Anda di halaman 1dari 3

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat

oleh Ibnuyaacob

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama
itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah
sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja
tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4
tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak
disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah
bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala.

Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa
pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu  “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu”.

Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin
meletakkan sekali lagi dalam Blog D’ ini sebagai peringatan sekelian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

 1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi
yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke
belakang.
 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud
‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara
penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling
tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau
‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar.
Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan
musim panas (summer).
 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa
Romawi bernama ‘Atlas’.
 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang
kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna
bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam)
mengikut kalendar bangsa Romulus.
 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya
ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke
sembilan.
 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah
menjadi bulan yang ke sepuluh.
 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan.
Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi
kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.


 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang
masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu
‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan
orang Rom yang bernama ‘Freya’.
 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’
mengikut kepercayaan orang Romawi.

Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin  yang menjadi bahasa rasmi
utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah
dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya
menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius
Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan
terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.
Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara
mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala
secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan
mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba
dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-
ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti


seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu
ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka
lakukan.

Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes
manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-
Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian
disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup
sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

 - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of
Psyche” dan “Hints and Notices”.
 - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu
‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang
dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan
nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan
‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-
tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis
buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu


Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan
Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan
Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.

Wallahu’alam.

Anda mungkin juga menyukai