Anda di halaman 1dari 23

Pengenalan

Mata pelajaran Seni Visual ini telah diperkenalkan dalam peperiksaan STPM pada tahun 2002. Majlis
Peperiksaan Malaysia telah menerima maklum daripada kalangan pengubal kertas soalan, penaksir
kertas soalan, pemeriksa, pensyarah universiti, guru dan calon tentang kandungan sukatan pelajaran ini.
Berdasarkan maklum balas ini, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menubuhkan jawatankuasa untuk
mengemas kini sukatan pelajaran ini. Justeru, sukatan pelajaran ini telah diubah suai dan dikemas kini
serta di beri wajah baru sebagai pendekatan serampah dua mata kerana diyakini sukatan pelajaran yang
baru ini akan lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, dan akan menarik minta lebih
ramai pelajar terhadap mata pelajaran ini agar dapat bersaing dengan mata pelajaran STPM yang lain.

Pengubahsuaian dan pengemaskinian sukatan pelajaran Seni Visual ini adalah usaha berterusan
yang dilakukan bagi menjamin sukatan pelajaran ini selaras dengan perkembangan terkini dalam
bidang seni visual pada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi serta keperluan alam
pekerjaan. Selain pengubahansuaian terhadap tajuk dan subjek, sukatan pelajaran baru ini juga
dimuatkan dengan huraian subtajuk yang lebih terperinci untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Bentuk peperiksaan dalam sukatan pelajaran yang dikemaskinikan ini juga berlainan sedikit
daripada bentuk peperiksaan yang lama. Kertas-kertas yang ditawarkan ialah Kertas 1 (Teori Seni
Visual), Kertas 2 (Lukisan), Kertas 3 (Projek Penghasilan Karya), dan Kertas 4 (Teori Penghasilan
Karya). Kertas 1 kini dinamakan Teori Seni Visual kerna komponennya terdiri daripada Apresiasi Seni
Visual dan Teori Penghasilan. Bagi Kertas 2, perubahan dilakukan dari segi media yang digunakan
untuk calon untuk melukis. Dalam sukatan pelajaran baru ini hanya media kering yang digunakan. Hal
ini demi memastikan kemahiaran calon dalam lukisan benar-benar terserlah. Kertas 3, dalam kerja
kursus, menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bidang
pengkaryaan atau perekaan. Bagi Kertas 4 pula, calon sekolah swasta dan calon persendirian yang
mengambil kertas ini perlu mempunyai kemahiran yang benar-benar sama dengan kemahiran yang
ditunjukkan oleh calon sekolah. Hal ini bermakna mereka akan disoal tentang hal-hal yang berkaitan
dengan kerja-kerja kursus bagi menghasilkan karya dan rekaan.

Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini telah dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dipengerusikan
oleh Prof Madya Dr Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi MARA. Jawatankuasa

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 1 SSP3093


ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, maktab perguruan dan guru-
guru yang mengajar di sekolah. Sukatan pelajaran ini mula digunakan pada tahun 2005 dengan
peperiksaan yang pertama pada tahun 2006. Kandungan, huraian, bentuk peperiksaan, dan soalan
contoh bagi sukatan pelajaran Seni Visual STPM termuat dalam buku ini. Bagi pihak Majlis
Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa ini atas khidmat yang diberikan. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya.

Matlamat

Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
seni visual bagi membolehkan mereka.

(a) Mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi,

(b) Memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 2 SSP3093


Objektif

Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar

(a) Memahami pengertian dan peranan seni visual dalam pembangunan daya kreativiti serta
sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan,

(b) Memahami cara-cara memperoleh dan mengolah idea dalam pengkaryaan dan perekaan,

(c) Memahami kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang merangkumi aspek
estetik dan fungsi, khususnya dalam peningkatan mutu barangan, industri, dan kualiti kehidupan
secara menyeluruh,

(d) Memahami bagaimana faktor sejarah, sosial, agama, politik, dan pesekitaran mempengaruhi
penghasilan karya dan reka seni visual, dan menggunakan faktor tersebut sebagai unsur
pengembangan idea dalam penghasilan,

(e) Memahami bahawa seni visual ialah satu bentuk komunikasi, dan meneliti secara kritis
pelbagai karya dan rekaan seni visual.

(f) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses


penerokaan dan penghasilan karya dan reka seni visual,

(g) Menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat, bahan, dan teknologi, serta kaedah
seni dalam penghasilan karya dan reka seni visual,

(h) Mengesan, menghurai, menganalisis, menginterpretasikan, dan membuat pertimbangan secara


berpengetahuan terhadap nilai estetik, makna, dan fungsi karya dan rekaan seni visual dengan
menggunakan laras bahasa seni visual.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 3 SSP3093


Soalan 1: Jelaskan kandungan sukatan pelajaran Seni Visual STPM

Sukatan pelajaran Seni Visual ini mengandungi dua aspek utama, iaitu apresiasi seni visual dan
penghasilan seni visual. Sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu :

(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)
(b) Lukisan
(c) Projek Penghasilan Karya

Bilangan waktu pembelajaran yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran ini ialah anggaran sahaja. Satu
waktu bersamaan dengan 35 – 40 minit.

(a) Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan)

Teori Seni Visual merangkumi apresiasi seni visual dan teori penghasilan yang terbahagi kepada tiga
tajuk yang utama iaitu :
 Pengenalan seni visual,
 Bahasa seni visual dan
 Pendekatan sejarah dan kritikan seni visual.

o Pengenalan seni visual.

Masa yang ditetapkan bagi subtajuk ini adalah sebanyak 23 waktu. Dalam pengenalan seni visual
perkara yang perlu dijelaskan oleh seorang guru kepada pelajar adalah pengertian seni visual. Seni
visual terbahagi kepada dua, iaitu pengkaryaan dan perekaan. Dalam bidang pengkaryaan lebih
menumpukan kepada bidang seni halus, iaitu seperti lukisan,catan, cetakan arca. Manakala dalam
bidang perekaan pula terdiri daripada bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk
persekitaran. Reka bentuk persekitaran merangkumi landskap dan hiasan dalaman.
Selain perkara yang dinyatakan di atas, guru haruslah menerangkan kepada pelajar mengenai
peranan seni visual. Dalam peranan seni terdapat dua bahagian iaitu psikologi dan sosiologi. Bagi
bidang psikologi terbahagi pula kepada empat, iaitu kreativiti, sensitiviti, emosi dan ekspresi.
Manakala bidang sosiologi seni visual berperanan terhadap nasionalisme, persekitaran, propaganda,
ritual, pengeluaran dan perniagaan dan perdagangan. Perniagaan dan perdagangan ini dapat dijelaskan
apabila hasil seni visual itu dijadikan sebagai barang yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 4 SSP3093


perdagangan. Melalui perniagaan dan perdagangan boleh membantu masyarakat seperti pemasaran
atau pengeluaran kreativiti masyarakat seperti kraf tangan, ukiran dan sebagainya. Disamping dapat
meningkatkan ekonomi masyarakat, hasil seni itu dapat memperkenalkan budaya masyarakat ke dunia
luar.
Seterusnya pengalaman estetik merangkumi pengalaman langsung dan pengalaman intelektual.
Dalam pengalaman langsung terdapat dua aspek yang dititik beratkan iaitu, nasionalisme dan
persekitaran. Pengalaman intelektual pula menjelaskan tentang konsep, falsafah dan nilai. Penerangan
yang diberikan oleh guru tentang pengalaman estetik ini dapat membina kepekaan dan pertimbangan
dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran. Selain itu melalui pemahaman tentang pengalaman
ini, dapat memberi kesedaran kepada setiap individu betapa pentingnya semangat nasionalisme dan
amalan nilai murni dalam kehidupan.

o Bahasa seni visual.

Tajuk kedua adalah tentang bahasa seni visual. Masa yang diperuntukkan adalah 34 waktu. Dalam
bahasa seni visual ini terdapat dua perkara yang perlu diberi penekanan iaitu aspek formal dan
makna/fungsi/konteks. Dalam aspek formal, terdapat pula beberapa aspek yang diperjelaskan oleh
guru kepada pelajar iaitu, tentang unsur seni, prinsip rekaan, media dan teknik. Unsur seni
merangkumi garisan, jalinan rupa, bentuk dan warna. Bentuk terbahagi kepada tiga bentuk iaitu, dua
dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi. Dalam aspek warna pula, guru menjelaskan kepada pelajar
tentang jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna dan skema warna.
Dalam prinsip rekaan, terdapat pelbagai aspek iaitu, harmoni, kepelbagaiaan, keseimbangan,
kadar banding, dominan, kontra, dan ekonimi. Dalam menjelaskan tentang bahasa visual, guru juga
perlu menjelaskan tentang media kepada pelajar. Terdapat dua media iaitu, media konvensional dan
media baru. Kefahaman dalaman menggunakan media dapat digunakan untuk pengkaryaan dan
perekaan iaitu cara atau kesesuaian menggunakan media tersebut. Selain itu, dalam menerangkan
bahasa seni, teknik juga perlu diajar oleh guru agar pelajar dapat menghasilkan sesebuah karya seni
merujuk kepada kaedah, gaya dan pengolahannya agar sesebuah karya seni itu memberi kepuasan
kepada pengkarya. Terdapat dua teknik iaitu, teknik konvesional dan teknik baru. Kedua-dua teknik
ini dapat digunakan dalam menghasilkan sesebuah karya seni.
Dalam makna/fungsi/konteks pula, menerangkan tentang:
 Aliran,
 Kebudayaan dan
 Nilai.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 5 SSP3093


Rajah di bawah menjelaskan makna/fungsi/konteks dalam bahasa seni visual.

Makna/fungsi/konteks

Aliran
Kebudayaan Nilai
Pencapaian dan
Tradisi ekspresi nilai
kesenian Nilai praktikal
Moden
Adat resam Nilai estetik
Pascamoden

Kebudayaan
Semula jadi

Buatan
manusia

Fenomena

Rajah 1

Guru menerangkan bahawa pengkaryaan dan perekaan mempunyai makna dan fungsi dalam kontesks
tertentu. Selain itu penjelasan tentang budaya membolehkan pelajar menegtahu bahawa dalam
kebudayaan merangkumi aspek pencapaiaan dalam sejarah seni, nilai kesenian, identiti, dan adat resam
sesuatu bangsa.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 6 SSP3093


o Pendekatan sejarah dan kritikan seni visual.

Tajuk ketiga dalam bahasa seni visual adalah tentang pendekatan sejarah dan kritikan seni visual.
Masa yang ditetapkan bagi tajuk ini adalah sebanyak 57 waktu. Dalam tajuk ini terdapat subtopik yang
kecil iaitu:
 Konsep dan kaedah sejarah seni,
 Konsep dan kaedah kritikan seni.

Dalam subtopik kecil tersebut terdapat pula alemen-elemen yang perlu dijelaskan oleh guru kepada
pelajar. Ini dapat dijelaskan melalui gambar rajah 2 di bawah.

Pengolahan karya
-idelisasi
-representasi
-stailisasi
Gaya penampilan
Maksud sejarah -realistic
Konsep Dan seni visual -separa anstrak
-abstrak
Kaedah Sejarah
Period
seni Tujuan sejarah seni
-sejarah
visual -kebudayaan
Makna
Kaedah sejarah -tersurat
seni visual -tersirat
Pendekatan Sejarah Dan
Kritikan Seni Visual. Pengertian kritikan
seni visual
Pendekatan
Tujuan kritikan -jurnalistik
seni visual -ilmiah
Konsep Dan Keadah kritikan
Kaedah Kritikan Strategi
seni visual -diskripsi
Seni
-analisis
-interpretasi
-pertimbangan

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 7 SSP3093


Rajah 2
Memahami sejarah dan kritikan seni visual sebagai suatu komponen disiplin seni visual yang
membolehkan pelajar memahami konsep, kaedah sejarah, dan kritikan seni visual sebagai:
 satu cara untuk memahami dan menikmati karya seni serta membantu proses pengkaryaan dan
perekaan
 sistem yang teratur dalam menghayati dan mengkritik sesuatu karya seni visual

Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan. Stailisasi merujuk kepada pengkaryaan dan
perekaan. Reresentasi merujuk kepada perlembangan. Sejarah merujuk kepada kronologi, manakala
kebudayaan kepada ketamadunan. Ikonologi, ikonografi, tema, hal benda, dan symbol merujuk kepada
makna yang tersurat dan yang tersirat.

Teori Penghasilan

Dalam topik ini, masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 30 waktu. Terdapat empat subtopik dalam
teori penghasilan iaitu:

 Pembentukan idea,
 Pendekatan penjanaan idea,
 Penterjemahan idea,
 Penyediaan portfolio dan hasil karya.

Pembentukan idea.
Pembentukan idea merangkumi pengertian idea, sumber idea, persekitaran, peristiwa dan pengalaman.
Dalam pengertian idea terdapat empat elemen iaitu:
• Perancangan atau hasrat pemikiran
• Niat atau tujuan
• Cita-cita atau aspirasi
• Tipa induk (archetype)
Idea melibatkan keupayaan pemikiran yang membabitkan kesedaran, keinsafan dan sensitiviti dalam
proses penghasilan. Menegaskan kepelbagaian sumber idea yang dapat menimbulkan kreativiti dan
sensitiviti. Melihat potensi teknologi dan penemuan sains sebagai sumber idea dan juga bentuk seni

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 8 SSP3093


visual yang baru. Memahami bahawa pelbagai sumber idea boleh dirujuk kepada persekitaran, unsur
budaya seperti aspek sosial, agama, politik, dan sejarah.
Pendekatan penjanaan idea.
Penjanaan idea merangkumi elemen-elemen tersebut:

Peniruan

Penerokaan

Temu bual
Penjanaan idea dibuat bagi
memperkukuhkan sumber idea yang
didapati sama ada dari sumber alam,
Pembacaan sumber buatan manusia, peristiwa,
eksperimentasi bahan dan teknik, dan
cara penampilan.
Pemerhatian

Ekspermentasi

Rajah 3

Penterjemahan idea.
Penterjemahan idea merangkumi elemen-elemen tersebut:

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 9 SSP3093


Permasalahan
visual

Penzahiran
idea
Pemilihan
bahan dan
teknik Penterjemahan idea ialah proses
penghasilan dalam pengkaryaan dan
Penghasilan perekaan.
karya sebenar
Penzahiran idea melibatkan aktiviti
Kemasan membuat thumbnail, lakaran kasar,
dan lakaran sebenar.

Persembahan
dan penilaian

Rajah 4
Penyediaan portfolio dan hasil karya.

PENYEDIAAN PORTFOLIO
DAN HASIL KARYA.

Pengkaryaan
Perekaan
Portfolio
Portfolio
Penemuan tema
Penyataan permasalahan
Kajian dan penyelidikan
Kajian dan penyelidikan
Penulisan portfolio
Penulisan portfolio
Lakaran
Lakaran / thumbnail
Kajian media
Kajian media
Hasil karya
Hasil karya
Pengelolaan dan gubahan
Pengolahan dan gubahan
Penekanan teknik
Langkah-langkah penghasilan
Langkah-langkah penghasilan
Prototaip / model
Kemasan
Kemasan
peragaan
Persembahan dan penilaian

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 10 SSP3093


Menghasilkan karya mengikut disiplin pengkaryaan.

Menghasilkan karya mengikut disiplin perekaan.

Untuk proses perekaan, kemahiran fotografi diberikan penekanan.

Rajah 5

(b) Lukisan

Bagi tajuk lukisan, masa yang diperuntukkan untuk proses P & P adalah sebanyak 90 waktu. Dalam
tajuk lukisan terdapat dua subtajuknya iaitu:
 Pengenalan lukisan dan
 Penggubahan.

Pengenalan lukisan.

Dalam pengenalan lukisan, berdasarkan sukatan pelajaran, guru akan menerangkan tentang aplikasi
unsur seni dan prinsip rekaan, pengamatan terhadap:
• bentuk,
• kedudukan objek,
• skala dan kadar banding,
• pencahayaan, dan
• struktur.
Selain itu, guru juga perlu menerangkan tentang penggunaan bahan yakni media yang akan digunakan
semasa menghasilkan sesebuah karya seni seperti pensel, charcoal, oil pastels, soft pastels, pen
teknikal dan pen warna. Seterusnya tentang pengolahan teknik lukisan seperti lorekan, silang pangkah
( cros hatching ), titik, gosokan, garisan selari, garisan kontur dan garisan tidak menentu. Dengan
penerangan itu, pelajar dapat memahami bahasa seni visual dalam penghasilan lukisan. Pelajar juga
dapat mengamati bentuk, skala dan kadar banding, pencahayaan, dan struktur serta menggunakan dan
mengolah bahan dalam penghasilan lukisan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 11 SSP3093


Penggubahan.
Penggubahan

Mewujudkankesan:
Ciri-ciri dan
Ruang sifat objek
Suasana

-Ruang rata -Keras -Pejal


-Ruang cetak -Panas -Lembut -Kasap
-Ruang dalam -Sejuk -Licin -Kasar
-Tenteram -Halus -Lutsinar
-Riang

Rajah 6

(c) Projek Penghasilan Karya

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 12 SSP3093


Projek Penghasilan
Karya
Catan-Cat Air, Cat Minyak, Cat Akrilik
Seni cetak- Timbulan, Benaman, Serigrafi
Arca- Relief, Free Standing, Kinetik,
Instalasi
Lukisan
-Catan
-Seni cetak
-Arca

Komunikasi Visual Grafik- Tipografi, Identiti korporat,


Poster, Ilustras,
-Grafik
Pembungkusan, Reka tanda
-Multimedia Multimedia- Interaktif, Liner, Animasi,
Laman web
Reka bentuk teknologi

Reka bentuk persekitaran


Industri
Automobile
Seramik
Fesyen
Tekstil
Landskap
Hiasan dalaman

Landskap
Hiasan dalaman

Rajah 7

Soalan 2: Pilih dua daripada sepuluh objektif Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

Visual Sekolah Menengah. Jelaskan bagaimanakah objektif tersebut

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 13 SSP3093


boleh tercapai.

Pengenalan

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni
muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah
lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional
dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkait dengan
seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu
dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan
mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan
dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai
serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah terdapat sepuluh objektif iaitu:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni
visual,
3. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam
kehidupan dan kerjaya,
4. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
5. Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya
seni visual,
6. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain,
7. Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 14 SSP3093


konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
8. Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya,
9. Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan
dengan keselesaan hidup, dan
10. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

Dua objektif Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah yang dipilih iaitu:
1. Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual dan
2. Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.

• Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.


Bagi memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual dapat dijelaskan
melalui gambarajah di bawah.

Memupuk Budaya Penyelidikan Dalam Proses


Penghasilan Karya Seni Visual

Melalui Penerokaan Melalui Kaedah Sejarah SV


Melalui
Kritikan Seni
Menerokai adalah faktor
pencetus terhasilnya
Kaedah menganalisis karya seni
karya: kesan, akibat/kesan
boleh dilakukan dengan
peranan, fungsi, makna
mengajukan soalan. Misalnya:
serta persepsi
Peranan Guru Apakah objek itu?;
Untuk siapa ia dibuat?;
Bagaimana keadaanya
Guru memainkan peranan penting semasa sekarang?; Adakah ia satu-
proses P&P dengan menerapkan sikap satunya objek sedemikian?;
penyelidikan dalam proses penghasilan karya Apakah yang cuba disampaikan?;
seni visual dalam diri pelajar seperti Bagaimanakah ia
menerangkan konsep penerokaan dalam SV dipersembahkan? Dan
dan kaedah sejarah SV iaitu kaedah Siapakah yang menghayatinya?
menganalisis karya SV dengan mengajukan (Pointon, 1994:61)
soalan yang diperkatakan oleh Pointon.

Rajah 8
Selain itu, pemupukan budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual juga dapat
mencapai objektifnya dengan menyarakan kepada pelajar agar membuat kritikan terhadap karya seni.
Kritikan seni merupakan alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya atau seni visual.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 15 SSP3093


Kritikan seni perlu dilakukan daripada pelbagai sudut berasakan satu sistem/strategi yang teratur yang
merangkumi aspek diskripsi(penerangan bertulis), analisis, interpretasi dan pertimbangan. Tujuan
kritikan seni dalam memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni dapat
meningkatkan tahap apresiasi terhadap SV dalam diri pelajar serta dapat mengkaji organisasi estetik,
mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya seni itu sendiri.
Apakah jenis aktiviti yang dapat menjuruskan murid berinteraksi melalui penerokaan?
Antaranya ialah aktiviti tersebut seharusnya kecil, mudah dan ringkas. Ia juga mempunyai permainan
cuba mencuba atau suaikenal dengan bahan. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan
mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, guru juga perlu memberi kebebasan
kepada murid mencari jawapan sendiri atau mencari alternatif dan kemungkinan jawapan yang lain di
mana guru tidak perlu meletakkan sesuatu jawapan yang tetap.
Kenapa? Ini kerana ia secara tidak langsung ia dapat membantu murid mengembangkan dan
berinteraksi dengan menggunakan bahan tersebut secara kritis dan kreatif. Selain itu, aktiviti tersebut
juga perlu melibatkan penggunaan pelbagai kecerdasan yang telah kita ketahui iaitu verba – linguistik,
logik matematik, visual-ruang, kenestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Melalui
aktiviti ini, ia secara tak langsung akan membuatkan pengajaran guru tersebut lebih bersepadu dan
menepati kurikulum. Ini sebenarnya dapat memberipeluang kepada murid melahirkan kemahiran atau
kebolehan masing – masing. Bagaimanakah dapat dipermudahkan aktiviti ini? Untuk itu, guru perlulah
kreatif di mana guru perlu memberi peluang kepada muridnya menggunakan kemahiran berfikir dan
menyediakan pengurusan grafik yang sesuai dan bertepatan.
Seterusnya, selepas aktiviti penerokaan, guru perlu membimbing muridnya membuat
penghasilan dengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Selain itu, guru
juga perlu menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat
membantu murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Guru
juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan
membantu murid di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

Kritikan seni bukan sahaja sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak, ianya berperana besar
dalam proses penambahbaikan sesebuah karya seni yang menyentuh persoalan idea, konsep, teknik,
tema, hal benda atau gaya secara berterusan serta mengulas, menganalisis, menginterpretasi atau
menilai dan menentukan arah perkembangan budaya. Gambarajah di bawah menunjukkan lagi tujuan

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 16 SSP3093


kritikan seni yang berperana dalam memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya
seni visual.

Kritikan seni dapat menbentuk


Kritikan komunikasi antara pemilik
mengesahkan/ geleri/promoter dengan
membenarkan pembeli/khalayak.
persepsi/ tanggapan
pengumpul seni
terhadap sesuatu karya
seni TUJUAN
KRITIKAN SENI

Pertimbangan & penilaian


Kritikan seni selain menjadi wadah pengkritik boleh dijadikan
pendidikan, ianya juga boleh jadi landasan serta penambahbaikan
dokumen-dokumen sejarah yang seterusnya menentukan arah seni
penting & berharga budaya

Rajah 9

• Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.

Pereka Fesyen

Pereka Hiasan
Artis Dalaman
KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 17 SSP3093
Menjadikan
bidang seni visual
sebagai prospek
kerjaya sebagai
Usahawan Pereka
Tembikar Lanskap

Tukang
Ukiran Kayu

Rajah 10
Melalui objektif ini iaitu menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya antaranya sebagai
artis, pereka fasyen, pereka hiasan dalaman, pereka lanskap, tukang ukiran kayu dan sebagai usahawa
tembikar. Hal ini menunjukkan, bidang seni visual sangat penting dalam prospek kerjaya kerana
bidang ini mempunyai kesepaduan dengan bidang ilmu yang lain seperti Sejarah dan Geografi. Melalui
kesepaduan ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif, kritis, berdedikasi, berdaya saing dan
bertoleransi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar serta boleh dijadikan sebagai
kerjaya.
Dalam aspek kehidupan, setiap perkara atau benda alam mempunyai unsur-unsur seni.
Contohnya, dalam pemilihan pakaian. Setiap orang memilih pakaiaan mengikut nilai estetik baju itu
sendiri. Dalam mewujudkan nilai estetik pada pakaiaan, pereka fasyen memainkan peranan penting.
Mereka akan sentiasa menghasilkan fesyen-fesyen pakaian yang baru bagi memberi kepuasan kepada
pemakainya. Jika tidak ada pereka fesyen, sudah tentu fesyen baju itu ketinggalan zaman dan kurang
mempunyai nilai estetik begitu juga dengan kerjaya yang lain seperti yang terdapat dalam rajah 10 di
atas.
Selain daripada usaha-usaha pemeliharaan dan perlindungan, pendidikan seni mempunya
tanggungjawap pada evolusi kerjaya. Selaras dengan itu, kita harus meneliti setiap perkembangan baru
dalam pembuatan, peluahan rasa, dan membuat perhubungan dengan pandangan bagi menghakimi nilai
segera dan instriksik.
Pendidikan seni lahir secara semula jadi dalam pengalaman masa kini. Dewey menegaskan
hakikat ini pada tahun 1918 apabila beliau mengatakan: “ Seni, dalam satu perkataan, adalah industri

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 18 SSP3093


yang bukan lazimnya sedar akan maknanya’. Saya mengambil kenyataan ini sebagai mempunyai
pelbagai kepentingan. Pertama, tanpa kerja tiada seni; kedua, tanpa makna seni hanya kerja; ketiga,
nilai kerja yang bermakna wujud pada masa kini; keempat, makna dalam seni adalah bermakna kepada
manusia.
Sebagai kesimpulan, kualiti dalam seni dapat disamakan dengan nilai-tambah dalam ekonomi.
Dalam pemasaran barangan, kualiti melibatkan faktor-faktor seperti bahan-bahan yang mahal, mode
pembuatan yang susah, pengeluaran terhad, pengagihan terbatas dan pertimbangan harga dan prestij
yang kurang menyenangkan.

Soalan 3: Bagaimanakah pelajaran Pendidikan Seni Visual boleh berperanan untuk


menyediakan asas kepada penyediaan guna tenaga manusia yang
berkemahiran untuk pembangunan negara.Bahaskan.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 19 SSP3093


Pendidikan Seni Visual dapat memainkan peranan dalam menyediakan asas kepada penyediaan guna
tenaga manusia yang berkemahiran untuk pembagunan negara antaranya melalui:
1. Kurikulum Pendidikan Seni Visual,
2. Pengalaman Seni Visual @ Kreativiti.

• Kurikulum Pendidikan Seni Visual.

Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenalpasti untuk memandu pengajaran
guru kepada kumpulan pelajar tertentu. Proses pembelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mempunyai tuntutan yang bersifat teknikal. Oleh yang demikian, penentuan untuk menyusun ciri-ciri
kurikulum yang dapat memudahcarakan perlaksanaan pengajaran seperti itu tentulah lebih ideal jika
dilakukan oleh golongan profesional. Huraian Sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mengandungi pelbagai aktiviti untuk membentuk
keperibadian murid yang celik budaya, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Hal ini jelas
menunjukkan Pendidikan Seni Visual berperanan dalam menyediakan asas persediaan guna tenaga
yang berkemahiran untuk pembangunan negara.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beberapa nilai dapat diterapkan dalam
Pendidikan Seni Visual yang menekankan kepada aspek penghargaan, kepekaan dan keprihatinan
dalam mengenalpasti dan menentukan nilai estetik dan etika dalam diri pelajar. Dalam konteks
Pendidikan Seni Visual, ia menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti
seni muzik, seni sastera, seni tari, dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah
menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Penguasaan terhadap perkara ini dapat menimbulkan rasa kesedaran dalam
diri pelajar dan mewujudkan masyarakat yang berkemahiran, kreatif, dan sebagainya.
Dalam proses pemahaman, penghayatan dan kritikan, pelajar didedahkan kepada proses yang
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu tersebut melalui penajaman daya intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Dengan ini, pelajar digalakkan supaya dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
• Pengalaman Seni Visual.
Kesedaran Tampak.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 20 SSP3093


Melalui latihan pengalaman tampak, seseorang dilatih menggunakan deria secara terperinci. Kesedaran
dapat diperkembangkan melalui pengalaman deria yang melakukan aktiviti penyelidikan, penerokaan,
percubaan dan pemerhatian terhadap sesuatu. Aktiviti-aktiviti itu perlulah berkesan pada perkembagan
dan peningkatan daripada segi daya melihat, pengamatan, daya mengingati dengan jelas tentang
pengalaman tampak yang dilalui dan kesannya pada perasaan, pemikiran dan tnggapan. Galakkan
pelajar menerokai, mengkaji dan menemui pelbagai fenomena sebanyak mungkin secara sendiri yang
akan melahirkan individu yang berkemahiran bagi persediaan asas kepada guna tenaga manusia.

Pengalaman Secara Langsung.


Melalui latihan membuat ataupun menghasilkan sesuatu dalam aktiviti catan, cetakan, anyaman, ukiran
dan pelbagai gerak kerja kreatif. Pelajar menyedari tentang pemeringkatan proses dan teknik semasa
melakukan kerja itu. Kajian-kajian tentang asas seni reka pada alam dan persekitaran untuk
mengaplikasian dalam gerak kerja yang dilakukan. Menggalakkan kajian-kajian tentang tema, artis,
melihat cara artis menghasilkan karya secara tindakan seperti, menemu bual, melihat artis bekerja
dengan tujuan meningkatkan pengalaman dan kesedaran. Wujudkan aktiviti perbahasan, diskusi,
perbincangan dan kritikan karya yang dilakukan.

Pengalaman Empati.
Melalui latihan yang banyak menyentuh perasaan, emosi, dan tekanan fizikal. Menggunakan anggota
yang tidak lazim digunakan bagi menghasilkan karya. Mengadakan aktiviti pengamatan dan
penghasilan waktu malam secara langsung di luar studio. Latihan melalui aktiviti kembara visual ke
tempat-tempat tertentu banyak menimbulkan kesan emosi dan fizikal.

Kesimpulan
Kesimpulannya dapatlah kita katakan kreativiti dalam pendidikan seni visual mempunyai hubungan
rapat dengan idea, perasaan, pemikiran pengalaman, dan keinginan seseorang dalam penerokaanya
dengan bahan, media, teknik dalam persembahan melaui penerokaan dan memanipulasikan idea dalam
penghasilan sesuatu yang baru. Dapat dirumuskan bahawa kreativiti dapat dipupuk dan guru sebagai
pembimbing dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai. Melalui bimbingan dan tunjuk
ajar ini dapat membantu palajar memperkembangkan daya kreativiti seterusnya langkah utama dalam
mencapai matlamat pembangunan negara serta sebagai persediaan asas bagi menyediakan guna tenaga
manusia yang berkemahiran

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 21 SSP3093


Persediaan Guna Tenaga Manusia
Mahir

Kurikulum Pengalaman
Pendidikan Seni Seni Visual

Kesedaran
Tampak

Pengalaman
Secara
Langsung

Pengalaman
Empati

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 22 SSP3093


Bibliografi
Abu Bakar Nordin,(1991). Kurikulum: Perspektif dan Pelaksanaan,: Falsafah Pendidikan.
Kuala Lumpur . Pustaka Antara

Efland, Arther.(1997). Planning Art Education, Middle / Secondary School of Ohio, State of Ohio
Dept. of Education

Lansing, Kenneth M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York, McGraw- Hill Books
Company

Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab &
Universiti. Pahang: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual STPM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 23 SSP3093