Anda di halaman 1dari 10

turun 10kg dalam masa 2 bulan tanpa suppliment ! ASSALAMUALAIKUM.. ahha !

macam best giler je title kat atas tu right ? yezza.. memang best pon. ni aku nak cerita.why i looked too busy semenjak masuk sem baru ni kan ? assignment banyak .. dan i've sumthing to do ! new sem.. new schedule back to our topic ! sebenarnya nak bagitahu ni yang aku dah berjaya kurangkan 10kg dalam masa 2 bulan ! how was this happened to me ! oh god . slama ni aku diet memang tak jadi.tapi kali ni alhamdulillah.macam mana aku ada semangat tinggi menggunung ni ? cer citer cerciter .. ok..tanggal brapa hari bulan aku pun tak ingat brapa date dia.. yang pastinya time tu aku keluar jejalan kat kuantan time outing hujung minggu

(budak matriks la katakan..kne tunggu outing baru boleh berjimba) tiba-tiba ada pameran kesihatan dengan vitagen time tu.. aku memang malas gila lah nak pergi.tapi ada sorang kawan aku yang excited gila nak pergi.kat situ kena ambil berat.. tinggi.. aduish sensitif betul kalau berat ni. menyampah.tapi tiba-tiba allah bukak hati aku nak ke sana. brrrrrr..... tiba kat sana .. semua orang berat stabil .. ideal la konon kan.. tiba time aku mmg !! omg !!!! berat gila nak mampus kot. berat 88.4kg dengan ketinggian 160cm ! amacam ? then aku kena sesi kaunseling sikit dengan akak yg jaga tu. duduk mengadap dia.. dia bagi lah nasihat bagai. katanya berat ideal aku 63kg.oh no ! i have to buang my lemak untill berat jadi sampai 63kg from 88.4kg tu ???? bapak la memang hardcore punya usaha lah kan gamaknye baru berhasil .

tapi lepas tu aku mula sedar yang aku memang patut kurangkan berat badan ni.kenapa ? pertama sebab faktor kesihatan.aku paling takut bila dengar cerita budak baya aku dah ada yang kena heartattck.. strok. gerun kan ? kedua sebab faktor keyakinan diri .. walaupun aku sentiasa nampak agresif dan peramah.. tapi jauh kat sudut hati ni memang selalu kutuk diri sendiri . this is fact ok ! fact ! lagi-lagi bila jumpa my crush yang memang takdelah kan perasaan dia kat aku.. gemok cani sape nak? ye.. memang kejadian tuhan.. tapi Allah pun suruh kita jaga kesihatan right ? kita tak boleh salahkan lelaki kalau dia tak suka kita gemuk. kau nak ke lelaki hodoh ? kalau jodoh tak kisah cuma ni aku nak cakap setiap insan sukakan kecantikan :)

then, semenjak itu, hari itu, saat itu aku mula nekad nak kuruskan badan. kalau dulu time sem satu aku hanya bangun pagi pukul 6.40am dan ke kuliah pukul 7.50.. then habis kuliah pukul 5.. balik solat.. tidur kejap (tak elok, islam marah) then malam stadi sampai lewat malam.. esoknya bangun lambat lagi .. ok stop ! life is too bored time sem satu ! oh ya.. lupa plak.. tetiap malam wajib burger double cheese + nescafe.. pagi petang siang malam aku tak pernah skip makan woooooooo !!! dah la lepas habis spm dulu memang aku melantak tahap gila gaban .badan dah macam tong drum !see? aku kutuk diri sendiri lagi. aku tawu aku gemuk.. nak kurus.. tapi aku malu nak jog. sem satu tak pernah jog ! NEVER !

DI SINI BERMULANYA KISAHKU.. pergh.. siot ayat aku.ok.abaikan.. "aku seorang pelajar,umur dah 18.. kalau gemuk..nanti nak interview pon susah nak dapat..nak kawin nak pakai cecantik..aku dah la berbisnes..nanti nak berdepan dengan orang susah.bisnes pon tak laku kot " benda ni memang selalu bermain dalam kepala otak aku ni. ayah ibu mengharapkan aku kurus. aku banyak kali janji.. tapi tak pernah jadi.kalau pernah pun.. turun 2kg.. naik sampai 5kg. tapi setelah insiden kena kaunseling tu .. aku mula sedar.. dan ketika itu aku mengubah segala-galanya schedule aku ! dari mula bangun tidur,sampai la aku tidur balik. haha ! dan aku start tak makan nasi (nasi tak salah) cuma aku nak didik perut aku untuk tak mengada-ngada sangat.

aku ikut diet yang disarakn oleh cikgu fitnes malaysia .. kevin zahri.semenjak tu aku memang ikut SETIAP langkah yang disarankan. sebenarnya aku dah lama langgan buku kevin zahri ni. tapi sekejap je aku ikot. baru sekarang aku follow balik. dan.... alhamdulillah menjadi ! ni adalah schedule yang aku buat !

PAGI : 5.00 am - bangun pagi solat tahajjud (kalau aku rajin) stadi mandi then solat subuh 6.55am - keluar bilek,beli srapan (jgn heavy ! ) slalu aku ambil milo je.. ambil mood pagi,tengok pokok..gunung..pegi depan library baca buku 8.00am until5.00pm - KULIAH (skip makan tgh hari ) 5.40pm - solat then JOGGING kat track or tasik ! until pukul 6.40pm 6.45pm - naik bilik, mandi, baca quran

8.00pm - pegi cafe,makan kuey tiaw sup (jangan pernah skip makan malam ! dalam islam pun dah cakap kalau skip makan malam, lemak akan berkumpul ! ) turun library, stadi group..gelak2 pon takpe..janji pegang buku.. 10.30pm - balik bilik.. bereskan apa patut.. 11.30pm - TIDUR ! ( tidur lewat menyebabkan sukr untuk menurunkan berat badan ) cuti * pagi pukul 6.50 aku akan turun ke tasik untuk jog.. atau ke habiskan masa di di gym untuk aerobic ! dalam masa dua bulan .... dengan hanya buat satu perkara iaitu BERDISIPLIN .. 10 KG telah aku buang !!!

"teha.. kau dah kecik sket lah.." "teha..kau lain ah skarang" "teha.. aku rasa kau mesti cun kalau kau kurus doe.." paling best.. tetiba my crush tegur.. "eh.. teha eh ? kau dah kurus lah.. aku cakap betul ni" ok thanks semua.. salah satu faktor aku ada semangat begini ialah sokongan kawan-kawan . lelaki perempuan semua bagi sokongan kat aku. mungkin sikap friendly dan tak kisah aku pon sebahagian advantage yang aku ada. kalau dulu aku malu nak jogging.. sekarang lantak orang nak kata apa.. sekarang boleh kutuk, tapi tak mungin untuk enam bulan seterusnya..

dan kalau jumpa aku sila kata " hai cantik! " AHHA ! bukan berangan ! tapi cita-cita ! aku nak berat aku 60kg ! mungkin sekarang tak nampak sangat perubahan.. atau mungkin sikit-sikit je. tapi aku akan update blog ni bila aku dah capai target aku iaitu 60kg ! kepada sesiapa yang berbadan besar godabak macam aku .. jom ! jangan putus harapan ! kita sama-sama gemok ! ayuh kita UBAH ! "GEMOK ITU TAK COMEL ! JANGAN PERASAN ! TAPI MENYEKSAKAN ! " harap entry ni dapat bantu ! tq :) doakan final exam aku ok ! wajib kepada sesiapa yang membaca ! heeeee... thanks yawww !

Anda mungkin juga menyukai