Anda di halaman 1dari 15

HBEF3503 Pendidikan INkLUSIf

TOPIK 1: APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF


Fokus:
(a) Program inklusif berbeza dengan sekolah tradisional yang memisahkan pelajar yang
kelainan upaya dari pelajar biasa.
(b) Program inklusif memerlukan guru-guru yang mempunyai latihan, kemahiran dan
pengetahuan khusus.
(c) Isu-isu yang terlibat dalam penubuhan dan penyelengaraan sekolah inklusif sering
berbeza dari isu-isu sekolah biasa. Ini juga bermakna ia sering memerlukan penyelesaian
yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru program inklusif memerlukan sumber yang khusus untuk
menyesaikan masalah berkaitan program inklusif.
Kandungan Asas:
(a) Program sekolah inklusif bermula di akhir 1980an dan 1990an.
(b) Isu-isu penting apabila membicarakan sekolah inklusif.
i. Perlunya masa yang cukup untuk merancang.
Penyediaan program sekolah inklusif memerlukan masa, tenaga dan sumber
yang banyak terutama sekali jika ia program menyeluruh.
Perancangan perlu sebelum, semasa dan selepas program inklusif dijalankan
untuk memastikan segala isu yang timbul ditangani dengan betul untuk
memastikan prrogram itu berterusan.
ii. Perlunya peningkatan professsional.
Bull dan Buechler (1997), mencadangkan peningkatan professional yang
berbentuk:
- Berasaskan sekolah;
- Menggunakan bimbingan (coaching) dan prosedur berterusan;
- Berbentuk kolaboratif;
- Berteraskan hidupan seharian guru untuk memastikan perkembangan
berteruskan; dan
- Berfokuskan pembelajaran dilalui pelajar.
Perkara lain yang perlu diambil kira:
- Kenapa program inklusif diperlukan;
- Bagaimana program akan dijalankan;
- Kemungkinan ia berjaya;
- Bentuk kolabirasi yang diperlukan;
- Pasukan yang perlu dibentuk, termasuk pasukan mengajar;
- Strategi berdasarkan kumpulan yang diperlukan (pembelajaran koperatif,
kumpulan pelbagai umur dan peer-tutoring);
- Proses perubahan; dan
- Isu-isu sekolah (disiplin, konflik dan latihan kemahiran sosial).
iii. Pentingnya peranan guru pendidikan khas.
Guru-guru yang terlibat dalam pendidikan khas sering datang dari latar belakang
yang berlainan, kerana itulah mereka mungkin memerlukan latihan untuk
memberi mereka keseragaman yang membolehkan program berjalan dengan lebih
lancar.
iv. Perlunya perancangan penjadualan dan penggunaan bahan yang teliti.
Pengalaman ramai penulis dalam bidang pendidikan inklusif menunjukkan
bahawa kakitangan sekolah yang hendak menjalankan program inklusif sering
tidak dapat menjangka keperluan bahan dengan tepat.
v. Isu isu penyelenggaraan sekolah inklusif.
Pada lazimnya sekolah sekolah yang memulakan program inklusif akan jatuh
dalam salah satu dari tiga kategori:
- Program yang terus berkembang;
- Program yang perkembangannya terbantut; dan
- Program yang beransur-ansur kembali ke pendidikan tradisional.
Strategi untuk menjadikan program inklusif berjaya perlu:
- Mengekalkan kumpulan perancangan inklusif yang diberi tugas mengawas
perjalanan program dan mencadangkan perubahan yang perlu.
- Memastikan guru yang mengajar program itu dikekalkan dengan keperluan
yang cukup.
- Terus melibatkan guru ketika merancang kolaborasi.
- Pembangunan kakitangan secara berterusan.
- Memastikan penilaian keatas program inklusif berterusan.
Sila rujuk bacaan asas dan tambahan.
(c) Aktiviti: Sebelum kita boleh menjalankan program inklusif atau apa-apa program
pendidikan, adalah penting untuk kita tahu pandangan dan pendapat khalayak ramai, warga
pendidik yang akan terlibat dan yang penting sekali, para pelajar yang akan terlibat dibawah
program yang akan dijalankan. Untuk tugasan kecil ini anda perlu menjalankan dua aktiviti.
i. Baca artikel yang diberi.
ii. Tanya beberapa orang dari mereka yang akan terlibat tentang pendapat dan
kesedaran mereka tentang program inklusif.
Dari bacaan dan perbualan anda, sediakan satu laporan ringkas (tidak lebih dari tiga
muka) dan muatkan ke dalam fail reflektif anda kandungan fail ini boleh digunakan
untuk melengkapkan tugasan tugasan anda..
Pautan Luar:
(a) Pendidikan Inklusif menurut UNESCO.
(b) Menjalankan pendidikan inklusif memerlukan sumber dan pengetahuan yang tersendiri.
Bacaan Utama:
Bab 3: Schoolwide Issues in Creating Inclusive School (Mcleskey & Waldron, 2000). (Dapatkan
dari khidmat Ebrary di TSDAS Digital Library)
Pendidikan Inklusif Di Sana Sini
(a) Di Malaysia, pelajar berkeperluan khas tidak dilupakan tetapi mereka selalunya tidak
dididik secara inklusif. Lihat Bacaan 1.
(b) Pelajar berkeperluan khas selalunya dinilai sebelum mereka ditempatkan dalam kelas atau
program yang membolehkan mereka belajar dengan lebih sempurna. Sila rujuk Bacaan 2.
Rujukan Video.
(a) What is Inclusive Education.
Components of Inclusive Education
There's a difference between "real" inclusion...
and just being present.
Key "Necessary" Components of "Inclusive Education"
Students are in their home schools, general education classes
Where the students would be if they did not have disabilities
Appropriate Supports and Services
Based on individual's and needs.
Supports follow the students, the students don't go somewhere to get
them
"On-going" planning for success
Obstacles are issues waiting for solutions
"Teams" are proactive, addressing needs before problems arise
Inclusion is a process, not an event
All team members actively seek out information and resources
All team members have a shared vision of what success looks like for
each individual student
Classroom, building and district decisions and planning reflect the needs
of students with disabilities
Active Participation
Exclusion can happen in a general education environments
All activities are designed to be accessible for all students
All students have a sense of belonging
All students are valued
Social goals are integrated within class activities for all students
Adults model and facilitate inclusion and interactions
Achievement of IEP Goals
Goals are dependent on individual and worked on within general
curriculum
Natural proportions
Same proportion of students with disabilities are in classes as are in the
general population
Students with disabilities are not grouped
All classes practice inclusion, none are referred to as "inclusion classes"
Classes get ready for students
Students do not have to get "ready" to be included
There are no prerequisites for inclusion
Staff are trained based on students' needs
Collaboration and Team Planning
General and special education staff have ownership of students with
disabilities
All team members collaborate and communicate frequently
Diversity is valued through out all environments, activities and events
Sensitivity and awareness are interwoven throughout
Universal design and curriculum are utilized first
People 1st language is promoted and used in all environments
All students get what they need based on individuals, not labels
All students count in assessments and evaluations












Topik 2: Membina Kelas Inklusif.
Fokus:
(a) Untuk mewujudkan program inklusif di sekolah anda, anda perlu terlebih dahulu tahu
keperluan pelajar dan sekolah anda.
(b) Program inklusif tidak boleh dijalankan dengan efektif tanpa guru yang berminat dan
berkebolehan dalam bidang ini.
(c) Untuk membolehkan program inklusif diwujudkan dengan baik, beberapa polisi dan
peraturan tentangnya telah diwujudkan.
Kandungan Asas:
(a) Langkah-langkah yang dicadangkan McLeskey dan Waldron (2000), untuk membina
sekolah / program inklusif di sekolah anda.
i. Mula dengan perbincangan tentang persekolahan untuk semua pelajar.
ii. Tubuh kumpulan / pasukan yang akan menjalankan rancangan.
iii. Kaji dan kenali sekolah / konteks anda.
iv. Kaji sekolah sekolah lain dan lihat apa yang mereka lakukan di sekolah mereka.
v. Buat perancangan anda untuk menubuhkan program inklusif di sekolah anda.
vi. Runding dan bincangkan rancangan anda dengan seluruh komuniti sekolah.
vii. Olah semula perancangan anda dengan mengambil kira maklum balas dari
komuniti sekolah.
viii. Buat persediaan.
ix. Jalankan rancangan anda.
x. Monitor, pertimbangkan dan olah program inklusif anda dan buat perubahan di
mana perlu.
(b) Perkara perkara yang anda perlu tahu tentang sekolah anda dan program inklusif (rujuk
poin ketiga diatas: kaji dan kenali sekolah anda).
i. Kenali sekolah anda.
Berapa ramai pelajar belajar di sekolah anda?
Apakah kumpulan kumpulan yang ada di sekolah anda (kaum, jantina dan
lain lain)?
Jumlah kakitangan (guru dan lain lain) di sekolah anda?
Apakah saiz kelas di sekolah anda?
Lain lain informasi yang berkenaan dengan keperluan dan perlunya
menubuh program inklusif di sekolah anda?
ii. Pelajar pelajar yang berkeperluan khas di sekolah anda.
Berapa ramaikan pelajar berkeperluan khas di sekolah anda?
Bahagikan jumlah pelajar berkeperluan khas menurut tahun dan jenis / tahap
kelainan mereka.
Dari manakah pelajar pelajar ini datang?
iii. Sokongan untuk pelajar berkeperluan khas.
Apakah sokongan untuk pelajar berkeperluan khas yand sedia ada di sekolah
anda?
Apakah terma terma rujukan yang digunakan dalam program sokongan yang
sedia ada di sekolah anda?
Kakitangan yang terlibat dengan program sokongan yang sedia ada?
- Guru;
- Kakitangan sokongan;
- Kakitangan sukarela; dan
- Pelajar yang sedia / sedang membantu.
iv. Program sokongan yang sedia ada.
Lain lain informasi yang perlu.
v. Pelajar berkeperluan khas dan guru yang terlibat.
Bahasa / terma yang digunakan;
Penglibatan secara fizikal;
Penglibatan masyarakat;
Penglibatan akademik; dan
Fungsi dan peranan guru pendidikan khas.
vi. Peraturan dan polisi sekolah
Bagaimanakah pelajar dikumpulkan? Pembahagian kelas dan lain lain.
Apakah pelajar berkeperluan khas dikumpul bersama pelajar lain?
Apakah sekolah anda mengamalkan pembelajaran koleratif?
Apakah amalan amalan yang membantu dan menghalang program inklusif?
Apakah polisi sekolah anda berkaitan
- Adaptasi teknik pembelajaran;
- Masalah disiplin dan hukuman; dan
- Segala aktiviti inklusif.
Bidang kuasa sekolah dalam menjalankan program inklusif.
vii. Polisi dan peraturan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkenaan
program inklusif.
viii. Perkara perkara yang anda perlu tahu tentang komuniti sekolah dan komuniti di
luar sekolah.
Pendapat dan pegangan berkenaan pendidikan inklusif.
Kefahaman tentang pendidikan inklusif.
Bacaan Utama:
(a) Bacaan 3
(b) Bab 9: A Systematic Approach for Developing, Implementing and Monitoring Inclusive
School (Mcleskey & Waldron, 2000). (Dapatkan dari khidmat Ebrary di TSDAS Digital
Library).
(c) Bab 10: Lessons Learned (Mcleskey & Waldron, 2000). (Dapatkan dari khidmat Ebrary
di TSDAS Digital Library)
Rujukan Video.
Bagaimana Pendidikan Inklusif beraksi.

TOPIk 3: PENUBUHAN SEKOLAH INKLUSIF
Fokus:
Kandungan Asas:
(a) Isu isu logistik dalam menubuh program inklusif.
i. Prinsip asas
Gunakan sokongan yang sedia ada dalam kelas: sokongan semulajadi.
Pilih sokongan yang paling kurang intrusif.
ii. Untuk sokongan dalam kelas kekal efektif, ia perlu:
Sesuai dengan perjalan seharian pembelajaran kelas.
Dilihat sebagai efektif oleh pelajar berkeperluan khas dan juga oleh pelajar
biasa.
Merupakan nilai tambah dalam repertoire / portfolio teknik pembelajaran guru
yang mengajar.
iii. Apa yang dianggap khas tidak semestinya menonjol dalam konteks kelas yang
dijalankan kerana sesuatu yang menonjol biasanya susah untuk diterima dan susah
untuk dikekalkan dalam perjalanan seharian kelas, terutama sekali untuk jangkamasa
yang lama.
(b) Kenapa program inklusif baik untuk pelajar berkeperluan khas? Sekolah-sekolah yang
mempunyai pelajar berkeperluan khas mempunyai beberapa pilihan seperti mengadakan
kelas-kelas khas untuk pelajar berkeperluan khas, mengadakan kelas khas untuk pelajaran
tertentu dan mengadakan kelas inklusif sepenuhnya. Setiap pilihan ini menimbulkan masalah
yang sendiri.
i. Bergerak dari kelas-kelas mangambil masa dan ini akan mengurangkan masa
pelajar untuk satu satu kelas.
ii. Keluar masuk kelas untuk subjek tertentu dari kelas campuran dengan pelajar biasa
dan kelas khas menyukarkan pelajar berkawan.
iii. Mengadakan kelas berasingan mengurangkan masa mengajar untuk guru.
iv. Kelas berasingan untuk subjek tertentu menyukarkan pelajar kerana mereka perlu
mempelajari peraturan berlainan untuk setiap kelas.
(c) Idea asas program inklusif, semua pelajar perlu dilibatkan dalam pembelajaran dan
komuniti sekolah dan semua perlu menerima kepelbagaian hingga tidak mengasing sesiapa
sahaja (Stainback, Stainback & Jackson, 1992 dari McLeskey & Walron 2000). Maka
cabarannya adalah mewujudkan kepelbagaian pelajar dan pembelajaran di dalam kelas.
(d) Cabaran ini adalah cabaran jangka panjang iaitu untuk mencipta kelas yang baru dimana
kepelbagaian diterima. Ini dimulakan dari kelas dan pelajar normal dan bukan dari pelajar
berkeperluan khas (McLeskey & Waldron 2000).
(e) Ferguson (1995), mencadangkan tiga perubahan asas yang perlu berlaku untuk
membolehkan program inklusif diwujudkan:
i. Sekolah dan kelas perlu disusun menurut gaya pembelajaran dan kepelbagaian
pelajar dan bukan menurut tahap kemahiran dan kebolehan pelajar.
ii. Beri keutamaan kepada peranan pelajar dalam membina pengetahuan, kemahiran
dan kebolehan mencari ilmu, bukan lagi menganggap guru sebagai pemberi ilmu
pengetahuan
iii. Anggap peranan sekolah sebagai penyedia sokongan untuk pembelajaran dan
bukan pemberi ilmu. Ini boleh dipanjangkan untuk memberi sokongan supaya
membolehkan pelajar menjadi sebahagian dari masyarakat am.
Bacaan Utama:
(a) Bab 5: Logistic Issues in Developing Inclusive Schools (Mcleskey & Waldron, 2000).
(b)
http://www.education.gov.za/LinkClick.aspx?fileticket=gVFccZLi%2FtI%3D&tabid=191&
mid=484.
Rujukan Video:
Menubuhkan program inklusif.




TOPIk 4: KEPERLUAN SOSIAL PELAJAR DALAM KELAS INKLUSIF
Fokus:
Kandungan Asas:
(a) Pelajar dianggap boleh menyesuaikan diri dengan perjalanan dan pembelajaran di sekolah
sekiranya ritma hariannya di sekolah selari dengan pelajar-pelajar lain (Mcleskey &
Waldron, 2000).
(b) Kebolehan pelajar berkeperluan khas untuk menyesuaikan diri dengan pelajar lain boleh:
i. Mengurangkan stigma sebagai pelajar berkeperluan khas.
ii. Dianggap sebagai ahli penuh komuniti sekolah dan seterusnya masyarakat secara
amnya.
(c) Untuk membolehkan pelajar sesuai dengan kelasnnya empat faktor penting perlu
diutamakan, iaitu:
i. Iklim kelas yang sesuai untuk tindak laku positif.
ii. Mengajar semua pelajar tentang hakikat kelainan upaya.
iii. Memberi pelajar peluang untuk belajar kemahiran sekolah.
iv. Memberi peluang untuk pelajar membina persahabatan diantara satu sama lain.
(d) Ciri ciri lazim kelas inklusif:
i. Keadilan dan kebolehpercayaan di dalam kelas.
ii. Pelajar terlibat dalam membuat keputusan pengurusan kelas.
iii. Peraturan yang ditetapkan dan dipelajari semua pelajar terlibat.
iv. Masalah disiplin diramal dan ditangani sebelum ia muncul.
v. Pengurusan persekitaran kelas yang baik.
vi. Teknik intervensi yang diolah khas untuk masalah disiplin di kelas.
vii. Kelas yang predictable.
Bacaan Utama:
Bab 7: Addressing Students Social Needs in the Inclusive Classrooms (Mcleskey & Waldron,
2000).

TOPIk 5: KEPERLUAN AKADEMIK PELAJAR DALAM KELAS INKLUSIF
Fokus:
Kandungan Asas:
(a) Sekolah yang menjalankan program inklusif sering terlepas pandang keperluan pelajar
berkeperluan khas, dan ada masanya, pelajar biasa juga.
(b) Bahagian ini merangkumi strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.
(c) Menangani kepelbagaian:
i. Adaptasi kurikulum.
ii. Mengubah kurikulum.
(d) Menangani kepelbagaian dalam kelas biasa:
i. Mengubah teknik mengajar.
ii. Mempelbagaikan teknik mengajar.
iii. Melakukan perubahan.
(e) Menangani keperluan sosial:
i. Komuniti akademik di sekolah.
ii. Komuniti sosial di sekolah.
iii. Iklim positif bilik darjah.
iv. Mengajar pelajar tentang kelainan upaya.
v. Mengajar kemahiran sosial.
vi. Persahabatan.
(f) Menangani pelajar bermasalah.
Bacaan Utama:
Bab 6: Addressing Students Academic Needs in Inclusive Classrooms (Mcleskey & Waldron,
2000).

TOPIk 6: NUMERASI DI SEKOLAH RENDAH
Fokus:
Kandungan Asas:
(a) Apa itu numerasi?
i. Secara asas, numerasi adalah kebolehan menggunakan nombor iaitu mengira atau
lebih tepat lagi, kebolehan menggunakan dan memahami konsep matematik.
ii. Makna numerasi, competence in interpreting and using numbers in daily life,
within the home, employment and society. Thus the meaning of numeracy must relate
to the social context of its use and the social practices that are adopted in the
context (Baker, 1999; Brown, 2004).
iii. Definasi UK, numeracy was to be defined broadly as the competence and
inclination to use number concepts and skills to solve problems in everyday life and
employment at primary level proficiency in a culturally neutral context-free set
of number skills, underpinned by abstract visual models, such as the number line..
(Brown 2004).
(b) Bagaimana numerasi diajar di sekolah?
i. Secara lazimnya, numerasi dibina dalam kalangan pelajar sekolah melalui
pengajaran matematik. Ini temasuklah menngunakan numbor dan konsep-konsep
matematik lain dalam konteks:
Menyelesaikan masalah:
- Interpretasi informasi matematik.
- Kebolehan melihat pilihan yang ada dan memilih jalan kerja terbaik untuk
menyelesaikan masalah.
- Berfikir secara logik dan waras.
- Menyimpan sesuatu dalam ingatan dan mengingatnya kembali.
- Membina kemahiran persepsi penglihatan.
- Menggunakan idea dan teknik matematik untuk menyelesaikan masalah.
- Mencari yang abstrak dari yang konkrit (informasi).
Menggunakan nombor:
- Memberi makna kepada abjad dan nombor yang digunakan dalam pengiraan.
- Memahami konsep nombor dan hubungkaitan antara nombor nombor.
- Menyusun dan mengatur nombor.
- Mengira (campur, tolak, bahagi dan lain lain).
Mengira:
- Tahu bagaimana mengukur.
- Faham menggunakan alat mengukur.
- Faham sistem ukuran yang berbeza.
Algebra:
- Melihat, mengenal, meramal dan menceritakan corak dan kaitan matematik.
- Merumuskan algoritma dari masalah kompleks.
Geometri:
- Membina kesedaran dan kemahiran spatial (ruang).
- Memahami hubungan geometri dalam bentuk dua dan tiga dimensi.
Statistik:
- Mengumpul, menganalisa dan mempersembahkan data.
- Mengkategori dan mengenal hubungkait antara data dalam bentuk nombor.
- Mempersembahkan informasi dalam bentuk carta, graf dan lain lain
illustrasi.
- Menggunakan bahasa dan tulisan yang betul untuk menyampaikan maksud
berkaitan nombor dan data.
(c) Aktiviti. Dalam bacaan asas, baca tentang Program Numerasi Leverhulme and juga cari
(melalui google atau Bing) terma asas pendidikan matematik di Malaysia. Apakah kedua ini
sama dengan terma yang digunakan di Australia yang tercatit dalam (b)?
Bacaan Utama:
(a) Margaret Brown 2: The Meaning of Numeracy (Brown, Askew & Millett, (eds); 2004).
(b) http://www.kiwifamilies.co.nz/articles/numeracy/.
(c) Rujuk dokumen PEMANDU dalam bahagian sumber.
Rujukan:
a) Numerasi bukan matematik (UK)

Anda mungkin juga menyukai