Anda di halaman 1dari 2

Kapitalisme adalah sistem ekonomi berasakan modal yang banyak membenarkan individu dan sektor

swasta memiliki harta benda, industry dan perniagaan lebih banyak daripada kerajaan. Ia juga
menggalakkan syarikat-syarikat bersaing antara satu sama lain untuk membuat keuntungan.
Ebenstein (1990) menyatakan kapitalisme sebagai sistem sosial yang menyeluruh, lebih dari sekadar
sistem perekonomian. Kapitalisme lebih dikaitkan sebagai sebahagian dari gerakan individualism.
Manakala, Hayek (1978) memberi definisi bahawa kapitalisme merupakan suatu kewujudan
liberalisme dalam ekonomi. Menurut Ayn Rand (1970) pula, kapitalisme adalah suatu sistem sosial
yang berasaskan pada pengakuan atas hak-hak individu, termasuk hak milik dimana semua
pemilikan adalah milik peribadi. Daripada Capitalism (1970) yang digubal oleh Ayn Rand, terdapat
tiga andaian dasar kapitalisme, iaitu kebebasan individu, kepentingan diri dan pasar bebas. Menurut
Rand, manusia hidup adalah untuk kepentingan diri sendiri dahulu, dan bukannya untuk
kesejahteraan orang lain. Rand menolak keras kolektivisme, altruism dan mistisme. Fahaman
kapitalisme yang ada sekarang berkembang dengan pesat semenjak lebih kurang 300 tahun sebelum
ini. Ia tidak boleh disamakan dengan sistem yang hanya berasakan kebebasan individu bagi memiliki
tanah, alat perusahaan , penukaran dan pengagihan. Matlamat kapitalisme adalah memusatkan
kuasa pemerintah pada sebuah kumpulan politik yang mempunyai semua jentera penghasil serta
penguasaan mata dan harta. Penganjur sistem kapitalisme moden yang terkenal adalah Rothschilds.
Perkembangan awal kapitalisme dimulai sekitar abad 16, di mana pada masa itu, negara-negara
Eropah sedang meningkatkan perbankan komersial. Kapitalisme tidak semestinya membuat
sesebuah negara menjadi mahu. Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalisme ialah
Amerika Syarikat, Kanada, negara-negara Eropah Barat dan lain-lain lagi.

Husain Heriyanto. (1998). Kapitalisme: Sebuah Modus Eksistensi. Diakses pada April 22 daripada
http://media.isnet.org/islam/gapai/Kapitalisme.html
Baharuddin Yatim, Sulaiman Noordin. (1993). Kapitalisme. Diakses pada April 22 daripada
http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm