Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM

KURSUS KEPIMPINAN KETUA UNIT BERUNIFORM ,


KELAB PERSATUAN DAN SUKAN PERMAINAN 2009
Bertempat di Motel desa pada 22hb – 23hb Oktober 2009

1.0 TUJUAN
1.1 Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan
kepimpinan kepada pemimpin unit beruniform kelab persatuan dan sukan permainan.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan sekolah adalah para
pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah,
terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang
lebih baik, mereka dianggap ayam tambatan sekolah.

2.2 Ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga adalah pelajar ,
mereka memerlukan keyakianan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan
berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

2.3 Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada
mereka.

2.4 Para ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga perlu
mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar
itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat
memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut
kursus Kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

2.5 Kursus ini akan mengutamakan “Pusatan Pelajar”, selain daripada ceramah, pelajar
akan terlibat dalam aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno (Sesi Pembentangan ) serta
penilaian.

2.6 Aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno merupakan aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang melibatkan ( peserta ) secara aktif atau disebutkan sebagai " Pusatan Pelajar " .
Kaedah ini dipercayai mampu menjana dan menghasilkan pelajar yang berfikiran positif,
kreatif, kritis dan proaktif.

3.0 OBJEKTIF
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pelajar dapat:
(1) Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
(2) Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
(3) Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
(4) Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..
(5) Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
(6) Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
(7) Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah
(8) Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
4.0 MATLAMAT
4.1 Matlamat program ini adalah seperti berikut:-
4.1.1 Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya kepimpinan dan mengamalkannya;

5.0 KUMPULAN SASAR


6.1 Kumpulan sasar untuk program ini adalah seperti berikut:-
6. 30 orang pelajar terdiri daripada ketua unit berniform , kelab persatuan dan sukan
permainan SK Kampung Bukit ;

UNIT UNIFORM TAHUN 5 LELAKI PEREMPUA


N
PENGAKAP 3 3 -
TKRS 3 3 -
PUTERI ISLAM 3 - 3
TUNAS PUTERI 3 - 3
KELAB
/PERSATUAN
BAHASA MELAYU 2 1 1
BAHASA INGGERIS 2 1 1
SAINS 2 1 1
BAHASA ARAB 4 3 3
MATEMATIK 2 1 1
KOMPUTER 2 1 1
CEGAH JENAYAH 2 1 1
JUMLAH 30 15 15

6.0 PROSEDUR PELAKSANAAN


Penasihat:
(1) Guru Besar
(2) Pengerusi PIBG.
(3) Penolong Kanan Kokurikulum.
(4) Kaunselor.
JAWATANKUASA KURSUS.
(1) Pengerusi : En. Mohd Nasir bin Mohammad ( Guru Penolong Kanan KK)
(2) Naib Pengerusi : Pn. Zaitoon b. Abu bakar
(3) Setiausaha : En. Mhd Amin b. Omar

Ahli Jawatankuasa:

(1) Pn. Norhazani bt. Taib


(2) Pn. Nor Azhan Sulaiman
(3) Tn. Hj. Azman bin Ahmad

7.0 PROGRAM YANG DIRANCANG

Hari pertama
22h Oktober2009 ( Khamis )

2.00 petang - Bertolak dari sekolah

2.30 petang - Pendaftaran/Taklimat.

3.00 - 4.15 petang - Ceramah (1) ( Akhlak dan Senario Pelajar Terkini )

4.15 – 5.00 petang - Minum petang / Solat Asar

5.00 – 6.00 petang - Aktiviti riadah / Teknik pertolongan cemas di air

6.00 – 7.00 malam - Rehat / Makan malam

7.00 – 8.30 malam - Solat maghrib / Isya / Ceramah motivasi

8.30 – 10.00 malam - Ceramah / bengkel(2). Kepimpinan pelajar

10. 00 malam - Kudapan / tidur

Hari kedua
23h Oktober 2009 ( Jumaat )

7.30 pagi -8.30 pag - Sarapan pagi

8.30 – 10.00 pagi - Ceramah 2 ( Teknik dan cara menangani stress )

10.00 pagi - Kudapan

10.30 – 12.00 tengahari - Ceramah 3 ( Kepentingan kokurikulum dalam mencapai


kecemerlangan hidup.

- Penutup / Bersurai
9. Penceramah
(1) Penceramah Dalaman.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


10.Makan minum dan penginapan peserta RM45.00 X 30 orang = RM 1350.00
Tambang Pengangkutan RM28.00 X 6 orang = RM 168.00
RM 1518.00
Bantuan yang diperlukan
Bimbingan Kaunseling – KoKo RM 1118.00
Bimbingan RM 400.00
RM 1528.00

11.0 KESAN YANG DIHARAPKAN


11.1 Antara kesan yang diharapkan daripada program ini adalah seperti berikut :-

11.1.1 Pelajar akan dapat mempraktikkan gaya hidup sihat;


11.1.2 Pelajar terdidik tentang kepimpinan dari sejak kecil lagi.
11.1.3 Menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada para pelajar.
11.1.4 Mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk
mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.

12.0 KESIMPULAN
Adalah diharapkan agar program ini akan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan
sebagai generasi pewaris akan datang.

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

……………………………… …………………………………………………
MHD AMIN BIN OMAR EN.MOHD NASIR BIN MOHAMMAD
SETIAUSAHA KURSUS PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
SK Kampong bukit , Chendering.
Kuala Terengganu

DILULUSKAN OLEH

............................

CHE JARAH BT CHE MAT


GURU BESAR
SK Kampong Bukit, Chendering.
Kuala Terengganu