Anda di halaman 1dari 15

4.

0 Membuat analisi Sahsiah Rasulullah SAW , Para Sahabat dan Para Imam
Mazhab Sebagai Pendidik.
(Para Sahabat Khulafa al-Rashidin)
4.1 Pengenalan
Pendidikan berperanan penting dalam membina tamadun manusia. Menerusi
pendidikan, lahir para pemikir dan pelaksana yang membina dan mengembangkan
tamadun. Tamadun satu bangsa tidak akan wujud seandainya sistem pendidikannya
tidak mampu membina cendiakawan yang dapat menghasilkan pemikiran asli yang
bernas untuk membina bangsanya. Sesuatu bangsa tidak akan maju sekiranya
rakyatnya hanya bergantung kepada sistem pendidikan asing yang dipinjam dari luar.
Oleh itu untuk membina tamadun bangsa melalui pendidikan, memerlukan pemikiran
dan penilaian semula terhadap seluruh aspek pendidikan yang ada agar benar-benar
sesuai berteraskan kehidupan dan budaya kita (Tajul Ariffin Noordin 1993). Pendidikan
Islam zaman Khulafa al-Rasyidin mewarisi pendidikan yang dicetus oleh Rasulullah
s.a.w bermula dengan penurunan wahyu pertama di Gua Hira. Sistem Talaqqi
Musyafahah yang digambarkan melalui cara Rasulullah menerima sumber wahyu
daripada Jibril merupakan permulaan salah satu sistem pendidikan Islam yang cukup
ideal untuk dipraktikkan dalam dunia pendidikan masa kini. Rasulullah mengajar al-
Quran itu kepada para sahabat dan sahabat pula mengajarkan kepada para tabiin
sehinggalah kepada kita hari ini mengunakan cara yang sama yang telah digunakan
oleh Jibril kepada Rasulullah iaitu secara Talaqqi dan Musyafahah ( Abdul Halim 1987;
Norasikin Fabil et al. 2005; Kementerian Pelajaran Malaysia 2008).
Sistem Pendidikan zaman Rasulullah telah diwarisi oleh para sahabat dan seterusnya
diperkembangkan mengikut zaman berdasarkan kecekapan dan kreativiti pemerintahan
khalifah masing-masing. Zaman Khulafa al-Rasyidin dipimpin oleh empat orang
sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan
Ali bin Abi Talib.Para Khulafa al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah
Rasulullah s.a.w.. Mereka menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun
oleh baginda dengan mengikut segala jejak langkah yang telah ditunjuk baginda
semasa hidupnya (Zawawi 1984). Abdullah Ishak (1995) menjelaskan pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin (11H/632M-41H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat
Rasulullah bukan sahaja bertindak sebagai Ulu al-Amr yang memelihara kestabilan dan
keselamatan negara bahkan juga memberi penekanan terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam.
ANALISIS SAHSIAH SAHABAT RASULULLAH SAW
1. Khalifah Saidina Abu bakar.
Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan
kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat,
ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa
serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk
dahulu mahupun sekarang Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri
Saiyidina Abu Bakan R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang
teguh dalam membenarkan serta membela din Rasulullah S.A.W.
"..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan
saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik
bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran
adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.
Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya
berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah
dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya
Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.
Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah
akan menimpakan kehinaan kepadanya. Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu
golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.
Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya
melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati
saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."
Sahsiah dan ciri yang ada dalam diri Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang boleh dijadikan
contoh antaranya ialah:
a. Berkata dan Berbuat Yang Benar
Khalifah Abu Bakar juga sangat menekankan kejujuran atau kebenaran dalam berkata
mahupun perbuatan. Bukan kerana ,berlakon, bagi meraih simpati rakyat, tetapi atas
sikap tanggungjawab memikul amanah dari Allah SWT. Manusia atau rakyat yang
dipimpin seringkali tidak tahu atau tidak menyedari mereka sedang ditipu dan dikhianati
oleh pemimpinnya melalui janji-janji manis seorang pemimpin. Dalam pidato saat
pelantikannya sebagai khalifah, Abu Bakar menyatakan: Berlaku jujur adalah amanah,
berlaku bohong adalah khianat.
Apabila seorang pemimpin memiliki kejujuran, maka ia akan dapat memimpin dengan
tenang, kerana pendustaan akan membuat pelakunya menjadi tidak tenang. Gundah
sebab takut pendustaannya dan lakonannya diketahui oleh orang lain. Disamping itu,
kejujuran akan membuat seorang pemimpin akan berusaha untuk terus mendidik dan
mencurah ilmu bagi melahirkan rakyat yang berilmu. Pemimpin yang tidak jujur tidak
ingin bila rakyatnya menguasai ilmu kerana penguasaan ilmu oleh rakyat menjadi
perisai dari pembohongan seseorang pemimpin yang khianat.
b. Menunjukkan Ketaatan Kepada Allah.
Pemimpin yang sejati adalah pemimpin yang mengarahkan rakyatnya untuk mentaati
Allah SWT dan Rasul-Nya. Oleh kerana itu, iapun harus menunjukkan ketaatan yang
sesungguhnya. Namun bila seorang pemimpin tidak menunjukkan ketaatannya kepada
Allah dan Rasul-Nya, maka rakyatpun tidak memiliki kewajiban untuk taat kepadanya.
Dalam perkara inilah, Khalifah Abu Bakar menyatakan dalam pidatonya: Taatlah
kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila aku tidak taat lagi
kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajibanmu untuk taat kepadaku.
Dengan demikian, ketataan kepada pemimpin tidak bersifat mutlak sebagaimana
mutlaknya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, inilah diantara isyarat yang boleh kita
tangkap dari firman Allah yang tidak menyebutkan kata taat saat menyebut ketataan
kepada pemimpin (ulil amri) dalam firman-Nya:
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan ulil amri
diantara kamu (QS 4:59).
c. Menjalin Kerjasama.
Dalam pidato Khalifah Abu Bakar tercermin juga akhlak seorang pemimpin yang harus
dimiliki iaitu mengharapkan kerjasama dari semua pihak. maka bila aku berlaku baik
dalam melaksanakan tugasku, bantulah aku
Ini bererti kerjasama yang harus dijalin antara pemimpin dengan rakyat adalah
kerjasama dalam kebaikan dan taqwa sebagaimana yang ditentukan Allah Swt dalam
firman-Nya yang bermaksud:
Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong
dalam dosa dan permusuhan
Sehebat mana pun seseorang pemimpin, dia tidak akan mampu mentadbir sendirian
tanpa barisan sahabat. Sejarah membuktikan, Rasulullah SAW telah menjalin
kerjasama yang baik, mulai dari membangun masjid di Madinah hingga peperangan
melawan orang-orang kafir, bahkan dalam suatu peperangan yang kemudian disebut
dengan perang Khandak, Rasulullah menerima dan melaksanakan pendapat Salman Al
Farisi untuk mengatur strategi perang dengan cara menggali parit.
Tawadhu bererti rendah hati, lawannya adalah riak, sombong dan ujub. Walau Saidina
Abu Bakar As Siddiq merupakan salah seorang sahabat utama Rasulullah SAW dan
sudah dijamin syurga,namun dalam pidatonya, Abu Bakar tidak merasa sebagai orang
yang paling baik. Kerana sedar bahawa sebagai seorang hamba dan makhluk ciptaan
Allah, dia juga tidak sunyi dari memiliki sifat-sifat kelemahan makhluk. Maka pastinya
untuk memimpin sesebuah umat, maka Abu Bakar perlu mempunyai teman yang
mampu memberikan nasihat, mencetus idea-idea bernas, bahkan membuka hati dan
minda untuk sebarang kritikan. Andainya sifat riak,sombong dan ujub yang menjadi
pakaiannya, mana mungkin dia mahu menerima idea bernas dari orang lain. Apatah
lagi untuk menerima teguran dan kritikan. Jika sifat riak, sombong dan ujub ini
dikekalkan, akibatnya ialah si pemimpin akan memimpin dengan hawa nafsunya
sendiri. Rakyat akan dijadikan hamba abdi. Pemimpin gilakan kekuasaan dan minta
disanjung dan dipuji. Lebih malang, rakyat akan dipimpin untuk melalui jalan-jalan
maksiat dan mengimarahkan program-program maksiat. Maka tidak hairan Allah
berfirman dan Rasulullah mengisyaratkan, sifat riak, sombong dan ujub menjadi
penyebab utama manusia terjun ke dalam neraka. Tidak hina seseorang pemimpin
memiliki sifat tawaduk. Kerana di situlah kasih sayang Allah ke atas manusia yang
mempunyai peluang untuk berlaku riak, sombong dan ujub, sebaliknya memilih jalan
merendahkan diri dan hati demi merebut kasih sayang Allah. Kerana sedar diri, walau
dirinya memimpin sesebuah bangsa, hatinya masih ingat bahawa dirinya adalah
seorang hamba. Jika hamba berwatak hamba, tuannya akan sayang kepadanya. Tetapi
jika tuan berwatak hamba, Allah akan sayang kepadanya. Bila Allah sayang kepadanya,
tiada apa yang mampu menggugat dan menggusarkan dirinya.
d. Mengharap Kritikan dan Saranan
Seorang pemimpin, kerana kedudukannya yang tinggi dan nampak mulia dihadapan
orang lain, iapun mendapat penghormatan dari kebanyakan orang. Dari sinilah banyak
pemimpin tertipu dan merasa diri sudah berada di tempat terpuji sehingga ia tidak suka
dengan kritikan dan saranan. Hal itu ternyata tidak berlaku bagi Khalifah Abu Bakar,
maka sejak awal kepemimpinannya, beliau meminta agar setiap orang memberikan
kritikan dan saranan dengan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan, Abu Bakar
berpidato dengan kalimat: Bila aku bertindak salah, betulkanlah.

2. Khalifah Saidina Umar al-Khattab
Khalifah Umar bin Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah
Abu Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.
Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah
b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu
salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan
berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya
beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu
Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara
kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam kira bicara,
berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu
masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.
Saidina Umar memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan Nabi, sewaktu
berumur 33 tahun, kerana tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh adiknya
Fatimah. Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap
perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan
sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut
untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu
mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan
orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat.
Beliau digelar al-Faruq yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang
bathil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan
umat Islam untuk bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama
kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan
orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai Abu Hafs
kerana kegagahannya. Antara sahsiah diri yang boleh dicontohi ialah:
a. Mengakui Kesalahan
Umar bin Khatab merupakan seorang pemimpin yang mahu mengakui kesalahannya
dan meminta maaf atas kesalahannya dengan berani. Hal ini pernah terjadi ketika Umar
bin Khattab r.a sedang berkhutbah, Jangan memberikan emas kawin lebih dari 40
uqiyah (1240 gram). Barangsiapa melebihkannya maka kelebihannya akan kuserahkan
ke baitul maal.
Dengan berani, seorang wanita menjawab,Apakah yang dihalalkan Allah akan
diharamkan oleh Umar. Bukankah Allah berfirman,sedang kamu telah memberikan
kepada seseorang di antara mereka sejumlah harta, maka janganlah kamu mengambil
dari padanya sedikitpun(An Nisaa:20)
Umar berkata, Benar apa yang dikatakan wanita itu dan Umar salah.
Dengan melihat kepimpinan.Apakah saat ini kita pernah melihat pemimpin kita yang
mahu mengakui kesalahnnya tanpa pernah mahu mengalahkan orang lain. Dengan
besar hati dan mahu mengakui segala kesalahan yang telah dilakukannya.
b. Bertanggungjawab
Saidina Umar juga seorang yang setia mendengarkan keluhan rakyatnya. Amirul
Mukminin tanpa rasa malu akan memohon maaf jika telah merasa lalai. Sebagai
Khalifah, beliau bahkan pernah memikul sendiri karung gandum dan menyerahkannya
pada seorang janda di hujung kota.
Umar bin Khatab merupakan seorang pemimpin yang sangat prihatin pada rakyatnya.
Hal ini sangat berbeza dengan para pemimpin kita pada masa ini. Tidak ada pemimpin
yang prihatin dengan rakyatnya seperihatinyaa Umar bin Khatab, beliau selalu meninjau
rakyatnya dari rumah ke rumah tanpa diketahui oleh rakyatnya. Jika dilihat pada masa
sekarang adakah pemimpin yang mahu seperti itu berjalan dari satu rumah ke rumah
yang lain untuk melihat keadaan rakyatnya. Sikap prihatin dan tanggungjawab Saidina
Umar ini amat patut dicontohi.Seperti contoh cerita dimana seolrang ibu yang memasak
batu untuk menipu anak -anaknya yang sedang kelaparan. Suatu malam Umar
bersama Aslam salah seorang pembantunya menyamar untuk melakukan rondaan
keluar masuk kampung untuk melihat keadaan rakyatnya. Di salah satu sudut
kampung terdengarlah rintihan pilu anak- anak yang sedang menangis, dan di sana
Umar berjumpa seorang ibu yang sedang memasak sesuatu di tungkunya. Wahai ibu
anak- anak mu kah yang sedang menangis itu? Apa yang terjadi dengan mereka?
Mereka adalah anak anakku yang sedang menangis kerana kelaparan jawab sang Ibu
sambil meneruskan pekerjaannya memasak. Setelah memperhatikan sekian lama,
Umar dan Aslam kehairanan kerana masakan sang ibu tidak juga masak ,sementara
tangisan anak anaknya semakin memilukan. Wahai Ibu, apa yang engkau masak?
Mengapa tidak juga siap untuk anak anakmu yang kelaparan? . Engkau lihatlah
sendiri dan alangkah terkejutnya Umar ketika melihat bahwa yang sedang di masak
sang ibu adalah setumpuk batu. Engkau memasak batu untuk anak anakmu?
Inilah kejahatan pemerintahan Umar Bin Khattab . rupanya sang ibu tidak
mengenali siapa yang sedang berdiri di hadapannya, wahai orang asing, aku
adalah seorang janda, suamiku syahid di dalam perang membela agama dan negara
ini, tapi lihatlah apa yang telah dilakukan Umar, dia sama sekali tidak peduli dengan
kami, dia telah melupakan kami yang telah kehilangan kepala rumah tangga pencari
nafkah. Hari ini kami tidak memiliki makanan sedikitpun, aku telah meminta anak
anakku untuk berpuasa, dengan harapan saat berbuka aku boleh mendapatkan wang
untuk membeli makanan tapi rupanya aku telah gagal mendapatkan wang ..
memasak batu aku lakukan untuk mengalihkan perhatian anak anakku agar melupakan
laparnya .
. sungguh Umar Bin Khattab tidaklah layak menjadi seorang pemimpin, dia hanya
memikirkan dirinya sendiri
Aslam hendak bergerak untuk menegur si Ibu,untuk memberitahu bersama siapa dia
sedang bercakap, tetapi Umar segera melarangnya dan serta merta mengajaknya
untuk pulang. Bukannya terus beristirahat, Umar segera mengambil satu karung
gandum dan dipikulnya sendiri untuk diberikan kepada Ibuitu tadi.. Beratnya beban
karung gandum membuat Umar berjalan lambat , nafasnya termenagh-mengah dan
peluhnya mengalir deras di wajahnya. Aslam yang melihat ini segera berkata Wahai
Amirul Mukminin, biarlah saya saja yang membawa karung gandum itu . Umar
memandang Aslam dan berkata Wahai Aslam! Apakah engkau ingin
menjerumuskan aku ke neraka? Hari ini mungkin saja engkau mau menggantikan aku
memikul beban karung ini, tapi apakah engkau mau menggantikan aku untuk
memikulnya di hari pembalasan kelak?
Tak ada pemimpin zaman sekarang yang mau melakukan apa yang telah dilakukan
oleh Umar. Jangankan memikul sekarung gandum, buku agenda atau kertas catatan
yang ringan saja pun akan meminta pembantu untuk membawakannya.
c. Bersederhana
Umar bin Khatab merupakan seorang yang sangat sederhana. Hal itu dapat dilihat
ketika beliau kedatanggan beberapa utusan dari Kekaisaran Romawi ke kota Madinah
untuk menemui Khalifah Umar bin Khattab . Dalam fikiran mereka terbayanglah
Khalifah Umar bin Khattab yang akan mereka temui adalah seorang raja yang sedang
duduk di atas singgasananya dalam sebuah istana yang megah dan mewah serta
dikelilingi oleh para pengawal dan pasukan yang banyak. Kerana mereka tidak
mengetahui di mana istana Khalifah Umar, maka mereka bertanya kepada salah
seorang yang mereka temui di jalan dan memintan bantuan menunjukkan jalan untuk
mereka menemui Khalifah Umar. Lalu sampailah mereka di suatu tempat yang
terdapat sebuah pohon kurma, lalu sang penunjuk jalan berkata : Inilah Khalifah Umar
pemimpin kami yang anda ingin temui. Terperanjatlah para utusan itu kerana yang
mereka lihat adalah seseorang yang sedang tidur sendirian di bawah pohon kurma,
hanya mengenakan pakaian yang sangat sederhana tanpa seorang pun pengawal di
sampingnya.
d. .Berfikiran terbuka
Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq mengenai pembebasan
tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau
mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan
tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya
setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak
membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain
walaupun daripada rakyat biasa.
Begitulah Umar memberikan keteladanan kepada kita semua. Seorang pemimpin
hendaknya mempunyai pendengaran yang peka terhadap keluhan, bahkan kritikan
rakyatnya. Ia menyadari betul, kekuasaannya hanyalah amanah yang harus ia tunaikan
kepada para pemiliknya, iaitu rakyat yang dipimpinnya.

3. Khalifah Saidina Uthman Bin Affan
Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati dan
merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau
diberi gelaran al-Ghani. Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan
hartanya ke arah kepentingan agama Islam. Contohnya dalam peperangan Tabuk,
beliau telah mendermakan sebanyak 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar.
Ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk
mendapatkan air minuman; Saidina Uthman telah membeli telaga Ruma daripada
seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan
percuma.
a. Bersederhana Dalam Kehidupan Seharian.
Dalam perjalanan hidupnya Uthman bin Affan berhasil menjadi seorang saudagar kaya
raya. Namun kesederhanaan tetap melingkupi hati beliau. Dalam satu riwayat
dikisahkan bahwa Uthman senang menjamu orang banyak dengan hidangan mewah
bagaikan hidangan kaum bangsawan. Namun di rumahnya beliau hanya memakan roti
dengan minyak atau cuka. Dikisahkan pula bahawa Saidina Uthman r.a. pernah
berpidato di atas mimbar memakai sehelai kain kasar dan kopiah seharga lima dirham.

b. Sifat Pemalu Saidina Uthman Bin Affan R.a.

Imam Ahmad berkata
, Hajjaj telah mengatakan kepada kami dan Laits berkata,Uqail telah mangabarkan kepadaku daripada
Ibnu Syihab daripada Yahya bin Said bin al-Ash bahawa Said bin al-Ash telah menceritakan kepadaku
bahawa Aisyah ra. dan Uthmantelah menceritakan kepadanya bahawa Abu Bakar ra.
meminta izin kepada Rasulullah saw. Baginda sedang berbaring di tempat tidurnya
sambil berselimut dengan selimut Aisyah ra. Rasulullah saw memberinya izin dan
baginda masih dalam posisi semula. Setelah Abu Bakar ra. menyelesaikan hajatnya,
beliau pun pergi. Kemudian Umar ra. datang meminta izin kepada Rasulullah saw.
Baginda memberinya izin dan baginda masih dalam posisi semula. Setelah Umar ra.
Menyelesaikan hajatnya, ia pun pergi. Lalu Uthman berkata, Lantas aku pun minta izin,
lalu Rasulullah saw duduk dan bersabda kepada Aisyah ra Ambillah selimutmu! Setelah
aku menyelesaikanhajatku, aku pun pergi. Aisyah ra. berkata, Ya Rasulullah saw! Aku
melihat engkau menyambut Abu Bakar ra. dan Umar ra. tidak seperti sambutanmu
terhadap Uthman?

Rasulullah saw. Bersabda:
Sesungguhnya Utsman adalah seorang pemalu, aku khuatir jika aku menyambutnya
dalam posisi seperti itu, beliau tidak jadi mengungkapkan keperluannya.
(Diriwayatkan oleh hadis Bukhari).

Maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjawab
:Bagaimana aku tidak merasa malu dari seseorang yang malaikatpun
merasa malukepadanya?
Al -Nawawi rahimahullah dalam menerangkan hadis di atas mengulas:
Di riwayatkan oleh Imam Musl i m
dari hadis Muhammad bin Abi Harmalah daripada Atha dan Sulaiman (keduanya adalah anak Yasar)
dan Abi Sala-mah bin Abdur Rahmandaripada Aisyah ra. Hadis ini juga diriwayatkan oleh
Abu Yala al-Mushily daripada Suhail dan ayahnya daripada Aisyah ra. Dan diriwayatkan Jubair bin
Nufair dan Aisyah ra. Binti Thalhah daripada Aisyah ra.

Hadis Imam Ahmad juga ada mengatakan bahawa:

Imam Ahmad berkata
, Waqi telah mengatakan kepada kami dari Sufyan dari Khalid al- Hadzdza dari Abi Qilabah dari Anas, ia
berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda, Orang yang paling penyayang di antara umatku adalah Abu
Bakar ra., yang paling tegas terhadap agama Allah adalah Umar ra., yang paling pemalu adalah Utsman,
yang paling mengetahui tentang halal dan haram adalah Muadz bin Jabal, yang paling hafal tentang al-
Quran adalah Ubay dan yang paling mengetahui tantang ilmu trans adalah Zaid bin Tsabit. Setiap umat
mempunyai seorang yang terpercaya dan orang yang terpercaya di kalangan umatku adalah Abu
Ubaidah bin al-Jarrah.

c. Sifat Dermawan Saidina Uthman.
Beliau merupakan seorang tokoh koporat yang berjaya. Perniagaanya semakin maju
dandiberkati oleh Allah swt kerana sifatnya yang banyak membelanjakan harta di jalan
Alllah swt antaranya:
- Membeli telaga Raumah dengan harga 35 000 dinar yang yang kemudianya
disedekahkan untuk kegunaaan orang ramai.
- Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.
- Memerdekaan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.


Uthman bin Affan saat mendengar ucapan Rasulullah SAW, dia menyiapkan dua ratus
unta berpelana untuk melakukan perjalanan ke As-Sham, dan mereka semua disiapkan
dengan 200 auns emas sebagai sumbangan. Dia menyumbangkan 1000 dinar dan
meletakkannya ke atas riba Nabi. Uthman bin Affan memberi sumbangan dengan
menambah 900 unta dan 100 kuda, selain wang yang diberikan. Melihat
kedermawanan Uthman bin Affan. Nabi Muhammad saw bersabda:
Dari pada hari ini, tidak akan ada apa yang akan membahayakan `Uthman bin
Affanwalaupun apa yang dilakukannya

4. Khalifah Saidina Ali Bin Abi Thalib
Saiyidina Ali .a. bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang
paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang
memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai
seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun
dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.
a. Berfikiran Terbuka
Beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu
walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik
negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan
menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga
dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah
dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad.
b. Bijak Bertinadak
Menghentikan Peperangan Di Antara Umat Islam Beliau juga bermati-matian dalam
usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam
satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai
kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak
musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan
peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.
c. Berpandangan Jauh
Sabda Nabi SAW :-
Saya gedung ilmu dan Ali pintunya. Sesiapa yang hendak menuntut ilmu, maka
masuklah melalui pintu itu.
Saidina Ali ibn Abi Talib (k.w.) pernah berkata:
"Ilmu itu adalah lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga
harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu berkurangan
apabila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan".
Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan
ilmu menjaga kamu.
Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
Mengajar adalah belajar.
Penjelasan ungkapan Sayyidina Ali bin Abi Talib, Didiklah anak-anak kalian, kerana
mereka diciptakan pada satu zaman yang berbeza dengan zaman kalian. Dan
implikasinya bagi guru dalam menyusun kurikulum.
Ungkapan Sayyidina Ali bin Abi Talib terhadap pendidikan telah melihat jauh kedepan.
Pendidik mendidik anak didik dan pendidikan yang diterimanya dahulu. Hal ini sering
terjadi, guru menilai murid seperti ia menilai diri, selain itu kualiti yang diajarkan
sepanjang mengajar adalah sama anak didik berbeza masa dan zaman meningkat dari
sudut teknologi dan kebudayaan. Paradigma yang kurang tepat ini akan berdampak
tersendatnya kualiti pendidikan dan hasil pendidikan yang nampak rendahnya kualiti
anak didik serta tidak mendukung kemajuan negara.

Pendidik harus bijaksana, tentang anak didik berbeza dengan masanya. Setiap masa
memiliki kemajuan dan pengaruh pada perkembangan anak didik. Selain itu anak akan
mengalami zaman yang berbeza dengan masa pendidik, masa saat pendidikan yang
diberikan. Guru harus dapat meramalkan zaman masa depan dimana anak didik dan
menyiapakan anak didik untuk hidup dijamannya. Dengan jalan memberikan pendidikan
sepanjang hidup dan kemampuan bagaimana belajar. Pendidikan sepanajng hayat
meliputi 4 peringkat iaitu;

1. Learning to kown to learn.
2. Learning to do.
3. Learning to Live together.
4.Learning to be
.Bekal ini digunakan anak didik untuk menjadi lebih dewasa dan menentukan tahap
berikutnya dan mengembangkan kemampuan untuk belajar mandiri meningkatkan
pengetahuannya.
d. Amanah dan Adil
Ali bin Abi Talib r.a adalah seorang khalifah yang sangat amanah dan adil. Beliau tidak
memberikan layanan yang lebih terhadap anak-anaknya biarpun beliau menjadi ketua
Negara. Beliau hidup sebagai rakyat biasa dalam keadaan susah dan miskin
berbanding rakyatnya sendiri.Sebagai seorang khalifah, beliau sangat mengambil berat
terhadap harta rakyat. Beliau mempunyai sifat sabar yang besar dalam dirinya. Dalam
suatu kisah,tentang kehilangan baju perangnya yang diambil oleh seorang pemuda
Nasrani. Dengan kesabarannya yang tinggi sehingga menyebabkan orang Nasrani itu
memeluk Islam.
e. Pemaaf
Selain itu, Ali bin Abi Talib r.a merupakan seorang yang mudah memaafkan kesalahan
orang lain dan tidak berdendam . Agama Islam juga melarang perbuatan suka
berdendam. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang zuhud,suka hidup
sederhana(tidak terpengaruh dengan kepada harta dan kemewahan hidup duniawi.
Beliau merupakan salah seorang Ahli Mesyuarat bagi khalifah-khalifah Ar-Rasyidin.



Di samping itu, Ali bin abi Talib r.a juga mempunyai firasat yang benar (al-firasah al-
sadiqah), kemuliaan (karamah) yang luar biasa, keutuhan dalam membantu Islam,
keterdahuluan dalm keimanan, bersifat pengasih (syafaqa), merendah diri (tawadu),
lemah lembut dan berhemah tinggi.