Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSS3503: TEORI DAN KAEDAH SEJARAH


SEMESTER: SEPTEMBER 2009
TUGASAN KURSUS (35%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti
yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz
12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Markah sifar (0) akan
diberikan kepada pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiat.
SOALAN TUGASAN

Isu kesahihan sumber merupakan suatu isu yang penting dan dipandang serius oleh ahli
sejarah. Hal ini adalah bertujuan memastikan sumber yang diguna pakai adalah sahih dan
benar serta terhindar daripada sebarang pemalsuan.

Berasaskan pernyataan di atas, sila jawab soalan-soalan berikut.

(a) Huraikan secara lanjut tentang:

i. definisi sumber,
ii. faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti kesahihan sumber perlu dijalankan,
iii. langkah-langkah yang perlu digunakan dalam memastikan kesahihan sumber, dan
iv. contoh kes pemalsuan sumber dalam sejarah dunia.
(20 markah)

(b) Sejauh manakah benarnya kenyataan bahawa dengan mengamalkan kaedah empirikal
anjuran Leopold von Ranke (1795-1866) seorang tokoh Jerman yang umumnya
dianggap sebagai “bapa pensejarahan Eropah moden”, maka para sejarawan yang
mengikut jejak langkah beliau boleh mendakwa bahawa disiplin sejarah yang mereka
ceburi adalah saintifik?
(15 markah)

(Jumlah: 35 markah)
Panduan pelajar

1. Pelajar diwajibkan merujuk kepada rujukan yang disenaraikan di bawah dan rujukan
ini mestilah disenaraikan di bahagian bibliografi tugasan anda, di samping lain-lain
rujukan terpilih yang difikirkan sesuai.

Mohd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj.Yahya. (1988) Sejarahwan dan


Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, KL:DBP.

Mohd.Yusof Ibrahim. (1997) Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian & Kaedah, KL:
DBP.

Tholfsen. (1987) Historical Thinking, New York: Herper & Row.

S. Suntharalingam. (1987) Pensejarahan Barat, PJ: Fajar Bakti.

S. Suntharalingam. (1985) Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican.

Gottschalk. (1969) Understanding History: A Primer of Historical Method, New


York: Alfred A.Knopf, 1969.

Qasim Ahmad. (2000) Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, KL: DBP.
Panduan Tutor

1. Sila baca kesemua buku rujukan yang disenaraikan.

2. Sila bincangkan terlebih dahulu kesemua kriteria tugasan serta skema jawapan
dengan pelajar anda.

Anda mungkin juga menyukai