Anda di halaman 1dari 7

Judul : 3 i : Islam, Iman, Ihsan

Pengarang : Sakinah Salleh


Penerbit : PTS Millennia Sdn.Bhd.
Tahun Terbit : 2011
Tebal : 128 halaman.

Islam, Iman, Ihsan dalam konteks 3i adalah sebuah buku ilmiah yang ditulis oleh
seorang yang tidak asing lagi dalam bidang agama dan minat dalam mengajar,
berdakwah serta berpengalaman dalam bidang yang pernah diceburinya,memberi
peluang kepada beliau bagi berkongsi maklumat dan ilmu dalam program ceramah dan
motivasi di radio dan TV. Beliau pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) dalam bidang Ilmu Wahyu. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai
guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah selama hampir 8 tahun, dapat membantu
beliau memahami dan menghayati konsep 3i ini dengan lebih mendalam. Biarpun
bergelar seorang pendidik, beliau tetap menimba ilmu dengan menghadiri kuliah agama
serta wacana ilmu. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah Psikologi dan Kaunseling
di Pusat Pengajian Lanjutan Universiti Malaya (UMCEED), juga menjadi Kolumis tetap
ruangan Kenali Diri Bina Identiti untuk Majalah Pendidik. Beliau sedang menyambung
pengajian di peringkat Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam bidang
kaunseling. Beliau merupakan perunding motivasi dan merangkap pengarah syarikat
Qutreen Motivation and Consulting dan Qutreen Niaga Sdn Bhd. Selain itu beliau juga
menjadi kaunselor, perunding motivasi untuk pelajar sekolah dan universiti.

Konsep 3i yang digarapkan daripada perlaksanaan iman, islam, ihsan adalah
luas pengertiannya. Ia mencakupi seluruh kehidupan manusia kepada tuntutan rukun
yang terkandung dalam solat,zakat,haji dan yang lebih menjurus kepada ibadat khusus.
Buku ini mempunyai lapan bab utama iaitu bab pertama yang membincangkan
islam,iman, dan ihsan kejayaan hakiki dan abadi. Dalam bab ini, penulis membawa
pendekatan maksud islam dalam bahasa arab adalah salama yang beerti selamat.
Daripada istilahnya, ia membawa maksud mentauhidkan Allah SWT dengan
menunaikan ajaran-Nya, firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 165, menyebut,
Antara manusia itu ada orang yang menyembah selain Allah SWT,mereka
mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah SWT. Namun, orang yang beriman
lebih mencintai Allah SWT. Manakala iman membawa maksud membenarkan dengan
hati,berikrar dengan lisan iaitu lidah dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad. Dan ihsan ialah melakukan ibadah yang meliputi segala pengamalan dan
perbuatan dengan ikhlas serta meyakini Allah SWT mengetahui dan menyaksikan
segala perbuatan. Menurut pengarang untuk mencapai kejayan yang hakiki dan abadi
perlulah menghayati konsep 3i iaitu islam,iman dan ihsan. Setiap hujah beliau,
diperkuatkan dengan dalil-dalil al-quran, hadis nabi, sejarah nabi dan banyak memberi
contoh yang berlaku pada masa kini yang boleh menjadi iktibar pada umat islam.
Pengarang menegaskan bahawa konsep 3i iaitu islam, iman, dan ihsan adalah tunjang
dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai
insan dan hamba kepada Pencipta , sesama manusia dan alam ini, yang menjadi
formula kejayaan hakiki dan abadi.

Dalam konsep 3i, mengenal dan mencari kesempurnaan diri yang telah
dinyatakan dalam wahyu Ilahi yang terkandung tips, kaedah, panduan, pengalaman
,pengajaran, peringatan, amaran, peraturan, ilmu, sejarah umat terdahulu,cerita-cerita
alam dan kehidupan, had dan larangan dalam kehidupan manusia,dan cara hidup yang
sempurna, lengkap serta melengkapi, boleh menjadi panduan dan pengajaran umat
manusia. Mengenali hakikat diri untuk mencari kesempurnaan diri dengan nilai-nilai
murni seperti kejujuran, kesopanan, menjaga kebersihan, menghormati antara satu
sama lain, menjaga perpaduan kaum serta berkasih sayang. Pengarang juga
menekankan bahawa pelengkap bagi kejayaan setiap individu muslim adalah
sempurnanya fardhu ain dan fardhu kifayah.
Dalam bab menggapai kejayaan hakiki dan abadi, pengarang telah merujuk
kepada teori-teori kejayaan daripada perspektif barat dan perspektif islam. Mengikut
teori kejayaan daripada perspektif barat lebih melihat kepada kejayaan material dan
bukannya spiritual apabila sesuatu itu dilihat berkuasa dan mempunyai pengaruh atas
sesuatu yang lain, teori kejayaan yang hanya memenuhi kehendak nafsu, realitinya
mereka gagal kerana tidak mampu mengatasi hakikat kekuasaan dan keesaan Allah
SWT. Manakala mengikut teori kejayaan daripada perspektif islam, orang inginkan
kejayaan perlu mengetahui apa yang diingininya dalam kehidupan.

Matlamat berpandukan quran dan sunnah adalah perbicaraan selanjutnya
dalam buku ini, perbicaraan ini berkisar mencari keredhaan Allah SWT untuk mencapai
kejayaan hakiki dan abadi adalah apabila berjaya menjadi muslim sejati yang
memahami dunia ini hanya tempat persinggahan sementara. Pengarang mengingatkan
bahawa konsep kejayaan ada dua bahagian iaitu kejayaan dunia dan kejayaan akhirat,
kejayaan dunia adalah kejayaan ilmu iaitu memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta
memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan ummah, kejayaan harta apabila mempunyai
harta dan memanfaatkanya ke jalan Allah SW T, kejayaan pangkat adalah dengan
memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan semua, dan kejayaan
rumahtangga pula apabila mempunyai rumah tangga bahagia, sejahtera dan menjadi
contoh kepada orang lain. Manakala kejayaan akhirat adalah terlepas azab seksa
kubur,mendapat syafaat Rasulullah SAW, melepasi titian sirat dan dipilih sebagai
penghuni syurga.

Selanjutnya buku ini juga membincangkan cara mengatur strategi dan
mencapai impian dalam penerapan 3i bagi mengaplikasikan strategi yang digunakan
untuk mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Keseimbangan adalah
perkara penting dalam kehidupan manusia, jika tiada keseimbangan akan
menyebabkan prinsip kehidupan dalam menentukan hala tuju lari dari landasan dan
keutamaan sebenar dalam kehidupan. Integrasi iman dalam kehidupan adalah sentiasa
berserah diri kepada Allah akan mendapat ketenangan jiwa yang tidak tergugat dengan
keadaan sekeliling, firman Allah dalam surah Insyirah ayat 1-8 yang bermaksud,
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan
daripadamu beban yang kamu pikul. Yang memberati tanggunganmu. Dan Kami telah
meninggikan sebutan namamu. Oleh itu, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan. Apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal soleh,bersungguh-
sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal ibadat yang lain. Dan hanya kepada
Tuhanmu sajalah, hendaknya engkau mengharap.

Menurut pengarang dalam mengatur strategi dan mencapai impian perlu ada
penghijrahan iman yang boleh dicapai seboleh-bolehnya tahap keimanan yang tinggi,
antara tahap- tahap iman ialah iman taqlid, iman aayan, iman ilmu, dan iman
haq/hakikat. Selain itu, penghijrahan amal dan hijrah akhlak. Dalam penghijrahan amal,
hadis nabi ada menyebut, sebaik-baik amal adalah berterusan walaupun sedikit.
Hijrah akhlak, perumpamaan ada mengatakan, Seseorang insan yang berjaya
dihormati dan disegani bukan kerana kejayaan yang dimilikinya tetapi kualiti yang
membawa dirinya kepada kejayaan. Selanjutnya pengarang membicarakan bina
semangat dan meningkatkan motivasi diri bagi mengekalkan semangat untuk berjaya
dan membina motivasi diri yang berkekalan, perlulah mempunyai tujuan dan matlamat
hidup, menentukan visi dan misi kejayaan, bergerak ke arah perubahan, membina
prinsip diri dan mempunyai motivasi diri dan komitmen tinggi.

Mengendalikan kegagalan dan kejayaan merupakan bab yang membicarakan
tentang ujian dan cabaran proses kejayaan, sebagaimana Allah SWT menyatakan
dalam surah at-Talaq, ayat 2-3, Sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT dengan
mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya nescaya Allah SWT
mengadakan untuknya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkan dan
memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Ingatlah, sesiapa yang
berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT, cukup untuk menolong dan
menyelamatkannya. Selain itu, bab ini juga berkisar tentang meletakkan keyakinan
hanya pada Allah SWT, mengenal erti dugaan dan musibah, dan AllahSWT sebaik-baik
tempat meminta pertolongan, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah,
ayat 23, Allah jualah hendaknya kamu berserah, sekiranya benar kamu orang yang
beriman. Seterusnya bab yang ketujuh membicarakan tentang meniti sirat untuk ke
syurga iaitu percutian abadi. Persediaan menghadapi kematian, tiap-tiap yang
bernyawa pasti akan mati apabila sampai saat dan ketikanya dan bezanya hanya cepat
atau lambat. Dalam surah an-Nisa, ayat 78, Dimana saja kamu berada, kematian
akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu dalam benteng yang kukuh. Dalam bab ini
juga pengarang menggunakan pepatah melayu harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nyawa. Pengertiannya dalam kehidupan sebelum manusia
meninggalkan dunia yang fana perlulah menjadi manusia yang boleh memberi untuk
orang lain. Sebagai hamba keimanan adalah kesedaran, harapan dan berserah diri
kepada Allah SWT dan menerima serta melihat sesuatu secara positif.

Cahaya illahi penyuluh kehidupan adalah merupakan bab yang kelapan dan
terakhir dalam buku 3i iaitu islam, iman dan ihsan. Bab ini adalah kemuncak bagi
merealisasikan gabungan 3i, dalam firman Allah SWT, surah Fussilat, ayat 46, Siapa
yang mengarjakan amal yang soleh, pahalanya untuk dirinya sendiri. Dalam bab ini
terkandung membentuk keperibadian unggul,hijrah diri ke arah perubahan sikap,
penerapan sifat mahmudah agar jadi insan kamil iaitu insane yang sentiasa
mendekatkan diri dengan amalan-amalan kebaikan.

Konsep iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba
kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan
tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang
dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan
iman dan islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan
adalah timbangan keikhlasan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-
mata kerana Allah SWT dan mengharap keredhaan-Nya.

Konteks 3i adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek
kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesame
manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi
percutian abadi bertemu Allah SWT bersama persiapan yang rapi.

Buku 3i iaitu islam, iman dan ihsan seperti yang ditekankan di awal tulisannya,
Sakinah Salleh cuba mengetengahkan buku ini bukan dalam nada yang terlalu ilmiah
sifatnya kerana sasarannya ialah pembaca awam. Namun ia juga sesuai untuk rujukan
pelajar atau mahasiswa yang mengambil aliran agama.

Sesuai dengan itu, buku ini mempersembahkan gaya penulisan yang agak
mudah di fahami, sekalipun seseorang itu tidak pernah mendalami ilmu agama,
paparan yang menyeluruh dengan menggunakan dalil al-Quran serta hadith bagi
memperkukuhkan lagi hujahnya didalam buku ini.

Namun begitu, ada dua hal yang agak menarik iaitu perbincangannya dalam
mencari kesempurnaan diri dalam bab kedua, dinyatakan melalui panduan wahyu illahi
yang diturunkan didalam kitab yang agung iaitu al-quran melalui kekasih-Nya nabi
Muhammad SAW. Pengarang juga menggunakan contoh-contoh teladan yang
kebanyakannya telah di ketahui umum memudahkan lagi untuk memahami konsep 3i,
dan satu hal lagi, dalam konteks 3i, iaitu ke arah menggapai kejayaan hakiki dan abadi
yang terkandung dalam bab ketiga, yang menyatakan kita adalah nakhoda yang
menentukan perjalanan kita sampai ke destinasi, setiap individu merancang untuk
berjaya dan membina kecemerlangan dalam hidup.
Di akhir penulisan beliau mengingatkan bahawa, Aku redha Allah sebagai
tuhanku, Islam sebagai agamaku, Muhammad sebagai Nabiku. dan Tiada tuhan
selain Allah, yang tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Dialah pemilik kerajaan dan
semua pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai