Anda di halaman 1dari 10

HNG 3033 1.

0 PENDAHULUAN

PEMBANGUNAN WILAYAH

Strategi pembangunan adalah cara atau jalan terbaik untuk mencapai tujuan dan sasaran untuk pembangunan tidak kira untuk skala wilayah ataupun skala yang lebih kecil iaitu desa. Pembangunan bermaksud suatu proses atau perubahan terus dalam bidang fizikal, ekonomi dan sosial yang dilakukan oleh manusia. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup semua anggota masyarakat dalam lingkungan kawasan pembangunan, termasuklah dari segi material dan spiritual. Selain itu, antara objektif utama dilakukan pembangunan ke atas wilayah-wilayah terpilih ini adalah untuk Memastikan perancangan yang cekap dan berkesan dari segi penggunaan optimum sumber-sumber di peringkat wilayah, negeri dan antara negeri, bandar dan luar bandar. Hal ini adalah untuk mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Strategi pembangunan wilayah bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan antara negeri dengan cara mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara wilayah. Strategi ini dilaksanakan berasaskan keupayaan tiap-tiap wilayah bagi pembangunan pertanian dan perusahaan terutama di negeri yang kurang maju untuk menjamin pembangunan negara secara keseluruhannya tumbuh dengan baik dan seimbang. Strategi pembangunan wilayah akan terus memberi tumpuan kepada mengurangkan

ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan sosial dan ekonomi di antara negerinegeri dalam negara. Satu bentuk pembangunan yang lebih seimbang adalah diperlukan untuk memudahkan pencapaian matlamat mengurangkan kemiskinan di negeri-negeri kurang maju dan memperbaiki agihan pendapatan di Malaysia. Strategi pembangunan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan perkembangan masa dan zaman. Pembangunan di Malaysia lebih bersifat pembangunan berancang. Dari itu istilah yang digunakan ialah Rancangan Pembangunan Negara. Pembangunan berancang ini merupakan satu usaha menentukan bagaimana kedudukan manusia yang diarah dan diatur dengan sengaja bertujuan mempastikan pencapaian matlamat perubahan yang dikenal pasti dan yang tanpa adanya campur tangan belum tentu akan berlaku. Mengikut Rahimah (2000), pembangunan terancang ini dapat dibahagi kepada empat fasa berdasarkan kronologi dan kaitan dengan keutamaan perancangan pembangunan yang terdapat dalam sesuatu masa itu. Fasa-fasa ini juga boleh dikaitkan dengan empat Perdana Menteri Malaysia yang telah memegang tampuk pemerintahan semenjak 1957 dan rancangan-rancangan pembangunan lima tahun. Fasafasa ini ialah fasa laissez-faire (selepas merdeka hingga 1970); fasa campur tangan negara (1971-1980), fasa liberalisasi, persyarikatan Malaysia dan penswastaan (1981-1996)dan fasa kegawatan (bermula 1997 dan selepasnya).

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

2.0 STRATEGI PEMBANGUNAN WILAYAH DAN DESA 2.1 Pembangunan Wilayah Pembangunan wilayah adalah satu bentuk pembangunan secara terancang melibatkan kawasan yang luas (wilayah) sama ada berasaskan ekonomi bandar atau pertanian. Pembangunan wilayah bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi yang nyata yang ada antara negeri-negeri. Strategi ini melibatkan penggunaan sepenuhnya segala punca-punca keluaran yang masih belum diusahakan, terutama sekali di negeri kurang maju; menggalakkan pemindahan penduduk ke kawasan-kawasan yang

mengandungi kemungkinan ekonomi yang banyak; meluaskan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sosial di negeri-negeri tersebut dan kawasan-kawasan yang telah ketinggalan dalam pembangunan. Perancangan ini mementingkan masalah

ketidakseimbangan antara wilayah, khasnya daripada segi ekonomi, pendapatan, aliran modal, aliran pekerjaan serta mewujudkan pertumbuhan dimensi reruang, iaitu masalah tertentu hanya wujud di kawasan tertentu sahaja yang boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan khususnya semasa menetapkan sempadan yg menentukan keutamaan pembangunan. Dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), objektif utamanya adalah untuk memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan khususnya sub-sektor elektronik, pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pendidikan dan pelancongan asas kesihatan dan sebagainya. Untuk mencapai objektif ini, sokongan, promosi, dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di wilayah-wilayah yang berpotensi tertinggi dalam menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap wilayah yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Bagi tujuan tersebut, struktur dimensi fizikal negara perlu rasional dan sesuai bagi membolehkan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing. Justeru RFN Ke-2 menganjurkan konsep Concentrated Decentralization sebagai strategi pembangunan negara. la bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara iaitu selaras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Konsep ini memberi fokus kepada dua perkara utama iaitu; a) Bagi tujuan mempertingkatkan daya saing negara, pembangunan perlu difokuskan kepada konurbasi utama yang akan menjadi pusat utama bagi pelaburan asing dan tempatan iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru dan Kuantan serta conurbation yang lain yang merupakan kawasan paling berdaya saing dan tersedia dengan rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan

perkhidmatan. Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

melihat aglomerasi bandar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dalam usaha kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Dari segi pembangunan industri, setiap conurbation akan menjadi tumpuan kluster perindustrian. RFN Ke2 mencadangkan jenis kluster perindustrian dalam kawasan conurbation yang menyokong bidang pertumbuhan sasaran yang telah dikenal pasti dalam IMP3 (Third Industrial Master Plan). b) Strategi Concentrated Decentralization dalam RFN Ke-2 turut menekankan supaya pembangunan perlu difokuskan kepada lokasi-lokasi tertentu di sepanjang koridor yang berpotensi iaitu koridor utara selatan (pantai barat), koridor pantai timur dan koridor tengah serta koridor-koridor sekunder yang lain. Ini bagi mewujudkan pembangunan yang lebih inklusif dan seimbang. Seiring dengan semangat 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; RFN Ke-2 telah memastikan semua rakyat menikmati pembangunan negara dengan menekankan kawasan-kawasan yang sebelum ini ketinggalan akan dibangunkan dan diseimbangkan dengan menyediakan sistem perhubungan dan sistem pengangkutan yang efisien disamping menggalakkan pembangunan ekonomi setempat yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat global.

2.2 Pembangunan in-situ Program pembangunan wilayah secara in situ dilaksanakan untuk memajukan penduduk di kawasan tradisional yang tidak berminat untuk berhijrah ke luar. Program ini menumpukan usaha kepada pembangunan semula kampung-kampung dan kawasan pertanian yang telah sedia ada melalui penyediaan kemudahan infrastruktur, penanaman semula tanaman, khususnya yang berorientasikan dagangan bagi meningkatkan keluaran hasil pertanian. Melaluinya, petempatan dimodenkan dan perkhidmatan disediakan untuk meningkatkan keluaran serta taraf hidup penduduk desa. Program pembangunan in-situ telah dilaksanakan melalui program pembangunan pertanian bersepadu (IADP), yang bersifat kesepaduan iaitu mengabung jalinkan tenaga, sumber potensi dan agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majuikan Sdn. Bhd. (MAJUIKAN), Maju Ternak Enterprise (MAJUTERNAK), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDEC, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Wilayah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan banyak lagi agensi yang terlibat dan bekerjasama bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

seterusnya membasmi kemiskinan melalui penyelarasan, mengintergrasi, sejajar dengan objektif pembangunan kawasan pertanian yang sedia ada. Pembangunan in-situ melalui penyatuan dan pemulihan tanah pertanian sedia ada akan terus menjadi strategi utama bagi pembangunan pertanian. Walau bagaimanapun, pembangunan tanah baru juga harus dilaksanakan terutamanya oleh agensi kerajaan negeri dan kemajuan wilayah serta sektor swasta. Di samping itu, Kerajaan juga haruslah menyediakan khidmat sokongan dan insentif yang sesuai termasuk menyediakan tanah untuk membantu penglibatan pihak swasta dalam projek pertanian komersial berskala besar, terutamanya untuk pengeluaran makanan serta aktiviti florikultur dan akuakultur. (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005: 231). Pendekatan pembangunan tanah secara in-situ harus terus dipakai sebagai strategi untuk menggunakan tanah pekebun kecil dengan lebih baik dan untuk mengatasi masalah kekurangan tanah. Tanah terbiar akan ditanam semula, disatukan dan dipulihkan terutamanya melalui usaha sama pihak swasta atau kumpulan petani. Disamping itu, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta agensi awam lain terus menggalakkan penanaman tanaman makanan di kebun kecil berkonsepkan estet nukleus dan penanaman berkelompok. 2.3 Pembangunan pertanian bersepadu IADP ialah satu pakej pembangunan yang bersifat 'kesepaduan' yang menggabungjalinkan segala resos, tenaga, sumber berpotensi, dan agensi kerajaan bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan desa. Di antara strategi yang terlibat di bawah IADP ialah seperti program pembangunan tanah pertanian, kepelbagaian tanaman, program penanaman semula, dan penyatuan saiz dan skala tani yang tidak ekonomi di bawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok). Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu atau Integrated Agricultural Development Area (IADA) Kalaka-SaribasBetong merupakan salah satu dari dua projek pembangunan pertanian bersepadu yang sedang dilaksanakan di Negeri Sarawak. Konsep IADA adalah menumpukan pemusatan segala usaha perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pertanian bagi sesuatu kawasan sedia-ada atau in-situ.IADA Kalaka-Saribas-Betong terletak kira-kira 300 kilometer dari Bandaraya Kuching di mana kawasan projek terletak di Daerah Kalaka dan Daerah Saribas di Bahagian Betong. Mengikut bancian 1991,terdapat seramai 83,000 orang di kawasan projek yang terdiri daripada 12,000 keluarga tani di mana dijangka kira-kira seramai 9,600 keluarga tani akan mendapat faedah dari pelaksanaan projek. Bermula perlaksanaan projek tahun 1986, tumpuan utama adalah mengatasi masalah kekurangan infrastruktur yang melibatkan pembangunan skim saliran untuk memperbaiki keadaan tanah yang sering ditenggelami air pasang surut serta membina

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

jalanraya dalam kawasan projek untuk membolehkan ianya dibangunkan dengan aktiviti pertanian secara komersil. Pembangunan tanaman utama pada peringkat awal tertumpu kepada pembangunan tanaman kelapa sawit di mana pada tahun 1997 matlamat untuk membangunkan kawasan kelapa sawit seluas 10,000 hektar telah tercapai. Fungsinya adalah untuk; a) Pembangunan kawasan pertanian bersepadu melalui pengeluaran

agromakanan, penternakan dan industri asas tani berdasarkan pelan pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Malaysia. b) Membangunkan usahawan tani dan industri yang bergiat aktif dalam industri agro makanan, penternakan dan industri asas tani sejajar dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan pendapatan. c) Memindahkan teknologi terkini melalui aktiviti pengembangan, khidmat nasihat kepakaran, pengwujudan plot demonstrasi pelbagai tanaman, latihan kepada golongan sasar bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara holistik dan berterusan untuk mencapai produktiviti, kualiti produk dan keselamatan makanan terjamin d) Membangun, menaik taraf dan menyelenggara sistem saliran dan infrastruktur asas di kawasan projek pertanian yang dibangunkan oleh IADA KalakaSaribas-Betong. e) Menyalurkan bantuan input pertanian, penternakan dan peralatan

pemprosesan IAT kepada peserta-peserta projek di bawah IADA KalakaSaribas-Betong. 2.4 Perindustrian desa Strategi ini dilakukan melalui program penyelerakan/penyebaran industri ke desa. Antaranya, melalui pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sama ada asas sumber, makanan dan elektronik yang berintensif buruh, pemprosesan produk pertanian dan sebagainya. Selain itu, kawasan desa yang berpotensi dikenal pasti untuk dibina kilang pembuatan atau pemprosesan dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai zon industri bebas cukai, dibina kemudahan asas yang lengkap, diberikan insentif pelaburan, dan lain-lain untuk menarik pelabur membina industrinya. Penyebaran industri ke desa di jangka dapat meningkatkan pendapatan penduduk desa melalui pewujudan peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan moden. Strategi ini juga memberi perlindungan kepada industri-industri yang tidak efisien melalui perlindungan tarif yang tinggi. Selain daripada itu tujuan untuk mengurangkan pergantungan import tidak tercapai dengan semakin meningkatkan import barang pelaburan dan barang

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

pertengahan. Sektor perindustrian juga merupakan sektor strategik untuk memenuhi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Sektor ini diperlukan untuk mengurangkan masalah pengangguran bandar, menyerap migran dan desa yang mencari pekerjaan di sektor yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi dan yang lebih penting sektor ini merupakan alat utama untuk penyusunan semula pekerjaan dan pemilikan aset di samping membasmi kemiskinan. Strategi industrialisasi desa telah lama diperkenalkan sebagai satu strategi dalam pendekatan pembangunan desa yang dipersatukan. Secara umum strategi ini bertujuan untuk: a) Mengubah masyarakat desa daripada masyarakat tani kepada masyarakat perindustrian. b) Mewujudkan altrnatif bagi sumber pendapatan dan guna tenaga. terutama dalam keadaan sektor desa mengalami keadaan pengangguran tak ketara serta mengalami daya pengeluaran yang rendah. c) Untuk meningkatkan pendapatan dan membantu mengurangkan kadar

kemiskinan desa. d) Dalam konteks yang lebih luas, industrialisasi desa bertujuan untuk membawa industri-industri kecil dan besar ke desa, terutama yang berpotensi untuk menggunakan sumber-sumber tempatan serta berintensif buruh untuk

mewujudkan peluang peluang pekerjaan kepada penduduk desa. e) Dalam konteks DEB, industri desa bertujuan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perindustrian dan perdagangan.

Kegiatan industri desa telah lama bertapak secara kecil-kecilan di desa dalam bentuk perusahaan kraftangan, logam, tembikar, anyaman dan sebagainya. Percubaan untuk memajukan industri desa secara tersusun bermula dalam tahun 1950-an dengan tertubuhnya Lembaga Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 yang berfungsi untuk memajukan kedudukan sosioekonomi masyarakat desa yang di an tara kegiatannya memajukan industri kecil yang berasaskan bahan-bahan tempatan. Walaupun dalam skop yang kecil, RIDA berperanan untuk memajukan industri desa melalui penerangan dan pembesaran program industri desa, memberi galakan dan usaha sama menerusi perkhidmatan nasihat , pemasaran dan kredit. Pembangunan industri desa oleh RIDA menjadi asas kepada penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perumahan. Skop RlDA yang terhad telah diperluas dengan penubuhan MARA pada tahun 1966, yang selain daripada meneruskan program pembangunan industri desa jua menekankan program-program latihan dan pengusahawanan bagi menyediakan penyertaan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Peranan ini diperluas terutama

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

dalam rangka DEB untuk menyusun semula masyarakat untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera daripada segi guna tenaga dan penguasaan sektor industri, pembandaran dan perdagangan. 2.5 Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli Strategi ini merupakan strategi yang utama kerana kerajaan pada masa hadapan cuba untuk mengarah dan mengalihkan letakan pertumbuhan dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan ke wilayah yang kurang maju. Pembangunan tanah adalah merupakan aspek penting, dalam usaha untuk menambahkan hasil pengeluaran negara amnya dan menambahkan hasil pertanian serta meninggikan taraf hidup penduduk luar bandar khasnya. Oleh yang demikian, adalah mustahak perancangan dan pelaksanaan pembangunan tanah diberikan perhatian yang sewajarnya. Kepentingan satu pembangunan tanah yang dirancang dengan teliti mula disedari oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada awal tahun 1955 apabila perwakilan Bank Antarabangsa membuat kajian tentang ekonomi Malaysia. Satu daripada cadangan perwakilan itu ialah perlunya satu kajian guna tanah yang menyeluruh mengenai aspek fizikal, ekonomi, sosial, ekologi dan pentadbiran tanah sebagai mengatasi satu daripada kelemahan perancangan pembangunan tanah. Pada bulan Ogos 1955 satu jawatankuasa untuk menimbang dan merancang kawasan-kawasan baru untuk penempatan telah dibentuk. Jawatankuasa ini menyedari pentingnya satu pembangunan tanah yang dirancang kerana kawasan kediaman orangorang Melayu yang sedia ada kebanyakannya telah terlalu padat dan kurang kawasan untuk pembangunan di masa hadapan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut, satu langkah segera telah diambil di mana jawatankuasa ini menekankan perlunya sumberjaya tanah dinilai, diurus dan dibangunkan mengikut sebagaimana yang telah dirancang. Jawatankuasa ini mencadangkan perlunya kemudahan-kemudahan jalan, sekolah, pusat kesihatan dan lain-lain disediakan di kawasan rancangan baharu. Berikutan dengan itu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada tahun 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance 1956) yang bertujuan untuk melaksanakan pembangunan tanah pada peringkat persekutuan, dan pada tahun 1959 Lembaga Pembangunan Tanah Negara telah ditubuhkan di setiap negeri. Di Malaysia umumnya, pembukaan dan pembangunan terhadap tanah adalah terletak di bawah perlaksanaan dua perbadanan kerajaan, iaitu Agensi Pembangunan Tanah dan Agensi Pembangunan Wilayah. Badan-badan yang bertanggungjawab di bawah Agensi Pembangunan Tanah ialah FELDA, FELCRA(Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) dan RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority).

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

2.6 Strategi Pelaksanaan Program Urbanisasi Luar Bandar dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang baru Pihak kerajaan juga telah menyusun strategi pembangunan untuk pelaksanaan program urbanisasi di luar bandar. Menerusi strategi ini, pihak pembangunan wilayah telah menyediakan infrastruktur bertaraf bandar seperti bekalan air, elektrik dan aktiviti ekonomi moden. Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi hasil dari program urbanisasi luar bandar inilah merupakan platform utama pihak pembangunan wilayah untuk membentuk sebuah pertumbuhan yang baru. Antara matlamat perancangan pusat pertumbuhan adalah untuk mendorong pembangunan di kawasan yang mundur, mengurangkan kesesakan di kawasan bandar metropolitan dan menyediakan satu saluran penghijrahan ke kawasan bandar (sebagai satu strategi pembandaran). (Hasnah Ali. Ekonomi Wilayah Teori dan Amalan. 1991) Hal ini dapat dilihat seperti Bandaraya Kuala Lumpur yang dahulunya hanyalah merupakan sebuah bandar kecil yang pesat membangun ekoran daripada perkembangan perlombongan bijih timah. Dari sebuah pekan kecil perlombongan bijih timah, Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia terus menempa nama dan dikenali diseluruh dunia. Perubahan demi perubahan mewarnai wajah Kuala Lumpur yang pesat membangun sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan negara. Kemajuan yang dikecapi Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia gah di peta dunia dengan pelbagai kejayaan yang dicipta. Jika dahulunya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya lebih diserikan dengan bangunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat penempatan penduduk. Dunia terus mengenali Kuala Lumpur melalui mercu tanda hebat seperti Menara Berkembar Petronas 88 tingkat yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia dan Menara Kuala Lumpur, menara komunikasi kebanggaan negara yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Sektor pelancongan juga telah menjadi medium dalam meningkatkan

pertumbuhan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan Malaysia. Sektor pelancongan menyumbang kepada pendapatan, pekerjaan dan memperluaskan peluangpeluang perniagaan. Industri pelancongan mencakupi bidang perkhidmatan yang luas dan kemudahan yang diperlukan adalah pelbagai serta mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada semua lapisan penduduk. Pelancongan memberi manfaat sampingan yang tidak kurang pentingnya kepada penduduk Kuala Lumpur. Dengan menampung asas penduduk yang lebih besar daripada penduduk Bandar Raya sendiri, kemudahan membeli-belah, hiburan, rekreasi dan kebudayaan yang lebih pelbagai dapat ditampung. Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan justifikasi kewangan terhadap langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk Bandar Raya seperti projek-projek pemuliharaan, pengindahan dan siar kaki, serta menjadi tuan rumah kepada

HNG 3033

PEMBANGUNAN WILAYAH

acara-acara khas dan perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan. Ia mempunyai iklim yang nyaman dengan ciri-ciri tropika yang unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik.

3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, strategi pembangunan wilayah yang dilaksanakan menjadi satu medium utama yang dihamparkan umpama pemandangan yang sangat indah. Pembangunan wilayah yang dicapai hari ini digarapkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara seiring dengan era globalisasi yang tiada had sempadannya lagi. Pertumbuhan wilayah yang pesat membangun menerusi empat strategi pembangunan wilayah iaitu Strategi Pembangunan Tanah Dan Sumber Asli, Strategi Pembangunan In Situ Luar Bandar, Strategi Penyebaran Industri, Strategi Pelaksanaan Program

Urbanisasi Kawasan Luar Bandar Dan Pembentukan Pusat Pertumbuhan Yang Baru secara tidak langsung telah memberikan impak yang sangat besar terhadap perubahan taraf ekonomi dan pembangunan sosial di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila perkembangan sesebuah wilayah telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang berhijrah ke bandar-bandar besar seterusnya membawa kepada sebuah penempatan yang maju seperti di Kuala Lumpur. Kepesatan sesebuah wilayah yang dibangunkan itu telah melahirkan pelbagai sektor ekonomi untuk menjana pendapatan negara dan menyumbang kepada Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK). Selain itu, strategi pembangunan wilayah ini juga menjadi teras dalam perkembangan penggunaan teknologi dalam semua bidang sejajar dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang peka terhadap kemajuan negara. Oleh yang demikian, strategi pembangunan wilayah menjadi jentera utama didalam pertumbuhan wilayah yang seimbang di Malaysia. Senario ini menjadi tiket perkembangan fizikal dan kemudahan infrastruktur demi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat di sesebuah kawasan. Hal ini dapat membantu negara menghapuskan jurang perbezaan di antara wilayah yang ada di Malaysia sebagai menyahut seruan kerajaan rak yat didahulukan, pencapaian diutamakan.

HNG 3033 RUJUKAN

PEMBANGUNAN WILAYAH

Anuwar Ali Hassan Ali. 1986. Perindustrian dan pembangunan luar bandar di Malaysia: Satu tinjauan. Sumber, (2), Disember. Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke arah 2020. Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Malaysia. Gerakan Desa Wawasan: Ke Arah Transformasi Kedua Luar Bandar. Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ibrahim, N. 2003. Pelan Tindakan Desa. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Kamarudin Ngah & Rahmat Azam Mustapa. (1991). Pengenalan Perancangan Pembangunan Wilayah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Mohd. Shukri Haji Abdullah. Strategi pembangunan desa Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.