Anda di halaman 1dari 45

TARIKH MULA 13 JULAI 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI, 59990, KUALA LUMPUR.

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK




















TAJUK PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(MAJOR BAHASA MELAYU)
NAMA GURU PELATIH:
SHARIFAH NUR RASYIDAH BINTI
SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN
TAJUK KURSUS: BMM3107
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA
MELAYU

SEMESTER: 4
AMBILAN JANUARI 2012
KUMPULAN:
PISMP SEMESTER 4A AMBILAN
JANUARI 2012
PENSYARAH PEMBIMBING:
ENCIK LOKMAN BIN ABD. WAHID
TARIKH HANTAR 2 SEPTEMBER
2013
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

2

PENGHARGAAN





Salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kerana dengan limpah dan kurnia-NYA, akhirnya saya
berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek Pengantar Linguistik yang diberikan oleh
pensyarah kursus ini, iaitu Encik Lokman Abd Wahid ini mengikut jangka masa yang
diperuntukkan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada
pensyarah pembimbing yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu dan panduan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa beliau, tugasan ini tidak dapat disiapkan
seperti mana yang dikehendaki. Sesungguhnya, saya berasa cukup bertuah kerana
mempunyai seorang pensyarah yang banyak membantu sepertinya.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas yang sudi memberikan
tunjuk ajar yang cukup baik dalam bersama-sama membantu memberikan galakan dan
panduan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kepada pensyarah pembimbing, saya
dahulukan huluran tangan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam
tugasan yang telah disiapkan ini. Apa yang pasti, saya sudah mencuba berusaha melakukan
yang terbaik seperti mana yang dikehendaki. Namun demikian, segala kelemahan yang
mungkin ada merupakan kesilapan saya sendiri dan segala yang baik itu adalah hasil tunjuk
ajar dan panduan yang jitu daripada pensyarah pembimbing.
Sekian, terima kasih.




( i )
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

3

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman

1.1 Sejarah Perkembangan Linguistik dan Struktur Linguistik 1 - 15
Bahasa Melayu
Dari zaman Yunani hingga kini.
Bidang-bidang dalam kajian struktur linguistik

1.2 Hubungkait sejarah perkembangan linguistik dan struktur 16 - 20
linguistik dengan perkembangan pemikiran manusia

1.3 Justifikasi kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru 21 - 28
bahasa Melayu yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
Penekanan kepada kepentingan struktur sintaksis

1.4 Rumusan 29 - 36
Refleksi

Senarai Rujukan ................................................................................................
Lampiran ...........................................................................................................









BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

4

1.1 Sejarah Perkembangan Linguistik dan Struktur Linguistik Bahasa Melayu
Dari zaman Yunani hingga kini.
Bidang-bidang dalam kajian struktur linguistik
Sejarah Perkembangan Linguistik
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), linguistik boleh didefinisikan
sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang
digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, dan didengar. Selain itu,
linguistik juga diterjemahkan sebagai suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan,
1984). Linguistik dikatakan sebagai kajian sains mengenai bahasa kerana linguistik
memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.
Menelusuri sejarah perkembangan ilmu linguistik dikatakan bermula pada tahun 500
SM hingga ke zaman moden, iaitu bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman
Rom, zaman Pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India,
zaman Linguitik Perbandingan dan zaman Linguistik Moden (Verhaar, 1981). Berdasarkan
catatan awal sejarah ilmu linguistik sendiri, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800
tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian
ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan
penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini
telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah
berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di
Eropah.
Dalam huraian berikutnya nanti, akan dijelaskan secara terperinci mengenai susur
galur sejarah perkembangan ilmu linguistik berdasarkan zaman-zaman yang disebutkan
sebelum ini.
Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Menurut Robins (2003), golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang
wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti
bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira
500 tahun sebelum masihi. Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 SM. Dalam
zaman ini, bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun yang tinggi dan dapat
menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi. Bahasa dianggap suci dan
wujud semula jadi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka
kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

5

Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi.
Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi
pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu (Newmeyer, 1988).
Tamadun Yunani menjadi penelitian zaman-zaman berikutnya kerana usaha gigih
yang dilakukan oleh ahli-ahli falsafah Yunani yang mereka merupakan kelompok sarjana
awal yang melakukan pengkategorian perkataan. Walaupun pada zaman Yunani, linguistik
bukan merupakan satu disiplin ilmu serta tidak mempunyai teori atau pendekatan yang
sistematik, tetapi tanpa disedari keinginan ahli-ahli falsafah Yunani dalam memahami
perlakuan bahasa telah menyebabkan perkataan dikelompokkan ke dalam golongan-
golongan tertentu. Secara tidak langsung, kajian tatabahasa, yang berasaskan
penggolongan perkataan telah dimulakan. Kajian ini kemudiannya dijadikan asas dalam
penelitian linguistik Eropah dan beberapa bahasa lain di dunia (Robins, 1951).
Manakala, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato
dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang
mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui
karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan
kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai
bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang
berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya (Robins, 2003).
Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada
di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semulajadi, regular dan logik.
Manakala, golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI mengatakan
pula bahawa bahasa bukan wujud secara semula jadi, wujud secara konvensyen, dan
tidak seragam dengan pelbagai kelainan.
Plato dalam dialognya cratylus juga mempersoalkan perihal hubungan lambang
dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau
kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu
sesuai dengan acuannya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu
nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan
masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata
nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada
predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Plato juga
mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ]
menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Pada
peringkat awal, penggolongan kata umumnya menggunakan kriteria semantik atau
diistilahkan sebagai kriteria nosional (tanggapan). Berdasarkan kepada kriteria ini, Plato
mengkategorikan kata ke dalam dua golongan utama, iaitu kata nama (onoma) dan kata
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

6

kerja (rhema). Kriteria formal yang digunakan untuk mengkategorikan kata nama ialah
kriteria gender, iaitu setiap kata nama mempunyai dua ciri gender - masculine atau feminine
tanpa mengira sama ada kata nama tersebut merupakan objek hidup atau tidak (Robins,
1951).
Seterusnya, ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle, iaitu pada tahun
384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa,
iaitu kata penghubung (Verhaar, 1981). Pembahagian ini lanjutan dari pemisahan kata yang
dibuat oleh Aristotle yang telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma
(kata nama), rhema (kata kerja) dan syndesmoi (kata hubung). Seperti mana Aristotle yang
menambah kata hubung dalam tatabahasa dan membuat penggolongan kata, puak Stoik
dalam zaman Yunani juga turut meneliti penggolongan kata. Puak Stoik membahagikan kata
kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan
arthron (kata sandang).
Bagi Stoik, kriteria penggolongan kata bukan berdasarkan aspek semantik dan
fungsian semata-mata, tetapi kriteria fleksi turut digunakan. Perincian terhadap aspek
semantik telah menyebabkan kata nama dibahagikan kepada dua golongan, iaitu kata nama
am dan kata nama khas. Hal ini telah menyebabkan golongan kata telah bertambah kepada
lima golongan, iaitu kata nama am, kata nama khas, kata kerja, kata hubung dan kata artikel.
Bagi kata hubung, penggolongan kata didasarkan kepada aspek fungsian, iaitu sebagai kata
yang menghubungkan sesuatu wacana. Stoik turut menyedari bahawa golongan kata perlu
diteliti dari segi bentuknya, iaitu dari segi fleksi sesuatu kata. Menerusi kriteria ini, kata yang
mempunyai unsur fleksi yang sama dikategorikan sebagai satu golongan. Aspek fleksi ini
telah dijadikan asas penelitian terhadap pola tatabahasa dalam kalangan ahli linguistik
selanjutnya (Robins, 1951).
Kemudian, kaum Alexandrian dalam zaman Yunani, Dionysius Thrax (100
S.M.), seterusnya telah memperluaskan kelas kata kepada lapan, iaitu onoma (kata nama),
rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti),
prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung).
Penggolongan kata Thrax ini amat penting dalam perkembangan linguistik Eropah kerana
penggolongan yang dilakukannya telah dijadikan asas dalam penggolongan kata bagi
kebanyakan bahasa, walaupun penggolongan katanya berasaskan penggolongan kata
Aristotle dan Stoik (Robins, 2003). Dalam mengkategorikan kata Thrax turut menggunakan
fleksi sebagai salah satu kriteria, di sampingkriteria makna dan fungsian. manakala,
kesemua kajian pada zaman ini adalah berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci
Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani
Kuno.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

7

Seterusnya Aristotle yang juga merupakan sarjana yang mula-mula mengakui
wujudnya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani, turut memperkenalkan konsep
neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional. Aristotle
berusaha memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang
diasaskan oleh Plato. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa
sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu
sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek
tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi
subjek logika. Secara umumnya, kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu
kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan
bukannya saintifik ( Chaer, 2007).
Seterusnya, beralih pula kepada Zaman Iskandariah yang bermula pada abad ketiga
tahun masihi. Iskandariah yang merupakan sebuah tanah jajahan Yunani telah menjadi
pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. Namun demikian,
penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut
mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama
dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang
merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang
mempunyai makna (Robins, 1997).
Manakala, menelusuri sejarah perkembangan linguistik pada zaman Rom pula
dikatakan orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.
Menurut Robins (1997), orang Rom telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat
kajian dalam bahasa Latin. Bahkan, wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan
Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani yang dicipta
mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan
konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. Pengaruh bahasa Yunani pula telah dibawa oleh
Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa
Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan
Donatus.
Pada zaman Rom juga, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan,
iaitu tambahan numerial (kata bilangan). Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran
Stoik pada zaman Yunani juga turut berkembang. Kumpulan tersebut membezakan tiga
aspek primer bahasa, iaitu senainon (tanda dan simbol), semainomenon atau ekton ( makna)
dan pragma atau tungchanon (hal luaran, situasi). Pada zaman ini, M. Terrentius
Varro dianggap ahli tatabahasa Rom yang paling tulen dalam bahasa Latin. Melalui bukunya
yang terkenal, De Lingua Latina, beliau telah merumuskan bahawa bahasa itu seragam
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

8

secara semula jadi, berbentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna,
penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi (Newmeyer, 2005).
Seterusnya, Priscia yang merupakan ahili tatabahasa Rom melalui karyanya
Institutiones Grammatikae, telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen,
verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio. Karyanya
ini dianggap baku hingga kini dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang
representatif. Selain fonologi, aspek yang turut dikaji oleh Priscia ialah morfologi dan
sintaksis
Secara keseluruhannya, jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih
kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka
kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau
bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi
rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Sejarah perkembangan linguistik pada zaman pertengahan juga yang dikenali
sebagai zaman Renaissance. Pada era ini, ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk
tatabahasa vernakular (Newmeyer, 2005). Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu
bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka
bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang
kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan. Pada
era ini juga, teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara
bahasa mula berkembang. Golongan pada zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau
bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain
terutamanya bahasa Inggeris.
Perkembangan linguistik seterusnya beralih pada zaman Arab. Pada zaman ini,
Baghdab menjadi sebuah pusat ilmu di dunia dan bahasa semakin berkembang pesat.
Perkembangan ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang
lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada
pemimpin mereka. Menurut Khalil I. Semaan (1968), kajian pada zaman Arab tertumpu
kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan
hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Manakala, dalam sejarah perkembangan linguistik pada zaman India, bahasa
Sanskrit digunakan dengan meluas. Perkara ini memberikan kesan besar kepada ilmu
linguistik. Sebagai contohnya, bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

9

kepada kitab Rig-Veda. Malahan, kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek
fonetik, morfologi dan sintaksis. Sementara ahli-ahli bahasa pada zaman ini banyak
memberikan sumbangan yang terpenting. Terutamanya kejayaan mereka membawa
pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik (Newmeyer,
1988). Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang
sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang
hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Sejarah perkembangan linguistik pada zaman linguistik bandingan pula dikatakan
sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Semasa zaman ini,
bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan
sosiologi. Pendekatan kajian bahasa pula adalah berdasarkan bukti nyata. Mereka turut
mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka
mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi
wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-
rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan
bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan
bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L
(Newmeyer, 2005).
Manakala, sejarah perkembangan linguistik pada zaman moden pula muncul sekitar
abad ke-20. Pada zaman ini, muncul tokoh linguistik berbangsa Swiss, iaitu Ferdinand de
Saussure (1857-1913). Ferdinand de Saussure dianggap sebagai Bapa Linguistik Moden
berdasarkan pandangan-pandangannya yang terdapat dalam karyanya yang berjudul
Course de Linguistique Generale. Beberapa pandangan moden dimaksudkan adalah kajian
menekankan kepada sinkronis dan diakronis, perbezaan significant dan signifi, perbezaan
Langue dan Parol dan hubungan sintagmatik dan paradigmatik ( Chaer, 2007).
Sebagai suatu disiplin ilmu, linguistik pada zaman moden mulai dipelajari secara
akademik sejak awal abad ke-20. Hal ini kerana sekitar tahun 1960-an, ilmu linguistik telah
dipelajari di Inggeris, iaitu di Amerika, namun pada waktu itu masih terbatas kepada
peringkat kedoktoran sahaja. Sehinggalah ilmu linguistik semakin mendapat tempat di dunia
pendidikan peringkat tinggi. Namun, tokoh linguistik mengakui bahwa perkembangannya
tidak secepat ilmu ekonomi dan kesihatan. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini juga
lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih
sistematik kerana adanya kajian yang menekankan sinkronis dan diakronis. Para pengkaji
pada zaman moden turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan
satu fenomena sosial (Verhaar, 1981).
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

10

Struktur Linguistik Bahasa Melayu
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kata "struktur" didefinisikan sebagai cara
sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga
menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur dalam bahasa Melayu.
Manakala, menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata "struktur" merujuk kepada binaan atau
rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 1994). Struktur bahasa pula wujud akibat adanya
aturan-aturan bahasa ( buku Glosarium Bahasa dan Sastera). Maka, terdapatlah struktur
bahasa, iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan
kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa
yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid
Hasan Lubis, 1994).
Jika dirujuk di dalam A Dictionary of Linguistics and Phonetics, edisi keempat (1997)
menyatakan, "Structure in its most general sense, and especially as defined by structuralist
studies of human institutions and behavior, the term applies to the main abstract
characteristic of a semiotic system. A language for example is a structure in the sense that it
is a network of interrelated units, the meaning of the parts being specifiable only with
reference to the whole. Dalam erti kata ringkas, struktur dimaksudkan dengan jangka
terpakai kepada ciri-ciri utama abstrak sistem semiotik yang merupakan satu rangkaian unit
yang saling berkaitan dan maksud bahagian-bahagian yang terkandung hanya speksifik
dengan merujuk kepada keseluruhan.
Seterusnya, menurut David Crystal (1997), menyatakan the terms "structure" and
"system" are often synonymous (and the phrase "structured system" which is sometimes
encountered as in "language is a structure system" -as a tautology". Definisi ini secara
ringkasnya mengatakan struktur dan sistem adalah perkara yang sinonim, iaitu sama. Dan
frasa sistem struktur merujuk kepada sesuatu yang kadang-kadang terdapat seperti dalam
bahasa ialah sistem struktur, iaitu ulangan yang tidak berguna. Ini kerana menurut beliau,
struktur dan sistem adalah perkara yang sama.
Manakala, definisi bagi linguistik dalam berbagai kamus umum, linguistik
didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau studi ilmiah mengenai bahasa (Matthews 1997).
Menurut Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains bagi mengkaji bahasa. Ini bermakna
bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara saintifik. Seperti mana Bolinger,
Abdullah Hassan ( 1984: 2), juga mengatakan linguistik ialah suatu sains yang mengkaji
bahasa. A. Bakar Hamid (1960) menyokong pandangan tersebut dengan mengatakan
bahawa linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains yang mempelajari bahasa manusia
(Rencana Linguistik, susunan Abdullah Hassan, 1992:28).
Nor Hashimah Jalaluddin juga dalam GEMA Online Journal of Language Studies,
Volume 6 (2) Order 2006: Research and Publications culture Barbarians: A Synergistic
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

11

(2006) turut mengatakan bahawa, Linguistics is the scientific study of language. Ini jelas
bermaksud bahawa linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Ciri saintifik membolehkan
sebarang pertelingkahan dalam pendapat mengenai linguistik dapat diselesaikan menerusi
penyelidikan. Menurut beliau lagi, penyelidikan bukan sahaja dapat memperlihatkan satu
fenomena bahasa dengan lebih jelas, malah akan menjadikan ilmu itu lebih sahih
kesaintifikannya. Beliau turut menambah bahawa ciri saintifik memberi ruang kepada ilmu
linguistik itu untuk terus diselidiki. Ciri saintifik ini pula harus mampu memenuhi kriteria
pengamatan (observatory), penghuraian (descriptive) dan penjelasan (explanatory). Ketiga-
tiga kepadaan (adequacy) ini menjadi piawai kepada peningkatan mutu (tinggi) ilmu linguistik
itu sendiri. Ketiga-tiga ciri ini akan mudah dilaksanakan dengan bantuan penyelidikan,
kerangka teori yang baik dan persembahan yang menarik.
Secara umumnya, istilah struktur dan sistem dalam linguistik lebih tepat digunakan
kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan
sintaksis. Struktur juga dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu
mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Dalam huraian lanjut berikutnya,
struktur linguistik bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada elemen-elemen seperti berikut:
Fonetik dan Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik
Pragmatik
Analisis wacana
Fonetik dan Fonologi
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa
Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian
tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau
bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan
diinterpretasikan (Norhashimah Jalaludin, 2007). Perkara ini membawa maksud yang sama
seperti yang dikatakan oleh Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985), menyatakan
bahawa fonetik adalah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Manakala, mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition
(1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group
of languages. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan
fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi
yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

12

bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk
setiap bunyi (Lutfi Abas, 1975).
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik
ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita, iaitu manusia dan
memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Manakala Abdullah Hassan (2005) pula
menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia,
terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. Terdapat beberapa cabang dalam bidang
fonetik yang terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan
fonetik auditori.
Manakala, fonologi pula ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan
dengan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang
menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang
fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam
sesuatu bahasa secara terperinci.
Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik
deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.
Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam
sistem bahasa tersebut. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Abdullah Hassan (2005),
yang menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.
Pendefinisian seterusnya juga diberikan oleh Dal bor, iaitu salah seorang ahlilinguistik
Barat yang mengatakan, phonology is the study of the function and patterning of speech
sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi
yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Fonologi secara umumnya terbahagi kepada
dua, iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi
sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Sebagai rumusan untuk penjelasan mengenai bidang fonetik dan fonologi, bidang ini
merupakan salah satu daripada bidang linguistik yang memainkan peranan penting dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain
(1980), kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini demikian
kerana sebelum memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila
sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa
dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa
fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

13

Paling penting, bidang ini turut berkait rapat dengan pembakuan sebutan Bahasa
Melayu di Malaysia. Justeru itu, sebagai seorang guru, kita seharusnya tidak memandang
remeh bidang fonetik dan fonologi dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Hal ini
kerana bidang ini merupakan bidang linguistik yang berkait rapat dengan bidang linguistik
yang lain dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.
Morfologi
Apabila membincangkan morfologi, kita mulai memasuki bidang bentuk, iaitu suatu
bidang yang penting dalam bahasa. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)
serta A. Bakar Hamid (1964), morfologi membicarakan perkataan dan pembentukannya.
Manakala, Kamarudin Husin, Siti Hajar Abdul Aziz, dan Arba'ie Sujud (1997), mengatakan
morfologi ialah bidang berkaitan disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula merujuk kepada bentuk bunyi
atau ujaran sesuatu kata itu, iaitu rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi
dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Seterusnya, Abdullah Hassan (2003), menyatakan morfologi ialah bidang linguistik
yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang
membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan,
iaitu morfem dan kata. Sementara, O`Grady dan Guzman (2000), juga menyatakan
pendapat dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya, (2004),
iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(1996), berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Struktur kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sementara itu, Siti Hajar Abdul Aziz (1996), telah menyatakan morfologi ialah satu
cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soalsoal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata. Morfologi berperanan mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi
gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi
adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Manakala ahli bahasa yang lain, iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language
yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

14

Noor (1992), menyatakan bahawa morfologi adalah pembentukan yang mengandungi
bentuk bentuk terikat antara konsituenkonsituennya yang meliputi bentuk katakata dan
bahagian kata.
Secara ringkasnya, morfologi ialah satu aspek kajian tatabahasa tentang struktur,
bentuk, dan penggolongan kata. Ia termasuklan perubahan perkataan sama ada pada
ertinya mahupun pada bentuk dan jenisnya disebabkan oleh tambahan-tambahan imbuhan
dan lain-lain. Dengan itu, morfologi merupakan sebahagian daripada tatabahasa.
Sintaksis
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Sintaksis juga mencakupi bidang yang lebih luas daripada morfologi,
iaitu klausa dan ayat. Persoalan bagaimana klausa-klausa dibentuk dan bagaimana klausa-
klausa ini membentuk ayat merupakan pokok-pokok pembicaraan dalam sintaksis.
Menurut A. Bakar Hamid dalam makalahnya Beberapa Cara Pengkajian Sintaksis,
sintaksis membincangkan pembentukan frasa, klausa dan ayat. Manakala mengikut Modul
HBML 2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu, sintaksis ialah cabang ilmu yang
mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kesimpulannya, bidang sintaksis
merupakan kajian tentang hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam proses
pembentukan ayat. Kajian ini melibatkan kajian tentang bentuk, struktur, dan binaan ayat
serta hukum tatabahasa yang mendasari cara-cara penggabungan dan penyusunan
perkataan untuk membentuk ayat. Kita juga dapat memahami bahawa bidang sintaksis
adalah sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.

Semantik
Menurut Nik Safiah Karim (2001), semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau
erti bahasa. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi struktur
dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.
Dengan pendapat di atas, dapatlah dikatakan semantik ialah sebahagian daripada cabang
linguistik yang mengkaji bidang makna dalam bahasa.
Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat
apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang
(Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

15

dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan,
penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat.
Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), semantik
merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek
semantikos yang membawa maksud erti yang penting. Selalunya terdapat perbezaan
antara semantik dengan sintaksis. Dalam keadaan tersebut, semantik merujuk kepada
struktur ataupun pola yang formal bagi pernyataannya (contoh, secara bertulis ataupun
bertutur). Semantik ( Bahasa Yunani): semantikos, memberikan tanda, penting, dari kata
sema (sama), tanda adalah cabang linguistik yang mempelajari makna yang terkandung
pada suatu bahasa, kod, atau jenis representasi lain. Semantik biasanya dibezakan dengan
dua aspek lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis
simbol oleh agen atau komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu.
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemant ickos yang
membawa makna significant iaitu penting atau beerti ( Hashim Musa, Ong Chin Guan,
1998). Selain itu, sema juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik
ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001).
Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada
struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan
antropologi.

Pragmatik
Menurut Nor Hashimah Jalaluddin dan Julaina Nopiah dalam Jurnal Bahasa:
Penguasaan Tatabahasa Remaja Malaysia, Analisis Pragmatik (2003), pragmatik
merupakan suatu ilmu penginterpetasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-
faktor bukan linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor linguistik dan bukan linguistik. Hal ini
benar-benar dapat membantu penyelidik untuk memperolehi makna yang lebih berkesan
(Nor Hasyimah Jalaluddin, 1992:1). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1229),
Pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu linguisitk yang berkaitan dengan kajian
tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu.
Nor Hashimah Jalaluddin juga dalam GEMA Online Journal of Language Studies,
Volume 6 (2) Order 2006: Research and Publications culture Barbarians: A Synergistic
(2006) turut mengatakan bahawa pragmatik lahir sebagai tindak balas terhadap Chomsky
kerana Chomsky telah menjadikan bahasa sebagai satu alat yang abstrak, atau menyifatkan
bahasa sebagai keupayaan mental semata-mata. Tambah beliau lagi, teori bahasa Chomsky
telah memisahkan penggunaan bahasa, dan fungsi bahasa. Dan bagi melemahkan
pengaruh Chomsky, golongan semantik generatif telah bekerjasama dengan golongan
pemikiran falsafah dan mereka cuba menunjukkan peri pentingnya bahasa dengan
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

16

memahami sifat semula jadi bahasa (Strawson, Austin, Grice dan Searle dalam Levinson,
1983). Sebab itulah banyak istilah pragmatik dicedok dari falsafah bahasa.
Dalam Kamus Linguistik (1997:192) pula, pragmatik yang terdapat dalam semiotik
ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk
berhubung dalam bahasa tertentu. Dalam linguistik moden, pengkajian bahasa dari sudut
pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika
menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa ke ataspeserta
lain dalam lakuan komunikasi. Pragmatik ialah kajian mengenai penggunaan bahasa.
Mengikut Jens Allwood (1983) , pragma berasal daripada perkataan Greek yang
membawa makna aksi atau aktiviti. Selain daripada itu, terdapat ramai ahli linguistik yang
telah cuba memberikan pengertian mengenai pragmatik. Di antaranya ialah seorang ahli
falsafah, iaitu Charles Morris (1938, 1946) yang telah membincangkan mengenai tiga konsep
tradisional, iaitu sintaksis, semantik, dan pragmatik. Menurut beliau, pragmatik merupakan
kajian mengenai hubungan di antara lambang-lambang dengan penutur-pendengar.
Pendapat beliau ini telah telah diulas oleh Levinson (1983) dalam bukunya yang
bertajuk Pragmatics. Levinson telah menjadikan pragmatik sebagai tajuk yang popular
sekarang. Beliau mengatakan bahawa pragmatik sebagai kajian mengenai bahasa yang
mempunyai ayat yang gramatikal. Pendapat beliau ternyata mempunyai kelemahannya
kerana kalau ditekankan kepada aspek bahasa yang gramatikal sahaja, bahasa yang tidak
gramatikal sukar untuk ditentukan ciri pragmatiknya.
Levinson sekali lagi dalam tahun 1983, telah memberikan definisi yang lebih
terperinci mengenai pragmatik dengan mengatakan bahawa teori ini merupakan teori yang
cuba untuk menerangkan hubungan bahasa dengan penggunanya, termasuklah
penggunaan deiksis dan juga indeksikal, implikatur perbualan, pra-andaian, lakuan bahasa,
dan struktur perbualan. Markkanen (1985) beranggapan bahawa pendapat Levinson
terhadap pragmatik adalah saling bertindih dengan sosiolinguistik kerana kesesuaian adalah
satu aspek kemampuan berkomunikasi.
Seorang lagi sarjana yang membincangkan tentang ilmu pragmatik ialah Leech
(1983). Beliau telah memberikan definisi pragmatik sebagai satu kajian bagaimana sesuatu
ujaran mempunyai makna di dalam sesuatu situasi di mana terdapat kesediaan pengguna
bahasa untuk berkomunikasi. Jika dibuat kesimpulan berdasarkan hujah-hujah yang
dikemukakan oleh ahli-ahli sarjana tersebut, pragmatik ialah penginterpretasian makna yang
melibatkan faktor-faktor bukan linguistik, maka ia benar-benar membantu pendengar
mendapatkan makna yang sebenarnya. Dalam bidang pragmatik, terdapat beberapa skop
kajian yang menjadi perbincangan yang utama, iaitu deiksis (deixis), implikatur (implicature),
pra andaian (presupposition) dan lakuan tuturan (speech acts).

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

17

Analisis wacana
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), wacana ialah unit tertinggi bahasa
yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa
yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi
peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu
melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik
dan bukan tentu bahasa.
Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan,
maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri
wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu
wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media
lisan, iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula
ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara
penulis dengan pembicara.
Asmah Haji Omar (1982), menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab,
buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi,
wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi
oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam
struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat
wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks
wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul
terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.
Menurut Raminah Haji Sabran (1984), mendefinisikan wacana adalah unit bahasa
yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,
bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
Manakala, menurut Fokker (1951) pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat
menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung
(verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti
yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan
inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang
didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.
Seterusnya, Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan
bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

18

unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran
percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah
ayat bagi ujaran.
Berikutnya, menurut Harimurti Kridalaksana (1984), menyatakan bahawa wacana
adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa
tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti
novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat
yang lengkap.
Sementara, Henry Guntur Tarigan (1995), menegaskan bahawa wacana adalah
satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa
dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan
akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.
Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang
diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga
perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli
linguistik ataupun penulis. Dapat juga disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit
tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa
yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi
peristiwa bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu
sehingga meliputi amalan sosial.
















BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

19

1.2 Hubungkait sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik dengan
perkembangan pemikiran manusia
Sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik adalah mempunyai
hubungkait dengan perkembangan pemikiran manusia. Hal ini adalah kerana tanpa
pemikiran manusia, mana tidak wujudlah linguistik atau ilmu bahasa yang asasnya terhasil
dari ujaran manusia sendiri. Ketiga-tiganya adalah saling berhubungan. Pemikiran manusia
pula adalah sentiasa mengalami perkembangan dalam menyesuaikannya dengan
perkembangan linguistik. Pemikiran manusia yang dimaksudkan adalah daripada pemikiran
tokoh- tokoh linguistik atau ahli-ahli bahasa yang banyak memberikan sumbangan kepada
perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.
Hubungkait pertama yang dapat dilihat adalah menerusi pemikiran Edward Sapir
(1884 -1939), iaitu seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada
awal abad ke-20. Kajian yang dibuat oleh beliau ialah berkenaan hubungan bahasa dengan
pemikiran manusia dari aspek psikologi. Beliau berpendapat bahawa psikologi mendasari
pengkajian bahasa dalam sains. Perkara ini mempunyai kaitan dari segi struktur linguistik
seperti mana yang didefinisikan oleh Bolinger (1968), bahawa ilmu bahasa ialah satu sains
bagi mengkaji bahasa. Maksudnya ialah bahasa dapat dikaji dengan adanya ilmu bahasa
yang dianggap sabagai satu sains seperti mana Edward Sapir (1986) yang mengatakan
pengkajian bahasa adalah dalam sains yang didasari oleh psikologi. Pemikiran ini jelas
mempunyai perkaitan kerana masing-masing meletakkan ilmu bahasa sebagai satu sains
dalam membuat kajian. Psikologi yang dimaksudkan itu pula adalah berkenaan jiwa atau
fikiran yang berhubung dengan manusia. Sememangnya melalui bahasa sendiri, kita dapat
mengenal psikologi seseorang manusia kerana bahasa mampu berfungsi sebagai alat atau
medium untuk memulakan sesuatu perhubungan agar kita lebih mengetahui perihal
seseorang.
Selain itu, pemikiran Edward Sapir juga mempunyai kaitan dengan struktur bahasa
apabila beliau mengatakan struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan struktur
pemikiran manusia. Struktur bahasa seperti yang didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi
Ketiga (2002), iaitu bermaksud cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai
bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Dan
struktur bahasa inilah yang dikatakan Edward Sapir sebagai penentuan kepada struktur
pemikiran manusia. Malahan, menurut Edward Sapir juga, bahasa ialah sistem manusiawi
yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Ini jelas
bermakna struktur bahasa mempunyai hubungkait dengan perkembangan pemikiran
manusia. Hal ini demikian kerana manusia menggunakan bahasa untuk menyampaikan
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

20

perkara yang mereka rasa dan fikirkan. Justeru, perlunya struktur bahasa yang menetapkan
peraturan-peraturan khusus dalam bahasa bagi memastikan ia mampu menentukan struktur
pemikiran manusia (A. Hamid Hasan Lubis, 1994). Ini kerana, jika struktur bahasa sendiri
terdapat peraturan khusus maka, struktur pemikiran manusia juga adalah mempunyai hal
yang sama. Dari struktur bahasa, kita dapat melihat pemikiran yang cuba disampaikan.
Seterusnya, pemikiran Edward Sapir turut mempunyai hubungkait dengan sejarah
perkembangan linguistik, iaitu pada zaman lingustik bandingan yang merupakan permulaan
kepada linguistik moden. Hubungkait ini dibuktikan menerusi sebuah buku beliau yang
bertajuk Language, yang menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari
segi fungsinya dalam masyarakat. Sebagaimana Edward Sapir menggunakan antropologi
dalam melihat bahasa, begitu juga dalam sejarah perkembangan linguistik pada zaman
linguistik bandingan. Menelusuri sejarah perkembangan lingustik pada zaman linguistik
bandingan, bidang bahasa pada zaman ini mula berkembang dengan wujudnya bidang
baharu, iaitu antropologi. Dan satu lagi ialah sosiologi. Menggunakan pendekatan kajian
inilah, kajian mengenai bahasa dapat dikaji berdasarkan bukti nyata. Hal ini kerana,
antropologi ialah pengajian saintifik yang mengkaji manusia dari segi asal usul manusia, iaitu
merangkumi perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta
kepercayaannya ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Rasionalnya, apabila menggunakan
pendekatan antropologi, iaitu dengan menggunakan pengajian saintifik, maka kajian bahasa
dapat dibuat berdasarkan bukti nyata kerana kajian tentang manusia dapat dibuktikan
menggunakan saintifik.
Hubungkait seterusnya juga dapat dilihat menerusi pemikiran Edward Sapir yang
berikutnya, iaitu beliau mengatakan bahawa tiada bahasa yang sempurna dan bahasa akan
sentiasa berubah. Hasil pemikiran ini adalah berkaitan sama sekali dengan sejarah
perkembangan linguistik dan struktur bahasa. Sebagai contohnya, dalam sejarah
perkembangan linguistik sendiri, ilmu bahasa sentiasa mengalami perubahan berdasarkan
zaman ke zaman. Sebagai contohnya, perkembangan linguistik pada zaman India di mana
bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas. Perkara ini memberikan kesan besar kepada
ilmu linguistik kerana bahasa mengalami perubahan. Sebagai contohnya, bahasa dalam
bahan kajian pada zaman ini turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab
Rig-Veda. Malahan, kajian bahasa mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik,
morfologi dan sintaksis. Mereka juga telah berjaya membawa pembaharuan dalam ilmu
bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Ini membawa makna bahawa bahasa
akan setiasa mengalami perubahan bagi mencapai kesempurnaan dan peredaran dalam
zaman. Berdasarkan huraian sebelum ini, dapatlah dinyatakan bahawa pemikiran-pemikiran
Edward Sapir ini mempunyai kaitan dengan sejarah perkembangan linguistik dan struktur
bahasa.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

21

Berikutnya, perkembangan pemikiran manusia yang mempunyai hubungkait dengan
sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik adalah hasil pemikiran Leonard
Bloomfield (1887 1949). Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori
behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan
bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh
mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak
dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Dalam erti kata yang lain juga, pemikiran ini
menjurus kepada bahasa dalam pertuturan yang berfungsi mengeluarkan ujaran dari fikiran
manusia. Pemikiran Bloomfield ini dapat dikaitkan dengan struktur bahasa dalam elemen
fonetik dan fonologi. Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia (Siti Hajar
Abdul Aziz, 2011). Manakala, fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif
yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia (Arbak
Othman, 1983). Elemen fonetik dan fonologi dalam struktur bahasa ini mempunyai
hubungkait dengan perkembangan pemikiran manusia, iaitu berdasarkan pemikiran
Bloomfield yang menyifatkan bahasa yang terdiri dari ayat-ayat yang tersusun di dalam otak
dan dikeluarkan. Pengeluaran atau penghasilan ayat-ayat inilah yang dikaitkan dengan
struktur bahasa berdasarkan elemen fonetik dan fonologi.
Pemikiran Bloomfield ini juga mempunyai kaitan dengan struktur bahasa dalam
elemen analisis wacana. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di
dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan
seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri
buku (cerita) dan sebagainya (Asmah Haji Omar, 1982). Wacana juga tidak mempunyai
satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses
kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem
secara teratur. Hal ini bertepatanlah dengan pemikiran Bloomfield yang beranggapan
bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit
bahasa. Sumber pangkalan data ucapan datangnya dari otak yang menurut Bloomfield
mengandungi ayat-ayat yang tersusun dan dikeluarkan apabila adanya ransangan.
Pemikiran Bloomfield berikutnya pula berkenaan satu elemen dalam struktur bahasa,
iaitu morfologi. Menurut Leonard Bloomfield (1992), dalam bukunya Language yang telah
diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd. Noor,
menyatakan bahawa morfologi adalah pembentukan yang mengandungi bentuk bentuk
terikat antara konsituenkonsituennya yang meliputi bentuk katakata dan bahagian kata.
Tambahan daripada Siti Hajar Abdul Aziz, (1996), morfologi merupakan satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soalsoal yang berkaitan dengan kemungkinan
adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

22

kata. Berdasarkan pemikiran Bloomfield ini, sekali lagi pemikiran Bloomfield yang mewakili
pemikiran manusia ini mempunyai hubungkait secara jelasnya dengan struktur bahasa.
Selain itu, pemikiran Bloomfield juga ada menyentuh mengenai anggapan beliau
yang mengatakan bahasa dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap
sesuatu rangsangan. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Apabila berbincang mengenai tingkah laku, ia membawa makna mengenai
perilaku, gerak geri, atau perbuatan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Tingkah laku
merangkumi perbuatan, tutur kata, kelakuan dan perkara-perkara seumpamanya. Apabila
pemikiran Bloomfield yang menyentuh perihal bahasa sebagai satu tingkah laku, ia adalah
merujuk kepada bahasa adalah satu kelakuan manusia, iaitu perbuatan menghasilkan
bahasa. Dan melibatkan tutur kata, iaitu bahasa diujarkan dalam pertuturan. Pemikiran
Bloomfield ini mempunyai kaitan jelas dengan struktur bahasa, iaitu berkaitan dengan fonetik
dan fonologi di mana adanya tingkah laku antara penutur dengan pendengar dalam
menghasilkan ujaran semasa aktiviti pertuturan.
Seterusnya, pemikiran Bloomfield juga melibatkan konsep saintifik dalam kajiannya,
iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat
diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Misalnya, dalam buku yang popular dihasilkan
beliau, iaitu Language (1933). Bloomfield memperlihatkan konsep santifik dalam kajiannya
kerana menerusi penggunaan saintifik, maka hasil atau bahan kajian yang nyata dapat
dihasilkan. Pemikiran Bloomfield ini juga mempunyai kaitan secara langsung dengan sejarah
perkembangan linguistik pada zaman India. Jika dalam pemikiran Bloomfield, beliau
memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, begitu juga semasa sejarah
perkembangan linguistik zaman India. Pada zaman tersebut, ahli-ahli bahasa pada zaman
India membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara
saintifik. Kesannya, kajian mereka lebih baik daripada Yunani malah memberikan kesan
yang besar kepada ilmu linguistik.
Pemikiran Bloomfield juga turut menyentuh mengenai makna, iaitu beliau
mengatakan seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan
tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang
(Leonard Bloomfield, 1992). Pemikiran Bloomfield ini sekali lagi mempunyai kaitan dengan
struktur bahasa dalam elemen semantik, iaitu bidang yang mengkaji makna atau erti bahasa
(Nik Safiah Karim, 2001). Pemikiran Bloomfield ini bermaksud seseorang boleh mengetahui
makna dari pertuturan apabila makna tersebut ada kaitan dengan pengetahuan saintifik
seseorang, iaitu melibatkan penutur dan pendengar. Bidang mentakrifkan makna tersebut
pula adalah berkaitan terus dengan bidang semantik yang merupakan sebahagian daripada
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

23

cabang linguistik yang mengkaji bidang makna dalam bahasa. Kesimpulannya, pemikiran
Bloomfield yang menyentuh mengenai takrifan makna dari pertuturan ini adalah mempunyai
hubungkait dengan struktur bahasa, iaitu dalam bidang semantik.
Perkembangan pemikiran manusia berikutnya pula ialah daripada tokoh linguistik
moden, iaitu Ferdinand de Saussure (18571913). Beliau ialah orang pertama yang
mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden
telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang
bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan
dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis ialah
kajian berkenaan bahasa pada suatu masa tertentu. Manakala, linguistik diakronis pula
mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan
yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
Berdasarkan pemikiran De Saussure ini, ianya mempunyai kaitan terus dengan
sejarah perkembangan linguistik pada zaman linguistik moden. Hal ini kerana pada zaman
lingusitik moden, kajian-kajian pada era ini juga turut menekankan kepada sinkronis dan
diakronis. Hal ini sama seperti mana pemikiran De Saussure yang menekankan sinkronis
dan diakronis dalam kajiannya. Selain itu, pemikiran De Saussure juga berkaitan dengan
penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.
Pemikiran ini sekali lagi mempunyai kaitan langsung dengan sejarah perkembangan
linguistik, iaitu pada zaman linguistik moden. Ini kerana para pengkaji pada zaman linguistik
moden juga turut mengeluarkan penemuan-penemuan baharu termasuklah mengeluarkan
satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. Disebabkan
pemikiran-pemikiran De Saussure sendiri mempunyai kaitan dengan zaman linguistik
moden, maka, tidak hairanlah De Saussure dikenali sebagai sebagai Bapa Ilmu Linguistik
Moden.








BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

24

1.3 Justifikasi kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru bahasa
Melayu yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu demi
pemartabatan bahasa Melayu di buminya sendiri.

Penekanan kepada kepentingan struktur sintaksis

Linguistik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik (John Lyons
1968:1). Kajian secara saintifik bermaksud kajian yang teratur, mengikut rumusan dan
mempunyai bukti. Menurut Kamus Dewan (1983), linguistik bermaksud bidang dalam
pengajian ilmu bahasa. Ilmu bahasa ini merujuk kepada kajian bahasa Melayu yang
melibatkan struktur bahasa itu sendiri seperti kajian fonologi, morfologi, sintaksis, semantik,
pragmatik dan analisis wacana. Dan dalam penyampaian ilmu bahasa ini, bahasa Melayu
telah diangkat menjadi bahasa ilmu yang menjadi wahana penyampaian ilmu linguistik.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ilmu ialah bahasa yg mampu menjadi
perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi. Dan apabila
bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa ilmu, maka usaha memartabatkannya haruslah
dimulakan daripada para pendidik khususnya guru bahasa Melayu yang sudah pasti
menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan penyampaian ilmu bahasa. Dan
struktur linguistik dilihat berkepentingan ke arah mewujudkan guru bahasa Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi pemartabatan bahasa tersebut di
bumi Malaysia ini. Namun demikian, sejauh mana struktur linguistik berkepentingan ke arah
tersebut akan dibincangkan dalam huraian subtopik ini.
Struktur linguistik berkepentingan ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana guru bahasa Melayu merupakan
pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa. Oleh yang demikian, guru-guru bahasa perlu
mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajarkannya.
Antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi guru-guru bahasa adalah berkait
dengan pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis, iaitu salah satu cabang dalam
struktur linguistik. Ini kerana bahasa terdiri dari ayat-ayat. Tanpa ayat-ayat, bahasa tidak
akan berdiri dengan sendirinya. Pentingnya pengetahuan dan kefahaman mengenai struktur
sintaksis kepada guru bahasa Melayu kerana sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat ( Nik Safiah Karim, 2008). Dan
secara jelasnya adalah berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa
pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat
mengajarkan sesuatu bahasa? Berdasarkan persoalan ini, jelas menunjukkan betapa
pentingnya pengetahuan sintaksis kepada guru-guru bahasa Melayu kerana pengetahuan
dan kefahaman tersebut sendiri diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Jika guru
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

25

bahasa Melayu sendiri gagal atau kurang memahami bidang sintaksis, bagaimana pula anak
muridnya? Sedangkan guru bahasa itu adalah mewakili pengguna bahasa Melayu sekali gus
pembawa bahasa Melayu kepada generasi berikutnya? Jika guru sendiri pincang ilmunya, ke
mana hala tuju bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa ilmu?
Seterusnya, struktur linguistik adalah penting kepada pembentukan guru bahasa
Melayu merangkap pengguna bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu kerana jika dilihat kepada masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu
sendiri yang tidak menguasai dan memahami ilmu tentang struktur linguistik adalah sangat
banyak. Sebagai contohnya, masalah yang berpunca daripada guru bahasa Melayu yang
kurang mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam bidang sintaksis. Masalah ini timbul
apabila guru bahasa melayu yang kurang mahir dalam bidang sintaksis mengajarkan murid
menulis ayat sehinggalah terdapat binaan ayat murid yang salah, iaitu murid tidak dapat
membezakan antara rumus yang telah ditetapkan. Misalnya pengunaan ialah dan adalah.
Masalah ini boleh berpunca daripada kegagalan guru menerangkan atau murid sendiri yang
tidak ambil peka tentang kesalahan tersebut. Namun, jika kesalahan sama yang berulang,
maka tidak lain dan tidak bukanlah guru faktornya. Menurut dapatan jurnal yang dikaji oleh
Loeb, S., Miller, L., dan Strunk, K. (2009), mengatakan bahawa seorang guru yang
profesional ialah guru yang mengetahui segala perkara yang diajarnya. Tambahan lagi,
keupayaan guru mempengaruhi keupayaan murid.
Hal ini demikian kerana, jika seorang guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman
mendalam mengenai bidang sintaksis, maka kesalahan sama tidak akan berulang kerana
murid akan sedar kesalahan tersebut dek pengaruh penerangan berkesan daripada guru.
Namun, sebaliknya berlaku apabila guru sendiri yang ternyata kurangnya ilmu tentang
sintaksis tidak akan dapat memberikan penerangan tepat mengenai perkara tersebut.
Kesannya, pelbagai jangkaan masalah lanjutan akan berlaku. Antaranya, masalah ini
membuatkan murid sering melakukan kesilapan yang sama berulangkali kerana mereka
kurang memahami apa yang diterangkan oleh guru mereka. Perkara ini semua adalah
penting dititikberatkan kerana ia mendorong ke arah penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Bukankah kita ingin melahirkan pengguna bahasa Melayu yang menggunakan bahasa ilmu
untuk menaikkan martabat bahasa ini di bumi gemilang ini? Jadi, inilah saluran tepatnya,
iaitu apabila guru bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu atau
bahasa perantaraan semasa penyampaian ilmu pengetahuan (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2005).
Berikutnya, masih dalam perbincangan mengenai kepentingan stuktur linguistik, iaitu
menyentuh kepentingannya dalam bidang sintaksis ke arah pewujudan guru bahasa Melayu
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kepentingan struktur sintaksis
berikutnya ialah supaya murid dapat mengenalpasti yang mana jenis-jenis ayat yang dibuat
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

26

seperti ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Hal ini berikutan masalah yang selalu timbul
disekolah ialah murid tidak dapat untuk membezakan antara jenis-jenis ayat. Hal ini dapat
dibuktikan melalui ujian UPSR yang dibuat. Kebanyakan murid di sekolah rendah masih lagi
lemah dalam mengenal pasti jenis-jenis ayat yang dibuat. Masalah ini menyebabkan mereka
semakin ketinggalan. Kesannya melarat sehingga ke sekolah menengah. Hal ini kerana jika
murid terbabit ialah tahun enam, maka apabila mereka masuk ke sekolah menengah segala
konsep yang telah diajar tidak akan diulang kembali kerana guru-guru di sekolah menengah
pastinya menganggap murid-murid tersebut telah mahir dalam bidang tersebut. Hal ini selalu
terjadi kepada murid yang berada di kelas belakang. Bahkan, satu kesulitan pula kepada
guru-guru di sekolah menengah yang perlu melakukan aktiviti pengukuhan serta mengulang
kaji bidang ini yang pasti cabarannya lebih terasa. Bukankah jika dibendung dari awal adalah
lebih elok? Oleh itu, guru bahasa Melayu khususnya pada peringkat awal sangat memainkan
peranan dalam mengatasi masalah ini. Salah satunya dengan melengkapkan diri terlebih
dahulu dengan ilmu dan kefahaman sintaksis. Hal ini kerana guru bahasa Melayu ialah
model pengguna bahasa Melayu. Jika guru dapat menunjukkan penggunaan bahasa Melayu
yang tepat, maka murid akan beroleh hasil yang sama (Abdullah Hassan, 2009). Perkara ini
sekali lagi jelas menunjukkan struktur linguistik terutamanya bidang sintaksis adalah penting
ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.
Sememangnya, ilmu sintaksis banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa
Melayu. Oleh itu, perlunya penguasaan guru bahasa Melayu dalam bidang ini supaya murid
dapat menguasai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar belajar untuk peperiksaan tetapi
kefahaman terhadap bagaimana sesuatu bahasa terbentuk dan digunakan dalam kehidupan
seharian. Ini penting bagi membentuk pengguna bahasa Melayu yang cekap berbahasa
kerana bahasa ini digunakan sebagai bahasa ilmu. Dalam pengajaran dan pembelajaran
sendiri, apabila guru cukup terlatih dengan ilmu sintaksis, maka proses pembelajaran dan
pembelajaran akan menjadi lancar. Sebagai contohnya, melengkapi ilmu sintaksis, murid
dapat mengenalpasti dan mengetahui pembahagian subjek dan predikat dalam ayat dan
dapat membezakan sesuatu perkataan sama ada tergolong dalam subjek atau predikat.
Secara terangnya, teori dalam ilmu sintaksis dapat membantu guru menerangkan fenomena
atau aktiviti secara praktikal mahupun tulisan. Dengan penguasaan ilmu sintaksis ini, guru
juga dapat mengenal pasti kesalahan dan penggunaan ayat dalam bahasa serta
membetulkan kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, ayat-ayat atau percakapan yang
digunakan dalam kehidupan harian dapat dibetulkan. Sekali gus dapat membentuk guru
bahasa Melayu yang merupakan pengguna bahasa Melayu merangkap penjulang bahasa
ilmu. Inilah kepentingan nyata ilmu sintaksis yang terdapat dalam struktur linguistik.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

27

Sehubungan itu, kepentingan guru bahasa Melayu menguasai ilmu sintaksis perlu
dititikberatkan kerana aspek sintaksis merupakan satu bahagian penting dalam menentukan
tahap kebolehan dan kemahiran pelajar menghasilkan kejayaan dalam pelajaran (Khatijah
Abdul Hamid. 1997). Sebagai contohnya, untuk menghasilkan sesebuah karangan yang baik
dan bermutu. Menurut Abdul Jalil Othman (1997), kelemahan pelajar dalam penulisan
karangan disebabkan mereka tidak tahu teknik menulis karangan dan kurang diberi
pendedahan bagaimana menghasilkan karangan yang benar-benar mantap. Kelemahan
mereka juga bukan sahaja dari segi gaya penulisan yang tidak teratur dan tidak menepati
ciri-ciri penulisan yang sebenarnya, malah mereka juga lemah dari segi penggunaan bahasa
terutama dari segi tatabahasa yang melibatkan bentuk-bentuk gramatikal dan pola-pola
sintaksis. Oleh itu, dengan ilmu sintaksis yang dimiliki oleh guru bahasa Melayu serta
menggabungkan bahan ransangan dan kemahiran yang ada, guru boleh membaiki dan
menampung segala kelemahan murid dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar.
Impaknya, murid yang lemah penggunaan bahasanya boleh ditingkatkan penggunaan
bahasanya apabila guru sendiri bijak memanipulasikan ilmu sintaksis yang dikuasai. Tanpa
ilmu, keberhasilan adalah kurang berkesan. Malahan, penggunaan bahasa murid bukan
sekadar baik dalam penulisan, bahkan juga dalam lisan kerana murid pastinya terbiasa
dengan penggunaan bahasa yang betul seperti mana yang diajarkan oleg guru. Apabila
perkara ini berlaku, maka tidak dapatlah disangkal sama sekali bahawa ilmu sintaksis dalam
struktur linguistik dapat membentuk guru bahasa Melayu atau pengguna bahasa Melayu
yang tidak ragu sama sekali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi
memartabatkan bahasa ini sendiri.
Di samping itu, struktur linguistik juga berkepentingan secara khusus kepada guru
bahasa Melayu kerana dengan adanya pengetahuan mengenai ciri-ciri bahasa seperti
struktur dan sistemnya, ia akan memudahkan guru memberi huraian serta penjelasan
tentang aspek-aspek bahasa yang diajar kepada para pelajar terutamanya dalam struktur
susunan bunyi, aspek sebutan, perkataan atau ayat bahasa Melayu. Malahan, ilmu linguistik
banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa yang berfungsi sebagai bahan
pengajaran. Dan apabila guru melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan semua
aspek kebahasaan yang meliputi struktur linguistik, maka guru dapat menguasai dengan
baik semua kemahiran bahasa dan memahami setiap aspek budaya Melayu termasuklah
aspek-aspek fonologi, morfologi, sintaksis, sistem ejaan, kosa kata, istilah, sebutan baku dan
laras bahasa, leksikologi sehingga ke pengetahuan mengenai hubungan bahasa dengan
kemasyarakatan dan kebudayaan. Sekali gus, pengetahuan dalam struktur lingusistik
membantu mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu, iaitu bahasa perantaraan dalam pengajaran ilmu bahasa. Dengan ini, usaha
memartabatkan bahasa Melayu dapat direalisasikan secara langsung.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

28

Selain itu, struktur linguistik juga mampu mewujudkan guru bahasa Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila guru menggunakan bahasa
Melayu semasa pengajaran struktur linguistik dan kesannya murid sendiri bukan sekadar
mempelajari ilmu bahasa, bahkan bahasa ini sendiri menjadi bahasa perhubungan antara
guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, guru
menggunakan bahasa Melayu semasa pengajaran ilmu linguistik, maka murid juga belajar
ilmu menggunakan bahasa yang sama. Ini menyumbang kepada penggunaan bahasa
Melayu yang cukup meluas dalam penyampaian ilmu linguistik. Mengambil contoh lebih
mudah, semasa guru mengajar salah satu ilmu dalam struktur linguistik seperti fonetik dan
fonologi yang berkaitan membunyikan ujaran, maka proses pembelajaran yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berlaku. Kesannya, bukan sekadar
dapat mewujudkan guru yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahkan
murid juga menerima tempias yang sama. Sebagai contohnya, apabila guru mengajarkan
murid membunyikan ujaran yang betul dalam bahasa Melayu, maka murid pun dapat
mengguna dan mengamalkan bahasa Melayu baku dengan betul.
Berikutnya, struktur linguistik memainkan peranan penting ke arah pewujudan guru
bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana menerusi
pengetahuan dalam ilmu linguistik, persediaan seseorang guru dalam pembelajaran dan
pengajaran di sekolah adalah lebih baik. Ini seterusnya membantu guru melahirkan pelajar
yang mampu mengaplikasikan penggunaan sesuatu bahasa dengan betul dalam
pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun dalam perbualan seharian mereka.
Sememangnya guru bahasa Melayu memerlukan ilmu linguistik. Ini kerana, untuk
mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
guru seharusnya terlebih dahulu mendalami ilmu linguistik. Apabila guru sendiri
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam penyampaian ilmu linguistik dan
menguasainya terlebih dahulu, maka guru dapat mengajar anak murid mereka pula ilmu
bahasa yang penuh bermakna.
Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan dirinya dengan pengetahuan yang
mendalam dalam bidang linguistik kerana ia dapat membantu dalam mendeskripsi bahasa
dengan tepat dan mempengaruhi penggunaan bahasa yang mampu memberi kesan yang
amat berpengaruh. Penggunaan bahasa yang baik membolehkan kita menyatakan
perasaan, emosi, peribadi serta reaksi yang jelas dan nyata. Oleh itu, sebagai guru bahasa
Melayu, pengetahuan tentang struktur linguistik haruslah difahami dan dikuasai sebaik-
baiknya. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam menyampaikan ilmu
bahasa pula perlulah digunakan dengan cara yang betul agar ilmu bahasa dapat
disampaikan dengan baik kepada murid. Sebagai contohnya, bidang fonetik dan fonologi
yang digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah adalah melibatkan pembakuan
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

29

sebutan Bahasa Melayu di Malaysia. Dan dalam pengajaran bidang ini, guru menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu bahasa perantaraan. Maka, semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, murid dapat belajar menggunakan sebutan bahasa Melayu
dengan betul berdasarkan bidang fonetik dan fonologi yang terlebih dahulu dikuasai oleh
guru. Struktur linguitik di sini berfungsi secara jelas sebagai intipati wahana penyampaian.
Sekali gus menggerakkan ilmu bahasa dan dilihat berkepentingan dalam usaha ke arah
mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Seterusnya menggalakkan pemartabatan bahasa Melayu di bumi bertuah ini.
Selain itu, bukti lain yang menunjukkan kepentingan struktur linguistik ke arah
pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
kita tidak perlu pergi lebih jauh. Ini kerana jika melihat kepada butir-butir semua panduan
kursus TESL/ TEFL/ TESOL yang ditawarkan oleh sebarang universiti atau maktab di mana-
mana sahaja, semuanya memasukkan bidang fonetik, fonologi, sintaksis, dan semantik ke
dalam kursusnya (Abdullah Hassan, 1980). Bidang-bidang ini ialah inti ilmu linguistik. Secara
rasionalnya, perkara-perkara ini tidak akan diajarkan kalau tidak penting dalam pengajaran
bahasa. Begitu juga kursus perguruan untuk bakal pengajar bahasa Malaysia, semuanya
mengandungi unsur-unsur linguistik. Dan kesemua unsur linguistik ini disampaikan oleh guru
bahasa menggunakan satu bahasa yang difahami bersama, iaitu bahasa Melayu yang
digunakan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran bahasa Melayu. Peri pentingnya struktur
linguistik ini dalam mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu ialah struktur linguistik ini menjadi medium dalam pengajaran bahasa.
Sementara, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu, iaitu bahasa perantaraan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya, guru bahasa Melayu mengajar
ilmu yang terkandung dalam struktur linguistik menggunakan bahasa Melayu. Ini bermakna,
struktur linguistik bertindak sebagai bahan dalam pengajaran. Hal ini sekali gus
membuktikan bahawa struktur linguistik memainkan peranan penting dalam dalam
mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Seterusnya, struktur linguistik penting ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana tanpa adanya ilmu linguistik ini,
pengajaran bahasa Melayu tidak akan ke mana. Hal ini demikian kerana struktur linguistik
yang mengandungi bidang-bidang seperti fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik, pragmatik, dan analisis wacana merupakan bahan dalam pengajaran bahasa.
Walau bagaimanapun, tidak bermaksud seandainya seseorang guru bahasa Melayu tidak
mempunyai pengetahuan dalam struktur linguistik, maka pengajaran bahasa Melayu tidak
akan dilaksanakan. Ini kerana terdapat segelintir guru bahasa Melayu yang mengajar
bahasa Melayu tanpa mempunyai pengetahuan dalam ilmu ini. Mungkin mereka boleh
mengajar tanpa ada sebarang masalah, namun tetap terdapat perbezaan dengan guru yang
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

30

mempunyai pengetahuan dalam struktur linguistik, iaitu dari segi kualiti atau hasil pengajaran
bahasa tersebut. Ini kerana pengetahuan dalam struktur linguistik dapat membentuk guru
bahasa yang lebih baik (Abdullah Hassan, 1980). Mungkin ramai antara guru bahasa yang
tidak begitu jelas mengetahui manfaat yang boleh mereka dapati daripada ilmu linguistik.
Dengan kata lain mereka tidak mengetahui kegunaan linguistik di dalam bilik darjah.
Padahal, ilmu ini sangat berguna dalam pengajaran. Malahan, menurut D.A. Wilkins (1972),
guru bahasa sememangnya memerlukan ilmu linguistik. Dan guru perlu mengetahui kaitan
hubungan linguistik dengan pengajaran bahasa kerana linguistik dan pengajaran bahasa
berhubung rapat antara satu sama lain (Meor Mohd. Aiyub Meor Zakaria, 2002).
Ini kerana, pengajaran bahasa dapat dijalankan dengan lebih baik sekiranya ada
ilmu mengenai linguistik. Malahan, Robert Lado (1980: 12), ada menegaskan: "Kalau hendak
menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi.
Penutur bahasa itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-
asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah
mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai
bahasa itu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa
matlamat mereka." Rasionalnya cukup jelas, iaitu bagaimana seseorang guru mengajarkan
bahasa Melayu sekiranya guru tersebut tidak mempunyai ilmu linguistik. Apatah lagi, bahasa
ilmu yang digunakan semestinya bahasa Melayu kerana digunakan dalam pengajaran
bahasa Melayu. Di sini kita dapat lihat pentingnya struktur linguistik ke arah pewujudan guru
bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Kesimpulannya, struktur linguistik adalah penting ke arah pewujudan guru bahasa
Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi pemartabatan
bahasa Melayu di bumi Malaysia ini. Seorang guru bahasa Melayu sememangnya
memerlukan ilmu linguistik. Pengetahuan dalam struktur linguistik yang mengandungi
pelbagai elemen dan bidang linguistik adalah perlu didalami oleh guru-guru bahasa Melayu.
Ini kerana, semuanya bermula daripada guru yang bertanggungjawab meneruskan legasi
bahasa kepada generasi berikutnya. Dengan ini, guru-guru perlu mendalami ilmu linguistik
sebagai persediaan dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah bagi membantu guru
melahirkan pelajar yang mampu mengaplikasikan penggunaan sesuatu bahasa dengan betul
dalam perbualan seharian mereka. Bahasa perlu difahami dan dikuasai oleh guru supaya
guru dapat mengajar anak murid mereka bahasa yang penuh bermakna. Guru hendaklah
melengkapkan dirinya dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang linguistik kerana
ia membantu dalam mendeskripsi bahasa dengan tepat. Tambahan lagi, bidang-bidang
dalam struktur linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sebagainya
menjadi model penting untuk guru bahasa, iaitu menjadi isi atau bahan pengajaran yang
akan disampaikannya kepada pelajar. Jika seseorang guru dapat melengkapkan dirinya
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

31

untuk menjadi guru bahasa yang berkesan, maka guru perlu mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam linguistik kerana ia berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan
betul di samping dapat mendeskripsi bahasa dengan tepat. Malahan, dengan adanya
pengetahuan tersebut, guru akan dapat mengenal pasti segala kesilapan yang dilakukan
oleh pelajarnya. Seterusnya, membantu ke arah pencapaian matlamat dan objektif
pembelajaran itu sendiri (Mahzan Arshad, 2007).
Selain itu, penggunaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dalam pengajaran
ilmu bahasa adalah memberi kesan yang amat berpengaruh. Hal ini kerana, penggunaan
bahasa yang baik membolehkan kita menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksi
yang jelas dan nyata. Dan melalui struktur linguistiklah, penggunaan bahasa Melayu dapat
digunakan secara langsung dan meluas dalam menyampaikan ilmu linguistik. Oleh itu,
struktur linguistik perlu difahami dan dikuasai oleh guru bahasa Melayu kerana bahasa
merupakan alat komunikasi yang paling berkesan dalam kehidupan manusia (Arbaie Sujud,
Adi Yasran Abdul Aziz & Ahmad Yusoff Buyong, 2011). Seterusnya, semangat cintakan
bahasa Melayu yang selama ini banyak memberi sumbangan kepada pendidikan hendaklah
disemai dan dipupuk kepada anak bangsa. Maka, adalah menjadi tugas guru khususnya
guru bahasa Melayu sebagai permulaan atau pencetus pengguna bahasa Melayu yang tegar
sekali gus menaikkan martabat bahasa Melayu di bumi Malaysia. Paling penting, jangan
hanya menyebut sahaja perkataan memartabatkan bahasa Melayu, tanpa usaha permulaan
daripada guru bahasa Melayu. Frasa memartabatkan bahasa Melayu sendiri perlu difahami,
iaitu yang bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara
152, Perlembagaan Malaysia. Bertepatan jugalah dengan bahasa Melayu sendiri merupakan
bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Dan kita pula
sebagai rakyat Malaysia mestilah berbangga dengan identiti Malaysia dengan yakin dan
berani menuturkan bahasa ibunda sendiri.







BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

32

1.4 Rumusan
Refleksi
Pada 13 Julai 2013 yang lalu, soalan tugasan kerja kursus bagi kursus BMM
3107, iaitu kursus Pengantar Linguistik telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami,
iaitu Encik Lokman b. Abd. Wahid. Tugasan ini merupakan salah satu tugasan yang wajib
dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan dalam semester ini. Sewaktu mula mendapat
soalan tugasan yang diberikan di dalam bilik kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama
rakan-rakan sekuliah yang dibimbing oleh pensyarah telah bersama-sama berbincang
mengenai kehendak tugasan ini. Dalam perbincangan tersebut, pensyarah memberikan
huraian dan penjelasan satu persatu mengenai kehendak tugasan. Walaupun, pada awalnya
saya berasa keliru dengan beberapa skop tugasan di tambah lagi apabila dimaklumkan perlu
merujuk banyak bahan dalam bahasa Inggeris, namun berpandukan penjelasan yang cukup
jelas diberikan pensyarah, saya menjadi semakin jelas terhadap skop tugasan dan mula
mendapat gambaran awal mengenai tugasan yang akan dilaksanakan. Malahan, saya
berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana kursus ini sendiri
adalah salah satu kursus kegemaran saya walaupun kandungan kursus sedikit sukar untuk
difahami secara keseluruhan. Namun demikian, saya mengambilnya sebagai satu cabaran
yang pastinya dapat memberikan saya banyak pengalaman dan pengetahuan baharu
semasa melaksanakan tugasan ini nanti.
Berdasarkan huraian lanjut yang diberikan pensyarah, terdapat empat perkara
utama dalam skop tugasan yang perlu kami laksanakan ini. Empat perkara tersebut
dibahagikan dalam empat aspek dalam pelaksanaan tugasan yang merangkumi empat
bahagian, iaitu bahagian 1.1, 1.2, 1.3 dan 1.4. Kehendak soalan yang ditetapkan dalam
bahagian 1.1 ialah penjelasan mengenai sejarah perkembangan linguistik dan struktur
linguistik bahasa Melayu. Dalam bahagian 1.2 pula, soalan tugasan berkehendakkan huraian
mengenai hubungkait antara sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik dengan
perkembangan pemikiran manusia. Manakala, kehendak soalan dalam bahagian 1.3
memerlukan kami memberikan justifikasi kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan
guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi
pemartabatan bahasa Melayu di buminya sendiri. Dan untuk soalan 1.4 pula, rumusan dalam
bentuk refleksi seperti yang sedang dibaca sekarang berkenaan pengalaman dan
pengetahuan baharu yang diperoleh semasa melaksanakan tugasan ini dengan cara
membuat perkaitan dengan kepentingan berbahasa ilmu dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

33

Dalam perbincangan awal itu juga, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang lain
dimaklumkan tugasan yang diberikan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu
bermula dari tarikh soalan tugasan ini diberikan. Penerangan demi penerangan yang
diberikan oleh pensyarah pembimbing banyak membantu saya untuk lebih faham sebelum
melaksanakan tugasan ini. Saya sendiri beranggapan dan berasakan bahawa
sememangnya nanti banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang akan saya perolehi
apabila melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya juga dimaklumkan dalam penerangan
awal pensyarah, tugasan ini perlu disiapkan dengan merujuk sekurang-kurangnya 10 buah,
iaitu 3 buku berbahasa Melayu dan 7 buku buku berbahasa Inggeris, 3 rujukan internet dan 5
jurnal.
Oleh itu, selepas mendapat penjelasan lanjut daripada pensyarah, saya terus
memulakan langkah awal dalam pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya, setelah saya
memahami sepenuhnya skop tugasan yang perlu dilaksanakan, saya mula mengunjungi
pusat sumber Institut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku yang
berkaitan. Selain itu, saya mula membuat carian internet berdasarkan skop dalam kehendak
soalan tugasan. Saya berusaha terlebih dahulu membaca dan memahami buku-buku yang
berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan tugasan berikutnya. Berdasarkan kefahaman
dengan merujuk buku-buku berkenaan, saya menjadi lebih memahami kandungan kursus ini
seperti yang terkandung dalam kehendak tugasan ini sendiri. Sebagai contohnya, saya lebih
jelas mengenai sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik bahasa Melayu
berdasarkan banyak maklumat yang diberikan oleh tokoh-tokoh dan pengkaji berkaitan
dalam bahan rujukan yang diperoleh. Dengan ini, saya menjadi lebih bersedia untuk
melaksanakan tugasan ini seperti mana yang diberi dalam skop tugasan yang ditetapkan.
Malahan, pengetahuan saya berkaitan perkembangan pemikiran manusia yang
cuba dihubungkaitkan dengan sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik bahasa
Melayu juga semakin bertambah. Pengetahuan saya mengenai kepentingan struktur
linguistik ke arah pewujudan guru bahasa Melayu juga tidak terkecuali. Jika sebelum ini,
saya sering kali terkeliru dengan beberapa perkara berkaitan bidang ini, namun menerusi
pelaksanaan tugasan ini cukup banyak membantu saya untuk lebih memahami sedikit
banyak mengenai bidang ini sekali gus membantu saya meningkatkan kefahaman dalam
kursus ini. Di sinilah, saya dapat melihat kewajaran pelaksanaan tugasan kursus oleh para
pelajar dalam meningkatkan kefahaman kami sendiri selain memenuhi keperluan kursus ini.
Apa yang pasti, pada awal pelaksanaan tugasan ini sendiri, saya berpeluang meneroka
bidang ini dengan lebih baik menerusi kefahaman yang lebih mendalam.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

34

Oleh itu, setelah saya memahami sedikit banyak mengenai kandungan dalam
kursus ini, maka berbantukan bahan-bahan rujukan berserta penerangan pensyarah dalam
bilik kuliah juga, saya mula melaksanakan tugasan ini secara berperingkat- peringkat. Saya
cuba menyiapkan satu bahagian demi bahagian, iaitu bermula dari bahagian 1.1 hinggalah
bahagian 1.4. Selain pengalaman semasa persediaan awal tugasan, iaitu seperti mencari
bahan-bahan rujukan dan berusaha memahaminya, pengalaman seterusnya ialah semasa
menyiapkan tugasan dalam aspek pertama, iaitu bahagian 1.1. Bahagian 1.1 seperti yang
dinyatakan sebelum ini adalah huraian berkaitan mengenai sejarah perkembangan linguistik
dan struktur linguistik bahasa Melayu. Semasa melaksanakan bahagian ini, saya telah cuba
menghuraikannya sebaik mungkin berdasarkan rujukan dari pelbagai bahan seperti buku-
buku dan bahan internet. Semasa menyiapkan bahagian ini, saya tidak mengalami
kesukaran kerana bahan-bahan rujukan banyak membantu dan mudah diperoleh. Paling
penting, banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh semasa
melaksanakannya.
Pengalaman yang diperoleh ialah pengalaman semasa mendapatkan maklumat
yang berkaitan dan kemudian difahami sedalamnya dan seterusnya disusun dalam huraian
yang padu, ringkas tetapi cuba dipadatkan sebaik mungkin. Pengalaman memilih maklumat
yang benar-benar sesuai dan bertepatan adalah satu pengalaman bermakna buat saya. Hal
ini kerana, banyak maklumat yang saya peroleh berkaitan kehendak tugasan. Namun, saya
perlu bijak menyusun dan memilih maklumat tersebut agar dalam huraian nanti, tidak terlalu
sarat dengan pelbagai maklumat picisan sebaliknya maklumat yang benar-benar utama
untuk diketengahkan dalam huraian. Namun, pengalaman tanpa memperoleh pengetahuan
baharu tidak akan lengkap rasanya. Dan saya sendiri mendapat banyak pengetahuan
baharu semasa melaksanakan bahagian tugasan ini. Pengetahuan baharu tersebut tentunya
berkaitan sejarah perkembangan linguistik. Pengetahuan berkaitan struktur linguistik bahasa
Melayu telah saya ketahui sebelum ini kerana pernah dipelajari dalam kursus-kursus
sebelum ini. Maka, saya tidak mempunyai masalah untuk memahaminya kerana cukup
sekadar mengaktifkan kembali pengetahuan sedia ada. Seperti sedia maklum, maklumat
berkaitan sejarah perkembangan linguistik misalnya adalah fakta dan hanya boleh diketahui
melalui pembacaan. Dan itulah yang saya peroleh.
Ini kerana semasa mendapatkan maklumat berkaitannya, saya secara tidak
langsung berusaha membaca dan memahaminya terlebih dahulu sebelum disusun dalam
huraian tugasan. Dengan ini, saya banyak mengetahui mengenai sejarah perkembangan
linguistik yang mengetengahkan banyak zaman berdasarkan sejarah perkembangan
linguistik pada zaman-zaman tersebut. Malah, saya sendiri boleh membuat urutan
perkembangan linguistik tersebut dan membanding bezakan sejarah perkembangan
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

35

linguistik untuk setiap zaman. Perkara ini adalah pengetahuan yang cukup berguna untuk
saya. Ini kerana pengetahuan ini bukan sahaja menjadi bahan dalam tugasan saya, bahkan
untuk diri saya sendiri sebagai seorang guru pelatih yang mempelajari sendiri ilmu linguistik
ini. Cuba bayangkan, bagaimana mungkin saya makan nasi tanpa mengetahui asal usul nasi
tersebut bermula dari padi kepada beras dan seterusnya nasi yang sejarahnya bersambung.
Begitu juga, dalam ilmu lingustik, iaitu saya mempelajari mengenai ilmu linguistik malahan
menggunakannya tanpa saya jejaki sejarah perkembangannya. Pengetahuan ini benar-
benar memberikan saya ilmu yang baharu.
Paling penting, selain pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh,
saya juga boleh membuat hubungkaitnya dengan kepentingan berbahasa ilmu dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Hubungkait ini dapat dilihat dengan jelas
bahawa dalam pengajian ilmu linguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
baik di sekolah mahupun di universiti atau institut perguruan, bahasa Melayu dipilih sebagai
bahasa ilmu. Bahasa ilmu seperti yang telah ditekankan sebelum ini ialah bahasa
perantaraan yang digunakan semasa penyampaian ilmu linguistik. Persoalannya, mengapa
pentingnya berbahasa ilmu dalam pengajaran bahasa Melayu? Jawapannya cukup mudah,
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan komunikasi sama ada pada peringkat
rendah mahupun tinggi serta dapat menghapuskan sikap ragu-ragu sesetengah pengguna
bahasa terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi. (Arbaie
Sujud, Adi Yasran Abdul Aziz, Ahmad Yusoff Buyong & Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2011).
Justeru, perlu ada satu bahasa ilmu yang bertindak menjadi alat perantaraan antara
penyampai dengan pendengar, iaitu guru dengan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Dan setelah saya mengetahui sedikit banyak mengenai ilmu linguistik, maka
saya merasakan wajarlah bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dalam pengajaran bahasa
Melayu kerana kita sedang mempelajari bahasa Melayu dan bukannya bahasa-bahasa lain.
Alangkah bertentangan sekali, bahasa-bahasa lain dipilih menjadi bahasa ilmu dalam
mengajarkan bahasa Melayu. Analoginya, umpama kita memasukkan garam dalam ramuan
untuk membuat kek. Bukankah lain hasilnya nanti?
Seterusnya, setelah saya selesai tugasan menyiapkan bahagian 1.1, saya
kemudian beralih kepada tugasan bahagian 1.2 yang berkehendakkan saya membuat
hubungkait antara sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik dengan
perkembangan pemikiran manusia. Semasa melaksanakan tugasan bahagian ini, banyak
masa yang diambil kerana banyak perkara yang perlu diberikan huraian yang mantap secara
keseluruhannya. Dengan ini, saya perlu mendapatkan banyak maklumat mengenai tokoh-
tokoh linguistik seperti Edward Sapir, Leonard Bloomfield, dan Ferdinand De Saussure bagi
mendapatkan hasil pemikiran mereka untuk dimuatkan dalam bahagian ini. Pada mulanya,
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

36

saya akui mempunyai masalah untuk mencari hubungkait tersebut kerana dalam bahan-
bahan rujukan, tidak dinyatakan secara langsung. Ini bermakna saya perlu mengolah sendiri
bahan-bahan tersebut dan berusaha mendapatkan hubungkait antara ketiga-tiganya.
Ternyata pada mulanya agak sukar kerana pembacaan demi pembacaan saya perlu
lakukan. Saya berusaha memahaminya sebaik mungkin agar huraian saya nanti tidak
tersasar dan menyimpang. Bagi saya, bahagian ini adalah bahagian paling menarik kerana
banyak yang saya pelajari secara tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini. Hal ini
demikian kerana di samping pengalaman yang telah dinyatakan semasa melaksanakan
bahagian ini, saya juga memperoleh banyak pengetahuan baharu. Pengetahuan tersebut
adalah pengetahuan mengenai pemikiran tokoh-tokoh linguistik tersohor dunia seperti
Edward Sapir, Leonard Bloomfield, dan Ferdinand De Saussure. Menerusi pelaksanaan
bahagian ini, saya bukan sahaja mengetahui pemikiran tokoh-tokoh tersebut dalam ilmu
linguistik, malahan saya mengetahui juga cara untuk membuat hubungkaitnya dengan
sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik. Walaupun agak sukar pada mulanya,
namun pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh adalah cukup bermakna.
Di sinilah saya berpeluang menambahkan ilmu saya mengenai kepentingan
berbahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Saya menjadi lebih
tahu mengapa pentingnya menggunakan bahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu. Ini kerana, dalam saya mempelajari ilmu linguistik ini sendiri, bahasa Melayu
ialah bahasa ilmunya, iaitu bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian
ilmu pengetahuan dan hanya bahasa baku layak dijadikan bahasa ilmu (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2005). Menerusi pelaksanaan tugasan ini sendiri, saya dapat rasakan kepentingan
berbahasa ilmu kerana bahasa ilmulah yang memungkinkan sesuatu dilakukan,
disampaikan, atau dicapai. Sebagai contohnya, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa ilmunya. Ini memastikan perkara yang ingin
disampaikan tercapai sama sekali. Pandangan saya ini berdasarkan kajian Seman Salleh
dalam Jurnal IPBA/ Jilid 3: Bilangan 2 yang bertajuk Pelaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut,
Pahang Darul Makmur yang mengatakan bahasa yang digunakan menjadi medium utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membolehkan interaksi lisan antara guru
dengan murid. Hasilnya, penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
lebih berkesan.
Setelah bahagian demi bahagian dalam tugasan telah saya selesaikan, tibalah
pada bahagian terakhir dalam tugasan yang skopnya lebih mencabar, iaitu memberikan
justifikasi kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi pemartabatan bahasa Melayu di
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

37

buminya sendiri. Pada mulanya agak sukar juga bagi saya untuk mengerah sepenuh idea
bagi menyiapkan bahagian ini. Ini kerana saya perlu melihat kepentingan struktur linguistik
secara keseluruhannya terlebih dahulu sebelum membuat huraian bagaimana pentingnya
sturktur linguistik ini dalam mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu. Dan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk pemartabatan
bahasa ini sendiri di bumi Malaysia ini. Namun, kesukaran pada awalnya tidak melemahkan
semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Akhirnya dengan merujuk pelbagai bahan
dari pelbagai sumber, saya berjaya juga melaksanakan bahagian ini.
Bagi saya, dengan merujuk banyak bahan, semakin banyaklah ilmu yang
mungkin sama dan berlainan yang kita akan peroleh. Ini kerana, kandungan dalam satu
bahan dengan satu bahan adalah tidak sama seratus peratus. Disebabkan itu, saya
menggunakan banyak bahan rujukan kerana tidak semua perkara sama yang saya peroleh.
Sebagai contohnya, ada sesuatu perkara yang saya peroleh dalam satu bahan dan satu
perkara berlainan lagi yang saya peroleh dalam satu lagi bahan yang berbeza. Maka,
berpandukan bahan-bahan rujukan inilah, akhirnya bahagian ini dapat dilaksanakan. Saya
banyak menggunakan kemahiran kognitif ketika melaksanakan bahagian ini kerana fakta
yang ada sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak tugasan ini. Oleh itu,
berdasarkan bahan-bahan rujukan yang sangat membantu di tambah keupayaan berfikir
sepenuhnya, maka bahagian ini siap juga akhirnya. Bagi saya, ini merupakan pengalaman
yang cukup berharga dalam proses pembelajaran saya. Bahkan, sekali lagi bukan sahaja
pengalaman yang saya peroleh, tetapi juga pengetahuan baharu. Pengetahuan tersebut
ialah meliputi kepentingan struktur linguistik sendiri dan peri pentingnya ke arah mewujudkan
guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi
memartabatkannya.
Secara tidak langsung saya dapat membuat perkaitan bahawa pentingnya
berbahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Ini kerana menerusi
justifikasi yang dibuat, saya mengetahui betapa pentingnya peranan guru bahasa Melayu
dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Guru sebagai permulaan kepada
penggunaan bahasa Melayu bertanggungjawab melestarikan bahasa tersebut kepada para
pelajar. Dengan ini, bahasa Melayu akan diwarisi dan digunakan oleh generasi berikutnya.
Jika guru sendiri tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semasa
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, dari manakah bahasa ini akan diwarisi? Ini
kerana tiada yang membawa bahasa ini bersama. Di sini kita dapat lihat bahawa pentingya
berbahasa ilmu semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kepentingannya
bukan sekadar supaya penyampaian pengajaran dapat dicapai semata-mata tetapi meliputi
kepentingan yang lebih meluas, iaitu untuk mewariskan bahasa itu sendiri.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

38

Fungsiya jelas agar murid tahu apakah itu bahasa Melayu dan tahu
menggunakan bahasa Melayu tersebut. Ini semua dapat dicapai hanya apabila bahasa
Melayu sendiri digunakan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Jadi sebagai individu yang rapat dengan murid, gurulah yang berperanan
menunjukkan apakah itu bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa ini sebagai bahasa
ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Saya menyokong pandangan
yang dikemukakan oleh Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (
1997) yang mengatakan guru yang menggunakan bahasa Melayu semasa pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu, guru inilah yang akan menentukan kejayaan murid-murid
mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya
berbahasa ilmu semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Dan sebagai penutup refleksi sekali gus menjadi rumusan keseluruhan tugasan
kerja kursus ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini.
Tanpa penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, rasanya tentu banyak kesulitan yang
akan saya hadapi. Dan saya sendiri setelah sehabis daya berusaha menyiapkan tugasan ini,
akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini mengikut peruntukan masa yang
ditetapkan. Paling penting, saya bukan sekadar gembira kerana berjaya menyiapkan
tugasan ini, bahkan saya memperoleh kejayaan yang lebih besar dan bermakna daripada
itu, iaitu pengalaman dan pengetahuan baharu. Bagi saya, sepanjang proses dalam
menyiapkan tugasan ini cukup membantu memberikan saya satu pengalaman yang cukup
bermakna. Pengalaman dari segi mendapatkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber,
pengalaman menghasilkan penulisan ilmiah dalam huraian sendiri berpandukan bahan-
bahan rujukan, pengalaman menghadapi kesukaran dan cabaran serta pengalaman
berusaha menyelesaikan kesukaran yang dihadapi. Ini semua adalah suatu pengalaman
yang bukan sahaja memberikan saya input pembelajaran yang baik, malahan pengalaman
yang mematangkan lagi corak saya berfikir. Antaranya berfikir dalam mencari maklumat dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pengalaman-pengalaman ini pula disokong oleh pengetahuan yang lebih baik
dan berharga berbanding sebelumnya. Sebagai contohnya, pengetahuan dari tiada kepada
ada, dari lupa kepada ingat kembali, dari goyang kepada kukuh, dan dari salah kepada
betul. Selain mengaktifkan kembali pengetahuan sedia ada sebelum ini, saya juga banyak
memperoleh pengetahuan baharu sepanjang melaksanakan tugasan ini. Antaranya, seperti
yang diterangkan sebelum ini, saya mendapat pengetahuan baharu berkenaan sejarah
perkembangan linguistik, hubungkaitnya dengan perkembangan pemikiran manusia dan
kepentingan struktur lingusistik. Sekali lagi, semua pengalaman dan pengetahuan yang
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

39

diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini, benar-benar membantu dalam proses
pembelajaran saya untuk lebih memahami kursus ini. Mengakhiri refleksi ini, semoga semua
ilmu yang diperoleh ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin apabila diaplikasikannya di
sekolah apabila bergelar pendidik kelak.





















BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

40

Senarai Rujukan
Abdul Hamid Mahmood. (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext
(M) Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (1980). Seminar on The Teaching of English in Upper Secondary Schools
and Tertiary Institutions in Malaysia. Universiti Malaya.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pahang: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (24 Mac 2009). Linguistik untuk Guru Bahasa. Dimuat turun pada 15 Ogos
2013, daripada http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/6-linguistik-untuk-guru-
bahasa_24.html
Abdul Jalil Othman. (1997). Kesan Teknik Penggabungan Ayat Terhadap Pertautan dalam
Karangan Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan Satu. Fakulti Pendidikan: Universiti Malaya.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I.
Petaling Jaya: Longman.
Abdullah Yusof, Alias Mond Yatim & Mohd Rain Shaari. (2009), Semantik dan Pragmantik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd
Ainon Mohd., M.A., & Abdullah Hassan, Ph.D. (2011). Tesaurus Bahasa Melayu. Selangor:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Seman Salleh & Zainal Abidin Kasim. (2010). HBML2103
Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Open University
Malaysia.
Allwood, Jens. (1983). Ecology of Adult Language Acquisition : A Psycholinguistic Research
Project. Goteborg : Department of Linguistics, University of Gothenburg.
Arbaie Sujud, Adi Yasran Abdul Aziz, Ahmad Yusoff Buyong & Zaitul Azma Zainon Hamzah.
(2011). Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

41

Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik: Suatu Pengenalan Konsep dan Bidang
Kajian Secara Toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Arbakyah Hassan. (21 Ogos 2009). Fonetik. Dimuat turun pada 20 Ogos 2013, daripada
http://lestari-intelek.blogspot.com/2009/08/fonetik.html
Bloomfield, Leonard., Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin & Noor Ein Mohd. Noor.
(1992). Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bolinger. (1968). Aspects of Language. New York: Harcourt, Brace & World.
Chaer. (2007). Linguistik Umum. Jakarta: Rineka Cipta.
Crystal & David. (1997). The Cambridge Encyclopedia of Language. Cambridge: Cambridge
University Press.
Crystal. (1997). A Dictionary of Linguistics and Phonetics: 4th.ed. Oxford Blackwell.
Elise Wile. (2013). The Importance of Linguistics to A Language Teacher. Dimuat turun pada
21 Ogos 2013, daripada http://work.chron.com/importance-linguistics-language-teacher-
14459.html.
F. J. Newmeyer. (1988). Linguistics. Chicago, Ill. : The University of Chicago Press.
F. J. Newmeyer. (2005). The History of Linguistics. Linguistic Society of America.
Fokker, Abraham Anthony. (1951). Inleiding Tot De Studie Van De Indonesische Syntaxis.
Groningen : J.B. Wilters.
Geoffrey Leech. (1993). Prinsip Pragmatik. Terj. Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin, Siti Hajar Abdul Aziz, & Arba'ie Sujud. (1997). Pengajian Melayu 1, Ilmu
Bahasa dan Kecekapan Berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalil I. Semaan. (1968). Linguistics in the Middle Ages: Phonetic Studies in Early Islam.
USA: E.L. Brill Archive.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

42

Kridalaksana Harimurti. (2011). Kamus Linguistik Edisi Keempat. Jakarta: PT Gramedia
Pustaka Utama.
Levinson, C.S. (1983). Pragmatics. New York: Cambridge University Press.
Lado, Robert. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Loeb, S., Miller, L., & Strunk, K. (2009). The State Role in Teacher Professional
Development and Education throughout Teachers. Education Finance and Policy, 4(2),
212-228.
Lyons, John. (1968). Introduction to Theoretical Lingistics. London: Cambridge University
Press.
Mahzan Arshad. (2007). Memperkasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Malaysia di Sekolah. Jurnal Bahasa, 30 (1), 79- 87.
Markkanen, Raija. (1985). Cross-Language Studies in Pragmatics. Jyvaskyla : Dept. of
English, University of Jyvaskyla.
Matthews, Peter. (1997). The Concise Oxford Dictionary of Linguistics. Oxford: Oxford
University Press.
Meor Mohd. Aiyub Meor Zakaria. ( 2002). Ilmu Linguistik dan Pengajaran Bahasa. Dimuat
turun pada 20 Ogos 2013, daripada http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/ling1.html
Merriam Websters Collengiate Dictionary, tenth edition. (1996). Dimuat turun pada 21 Julai
2013, daripada http://www.merriam-webster.com/dictionary/phonetic
Monalita Mansor. (12 November 2013). Fonologi & Fonetik. Dimuat turun pada 20 Julai
2013, daripada http://monazman.blogspot.com/2012/11/fonologi-fonetik.html
Morris, Charles William. (1938). Foundations of the Theory of Sign. Chicago, Ill. : The
University of Chicago Press.
Nik Safiah Karim. Farid M. Onn. Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (1996).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

43

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Analisis Pengenalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin & Julaina Nopiah. (2003). Penguasaan Tatabahasa Remaja
Malaysia: Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(3), 65-72.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Research and Publications Culture Barbarians: A
Synergistic. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 6 (2), 1675-8021.
Nor hashimah Jalaludin. ( 2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
O'Grady, William D., Michael Dobrovolsky & Francis Katamba [ed.] (2001), Contemporary
Linguistics. Longman.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1980). Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa:
Dengan Rujukan Khas Kepada Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka
Ilmu.
Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Richard Nordquist. (2013). Linguistics. Dimuat turun pada 21 Ogos 2013, daripada
http://grammar.about.com/od/il/g/linguisticsterm.htm.
Robins, R.H.(1951). Ancient Mediaeval Grammatical Theory in Europe with Particular
Reference to Modern Linguistic Doctrine. London: Bell.
Robins, R.H.(1997). A Short History of Linguistics. London: Longman.
Robin, R.H. (2003). Sejarah Ringkas Linguistik. Terj. Noor Ein Mohd Noor. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
Rozali Rajab. (29 Jun 2012). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Isu dan Cabaran.
Dimuat turun pada 3 Ogos 2013, daripada http://cikrozali.blogspot.com/2012/06/bahasa-
melayu-sebagai-bahasa-ilmu-isu.html
Sapir, Edward. (1986). New Perspectives in Language Culture and Personality. Amsterdam
John Benjamins Publishing Company.
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

44

Seman Salleh. (2005). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian
Kes Di Sebuah Sekolah Rendah Di Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal IPBA/
Jilid 3: Bilangan 2, 27- 44.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Susandi. ( 8 November 2011 ). Kajian Linguistik Lanjutan. Dimuat turun pada 21 Julai 2013,
daripada http://susandi.wordpress.com/seputar-bahasa/kajian-linguistik/
Saussure, Ferdinand de. (1857-1913). Pengantar Linguistik Umum. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tarigan, Henry Guntur. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Verhaar, J.V.M. (1981). Pengantar Linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.














BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

45

Lampiran