Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MEDAN

34300 BAGAN SERAI PERAK




KERTAS KERJA


PERTANDINGAN MEMASAK
PERGERAKAN TUNAS PUTERI
SK TELUK MEDAN
2014


TARIKH :
19 MAC 2014 ( RABU )


TEMPAT :
SK TELUK MEDAN


PENGELOLA PROGRAM :
PERGERAKAN TUNAS PUTERI
SK TELUK MEDAN


SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MEDAN
34300 BAGAN SERAI PERAK

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK
ANJURAN PERGERAKAN TUNAS PUTERI
TAHUN 2014



PENDAHULUAN

Pertandingan memasak dianjurkan bagi memahirkan murid dalam praktikal
kehidupan kendiri. Pertandingan ini dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pertandingan ini dianjurkan oleh
Pergerakan Tunas Puteri.

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-
murid ini menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta tahap
keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;
1. Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum
dan kokurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri.
2. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana
pertandingan.
3. Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan pelajar
berkeperluan khas.
4. Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.
5. Membimbing sikap berdikari dalam diri murid.
6. Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar.
SASARAN
Pelajar-pelajar Tahun 3,4,5,6 sesi 2014

1. PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Ahli Kumpulan
1.1.1 Terdiri daripada 10 orang murid dalam satu kumpulan
1.1.2 Boleh terdiri dari murid dari kelas dan tahun yang berbeza

1.2 Bahan / Alatan
1.2.1 Semua alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan sendiri
oleh ahli kumpulan.
1.2.2 Semua bahan disediakan oleh pihak penganjur.

1.3 Menu
1.3.1 Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan

1.4 Pengadilan
1.4.1 Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk tujuan
pengadilan.
1.4.2 Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh jawatankuasa
pertandingan memasak.
1.4.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.


2. BUTIRAN PERTANDINGAN

2.1 Butiran ;
2.1.1 Tarikh : 19 Mac 2014
2.1.2 Hari : Rabu
2.1.3 Jam : 1.00 petang 2.00 petang

2.2 Agihan Masa ;
2.2.1 Murid akan dipecahkan kepada 5 kumpulan besar yang mana setiap
kumpulan akan melakukan akiviti berbeza
2.2.2 Akitiviti tersebut adalah ;
2.2.2.1 Penyediaan Hidangan
2.2.3 Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 60 minit

2.3 Sumber Kewangan ;
2.3.1 Anggaran perbelanjaan :


Bil

Perkara

Sasaran

Jumlah Kos

1

Bahan-bahan untuk pertandingan memasak

RM 24.00 X 5

RM 120.00

2

Hadiah dan cenderamata

RM 20.00 X 5

RM 100.00

JUMLAH

RM 220.00

2.3.2 Sumber Kewangan : Unit Kokurikulum

3. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang bakal diperolehi menerusi aktiviti
pertandingan memasak ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.





Disediakan oleh:

......................................
(PN. NURUL SHAMIRA BT BADRUL)
Setiausaha,
Pergerakan Tunas Puteri,
SK Teluk Medan.


Disemak oleh:

......................................
(EN. MOHAMAD SOFIAN BIN AHMAD)
Pen. Kanan Kokurikulum,
SK Teluk Medan.


Disahkan oleh:

....................................................................
(EN. MOHAMAD SHAH BIN RAMLI)
Guru Besar,
SK Teluk Medan.

Anda mungkin juga menyukai