TAJ UK: PENGUASAAN KAEDAH E-SIBUF DI KALANGAN PELAJAR
KUMPULAN:UPSI 53 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON ZAINULAMAN BIN MAMAT D20102043240 019-7356898
TUTOR : EN.ABD LATIF BIN HAJI GAPOR TARIKH SERAH : 4 MEI 2014 PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Allah s.a.w. kerana memberi kekuatan dan semangat yang cekal kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah. Ucapan jutaaan terima kasih saya sampaikan kepada Pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sehingga saya berjaya menyiapkan tugas ini dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna. Tunjuk ajar beliau telah banyak membantu saya menyiapkan tugas tersebut biarpun tidak bertemu,namun terjaga. Moga-moga beliau sentiasa dicucuri rahmat. Untuk isteri dan anak-anak dan keluarga juga ingin saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana memahami kesibukan saya dalam menyiapkan tugasan. Keprihatinan dan pengorbanan yang diberikan semasa saya sibuk menyiapkan tugas ini amatlah besar. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan saya yang sudi memberi idea yang bernas dan berkongsi pengalaman.. Bagi pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa memberi sokongan dan semangat agar saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan baik dan cemerlang dalam masa yang ditentukan juga tidak dilupakan untuk menghulurkan sekalung budi dan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih. Zainulaman Mamat
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 1 ABSTRAK 2 BAB 1
1.0 Tujuan Kajian 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian Rumusan
4 4 7 8 8 9
BAB 2
2.0 Tinjauan Literatur 2.1 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 2.2 Belajar Dari Komputer 2.3 Pandangan terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
10 10 11
12
BAB 3
3.0 Pengenalan 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Fokus Kajian 3.5 Teknik Pengumpulan Data 3.6 Tatacara Menganalisis Data 3.7 Analisis Data 3.8 Rumusan
16 16 18 18 19 19 22 23 28
BIBLIOGRAFI 29
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aplikasikaedah e-SIBUF. Kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran asas Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 4dan 5 . Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh. Kumpulan sampel kajian terdiri daripada 10 orang murid-murid Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas yang mempunyai pelbagai kebolehan. Data yang dikumpulkan berdasarkan soal selidik melalui pemerhatian bersama guru, ibu bapa dan murid-murid itu sendiri.
Dalam kajian ini, beberapa penilaian terhadap pemerhatian murid-murid dijalankan secara kualitatif. Objektif utama kajian ini ialah meningkatkan kemahiranasas Bahasa Melayu dalammenggunakanbahan ICT melalui kaedah e-SIBUF dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP dan seterusnya). Kedua, dapatmembantumurid agar dapat meningkatkan rangsangan mereka untuk minat belajar dan melibatkan aktiviti sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, kaedah ini dapat membimbingdan memberi peneguhan serta galakkankepada muridagardapat bersama-sama untukaktif berkomunikasi semasa pembelajaran.
Melalui penggunaan komputer dalam aktiviti pembelajaran, kognitif murid-muriddapat dibentuk dari segi kemahiran berfikirsecara kreatif dan kritis dengan lebih berkesan dan menggalakkanhubungankomunikasi pelbagai hala. Murid-murid juga dapat didedahkan kepada pendidikanmenyeluruh dengan keutamaan diberi kepada pencapaian akademik melalui teknologi moden. Aktiviti pembelajarandan pengajaransentiasa menarik dan menggembirakanmurid-murid dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai melaluipenggunaan komputer. Lumrahnya, naluri seseorang kanak-kanak suka belajar sambil bermain. Seterusnya, kajian dapat memfokuskan perkembangan berkaitan kepintaran, kreativiti, kemahiran sosial murid, merangsangkelakuanbelajardan perhatian yang secukupnya .
Kejayaan pengajarandan pembelajaran berbantukan komputer bergantung kepada perancangan dan penggunaan secara lebih intensif dan kerjasama murid-murid untuk berkongsi maklumat. Perisian yang terdapat di pasaran hendaklah sentiasa dipantau agar menepati sukatan pelajaran, kandungan kurikulum dan menarik minat murid-murid lantas meningkatkan pencapaian mereka serta dapat berbahasa dengan lebih baik.
BAB 1
1.0 TAJUK KAJIAN Meningkatkan PenguasaanKemahiran Asas Membaca Murid Tahun 4 dan 5 Melalui Aplikasi Kaedah e-SIBUF.
S SEBUT I INGAT B BACA U ULANG F FAHAM
1.1 PENGENALAN
Pendidikan sekolah rendah merupakanpengalaman awal bagi dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. Pendidikan sekolah rendah adalah pendidikan asas yang penting dalam perkembangan hidup seseorang individu selepaspendidikan di rumah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.Pendidikan awal ini dapat membantuperkembangan seseorang kanak-kanak .
Menurut Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, (1979), menyatakan bahawa kanak- kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya.
Rousseau (1979), seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa pentingnya masa kanak- kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnyadiciptakan siap untukmenerimabaik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah satu di antaranya. Pendekatan pembelajaran adalah berdasarkan bermain sambil belajar . Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel,dinamik, komprehensif, interaktif dan melalui aktiviti penerokaan serta menggalakkan naluri ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak. Ia memberi kesan pembelajaranyang bermakna dan menggembirakan dengan berbekalkanmereka kemahiran, keyakinandiri dan sikap positif dalam alam persekolahan yang formal. Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Pendidikan sekolah rendah bermula seawal kanak-kanak berusia 6 tahun dan mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah. Berdasarkan tinjauan awal, terdapat segelintir murid-murid di Sekolah Ladang Tereh menghadapi masalah asas dalam pembacaan. Mereka ini terpaksa menghadapi program yang di anjurkan oleh kementerian pendidikan iaitu Program Membaca, Menulis dan Mengira (PROTiM dan seterusnya). Walaupun menjalani program ini, murid-murid ini masih lemah kerana program ini dijalankan hanya 3 kali setahun yang belum tentu berjaya sepenuhnya. Bagi memantapkan kemahiran asas membaca mereka, saya telah mengambil inisiatif dengan menggunakan aplikasi kaedah e-SIBUF supaya mereka ini terkeluar daripada program yang dijalankan oleh kementerian. Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh Kluang, J ohor Darul Takzim. Sekolah ini mempunyai seramai 110 orang murid. Kesemuanya berbangsa Melayu.
Murid-murid pula terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan ladang. Sebanyak 100 %atau 110 orang murid adalah terdiri daripada murid yang tinggal di kawasan ladang- ladang.terdapat 19 ladang yang beroperasi di bawah J ohor Cop,namun bilangan murid hanya 110 kerana ia dipenuhi orang pendatang Indonesia dan Bangladesh.
Lebih kurang 75% daripada ibu bapa murid tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Oleh itu , ibu bapa murid lebih mengharapkan guru-guru agar dapat mendidik anak mereka dengan baik dan sempurna bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang harmonis dan seimbang.
Lebih kurang 40 % murid-murid di sekolah ini mempunyai masalah ekonomi. Ibu bapa mereka adalah terdiridaripada golongan yang berpendapatan rendah. Anggaran pendapatan bagi sesebuah keluarga ialah RM 600 hingga RM1000. Tambahan lagi, ada juga antara keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Oleh hal yang demikian, keluarga tersebut mengalami sedikit kesempitan hidup.
Selain itu, dalam kalangan mereka kebanyakannya tinggal jauh dari sekolah. Boleh dikatakan mereka kurang mendapat pendedahan dari segi perkembangan semasa dan pengalaman hidup. Mereka perlu bangun seawal jam 5.30 pagi dan bersiap sedia untuk menaiki bas ladang ke sekolah malahan ada yang datang ke sekolah tidak beralaskan perut sehingga menunggu waktu rehat pada pukul 10.00 pagi. Ini menyebabkan mereka kelihatan kurang cergas, keletihan dan sering mengantuk ketika aktiviti pembelajaran dan pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan satu kajian melalui temubual dan pemerhatian daripada guru Tahun 4dan 5 mendapati bahawa terdapat murid-murid yang tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru semasa sesi pengajarandan pembelajarandilaksanakan walaupun pelbagai kaedah pengajaran dipelbagaikan dan dilaksanakan untuk menarik perhatian dan minat murid-murid tersebut. Mereka lebih suka melakukan tugasan hands-on, bergaul dengan rakan sebaya dan kurang memberi maklumbalas kepada guru apabila menerima sesuatu rangsangan. Keadaan ini menyebabkan 10 orang murid tahun 4 dan 5 tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca. Akibatnya mereka ini ketinggalan dalam PdP dan memberikan masalah kepada peratus UPSR sekolah.
Pencapaian objektif pengajaran guru tidak mungkin akan terlaksana jika murid-murid tersebut gagal menerima pengajaran daripada guru bagi sesuatu kemahiran yang hendak disampaikan. Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk guru memikirkan kaedah baru yang boleh merangsang perubahan tingkahlaku dan komunikasi murid-murid Tahun 4 dan 5 ke arah yang lebih positif, efisen dan berkesan.
Bagi menggalakkan proses pembelajaran dengan lebih berkesan dan kondusif, cadangan lain yang difikirkan sesuai mengikut hati nurani kanak-kanak ialah dengan menggunakan Aplikasi Kaedah e-SIBUF. Penggunaan kaedah e-SIBUF diharapkan boleh dijadikan sebagai satu rangsangan dan kaedah mengubah dan meningkatkan konsentrasi kanak-kanak. Telah terbukti bahawa kaedah ini memang memberi kesan positif kepada murid-murid.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
a. Meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca dan berkomunikasi dalam kalangan murid-murid lemah Tahun 5 dengan menggunakan bahan ICT melalui aplikasikaedah e-SIBUF. b. Membantu murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas agar dapat meningkatkan daya ingatan dan rangsangan mereka untuk minat belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ICT. c. Membimbing dan memberi peneguhan serta galakkan kepada murid-murid lemah .
1.4 PERSOALAN KAJIAN Adalah bertepatan dengan objektif kajian di mana pengkaji perlu memikirkan beberapa persoalan. Antaranya ialah i) Sejauhmanakah penggunaan kaedah e-SIBUF dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca bagi murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas ii) Adakah penggunaan komputer dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid? iii) Sejauhmanakah aplikasikaedah e-SIBUF benar-benar menarik minat dan berlakunya perubahan sikap murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung?
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Bahagian ini penting untuk memperlihatkan penggunaan aplikasikaedah e-SIBUF dalam meningkatkan kemahiran asas membaca Bahasa Melayu semasa sesi pembelajaran dan pengajaran, kejayaan tenaga pengajar dalam mencapai objektif pengajaran dan juga respon murid-murid terhadap penggunaan komputer dalam mempelajari sesuatu kemahiran.
1.6 BATASAN KAJIAN a. Kajian ini dijalankan untuk murid-murid tahun 4 Arif dan 5 Cerdas di Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh . b. Kajian ini dijalankan terhadap 2 kumpulan kecil sahaja. c. Terdiri daripada 10 orang murid lemah tahun 4 dan 5 yang berumur di antara10- 11 tahun. d. Terdiri daripada lima orang lelaki dan lima perempuan.
RUMUSAN Pendidikan di alaf baru hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat mempunyai cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan dan berusaha mengabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan, efisen dan bermakna. Proses pembelajaran di dalam bilik darjah memerlukan teori dan strategi pembelajaran yang betul bagi memastikan maklumat yang disampaikan akan dapat diterima dengan baik. Kehadiran teknologi di dalam era perubahan perkembangan pendidikan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam mewujudkan komunikasi berkesan. Kajian lepas telah membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan di ingatan lebih lama kerana didedahkan kepada perisian beranimasi, dinamik, interaktif dan pelajar boleh merasa seolah-olah berada di situasi yang sebenar jika penggunaan perkakasan multimedia dan animasi yang betul dapat memainkan peranannya.
BAB 2
2.0 TINJAUAN LITERATUR
Bab ini membincangkan tentang tinjauan literature dan kajian berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam mengubah penyampaian , strategi , kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.
2.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ( TMK )
Program komputer dalam pendidikan telah bermula sejak tahun 1998. Ledakan teknologi di era baru ini amat pantas berlaku di seluruh persada dunia terutamanya dalam perkembangan bidang Sains dan Teknologi. Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Ia memainkan peranan penting dalam era globalisasi. Proses pengajaran dan pembelajarandapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaiannya. Penggunaan ICT dalam PdP dapat dilihat dari dua aspek pengajaran (guru menggunakanICT) dan aspek pembelajaran (murid guna ICT).Teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada murid. Pengajaran berintegrasikan komputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Dalam usaha menerapkan dan membudayakan ilmu teknologi ini dapat dilihat dengan nyata dalam bidang pendidikan. Kerajaan telah membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan yang berkaitan dengan teknologi terkini terutamanya peralatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah seluruh negara. Kemudahan makmal komputer telah dibina, pembekalan komputer-komputer peribadi di makmal berkenaan, Overhead Projektor (OHP) , Liquide Crystal Display (LCD) Projektor serta Laptop dan PC Tablet kepada guru-guru di sekolah . Guru-guru juga telah dihantar menjalani pelbagai latihan berkaitan dengan teknologi ini tidak kira dalam negara mahupun mendapatkan latihan di luar negara. Ini semua merupakan usaha yang sangat baik untuk menjadikan murid-murid dan guru-guru celik ICT .
2.2 BELAJAR DARI KOMPUTER
Pendidikan kini telah mengalami banyak perubahan. Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer (PPBK dan seterusnya) telah diperkenalkan dan diperluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah. Komputer merupakan suatu alat elektronik dan berteknologi moden yang melibatkan pelbagai kaedah persembahan multimedia yang dapat menarik minat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ia bertindak sebagai pengajar dan kanak-kanak pula belajar dari komputer dengan menggunakan perisian PPBK yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun beli dari pembekal-pembekal luar yang berlesen dan diiktiraf dan yang terbaru 1Bestari Net oleh YTL maka keluarlah Fogs.Perisian Frog lebih baik dan mesra murid-murid.
Dalam konsep belajar daripada komputer, pelbagai bentuk persembahan digunakan untuk memperkenalkan sesuatu kemahiran untuk memastikan murid mampu menggunakan komunikasi berasaskan komputer. Pelbagai teknik, kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan teknologi ini seperti kaedah tunjuk cara atau demonstrasi, tayangan simulasi, model, penerangan, soal-jawab, persembahandan lain-lain strategi. Pelajar boleh mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa. Ini penting bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan mendatangkan kualiti dan pencapaian pembelajaran yang berkesan. Belajar dengan komputer boleh menjana pembelajaran konstruktif . Simon(1993) berpendapat bahawa pembelajaran konstruktif berlaku apabila : a. pelajar aktif memproses maklumat secara bermakna, b. pembelajaran baru dibina di atas pengetahuan sedia ada , c. pelajar meluaskan pengetahuan baru dan menghubungkaitkannya dengan pengetahuan semasa, d. pelajar sentiasa membuat refleksi mengenai apa yang merekaketahuidan menaksir apa perlu dipelajari, dan e. pembelajaranadalah bermatlamat dan dijuruskan untuk mencapai matlamat tersebut.
2.3 PANDANGAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pandangan Tokoh Malaysia
a. Menurut Halimah (1999), teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini dapat memberikan kesan yang berlainan dari kaedah biasa semasa proses persembahan. Teknologi ini dapat mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara kanak-kanak belajar pada masa hadapan. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer akan menjadi lebih berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana para pendidik boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mempersembahan hasil kreativiti mereka. Secara tidak langsung, komputer dapat menggalakkan komunikasi di antara kanak-kanak.
b. Mohd Zaliman et al. (2001), menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk c. mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru. Konsep pembelajaran berasaskan komputer memudahkan sesuatu proses pembelajaran itu difahami dan diminati. Konsep-konsep, prinsip-prinsip dan teori-teori sesuatu kemahiran dapat diperjelaskan dengan mudah kepada murid-murid. d. Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar, J amaludin Mohaidin (2000), menyatakan bahawa penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar. e. Menurut Nor Hashimah (2004), menyatakan bahawa menurut pengalamannya sendiri penggunaan ICT dapat menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, beliau dapat menarik tumpuan pelajar untuk terus fokus pada subjek yang diajar, dan pelajar sendiri akan lebih rasa seronok menggunakan teknologi ini. Beliau juga mendapat satu kepuasan yang berlainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerangannya ketika sesi pengajaran akan lebih menyakinkan pelajar. f. Menurut Munir dan Halimah Badioze Zaman (1998) mengatakan multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar membaca. Sedangkan dalam bidang sains pula keberkesanan PBK adalah lebih baik dua kali ganda daripada pembelajaran kaedah tradisional. g. Hubungan interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1996), komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat.
Pandangan Tokoh Barat a. Hunter (1983) mendefinisikannya sebagai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua manusia untuk hidup dalam masyarakat yang bergantung kepada penggunaan komputer dalam mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang kompleks .
b. Menurut J onassen (1994),Komunikasi Berperantarakan Komputer ( KBK ) juga menggalakkan murid membina pengetahuan sendiri dan lebih memahami serta mengingati apa yang mereka pelajari. Selain itu, menurut J onassen (1996), kemahiran menggunakan komputer sebagai alat intelektual bergantung kepada pengalaman menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.
c. Mengikut seorang pengarang Schweizer H. (1999) dalam bukunya "Designing and Teaching an On-Line Course" dimana pembelajaran boleh berlaku secara virtual, perjumpaan secara bersemuka adalah digalakkan juga ke arah mewujudkan pemahaman dan perhubungan sosial 2 hala. Dalam hal ini guru harus memahami aspek-aspek pedagogi serta konsep pembelajaran bestari serta dapat mengintegrasikannya bersama-sama dengan perkembangan teknologi dalam proses PdP.
d. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
e. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.
f. Menurut Clements (1995) menyatakan bahawa komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar.
BAB 3 3.0 PENGENALAN
Tujuan kajian ialah untuk melihat kesan Penggunaan AplikasiKaedah e-SIBUF Dapat Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca Murid Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas. Dalam bab ini akan membincangkan dan menjelaskan prosedur secara terperinci tentang reka bentuk kajian, cara pemilihan sampel kajian, mereka instrumen kajian, cara data dikutip, dikumpulkan dan dianalisis di akhir kajian. Kajian ini dijangka akan dijalankan pada bulan Ogos 2014 ,hanya 10 orang sebagai perintis kajian ini.
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini melibatkan 3 orang responden iaitu guru Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas (responden ke 1 ), ibu bapa ( responden ke 2 ) dan murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas ( responden ke 3 ). Dalam kajian ini, kanak-kanak adalah responden yang utama hendak dikaji. Guru Tahun 4 dan 5 dan ibu bapa sebagai responden sampingan untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang murid-murid yang hendak dikaji. Dalam mereka bentuk kajian memerlukan pengkaji memikirkan idea dan persolalan kajian. Sebagai seorang pengkaji perlu menyediakan beberapa kerangka aktivit . Proses ini memerlukan perancangan yang sistematik agar tidak timbul pelbagai masalah apabila kajian dilaksanakan nanti. Pengkaji perlu memikirkan dan memutuskan bentuk kajian yang hendak dilakukan sama ada dalam bentuk kualitatif ( pemerhatian ) atau pun kuantitatif ( boleh diukur dengan menggunakan pewakilan nombor ). Pada peringkat awal, soal selidik kajian ini telah dijalankan. Hasil dapatan maklumat adalah melalui temubual secara tidak formal dengan guru Tahun 5 mendapati bahawa banyak maklumat yang diterima tentang permasalahan murid-murid seperti tidak suka bergaul dengan rakan, kurang mahir membaca dan mengenal huruf, tidak dapat mengenal nombor dengan mudah, tidak mahir dalam memegang pensel, tidak mahir menulis dan lain-lain lagi. Oleh itu, pengkaji telah memilih satu tajuk kajian permasalahan. Maklumat berkaitan yang diperoleh kemudian dipindahkan ke dalam data maklumat. Pelbagai jenis borang soal selidik maklumat untuk guru dan ibu bapa dalam bentuk skala likert juga disediakan agar pengkaji mendapat maklum balas yang spesifik dan juga memudahkan proses kajian berjalan lancar nanti. Terdapat beberapa jenis borang untuk melihat perlakuan kanak-kanak ( responden ) yang dikaji semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pengkaji perlu memerhati tatakelakuan murid-muridketika mereka dalam proses pembelajaran. Ia diukur secara kualitatif dan memerlukan pemerhatian yang terperinci sepanjang kajian dijalankan sehingga pemerolehan data dikutip, dikumpulkan dan dianalisis pada akhir kajian. Data yang dikutip perlu mempunyai ciri-ciri kebolehpercayaan dan kesahan untuk menyokong tujuan kajian dilaksanakan. Selain itu, borang-borang soal selidik ini membolehkan pengkaji memahami dan mengetahui latar belakang murid-murid ( responden ) dengan lebih dekat dan juga mengetahui situasi dan persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku dan komunikasi berkesan mereka di dalam bilik darjah. Keceriaan bilik darjah juga diambil kira dalam memperoleh maklumat. Ia penting untuk merangsang situasi yang berbeza yang dirasakan oleh murid-murid. Sudah menjadi lumrah sebagai seorang kanak-kanak yang inginkan sesuatu yang baru dan mempunyai pembaharuan. Mereka mudah bosan dengan sesuatu bahan yang ada di hadapan mereka jika ianya tidak dititikberatkan.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Populasi kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh Kluang. Murid-murid ini terdiri daripada murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas . Mereka berumur di antara 10- 11tahun. Murid-murid ini mempunyai latar belakang dan sosialekonomi yang berbeza. Sekolah ini mempunyai seramai 34 orang murid-murid di Tahun 4 dan 5. Daripada 32 orang murid ini, hanya 10 orang sahaja saiz sampel dipilih. Ia diambil sebagai sampel kajian dari Kelas Tahun 4Arif lima orang serta 5 orang dari Kelas 5 Cerdas . Murid-murid ini juga adalah terdiri daripada pelbagai kebolehan dan minat yang berbeza serta mempunyai pencapaian yang sederhana dan rendah. Walau bagaimanapun, kajian ini diadakan secara global hanya untuk melihat kesan penggunaan AplikasiKaedah e-SIBUF yang dapat menggalakkan komunikasi berkesan dan membantu daya ingatan penguasaan kemahiran asas membaca murid-murid lemah Tahun 4 Arif dan 5 Cerdas serta peranan guru dalam memastikan pencapaian objektif pengajarannya.
3.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan objektif kajian , keinginan untuk memperoleh kesahihan data, tenaga dan kewangan yang mencukupi, sokongan daripada guru Tahun 4 dan 5 itu sendiri dan pihak sekolah yang dicadangkan.Instrumen kajian terdiri daripada beberapa kaedah seperti temubual dengan guru sebelum kajian dijalankan, borang soal selidik mengenai guru Tahun 4 dan 5 , ibu bapa serta borang kaji selidik tentang perlakuan kanak-kanak di dalam bilik darjah yang melibatkan pemerhatian secara rawak dan berkala semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Selain daripada borang soal selidik, pelbagai jenis lembaran kerja juga disediakan untuk melihat kesan penggunaan perisian melalui komputer yang dapat meningkatkan komunikasi berkesan di antara kanak-kanak dengan perisian yang digunakan ketika dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil dapatan daripada latihan akan dianalisis untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan tentang kesahihan keputusan sebaik sahaja objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai.
3.4 LOKASI KAJIAN Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh Kluang, J ohor.
RUMUSAN Bab ini menerangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian bermula dari reka bentuk kajian hingga ke tatacara pengutipan data. Bab ini juga menyentuh tentang prosedur dan proses data dikumpulkan, disusun, diproses, dianalisis dan didokumenkan. Dokumen yang difailkan . Ia hanya sebagai bahan rujukan pada masa akan datang.
BIBLIOGRAFI 1.Tang, Chee Yee .(1988).Panduan Latihan Mengajar. Fajar Bakti, Petaling J aya. 2.Dr David Lim Chong Lim, Dr Nor azizah Salleh, Prof Madya Dr Sat Md Yasin, Prof Madya Dr Mohd Kidin, Prof Madya Dr Alias Mohd Yatim..(2011).HBEF 2503 KaedahPenyelidikan Dalam Pendidikan), Open Universiti Malaya Kuala Lumpur. 3.Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib .(1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah. Kaedah Dan Strategi. Masa Enterprise,Kajang. 4.Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan J aafar.(1997).Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan.Komputer, Berita Harian .6 November .
5.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Strategi pengajaran pembelajaran Sains sekolah rendah. Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru .
6.Nor hashimah Hashim , Yahya Che Lah. ( 2004 ). Sinopsis Panduan Pendidikan Prasekolah PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Laman Web 1.http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf