Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 1 KRB 3063

D20102042684

m/s 1






KRB 3063
PENGHAYATAN KARYA AGUNG



NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON
ZAHURIN BINTI MOHAMAD @ AWANG D20102042684 013-5181213

NAMA TUTOR: DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
TARIKH SERAH: 22 NOV 2013





TUGASAN 1
TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 2

ISI KANDUNGAN
1. Muka Depan 1
2. Isi Kandungan 2
3. Pendahuluan 3
4. Analisis Karya Sastera
4.1 Analisis Kekuatan Yang Terdapat Dalam Karya Agung
- Pemikiran ( mesej atau isi ) 3-6
- Estetika Dan Kepengarangan 6-8
- Nilai Budaya Dan Pandangan Hidup 9-11
5 Rumusan 11
6 Rujukan 12























TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 3

PENDAHULUAN

....Karya yang berkesan adalah karya yang di dalamnya mengungkapkan pelbagai mesej
dan pandangan kepada khalayaknya, (Dharmawijaya: 2003)

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan
kepada khalayak dan berguna kepada khalayak tersebut iaitu kelompok pembaca. Karya dan
pembaca saling memerlukan dan lengkap-melengkapi bagai irama dengan lagu. Ditinjau
daripada sudut peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca, sastera adalah alat
yang digunakan untuk mengajar, mendidik dan menghibur.
Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan
pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Oleh sebab
itu, terdapat pengarang yang memilih untuk berterus-terang, menggunakan cara halus dan
kasar, menumpukan perhatian kepada keindahan dan mementingkan isi semata-mata.
Dalam kajian ini, saya akan menganalisis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya
Shahnon Ahmad yang telah diangkat oleh panel The Sydney Morning Herald pada tahun
1973 sebagai salah sebuah daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972. Karya
hebat Shahnon Ahmad ini yang pernah dijadikan sebagai teks sastera tingkatan enam ini
seterusnya telah difilemkan oleh penerbit dan pengarah filem Tan Sri Kamarul Arifin pada
1983 dengan arahan Dato Jamil Sulung.
Analisis terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan akan dibahagikan kepada tiga aspek
iaitu:
1. Aspek Pemikiran (mesej atau isi)
2. Aspek Estetika Dan Kepengarangan
3. Aspek Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
213 p.p.

ANALISIS PEMIKIRAN ( MESEJ ATAU ISI ) DALAM KARYA
Prof. Syed Mohammad Naguib AI-Attas (1971) sendiri mengakui bahawa
"Dalam menilai sesuatu kebudayaan yang harus dijadikan kriteria utama bukanlah
hanya nilai-nilai kesenian, akan tetapi lebih dari itu adalah nilai-nilai pemikiran sesuatu
bangsa dan pemikiran sesuatu bangsa tercermin dalam bahasa dan kesusasteraan
TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 4

bangsa itu ... " Ini bermakna bahawa pemikiran seseorang pengarang itu akan dapat
dilihat di dalam pemikiran watak-watak novelnya.
Dalam aspek pemikiran, saya tertarik memilih 'nilai kemiskinan' sebagi fokus
utama bagi analisis novel ini. Saya memilih nilai ini adalah disebabkan nilai kemiskinan
ini amat digemari oleh Sasterawan Negara kita, Dato' Prof Shahnon Ahmad. Shahnon
melihat nilai kemiskinannya melalui konsep kesederhanaan, ketaqwaan, kesabaran,
keikhlasan, kejujuran dan kekudusan seseorang. Konsep kemiskinan yang
mencerminkan nilai kesederhanaan bangsa Melayu itulah yang mengghairahkan
Shahnon sehingga beliau menjadikan fokus perbincangan utama dalam novel Ranjau
Sepanjang Jalan.
Saya ingin menganalisis aspek pemikiran iaitu mesej dan isi yang terdapat dalam
novel ini daripada dua sudut iaitu:
1. Kemiskinan Sebagai Rahmat
2. Kemiskinan Satu Kesedaran

Kemiskinan Sebagai Rahmat

Apabila manusia merasakan kemiskinan itu sebagai suatu perkara biasa yang
harus ditanggung oleh golongan manusia, setidak- tidaknya mereka akan berasa
tidak takut dan risau lagi. Sebaliknya mereka mampu menghadapi kemiskinan itu
dengan lebih tenang dan tabah. SN Shahnon berfalsafah bahawa kemiskinan itu
adalah sebagai suatu rahmat daripada Allah Azzawajalla yang mana tidak semua orang
boleh memperolehi atau mendapatkannya.
Seseorang manusi a itu tidak harus bersungut terhadap kemiskinan yang
dialaminya dalam kehidupannya. Jika dia menganggapnya bahawa kemiskinan itu
adalah sebagai rahmat dari pemberian Allah, maka dia perlu bersyukur dan
menyerahkan kembali segala perhitungan nasibnya kepada Allah Subhanahu
Wataala. Hal ini me nunj ukkan ba ha wa salah satu daripada nilai suci yang bakal
wujud dalam diri orang-orang mukrnin, apabila dia merelakan segala nasib dan
redha akan semua taqdir yang didatangkan oleh Allah kepadanya. SN Shahnon
melihatnya sebagai rahmat yang hanya orang-orang tertentu atau terpilih (miskin)
sahaja yang dapat merasakannya serta sanggup menerimanya daripada Allah.
TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 5

S i t u a s i i ni dapat dilihat daripada pengakuan Lahuma sendiri,
"Lahuma cukup percaya. Tuhan tidak akan menebus nyawanya
semata-mata kerana duri nibung yang seinci panjangnya itu. Tuhan sedar
tentang jumlah anaknya itu. Tujuh orang semuanya. Mereka perlukan
makan. Dan padilah makanan Lahuma turun-temurun. Dengan ingatan
seumpama itu Lahuma dapat menahan sakitnya ... " (hlm. 75)
Kadang-kadang orang miskin lebih bersyukur kerana tidak kaya. Mereka
akan menganggapkan kekayaan akan menjadikan seseorang itu sombong, kedekut, dan
mementingkan diri sendiri.
Lahuma dan Jeha digambarkan oleh SN Shahnon sebagai petani yang begitu giat
dan rajin sekali demi mengisi perut mereka dan anak-anak tercinta agar tidak kelaparan dan
tidak meminta-minta, dan masih memikirkan nasib keluarga dalam keadaan menanggung
kesakitan yang tidak terhingga, SN Shahnon menggambarkan sikap Lahuma ini dalam...
Di celah-celah kesakitan yang tidak tertahan itu melayang juga ingatan
Lahuma kepada semai di belukar dan bendang yang masih belum sudah. Tapi ingatan
itu hilang begitu sahaja; diganti dengan denyutan pada daging-daging yang
membungkus onak nibung. Lahuma menggulingkan tubuhnya di atas lantai.
Digulingnya ke kiri. Digulingnya ke kanan. Dibangunkan badan itu. Ditidurkan.
Dibangunkan lagi. Digulingkan lagi. Lahuma terasa lepas pada tekaknya. Dia menekan
dada. Dia teringat pada malaikat yang akan bertamu. Dia teringat pada kubur.
Lahuma akan meninggalkan sawah yang empat belas relung itu. Dia akan
meninggalkan tujuh orang anak, seorang isteri, beberapa bilah tajak, beberapa batang
cangkul, bekas semai di belukar. Diingatnya sekali imbas.(hlm.63)

Kemiskinan Satu Kesedaran
Dalam keadaan yang penuh sedar, seseorang yang hidup dalam kemiskinan itu akan
merasakan dirinya serba kekurangan. Dan kemiskinan serta kemelaratan itu
membuatkan dia sedar atas kekurangan dirinya. Sikap begini akan membuatkan
seseorang itu mahu berusaha untuk melepaskan dirinya dari cengkaman kemiskinan.
Semangat untuk menerima realiti hidup dan keinginan untuk bertindak hasil
daripada kesedaran terhadap kemiskinan ini dapat dilihat dengan jelas dalam Ranjau
Sepanjang Jalan. Misalnya Shahnon mengungkapkan bahawa Jeha mengungkapkan,
TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 6

"Hidup kaum tani, fikir Jeha, akan hidup di tengah- tengah lumpur.
Akan berkubang macarn kerbau. Akan berjemur panas macam tanah tandus.
Akan basah macam terendam di tengah-tengah banjir besar. Mereka akan
memungut ketam dan membunuh binatang bedebah itu. Mereka harus belajar
membunuh. Membunuh setiap benda yang akan menghalang padi mereka.
Membunuh burung tiak yang akan datang berjuta-juta dan berlaksa-laksa. Jeha
terasa lapang dadanya bila teringat Lahuma yang akan disambungkan
perjuangannya hingga ke anak cucu cicit. Lahuma yang banyak memberi
tenaga kepada seluruh keluarga." (hlm. 120)

ANALISIS ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN DALAM KARYA
Aspek Kepengarangan Dalam Karya SN Shahnon Ahmad
Dalam mengisahkan kehidupan Jeha dan Lahuma, SN Shahnon mengekalkan kedudukan
yang seimbang antara dua teknik iaitu teknik dramatik dan teknik penceritaan. Saya lebih
memilih teknik dramatik untuk diketengahkan dalam analisis bagi karya agung ini.
Seterusnya SN Shahnon juga menggunakan teknik pertukaran pusat kesedaran yang agak
mirip monolog dalaman dalm teknik dramatik.
Teknik Dramatik
Menerusi teknik ini, dialog biasa dan monolog tanpa kata iaitu suatu cara pengisahan yang
dikatakan oleh Md Salleh Yaapar:Nasib Petani-Petani Melayu Dalam Novel Ranjau
Sepanjang Jalan (dalam Tanggapan Pembicaraan Karya-Karya Shahnon
Ahmad:1984:203) sebagai agak baharu dalam novel Melayu, telah digarap oleh SN Shahnon
Ahmad. Melalui teknik tersebut, dalam proses pengisahan cerita Ranjau Sepanjang Jalan, SN
Shahnon telah berjaya mengungkap bukan sahaja aktiviti-aktiviti fizikal watak-wataknya
tetapi juga tindakan-tindakan mental mereka. Sebagai contoh, ketika SN Shahnon
mengungkapkan apabila Lahuma mahu memeriksa sawah padi pada malam sebelum mula
menyemai, dia memikirkan tentang lintah-lintah lalu berkata dalam pemikirannya,
Aku tidak akan membunuh kau, kalau kau tidak menghisap darahku. Tapi bila
aku habis menabur semai aku akan mengharung air ini. Dan di kala itu kalau kau
semua masuk datang mengapuk pada betisku dan menghisap darahku, darah biniku
TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 7

dan darah anak-anakku, aku akan bunuh semua. Aku akan cincang dengan parang
tajam ini. Aku akan bubuh racun kesemuanya. (hlm. 14)
Edwin Thumboo (1984:101) dalam Tanggapan Pembicaraan Karya-karya
Shahnon Ahmad:Ranjau Sepanjang Jalan, Karya Shahnon Ahmad mengatakan bahawa
apabila Lahuma berkata dirinya yang berterusan berjuang mewarisi pekerjaan datuk
neneknya terdahulu demi mendapatkan sesuap nasi,
Besok akan bermula perjuangan, fikir Lahuma ...
Besok akan bermula perjuangan, fikirnya lagi...sekurang-kurangnya Lahuma
hendak bermesra dulu dengan gelanggang yang akan menjadi arena perjuangannya itu
nanti (hlm.12) ah sampai. Akan kutanam semai itu sampai penuh sawah kita.(hlm.94)
Satu lagi teknik penting yang agak baharu digunakan oleh SN Shahnon dalam novel
ini ialah teknik pertukaran pusat kesedaran , demikianlah menurut Md Salleh
Yaapar:Nasib Petani-Petani Melayu Dalam Novel Ranjau Sepanjang Jalan (dalam
Tanggapan Pembicaraan Karya-Karya Shahnon Ahmad:1984:205). Teknik ini sangat
sesuai dengan corak pertukaran watak yang dihidupkan oleh SN Shahnon dalam novel ini.
Apabila tiga watak utama memegang peranan aktif masing-masing mengikut urutan yang
teratur, pusat kesedaran dalam cerita ini juga secara langsung bertukar daripada satu watak ke
satu watak yang lain, dari semasa ke semasa. Begitulah, pada bahagian awal, ceritakan
dikisarkan dengan kesedaran oleh Lahuma. Apabila Lahuma mati, meninggalkan Jeha dan
tujuh orang anaknya, maka Jeha mengambil alih tempatnya, di sini terdapatnya pertukaran
pusat kesedaran, dan dengan demikian kisah ini disampaikan dengan melalui pemikiran.
Seterusnya apabila Jeha menjadi gila dek kematian Lahuma, Sanah pula terpaksa mengambil
alih tempat ibunya yang gila dan gemulah ayahnya bagi menjaga sawah padi, adik-adiknya
dan juga ibunya, kisah ini disampaikan melalui kesedaran seorang gadis yang dibebani
dengan tanggungjawab dan penderitaan.
Aspek Estetika Dalam Karya SN Shahnon Ahmad
Dalam novel RSJ ini, SN Shahnon menggunakan teknik pengulangan iaitu dari segi
pengulangan ritma- sesuatu yang agak baharu (ketika itu) dan tidak banyak penulis
menggunakan teknik ini. Pengulangan ritma dilakukan kepada perkataan atau frasa.

TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 8

Pengulangan Ritma Perkataan Atau Frasa
Md Salleh Yaapar:Nasib Petani-Petani Melayu Dalam Novel Ranjau Sepanjang Jalan
(dalam Tanggapan Pembicaraan Karya-Karya Shahnon Ahmad:1984:206) mengatakan
bahawa kelebihan pergerakan ritma yang menyeluruh telah menjadi faktor paling menarik
dalam novel ini. Seperti dalam muzik, ritma merupakan pengulangan dengan variasi. Fungsi
ritma adalah pelbagai bermula dengan memberikan unsur-unsur yang menyegarkan dan
memeranjatkan sehinggalah kepada memberi kekuatan dan perkembangan makna. (E.K.
Brown, Rhythm in the Cat and Shakespeare, Literature East and West, Jil.XIII, No
1 & 2(1969:27-41)
Ritma yang paling mudah yang terdapat dalam novel ini ialah pengulangan perkataan yang
penting seperti tiak, ketam, Allah, banjir dan rezeki. Bermula daripada awal penceritaan
dalam novel hinggalah ke akhir cerita, pembaca disajikan dengan perkataan-perkataan Allah
dan rezeki. Bagi peringkat frasa pula, pengulangan dilakukan bermula pada bahagian awal
kisah. Bahagian awal novel dimulakan dengan kata yang amat indah,
Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan. Dipegang oleh Allah
Azzawajalla. (hlm. 1)
Baris-baris keramat di atas diulang-ulang tidak kurang daripada tiga kali. Formula
yang diwarisi daripada datuk neneknya sesungguhnya sangat penting bagi Lahuma. Ia
diulang-ulang dalam pelbagai bentuk dan situasi sepanjang pengisahan tersebut. Pernah pada
satu ketika, ketika berlaku banjir dan ribut kencang, Lahuma dikisahkan telah menyedari
kelemahan lalu dalam fikirannya,
Dia serah segala-galanya kepada Allah Azzawajalla.(hlm.15)
Penulis SN Shahnon menulis dengan menggunakan teknik untuk menjadikan
manusia itu sedar akan kekuatan dan kebesaran Allah. SN Shahnon jelas menonjolkan
hubungan antara manusia dengan Tuhan. Maka dengan itu, maka tidak hairanlah terdapat
pengulangan terhadap beberapa perkataan sama ada dalam bentuk perkataan atau frasa
sebagaimana yang telah dihuraikan di atas.


TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 9

ANALISIS NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP DALAM KARYA
Aspek Nilai Budaya
Edwin Thumboo (1984:91) dalam Tanggapan Pembicaraan Karya-karya Shahnon
Ahmad:Ranjau Sepanjang Jalan, Karya Shahnon Ahmad menjelaskan bahawa novel
Ranjau Sepanjang Jalan bermula dengan sepotong ayat yang walaupun singkat tetapi cukup
bertenaga untuk memberikan gambaran secara kasar tentang alam semesta yang saling
mempengaruhi rohaniah, emosi dan persekitaran fizikal yang diduduki Lahuma dan
keluarganya. Bahawa:
Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan. Dipegang oleh Allah Azzawajalla.
(Adibah Amin:1972:1)
itu sekaligus merupakan doktrin yang menjadi pegangan hidup yang mempamerkan sikap kepatuhan
dan penyerahan diri kepada-Nya. Empat unsur utama yang menjadi kekuatan atau tunggak novel ini
tergambar dengan kesederhanaan yang mengagumkan, mewujudkan satu pengertian waktu yang
berkuasa dan sempurna sebagai suatu edaran yang dapat dirasakan melalui peristiwa-peristiwa yang
penting. Empat unsur utama yang diatur dengan sebegitu rupa lebih menekankan hubungan yang
berlawanan dan membantu (mati hidup, susah senang ) dengan peringkat peristiwa dalam proses yang
dijalaninya menguasai corak kehidupan di Banggul Derdap. Allah menjadi penentu segala sebab dan
akibat atas semua kejadian yang berlaku.
Kekuatan tubuh dan keazaman yang digambarkan dalam menghadapi kesusahan dan ketidaktentuan
yang tiada pernah habis itu jelas dapat dilihat dalam semua peristiwa tragis yang diceritakan oleh
Shahnon Ahmad. Mereka, Lahuma dan Jeha, laki bini memegang prinsip mati hidup, senang susah
sebagai suatu tanda penyerahan diri yang sentiasa akan diingati, khususnya saat mereka menghadapi
waktu-waktu yang genting. Doktrin dan pandangan hidup di dunia menjadi dasar atau asas pegangan
keagamaan mereka yang telah pun sebati bagi menyediakan asas yang sempurna untuk perasaan,
pemikiran dan penilaian serta cara untuk menghadapi pertentangan yang mereka hadapi. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas:
Kesenangan dan kebahagiaan diterima dengan penuh kesyukuran. Diterima dengan
ucapan Alhamdulillah seribu kali. Dan penderitaan serta malapetaka yang menimpa pun
diterima juga dengan kesyukuran. Dengan ucapan Alhamdulillah seribu kali juga. Demikian
Lahuma dan bininya, Jeha (hlm.1)
Kepatuhan manusia terhadap Allah Subhanahu Wa Taala telah diperlihatkan sebagai tiada
rasa berbelah bagi lagi. SN Shahnon sebenarnya menggambarkan kesusahan ini untuk menonjolkan
TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 10

kekuasaan dan kebesaran Allah di samping betapa kerdil dan lemahnya manusia sebagai makhluk
Allah yang diciptakan.
Aspek Pandangan Hidup
Doktrin sentiasa meluas menjadi kepercayaan agama dan langsung meresap ke dalam cara hidup
rakyat dan langsung menjadi suatu tenaga kehidupan yang memandu atau menghalang seseorang
individu. Pengucapan Lahuma ketika memandang kepada anak-anak perempuannya, dia memikirkan
tentang dua puluh relung sawah yang dipusakainya dan betapa kecilnya pula bahagian yang akan
ditinggalkan kepada setiap orang anaknya nanti. Enam relung pula telah terlepas ke tangan Cina
kerana dia telah lupus masa dan dia sendiri tidak mampu menebus tanah tersebut apatah lagi untuk
menambah yang ada. Empat belas relung memang cukup untuk menyara kehidupannya, tetapi
Lahuma membayangkan bahawa selepas kematiannya nanti, anak-anaknya akan lebih menderita.
Kemiskinan yang diwarisi oleh anak-anaknya kerana kegagalannya menambah tanah yang sedia ada.
Walaupun begitu, Lahuma tetap yakin bahawa orang miskin jika mereka yakin
dengan kekuasaan Allah, lihat sebagaimana kata SN Shahnon,
" ... Dan mimpi itu seringnya dikaitkan dengan Lahuma. Semangat Lahuma
dan tekad Lahuma turnn-temurun. Mimpi-mimpi lunak itu akan terpengaruh juga. Dan
rezeki-rezeki yang bakal diterima itu sering pula dihubungkan dengan Allah
Azzawajalla. Dan antara keluarga Jeha, semangat dan tekad Lahuma, Allah
Azzawajalla, Jeha rasa tidak ada apa-apa yang boleh dipisahkan. , Dan biarlah
pertalian itu terus-rnenerus hingga ke anak cucu cieit." (hlm.125)
Semangat untuk menerima realiti hidup dan keinginan untuk bertindak hasil
daripada kesedaran terhadap kemiskinan ini dapat dilihat dengan jelas dalam Ranjau
Sepanjang Jalan. Misalnya Shahnon mengungkapkan,
"Hidup kaum tani, fikir Jeha, akan hidup di tengah- tengah lumpur. Akan
berkubang macam kerbau. Akan berjemur panas macam tanah tandus. Akan basah
macam terendam di tengah-tengah banjir besar. Mereka akan memungut ketam dan
membunuh binatang bedebah itu. Mereka harus belajar membunuh. Membunuh setiap
benda yang akan menghalang pada mereka. Membunuh burung tiak yang akan datang
berjuta-juta dan berlaksa-laksa. Jeha terasa lapang dadanya bila teringat Lahuma yang
akan disambungkan perjuangannya hingga ke anak cucu cicit. Lahuma yang banyak
memberi tenaga kepada seluruh keluarga."(hlm 120)
Bukan semua orang rela hidup dalam serba kekurangan. Tetapi ramai pula menjadikan
kemiskinan dan kemelaratan hidup itu sebagai satu cabaran. Kemiskinan dijadikan oleh Sanah
TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 11

sebagai dorongan dan motivasi untuknya terus berjuang. Sanah rela berusaha, bekerja keras dan
bertungkus lumus bagi mengatasi kemiskinan hidupnya, demi sesuap nasi bagi dirinya dan adik-
adik. Hidup tetap perlu diteruskan. Sekurang-kurangnya dia mahu melepaskan dirinya daripada
cengkaman kemiskinan itu sendiri. Keinginan dan kemahuan dalaman begini membawa
satu nilai murni. Nilai perjuangan dalam hidup. Iaitu nilai yang tidak mahu menyerah kalah
atau hanya menyerah kepada taqdir semata-mata.
733 p.p.
RUMUSAN
Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa novel Ranjau Sepanjang Jalan adalah merupakan
novel Melayu yang penting dan mengangkat suatu tema yang bermakna dalam gaya novel itu
sendiri. Pada dasarnya, novel ini seperti memberi gambaran yang mendukacitakan atau
kesedihan tetapi sebenarnya menarik tentang penderitaan manusia yang berterus-terusan iaitu
perjuangan yang tidak pernah habis-habis dalam lingkungan kehidupan petani tradisional
menentang bencana alam dan . Novel ini juga memperlihatkan kaitan antara penderitaan
dengan rasa redha menerima ujian yang ditimpakan. Semangat daya juang yang tinggi dalam
kelompok kaum tani ditonjolkan untuk melukiskan bahawa kaum tani yang menderita itu
sebenarnya tidak lemah semangat mereka dan mempunyai jiwa kental menghadapi
penderitaan. Mereka yang bekerja siang malam dan tidak pernah putus asa itu tetap bersyukur
kepada apa yang didatangkan oleh Allah Taala.
123 p.p.








TUGASAN 1 KRB 3063
D20102042684

m/s 12

RUJUKAN
Abdullah Tahir.(1989).Proses Penciptaan Novel Ishak Haji Muhammad, A. Samad Said,
Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Mansur Abdullah.(t.th). Kenapa Takutkan Miskin?:Konsep Nilai Mis Kin Dalam
Novel-Novel Shahnon:Kertas Kerja.Skudai. Unit Perkhidrnatan Sokongan Pelajar UTM.
Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad dan Ahmad Kamal Abdullah.(1984).Tanggapan
Pembicaraan Karya-Karya Shahnon Ahmad.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad.(1983).Ranjau Sepanjang Jalan.Kuala Lumpur.Teks Publishing
Sdn.Bhd.
http://www.slideshare.net/syahsyakirah/ranjau-sepanjang-jalan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&sec=Sastera&pg=sa_02.htm