Anda di halaman 1dari 88

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083

1

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan


1.1.1. Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu sistem pembelajaran yang dilaksanakan oleh
politeknik Tinggi Malaysia (KPTM) ke atas setiap pelajarnya sebelum menamatkan
pengajian dengan dianugerahkan sijil atau diploma.Penempatan setiap Latihan industri
dilakukan di firma-firma yang berkaitan dengan kursus yang terlibat.



AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
2


Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan yang bersedia
dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang akademik
mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang
tinggi.Selain itu, member pendedahan kepada pelajar situasi sebenar dunia pekerjaan
disamping membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
Di sini lah pelajar akan didedahkan dengan suausana pekerjaan yang sebenar di
mana ianya amat berbeza sekali daripada suasana yang terdapat di Institusi Pengajian
sebalum ini. Langkah pihak pentadbiran mengadkan latihan industri adalah bertujuan
untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dn supaya mereka akan lebih
bersedia menempuh segala cabaran serta mendapat pengalaman yang baru seterusnya
mengikuti akur kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
pentadbiran.
Latihan ini juga merupakan salah satu sumber tenaga manusia untuk
perkembangan organisasi di masa akan dating serta menggunakan pengetahuan terkini
para pelajar untuk feadah organisasi. Selain itu, pelajar akan mahir dengan pengetahuan
teori dan amalan pengurusan perniagaan dengan mengambil kira masalah dan realiti
dunia perniagaan di samping membentuk sikap positif terhadap bidang pekerjaan yang
luasdi pasaran.

1.1.2 Objektif latihan industri

Latihan Industri adalah satu syarat yang diwajibkan kepada semua pelajr politeknik
untuk mendapatkan sijil atau diploma.Ia merupakan satu bentuk pelajaran iaitu belajar
sambil bekerja selama enam (6) bulan. Latihan ini boleh dijalankan sama ada di Jabatan
Kerajaan atau Swasta. Setiap pelajar perlu lulus Latihan Industri ini sebelum dapat

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
3


meneruskan pelajaran pada semester yang berikutnya. Objektif Latihan Industri ini
adalah seperti berikut :

Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan
Objektif latihan ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke dalam bidang pekerjaan. Para
pelajar lebih mudah mengetahui cara sebenar alam pekerjaan apabila mengalami sendiri
sewaktu tempoh Latihan Industri. Jika sebelum ini para pelajar hanya memahami dalam
bentuk pembacaan, proses Latihan Industri ini ternyata lebih memberi pendekatan
mengenei suasana sebenar alam pekerjaan.
Mengaitkan teori kepada praktis atau sebaliknya
Latihan Industri ini juga bertujuan untuk memberi peluang pelajar mengaplikasikan
semua teori yang telah dipelajari pada waktu pembelajaran mahupun sebaliknya.Di
kesempatan inilah, para pelajar dapat mnggunakan pengetahuan yang sedia untuk
memahirkan diri pada setiap pelajar.
Mengamalkan peraturan dalam industri
Ini juga bertujuan untuk pelajar mengamal dan mengikut undang-undang dan peraturan
keselamatan pejabat yang selama ini hanya berpandukan peraturan sekolah dan pusat
pengajian sahaja.
Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik antara
pekerja
Pelajar juga dapat bergaul dengan semua pekerja di syarikat yang terdiri daripada
berbagai peringat umur.Di sini juga pelajar dapat menanam semangat kerja berpasukan
dan perhubungan yang baik antara pekerja syarikat.Secara langsung pelajar dapat
mengamalkan ini, pelajar boleh mendapatkan ilmu pengetahuan para juruteknik dan
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
4

teori dapat mempratikkan. Maka, wujudlah suatu sistem komunikasi yang baik sesame
sendiri


Memupuk semangat amanah dan tanggungjawab

Selain itu, secara tidak langsung pelajar akan belajar bersifat amanah dan
mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam diri. Ia member kesedaran betapa
pentingnya bersikap demikian dalam menjalankan tugas.

Membina keyakinan diri

Latihan ini turut menbantu membina keyakinan diri pelajar dari segi kebolehan,
kesanggupan dan kerajinan di mana pelajar akan mengetahui sejauh mana
kebolehannya untuk melakukan sesuatu tugas yang bertanggungjawab untuknya. Di
kesempatan inilah pelajar berpeluang memantapkan lagi keyakinan diri yang telah
sedia ada.

Meningkatkan daya kreativiti
Semasa menjalani latihan industry, pelajardapat menimba ilmumengenai
perkembangan dunia pekerjaan terutama dalam bidang yang diceburi.Dengan
mempelajari sedikit sebanyak mengenai alam pekerjaan, pelajar dapat meningkatkan
daya kreativiti mereka.Contohnya, penyelesai terhadap sesuatu masalah yang timbul
dapat diselesaikan sekiranya mereka mempunyai daya kreativiti yang baik.

Menjalani hubungan professional

Berpeluang menjalani hubungan baik dengan ahli professional li luar kampus serta
memperkenalkan politeknik kepada organisasi.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
5




Kesimpulanya, sebagaimana yang telah diterangkan, satu daripada tujuan
Latihan Industri ialah untuk membiasakan diri pelajar kepada keadaan alam
perkerjaan sebenar sama ada di Jabatan Kerajaan atau Syarikat Swasta. Oleh itu,
setiap pelajar haruslah berusaha sehabis baik agar dapat membantu pelajar
mendapatkan pekerjaan pada masa datang sama ada di sektor swasta atau awam.

1.1.3 Objektif laporan latihan industri

Keseluruhannya, setiap pelajar yang menjalani latihan industry diwajibkan
menyediakan laporan bertulis semasa menjalani latihan dan laporan lengkap atau
laporan rasmi setelah tamat latihan tersebut. Laporan ini terbahagi kepada dua jenis
Laporan Harian dan Laporan Besar Latihan industri.

Laporan harian

Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah buku laporan industri yang
mengandungi catatan kasar harian yang dilakukan pada setiap hari.Tujuan utama
buku laporan harian ini dibuat adalah bagi memudahkan pelajar membuat pelajar
membuat rujukan kembali gerak kerja yang dilakukan supaya dapat menyediakan
laporan lengkap selepas tamat latihan.Selain itu, buku laporan harian ini juga perlu
diperiksa oleh pegawai latihan firma atau penyelia pada setiap dua minggu untuk
memastikan pelajar tidak menyalin hal-hal sulit firma dan tidak berkerja sambil
lewa.

Laporan besarlatihan industri

Para pelajar adalah diwajibkan menyediakan sebuah buku laporan lengkap setelah
tamat tempoh latihan industri. Kandungan laporan ini berdasarkan gerak kerja yang
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
6

telah dibuat dalam Buku Laporan Harian yang catatkan secara kasar oleh pelajar itu
sendiri. Tujuan buku laporan ini dibuat adalah untuk memudahkan para

pensyarah memeriksa laporan yang telah dibuat dan member penilaian yang
sewajarnya terhadap latihan industri yang telah dijalani oleh pelajar. Selain itu, buku
laporan lengkap ini boleh dibuat rujukan semula apabila telah tamat tempoh belajar
di politeknik bagi meluaskan lagi ilmu pengetahuan pelajar.

Namun di dalam usaha untuk menerbitkan laporan ini, terdapat beberapa kelemahan
yang dapat dilihat. Ini kerana ia merupakan kali pertama dikarang dan disusun oleh
pelatih sendiri. Walaubagaimanapun, diharap agar pembaca dapat memahami serba
sedikit segala apa yang cuba disampaikan oleh pelatih.

1.1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Latihan Industri adalah salah satu perkara wajib yang perlu dijalankan oleh setiap
pelajar politeknik.Tambahan pula, latihan ini wajib ke atas setiap pelajar semester 3
bagi peringkat Sijil dan semester 4 bagi peringkat Diploma.Kerjayaan pelajar bagi
penentuan meneruskan pengajiannya ke semester berikutnya dan memperolehi Sijil
atau Diploma adalah bergantung kepada Latihan Industri yang telah dijalankan pada
semester yang dinyatakan.

Pelajar dapat didedahkan kepada alam perkerjaan yang sebenarnya apabila menjalani
Latihan Industri ini. Seterusnya, ia dapat memupukkan semangat bekerja
berpasukan, bertolak ansur dan tolong-menolong sekaligus membantu pelajar
membina kejayaan diri apabila tamat belajar dan menempatkan diri dalam sector
perkerjaan.

Selain itu, pelajar berpeluang mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari di
politeknik.Di samping dapat menambahkan lagi kemahiran yang ada, pelajar juga
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
7

dapat mempelajari sesuatu yang baru bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan
boleh digunakan pada masa hadapan.

Tambahan, Latihan Industri ini membantu memberi kemahiran dalam berkomunikasi
dan perhubungan dengan dunia luar.Ia akan member keyakinan diri kepada pelajar.
Pelajar ternyata akan lebih berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab dalam
menghadapi tugasan yang diberikan.

Sesungguhnya, Latihan Industri ini ternyata memberi banyak peluang kepada pelajar
untuk mempelajari sesuatu yang baru, mempraktikkan segala teori dan mendedahkan
kepada alam pekerjaan sebenar.Oleh itu, usaha pihak politeknik untuk memajukan
para pelajarnya boleh dianggap sudah berjaya.Walaubagaimanapun para pelajar
haruslah bijak mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kursus yang diambil agar
Latihan Industri tidak member sebarang masalah kepada diri pelajar.


1.2 Latar belakang organisasi


Loh&Co merupakan sebuah firma audit yang ditubuhkan pada tahun 1986 di bawah
nama Loh, Albert Khoo & Co disebabkan pengasasnya, Encik Loh Boon Eng,
memulakan firma audit bersama rakan kongsi iaitu Albert Khoo. Dari situlah
bermulanya langkah pertama yang telah mewujudkan firma Loh&Co yang dikenali
hari ini.

Kelulusan akauntan bertauliah (Chartered accountant) yang diperolehi oleh Encik
Loh Boon Eng hasil pengajiannya di Australia membolehkan beliau menubuhkan
firma Loh, Albert Khoo & Co (LAK).Pada mulanya, firma audit LAK bertempat di
premis yang disewa dan hanya merangkumi dua tingkat, iaitu tingkat bawah dan
tingkat satu. Perkhidmatan ditawarkan adalah kesetiausahaan dan perakaunan di
tingkat bawah manakala percukaian dan audit di tingkat satu.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
8




LAK beroperasi selama lebih kurang setahun sebelum terdapat perkembangan positif
dalam kareer Encik Loh Boon Eng, yang mendorong beliau mengembangkan potensi
beliau dengan menubuhkan sebuah firma baru.

1.2.1 Sejarah penubuhan Loh&Co

Setelah mendapat permulaan yang bagus dengan menubuhkan LAK, Encik Loh
Boon Eng memutuskan untuk menubuhkan firmanya sendiri di bawah nama
Loh&Co pada tahun 1987. Ia juga beroperasi di premis sama dan firma baru ini
diwujudkan bersama rakan kongsi beliau yang baru iaitu abangnya sendiri, Encik
Loh Mun Kong.

Encik Loh Mun Kong adalah seorang setiausaha bertauliah dan beliau
bertanggungjawab untuk jabatan kesetiausahaan dan akaun yang beroperasi di bawah
nama Corporate and Personal Management Sdn Bhd (CPM). Encik Loh Boon Eng
pula bertanggungjawab untuk mengendalikan jabatan audit dan percukaian di bawah
nama Loh&Co dan LAK.

Pendek kata, firma Loh&Co menempatkan tiga entiti berbeza di bawah satu
bumbung, iaitu Loh&Co, LAK, dan CPM.Beberapa tahun selepas Loh&Co
memulakan operasi, premis terpaksa dibesarkan kerana semakin banyak pelanggan
dari tahun ke tahun. Tidak lama lagi, seluruh bangunan telah dibeli oleh Encik Loh
dan kini firma Loh&Co merangkumi empat tingkat iaitu tingkat bawah (Jabatan
Kesetiausahaan), Tingkat satu ( Jabatan Percukaian dan Pentadbiran) , Tingkat dua
(Jabatan Perakaunan) dan tingkat tiga (Jabatan Audit).



AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
9



1.2.2 Perkhidmatan Firma


Firma Loh&Co menawarkan empat jenis perkhidmatan iaitu perkhidmatan mengurus
akaun , kesetiausahaan, sebagai agen cukai dan perkhidmatan audit. Setiap jabatan di
Loh&Co menawarkan perkhidmatan yang berbeza.
jabatan Kesetiausahaan menawarkan perkhidmatan setiausaha kepada syarikat-
syarikat berdaftar. Mengikut undang-undang, kesemua syarikat dan perniagaan yang
didaftar di bawah Pendaftar Syarikat (Registrar of Companies, ROC), diwajibkan
melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha bertauliah untuk merekod kesemua
aktiviti syarikat tersebut setiap tahun. Perkhidmatan setiausaha termasuklah
menyediakan resolusi pekeliling (Circular Resolution , CR), mencatat prosedur
Mesyuarat Tahunan, melengkapkan borang-borang yang harus difailkan kepada
ROC dan sebagainya.

Seterusnya, jabatan percukaian menyediakan perkhidmatan sebagai agen cukai
kepada klien yang terdiri daripada syarikat dan juga seseorang individu.Mengikut
undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan, setiap syarikat yang
memperoleh keuntungan hasil bisnes yang dijalankan, harus membayar cukai
pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Begitu juga dengan
orang perseorangan yang gajinya melebihi had yang ditetapkan. Tugas jabatan
percukaian Loh&Co adalah menjadi wakil kepada syarikat dan klien yang perlu
membayar cukai, dengan memfail borang-borang yang berkaitan kepada LHDN dan
menjadi orang tengah klien dan LHDN.

Jabatan Perakaunan menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada klien.
Sesetengah klien yang rela menyerahkan akaun syarikatnya untuk dibuat oleh firma
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
10

Loh&Co akan menghantar resit-resit, baucar-baucar dan apa-apa sahaja dokumen
yang berkaitan kepada Loh&Co untuk membuat akaun yang lengkap.

Akhir sekali, jabatan Audit Loh&Co pula menawarkan perkhidmatan audit untuk
klien. Menurut Akta Syarikat,1965 setiap syarikat yang berdaftar di bawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), diwajibkan menghantar kesemua akaunnya
kepada seorang juruaudit luar yang bertauliah dan bebas, untuk diaudit. Peranan
juruaudit di jabatan audit adalah bertindak sebagai penyiasat akaun yang bebas
menjalankan aktiviti siasatan audit tanpa dikongkong oleh batasan-batasan yang
mungkin ditetapkan oleh klien.

1.2.3 Carta Organisasi


I. Carta organisasi firma

Rajah 1.1. Carta Organisasi Firma Loh & Co

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
11




II. Carta organisasi jabatan audit

Rajah 1.2 Carta Organisasi Jabatan Audit

1.2.4 Tatacara Kerja
Secara amnya, setiap jabatan mempunyai tatacara kerja yang berbeza.Namun
demikian, terdapat beberapa persamaan tatacara kerja yang diamalkan oleh kesemua
jabatan yang membolehkan seluruh entiti Loh & Co. berfungsi sebagai satu firma yang
berjalan lancar dalam operasi sehariannya.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
12




I. Jabatan Kesetiausahaan
Jabatan Kesetiausahaan, yang bertanggungjawab merekodkan segala perubahan
yang berlaku dalam sesebuah syarikat, akan memastikan bahawa setiap perubahan yang
berlaku dalam sebuah syarikat, diberitahu kepada mereka oleh klien supaya mereka
boleh memfailkan resolusi pekeliling dan borang-borang yang berkaitan yang
diwajibkan oleh Pendaftar Syarikat.
Setiausaha juga berperanan memfailkan borang Pulangan Tahunan (Annual
Return) setiap tahun selepas Laporan Tahunan disiapkan oleh juruaudit.Borang yang
difailkan kepada Pendaftar Syarikat ini beserta Laporan Tahunan, adalah borang yang
amat penting kerana mencatatkan butir-butir perniagaan syarikat seperti jenis
perniagaan, tempat perniagaan, alamat pejabat berdaftar, dan sebagainya.Setiausaha juga
bertanggungjawab menyediakan dokumen-dokumen yang diwajibkan sekiranya sebuah
syarikat baru ingin melantik CPM sebagai agen setiausaha.

II. Jabatan Perakaunan
Jabatan Perakaunan bertanggungjawab menyediakan akaun untuk syarikat-
syarikat yang melantik Loh & Co. menjadi akauntan mereka.Lazimnya, syarikat-syarikat
yang melantik Jabatan Perakaunan Loh & Co. menyediakan akaun, adalah syarikat yang
bersaiz kecil dan sederhana. Kerja staf Jabatan Perakaunan bermula apabila syarikat
menghantar invois, resit, dan dokumen-dokumen asas lain kepada firma untuk dibuat
akaun. Staf kemudiannya akan menyediakan jurnal, yang kemudiannya akan diposkan
kepada lejar am mengikut sistem debit-kredit (sistem kemasukan berganda ataupun
double entry system).
Setelah selesai merekodkan kesemua transaksi yang berlaku dalam tempoh
perakaunan syarikat tersebut, ketepatan perekodan sistem diuji dengan penyediaan
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
13

imbangan duga bagi tempoh perakaunan tersebut.Bagi meminimumkan kesilapan yang
mungin berlaku, imbangan duga disediakan menggunakan komputer. Setelah imbangan

duga disahkan imbang, barulah akaun untung rugi dan lembaran imbangan bagi syarikat
tersebut disediakan.

III. Jabatan Percukaian
Jabatan Percukaian bertindak sebagai agen cukai untuk syarikat dan orang-
perseorangan, dengan menjadi perantara syarikat dengan LHDN.Tugas staf Jabatan
Percukaian termasuklah memfail borang-borang yang relevan kepada LHDN, mengira
cukai taksiran untuk pelanggan, menjadi penghubung bagi pihak pelanggan dengan
pihak LHDN, dan membantu pelanggan menyelesaikan masalah berhubung percukaian.
Tatacara Jabatan Percukaian adalah hampir sama dengan Jabatan Perakaunan,
iaitu bermula dengan persetujuan Loh & Co. mewakili sesebuah syarikat atau orang-
perseorangan sebagai agen percukaian. Seterusnya, staf Jabatan Percukaian akan
menyediakan borang-borang yang diwajibkan untuk difail kepada LHDN (Borang E,
Borang EA, Borang J, dan sebagainya). Borang-borang tersebut akan difailkan mengikut
peraturan yang ditetapkan.
Untuk cukai pendapatan, staf Jabatan Percukaian akan mengambil Laporan
Tahunan tahun tersebut sebagai asas untuk mengira cukai pendapatan. Justeru ,
sekiranya firma Loh & Co. turut menjadi juruaudit syarikat tersebut, maka staf Jabatan
Percukaian akan mengira cukai pendapatan tahun tersebut berasaskan Laporan Tahunan
yang disediakan. Jika firma lain bertindak sebagai juruaudit, maka staf Jabatan
Percukaian akan menunggu sehingga Laporan Tahunan syarikat tersebut lengkap,
barulah dikira cukai pendapatan.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
14



IV. Jabatan Audit


Tugas seorang juruaudit juga termasuk memperbetulkan kemasukan ataupun
entri akaun yang tersilap oleh akauntan syarikat. Ini penting kerana Laporan Tahunan
yang akan dihasilkan oleh juruaudit setelah selesai proses audit, haruslah
mempersembahkan data akaun syarikat tersebut dalam satu format yang teratur, jelas,
dan nyata. Laporan Tahunan tersebut seterusnya diserahkan kepada Lembaga Pengarah
syarikat tersebut, pemegang saham, serta sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan
terhadap syarikat tersebut.
Dalam Jabatan Audit firma Loh & Co., pengurus audit iaitu Encik Choo Chin
Ngan, akan menugaskan kes audit kepada juruaudit. Juruaudit kemudiannya akan
memulakan kerja audit ke atas syarikat tersebut, dan dia harus menyiapkannya dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Setelah audit siap, hasil kerja juruaudit akan direviu oleh
juruaudit yang lebih senior sebelum direviu oleh Encik Choo.
Setelah reviu selesai, maka juruaudit tersebut perlu menjelaskan nota reviu yang
ada, sebelum kebenaran diberi bagi mencetak Laporan Tahunan.Setelah Laporan
Tahunan siap, maka dua salinan diberikan kepada setiausaha dan satu (atau dua,
bergantung kepada agen cukai) lagi dihantar kepada agen cukai.Beberapa naskhah
Laporan Tahunan juga dihantar kepada klien.



AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
15




AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
16

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI


2.1 Pengenalan

Jadual 2.1 menunjukkan jadual latihan secara ringkas semasa saya menjalani
latihan industri:

HARI MASA KERJA BILANGAN JAM
Isnin - Sabtu 8.30 A.M 6 P.M 8 Jam 30 Minit
Ahad Pelepasan Am _
2.1 Jadual masa kerja secara ringkas

2.2 Aktiviti Semasa Latihan

Tempoh latihan industri saya di Klinik Kereta Tampin Sdn Bhd (Kia Service)
adalah 20 minggu iaitu dari 2 Disember 2013 hingga 18 April 2014. Saya
telah bekerja di Jabatan Perakaunan . Jadual di bawah adalah menunjukkan
ringkasan aktiviti yang saya menjalani pada tempoh latihan industri:-

Tarikh JenisKerja Yang Dilakukan
02.12.2013 -
07.12.2013
(Minggu Pertama)
Melapor diri di organisasi
Mengadakan perjumpaan dengan Excecutive
Manager organisasi iaitu Mrs Hun Siew Yin untuk
mengetahui peraturan-peraturan organisasi.
Dihantar ke Kia Service dan Admin Room
Memperkenalkan diri dengan pekerja-pekerja dan
pelatih saya Ms Tan Hong See dan juga akauntan
Miss Chong Siew Moi.
Diberitahu tentang prosedur secara ringkas bahawa
membuka akaun,memasukkan data-data dalam
sistem Workshop Management System dan UBS
Accouting System.
Belajar dan mengira stok bersama Part Assistant
Miss Thamarai.
09.12.2013-
14.12.2013
(Minggu Kedua)
Membuat CASTING untuk mengetahui jumlah
jualan bagi Ace Auto dan Kia.
Belajar bagaimana memasukkan data Purchase
Parts,Petty Cash dalam UBS
Memasukkan Mechanic Performance dalam
Daily Sales Record untuk mengetahui target setiap
mekanik
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
18

Mengira dan menyusun stok of Ace dan Kia.

16.12.2013
21.12.2013
(Minggu Ketiga)
Membuat Casting
Menyususn data pengeluaran dan deposit wang
mengikut Statement of Maybank dan Cimb dalam
Cash Flow.
Merekod perbelanjaan dengan mengunakkan wang
runcit dalam UBS.
Memasukkan Cash Sales dan cek di Maybank
dan Cimb.
Membuat Follow Up Calls.
23.12.2013
28.12.2013
(Minggu Keempat
Membuat Casting .
Memasukkan data data belian alat-alat ganti
daripada pemuitang,perbelanjaan wang runcit
dalam UBS.
Memasukkan target mekanik dalam Daily Sales
Record 2014.
Merekod penerimaan hutang daripada penghutang
dan mencetak Transaction Voucher Listing
dalam UBS.
Memasukkan Cash Sales daripada Ace Auto dan
Klinik Kereta Tampin di Maybank dan Cimb.

30.12.2013
04.01.2014
( Minggu Kelima)
Menyediakan Casting
Merekod target mekanik dalam Daily Sales Record
dan meyemak semula.
Memasukkan data data kredit kad dalam folder
Kia & Ace Credit Card.
Memasukkan invois Spanco dalam folder Ace
Invoice.
Memasukan data-data belian alat-alat ganti
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
19

kereta , dan perbelanjaan kecil mengunkan wang
runcit dalam UBS.

06.01.2014 -
11.01.2014
(Minggu
Keenam)
Membuat Casting.
Memasukkan wang dalam akaun Ace Auto,Klinik
Kereta, Klinik Tayar di Maybank,Cimb dan Public
Bank.
Memasukkan pembayaran kepada
pemiutang,deposit wang dan cek,belian alat-alat
ganti kereta dalam UBS.
Mencetak Transaction Voucher Listing daripada
batch Journal.
Mengubah akaun nombor daripada trade debtor
cash ke trade debtor credit card dalam
Transaction File Maintenanace untuk bulan
Disember.
Mengira stok




Menyediakan kertas kerja audit
Membuat audit
Menyediakan PD
Menghantar dokumen-dokumen kepada pelanggan
dengan menggunakan faks mesin.
Mempelajari menerima cara menerima buku-buku
untuk membuat audit.
Mengisikan weekly time report, overtime slip
dan baucer pembayaran
Menyediakan kertas kerja untuk membuat audit
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
20

Memeriksa setiap satu perbelanjaan sesebuah
syarikat dan Photostat dokumen sokongan jika
perlu.
Membuat analisis bulanan untuk jualan dan belian.
Mengisikan weekly time report, overtime slip
dan baucer pembayaran
Menyediakan kertas kerja
Menerima buku-buku klien dan menyediakan
incoming list.
Menyediakan analisis akaun-akaun seperti akaun
jualan dan belian, gaji pekerja dan lain-lain.
Menghantar dokumen-dokumen kepada pelanggan
dengan menggunakan faks mesin.
Menyemak dan membuat pelarasan akaun-akaun.
Mengisikan weekly time report, overtime slip
danbaucerpembayaran
Membuat audit untuk syarikat jenis solicitor.
Menyediakan kertas kerja
Menyediakan outgoing list untuk menghantar
buku-buku klien kepada klien.
Mempelajari cara untuk menyediakan dan
menghantar Laporan Tahunan kepada pelanggan.
Menyediakan draf awal laporan tahunan.
Fotostat dokumen-dokumen syarikat.
Menyemak penyata kewangan syarikat.
Mengisikan weekly time report, overtime slip
dan baucer pembayaran
Menyediakan kertas kerja audit
Menyediakan PD
Membaca audit statutori (indeks 31) dan cuba
memahami.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
21

Menerima buku-buku klien
Memfakskan dokumen-dokumen yang diminta
oleh klien.
Mengisikan weekly time report, overtime slip
danbaucerpembayaran
Menyediakan kertas kerja audit.
Pergi ke tempat klien dan membuat audit.
Menyediakan PD dan hantar ke klien.
Mempelajari cara menyemak Final Audit Report
setelah dibuat binding.
Menerima buku-buku klien.
Menyediakan surat pengeshan untuk hantar ke
klien.
Photostat dokumen sokongan.
Mengisikan weekly time report
Menyediakan kertas kerja audit
Menyediakan PD
Menghantar report untuk attestation dan
binding.
Mempelajari mengira anggaran cukai untuk
dimasukkan dalam akaun untung rugi.
Menyediakan bank confirmations.
Menyemak surat pengesahan sebelum dihantar ke
klien.
Menyediakan outgoing list
Mengisikan weekly time report dan hantar ke
senior
Menyediakan kertas kerja audit.
Menyemak senarai aset tetap.
Menyediakan PD.
Menerima buku-buku klien.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
22

Menyemak dan membuat pelarasan akaun-akaun.
Menghantar dokumen-dokumen kepada pelanggan
dengan menggunakan faks mesin.
Menyediakan dan menghantar Laporan Tahunan
kepada pelanggan.
Mengisikan weekly time report
Menyediakan draf awal laporan tahunan.
Fotostat dokumen-dokumen syarikat.
Menyemak penyata kewangan syarikat.
Menyalin working paper.
Menyemak dan membuat pelarasan akaun-akaun.
Menerima dokumen-dokumen syarikat.
Memindahkan fail audit semasa.
Menghantar draf awal laporan tahunan kepada
pelanggan dengan menggunakan faks mesin.
Menyediakan outgoing list.
Mengisikan weekly time report.
Menyelesaikan semua kes yang telah diberikan.
Menyediakan kertas kerja audit
Menfakskan dokumen-dokumen kepada klien.
Menyediakan PD untuk kes yang yang telah
diluluskan oleh pengurus audit.
Menyediakan diluluskan oleh klien.
Mengisikan weekly time report

Jadual 2.2 Ringkasan Aktiviti Sepanjang Tempoh Latihan Industri





AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
23





BAB 3 : BIDANG PERAKAUANAN
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
24



1.1 Pengenalan

Perakaunan merupakan satu rekod yang meliputi proses simpan kira dan penyediaan
maklumat perakaunanuntuk kegunaan pemiutang, jurubank, lembaga hasil dalam
negeri, pemilik syarikat, pemilik syer dan lain-lain lagi. Satu kesimpulan tentang
operasi perniagaan boleh diambil dengan adanya akaun.
Perakaunan adalah satu proses klasifikasi, merekod, membuat keringkasan tentang
urusniaga sesebuah syarikat dan membuat pentafsiran tentang data kewangan tentang
sesebuah urusniaga supaya pihak terlibat membuat keputusan.
Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan
kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang
membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan
sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana
melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu
perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, suatu
disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses
yang mana seorang juruaudit bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji
penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
25


Rajah 3.1 Proses perakaunan




3.2 Perbezaan Perakaunan Secara Manual dan Perakaunan Secara
Komputer


Perakaunan Secara
Manual
Perakaunan Secara Komputer
Penyediaan dan
pencatatan
Melibatkan catatan
berperingkat : mulai
Pengunaan hanya perlu memasukkan
maklumat ke dalam computer sahaja.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
26

maklumat daripada buku catatan

Jadual 3.1 Perbezaan Perakaunan Secara Manual dan Perakaunan Secara
Komputer


3.2.1 Proses perakaunan secara computer




Rajah 3.2 Proses perakaunan secara computer



3.2.2 Proses perakaunan secara manual

Kitaran akaun adalah proses merekod transaksi perniagaan.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
27



Rajah 3.3 Proses Perakaunan secara manual







I. Dokumen
Sumber

Dokumen sumber adalah bahan asas yang digunakan untuk tujuan merekod. Apabila
sesuatu urusniaga dijalankan, dokumen sumber akan diciptakan.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
28


Dokum
en
sumber
Kegunaan

Invois D
igunakan untuk transaksi secara hutang.
D
ikeluarkan oleh penjual
Bill
tunai
D
igunakan untuk transaksi secara tunai
D
ikeluarkan oleh penjual
Nota
kredit
D
igunakan untuk memaklumkan penghutang bahawa akaunnya telah
dikreditkan dengan amaun tertentu.
D
okumen ini biasanya dikeluarkan apabila berlakunya pulangan masuk.
Nota
debit
D
igunakan untuk memaklumkan penghutang bahawa akaunnya telah
didebitkan dengan amaun tertentu.
D
okumen ini biasanya dikeluarkan apabila harga jualan telah
understated.
Resit D
ikeluarkan oleh penerima bayaran secara tunai atau cek.
cheque
butts
B
ukti bahawa bayaran telah dibuat menggunakan cek.

Jadual 3.2 Dokumen sumber dan kegunaannya

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
29

II. Buku
catatan pertama
Buku catatan pertama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu buku tunai dan
jurnal.
Segala urusniaga tunai termasuk cek akan dicatatkan di buku tunai terlebih dahulu
dan kemudiannya akan diposkan ke lejar. Buku tunai merupakan sebahagian
daripada lejar utama yang digunakan untuk merekod wang yang diterima, wang yang
dibayar dengan tunai dan cek.
Jurnal biasanya digunakan untuk merekod semua transaksi perniagaan yang tidak
boleh direkodkan dalam buku tunai. Antara transaksi yang menggunakan jurnal
sebagai buku catatan adalah jualan atau belian secara credit, pelarasan pengeposan ,
belanja tertunggak(accruals) serta terleih dahulu (prepayments), susut nilai aset tetap
dan sebagainya.
Di Loh & Co, buku tunai dan jurnal akan disediakan berdasarkan penyata bank,
keratan buku cek, resit rasmi, bil-bil air, elektrik serta telefon, baucar gaji, penyata
pembayaran perkeso, kwsp dan sebagainya.
Di bahagian debit buku tunai segala rekod akan dicatatkan berdasarkan penyata bank
dimana segala deposit tunai dan cek akan dicatatkan. Penerimaan tunai juga akan
dicatatkan di bahagian debit buku tunai. Di bahagian kredit pula, segala rekod akan
dicatatkan berdasarkan keratan buku cek, resit dan segala perbelanjaan seperti gaji,
bayaran elektrik, air dan telefon.

III. Pengepos
an ke lejar

Lejar merupakan sistem catatan bergu dimana setiap urusniaga direkodkan ke dalam
dua akaun lejar yang berasingan dengan jumlah nilai yang sama. Ia bermaksud satu
akaun didebitkan manakala satu akaun lagi dikreditkan.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
30

Di Loh&co pengeposan dibuat secara manual iaitu dalam buku lejar dan juga
menggunakan computer. Baki awal akan direkodkan terlebih dahulu mengikut baki
tahun lepas.Sebelum pengeposan, semua transaksi yang telah direkodkan di buku
tunai sama ada di sebelah debit ataupun kredit akan diklasifikasikan mengikut
kategori masing-masing. Kemudian semua butir yang direkodkan dalam buku tunai
akan diposkan ke lejar mengikut kategori masing-masing. Sama juga untuk catatan di
jurnal.

IV. Imbangan
Duga

Imbangan duga akan disediakan selepas pengeposan bagi tempoh satu tahun
disediakan. Semua lejar mesti ditutup sebelum imbangan duga disediakan. Imbangan
duga disediakan dengan menyenaraikan semua nama lejar dan baki akhir masing-
masing sama ada di sebelah debit ataupun kredit. Baki akhir Aset dan
perbelanjaan(expenses) akan disenaraikan di sebelah debit manakala capital,
liability dan hasil (revenue) akan disenaraikan di sebelah kredit. Jumlah amaun di
sebelah debit mestilah sama dengan sebelah kredit. Ini yang dimaksudkan imbangan
duga.

V. Lembaran
Kerja

Lembaran kerja merupakan keraja lebar yang mengandungi banyak lejar yang
digunakan untuk merancang dan menjalankan kerja permulaan sebelum
memindahkan amaun yang rasmi dan tetap ke dalam akaun penamat. Pada mulanya
baki dalam imbangan duga akan dimasukkan dalam lejar imbangan duga. Kemudian
pelarasan akan dibuat dalam lejar pelarasan. Pelarasan merupakan lejar yang
digunakan untuk membetulkan kesilapan yang telah dibuat sewaktu membuat
pengeposan.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
31

Selain itu, butir-butir yang tertinggal seperti insurans dan banyak lagi akan
dimasukkan dalam lejar pelarasan untuk mendapatkan amaun yang sebenar. Selepas
pelarasan, baki yang telah dibuat pelarasan akan dimasukkan ke dalam Penyata
Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan seterusnya Untung bersih akan dikira. Lembaran
kerja bertujuan untuk memudahkan kerja pada akhir tempoh perakaunan kerana baki-
baki dalam lembaran kerja akan dipindahkan ke dalam akaun penamat.
VI. Akaun
Penamat

Akaun penamat akan disediakan pada akhir tempoh perakaunan selepas lembaran
kerja. Akaun penamat terdiri daripada penyata pendapatan dan Kunci kira-
kira.Setelah akaun akhir disediakan, hasil kerja tersebut akan diserahkan kepada
pengurus Jabatan Perakaunan untuk direviu. Setelah pengurus tersebut mereviu kerja
yang dibuat dan disahkan benar, hasil kerja tersebut akan dihantar pula kepada Encik
Loh Mun Kong untuk reviu kali kedua. Apabila reviu kedua tersebut disahkan,
barulah akaun yang dibuat benar-benar boleh dipersembahkan kepada klien.
Pada tahap ini, dua perkara mungkin berlaku. Jikalau juruaudit syarikat tersebut
adalah Loh & Co. juga, maka akaun yang siap disediakan oleh Jabatan Perakaunan
akan dihantar pula kepada Jabatan Audit untuk diaudit. Sebaliknya, jikalau juruaudit
syarikat tersebut bukan Loh & Co., maka dokumen-dokumen asas klien beserta
buku-buku klien, akan dihantar semula kepada klien, bersama-sama akaun yang siap
dan lengkap.

3.3 Penerang
an terperinci akaun penamat

I. Penyata
pendapatan

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
32

Penyata pendapatan merupakan gabungan Akaun perdagangan dan Akaun Untung
Rugi.
Akaun perdagangan disediakan untuk mencari untung kasar atau rugi kasar bagi
sesuatu perniagaan. Berikut adalah item-item yang biasanya dinyatakan dalam akaun
perdagangan serta penerangan.
a) Stok
Awal (Opening Stock)

Baki awal
stok yang dibawa masuk dari tahun lepas sebagai aset semasa.
Diambil
kira dalam akaun perdagangan untuk mengira kos jualan (cost of sales).

b) Stok
Akhir (Closing Stock)

Stok yang
belum dijual pada akhir tahun perakaunan.
Mempuny
ai baki debit dan dikategorikan sebagai aset semasa.

c) Belian
(Purchases)

Belian
barang perdagangan secara tunai atau kredit.
Jumlah
belian akan dipindah ke akaun perdagangan untuk mengira kos jualan.

d) Kos
Belian (Purchase Expenses)
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
33


Segala
kos belian akan diambil kira semasa mengira kos jualan.

e) Muatan
Masuk (Freight Inwards)

Kos
pengangkutan akibat bawa masuk barang perdagangan ke premis perniagaan.

f) Hasil
Hasilialahpendapatansebuahperniagaan.Hasilperniagaanutamaterdiridaripadajualanba
rangatauperkhidmatan.Disampingitu, hasiljugatermasukpendapatan yang
diterimasepertikomisen, sewa, faedahdan lain-lain.Hasil yang diperolehi terbahagi
kepada 2 iaitu Hasilkendalianperniagaan dan Hasilbukankendalian.
HasilKendalian

HasilBukanKendalian
a) Berpuncadaripadaaktivit
iperniagaan

a) Berpuncadaripadaaktiviti-aktiviti
yang
tidakadakaitansecaralangsungdengana
ktivitibiasaperniagaan

b) Contoh: Jualan,
Bayaranperkhidmatanse
pertikomisen

b) Contoh: Faedah bank
yang diterima Dividen daripada
pelaburan dan keuntungan penjualan
aset tetap
.
Jadual 3.3 Perbezaan Hasil Kendalian dan Hasil Bukan Kendalian

g) Jualan/
Hasil Servis (Sales/ Service Revenue)
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
34


Jualan
barang perniagaan or servis secara tunai atau credit.
Jumlah
jualan akan ditolakkan dari stok semasa iaitu stok awal tambah belian dan tolak
pulangan keluar jika ada untuk mengira untung/rugi kasar.

h) Pulangan
Masuk

Barang
perniagaan yang dipulang balik ke pembekal (pemiutang).

i) Pulangan
Keluar

Barang
perniagaan yang telah dijual dipulangkan balik dari pelanggan (penghutang).

Selepas akaun perdagangan disediakan, akaun untung rugi akan disediakan. Akaun
ini disediakan untuk mencari untung/rugi bersih bagi sesuatu perniagaan. Segala
butir-butir yang berkaitan dengan perbelanjaan hasil yang ditanggung dalam
membantu perniagaan harian akan dicatat dalam akaun untung rugi. Penerimaan hasil
adalah seperti sewa diterima, komisen diterima, diskaun diterima dan sebagainya
akan dicatat di akaun untung rugi. Perbelanjaan yang biasanya diambil kira adalah bil
elektrik, bil air, bil telefon, gaji, sewa, bayaran audit/akaun/cukai/kesetiausahaan dan
sebagainya. Jumlah keuntungan sector dagangan diperoleh dengan menolakkan kos
jualan daripada hasil jualan.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
35

I. Kunci
kira-kira
Kunci kira-kira merupakan satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan.Ia bukan dikenali sebagai akaun. Kunci kira-kira
menyenaraikan semua aset ,liabiliti dan ekuiti pemilik sesebuah perniagaan.
Aset terdiri daripada aset tetap dan aset semasa.Aset tetap adalah segala harta benda
yang kekal dan tahan lama serta boleh digunakan berulang kali yang dimiliki oleh
sesebuah perniagaan.Aset semasa pula adalah aset yang tidak mempunyai hayat yang
lama dan boleh ditukarkan dalam bentuk wang.
Liabiliti juga terdiri daripada liabiliti jangka panjang dan liabiliti semasa.Liabiliti
jangka panjang adalah hutang atau liabiliti yang tidak perlu dibayar balik dalam
tempoh satu tahun dimana jangkanya adalah lebih daripada satu tempoh perakaunan
seperti pinjaman bercagaran, debenture dan sebagainya.Liabiliti jangka pendek pula
hutang yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang singkat.Contohnya, baki
pemiutang, bank overdraf, belanja terakru dan sebagainya.
Ekuiti pemilik pula terdiri daripada modal untung atau rugi bersih serta ambilan
tunai.Ambilan merupakan pengambilan barang atau tunai untuk kegunaan sendiri.Ia
akan mengurangkan modal perniagaan.

Aset tetap
Pembelian aset tetap boleh berlaku bagi setiap tahun perakaunan. Aset tetap akan
dibeli untuk kegunaan perniagaan dan menjana pendapatan dan bukan untuk jualan
jangka pendek. Nilai aset tetap yang ditunjukkan dalam penyata kewangan tahun
lepas akan berubah apabila aset dibeli pada tahun perakaunan semasa.
Apabila aset dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai buku aset itu,
perniagaan dikatakan memperolehi keuntungan daripada jualan aset tetap.Perniagaan
memperolehi kerugian apabila harga aset yang dijual adalah kurang daripada nilai
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
36

buku aset. Nilai bersih buku diperolehi dengan menolak peruntukan susut nilai
daripada kos aset tetap.
Susut nilai merupakan kejatuhan nilai sesuatu aset tetap perniagaan.Pengiraan susut
nilai terbahagi kepada dua iaitu kaedah garis lurus dan kaedah baki
berkurangan.Biasanya kaedah garis lurus digunakan di Loh&co untuk mengira nilai
susut nilai. Kaedah garis lurus dikira mengikut jumlah yang sama susut pada setiap
tahun dimana jumlah itu dikira mengikut kos asal aset. Oleh itu, aset tetap
disusutnilaikan pada kadar yang sama setiap tahun.
Peruntukan susut nilai merupakan sejenis peruntukan yang mesti ditolak dari kos aset
dalam kunci kira-kira untuk mendapatkan nilai buku yang bersih. Peruntukan susut
nilai bukanlah sejenis liabiliti seperti yang dikatakan kerana peruntukan ini tidak
dihutang kepada sesiapa.

Hasil
terdahulu dan terakru
Hasil yang perlu diterima bagi suatu tempoh perakaunan tidak semestinya ia boleh
diterima dalam tempoh yang ditetapkan tetapi mungkin diterima pada tempoh yang
lebih cepat atau lebih lambat daripada tempoh yang ditetapkan.
Hasil yang diterima lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan dikenali sebagai
Hasil Terdahulu. Hasil terdahulu ini akan ditolak daripada jumlah hasil yang
diterima. Oleh itu, hasil terdahulu ini akan didebitkan dalam akaun hasil berkenaan
untuk mendapatkan jumlah hasil yang sebenar bagi tempoh masa tersebut. Jumlah
hasil tersebut akan dikreditkan dalam akaun untung rugi. Jumlah hasil terdahulu ini
akan direkodkan dibahagian liabiliti semasa dalam kunci kira-kira.
Hasil yang belum diterima pada tempoh perakaunan yang ditetapkan dipanggil hasil
terakru. Hasil terakru ini akan ditambah dengan jumlah hasil yang diterima. Oleh itu,
ia akan dikreditkan dalam akaun hasil berkenaan untuk mendapatkan jumlah hasil
yang sebenar pada tempoh tersebut dan jumlah itu akan dikreditkan dalam akaun
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
37

untung rugi. Jumlah hasil terakru pula akan direkodkan di sebelah aset semasa kunci
kira-kira.

Perbelanj
aan terdahulu dan terakru
Perbelanjaan bagi sesuatu tempoh perakaunan akan diambil kira dalam rekod-rekod
perakaunan tidak kira bayaran wang tunai telah dibuat ataupun tidak. Belanja
terdahulu terdiri daripada belanja-belanja seperti sewa, komisen, gaji dan sebagainya.
Manakala belanja terakru pula merangkumi belanja-belanja seperti bil elektrik, air ,
telefon , caruman kwsp dan perkeso.
Belanja yang telah dibayar bagi tempoh perakaunan atau tahun kewangan yang
berikut dipanggil belanja terdahulu.Ia perlu ditolak daripada jumlah yang dibayar.
Amaun belanja terakru ini akan dikreditkan dalam akaun belanja yang berkenaan
untuk mendapatkan amaun yang sebenar pada tempoh tersebut. Jumlah belanja yang
sebenar akan didebitkan dalam akaun untung rugi. Belanja terdahulu ini akan
direkodkan di bahagian aset semasa dalam kunci kira-kira.
Belanja yang belum dibayar bagi suatu tempoh perakaunan tersebut dipanggil
sebagai belanja terakru.Ia perlu dicampurkan dengan belanja yang telah dibayar
untuk mendapatkan jumlah amaun yang sebenar bagi tempoh tersebut. Catatannya
pula amaun belanja terakru akan didebitkan dalam akaun belanja yang berkaitan.
Dalam kunci kira-kira ia akan direkodkan di bahagian liabiliti semasa.




AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
38


BAB 4 : BIDANG PENGAUDITAN

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang proses pengauditan dan prosedur yang diamalkan
dalam jabatan audit di firma Loh & Co.
Pengauditan ditakrifkan sebagai pemeriksaan yang sistematik dan bebas daripada
data, penyata, rekod, operasi dan persembahan (kewangan atau sebaliknya) sesuatu
perusahaan bagi tujuan yang dinyatakan. Dalam mana-mana audit juruaudit
menganggap dan mengiktiraf usul di hadapannya bagi pemeriksaan, mengumpul
bukti, menilai sama dan atas dasar ini merumuskan pertimbangan yang disampaikan
melalui laporan audit.
Tujuan utama audit adalah untuk memastikan bahawa akaun yang disimpan oleh
sesebuah syarikat, dapat dipersembahkan dalam format yang jelas, benar dan senang
difahami oleh pihak luar/pihak ketiga.Matlamat audit adalah untuk menyatakan
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
39

pendapat mengenai orang, organisasi atau sistem contoh dalam soalan, di bawah
penilaian berdasarkan kerja yang dilakukan secara ujian. Disebabkan kekangan
praktikal, audit bertujuan untuk memberikan jaminan yang munasabah bahawa
penyata kewangan tersebut adalah bebas dari kesilapan yang material.Oleh itu,
persampelan statistik sering diterima pakai dalam audit.
Audit adalah sebahagian penting perakaunan.Secara tradisinya, audit telah
terutamanya berkaitan dengan mendapat maklumat mengenai sistem kewangan dan
rekod kewangan syarikat atau perniagaan. Walau bagaimanapun, pengauditan baru-
baru ini telah mula termasuk maklumat lain mengenai sistem itu, seperti maklumat
mengenai prestasi alam sekitar. Hasilnya, kini terdapat profesion menjalankan audit
alam sekitar.

4.2 Jenis-Jenis Audit

Audit terdiri daripada tiga jenis audit Interim, audit akhir dan audit khas.

a) Audit Interim
Audit ini bertujuan untuk menentukan kawalan sistem dalam.Ia dilakukan sebelum
sesuatu kerja audit akhir dijalankan.Audit ini juga bertujuan untuk mengenal syarikat
terutamanya. Tentang organisasi dan sistem syarikat secara am atau sistem kawalan
dalamnya. Audit interim ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu belian dan
pembayaran,jualan dan penerimaan,gaji dan upah serta buku dan rekod.
Kerja-kerja audit interim ini bermula dengan kajian permulaan secara am tentang
sistem kawalan dalam seperti organisasi syarikat, sistem dan rekod perakaunan dan
kertas kerja audit. Dua dan tiga bulan sebelum audit akhir dijalankan, beberapa
kakitangan akan dihantar ke tempat pelanggan untuk membuat audit interim. Ia
biasanya dilakukan bagi syarikat perkilangan yang besar.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
40


b) Audit Akhir
Audit ini dilakukan pada tahun semsa berakhir iaitu pada 31 Disember atau 30 Jun
waktu-waktu ini dikenali sebagai peak period. Ia merupakan waktu dimana kerja-
kerja akaun dan audit perlu disiapkan sebelum tarikh tersebut untuk dihantar kepada
LHDN. Dalam kerja audit akhir, kerja pengauditan dapat dilakukan dengan lancar
dan teratur. Ini kerana juruaudit telah mengetahui sistem kawalan dalaman firma
tersebut berikutan audit interim yang telah dijalankan.

c) Audit khas
Audit ini dijalankan setelah ada permintaan dari pihak pelanggan umpamanya,
pengambilalihan pelanggan ke atas sebuah firma yang lain atau bankrup.

4.3 Standard Operasi Audit Negara
Standard pengauditan terpakai apabila audit dijalankan. Berikut adalah perkara-
perkara utama dalam standard pengauditan : -
i. Merancang, mengawal dan merekod
- Juruaudit secukupnya perlu merancang, mengawal dan merekodkan kerjanya.

ii. Sistem Perakaunan
- Juruaudit perlu memastikan sistem perusahaan rakaman dan pemprosesan
urus niaga dan menilai kecukupan sebagai asas untuk penyediaan penyata
kewangan.

iii. Bukti Audit
- Juruaudit perlu mendapatkan relevan dan boleh dipercayai bukti audit yang
cukup untuk membolehkan beliau membuat kesimpulan yang munasabah.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
41

iv. Kawalan Dalaman
- Jika juruaudit ingin meletakkan pergantungan ke atas kawalan dalaman, dia
harus memastikan dan menilai kawalan dan melakukan ujian pematuhan
operasi mereka.

v. Kajian Penyata Kewangan
- Juruaudit perlu menjalankan apa-apa kajian semula penyata kewangan adalah
mencukupi, bersempena dengan kesimpulan yang diambil daripada bukti
audit yang lain yang diperoleh , untuk memberi asas yang munasabah bagi
pendapat mengenai penyata kewangan.
4.4Proses Pengauditan



















Rajah 4.1 Carta alir proses pengauditan
1.Menerima
buku klien/ pergi
ke tempat klien


Menganalisis
akaun klien
2.Penugasan
kes
Reviu oleh
senior
Menjelaskan nota reviu
Reviu kedua oleh
senior
10a. menyelesaikan
kesilapan/masalah
yang mungkin timbul.
Reviu oleh
pengurus
12. Memulangkan
buku klien
11.Percetakan
Laporan
Tahunan
dengan
keizinan klien
10. menghantar
drafpermulaan
Laporan
Tahunan
kepada klien.
9. mengalis baca
(proofread)
Menaip draf
permulaan
laporan
tahunan
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
42



Proses pengauditanboleh dibahagikan kepada beberapa tahap, seperti yang
ditunjukan dalam rajah 3.1. Proses-proses yang ditunjukkan dalam carta alir tersebut
hanyalah garis panduan umum yang harus diikuti dalam menjalankan pengauditan
mana-mana kes sekalipun.

Pertama sekali, buku-buku klien akan diserahkan oleh klien kepada firma Loh&co.
Berikut adalah rekod-rekod yang diperlukan dari klien untuk mengendalikan kerja
audit :

I. Imbangan Duga (Trial Balance)
II. Kunci Kira-Kira (Balance Sheet / Statement Of Financial Position)
III. Akaun Untung Rugi / Penyata Pendapatan ( Profit & Loss Account /
Income Statement )
IV. Lejar Am (General Ledger)
V. Buku Tunai (Cash Book)
VI. Jurnal ( Journal )
VII. Lejar Subsidiary (Subsidiary Ledger)
VIII. Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation)
IX. Surat Pengakuan Bank ( Bank Confirmation)
X. Penyata Bank (Bank Statement)
XI. Stok Akhir ( Closing Inventory)
XII. Senarai Pemiutang (List Of Creditors )
XIII. Senarai Penghutang (List Of Debtors)
XIV. Senarai Fixed Asset ( List Of Fixed Assets)
XV. Baucar Pembayaran (Payment Vouchers)
XVI. Invois( Invoice)
XVII. Resit rasmi ( OfficialReceipt)
XVIII. Keratan Cek (Cheque Butts)

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
43

Alternatifnya, terdapat juga klien yang lebih rela juruaudit pergi ke tempatnya untuk
menjalankan proses pengauditan. Ini terutamanya bagi klien yang operasi
perniagaannya besar ataupun tempat operasi jauh daripada Loh&co. proses
pengauditan bagi klien begini adalah sama dengan proses pengauditan klien yang
menghantar buku-buku ke loh&co, perbezaannya hanyalah buku-buku tersebut
berada di tempat klien, dan bukannya dihantar ke Loh&Co.
Langkah kedua adalah penugasan kes, iaitu pengurus menugaskan kes kepada staf.
Setelah menerima buku klien, pengurus akan menugaskan kes tersebut kepada salah
satu atau lebih (bergantung kepada saiz perniagaan/ syarikat yang bakal diaudit) staf
di Jabatan Audit. Staf tersebut akan bertanggungjawab menghabiskan audit kes
tersebut sebaik-baiknya dalam tempoh masa yang ditetapkan (Budget hour).
Langkah ketiga pula, staf dikehendaki untuk menganalisis akaun klien, berasaskan
segala buku dan dokumen yang diserahkan oleh klien. Analisis yang dijalankan
terhadap akaun klien hendaklah analisis yang terperinci kerana analisis inilah yang
akan dijadikan asas dalam menghasilkan Laporan Tahunan. Boleh dikatakan bahawa
langkah ini merupakan intipati utama seluruh proses pengauditan. Pada tahap akhir
analisis, satu draf laporan tahunan akan dihasilkan berdasarkan apa yang dianalisis.
Langkah keempat dalam proses pengauditan adalah reviu analisi dan draf tahunan
oleh senior. Analisis yang lengkap tersebut perlu diserahkan kepada senior untuk
proses reviu. Reviu di sini bermaksud meneliti semula hasil kerja yang dibuat untuk
mengenalpasti masalah yang timbul dan menuliskan masalah-masalah tersebut di
atas dalam sekeping kertas dipanggil nota reviu.
Prosedur seterusnya adalah menjelaskan nota reviu iaitu menyelesaikan masalah-
masalah yang timbul selepas analisis telah dilakukan.Nota reviu bertujuan
menjadikan analisis yang dilakukan, lebih lengkap dan sempurna. Setelah nota reviu
dijelaskan, analisis yang telah diperbaiki akan diserahkan semula kepada senior yang
sama untuk reviu kali kedua. Setelah senior berpuas hati bahawa tiada lagi masalah
berkenaan analisis yang dijalankan, maka akan diserahkan pula kepada pengurus
untuk direviu. Pengurus akan mereviu kes tersebut dan akan mengesahkan bahawa
draf laporan tahunan boleh ditaip jika analisis dibuat dengan sempurna.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
44

Draf permulaan Laporan tahunan akan ditaip oleh jurutaip Loh&Co. Setelah ditaip,
salinan tersebut akan dikalisbaca (proofread) dengan salinan yang dibawa untuk
ditaip (draf permulaan laporan tahunan). Setelah proses kalisbaca selesai dan semua
kesilapan diperbetulkan, maka salinan yang betul tersbut dihantar untuk ditaip
salinan sebenar (master copy).
Langkah kesepuluh adalah menyediakan draf permulaan Laporan Tahunan dan
menghantar salinan kepada klien. Draf permulaan ini akan dicop Preliminary Draft
pada sudut kanan sebelah atas setiap mukasurat laporan tahunan tersebut untuk
menandakan bahawa ia hanya draf permulaan dan bukan laporan tahunan sebenar.
Klien akan meneliti kandungan draf permulaan ini akan membandingkannya dengan
akaun yang disimpan olehnya. Jika klien terdapat apa-apa keraguan tentang
kesahihan draf tersebut, maka beliau akan menelefon juruaudit untuk mendapatkan
penjelasan bagaimana sesuatu angka itu boleh timbul. Berserta dengan draf
permulaan, dokumen-dokemen berikut juga dihantar iaitu :
I. Management Representation
II. Senarai Pelarasan Dan Reklasifikasi Audit (Adjustment And Reclassification
List)
III. First Forwarding
IV. Bil Audit
V. Sign Pages
VI. Confirmation Letters
VII. Enclosure Slip

Setelah klien berpuas hati, loporan tahunan yang memuatkan segala perubahan yang
telah dilakukan akan dihasilkan oleh juruaudit. Biasanya, dua salinan disediakan
kepada klien, satu salinan kepada agen cukai, dua salinan kepada agen
kesetiausahaan dan 3 salinan untuk juruaudit.Langkah terakhir adalah memulangkan
buku-buku klien beserta Laporan Tahunan yang telah disediakan.
4.5. Sistem Pengefailan Audit
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
45


Terdapat tiga fail yang utama untuk setiap syarikat di bilik fail iaitu Permanent
Audit File, Current Audit File dan Correspondence File.


4.5.1 Fail audit tetap (Permanent Audit File)

Fail audit tetap pula memuatkan segala maklumat tentang syarikat yang diaudit.
Perkara-perkara yang terkandung dalam fail ini adalah seperti berikut :

I. Surat Pengikatan (Engagement Letter)
II. Maklumat Pelanggan Dan Perniagaan ( Client And Business Information)
III. Kawalan Dalaman & System Perakauanan ( Internal Control & Accounting
Systems)
IV. Perlembagaan (Constitution)
V. Petikan Rekod Statutory ( Extracts Of Statutory Records)
VI. Dokumen Perjanjian ( Agreements & Other Documents)
VII. Ringkasan & Penganalisa ( Summaries & Analysis)
VIII. Laporan Khas ( Special Reports)
IX. Maklumat Percukaian ( Tax Information)
X. Akaun Kumpulan ( Group Accounting)

Sungguhpun kebanyakan dokemen yang terkandung dalam fail audit tetap tidak
mungkin akan berubah, tetapi perhatian yang harus diberikan kepadanya setiap tahun
kerana mungkin terdapat perjanjian baru ataupun perkara baru yang wajib difailkan.
Mungkin juga terdapat pembatalan sesetengah perjanjian yang patut dikemaskini
seperti tenancy agreement dan sebagainya.


4.5.2 Fail audit semasa (Current Audit File)

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
46

Fail audit semasapula mengandungi kertas kerja pengauditan, statutory audit,
minutes,share capital, form of annual return dan dokumen sokongan audit.
Fail ini merupakan komponen yang penting dalam possesi juruaudit kerana ia juga
merupakan sumber rujukan juruaudit yang akan menguruskan sesuatu kes itu pada
tahun-tahun akan datang. Kertas kerja yang terdapat dalam fail audit semassa
disusun mengikut indeks yang dipraktis oleh firma Loh&co.

Fail audit semasa dikemaskini setiap tahun perakaunan syarikat yang diaudit dan
merupakan fail yang paling dirujuk oleh juruaudit semasa menjalankan
pengauditan.

4.5.3 Fail hubungan (Correspondence File)
Segala salinan surat-menyurat antara loh & co dengan syarikat pelanggan seperti
dokumen yang difakskan , bil audit, 1
st
forwarding, 2
nd
forwarding dan
reminders akan disimpan dalamFail hubungan. Fail hubungan penting untuk
dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa butir-butir syarikat
seperti alamat syarikat, nombor telefon, nombor faksimili dan sebagainya
diketahui sekiranya terdapat apa-apa perubahan.

4.6 Kawalan dalaman jabatan audit
Jabatan audit Loh&co mempunyai beberapa jenis kawalan dalaman yang
digunakan dalam proses pengauditan. Kawalan dalaman ini penting bagi
memastikan bahawa kerja-kerja audit dapat dijalankan dalam suasana yang
sistematik, teratur dan konsisten. Antaranya adalah :
i. Buku rekod masuk keluar buku klien :
Ini merupakan buku yang harus direkodkan setiap kali ada klien menghantar
buku-buku dan dokumen-dokumen untuk diaudit. Setelah kerja audit siap,
buku-buku tersebut akan dihantar pulang ke klien dan pemulangan juga harus
dicatatkan. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan tentang penghantaran
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
47

buku-buku klien, sebab terdapat ramai klien yang hantar buku-buku pada
masa yang sama.

ii. Dokumen masuk/keluar (Incoming/outgoing documents)
Setiap kali buku klien diterima atau dipulangkan, dokumen ini harus
dilengkapkan.Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa semasa buku
klien diterima dan dipulangkan, buku-buku tersebut lengkap seperti yang
disediakan oleh klien. Kebiasaannya dokumen keluar buku klien akan
berasaskan dokumen masuk.

iii. Laporan masa mingguan (Weekly time report)
Kertas yang harus diisi oleh setiap juruaudit setiap hari untuk menunjukkan
perkembangan kes yang dikendalikan dan tugas harian yang telah
dilakukan.Kertas ini harus dihantar ke supervisor setiap minggu sekali untuk
menjadikan asas mengisi laporan status kerja.

iv. Laporan status kerja (Job status report)
Ini merupakan kertas yang mempunyai maklumat status semua kes yang
dibuat oleh semua juruaudit. Diisikan oleh supervisor jabatan audit
berasaskan Laporan masa mingguan setiap staf di jabatan audit.




AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
48


BAB 5 PENERANGAN TERPERINCI PROSES PENGAUDITAN



5.1 Proses sebelum memulakan proses pengauditan

5.1.1. Penganalisaan fail tahun lepas

Langkah pertama yang diambil sebelum merancang program audit bagi satu kes
ialah penganalisaan fail semasa tahun lepas. Daripada kertas kerja audit tersebut,
fahaman semula sistem kawalan dalaman bagi syarikat adalah lebih mudah.

Langkah-langkah pemeriksaan dan penetapan keluasan skop pemeriksaan dapat
dirancang dengan mudah melalui menganalisa fail tahun lepas. Penganalisaan fail
tahun lepas juga penting untuk mencatat baki akhir tahun lepas dalam kertas kerja
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
49

tahun semasa. Proses ini penting untuk membuat movement of account dari
tahun lepas sampai tahun semasa.

Adakalanya, maklumat-maklumat perlu fotostat sekiranya tiada perubahan untuk
kewangan semasa. Contohnya jika tiada perubahan maksudnya tiada penambahan
atau pelupusan dalam aset-aset tetap untuk tahun kewangan semasa, semua
maklumat untuk aset tetap diikutkan sama seperti tahun lepas. Penyediakan bil
audit juga perlu dirujuk kepada fail tahun lepas.


5.1.2. Menyemak angka dan tanda audit


Terdapat beberapa istilah audit yang selalu digunakan dan berkaitan dengan tugas
pemeriksaan iaitu memeriksa, menganalisa, menyemak, membandingkan,
pengesahan, footing, meneliti dan mengesan.

Memeriksa dalam konteks audit ialah menentukan pengesahan penyata-penyata
kewangan pelanggan sehingga terjumpa penipuan. Menganalisa pula bererti
memeriksa dengan cara memecah-mecahkan atau membahagi-bahagikan satu
urusniaga kepada bahagian-bahagiannya. Misalnya, pelbagai belanja yang
ditunjukkan dalam Akaun Untung Rugi atau Penyata Pendapatan dianalisa untuk
melihat apakah jenis perbelanjaan dikelaskan dalam pelbagai belanja tersebut.

Meyemak dimaksudkan sebagai pengawasan atau menjamin ketepatan kerja
penyemakan dibuktikan dengan menggunakan tanda audit.Membandingkan
bermaksud memeriksa dua atau lebih data dengan memerhatikan persamaan dan
perbezaannya. Pengesahan atau verifikasi pula bermaksud pemeriksaan mengenai
kebenaran penghitungan seperti memeriksa dan mengesahkan proses
perjumlahan.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
50

Footing ialah pemeriksaan perjumlahan atau pengurangan ke bawah. Cross
Footing pula ialah pemeriksaan perjumlahan atau pengurangan secara horizontal.
Meneliti ialah melihat secara kritis tanpa melakukan verifikasi yang lengkap.
Mengesan bermaksud memeriksa dengan cara melihat kembali bukti-bukti asal
sesuatu urusniaga dari awal hingga akhir.


5.1.3. Memo perancangan audit (audit planning memorandum)


Langkah utama yang dibuat sebelum memulakan kertas kerja audit adalah
menyediakan audit planning memorandum secara bertulis. Perancangan memo
dirancang selepas meneliti fail audit tahum lepas.Sebenarnya memo ini adalah
penyenaraian secara terperinci kerja-kerja audit yang harus dilaksanakan bagi
item-item di penyata kewangan serta masa budget bagi setiap prosedur kerja-kerja
audit. Contoh audit planning memorandum boleh dilihat pada lampiran yang
disediakan.

Setiap langkah dalam kerja audit hendaklah ditulis dengan ringkas dan tepat serta
disusun secara sistematik. Masa budget adalah penting bagi membolehkan
wujudnya perancangan pembahagian kerja secara sistematik dan rekod bagi setiap
tahap kerja audit serta masa yang telah dihabiskan. Sekiranya masa sebenarnya
diambil untuk membuat kerja audit melebihi masa budget, kemungkinan banyak
ralat telah dilakukan oleh pelanggan dan ujian tambahan perlu dibuat. Sebelum
memulakan penyediaan program audit, tujuan mengaudit perlu ditentukan. Untuk
mencapai tujuan menyeluruh, saya perlu memeriksa rekod-rekod seperti jurnal
am, buku tunai, lejar, dan dokumen- dokumen lain.

Sekiranya program audit yang dijalankan adalah mengenai hutang perniagaan,
salah satu prosedur adalah mengirim pengesahan baki penghutang.Jika pelanggan
mempunyai lejar subsidiary, baki-baki penghutan boleh diambil dari lejar
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
51

tersebut.Tanpa menentukan tujuan audit, tidak ada satu pegangan tatacara yang
boleh meliputi program audit.


5.1.4. Pengauditan statutori dan percukaian

I. Audit Statutori ( Statutory Audit)

Pengauditan Statutori bermula dengan mengenalpasti lokasi pejabat:
Setiusaha syarikat, Juruaudit kemudianya akan menyediakan tiga perkara berikut
sebelum bertolak ke pejabat setiusaha untuk mengekstrak informasi statutori:

Senaraisemak keperluan statutori dan daftar (indeks 27, sila rujuk Lampiran).
Senarai semak ini disalin seperti tahun lepas, dan disahkan semasa
pengauditan statutori dibuat.
Surat rasmi juruaudit kepada setiusaha (indeks 31, sila rujuk Lampiran).
Surat ini membolehkan juruaudit mendapatkan minit-minit mesyuarat dan
resolusi pekeliling. Disediakan dalam 2 salinan: sesalinan untuk juruaudit dan
satu lagi untuk Setiusaha.
Borang modal saham (indeks 140, sila rujuk Lampiran). Mencatatkan saham
yang dipegang individu, saham yang disahkan (authorised), saham yang
diterbit (Issued), dan saham yang dibayar penuh (fully paid-up).

Semasa di pejabat setiusaha syarikat, pengauditan statutori akan dibuat.
Pengauditan statutori melibatkan pemeriksaan terhadap 3 jenis buku utama
sesebuah Syarikat, yang disimpan di pejabat setiusaha syarikat tersebut:

(a) Buku Pendaftaran Syarikat
(b) Buku Minit
(c) Fail ROC/Fail Setiusaha


AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
52


Buku Pendaftaran Syarikat mencatatkan perkara-perkara berikut:

Pertama,pendaftaran ahli-ahli (Register of Member). Pendaftaran ahli-ahli
merekodkan latar belakang setiap ahli seperti nama, alamat, nombor kad
pengenalan, Kewarganegaraan, pekerjaan, tarikh lahir, dan jumlah saham yang
dipegang berserta tarikh mula memegang dan melepaskan saham. Juruaudit perlu
memastikan bahawa jumlah saham yang diterbitkan-diterbitkan setuju (sama)
dengan akaun, dan segala perubahan saham telah diluluskan oleh Lembaga
Pengarah dalam Minit Mesyuarat.

Kedua, dalam Buku Pendaftaran Syarikat juga mencatatkan pertukaran
pendaftaran (Register of Transfer, iaitu rekod segala pertukar saham yang siap
difailkan dan menepati resolusi Lembaga Pengarah.Ketiga, Register of
Chargesyang menyimpan maklumat aset yang dicagarkan (oleh bank, dan
sebagainya.) Keempat, juga terdapat pendaftaran, pengarah, setiusaha dan
pengururs syarikat .Ini merekodkan maklumat latar belakang pengarah, setiusaha
dan pengurus syarikat.Akhir sekali, terdapat juga pendaftaran pegangan pengarah,
iaitu bahagian yang merekodkan jumlah, nilai dan jenis saham yang dipegangoleh
pengarah, tarikh mula memegang dan melepaskan saham.Perubahan yang berlaku
mestilah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah.

Buku Minit pula menyimpan rekod segala minit mesyuarat bagi setiap jenis
mesyuarat yang dijalankan sepanjang tahun termasuk resolusi perkeliling yang
dikeluarkan.

Semua resolusi perkeliling yang diisytiharkan, dan semua minit mesyuarat,
haruslah diambil oleh juruaudit bagi tujuan pengauditan statutori.Lazimnya,
salinan juruaudit ada disertakan bersama.Maklumat dalam resolusi perkeliling dan
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
53

minit mesyuarat haruslah setuju dengan maklumat yang ada dalam Buku
Pendaftaran Syarikat dan Fail ROC/Setiusaha.

Juruaudit juga perlu memfotostat sesalinan Pulangan Tahunan (AR, Annual
Return) untuk difail selepas indeks 140 dalam Fail Audit Semasa.

II. Audit Percukaian

Untuk menyediakan Laporan Tahunan yang lengkap, juruaudit perlu mengetahui
cukai pendapatan yang mungkin dibayar oleh syarikat pada tahun ini.
Justeru, pengiraan peruntukan cukai pendapatan (provision for taxation, indeks
120) adalah penting untuk memastikan cukai sebenar yang dibayar, tidak lari jauh
dengan Peruntukan yang dikira.Disebabkan inilah, pengauditan percukaian
penting kerana maklumat yang didapati, amat berguna sebagai garis panduan
mengira peruntukan cukai pendapatan tahun ini.

Perkara-perkara yang diekstrak semasa pengauditan percukaian adalah:
Pengiraan cukai pendapatan tahun lepas, jadual Elaun Modal (Capital Allowance),
Borang J/J1 (borang bayaran ansuran cukai/cukai dilepaskan), Seksyen 108 dan
Jadual Kedudukan Bayaran Cukai.


5.2 Menyediakan Kertas Kerja


International Audit Guideline 3, Basic Principles Governing an Audit
(paragraph 11) states: The auditor should document matters which are
important in providing evidence that the audit was carriedout in accordance with
the basic principles.

Ini bermakna bahawa juruaudit perlu mendokumentasikan segala perkara yang
pentingsebagaikerja audit telah dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip am.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
54

Ini merujuk kepada analisis akaun klien yang dilakukan di atas kertas kerja .Kertas
kerja boleh dikategorikan kepada dua jenis, kertas kerja utama (main working
paper/schedule) dan sub-kertas kerja.Penyediaan kedua-dua jenis adalah berbeza,
sungguh pun fungsi kedua-dua adalah sama, iaitu untuk mencatatkan analisis akaun
klien.

5.2.1 Kertas Kerja Utama

Kertas kerja utama adalah kertas kerja yang merumuskan segala analisis akaun yang
telah dilakukan dengan terperinci dalam sub-kertas kerja. Amnya, penyediaan kertas
kerja utama sebelum proses analisis adalah seperti berikut:

(a) Empat kolum wajib disediakan dalam kertas kerja single, dan setiap
satu kolum perlu diisi dengan butir yang tersendiri, Kolum pertama adalah kolum
baki seperti Dalam Buku (Balance Per Book), iaitu baki penutupan dalam buku
klien pada tahun ini. Kolum kedua pula dilabel AJE/RJE, iaitu pelarasan dan
reklasifikasi yang bakal dibuat semasa pengauditan dijalankan. Kolum ketiga
ialah Baki Selepas Diaudit (Balance As Per Audit), iaitu baki selepas dibuat
segala pelarasan audit. Kolum terakhir adalah kolum Baki Penutupan Tahun Lalu
(Closing Balance As At Prior Year), iaitu kolum yang memuatkan baki
penutupan tahun lalu.

(b) Untuk analisis seperti analisis perbelanjaan dan aset tetap serta
analisis yang memerlukan kajian mendalam, kertas kerja yang lebih panjang dan
berkolum lebih banyak digunakan, dipanggil kertas kerja double. Amnya,
peraturan mewujudkan kolum dalam kertas kerja berganda ini adalah sama
dengan kolum dalam kertas kerja single. Perbezaanya cuma kolum AJE dan RJE
dipisahkan untuk Nampak lebih jelas, dan mungkin kadang-kadang kolum
significant variance(varians) ditambahkan (terutamanya analisis
perbelanjaan), untuk membandingkan angka tahun ini dengan angka tahun lepas
menggunakan varians.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
55

5.2.2 Sub-kertaskerja


Sub-kertas kerja merupakan kertas kerja yang memuatkan analisis sesuatu akaun
secara terperinci dan detail.Sub-kertas kerja menerangkan bagaimana sesuatu angka
itu boleh timbul, apakah pelarasan yang telah dibuat, mengapa pelarasan dibuat, dan
angka akhir yang diperoleh selepas diaudit.

Penyedian sub-kertas kerja adalah lebih bebas berbanding kertas kerja utama, kerana
analisis yang terperinci bergantung kepada kemahiran juruaudit mempersembahkan
data. Justeru, juruaudit boleh menggunakan apa sahaja
Cara untuk menganalisis akaun klien secara terperinci dalam sub-kertas kerja,
asalkan kaedah yang digunakan itu logik, boleh difahami dan menjimatkan
masa.Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan
atau dipatuhi dalam analisis sub-kertas kerja.

Pertama sekali, juruaudit perlu mendapatkan kembali angka yang ditunjukkan dalam
buku klien. Bagaimana angka tersebut boleh timbul, apakah komponen-komponen
yang menyebabkan angka tersebut menjadi begitu, harus ditunjukkan dalam sub-
kertas kerja.Setelah itu juruaudit haruslah mengesahkan kewujudan transaksi yang
berlaku dengan menyemak dokumen-dokumen asas. Resit, invois, cek, bil, dan apa-
apa sahaja yang boleh menyokong kewujudan transaksi, akan dibauchkan dan
diletakkan tanda audit di dokumen itu sendiri dan dalam sub-kertas kerja.

Selepasitu, barulah pelarasan-pelarasan yang difikirkan perlu, dibuat dalam sub-
kertas kerja.Pelarasan-pelarasan yang dibuat ditunjukkan dengan jelas, dan
diringkaskan dalam AJE/RJE Journal Entries dan juga ditunjukkan dalam kertas
kerja utama.Dokumen yang difotostat untuk jadikan bahan bukti sub-kertas
kerja.Diletakkan selepas sub-kertas kerja tersebut, dan disilang rujuk kepada sub-
kertas kerja.Seterusnya, sub-kertas kerja pula disilang rujuk kepada kertas kerja
utama.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
56


5.3 Peristiwa selepas tahun kewangan berakhir (subsequent event)

Peristiwa selepas tahun kewangan berakhir perlu diambil perhatian jika ia berlaku
sebelum tarikh laporan juruaudit (within report date). Subsequent event perlu
disemak untuk menentukan samada ia mempengaruhi penyata kewangan dan
pelarasan perlu dibuat ataupun ia perlu dinyatakan (disclosed) dalam nota kepada
akaun di Laporan Tahunan.
Prosedur-prosedur untuk mengenal pasti subsequent events dibuat sebaik-baiknya
selepas kerja-kerja pengauditan hampir siap atau telah siap.Segala soal selidik
hendaklah ditunjukkan kepada pengarah ataupun pegawai esekutif yang
bertanggungjawab ke atas sistem perakaunan dan kewangan syarikat.

5.3.1 Mencetak Laporan Tahunan
Setelah klien memberikan kelulusanya ke atas draf permulaan, haruslah
Laporan tahunan akan dicetak dan dijual oleh juruaudit Loh & Co. Sendiri (biasanya
oleh Juruaudit junior) Bilangan Laporan Tahunan yang dijilid berbeza untuk syarikat
yang berbeza, tetapi peraturan yang biasa diikuti ialah:

2 salinan untuk setiusaha: kedua-dua salinan mengandungi cop rasmi
Pesuruhjaya Sumpah, satu salinan lengkap berserta kulit depan, dan satu
salinan Tanpa Akaun Untung Rugi tanpa kulit depan.

Satu atau dua salinan kepada agen cukai bergantung kepada agen
cukai, sama ada satu atau dua salinan akan disediakan. Dalam mana-mana
situasi sekalipun, hanya satu salinan memerlukan cop Pesuruhjaya Sumpah.

Tiga salinan untuk Loh &Co : satu salinan berkulit depan dengan cop
Pesuruhjaya Sumpah yang difailkan dalam Fail Audit Tetap, satu salinan
tidak berkulit depan difail Dalam Fail Audit Semasa (indeks 1), dan satu lagi
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
57

salinan tidak berkulit depan dan tanpa tandatangan Pengarah dan cop
Pesuruhjaya Sumpah yang difail dalam Fail Audit Semasa (indeks 24, yang
akan dibuat draf Laporan Tahunan tahun yang akan datang).

Sekurang-kurangnya dua salinan untuk klien: bergantung kepada
klien, sekurang- kurangnya dua salinan perlu disediakan. Salinan Laporan
Tahunan yang diberi Kepada klien tidak memerlukan cop Pesuruhjaya
Sumpah.

Loh & Co. mencaj RM 5 bagi setiap salinan Laporan Tahunan, dan akan dibilkan Bil
audit dikira berdasarkan garis panduan yang ditentukan oleh Institut Akauntan
Malaysia (MIA). Renj yuran audit yang dikenakan oleh Loh & Co. Adalah dari RM
450 (minimum, untuk syarikat kecil dormant case) hingga ke RM 10000 (syarikat
besar).


5.4 Format Laporan Tahunan


5.4.1 Maklumat Korporat, Mukasurat 2 hingga 5

Setiap mukasurat dalam Laporan Tahunan hendaklah mengandungi Nombor Syarikat
pada sebelah kiri atas mukasurat. Mukasurat pertama dalam Laporan Tahunan adalah
sentiasa sama, iaitu merupakan maklumat korporat syarikat. Maklumat yang
didedahkan dalam mukasurat 1 ini adalah: Pengarah, Setiausaha, Pejabat Berdaftar,
Juruaudit dan alamatnya, Alamat Perniagaan (tidak wajib), dan Banker.

Mukasurat 2 pula menunjukkan maklumat seperti: Laporan Pengarah, Aktiviti Utama
Syarikat, Keputusan (untung/rugi bersih), Dividen (sama ada diisu atau sebaliknya),
Rizab dan Peruntukan, dan Isu Saham Dan/Atau Debentur. Mukasurat 3 pula
merupakan kenyataan yang menerangkan maklumat statutori lain, yang kebiasaannya
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
58

sama sahaja untuk semua Laporan Tahunan. Sila rujuk Lampiran 13 untuk sampel
(dalam Bahasa Inggeris).

Mukasurat 4 pula berkenaan Pengarah yang Dilantik/Meletak Jawatan/Bersara,
Kepentingan Pengarah, dan Faedah Pengarah. Mukasurat 5 pula adalah kenyataan
juruaudit bahawa mereka ingin sama ada meletak jawatan sebagai juruaudit pada
tempoh perakaunan yang akan datang, ATAU menyatakan keinginan mereka terus
menjadi juruaudit. Mukasurat ini akan ditandatangani oleh kedua-dua Pengarah yang
termaktub dalam indeks 31 Fail Audit Semasa, beserta tarikh Laporan.

(Tarikh Laporan hendaklah tidak boleh melebihi 14 hari sebelum enam bulan selepas
tempoh perakaunan syarikat tersebut tamat. Contoh: bagi syarikat yang tempoh
perakaunannya tamat pada 31 Disember 2013, tarikh Laporan haruslah pada atau
sebelum 6 bulan selepas 31 Disember 2013 = 30 Jun 2013, tetapi 14 hari sebelum 30
Jun 2013 = 16 Jun 2013)

5.4.2 Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan dalam
Ekuiti, Penyata Aliran Tunai

Mukasurat 6 pula mengandungi Lembaran Imbangan bagi syarikat. Sesetengah item
dalam Lembaran Imbangan akan disilangrujuk kepada bahagian Nota Kepada
Penyata Kewangan (6.3), seperti Aset Tetap, Amaun Terhutang Kepada/Dihutang
Oleh Pengurus, Pemiutang Lain-lain Dan Akruan, Pemiutang Sewabeli, Pinjaman
Bank, Peruntukan Cukai, Liabiliti Jangka Panjang, Modal Saham, dan sebagainya.
Bagi syarikat yang besar, Lembaran Imbangan mungkin mencecah dua atau lebih
mukasurat.Oleh itu, susunan mukasurat-mukasurat seterusnya, adalah bergantung.

Mukasurat seterusnya adalah Penyata Pendapatan, iaitu penyata yang menunjukkan
dengan jelas pergerakan pendapatan yang diperoleh syarikat, dan bagaimana
untung/rugi bersih diperoleh.Seterusnya, dihuraikan Penyata Perubahan dalam
Ekuiti.Ini adalah penyata yang menunjukkan gabungan modal saham, untung/rugi
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
59

bersih, dan untung tertahan/rugi terkumpul. Angka akhir yang diperoleh MESTI
sama dengan angka imbangan Lembaran Imbangan.

Mukasurat seterusnya adalah Penyata Aliran Tunai, iaitu penyata yang mencirikan
aliran tunai dalam syarikat. Semua item yang melibatkan sama ada pengaliran wang
keluar atau masuk ke dalam syarikat, akan ditunjukkan. Contohnya, penambahan
dalam penghutang perniagaan berbanding tahun lepas, akan mengakibatkan aliran
tunai yang negatif kerana bermakna wang syarikat tidak akan mengalir keluar,
disebabkan wang yang dihutang oleh pihak lain kepada syarikat, masih belum
dikutip, malah bertambah banyak. Logik beginilah yang akan memastikan penyata
aliran tunai, imbang. Kadangkala, juruaudit yang kurang berpengalaman tidak dapat
mengimbangkan penyata aliran tunai, khususnya untuk syarikat yang banyak item.

5.4.3 Nota Kepada Penyata Kewangan

Mukasurat-mukasurat seterusnya selepas item-item yang dihuraikan di atas, adalah
nota-nota kepada penyata kewangan. Sesetengah item yang penting dalam Lembaran
Imbangan dan Penyata Pendapatan, akan disilangrujuk ke bahagian ini. Bahagian ini
akan memperincikan butir-butir yang mendalam dan detail tentang item tersebut.
Contohnya, Aset Tetap dalam Lembaran Imbangan, akan disilangrujuk ke bahagian
ini dan seterusnya, bahagian ini akan membutirkan jenis aset, kos, susutnilai semasa
dan terkumpul, dan nilai buku.

Antara item-item yang dihuraikan dalam bahagian ini adalah: Asas Penyediaan
Penyata Kewangan, Polisi Perakaunan yang Penting, Aktiviti Utama Syarikat (sama
dengan mukasurat 2), Aset Tetap, Pemiutang Sewabeli, Amaun Terhutang
Kepada/Dihutang Oleh Pengarah, Pinjaman Bank, Liabiliti Jangka Panjang, Modal
Saham, Untung/Rugi Sebelum Dikenakan Cukai, Cukai, dan Maklumat Am.
Maklumat Am menerangkan butir-butir am tentang syarikat, seperti Alamat
Perniagaan Syarikat (jika disertakan dalam mukasurat 1, adalah tidak perlu lagi),
bilangan pekerja, dan kos staf.

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
60


5.4.4 Kenyataan Pengarah, Deklarasi Statutori, Laporan Juruaudit Kepada
Ahli Syarikat

Kenyataan Pengarah dan Deklarasi Statutori terkandung dalam mukasurat
seterusnya. Kedua-duanya menyatakan pendapat Pengarah bahawa penyata
kewangan yang dibentangkan pada mukasurat-mukasurat yang sebelum ini,
dipersembahkan mengikut Akta Syarikat, 1965 dan memberi pandangan yang benar
dan saksama.

Contoh Kenyataan Pengarah: Pada pendapat Pengarah, penyata kewangan yang
dibentangkan pada mukasurat hingga telah dipersembahkan mengikut peruntukan
yang termaktub dalam Akta Syarikat, 1965 dan piawaian perakaunan yang sesuai dan
sah di Malaysia, untuk memberikan satu pandangan yang benar dan saksama ke atas
keadaan dan status Syarikat bagi tahun berakhir [tahun berakhir], dan ini juga benar
bagi keputusan penyata kewangan pada tarikh tersebut.
Pengarah (2 orang) akan menandatangani kenyataan ini.

Contoh Deklarasi Statutori: Saya, [nama pengarah dalam HURUF BESAR],
Pengarah yang bertanggungjawab utama ke atas pengurusan kewangan [nama
syarikat dalam HURUF BESAR], di sini dengan ikhlas dan jujurnya
mendeklarasikan bahawa penyata kewangan yang dibentangkan pada mukasurat
hingga , adalah, sebaik pengetahuan saya, benar dan saya membuat deklarasi ini
dengan hati yang rela dan mempercayai bahawa ia adalah benar, dan mematuhi
segala yang termaktub dalam Akta Deklarasi Statutori, 1960. Seorang Pengarah
sahaja akan menandatanganinya.

Mukasurat seterusnya ialah Laporan Juruaudit Kepada Ahli Syarikat.Ini
ditandatangani oleh juruaudit berkenaan dan rakan kongsinya.Sila rujuk Lampiran
untuk sampel (dalam Bahasa Inggeris).


AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
61


5.4.5 Akaun Untung Rugi

Seterusnya, akaun untung rugi akan dipaparkan tanpa nombor mukasurat. Ini
disebabkan akaun untung rugi tidak dianggap sebagai penyata kewangan.
Sebaliknya, akaun untung rugi dipersembahkan dalam mukasurat-mukasurat
penghabisan, dan terbahagi kepada dua bahagian utama: akaun untung rugi utama,
dan penyata yang menunjukkan perbelanjaan-perbelanjaan yang ditunjukkan dalam
akaun untung rugi utama.

5.5 Analisis Dan Pengalaman Kerja

Sepanjang Latihan Industri, terdapat banyak kes yang telah saya kendalikan, dan
kebanyakan kes yang dikendalikan adalah bersama senior, yang akan memberikan
tunjuk ajar tentang perkara-perkara yang tidak saya ketahui. Terdapat juga beberapa
kes yang memerlukan saya dan senior pergi ke tempat klien untuk mengaudit
akaunnya. Melalui pendedahan sedemikianlah saya dapat mempelajari audit: saya
akan mencuba dahulu kes yang ada di tangan. Apabila saya tidak tahu mengaudit
sesuatu akaun, atau berasa ragu-ragu, maka saya akan bertanya kepada senior.

Kerja di Jabatan Audit boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu kes-kes yang
dikendalikan (kes yang dipertanggungjawabkan kepada saya dan senior), dan kerja-
kerja sampingan. Kerja-kerja sampingan bermaksud kerja-kerja selain membuat
kes sendiri, seperti menolong senior membuat kes, menerima buku klien,
memulangkan buku klien, menjilid Laporan Tahunan, menyediakan Draf Permulaan,
mengalisbaca, menolong senior menyalin kertas kerja, dan sebagainya.






AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
62

5.6 Kes-kes yang Dikendalikan Sepanjang Latihan Industri

Kes-kes yang saya kendalikan sepanjang Latihan Industri, kebanyakannya adalah kes
syarikat yang kecil dan sederhana, dengan kebanyakan kes dikendalikan bersama
dengan senior. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang dikendalikan oleh
saya sendiri, dan ini merupakan syarikat yang kecil(dormant case). Terdapat juga
kes-kes besar yang dikendalikan bersama oleh senior, dan kes-kes besar yang
mencabar inilah yang membantu saya mempelajari audit dengan lebih mendalam,
sungguhpun sukar untuk dibuat analisis.

Senarai kes-kes yang dikendalikan :
SL Group S/B , Isran S/B , Safsun S/B , Semangat Upaya S/B, Sakura Mutiara S/B,
Peter Ling & Co , Tanah Jenang S/B , KHV Hoist & Cranes S/B , Integrated Medical
Supplies S/B , Peters Credit & Leasing S/B , Gunung Sentosa S/B , G&W S/B , Jian
Jeng Taiwan Etp (M) S/B, Viva Makmur S/B, Sauniaga S/B , Ghazain Confectionery
S/B, Kinta tin mining (gravel pump) S/B , Yuet Yow Etp S/B , IMM Grower S/B ,
Menang radikal S/B , Pembinaan Charean S/B , Jadeline mutual S/B, markas
development S/B.

Antara kes yang paling mencabar ialah Charean Properties S/B, Kok San Machinery
S/B dan PCO Electrical S/B.Kes tersebut telah mendedahkan saya kepada audit
kilang, satu proses yang amat membuka mata dan minda saya.

Setiap satu kes yang saya kendalikan, pasti terdapat item atau perkara baru yang
dipelajari, walaupun kes tersebut mungkin sebuah syarikat kecil. ContohnyaIsran S/B
, Safsun S/B , Semangat Upaya S/B dan Sakura Mutiara S/B iaitu tiga syarikat kecil
yang berhubung kait dengan satu sama lain.Walaupun syarikat-syarikat tersebut
kecil, namun penyimpanan akaun yang tidak teratur telah menyebabkan pengauditan
syarikat-syarikat tersebut, menjadi amat sukar dan mencabar. Saya telah dapat
mempelajari banyak perkara daripada pengalaman ini.


AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
63

5.7 Kerja-kerja Sampingan

Kerja-kerja sampingan juga dibuat sepanjang Latihan Industri.Sesetengah jenis kerja
sampingan seperti kalisbaca (proofreading) dan menjilid Laporan Tahunan,
memerlukan konsentrasi serta perhatian yang tinggi untuk mengelakkan kesilapan
daripada berlaku.

Sebenarnya, pada permulaan Latihan Industri, pelatih-pelatih banyak melakukan
kerja-kerja sampingan seperti menerima dan memulangkan buku, memfailkan
dokumen, menyalin kertas kerja, dan menjilid Laporan Tahunan.Walau
bagaimanapun, setelah lebih lama bekerja dan lebih banyak skil audit yang dipelajari,
maka kerja-kerja sampingan yang dibuat pun kurang, dan pelatih lebih memfokuskan
perhatian kepada membuat kes.

Menolong senior membuat kes memang merupakan satu pengalaman yang berharga,
walaupun ia adalah kerja sampingan. Ini disebabkan, semasa menolong senior
membuat kes, saya dapat mempelajari dan melihat sendiri cara beliau mengendalikan
kes, dan saya akan dapat mempraktikkan cara beliau dalam kes saya sendiri.
Pengalaman paling tidak dapat dilupakan adalah semasa saya berpeluang membantu
Cik Wong dan Cik Naziha membuat audit untuk tiga syarikat.








AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
64



BAB 6 KANDUNGAN ANALISIS TERPERINCI KERTAS KERJA

6.1 Pengenalan

Kertas kerja audit merupakan bukti terhadap semua kerja audit yang dilakukan
oleh juruaudit sebelum melahirkan pendapat tentang penyata kewangan. Kertas
kerja audit yang disediakan haruslah dapat menyokong pendapat yang diberikan
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
65

dala laporan juruaudit dan menunjukkan penemuan- penemuan serta syer-syer
yang diberikan. Ia juga patut disediakan dengan lengkap supaya dapat dijadikan
sebagai rujukan pada masa hadapan jika terdapat sebarang pertanyaan daripada
pelanggan, kakitangan juruaudit ataupun pihak ketiga.

Firma loh&co telah menetapkan beberapa prinsip umum yang harus diambil
perhatian semasa menyediakan kertas kerja audit iaitu setiap kertas kerja mesti
mempunyai :

Nama syarikat pelanggan
Tarikh imbangan syarikat (year ending)
Nama ringkas juruaudit yang menyediakan kertas kerja (prepared by)
Tarikh kertas kerja disediakan (date)
Rujukan fail (indeks number)
Nama penyelia yang menyemak kertas kerja (reviewed by )
Baki akhir tahun lepas (last year figure)
Baki tahun semasa berdasarkan akaun klient (balance per book for current
year)
Baki selepas audit (balance per adjustment)
Kesimpulan (conclusion)
Juruaudit juga haruslah mengisi butiran berikut dalam kertas kerja utama: nama
klien, tempoh perakaunan, butiran akaun yang dianalisis (bahagian tepi kiri sebelah
atas). Disediakan oleh dan tarikh disediakan (bahagian tepi kanan sebelah atas).
Juruaudit juga perlu menulis indeks analisis akaun di sebelah kanan bawah kertas
kerja berasaskan indeks yang disediakan.Contoh :indeks 50 untuk aset tetap, indeks
107 untuk pemiutang lain dan akruan (sila rujuk lampiran ).

Setelah menyalin perkara-perkara yang disebutkan di (a), (b) dan (c), maka proses
analisis bermula. Analisis terperinci dilakukan dalam sub-kertas kerja, dan angka
akhir yang diperoleh disalin kembali ke kertas kerja utama.Pelarasan angka yang
dibuat juga disalin semula ke kertas utama.Silang rujuk (cross referencing) juga
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
66

dilakukan antara kertas kerja utama dengan sub-kertas kerja. Selepas itu, angka
selepas audit dilengkapkan dalam kertas kerja utama. Tanda audit juga akan
diletakkan di tepi angka-angka yang berkenaan. Akhir sekali, kesimpulan akan
ditulis di bahagian bawah setiap kertas kerja utama. Kesimpulan yang ditulis lebih
kurang seperti berikut:

Conclusion : based on the work done. I am of the opinion that the above is fairly
stated as at year end-

diterjemahkan, ia berbunyi:
Kesimpulan: berdasarkan kerja yang telah dilakukan, saya berpendapat bahawa apa
yang tertulis di atas telah dipersembahkan dengan adil pada -tempoh perakaunan-.

I. Semua bukti sokongan yang disertakan bersama kertas kerja audit perlulah
mempunyai tujuan yang khusus.
II. Kerja salin- menyalin harus dielakkan kerana juruaudit ditugaskan untuk
mengaudit rekod dan penyata kewangan dan bukannya menyalin dokumen
dan jadual.
III. Semua item dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira pelanggan perlu
disokong dengan bukti dan analisa pengiraan.
IV. Tanda audit yang sesuai digunakan.
V. Setiap bukti patut mempunyai rujukan silang (cross reference) dengan kertas
kerja yang berkaitan.









AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
67

6.2 Bahagian lembaran imbangan

6.2.1 Aset tetap ( Fixed asset)

Jenis aset tetap yang selalu dimiliki oleh sesebuah syarikat adalah seperti tanah,
bangunan , loji, mesin dan peralatan pejabat & elektrikal. Tujuan mengaudit aset
tetap adalah untuk menentukan bahawa :
Aset-aset tersebut memang wujud pada tarikh penyata kewangan dan
menyemak hak milik.
Semua aset diambil kira.
Mengesahkan jumlah susut nilai yang dikenakan terhadap asset tetap.
Mengesahkan penambahan(addition) dan pelupusan(disposal) aset tetap pada
tahun kewangan semasa.
Contoh aset tetap jenis adalah seperti belanja pra-operasi (indeks 40), kos
penyelidikan dan pembangunan (indeks 41). Paten, konsesi, lesen, hakcipta, (indeks
42), dan muhibah (indeks 43). Langkah pertama adalah menyalin baki awal aset tetap
and menyemak dengan baki akhir tahun lepas yang telah diaudit (last year audited
figure). Selepas itu, menyalin baki seperti mana dicatatkan dalam kunci kira-kira
klien. Jika terdapat perbezaan dari baki tahun lepas, kena menyemak dokumen
sokongan dan dilampirkan dengan kertas kerja.Senarai aset tetap mesti dilampirkan
dengan kertas kerja walaupun tiada perbezaan dalam baki aset tetap berbanding
dengan baki tahun lepas.
Jika ada penambahan dalam baki aset tetap, geran hak milik , dokumen perjanjian
perjualan/pembelian (sales & purchase agreement) atau dokumen perjanjian sewa
beli (hirepurchase agreement) perlu diperika untuk mengesahkan kewujudan dan hak
milik aset tetap. Susutnilai dikira semula mengikut peratus yang ditetapkan.Manakala
jika adanya pelupusan aset tetap, untung atau rugi atas pelupusan perlu diambil kira.

6.2.2 Stok
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
68

Berikut adalah dikelaskan sebagai stok :
Barang- barang siap untuk dijual sama ada diproses atau dibeli dan jual
semula.
Stok atau inventori (indeks 70 hingga 79) merupakan barang dagangan yang dijual
semula atau digunakan sebagai sebahagian daripada proses perniagaan biasa syarikat.
Bagi sebuah syarikat baisa, stok biasanya merupakan jumlah aset terbesar dalam
jumlah aset semasa. Tujuan mengaudit stok adalah untuk menentukkan perkara-
perkara berikut :
Semua stok yang dicatat dalam stock card dan stock list benar-benar
wujud secara fizikal dan merupakan milik pelanggan.
Stok dinilai secara bersesuaian dengan prinsip perakaunan di malaysia yang
diamalkan secar konsisten.
Stok yang usang, bergerak lambat dan yang luput serta rosak telah
dikurangkan nilainya dalam bentuk elaun.
Terlebih dahulu, pengauditan stok memerlukan juruaudit hadir ke premis klien untuk
menjalankan pemeriksaan stok (stocktake), iaitu memeriksa stok akhir syarikat.
Juruaudit akan menerima satu senarai stok yang mencatatkan jenis dan kuantiti stok
yang tinggal. Jumlah benar senarai ini haruslah setuju dengan jumlah yang dicatat
dalam akaun-akaun yang disediakan oleh klien.Semasa pemeriksaan stok. Jika stok
terlalu banyak, maka juruaudit akan menggunakan budibicaranya dan hanya
menyemak stok yang bernilai tinggi dan dalam kuantiti yang banyak. Dua senarai
seterusnya akan disediakan, satu oleh juruaudit dengan bantuan klien semasa hari
memeriksa stok dan satu lagi oleh pelanggan semasa menyediakan akaun akhir.
Dengan membandingkan kedua dua senarai tersebut, juruaudit akan melihat dengan
jelas sekiranya terdapat penipuan atau pemalsuan stok.


6.2.3 Penghutang (Debtors)

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
69

Penghutang wujud disebabkan penjualan stok secara kredit kepada pelanggan.
Tujuan mengaudit penghutang adalah seperti berikut :
Untuk menentukan bahawa para penghutang memang wujud atau bona fida
Untuk memastikan jumlah hutang memang belum dijelaskan oleh penghutang
Untuk menentukkan ketepatan persembahan dan pelarasan hutang
penghutang dalam kunci kira-kira
Penghutang boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu penghutang perniagaan(trade
debtors) and penghutang lain(sundry debtors). Penghutang perniagaan (indeks 80
hingga 80g) merupakan penghutang yang berhutang secara langsung kepada syarikat
bagi penghutang perniagaan, trade debtors circularisation dijalankan. Kaedah ini
dijalankan untuk memastikan jumlah hutang yang belum diterima.
Langkah pertama adalah menentukan skop jumlah hutang yang hendak diambil
kira.Jumlah yang diambil kira untuk trade debtors circularisation mesti
menyertakan lebih daripada 50% jumlah keseluruhan.Jumlah hutang perlu
disenaraikan dan memastikan hutang tersebut dibayar atau tidak selepas tahun
kewangan semasa.Nombor cek dan jumlah dibayar perlu dinyatakan. Salah satu
prosedur yang penting untuk mengaudit penghutang adalah menghantar surat
pengesahan baki penghutang( debtors confirmation letter) kepada pengarah syarikat
pelanggan untuk ditandatangani dan dikembalikan kepada juruaudit. Kemudiannya,
ia akan dihantarkan kepada penghutang yang terlibat.
Penghutang lain-lain (other debtors, indeks 81) merupakan penghutang yang
berhutang dengan syarikat, tetapi hutangnya tiada kaitan dengan aktiviti perniagaan
syarikat, biasanya, penghutang lain-lain tidaklah banyak, dan prosedur mengauditnya
sama dengan penghutang perniagaan, cuma tiada persampelan dilakukan. Indeks 81
juga memuatkan deposit dan prabayar, dan ini harus diaudit dengan mengesahkan
(melalui apa-apa sahaja bukti sokongan yang difikirkan sesuai) bahawa deposit atau
prabayar benar- benar wujud. Indeks 86 merupakan amaun yang dihutang oleh
pengarah kepada syarikat. Ini bermakna pengarah menggunakan wang syarikat, dan
kini menjadi penghutang syarikat.Dalam analisis ini, haruslah ditulis dengan jelas
jumlah yang dihutang, dan pergerakan akaun jika ada.Pergerakan akaun merujuk
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
70

kepada pertambahan dan pengurangan hutang pengarah sepanjang tahun
perakaunan.Surat pengesahan dikirim.

6.2.4 Tunai dan bank ( cash and bank balance)

Tujuan mengaudit baki tunai dan bank untuk meyakinkan juruaudit bahawa baki
tersebut memang wujud pada akhir tempoh kewangan sesebuah syarikat.
Bagi baki tunai(indeks 91), jika ada perbezaan berbanding dengan tahun lepas,
pergerakan akaun mesti ditunjukkan. Selepas menyemak semua transaksi, surat
pengesahan baki tunai (cash certificate) akan dihantarkan kepada pelanggan.
Tunai di bank (indeks 92) diverifikasi dengan menggunakan penyata bank yang
disediakan oleh pihak bank. Selain itu, surat pengesahan baki bank dihantarkan
kepada pelanggan untuk ditandatangani dan kemudiannya dihantarkan kepada bank
yang berkaitan untuk mengesahkan baki yang ditunjukkan pada penyata kewangan.
Pengesahan ini penting untuk mengelakkan kemungkinan terdapat kepalsuan.
Permintaan untuk surat pengesahan ini dihantarkan untuk simpanan deposit
tetap(fixed deposit).audit deposit tetap (indeks 93) dilakukan dengan cara yang sama
dengan audit tunai di bank, iaitu mendapatkan rumusan akaun deposit tetap. Faedah
yang diperoleh akan dimasukkan dalam indeks 165, iaitu pendapatan/caj lain (other
income /charges) kerana merupakan sumber pendapatan lain bagi syarikat.

6.2.5 Pemiutang
Pemiutang perniagaan (indeks 100 hingga100g) diaudit dengan cara yang sama
seperti penghutang perniagaan. Pemiutang wujud disebabkan pembelian barang-
barang secara kredit. Tujuan mengaudit hutang yang perlu dibayar kepada pemiutang
adalah :
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
71

Untuk mengesahkan jumlah hutang yang perlu dijelaskan kepada pemiutang
yang dinyatakan dalam penyata kewangan adalah benar.
Untuk memastikan jumlah hutang tahun kewangan tahun lepas telah diambil
kira pada tahun kewangan semasa.
Bagi pemiutang perniagaan pula, trade creditors circularisation dijalankan. Kaedah
ini dijalankan untuk memastikan jumlah hutang yang kena dibayar.Langkah pertama
adalah menentukan skop jumlah hutang yang hendak diambil kira.Jumlah yang
diambil kira untuk trade creditors circularisation mesti menyertakan lebih daripada
50% jumlah keseluruhan.Jumlah hutang perlu disenaraikan dan memastikan hutang
tersebut dibayar oleh syarikat pelanggan atau tidak selepas tahun kewangan
semasa.Nombor cek dan jumlah dibayar perlu dinyatakan.
Penghantaran surat pengesahan baki pemiutang (creditors confirmation letter) kepada
pengarah syarikat pelanggan untuk ditandatangani dan dikembalikan kepada
juruaudit. Kemudiannya, ia akan dihantarkan kepada pemiutang yang terlibat.

6.2.6 Cukai

Cukai (indeks 120 hingga 130) diaudit dengan tujuan utamanya untukmendapatkan
angka bagi peruntukan cukai pada tahun semasa. Sebelum angkaperuntukan cukai
pendapatan diperoleh, harus wujud beberapa perkara, iaitu:
I. Jadual elaun modal (capital allowance schedule)
II. Pengiraan cukai pendapatan.

Elaun modal yang dikirakan dimasukkan dalam pengiraan cukai pendapatan, dan
angka akhir cukai pendapatan akan dibulatkan kepada puluh yang terhampir, dan
diletakkan dalam peruntukan cukai pendapatan (indeks 120). Jadual elaun modal
adalah jadual yang menyerupai pengiraan susutnilai terkumpul untuk aset tetap,
tetapi elaun modal adalah susut nilai terkumpul untuk percukaian .Terdapat
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
72

beberapa elemen dalam elaun modal. Pertama sekali ialah elaun permulaan (initial
allowance, ia) iaitu ditetapkan pada kadar 20% bagi setiap aset tetap baru yang
dibeli, ia hanya dikira sekali ke atas aset tetap, iaitu pada tahun pertama ia dibeli.
Kedua, ialah elaun tahunan (annual allowance,aa) iaitu susut nilai (elaun bagi
takrif percukaian) yang berbeza mengikut jenis aset (mengikut peruntukan dalam
belanjawan negara) dan dikira setiap tahun. Ketiga ialah kos kelayakan (qualifying
cost qc) iaitu kos aset tetap yang layak diberi elaun modal (tertakluk kepada
belanjawan negara juga). Qc ditolak aa dan ia akan bersamaan dengan nilai baki
tertinggal (resident value,rv), iaitu nilai buku selepas penolakkan elaun modal.
Jumlah rv dipanggil trv, dan akan dibawa ke tahun hadapan. Jumlah aa dan ia akan
dimasukkan dalam pengiraan cukai pendapatan (indeks 121).
Pengiraan cukai pendapatan hanya berlaku apabila syarikat mendapat keuntungan
hasil operasi. Bagaimanapun, bagi syarikat pelaburan, akan dikenakan cukai
pendapatan walaupun mengalami kerugian. Terdapat format khusus
untukmengiracukaipendapatan. Dalam pengiraan ini, terkandung ia dan aa yang
dikira.
Angka terakhir yang diperolehi (total chargeable income, atau jumlah pendapatan
yang dikenakan cukai) akan didarab dengan kadar cukai pendapatan pada tahun
tersebut (tahun 2012&2013-20%) dan angka diperoleh selepas pendaraban, akan
dimasukkan dalam peruntukan cukai pendapatan (indeks 120).

6.2.7 Belian

Memeriksa vouch kelengkapan belian melalui invois belian. Belian mestilah
direkod dengan tepat dan sempurna. Invois belian mestilah disertakan dengan resit
bayaran jika telah dibayar. Membuat pengesahan bahawa amaun belian telah
diposkan dalam lejar pemiutang dan juga dalam lejar belian dengan tepat.Matlamat
utama membuat pengesahan ini adalah untuk mengetahui bahawa urusniaga belian
dan bayaran balik telah dijalankan oleh sesebuah syarikat itu.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
73


Salah satu cara untuk memeriksa urusniaga belian adalah, menyediakan analisa
bulanan untuk belian. Seterusnya menentukan skop.Biasanya skop ditentukan
berdasarkan jumlah belian keseluruhan. Jumlah belian yang diambil kira mesti
meliputi lebih daripada lima puluh peratus daripada jumlah belian keseluruhan.
Kemudian pilih transaksi belian yang diambil kira dalam skop dari lejar
belian.Membuat pengesahan transaksi belian dengan invois belian.

6.3. Bahagian untung rugi

Dalam bahagian untung rugi, terdapat beberapa segmen yang perlu dianalisis untuk
menghasilkan untungrugi yang tepat, iaitu jualan dan kos jualan, perbelanjaan,
pendapatan/caj lain dan kos kewangan. Setiap elemen ini perlu diaudit secara
berasingan dan digabungkan untuk menghasilkan akaun untung rugi.

6.3.1 Jualan dan kos jualan

Pada amnya transaksi jualan berlaku secara tunai dan secara kredit.
I. Jualan kredit

Bagi jualan kredit, prosedur-prosedur penyemakan ialah :
Menentukan bahawa borang penghantaran (delivery order) telah dilulukan
oleh seorang pegawai.
Menentukan barang yang dihantar telah diterima dan penerima telah
mengesahkan borang penghantaran.
Menyemak borang penghantaran dengan invios jualan yang berkaitan.
Menyemak bahawa invois jualan telah diluluskan oleh seorang pegawai.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
74

Mengesan posting dalam jurnal jualan, lejar subsidiary penghutang serta
akaun kawalan penghutang dan jualan di lejar am.

II. Jualan tunai
bagi jualan tunai pula, prosedur-prosedur penyemakan adalah :
Menentukan bahawa pengeluaran(issue) bil jualan tunai telah diluluskan
oleh seorang pegawai.
Menyemak computation bil jualan tunai.
Mengesan posting ke buku jurnal jualan tunai

Perkara yang perlu dianalisis adalah jualan (indeks 160) sepanjang tahun, dan
diekstrak jualan bulanan yang berlaku. Setiap jualan yang berlaku pada bulan
tersebut akan di jumlah kandanangka untuk setiap bulan akan ditambahkan untuk
mendapatkan semula angka dalam kertas kerja utama. Kadang-kadang angka besar
tidak akan sama dengan kertas kerja utama, dan jika ini berlaku, maka juruaudit
hendaklah mengenal pasti kesilapan yang berlaku dan membuat pelarasan.
Setelah itu, lima atau enam bulan (bergantung kepada masa yang dipunyai oleh
juruaudit) yang tertinggi jumlahnya akan pembauchan. Ini penting kerana hendak
memastikan bahawa jualan benar-benar berlaku seperti yang telah dicatatkan. Satu
jualan (misalnya jualan melebihi RM1000, bergantung kepada saiz syarikat) akan
dipilih, dan proses pembauchan dilakukan berasakan julat tersebut.
Audit kos jualan (indeks 161) mempunyai prosedur yang sama dengan audit jualan.
Perlu diingatkan untuk operasi kilang, indeks 161.



6.3.2 perbelanjaan, pendapatan/caj lain, kos kewangan

AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
75

Analisis yang penting dalam komponen akaun untung rugi adalah analisis
perbelanjaan (indeks 164).perbelanjaan dalam konteks ini, merujuk kepada
perbelanjaan pengurursanam, dan segala perbelanjaan petadbiran yang ditanggung
jadual tersebut.
Tujuan mengaudit belanja adalah untuk menentukan :
i. Bahawa semua belanja telah dicatat
ii. Bahawa semua belanja yang dicatat adalah belanja yang berkaitan dengan
urusniaga syarikat dan bukannya belanja peribadi.
iii. Bahawa semua belanja dilampirkan dengan dokumen sokongan.
Jenis
Perbelanjaan

Cara analisis
Perbelanjaan
yang ada pada
tahun ini, tetapi
tiada pada tahun
lalu
-menganalisis apakah bentuk perbelanjaan (nature of expenses)
dan membuat kajian mendalam tentangnya jika angka besar.

-membuat verifikasi bahawa perbelanjaan tersebut benar-benar
wujud dengan menyertakan dokumen sokongan sebagai bukti.

Insurans dan
cukai jalan
-insurans: mendapatkan cover note untuk memastikan bahawa
amaun dibayar adalah amaun yang tercatat dalam lejar am. Juga
memfotostat cover note sebagai bukti. Mencatatkan butir-butir
seperti jenis insurans, apa yang diinsuranskan, jumlah yang
dilindungi, tempoh perlindungan, dan sebagainya.

-cukai jalan: mendapatkan resit rasmi jpj sebagai bukti. Tidak
perlu memfotostatnya, tetapi hendaklah menyatakan jenis
kenderaan, plet kenderaan, dan tempoh cukai jalan.

Harus memperuntukkan prabayar atau akruan jika tempoh
insurans atau cukai jalan memerlukan juruaudit berbuat
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
76

demikian.
Gaji, elaun dan
bonus pekerja,
gaji dan yuran
pengarah
Memeriksa lejar am untuk gaji dan bayaran. Gaji dan bayaran
mestilah sama dengan maklumat dalam payroll. Pekerja baru
dan pekerja yang sudah berhenti mesti diperiksa.
cut off adalah penting untuk mengesahkan bahawa pekerja
telah dibayar gaji untuk tempoh bekerja dan nama pekerja
yang sudah berhenti telah dipotong dari rekod. Pengesahan
pengwujudan pekerja juga mesti diambil kira. Majikan mesti
mengemukakan bukti mengenai bilangan pekerja. Selain
daripada gaji, bayaran epf dan socso juga perlu diambil kira
dalam pengesahan.
Gaji dan elaun pekerja: harus ditunjukkan nama setiap pekerja
yang menerima gaji dan elaun, dan disediakan jadual terperinci
mencatatkan gaji bulanan setiap pekerja dan elaun yang dibayar.
Perlu dibuat pembauchan.

Gaji dan yuran pengarah: gaji pengarah dimasukkan dalam
Other emoluments (lain daripada gaji pekerja). Yuran pengarah
dibayar setahun sekali, dalam directors fee.

-lebih baik jika ada borang e (penyata gaji pekerja) dan borang ea
(penyata gaji pengarah) kerana boleh dibuat bukti.
Derma -derma: sahkan sama ada ia dikecualikan daripada cukai
pendapatan atau sebaliknya. Jika dikecualikan, harus mengambil
resit asal yang tertulis dikecualikan daripada cukai pendapatan
di bawah akta cukai pendapatan 1967 untuk diserahkan kepada
agen cukai.
Cukai tanah dan
taksiran
-cukai tanah (quit rent) dibayar setahun sekali, dan harus
difotostat resit sebagai bukti sokongan. Begitu juga dengan
taksiran (assessment) yang dibayar dua kali setahun.
Susut nilai aset
tetap
-disilangrujuk dengan indeks 50.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
77

Belanja lain-lain

-belanja lain-lain (miscellaneous) dianalisis bagi memastikan
item-item dalam akaun ini benar-benar tidak boleh dikategorikan
dalam akaun lain.
Denda, penalti,
kompaun
-ketiga-tiga item ini dianalisis dan difotostat bukti sokongan
untuk tujuan percukaian.
Sewa premis -ditulis premis disewa dan butir-butir lain yang relevan.
Pembaikan aset
tetap
-upkeep of fixed assets: dibuat pembauchan. Pastikan bahawa
memang benar kesemuanya merupakan pembaikan aset tetap,
jika klien tersilap memasukkan pembelian aset tetap ke dalam
akaun ini, haruslah juruaudit membetulkan dengan memasukkan
item tersebut dalam aset tetap (indeks 50) dan memperuntukkan
elaun modal.
Yuran
profesional
-semua jenis yuran professional harus dianalisis.


Jadual 6.1 item-item penting dalam analisis perbelanjaan
Untuk pendapatan caj lain (indeks 166), biasanya terdiri daripada faedah deposit
tetap dan lain-lain punca pendapatan, dan juga faedah overdraf, dan lain-lain faedah
yang menyumbangkan kepada peningkatan perbelanjaan. Item-item ini haruslah
sekurang-kurangnya debauch untuk mengesahkan kebenaranya.

6.3.3 Untung rugi

Setelah analisis perkara di atas selesai, kesemuanya akan digabungkan dalam akaun
untung rugi, yang akan menunjukkan untung atau rugi selepas di cukai pada angka
terakhir baris terakhir indeks 150.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
78


BAB 7: KESIMPULAN

Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa latihan amali yang dijalani di Loh &
Co selama dua puluh minggu telah mencapai matlamat menjalani latihan amali yang
diharapkan oleh Politeknik Ungku Omar. Saya telah memperolehi pengetahuan dan
pengalaman yang berguna dalam bidang perakaunan, pengauditan, percukaian dan
sedikit sebanyak kesetiausahawanan. Penggunaan program perakaunan UBS
merupakan satu kelebihan yang telah saya mempelajari untuk membuat akaun secara
sistem berkomputer.
Satu lagi hakikat yang saya pelajari sepanjang Latihan Industri ini adalah apa yang
dipelajari secara teori, mungkin tidak dapat dilakukan secara praktikal. Kadang-
kadang, pelbagai masalah yang tidak dijangka di atas kertas, akan timbul semasa
menjalankan kerja. Untuk menyelesaikan masalah ini, para pelajar harus
menggunakan kreativiti dan kepandaian sendiri. Ini adalah sesuatu yang amat baik,
kerana ia mengajar pelajar bagaimana menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
79

Realitinya, Latihan Industri ini amat sukar buat pelajar yang masih kurang
pengetahuan dan pengalaman ketika mula-mula bekerja.Tetapi dengan bantuan staf
yang sanggup menolong, berbekalkan semangat ingin belajar dan berjaya, Latihan
Industri ini boleh menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar yang bakal
menerajui bidang yang dicebur masing-masing.
Aspek yang tidak kurang pentingnya adalah pelajar dapat mengetahui cara-cara
bekerjasama dengan staf lain, serta menghormati pandangan dan pendapat orang lain.
Latihan Industri juga mengajar para pelajar tentang pentingnya mempunyai
hubungan interpersonal yang baik, dan mengajar para pelajar supaya sentiasa
mempunyai minda yang terbuka kepada semua idea dan pendapat. Sesuatu masalah
itu, kadang-kadang akan ternampak penyelesaiannya jika dilihat dari sudut yang
berbeza.
Walaubagaimanapun sepanjang tempoh latihan amali, saya telah belajar
menyesuaikan diri dalam situasi kerja.Sekarang saya berasa yakin yang saya dapat
menempuhi alam pekerjaan yang sebenar dengan baik apabila tamat pengajian saya
di Politeknik Ungku Omar kelak.
Sebagai kesimpulan, saya ingin mengatakan bahawa latihan industri yang diwajibkan
bagi semua pelajar Politeknik Ungku Omar adalah satu polisi yang baik dan harus
diteruskan.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
80


BAB 8 KOMEN DAN CADANGAN

8.1 Komen

8.1.1 Kelebihan Organisasi
I. Jaringan Hubungan Yang Baik
Antara kekuatan-kekuatan yang ada dalam Loh&co ini ialah jaringan hubungan yang
baik antara staf-staf Loh&co Pekerja-pekerja bawahan mematuhi dan hormat pada
staf yang berjawatan tinggi/senior walaupun staf yang berjawatan tinggi lebih
berumur daripada pekerja bawahan. Ini kerana, di Loh&co ,terdapat ramai pegawai
yang lebih muda daripada kerani bawahan yang sudah berumur, namun mereka
saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hormat menghormati adalah
sangat penting. Jika tiada sikap hormat-menghormati, berkemungkinan akan
berlakunya konflik dan mewujud persekitaran kerja yang kurang selesa. Kerja-kerja
yang dilakukan juga tidak bermutu.
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
81

II. Sikap Saling Membantu
Selain sikap hormat menghormati, sikap saling membantu juga penting untuk
mewujudkan persekitaran kerja yang baik. Sebagai contoh, di Loh&co jika terdapat
staf yang bercuti, staf lain akan menggantikan dan membantu apa yang perlu seperti
membuat tugasan bagi pekerja yang tidak hadir supaya kerja tidak tertangguh.
Sepanjang tempoh enam bulan saya membuat LI di sini, saya juga turut membantu
sekiranya terdapat pekerja yang bercuti seperti menjadi telefonis organisasi.

III. Menjalankan Tugas Mengikut Arahan Ketua Dari Semasa Ke Semasa
Selain itu, pekerja-pekerja di Loh&co juga menjalankan tugas mengikut arahan ketua
bahagian dari semasa ke semasa apabila diperlukan walaupun tugas tersebut tidak
termasuk dalam bidang tugas dan tanggungjawab. Sebagai contoh, kerani yang
melakukan tugasan surat menyurat diminta oleh pegawai atasan untuk menjadi
pemandu arah bagi pegawai luar yang datang melawat pejabat Loh&co. Walaupun
menjadi pemandu arah merupakan bukan tugasan beliau namun atas arahan pihak
atasan, beliau perlu menjalankan tugasan tersebut.

IV. Memberi Latihan Sebelum Tugasan
Sebagai pelajar praktikal sudah semestinya terlalu banyak perkara yang tidak
kami ketahui, jadisebaik-baiknya sebelum memulakan tugasan yang diberikan,
penyelia perlu memberikan latihan dan tunjuk ajar supaya tidak akan berlaku
kesilapan semasa menjalankan tugasan. Sebagai contoh, penyelia iaitu Cik.Wong
banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya berada di bahagian
pentadbiran. Sekiranya ada sesuatu yang saya tidak faham, saya akan terus
bertanyakan kepadanya. Jadi dalam masa yang sama, saya akan banyak mendapat
maklumat baru dan pengalaman.


AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
82

V. Pemantauan Kerja Yang Kerap
Selepas memberikan tunjuk ajar dan tugasan-tugasan tertentu, penyelia perlulah
memantau setiap kerja yang dijalankan dan memastikan kerja yang diberikan akan
disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kerja yang diberikan perlulah
disiapkan segera dan tidak menagguh kerja kerana ia akan menambahkan kerja kita.
Selain dapat belajar perkara baru, saya juga turut diajar bersikap bertanggungjawab
terhadap kerja yang diberikan.

VI. Kemahiran Komunikasi Meningkat
Organisasi ini juga telah memberikan saya peluang untuk mempelajari kemahiran-
kemahiran tertentu yang sangat berguna bagi saya.Sebagai contoh, komunikasi,
pengurusan sesuatu kerja, disiplin dan sebagainya.Disinilah saya diberi peluang
mempelajari kemahiran seperti ini kerana di politeknik hanya didedahkan kepada
teori sahaja.Contohnya seperti kemahiran komunikasi.Jika terdapat sebarang
kesangsian, sebagai seorang juru audit, saya kena berkomunikasi dengan klien dan
mendapatkan maklumat yang diperlukan.

8.2Cadangan

8.2.1 Kepada Pihak Politeknik Ungku Omar

Pihak Politeknik Ungku Omar seharusnya memastikan supaya setiap pelajar
ditempatkan di firma yang bersesuaian dengan kursus yang diikuti oleh pelajar
berkenaan. Pihak Politeknik seharusnya menghubungi firma dimana pelajar
menjalani Latihan Industri untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai
Projek Latihan Industri. Ini adalah kerana terdapat beberapa firma yang baru pertama
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
83

kalinya menerima pelajar pelatih sedemikian dan tidak tahu apa kerja yang harus
diberikan kepada pelajar tersebut.
Masalah-masalah ini boleh diatasi sekiranya setiap pelajar yang akan menjalani
Latihan Industri dibekalkan dengan maklumat-maklumat mengenai Latihan Industri
untuk diserahkan kepada firma. Maklumat ini boleh digunakan oleh firma sebagai
garis panduan dan rujukan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai Latihan
Industri.


8.2.2 Cadangan Kepada Firma

Firma-firma di mana pelajar menjalani Latihan Industri seharusnya terlebih dahulu
memahami akan tujuan sebenar Latihan Industri ini sebelum bersetuju melatih
pelajar. Firma-firma juga seharusnya sentiasa menghubungi pihak Politeknik Ungku
Omar untuk berbincang mengenai Latihan Industri ini.
Firma-firma mestilah memastikan bahawa pelajar-pelajar yang menjalani latihan ini
mendapat pengetahuan yang sepenuhnya tentang apa yang mereka lakukan, iaitu
perlu meluangkan masa untuk melatih pelajar-pelajar ini dan bukannya berharap
pelajar-pelajar berkenaan boleh belajar dengan sendiri.
Selain itu, Pihak Loh & Co. haruslah menyediakan program latihan kepada pelatih
sebelum boleh menugaskan kes kepada mereka.Pelatih yang baru masuk menyertai
Loh & Co., tidak mengetahui apa-apa tentang pekerjaan yang bakal dibuat.Tidak
melampau jika dikatakan bahawa 90% daripada pelatih merupakan kali pertama
bekerja. Justeru itu, pihak Loh & Co. boleh merangka program latihan yang ringkas
(mungkin berlangsung seminggu) untuk mengajar dan mendedahkan para pelatih
kepada metodologi dan cara pelaksanaan tugas. Sistem yang wujud sekarang agak
tidak formal di mana pelatih akan bertanya pelbagai perkara kepada senior sebaik
AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
84

sahaja mereka menerima kes baru, kerana tidak tahu membuatnya. Dengan adanya
program latihan, adalah diharapkan masalah ini dapat diatasi.
Akhirnya, Jabatan Audit Loh & Co. haruslah dilengkapkan dengan sekurang-
kurangnya sebuah komputer. Sistem yang ada di Jabatan Audit adalah berlandaskan
manual, di mana proses audit dilakukan dengan cara tradisional: menggunakan
kalkulator, pensel, kertas, pemadam, dan pembaris. Segala surat atau dokumen yang
patut ditaip akan diserahkan kepada jurutaip di tingkat satu. Kewujudan komputer
akan dapat bukan sahaja meringankan beban jurutaip, malah juga menolong dalam
proses pengauditan. Walaupun tidak dinafikan bahawa sistem manual amat berkesan
dalam mendedahkah pelatih kepada intipati sebenar audit, tetapi kes-kes yang
mempunyai masa yang sedikit untuk disiapkan, adalah lebih cepat dan mudah
diselesaikan jika menggunakan komputer.

8.2.3 Cadangan Kepada Pelajar
Tanggungjawab pelajar adalah penting dalam menjayakan projek Latihan Industri
ini. Sekiranya hanya pihak Politeknik Ungku Omar dan pihak firma sahaja yang
mengambil berat tetang projek ini manakala pelajar tidak menghiraukannya, maka
tidak gunanya projek Latihan Industri ini diadakan di kalangan pelajar-pelajar
Politeknik Ungku Omar.










AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
85












BAB 9 RUJUKAN


1. Internet : wikipedia
2. Buku panduan audit manual
3. Buku panduan akaun















AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
86














BAB 10 LAMPIRAN


















AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
87













LAMPIRAN A

Gambar-gambar

















AT401 LATIHAN INDUSTRI 01DAT12F1083
88





















LAMPIRAN B

Contoh- contoh Borang kegunaan audit