik perhatian kerana telah diterapkan unsur muzik dan warna-warna yang menarik minat kanak-kanak untuk membaca di peringkat permulaan harapnya. Saya turut bersyukur kepada diri sendiri kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini dan juga dapat berkerjasama dengan rakan saya dalam memastikan sumber dan dapatan yang diperolehi adalah tidak tersasar dan memenuhi skop tugasan ini.

Disediakan oleh : Nik Fatin Amalina binti Ismail.

Anda mungkin juga menyukai