Anda di halaman 1dari 7

ARAHAN: Kertas ini mempunyai dua bahagian. Jawab semua soalan di bahagian A dan B.

BAHAGIAN A: Pilih jawapan yang betul.



1. Oh, kamu datang untuk ______________________, ya! kata Sang Serigala.

A. Terhutang budi C. Panjang akal
B. Menyerah diri D. Darah daging


2. __________________itu selalu membuat bising dan mengganggu orang yang melalui
simpang di taman itu.

A. Ringan tulang C. Ulat buku
B. Otak cair D. Kutu embun


3. Amirahayu dan kawan-kawannya membersihkan kawasan ______ luar rumah asuhan itu.

A. di C. kepada
B. ke D. dari


4. Majlis jamuan yang diadakan itu _____________hari Ahad ini.

A. dari C. kepada
B. di D. pada


5. Boon Seng mengambil sepotong kek _____________menyuapkan ke mulut adiknya.

A. lalu C. kerana
B. supaya D. untuk



6. Puan Latifah memasak makanan istimewa ____________hari lahir bapanya.

A. lalu C. kerana
B. supaya D. untuk


7. Ada sebuah ______________________di ruang dapur rumah kami.

A. peti surat C. meja makan
B. nasi lemak D. tandas awam


8. Mereka sedang menyertai acara ______________ dalam sukaneka itu.

A. terompah ajaib C. terompah gergasi
B. terompah cina D. terompah hantu


9. _____________, saya mendapat 100% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu!

A. Oh C. Amboi
B. Syabas D. Eh


10. .___________________, hebatnya Dawam ! Dia berjaya menang dalam acara berlari
dalam guni.

A. Amboi C. Aduhai
B. Wah D. Syabas


11. ________________, cantiknya kereta Proton Saga!

A. Eh C. Amboi
B. Oh D. Aduh
12. Ibu, ___________________ saya menyertai rombongan sekolah ke Melaka bersama-
sama kakak?

A. bolehkah C. dapatkah
B. adakah D. maafkan


13. Puan Latifah, Kami ingin __________________kebenaran menggunakan meja ini untuk
mengulangkaji pelajaran kata Poniah.

A. membantu C. meminta
B. izin D. suruh


14. Cikgu, ____________________ kami ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan.

A. izinkan C. mohonkan
B. maafkan D. dapatkah


Soalan 15 sehingga 18: Cari kata sinomin / kata sama makna dengan kata bergaris dalam
ayat.

15. Hatinya sentiasa girang kerana dapat bermain layang-layang pada hari itu.

A. marah C. murung
B. biasa D. gembira


16. Dalam acara sukan paralimpik, Kusaini memperoleh pingat emas dalam permainan
angkat berat.

A. mendapat C. menjadi
B. menziarahi D. menyuruh



17. Murid-murid berkumpul di dewan sekolah kerana ada majlis penyampaian hadiah.

A. berbaris C. berpisah
B. beratur D. berhimpun


18. Lim Mooi seorang budak yang sangat pandai.

A. lagak C. pintar
B. seronok D. alpa


19. ________________harapan tetamu yag hadir di majlis itu?

A. Siapakah C. Apakah
B. Bagaimanakah D. Berapakah


20. ______________ beliau dilahirkan?

A. Apakah C. Berapakah
B. Di manakah D. Mengapakah
















BAHAGIAN B: Baca petikan dan jawab soalan berikut.

Petikan 1:
Zaba terkenal sebagai pejuang bahasa. Beliau banyak menyumbangkan jasa dalam
bidang bahasa dan pendidkan. Banyak buku dalam bidang tersebut telah dihasilkannya.
Nama penuh Zaba ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 September
1895. Beliau ialan anak jati Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Zaba sangat gigih mencari ilmu. Beliau menghadapi pelbagai cabaran. Ketika itu bahan
bacaan teramat sukar diperolehi. Namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau belajar
pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Belanda dan Arab. Beliau juga mahir dalam bahasa-
bahasa tersebut.
Zaba juga tekun mengarang. Beliau telah menghasilkan buku-buku tatabahasa Melayu.
Buku-buku beliau menjadi rujukan hingga kini.

21. Di manakah Zaba dilahirkan?

A. Batu Kikir, Negeri Johor. C. Batu Kikir, Negeri Melaka.
B. Batu Kikir, Negeri Sembilan. D. Batu Kikir, Negeri Pahang.


22. Apakah bidang sumbangan yang telah diberikan oleh Zaba kepada kita?

A. bahasa C. pendidikan
B. bahasa dan agama D. bahasa dan pendidikan





23. Bilakah tarikh lahir Zaba?

A. Enam September 1895 C. Enam puluh Oktober 1895
B. Enam belas September 1895 D. Enam belas Oktober 1895


24. Zaba mahir dalam bahasa berikut KECUALI

A. Bahasa Inggeris C. Bahasa Jerman
B. Bahasa Belanda D. Bahasa Melayu


25. Kata cabaran boleh diganti dengan perkataan,

A. musibah C. bala
B. godaan D. dugaan

Petikan 2:
JOHOR BAHRU, Khamis satu pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Johor Bahru telah
berlangsung di dewan SK Kampung Pulai, di sini semalam. Sebanyak 10 orang peserta yang
berjaya ke peringkat akhir telah menunjukkan persembahan yang menarik.
Arif bin Mansor dari SK Kompleks Sultan Abu Bakar, telah muncul sebagai johan dalam
pertandingan tersebut. Walaupun Arif bin Mansor baru berusia sembilan tahun, bakatnya begitu
menyerlah. Dia dapat menyampaikan cerita Sang Buaya Yang Cerdik dengan penuh perasaan.
Adik Arif sungguh petah berbahasa Melayu. Semasa bercerita, dia tidak berasa takut dan
gementar. Dia bercerita dengan penuh yakin.

26. Bilakah Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Johor Bahru berlangsung?

A. Pada hari Rabu. C. Pada hari Jumaat.
B. Pada hari Khamis. D. Pada hari Sabtu.
27. Mengapakah Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Johor Bahru diadakan di dalam
dewan?

A. kerana suara pencerita tidak boleh didengari.
B. kerana dewan cantik.
C. kerana dewan ada pembesar suara.
D. kerana dewan boleh menempatkan ramai penonton.


28. Berapa orang pesertakah yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu?

A. Dua orang C. Sembilan orang
B. Seorang D. Sepuluh orang


29. Berikut adalah tajuk cerita haiwan KECUALI

A. Sang Kancil dengan Sang Badak.
B. Arnab dan Kura-kura.
C. Sang Pokok Yang Berjasa.
D. Sang Lipan Yang Berkaki Banyak.


30. Kata johan dalam petikan bermaksud

A. kalah C. berkebolehan
B. juara D. gembira

Anda mungkin juga menyukai