Anda di halaman 1dari 31

HSE 3023 ASIA TIMUR ABAD KE-20 TAJUK:

Jepun menjadi bangsa Asia pertama mengalahkan kuasa Eropah. Bahaskan pernyataan tersebut.
DISEDIAKAN OLEH NAMA NUR AMALIA BINTI ARAPAH NUR FAZELLA ATTA CHRISTINE CHRISTILLA CHAM SITI ALIAA BINTI HASHIM HAFIZAH BINTI KHALID@ ABDULLAH NO. MATRIK D20111048600 D20111048537 D20111048561 D20111048499 D20111048507 PROGRAM AT32 ISMP SEJARAH AT32 ISMP SEJARAH AT32 ISMP SEJARAH AT32 ISMP SEJARAH AT32 ISMP SEJARAH

AZHAR MAD AROS FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 PENGENALAN Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa besar di rantau Asia Tenggara didorong oleh banyak faktor. Pemulihan Meiji yang dilaksanakan selepas kejatuhan syogun telah membantu Jepun untuk bangun menjadi sebuah negara yang keluar daripada pemerintahan dan cara hidup tradisional. Masyarakat Jepun mula berjinak-jinak dengan dunia barat terutamanya dari segi ketenteraan. Usaha Jepun ini telah membuahkan hasil apabila Jepun menang dalam peperangan dengan China dengan menggunakan strategi ketenteraan yang dipelajari daripada Barat. Ekoran itu, Jepun mula menguatkan organisasi ketenteraannya sebagai pertahanan utama negaranya. Peperangan yang meletus antara Jepun dan Rusia sekali lagi menguji kekuatan ketenteraan Jepun dan kemenangan di tangan Jepun menyebabkan Jepun menjadi bangsa Asia pertama yang berjaya menumpaskan kuasa asing. Lantaran itu, peristiwa ini menjadi titik penting dalam sejarah Jepun apabila Jepun mendapat tempat dalam kalangan kuasa asing iaitu terlibat dalam Perang Dunia yang menyaksikan kekuatan Jepun. Jepun akhirnya menempa nama dalam sejarah dengan merangkul gelaran bangsa Asia pertama yang berjaya menewaskan kuasa asing. Permulaan imperialisme Jepun boleh dilihat pada peringkat pertama apabila Jepun menguasai Korea dan menjalankan pentadbiran ala barat di Korea. Jepun yang membenarkan Korea mengamalkan institusi raja dikecam hebat oleh segelinitr pihak Jepun yang inginkan penaklukan.1 Kemenangan dalam peperangan telah mendorong segelintir pihak di Jepun untuk melaksanakan imperialisme dan mula meluaskan empayar ke China dengan pengambilan Manchuria di bawah kuasa Jepun. Minat imperialisme Jepun ini telah menjadi bukti bahawa Jepun merupakan sebuah negara maju, sekaligus menjadi bangsa yang disegani di rantau Asia Tenggara. Tugasan ini akan membincangkan usaha Jepun ke arah menjadi sebuah kuasa besar di rantau Asia Tenggara dan diiktiraf oleh kuasa-kuasa asing. Apakah peranan yang dimainkan oleh pemerintah Jepun dan kebangkitan strategi ketenteraan Jepun yang banyak menyumbang kepada kebangkitan kuasa Jepun.

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm114.

2.0 KEJATUHAN SYOGUN 2.1Sebab-sebab kejatuhan Shogun Tokugawa Kejatuhan Shogun Tokugawa menjadi titik tolak bermulanya satu anjakan paradigma dalam tamadun Jepun. Walaupun kejatuhan Keshogunan Tokugawa menyaksikan satu keadaan yang sangat dasyat di Jepun, ia kemudiannya membawa kepada kebangkitan dan kemunculan Meiji yang akhirnya melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran Jepun sehingga mampu membentuk Jepun sebagai sebuah kuasa yang gah seperti negara Barat pada masa itu. Dalam meneliti sebab-sebab kejatuhan shogun, perkara yang akan yang akan difokuskan melibatkan kurangnya pemimpin yang berkaliber, kemiskinan golongan petani disamping

masalah bencana alam dan kebuluran serta kedatangan Barat ke Jepun. 2.1.1 Ketiadaan Pemimpin yang Berkaliber Abad ke-18 menyaksikan legasi pemerintahan Shogun Tokugawa berada pada tahap yang lemah. Ia memperlihatkan pentadbiran yang mengabaikan hal ehwal pemerintahan, pertahanan, dan perhubungan dengan pengikut-pengikutnya serta Daimyo. Shogun-shogun Tokugawa tidak lagi memiliki kebijaksanaan politik malahan kualiti kepimpinan yang ada pada Shogun Ieyasu sangat sukar dilihat dalam peribadi shogun-shogun selepasnya. Antara Syogun yang lemah dan tidak berkaliber ialah Ieshige (1745-1760), Ieharu (17601786), Ienari (1787-1837). Ieshige seorang Syogun yang lemah dan uzur bahkan juga seorang yang gagap dalam pertuturan.2 Beliau turut digelar sebagai Shoben Kubo yang bermaksud shogun yang membasah tempat tidur.3 Kelemahan tersebut seharusnya tidak dimiliki oleh

seorang peneraju sesebuah pemerintahan. Dengan kekurangan tersebut, jurubahasanya yang bernama Ooka Tadamitsu memainkan peranan dalam pentadbiran selaku wakil yang menjalankan kuasanya dan ia memperlihatkan dengan jelas bahawa Ieshige tidak berkemampuan mentadbir Jepun. Apabila Ieshige meninggal dunia, Ieharu mengambil alih pentadbiran Jepun. Ieharu merupakan seorang yang pemalas dan boros.4 Ieharu boleh disifatkan sebagai shogun yang sangat teruk kerana dibawah pimpinannya Jepun mengalami pelbagai krisis kewangan yang dasyat.
2 3

Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800 1955. Kuala Lumpur: Pustaka Sri Murni. hlm. 71. George Baily Sansom. (1963). History Of Japan 1615-1867. California: Standford University Press. hlm 173. 4 M. Rajedran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd. hlm. 52.

Ieharu digantikan oleh Ienari.

Ienari juga tidak memiliki ciri-ciri pemimpin yang

berwibawa.5 Memiliki 40 dayang-dayang (Sokushitsu) dan 900 orang pembantu di istananya, sejumlah 20 orang gundik dan lebih kurang 55 orang anak membuktikan bahawa peribadi shogun ini hanya mementingkan dirinya sahaja. Setiap kali melangsungkan perkahwinan

anaknya, ia dilangsungkan secara mewah dan ini menandakan bahawa dia juga seorang yang boros dalam membelanjakan perbendaharaan Jepun.6 Kesan daripada masalah bencana alam dan kebuluran yang melanda dalam tahun 1703, sejumlah peruntukan yang banyak disalurkan kepada rakyat dan ia sekaligus menambahkan lagi defisit kewangan Bakufu. Menjelang abad ke-19, Bakufu mengadapi masalah kewangan yang serius. Kekayaannya kian merosot dan ia tidak dapat mengenakan cukai ke atas tanah-tanah feudal kecuali di kawasan yang dikuasai secara langsung oleh Bakufu. Tindakan golongan pemerintah yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah juga berleluasa dalam kalangan pegawai-pegawai Bakufu akibat masalah kewangan. Keadaan huru-hara dan kekacauan politik di Bakufu telah menyebabkan sebilangan rakyat dari semua kelas bangkit menamatkan Keshogunan Tokugawa. Ringkasnya, masalah-masalah politik yang berlaku diperingkat atasan memberi kesan yang sangat besar kepada perjalanan pentadbiran Shogun Tokugawa. Kelemahan-kelemahan yang terdapat pada para shogun selepas Ieyasu membawa Jepun kepada suatu keadaan yang sangat lemah. 2.1.2 Gerakan Menggulingkan Keshogunan Tokugawa Berikutan daripada kelemahan tampuk kepimpinan shogun, orang Jepun mula merasakan satu tindakan perlu dilaksanakan untuk mengembalikan kemakmuran Jepun. Seperti yang sedia maklum, orang Jepun percaya bahawa maharaja Jepun adalah keturunan Dewi Matahari.7 Namun, pada ketika itu, maharaja Jepun hanya berperanan sebagai raja boneka dan pentadbiran diserahkan sepenuhnya kepada shogun. Kesedaran tersebut akhirnya membawa kepada tuntutan untuk mengembalikan kuasa maharaja Jepun dan sekaligus merealisasikan matlamat orang Jepun yang menderita kerana kelemahan pentadbiran shogun.

5 6

Ibid Ibid 7 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 6.

Oleh yang demikian, menyedari hal ini golongan anti-Tokugawa bertindak menyokong maharaja yang selama ini ditindas oleh Tokugawa. Mereka turut bersatu dengan golongan Kyoto serta golongan saudagar yang anti-Tokugawa. Maharaja Jepun pada masa tersebut iaitu Maharaja Komei sendiri telah pun mempunyai hubungan rapat dengan perikatan anti-Tokugawa ini.8 Golongan anti-Tokugawa turut menggunakan isu penerimaan shogun terhadap kuasa Barat yang memasuki Jepun dan melanggar dasar isolasi. Ketibaan Kommodor Perry dari Amerika telah memaksa Jepun untuk menerima polisi penghapusan dasar pemencilannya dengan menandatangani perjanjian dengan Amerika sehingga termeterainya Perjanjian Kanagawa. 9 Mereka telah mengecam Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani dengan Amerika pada tahun 1854. Tindakan menggulingkan Shogun Tokugawa juga berlaku ekoran daripada sejarah

keshogunan tersebut yang telah banyak menewaskan suku kaum yang lain pada awal pemerintahannya. Hal ini menyebabkan terbit perasaan dendam dalam suku-suku kaun tersebut walaupun mereka telah menyatakan taat setia dan mengakui kekuasaan Tokugawa. Ia hanyalah taktik untuk mengaburi pentadbiran shogun kerana dalam pada masa yang sama suku-suku kaum yang berdendam ini telah merangka strategi menentang Tokugawa. Ia samalah seperti musuh dalam selimut. Suku kaum seperti Satsuma, Choshu, Toza dan Hizen telah membentuk pakatan yang kuat dan mereka mengetuai gerakan anti-Tokugawa.10 Apa yang lebih jelas, puak Satsuma dan Choshu sememangnya musuh tardisi Shogun Tokugawa dan kedudukan geografinya terlalu ke barat menyebabkan mereka sukar dikawal.11 Suku-suku kaum ini aktif menentang Tokugawa bukan hanya disebabkan dendam, malah mereka bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan shogun.12 Oleh itu, jelaslah bahawa kewujudan perasaan cemburu, anti-Tokugawa dan dendam yang ada dalam kalangan masyarakat Jepun ketika itu menjadikan gerakan penggulingan Tokugawa dapat dilaksanakan sekaligus merealisasikan matlamat menjatuhkan legasi pemerintahan keshogunan.
8 9

Richard Storry. (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 83 H. Paul Varley, Nobuko Morris. (1974). The Samurai. England: Penguins Books. hlm. 101. 10 Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. (disunting oleh Ghazali Basri). Kuala Lumpur: Anthonian Store. hlm. 118. 11 W. Scott Morton. (2006). Jepun;Sejarah dan Budaya, (Terjemahan: Azhar Mad Aros). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm 156 12 Maswari Rosdi. Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. hlm 71.

2.1.3 Kemiskinan Golongan Petani Bebanan cukai yang terpaksa ditanggung oleh golongan petani menjadikan keadaan di Jepun ketika itu semakin teruk. Kadar cukai yang melampau ditambah lagi dengan kesengsaraan hidup berikutan pentadbiran yang semakin lemah menjadikan keadaan masyarakat Jepun kacaubilau. Jepun yang merupakan sebuah negara berasaskan pertanian. Maka, majoriti

masyarakatnya adalah petani. Contoh cukai-cukai yang dikenakan seperti cukai tanah dan kebun kosong, cukai bangunan dan cukai pintu. Selain itu, cukai-cukai ke atas kain, herba dan bahanbahan yang digunakan oleh petani juga turut dikenakan. Beras merupakan sumber pengeluaran utama Jepun. Oleh yang demikian, jika berlaku lebihan pengeluaran padi, secara automatik harga padi akan jatuh. Bagi tanaman yang buruk atau tidak berguna pula harganya akan melambung tinggi.13 Tindakan seperti ini adalah amat kejam kerana mengenakan cukai ke atas barangan yang tidak mendatang pulangan modal kepada para petani. Keadaan ekonomi yang tidak stabil ini menyebabkan berlaku masalah inflasi dan kebuluran.14 Kesan daripada cukai yang dilaksanakan tidak masuk akal, golongan petani bangun memberontak menentang daimyo dan Bakufu. Pemberontakan besar-besaran berlaku pada tahun 1764 di Kosuke dan Musashi yang melibatkan lebih 200 000 orang petani. Bencana alam yang berlaku juga mendorong kepada kejatuhan ekonomi Tokugawa. Bencana alam yang berlaku meliputi banjir, kemarau dan letupan gunung berapi. Pada 1732, sebahagian besar tanaman di Jepun Barat telah musnah diserang serangga dan menyebabkan beratus-ratus ribu orang petani kebuluran.15 Pada 1772 pula banjir memusnahkan beribu-ribu tanah sawah di Jepun Barat dan wabak penyakit membunuh seramai 200 000 orang petani. Sepanjang 1770-1779, banyak daerah dilanda kemarau dan penduduk amat menderita. Kemudian, banjir besar sekali lagi berlaku pada 1778 yang memusnahkan beribu-ribu tanah sawah di Kyoto dan Kyushu. Bencana alam yang berlaku ini menyebabkan hasil pertanian merosot. Kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh golongan petani ini telah mendesak mereka melakukan mabiki iaitu bayi-bayi yang tidak diperlukan dibunuh.16 Hal ini membukti keadaan masyarakat Jepun yang sangat terdesak dan menderita akibat cukai dan pada masa yang
13

C.P. Fitzgerald. (1970). Intisari Sejarah Asia Timor (Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 217. 14 Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. hlm.57. 15 M.Rajendran. Sejarah Jepun. hlm. 55. 16 Ibid. hlm. 54.

sama bencana alam yang berlaku menandakan bahawa pemerintah Jepun tidak lagi mendapat mandat untuk memerintah dan ia wajar digulingkan. 2.1.4 Kedatangan Komodor Perry dan Perjanjian Kanagawa Satu lagi peristiwa yang membawa kepada kemerosotan Shogun Tokugawa ialah kemunculan kuasa Barat di Jepun yang sekaligus menekan Jepun untuk menerima perhubungan dengan Barat. 18 Julai 1853 menyaksikan Matthew Perry, wakil Amerika Syarikat telah singgah ke Jepun dan membawa hasrat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun dan hal ini menambahkan lagi kebimbangan shogun.17 Apa yang dikhuatiri adalah nasib akan menjadi seperti China. Seandainya Jepun enggan mengadakan hubungan perdangangan bebas dengan kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat, Jepun bakal mengalami keadaan yang sama seperti negara jirannya iaitu China yang menjadi huru-hara akibat keengganannya menuruti permintaan pihak Barat. Kedatangan komodor Matthew Perry menyebabkan Jepun terpaksa menamatkan dasar isolasinya. Kedatangan Perry membawa kepada termetrainya Perjanjian Kanagawa. Berdasarkan perjanjian tersebut, pihak Amerika Syarikat menuntut supaya Jepun memberi perlindungan kepada kapal-kapal Amerika yang karam di kawasan perairan Jepun, kebenaran mendapatkan bekalan makanan dan arang batu dan kapal-kapal dagang Amerika dibenarkan berlabuh dimanamana pelabuhan serta Jepun perlu menyediakan kemudahan pelabuhan kepada mereka.18 Perjanjian Kanagawa dikatakan sebagai faktor yang mempercepatkan kejatuhan Shogun Tokugawa kerana ia telah membuka Jepun kepada kuasa asing.19 Ia sekaligus memburukkan lagi keadaan politik dalaman Jepun yang memperlihatkan golongan anti-Tokugawa menggunakan alasan pembukaan Jepun kepada Barat sebagai satu sebab perlunya tindakan menggulingkan Tokugawa dan mengembalikan kuasa kepada maharaja. Kemaraan kuasa Amerika Syarikat di Jepun telah membuka jalan kepada kuasa Barat yang lain untuk turut sama bertapak, melebarluaskan jaringan perdangangan dan mencari bahan mentah di kawasan Asia Timur ketika itu. Jepun seterusnya terpaksa menandatangi perjanjian

17 18

H. Paul Varley, Nobuko Morris. (1974). The Samurai. England : Penguins Books. hlm 52 Harold. M Vinacke. (1986). Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden; Jilid 1, (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 141 19 Edwin O. Reischauer. (1974). Japan: The Story Of A Nation. Tokyo: Charles E. Tuttle Company. hlm. 90

dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis, Belanda dan Britain. Kesannya, golongan antiTokugawa yang tidak bersetuju dengan penamatan isolasi telah mengambil langkah berani dengan menyerang dan membunuh beberapa orang Barat tanda protes.20 Secara ringkasnya, sebab-sebab di atas merupakan sebahagian daripada punca jatuhnya ShogunTokugawa. Keshogunan Tokugawa mengalami kemelesetan disebabkan masalah dari segi politik, ekonomi dan sosialnya. Namun, apabila peristiwa kejatuhan ini berlaku, muncul pula seorang tokoh yang menyelamatkan Jepun dan membawa pemodenan Jepun dan sekaligus mengubah Jepun menjadi satu bangsa yang gah dari Asia kerana mampu mengalahkan Barat. 3.0 PEMERINTAHAN MEIJI Selepas kejatuhan Shogun Tokugawa pada tahun 1868, tampuk pemerintahan Jepun telah diambil alih oleh Maharaja Meiji. Melalui pemerintahan Meiji, Jepun dilihat mengubah corak pemerintahan dengan mengikut cara Barat iaitu dalam usahanya memodenkan Jepun. Tumpuan utama pembentukan pemodenan ini ialah sebagai salah satu usaha bagi mengembalikan semula kuasa maharaja sebagai ketua masyarakat Jepun melalui penghapusan sistem feudal serta pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo yang juga mula dikenali sebagai Tokyo pada tahun Disember 1868. Setelah penghapusan sistem feudal dilaksanakan, maharaja dapat mengukuhkan semula kuasanya dan sekaligus menguasai seluruh rakyat dan negara Jepun. Langkah pertama yang diambil untuk mematahkan struktur feudal dengan meletakkan seorang pegawai Diraja di setiap kawasan tanah feudal. Meskipun pada awalnya kuasa pemilikan tanah ke atas daimyo masih belum berkurang tetapi rakyat jelata dan para daimyo mula sedar akan wujudnya pihak berkuasa yang lebih tinggi.21 Penghapusan sistem feudal tanah ini diikuti dengan pengisytiharan pengharaman feudalisme pada 29 Ogos 1871 oleh maharaja.22 Pada bulan berikutnya, semua tentera feudal turut dibubarkan. Seluruh Jepun telah dibahagikan kepada 45 daerah (Ken) yang ditadbir oleh pegawai kerajaan pusat dan seterusnya menghapuskan kuasa daimyo sebagai pembesar feudal. Mereka kemudiannya diberikan pembayaran yang berbentuk bon-bon kerajaan atau bayaran
20

Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, 1989, hlm. 75

21 22

Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 142 W. G. Beasley.(1975). Modern Japan: Aspect of History, Literature dan Society . London: George Allen & Unwin Ltd. hlm. 15

beras sebanyak 100 koku atas persaraan mereka. Manakala golongan samurai yang tidak mendapat jawatan-jawatan dalam kerajaan telah mengalihkan tumpuan mereka kepada aktiviti perniagaan yang mana wang yang mereka terima telah dijadikan sebagai modal untuk berniaga.23 Dalam proses pemindahan budaya, terdapat dua perkara penting yang dapat dilihat iaitu pemikiran yang adil rakyat Jepun serta kesanggupan Jepun untuk berubah sekiranya mereka menjumpai model yang lebih baik. Tempoh awal pemodenan pentadbiran, seramai 3000 orang penasihat daripada Barat telah dibawa termasuklah jurutera, guru, penasihat undang-undang, juruteknik sehinggalah tukang dan pelukis yang diambil dari Itali.24 Taburan dari segi model ialah negara Britain sebagai model untuk tentera laut, telegraf, pos dan simpanan pos, Perancis untuk tentera, pendidikan rendah, polis dan perundangan, Amerika untuk sekolah rendah, sistem perbankan kebangsaan dan Jerman untuk ketenteraan, perlembagaan dan demokrasi. Antara langkah lain yang diambil oleh Meiji bagi memodenkan sistem pentadbiran Jepun juga adalah dengan menghantar golongan tentera untuk belajar ke Eropah. Tujuan penghantaran tersebut adalah bagi membolehkan tentera Jepun mempelajari ilmu ketenteraan dari Barat. Selepas peralihan kuasa semula, langkah pertama yang diambil oleh Meiji untuk memodenkan angkatan tentera adalah melalui pengenalan Undang-undang Kerahan yang telah diluluskan pada tahun 1872. Undang-undang ini menetapkan seorang pemuda yang mencapai umur 20 tahun akan dikerahkan untuk bertugas dengan cara aktif selama tiga tahun. Seterusnya, mereka terpaksa berkhidmat selama empat tahun sebagai askar simpanan dan bersedia menunaikan tanggungjawab dalam segala situasi terutamanya ketika darurat sehinggalah usianya 30 tahun. Melalui undang-undang ini, kerajaan telah mempunyai 240 000 orang anggota tentera dan kemudian meningkat kepada setengah juta. Pada tahun yang sama, kerajaan Jepun telah membubarkan Jabatan Hal Ehwal Tentera dan menggabungkannya dengan jabatan-jabatan Perang dan Angkatan laut. Badan pemimpin Agung yang berada di bawah Jabatan Perang telah dijadikan satu badan yang bebas pada tahun 1878. Pada awalnya, penasihat dari Perancis digunakan dalam hal yang berkaitan dengan tentera tetapi selepas tiga tahun ia telah digantikan dengan penasihat dari Jerman yang dianggap lebih
23

Harold M. Vinacke.(1959). A History of the Far East in Modern Times. New York: Appleton Century Crofts Inc. hlm. 140 24 Abu Talib Ahmad.(2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 179

maju kerana telah menunjukkan kuasa mereka dalam peperangan di Eropah.25 Dari segi angkatan lautnya pula, meskipun zaman Tokugawa tidak menggalakkan pembinaan kapal-kapal laut, namun nelayan-nelayan Jepun telah mendapat pengalaman di laut dengan menggunakan kapalkapal kecil sahaja. Kementerian Angkatan Laut juga turut ditubuhkan pada tahu 1873. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869 pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumuman ini seterusnya turut dilakukan sekali lagi pada tahun 1870 yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Hasil daripada pengumuman tersebut, pedagang-pedagang dari Amerika Syarikat, British, Perancis, Jerman dan lain-lain telah berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi perdagangan yang terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka Jepun ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto dan Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Jepun turut memberi tumpuan kepada pembinaan kapal perang untuk mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman luar. Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia pada 19041905. Kemenangan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negar-negara Barat. Dalam aspek ekonomi pula, pembangunan ekonomi dapat dikaitkan dengan sistem perhubungan yang semakin berkembang ketika itu. Kedatangan Komodor Perry yang memperkenalkan sistem telegraf telah memberi kesedaran kepada Jepun tentang faedah alat tersebut sehinggakan telegraf digunakan dalam urusan sehari-hari terutamanya dalam sektor perdagangan. Kerajaan Jepun juga telah memberi keutamaan dalam pemulihan sistem mata wangnya. Sebelum tahun 1868, Shogun dan sebilangan besar daripada para daimyo telah mengeluarkan mata wang mereka sendiri di samping emas dan perak yang digunakan sebagai bahan pertukaran. Namun begitu, perjanjian 1858 telah mengikat Jepun daripada mengeksport emas ke luar negeri. Dalam masa yang sama, Jepun berada dalam kesulitan dari segi kewangan dan kenaikan cukai yang tidak dapat memberi apa-apa bantuan berkesan. Manakala pengeluaran wang kertas hanya akan memburukkan lagi suasana. Langkah pemulihan sistem ekonomi Jepun dimulakan pada tahun 1872 apabila satu perintah dikeluarkan untuk menubuhkan sebuah bank

25

Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 148

berlandaskan peraturan yang diamalkan di Amerika. Pada tahun 1873, sebuah bank iaitu First National Bank telah ditubuhkan.26 Seterusnya pada tahun 1882, sebuah Bank Pusat telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai agen kewangan Jepun. Beberapa tahun selepas itu, beberapa buah bank lagi diperkenalkan dengan tujuan untuk membiayai perdagangan asing dan mengawal urusan pertukaran yag berhubung dengannya. Secara beransur-ansur, Jepun telah dapat membina sistem kewangan serta urusan-urusan bank yang kukuh telah memberikan satu sumbangan dalam pembangunan ekoomi Jepun. Di samping itu, proses memodenkan ekonomi ditumpukan dalam usaha membangunkan sektor pertanian yang merupakan pekerjaan penting bagi majoriti masyarakat Jepun. Sektor pertanian telah menghasilkan 80% daripada jumlah hasil pendapatan dalam negeri melalui sistem percukaian dalam tahun 1870-an hingga 1880-an. Pada hakikatnya sektor pertanian ini bertujuan untuk memikul beban sektor industri Jepun kerana pada tahun 1873, perubahan dalam sistem cukai tanah telah dilaksanakan di mana sebelum itu cukai tanah dipungut dalam bentuk beras dan jumlah yang dikutip oleh tuan-tuan feudal adalah berbeza. Oleh itu, di bawah sistem baru ini, cara pembayaran cukai dalam bentuk wang tunai dan kadar percukaiannya adalah berdasarkan nilai tanah. Selain itu, langkah baru untuk meningkatkan daya pengeluaran petani, penuntut-penuntut dari bidang pertanian yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri telah diambil untun berkhidmat dengan kerajaan. Jenis-jenis benih baru yang diimport, baja kimia yang intensif telah digunakan. Sistem pengairan dan saluran telah diperbaiki dan banyak kawasan-kawasan pertanian baru telah dibuka di beberapa kawasan seperti Hokkaido. Di samping itu, tanaman dagangan atau komersil seperti teh dan sutera juga digalakkan. Para peneroka baru terutamnya samurai telah diberi insentif untuk menceburi bidang pertanian. Manakala dalam aspek sosial, pemodenan atau perubahan penting yang dilakukan oleh Meiji adalah melalui pendidikan. Kementerian Pelajaran yang telah dibentuk pada tahun 1871 dan pada tahun berikutnya kerajaan telah menetapkan persekolahan wajib selama empat tahun untuk kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1879, persekolahan wajib selama enam tahun kepada
26

Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm. 152

kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan selama empat tahun. Menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan hampir 2 juta pelajar. Manakala pada tahun 1886, Mori Arinori iaitu Menteri Pelajaran ketika itu telah menggubal sistem pelajaran yang ada di mana sekolah rendah adalah selama 8 tahun dan sekolah menengah pula selama 4 tahun. Persekolahan selama enam tahun bagi kanak-kanak perempuan hanya bermula pada tahun 1907.27 Di samping perkara-perkara permulaan yang diajar, tumpuan yang besar diberikan terhadap kesetiaan kepada Maharaja dan negara yag bermula dari tahun pertama sehinggalah ke peringkat tertinggi. Budak-budak perempuan turut diasuh dan diajar perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan rumah tangga.28 Hanya pada tahun 1902, budak-budak perempuan dibenarkan untuk memasuki universiti. Matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan negara, menghargai nilai-nilai tradisi dan patuh kepada pemerintah. Buku-buku bermutu dalam subjek sains dan kejuruteraan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun di samping pengambilan tenaga pengajar dan golongan professional dari Britain dan Amerika Syarikat. Selain itu, perwakilan negara dan pelajar turut dihanatar ke luar negara untuk membawa balik pengetahuan dan idea-idea segala asas untuk melaksanakan pembaharuan. Perutusan yang paling penting dan terbesar adalah pada tahun 1871 ke Eropah iaitu sebanyak 54 orang pelajar29 ke Britain bagi mempelajari aspek ketenteraan laut dan perkapalan. Manakala ke Jerman untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan serta ke Amerika untuk mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan perdagangan dan ekonomi. Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam negeri turut ditubuhkan bagi mengelak kebergantungan kepada pusat pengajian Barat. Oleh itu, pada tahun 1877, universiti yang pertama iaitu Universiti Diraja Tokyo telah ditubuhkan. Menjelang 1910, beberapa buah universiti lain ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka.30 Selain itu, sekolah-sekolah, maktab-maktab dan univerisiti-universiti swasta turut ditubuhkan. Dua universiti persendirian yang terkemuka turut membantu dalam pendidikan masyarakat Jepun iaitu Universiti Keio telah
27 28

Abu Talib Ahmad.(2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 182 Joginder Singh Jessy.(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Priting Services Sdn. Bhd. hlm. 150 29 W. Scott Morto.(2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm. 169 30 Harold M. Vinacke. (1959). A History of The Far East in Modern Times. New York: Appleton Century Crofts. Inc. hlm. 407

diasaskan oleh Fukuzawa Yukichi pada tahun 1858 dan Universiti Waseda yang diasaskan oleh Okama pada tahun 1882.31 Pemerintahan Meiji telah menyaksikan pelbagai pembaharuan baik dari aspek politik, sosial dan juga ekonomi. Era feudalisme yang menyekat pembaharuan dan kebebasan pemikiran rakyat Jepun akhirnya terbebas dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh selepas era pemulihan Meiji. 4.0 PERANG CHINA-JEPUN Perang China-Jepun menjadi peristiwa yang penting dalam membentuk negara Jepun menjadi sebuah negara Asia yang kuat dan telah mengubah persepsi orang Jepun terhadap China. Perang China-Jepun ini telah menyaksikan Jepun muncul sebagai kuasa Asia yang kuat menjelang abad ke-19. Sebelum ini, China merupakan negara middle kingdom32 yang dianggap sebagai sebuah negara yang kuat dan dipandang tinggi oleh negara-negara Asia yang lain. Kelemahannya mula ketara apabila China terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan British sehingga China akhirnya menerima tentangan daripada Jepun apabila kedua negara ini bersaing mendapatkan Korea. China yang mengalami ancaman daripada kuasa-kuasa luar apabila berlakunya Perang Candu telah membawa impak yang besar kepada China.33 Lewat daripada Perang Candu, China telah mulai menampakkan kelemahannya dan tidak dapat mempertahankan gelaran middle kingdom yang dibangga-banggakannya. Manakala, Jepun yang terdiri daripada negara yang kecil dengan populasi yang besar memerlukan kawasan lain untuk meluaskan empayarnya. Peperangannya dengan China ini telah membuahkan hasil yang memuaskan kepada Jepun. Korea menjadi item kepada Jepun dan China dalam mengukuhkan kekuasaan mereka. Korea memainkan peranan yang besar kepada Jepun dalam membekalkan bekalan bahan mentah tambah-tambah lagi Meiji melaksanakan pembaharuan dalam sektor perindustrian. Jepun memerlukan bekalan yang banyak untuk menyokong kapal-kapal besar yang ingin dibina. Dengan menguasai Korea, maka impian Jepun ini dapat direalisasikan. Oleh itu, Jepun berusaha
31 32

Ibid. hlm 408 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 19. 33 Ibid, Hlm 26.

mendapatkan Korea dan akhirnya bertembung dengan China dan berperang mendapatkan kuasa ke atas Korea. Jepun juga memerlukan Korea untuk menempatkan lebihan penduduknya di Korea. Hal ini demikian kerana, Jepun telah mengalami pertambahan penduduk dan menyebabkannya mengalami masalah dari segi bekalan makanan. Dengan adanya Korea, lebihan penduduk tersebut dapat dipindahkan ke Korea dan dapat menyeimbangkan semula keadaan di Jepun. Korea had to endure a tense contest between China and Japan for a predominant position on the peninsula; the former asserted its traditional suzerains prerogatives with unprecedented vigor while the latter aggressively expanded its commercial interests.34 Melalui penyataan di atas, Korea menjadi kawasan rebutan China dan Jepun untuk mengembangkan dan melaksanakan rancangan mereka di Korea. Keadaan ini menyebabkan, kedua-dua negara berusaha untuk mempertahankan Korea sebagai kawasan di bawah kuasa mereka masing-masing. Jepun yang pada ketika itu mempunyai matlamat yang besar dan faktor dalam negara yang menolaknya untuk mendapatkan Korea bagi kepentingannya berusaha untuk mengalahkan China dan mengiktiraf Korea sebagai negeri kekuasaannya. Selain itu, Korea juga menjadi sasaran kuasa-kuasa lain seperti Great Britain dan keadaan ini mendorong lagi Jepun untuk bersaing mendapatkan Korea. Kejayaan Jepun dalam menyeberangi Sungai Yalu35 iaitu kawasan yang menjadi

sempadan China-Korea membuatkan China tidak dapat duduk diam kerana khuatir dengan kemaraan Jepun. Kedua-dua negara ini sering berselisih faham kerana mempunyai persepsi masing-masing terhadap satu dengan yang lain. China yang menganggap Jepun sebagai orang gasar menyebabkan Jepun tidak senang hati dengan pandangan dan layanan yang diberikan oleh China kepada mereka. Peperangan yang berlaku ini adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan masingmasing di Korea. Jepun sebagai sebuah negara yang kecil memerlukan Korea sebagai negara empayarnya dan menjadi benteng pertahanan bagi menjaga keselamatan Jepun.36 Jatuhnya Korea
34

WM. Theodore De Bary (edited). (2008). Sources of East Asian Tradition. New York: Columbia University Press. Hlm999. 35 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 137. 36 S.C.M. Paine, Hlm6.

ke dalam tangan musuh-musuh Jepun meletakkan Jepun dalam keadaan yang bahaya kerana Korea boleh dijadikan sebagai kawasan yang strategik untuk menyerang Jepun. Justeru, Jepun mengambil inisiatif awal untuk menguasai Korea dan mengambil Korea di bawah kuasanya bagi menjaga kepentingan Jepun. Konfrontasi China-Jepun berlaku apabila China campur tangan dalam membantu menghapuskan penentangan yang berlaku di Korea, sedangkan kedua-dua negara telah berjanji untuk tidak campur tangan di Korea. Akibatnya, Jepun meletakkan tentera-tenteranya di Istana Korea dan China mengisytiharkan perang ke atas Jepun. Maka, bermula episod peperangan antara China dan Jepun sehinggga membawa kepada kemenangan Jepun pada tahun 1895 dan menaikkan nama Jepun sebagai negara Asia yang kuat mengalahkan China. Pemberontakan yang berlaku di Korea juga menjadi antara sebab Jepun masuk campur dalam kerajaan Korea. Di Korea pada masa itu, berlaku Pemberontakan Tonghak dan Korea meminta China untuk menghantar tenteranya bagi mengawal pemberontakan ini.37 Pada masa yang sama juga, Jepun juga melibatkan diri dalam mengawal pemberontakan ini dan sekaligus berjaya menundukkan keluarga diraja Korea dan akhirnya mengiystiharkan perang ke atas China.38 Kedatangan China ke Korea atas permintaan daripada Korea sendiri sebaliknya Jepun datang sebagai tindak balas untuk menahan kemaraan dan penguasaan pengaruh China di Korea. Jepun mengambil peluang tersebut dengan mengukuhkan pengaruhnya walaupun selepas Korea meminta semua kuasa asing untuk berundur dari Korea yang mana dipatuhi oleh China tetapi tidak oleh Jepun. Korea menjadi gelanggang pertempuran di antara China dan Jepun sehingga Korea terkesan daripada peristiwa tersebut. Pada tahun 1894, perang telah meletus di wilayah Pyongyang dan kesilapan Cina telah menyebabkan Jepun mara sehingga ke Sungai Yalu. 39 Pangkalan tentera laut Port Arthur, Semenanjung Liaotung dan Weihaiwei dan Semenanjung

37

WM. Theodore De Bary (edited). (2008). Sources of East Asian Tradition. New York: Columbia University Press. Hlm1000. 38 Kyu Hyun Kim, The Sino-Japanese War (1894-1895): Japanese National Integration and Construction of the Korean Other, International Journal of Korean History (Vol.17 No.1, Feb.2012) Hlm 8-9. 39 Suffian Mansor. (2009). Sejarah Cina Moden. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. Hlm 71.

Shantung menjadi sasaran Jepun untuk terus melemahkan Cina kerana pangkalan-pangkalan tersebut membuka laluan untuk Jepun mara ke Peking dan Manchuria.40 Kekalahan Cina ini adalah secara berperingkat-peringkat apabila Jepun berjaya menguasai satu-persatu kekuasaan China dan semakin melemahkan China terutamanya apabila Port Arthur dan Dairan menjadi kekuasaan Jepun. Dengan kekalahan tersebut, Cina terpaksa menandatangani Perjanjian Shimonoseki yang dibuat antara China dan Jepun. Perjanjian Shimonoseki ini memberikan kelebihan kepada Jepun kerana Jepun memperoleh hak wilayah asingan dan bayaran ganti rugi yang besar.41 Perjanjian Shimonoseki yang dibuat antara China dan Jepun memberi manfaat kepada Jepun kerana Jepun mendapat penempatan di pelabuhan-pelabuhan China. Jepun berjaya mendapat Taiwan pada tahun 1895 selepas kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun ini.42 Jepun juga mendapat ganti rugi daripada China dan paling penting sekali, China mengakui kekuasaan Jepun ke atas Korea. Perang ini telah merugikan China dari pelbagai aspek terutamanya dari segi kekuasaan wilayah. Banyak wilayah-wilayah dan pelabuhan dibuka kepada Jepun melalui Perjanjian Shimonoseki. Selain itu, martabat Cina juga telah tercalar kerana daripada sebuah negara Asia yang dihormati, kemudiannya kekalahan pada Jepun menampakkan kelemahan China dan mnjatuhkan statusnya sebagai negara Asia yang kuat. Kekalahan China ini juga disebabkan kelemahan tentera-tenteranya dan teknologi ketenteraan yang kurang canggih berbanding dengan Jepun. Perang China-Jepun ini menjadi batu loncatan untuk Jepun mengaplikasikan semua yang dipelajari daripada Barat. Kejayaan mereka ini memberikan mereka semangat untuk terus meluaskan empayar. Peranan golongan pemimpin yang semakin kuat untuk meluaskan pengaruh imperialisme ini juga merupakan kesan daripada perang China dengan Jepun ini. Banyak pemimpin di Jepun yang merasakan China tidak lagi layak untuk dipandang tinggi dan kedudukannya sama seperti

41 42

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm200. W.G. Beasly. (2003). The Sino Japanese War of 1894-1895:perceptions, power and primac.,New York: Cambridge University Press. Hlm6.

negara barat yang lain yang hanya ingin meluaskan pengaruh. Hashikawa Bunzo menyuarakan keadaan semasa Perang China-Jepun sehingga kemenangan berpihak pada Jepun dengan mengamalkan imperialisme seperti negara-negara Barat.43 Oleh itu, imperialisme semakin menular di negara Jepun dan mempengaruhi golongan masyarakat. Impak yang nyata sekali adalah kebangkitan imperialisme Jepun di Asia dan sekaligus melonjakkan nama Jepun sebagai sebuah negara Asia baru yang kuat. Fahaman imperialisme yang menular dalam kalangan pemimpin-pemimpin Jepun menyebabkan mereka ingin meluaskan pengaruh bagi mendapat pengiktirafan daripada kuasa-kuasa yang besar. Keadaan ini yang mendorong semangat Jepun untuk menjadi sebuah kuasa yang kuat sehingga meletakkannya sebagai kuasa pertama Asia yang kuat. Kejayaan Jepun dalam peperangan ini menyebabkannya dipandang lebih tinggi berbanding negara-negara Asia yang lain.44 Fahaman imperialisme ini semakin ditekankan semasa perang dengan Rusia. Contohnya seperti Ishiwara Kanji dan Katakura Tadashi45 yang menjadi ghairah dengan gerakan imperialisme. Pada peringkat awal, imperialisme Jepun telah pun bermula sejak Pemerintahan Meiji lagi dan Korea menjadi kawasan eksperimen apabila Jepun mengaplikasikan pemerintahan imperialismenya di sana. Keadaan ini berlaku sebelum Perang China-Jepun ini tercetus namun campur tangan Jepun di Korea yang akhirnya mengakibatkan peperangan ini berlaku. The Japanese governments main objectives at this juncture were 1) to secure its economic and political interests by modernizing the Korean government in order to allow for a more efficient economic penetration and pervasive political control without the appearance of unilateral domination, and 2) to deconstruct Qing Chinas tributary-suzerainty system by ensuring that Korea maintain its independence from China. This was a pattern already established in its demolition of the Ryky Kingdom. Japanese leaders could not realize their economic and political dominance of East Asia without first breaking down the Sino-centric international order. They were also acutely aware of the larger context in which the respective

43 44

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 134-135. Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 141. 45 Ibid., Hlm115.

empires (European and American) were competing and colluding with one another, practicing multilateral, informal imperialism in China.46 Penyataan di atas menunjukkan bukti pengaruh Jepun ke atas Korea dalam usahanya untuk melaksanakan imperialisme. 5.0 PERANG RUSIA-JEPUN 5.1 Punca tercetusnya Perang Rusia Jepun 1905 Peristiwa kemenangan Jepun ke atas China dalam perang China Jepun 1895, menyebabkan Jepun muncul sebagai satu kuasa besar di Asia. Kehebatan Jepun mula menimbulkan rasa gusar pihak Barat, iaitu Rusia, Jerman dan Perancis. Mereka bimbang Jepun akan mengancam kedudukan mereka di Asia. Jepun merupakan sebuah negara yang semakin meningkat maju dalam segala aspek setelah perubahan yang berlaku dalam era Meiji. Manakala Rusia pula merupakan sebuah negara barat yang sudah maju dan juga merupakan negara kedua yang menanam modal terbanyak selepas Britain di China. Rentetan persitiwa perebutan kuasa antara Jepun dengan Rusia disebabkan oleh perebutan untuk menguasai China secara am nya. Lantas, perkara ini telah kepada beberapa siri kekacauan yang akhirnya mencetuskan perang antara Jepun dan Rusia 1905. 5.1.1 Kepentingan Manchuria Konflik antara Jepun dan Rusia ini pada hakikatnya lebih didorong oleh faktor menjaga kepentingan ekonomi masing-masing. Faktor pertama yang menjadi konflik antara Rusia dan Jepun ialah isu perebutan Manchuria. Seperti diketahui selain kedudukan strategik Manchuria berada di sebelah timur laut Tiongkok bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia, Manchuria juga merupakan satu kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentahnya. Rusia dan Jepun mempunyai kepentingan mereka tersendiri untuk menakluki Manchuria. Rusia mempunyai kepentingan dari segi politik dan ekonomi terhadap Manchuria. Hal ini seperti dijelaskan oleh Maswari Rosdi yang menyatakan bahawa Rusia sangat memerlukan Manchuria kerana aspek ketenteraan iaitu mendapatkan pangkalan tentera laut bagi menggantikan pelabuhan

46

Kyu Hyun Kim, The Sino-Japanese War (1894-1895): Japanese National Integration and Construction of the Korean Other, International Journal of Korean History (Vol.17 No.1, Feb.2012), Hlm5.

Vladivostock yang berada di timur jauh. Dari segi lain pula kepentingan Manchuria adalah disebabkan oleh perancangan Rusia bagi membina jalan kereta api Trans- Siberia.47 Negara Jepun amat berminat terhadap Manchuria yang kaya dengan sumber asli seperti arang batu dan besi. Walaupun iklimnya keterlaluan, tetapi kebanyakan dari kawasan itu banyak mengeluarkan hasil. Dasar Rusia di Timur Jauh mulai suku abad kesembilan belas menitikberatkan perluasan pengaruhnya di Korea dan Manchuria. Rusia berminat untuk mendapatkan sebuah pelabuhan ice-free dan membina jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria. Projek keretapi Trans-Siberia telah dilancarkan pada tahun 1981. Pembinaan jalan keretapi tersebut dari tasik Baikal ke Vladivostok melalui Manchuria dapat menjimatkan perbelanjaan memandangkan ia adalah lebih pendek sebanyak 560 km berbanding jalan Amur (melalui wilayah Rusia). Pembinaan jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria juga akan membolehkan Rusia menguasai perdagangan dan mengukuhkan kedudukannya di wilayah tersebut. Pada 3 Jun 1896, Negara China telah menandatangi Perjanjian Li-Lobanov yang membenarkan Rusia membina jalan keretapi Trans-Siberia di Manchuria. Pada bulan Mac 1898 pula, Rusia mendapat pajakan selama 25 tahun hujung Selatan Semenanjung Liaotung yang mengandungi Port Athur dan Dairen. Semasa kebangkitan Boxer 1899-1900, Rusia telah mengambil kesempatan untuk menambahkan bilangan tenteranya di Manchuria. Perluasan pengaruh Rusia di Manchuria telah membimbangkan Negara Jepun. Jepun khuatir bahawa Rusia akan cuba memperluas pula pengaruhnya di Korea. Terdapat kepercayaan yang kuat di kalangan pemimpin Jepun bahawa Rusia harus dihalau keluar dari Korea dan Semenanjung Liaotung. Sebagai langkah persediaan, Jepun menandatangani perikatan IngerisJepun dengan Britain pada 30 Januari 1902. Perikatan Inggeris Jepun merupakan satu pakatan tentera yang mengakui kepentingan-kepentingan khas Britain di Negara China dan Jepun di Korea. Kedua-dua negara bersetuju bersikap neutral sekiranya mana-mana antara mereka terlibat dalam peperangan bagi melindungi kepentingan-kepentingan tersebut. Britain dan Jepun juga bersetuju untuk membantu satu sama lain sekiranya terdapat penglibatan kuasa ketiga dalam peperangan sedemikian. Perikatan tersebut akan berkuatkuasa selama lima tahun.

47

Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 163

Terdorong oleh imperialisme Jepun kesan pemodenan Meiji, kemudiannya menyebabkan keutamaan ditumpukan kepada industrialisasi yang memerlukan bahan mentah serta pasaran luar ekoran pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang terhad. Hal ini telah mendorong Jepun melihat kepentingan Manchuria untuk dikuasai. Sama seperti Rusia, Manchuria sejak dulu lagi telah menjadi kawasan kepentingan Jepun kerana kedudukan strategik dan juga ekonomi. Hal ini seperti dinyatakan oleh M. Rajendran, Jepun telah menyatakan bahawa Manchuria merupakan barisan pertahanan utama bagi Jepun terhadap Rusia. Jepun juga telah menuntut supaya Manchuria menjadi kawasan lingkungan pengaruhnya ataupun kawasan lindungan Jepun.48 Selain itu, masalah sosial turut mendorong Jepun mendapatkan Manchuria. Penduduk Jepun semakin pesat dan menimbulkan masalah kekurangan makanan dan penempatan. Oleh itu, Jepun telah menggunakan alasan masalah keselamatan penduduk bagi campur tangan di Manchuria. Oleh itu dapat dilihat bahawa kepentingan-kepentingan Jepun dan Rusia di Manchuria inilah yang akhirnya telah menyebabkan berlakunya perbalahan dan mencetuskan Perang Rusia-Jepun. 5.1.2 Isu Semenanjung Korea Isu Semenanjung Korea juga merupakan antara punca perbalahan antara Rusia dan Jepun. Pemberontakan yang berlaku di Korea telah menyebabkan Rusia dan Jepun menghantar tentera masing-masing ke Korea. Namun, Raja Korea lebih memihak kepada Rusia. Beliau telah meminta perlindungan politik daripada Rusia dan bantuan menghalau tentera Jepun. Satu perjanjian dikenali sebagai Perjanjian Yamagata-Lobanoff telah ditandatangani untuk menyelesaikan kedudukan kedua-dua kuasa tersebut. Antara isi perjanjian tersebut ialah Korea bebas mentadbir dan kedua-dua kuasa tersebut akan bersama-sama bertanggungjawab dalam rancangan pembaharuan Korea. Hal ini bermakna, kedua-dua kuasa ini mengakui kemerdekaan Korea.49 Walau bagaimanapun, Rusia dilihat masih mencampuri dalam urusan Korea. Rusia telah mendapat dua hak kebenaran di Korea iaitu mengeluarkan kayu balak di Sungai Yalu dan melombong di Sungai Tuwan. Selain itu, Rusia juga telah mengirimkan penasihat tentera dan kewangan ke Korea. Hal ini telah mengakibatkan kemarahan pihak Jepun. Sekali lagi satu persidangan bagi menyelesaikan pertelingkahan diadakan. Pada tahun 1898, satu konvensyen

48 49

M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku. Sdn. Bhd. Hlm. 164 Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Hlm. 166.

diadakan iaitu Konvensyen Nishi-Rosen yang mana kedua-dua kuasa ini akan mengakui kedaulatan Korea.50 Ini bermakna Rusia dan Jepun tidak boleh lagi untuk mencampuri hal-hal Korea. Namun sebaliknya berlaku apabila Rusia masih berkeras dan mahu mengukuhkan kedudukannya di Korea walaupun telah diadakan persetujuan kedua pihak bahawa tidak akan mencampuri hal-hal Korea. Rusia masih berusaha untuk mendapatkan sebuah pelabuhan di Korea. Jepun merasakan tindakan Rusia ini seperti mencabarnya dan tindakan ini tidak akan dibiarkan. Pihak Jepun mengharapkan agar Manchuria dan Korea dapat diselesaikan dengan aman. Oleh itu Jepun telah menghantar wakilnya ke Rusia untuk membuat perundingan. Pada bulan Ogos 1903, satu perundingan telah diadakan di St. Petersburg.Dalam rundingan tersebut Jepun meminta agar kedua-dua pihak mengakui dan menghormati kedaulatan Korea. Walau bagaimanapun rundingan ini menemui kegagalan kerana sikap Rusia yang berkeras untuk berdamai. Justeru, pada Februari 1904, Jepun telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia. Berikutan putusnya hubungan tersebut maka peperangan tidak dapat dielakkan antara Rusia dan Jepun. Menurut Maswari Rosdi, Jepun tidak mengisytiharkan perang terlebih dahulu kepada Rusia. Hal ini kerana pada 8 Februari 1904, angkatan laut Jepun di bawah pimpinan Laksamana Toga Haichachairo telah membuat serangan mengejut terhadap angkatan laut Rusia di Port Arthur. Setelah berlakunya siri serangan tersebut, pada 10 Februari pihak Jepun telah mengisytiharkan perang terhadap Rusia. 5.1.3 Masalah semenanjung Liaotung Jepun berasa amat terancam apabila mengetahui bahawa Semenanjung Liaotung digunakan oleh Rusia sebagai pangkalan angkatan lautnya. Jepun berasa tindakan Rusia itu akan mengancam kepentingan Jepun di Korea. Selain itu, Jepun turut berasa terhina apabila Rusia yang mengetuai tiga kuasa barat mendesak Jepun untuk keluar dari Semenanjung Liaotung. Kenyataan tersebut diumumkan pada 23 April 1895 dengan alasan kehadiran tentera Jepun akan mengancam keselamatan ibu kota Peking.51 Penyerahan Liaotung kepada Jepun yang dihalang oleh Jerman, Rusia dan Perancis ini benar-benar mengaibkan Jepun. Rakyat Jepun juga menyalahkan kerajaan kerana sikap berlembut dengan kuasa barat. Keaiban inilah yang
50 51

Ibid., Hlm. 166. Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Hlm. 165

mendorong Jepun mempertingkatkan usaha mencapai autonomi ekonomi dan ketenteraan. 52 Pada bulan Jun 1898 pula, Rusia telah bertindak memajakkan Liaotung. Jepun benar-benar rasa dipermainkan dengan tindakan Rusia hingga membawa dendam dan berterusan kepada peperangan.

5.1.4 Perasaan anti-Rusia Perasaan anti Rusia juga merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Rusia Jepun. Pada dekad pertama abad ke-20, perasaan anti Rusia memuncak terutama di kalangan persatuanpersatuan ultranasionalis seperti Kokuryukai (Persatuan Naga Hitam). Persatuan ini diasaskan oleh Uchida Ryohei dalam tahun 1902. Beliau telah menyebarkan dasar perluasan Jepun di seberang laut dan mendesak kerajaan Meiji memperluas kawasan Jepun sejauh sungai Amur di Manchuria. Persatuan ini mula terlibat dalam kegiatan lain yang menentang kepentingan Rusia di Manchuria dan Korea. Keadaan ini mendorong Jepun terlibat dalam peperangan ini.Tentangan terhadap Rusia juga berkaitan dengan Pan Asianisme di kalangan kumpulankumpulan tertentu di Jepun. Pada November 1898, persatuan Toa Dobun Kai (Persatuan Kebudayaan Bersama Asia Timur) telah ditubuhkan bertujuan menganjurkan kajian tentang keadaan-keadaan di Korea dan China. Lebih penting lagi untuk membangkitkan semangat Jepun berhubung peranan sebenar Jepun di Asia. Persatuan ini di sokong ramai pengusaha industri dan ahli-ahli politik menyebarkan ideologi bahawa Jepun mempunyai kewajipan menyelamatkan Asia dari pencerobohan kuasa-kuasa Barat. Persatuan tersebut menganggap perang dengan Rusia sebagai satu peluang untuk memberi pukulan hebat kepada sebuah kuasa Barat yang telah berlaku tidak adil terhadap rakyat Asia. 5.2 Kesan Perang Rusia Jepun Kejayaan Jepun dalam Perang Russia-Jepun telah menaikkan nama Jepun sebagai bangsa pertama Asia yang berjaya mengalahkan kuasa asing. China yang sebelum ini menjadi middle kingdom juga tidak berjaya mengalahkan negara asing malahan kalah di tangan kuasa asing. Oleh itu, kejayaan Jepun ini menjadi peristiwa penting dalam sejarah Asia Timur kerana berjaya

52

Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Hlm. 200.

menggegarkan kuasa asing dan bangkit di tengah-tengah kuasa asing sebagai negara Asia yang menjalankan imperialisme. 5.2.1 Mempercepatkan dasar perluasan Jepun. Pada mulanya Jepun tidak terlalu agresif untuk melakukan perluasan kuasa. Namun perang Rusia Jepun telah menaikkan semangat Jepun untuk menguasai negara lain. Jepun merasakan mereka mampu mengalahkan negara lain yang dianggap kuat setelah berjaya mengalahkan kuasa dunia yang kuat iaitu Rusia.53 Mereka menganggap kemenangan mereka tersebut adalah satu yang luar biasa dan mereka mampu melakukan lebih baik dari itu, Semangat tentera yang membuak-buak menyebabkan dasar perluasaan pergiat dilaksanakan. Kesannya perang China-Jepun telah membawa Taiwan di bawah kuasa Jepun dan diikuti oleh perang Rusia Jepun yang memperlihatkan perluasan kuasa Jepun di Korea dan juga di Manchuria Selatan.54 Selain daripada itu, dasar perluasan kuasa telah membawa Jepun ke Negara China dalam tahun-tahun 1930an dan akhirnya ke Asia Tenggara pada tahun 1942.55 Namun Jepun pada akhirnya mengalami kekalahan pada tahun 1945. 5.2.2 Perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Liaotung. Rusia telah berjaya menguasai Pulau Sakhalin sebelum berperang lagi . Pada akhir abad ke-18 pihak Bakufu berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia ke Selatan apabila meluaskan daerahnya hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo (Hokaido). Namun selepas perang Rusia Jepun, Jepun mendapat kembali Pulau Sakhalin. Kesan yang paling ketara peperangan Rusia Jepun ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan Liaotung. Hal ini termaktub dalam perjanjian Porstmouth iaitu diserahkan kepada Jepun sebahagian daripada Sakhalin yang di sebelah selatan garis Lintang 50.56 Kepentingan Pulau Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barang keluaran Jepun. Keunggulan Jepun di Korea mula diiktiraf oleh Rusia melalui perjanjian Portsmouth dan kemudian oleh Amerika Syarikat dan Britain57. Pada musim luruh 1905, Jepun telah bertindak menjadikan Korea sebuah negara naungan. Ito telah menjadi
53

Khozin Mohd Tamrin (1974) . Perang Rusia-Jepun 1905. Bangi : Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 25 54 Geoffrey Juke (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. Oxford: Osprey Publishing. Hlm 19 55 Louis G. Perez (2013). Japan at War: An Enyclopedia. Amerika Syarikat : Cremona Drive. Hlm 348. 56 Ginder Singh Jessy(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services. Hlmn181 57 Ibid . hlm 181.

Residen-Jeneral pertama58. Berikutan itu, Jepun menyerang Korea pada bulan Ogos 1910 dan semua hak-hak kedaulatan dipindahkan kepada Maharaja Jepun. Korea menjadi bahagian yang melengkapkan empayar Jepun.59 5.2.3 Memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria. Selepas termeterainya perjanjian Portsmouth 1905, Menteri Luar Jepun Komura telah memperolehi persetujuan China untuk memindahkan hak-hak dan kepentingan Rusia di Manchuria Selatan kepada Jepun.60 Perjanjian Peking itu telah ditandatangani pada 22 Disember 1905 dan telah memberi Jepun kuasa penuh ke atas Manchuria Selatan. Dari segi ekonomi, Manchuria Selatan telah dieksploitasi oleh Jepun. Dari segi strategik, Korea menjadi sebuah pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa hadapan. Jepun telah mendirikan banyak pangkalan tentera darat, laut dan udara serta telah membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan militarinya.61 Kemenangan yang dicapai dalam peperangan ini merupakan perangsang utama kepada perkembangan semangat nasionalisme di Jepun. Jepun berasa bangga dengan hakikat bahawa orang-orang Eropah, Amerika dan Asia mengiktiraf kekuatan tentera Jepun dan bahawa kuasa-kuasa Barat telah memberi Jepun status sebagai sebuah kuasa yang besar.62 Kejayaan ini mengubah nasionalisme Jepun kepada satu ciri keyakinan yang lebih besar. 5.2.4 Kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur. Walaupun Jepun mencapai kemenangan dalam Perang China Jepun dan kemenangan ini telah membantu menaikkan imej Jepun tetapi kesannya ke atas status Jepun tidaklah begitu penting berbanding kemenangannya ke atas Rusia. Hal Ini disebabkan negara China merupakan sebuah negara yang lemah dalam tahun 1894-95. Ia telah diturunkan kepada status separa kolonial oleh kuasa-kuasa barat. Tetapi kemenangan Jepun ke atas Rusia memberi gambaran berbeza. Rusia selama ini sebenarnya dianggap sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur. Ia
58

Jongsoo James Lee (2007). The Partition of Korea After World War ll : A Global History . United Kindom: Palgrave Maclillan Hlm 21. 59 Ibid . Hlm 22. 60 Ginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 181. 61 Jongsoo James Lee (2007). The Partition of Korea After World War II. Hlm 21. 62 Chandra Chari (2010). War Peace and Hegemony in a Globalized. New York: Taylor & Francis. Hlm 150.

juga digolongkan sebagai sebuah kuasa Eropah. Kekalahannya di tangan Jepun dalam tahun 1904-05 bukan sahaja menghancurkan mitos bahawa kuasa-kuasa Barat tidak dapat dikalahkan tetapi turut meninggikan status Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Tenggara. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia merupakan kemenangan yang sungguh besar kepada kebangkitan Jepun. Kejayaan Jepun secara tidak langsung diakui sebagai satu kuasa baru di Timur Jauh dan negara-negara Barat terpaksa menerima Jepun sebagai negara yang setaraf dengan mereka. Jepun tidak boleh diketepikan dari arena politik dunia terutama yang berhubung dengan politik Timur Jauh. 5.2.5 Fahaman Imperialis. Perjanjian Porthmouth telah membolehkan Jepun mengambil alih peranan Rusia sebagai kuasa Imperialis. Jepun telah mengambil alih tanggungjawab di Manchuria Selatan dan Korea.63 Oleh sebab kedudukan Jepun di Rusia tidak boleh dipersoalkan, Jepun telah berusaha secara perlahan-lahan untuk menguasai dan meletakkan Korea di bawah kekuasaan Jepun, terus diperintah oleh Tokyo. Dasar imperialis Jepun tidak dapat disembunyikan lagi apabila Jepun mengambil Korea dalam tahun 1910 atas alasan pembunuhan Ito, residen Jepun di Korea pada tahun 1909.64 Ito telah dibunuh di stesen Harbin, Manchuria oleh seorang Nasionalis Korea. 5.2.6 Kesan kepada kerajaan Meiji. Apabila perjanjian keamanan tersebut diumumkan, majoriti rakyat Jepun berasa bahawa mereka telah dikhianati kerajaan. Hal ini kerana mereka mengharapkan ganti rugi yang besar dari Rusia. Jepun telah menerima 200 juta tael dari China hasil kemenangannya dalam Perang Cina Jepun65. Rusuhan dan tunjuk perasaan telah berlaku dan perusuh-perusuh telah membakar serta membinasakan lebih 150 pondok polis. Mereka mencederakan dan membunuh lebih dari 1000 orang awam. Disebalik penangkapan yang besar, rakyat yang marah itu telah bangun menentang kepimpinan Perdana Menteri Katsura. Beliau dipaksa letak jawatan pada bulan Januari 1906 dan telah digantikan oleh Saionji seorang pemimpin parti Seiyukai. Di samping itu harus diperhatikan disebalik kebencian yang wujud terhadap kerajaan Katsura, golongan tentera tidak memperolehi kuasa di Jepun. Oligarki Meiji terus bergiat di arena politik dalam negeri.
63 64

Ginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 181. Jongsoo James Lee (2007).The Partition of Korea After World War II. Hlm 21. 65 Ginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 181.

5.2.7 Kekacauan politik. Sungguhpun Jepun mendapat keuntungan hasil daripada peperangan itu, namun ia tidak dapat melarikan diri daripada kesan negatifnya. Orang-orang Jepun terutamanya golongangolongan pelampau menunjukkan rasa kurang senang terhadap perjanjian Portsmouth. Orang Jepun yang tidak mengetahui muslihat kerajaan untuk menamatkan peperangan yang menjejaskan ekonomi dan tentera, berasa kecewa dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu. Mereka tidak puas hati terhadap kerajaan kerana tidak berjaya mendapatkan ganti rugi dari Rusia. Dengan adanya ganti rugi diharapkan dapat mengurangkan beban rakyat dan membiayai pengawasan jalan keretapi di Manchuria. Tunjuk perasaan telah berlaku yang diikuti oleh rusuhan-rusuhan. Tentera terpaksa campurtangan dan undang-undang tentera telah diisytiharkan. Rasa tidak puas hati yang wujud akhirnya membawa kepada penggulingan kerajaan Katsura dalam bulan Januari 1906 diganti oleh Putera Saionji. Beliau memegang jawatan sehingga bulan Julai 1908. 5.2.8 Ekonomi Jepun merosot. Dalam peperangan ini, Jepun terus berjaya menentang Rusia, tetapi telah mengakibatkan kehilangan sejumlah besar nyawa dan mengosongkan perbendaharaan negara. Perang Rusia Jepun telah menelan belanja sebanyak 1500 juta Yen bagi pihak Jepun. Kos peperangan yang tinggi ini telah membebankan Kerajaan Jepun memandangkan ia tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada kerajaan Rusia. Tidak dapat dinafikan ketika berlakunya peperangan ekonomi Jepun benar-benar merosot. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai yang banyak demi keselamatan negara. Namun selepas perang Rusia, Jepun telah memperlihatkan pembangunan industri berat yang menakjubkan khususnya dalam industri pembinaan kapal, industri keluli dan kimia. Selain itu, Jepun juga terlibat dalam perusahaan berat yang lain terutamanya kilang membuat alat-alat senjata dan meningkatkan perusahaan membuat kapal. Jepun sedar ia masih memerlukan alatalat senjata dari Barat, misalnya kapal terbang dari Britain. Keadaan ini tidak boleh berterusan kerana untuk menjadi sebuah kuasa imperialis, Jepun hendaklah mengeluarkan sendiri tanpa mengharapkan bantuan asing.

5.2.9 Pengeksploitasian ekonomi Korea. Selepas 1910, Korea telah menjadi sumber bahan-bahan mentah dan pasaran yang penting bagi Jepun. 66 Bijirin dan hasil-hasil laut dari Korea telah mendapat pasaran yang baik di Jepun. Jepun telah eksploitasi sumber-sumber Korea dengan mendirikan industri berasaskan sumber-sumber ini. Penekanan khas diberi kepada pengeluaran alat-alat perang strategik termasuk besi, keluli dan jentera. Lebih 75% pengeluaran perindustrian Korea dimiliki perbadanan Jepun terutama Zaibatsu atau golongan kapitalis yang berkembang menjadi konglomerat besar semasa era Meiji.67 Kebanyakan keperluan barang-barang pengguna Korea telah dibekalkan oleh Jepun. 5.2.10 Kerugian sumber-sumber dan tenaga manusia. Hampir 20,000 rakyat Jepun terkorban. Jepun telah membelanjakan sejumlah 1.5 billion untuk biayai perang. Hal ini telah menyebabkan ketandusan sumber-sumber kewangan negara tersebut. Sebenarnya kerajaan Meiji telah menyedari Jepun tidak lagi dapat menanggung pembiayaan perang itu. Oleh itu, kerajaan Jepun telah mengambil daya usaha untuk mewujudkan pendamaian dengan Rusia dalam tahun 1905.68 Kerugian golongan petani dan buruh juga meningkat. Petani menanggung beban cukai tinggi (70%) untuk biayai proses pembangunan industri dan modenisasi negara. 69 Petani terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk peralatan, benih dan baja. Bagi menambahkan pendapatan, petani melibatkan diri dalam perusahaan pembiakan ulat sutera. Golongan pekerja menerima kesan yang negatif. Pekerja-pekerja di sektor perindustrian kecil terpaksa bekerja dengan bayaran upah yang kecil. Pekerja terpaksa bekerja lebih berat.

66

Felix Patrikeeff & Harry Shukman (2007). Railways and the Russo-Japanese War: Transporting War. New York: Taylor & Francis. Hlm 99. 67 Ibid. Hlmn 99 68 Geoffrey Jukues (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. Hlm 13. 69 Mikhail Iosifovich (1966). History of Economic Relations Between Russia and China. Jerusalem: Israel Program for Scientific Translation Ltd. Hlm 80.

6.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, dapat dilihat kemenangan demi kemenangan yang dialami oleh Jepun dalam peperangan menjadikan Jepun semakin yakin dengan kekuatan negaranya dan tampil menjaga kedaulatan negaranya. Jepun bangkit menjadi sebuah kuasa imperialisme di rantau Asia. Bermulanya siri peperangan Jepun dengan China dan Jepun dengan Rusia memperlihatkan keyakinan Jepun dalam meluaskan kekuatan ketenteraannya sehingga memampukan Jepun untuk turut melaksanakan imperalisme. Usaha Meiji dalam membangunkan negaranya yakni mendatangkan faedah kerana masyarakat Jepun memeproleh kemajuan dari pelbagai aspek. Kemajuan ini membantu Jepun untuk melihat negaranya dalam perspektif yang lebih luas terutamanya dari segi organisasi ketenteraan. Keluasan Jepun yang jauh lebih kecil berbanding dengan China membuatkan rantau Asia Tenggara ternganga dengan kejayaan yang diperoleh Jepun semasa perang dengan China. Peristiwa tersebut akhirnya menyebabkan Chian menjadi kecil dalam kalangan rantau Asia Tenggara dan juga kuasa-kuasa asing. Jepun dilihat sebagai sebuah kuasa baru dan keberaniannya menentang Rusia mengejutkan lagi kuasa-kuasa barat apabila kemenangan berpihak pada Jepun. Kejayaaan ini yang akhirnya membawa nama Jepun dalam kalangan kuasa-kuasa barat dan Jepun menjadi bangsa Asia pertama yang menjalankan imperialisme. Jepun mula terlibat dalam persaingan dunia dan menjadi anggota dalam sebuah blok dunia bersama dengan beberapa negara barat yang lain. Permintaan Jepun mula diberikan perhatian oleh kuasa barat kerana khuatir akan menghadapi peperangan dengan Jepun.

BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Chandra Chari (2010). War Peace and Hegemony in a Globalized. New York: Taylor & Francis. C.P. Fitzgerald. (1970). Intisari Sejarah Asia Timor (Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edwin O. Reischauer. (1974). Japan: The Story Of A Nation. Tokyo: Charles E. Tuttle Company. Felix Patrikeeff & Harry Shukman (2007). Railways and the Russo-Japanese War: Transporting War. New York: Taylor & Francis.

Geoffrey Jukues (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. Oxford: Osprey Publishing

Ginder Singh Jessy(1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services.

Harold. M Vinacke. (1986). Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden; Jilid 1, (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

H. Paul Varley, Nobuko Morris. (1974). The Samurai. England: Penguins Books

Jongsoo James Lee (2007). The Partition of Korea After World War ll : A Global History. United Kindom: Palgrave Maclillan.

Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. (disunting oleh Ghazali Basri). Kuala Lumpur: Anthonian Store. Khozin Mohd Tamrin. (1974) . Perang Rusia-Jepun 1905. Bangi : Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kyu Hyun Kim, The Sino-Japanese War (1894-1895): Japanese National Integration and Construction of the Korean Other, International Journal of Korean History (Vol.17 No.1, Feb.2012). Louis G. Perez. (2013). Japan at War: An Enyclopedia. Amerika Syarikat:Cremona Drive.

Maswari Rosdi. (1985). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing sdn.Bhd

Mikhail Iosifovich (1966).

History of Economic Relations Between Russia and China.

Jerusalem: Israel Program for Scientific Translation Ltd. M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku. Sdn. Bhd. Richard Storry. (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. WM. Theodore De Bary (edited). (2008). Sources of East Asian Tradition. New York: Columbia University Press. W.G. Beasly. (2003). The Sino Japanese War of 1894-1895:perceptions, power and primac.,New York: Cambridge University Press. W. Scott Morton. (2006). Jepun;Sejarah dan Budaya, (Terjemahan: Azhar Mad Aros). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai