Anda di halaman 1dari 6

KANCING

Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian atau artikel bagi
mengekalkan bentuk pakaian dan supaya senang dipakai.
Kancing juga berfungsi sebagai hiasan pada pakaian.
Jenis-jenis kancing yang digunakan mestilah sesuai dengan jenis belah pakaian.
Pemilihan kancing bergantung pada perkara yang berikut:
(a) Jenis kain yang digunakan
Kain yang tebal memerlukan kancing yang lebih kukuh untuk menutup belah
dengan baik, manakala kain halus hendaklah menggunakan kancing yang halus
buatannya supaya berat kancing tidak mengoyakkan atau merosakkan pakaian.
(b) Jenis kain yang dijahit
Pakaian kanak-kanak , baju tidur dan pakaian dalam lazimnya menggunakan
kancing bukan logam untuk mengelakkan calar pada kulit.
(c) Jenis belah dan kedudukannya
Jika belah kelepet sama lebar digunakan dihadapan pakaian, kancing seperti
seperti butang katup dan butang serta lubang butang sesuai digunakan, manakala
jika belah berada ditepi skirt, zip lebih sesuai digunakan.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENJAHIT
KANCING
Kancing mestilah dijahit pada dua lapisan fabrik.
Jarak antara satu kancing dari yang lain mestilah sama supaya pakaian tidak
ternganga.
Kancing mestilah dilekatkan betul-betul bertentangan di antara satu sama lain supaya
belah menjadi rata apabila dikancing.
Sehelai pakaian mestilah baik dan kukuh supaya tidak cepat tercabut.
Sehelai pakaian mestilah mempunyai kancing yang mencukupi.





JENIS-JENIS KANCING


PANDUAN MEMILIH KANCING
Pemilihan kancing atau butang berdasarkan beberapa faktor:
Untuk kelihatan cantik dan menutup belahan
Melindungi daripada angin atau kalis air
Mudah dibuka dan ditutup
Kuat dan kukuh
Tahan lebih lama
Tahan daripada cucian basah dan kering
Tahan bebanan

BUTANG DAN LUBANG BUTANG
Butang dan lubang butang ialah sejenis kancing yang popular digunakan kerana
teguh, kemas, dan tahan lasak.
Didapati dalam berbagai saiz, warna, bentuk dan diperbuat daripada bahan plastik,
logam , kayu dan kulit.
JENIS
KANCING
BUTANG
DAN
LUBANG
BUTANG
VELKRO
(PITA
NILON
ZIP
RIBEN
CANGKUK
DAN MATA/
RUMAH
BUTANG DAN
GELUNGAN
FABRIK (RULO)
CANGKUK
DAN
PALANG
Butang dan lubang butang digunakan pada semua jenis pakaian dan barangan
kelengkapan rumahtangga.
Butang dan lubang butang dijahit apabila semua bahagian pada pakaian telah siap
dijahit.
Lubang butang boleh dijahit dalam keadaan melintang ataupun menegak.

JENIS JENIS BUTANG
Gambar Keterangan



Butang 2 lubang



Butang 4 lubang


Butang Mandarin



Butang baju Melayu


Butang balutan fabrik

Menjahit Lubang Butang
1 Lubang butang pada pakaian perempuan dijahit pada sebelah kanan dan pada
pakaian lelaki disebelah kiri.
2 Saiz lubang butang bergantung pada jenis butang iaitu
(a) Butang rata ukuran diameter butang ditambah dengan 3 mm.
(b) Butang bertangkai ukuran diameter butang ditambah 5 mm.
3 Lubang butang melintang dijahit pada pakaian yang sendat dan bahagian
pakaian yang mengalami tarikan seperti lengan, bahu mendatang, dada
pakaian, bahagian pinggang seluar dan skirt.
4 Lubang butang menegak dijahit pada pakaian yang tidak mengalami tarikan
seperti pada lapik belah atau kelepet yang terletak disebelah luar pakaian.
5 Lubang butang menegak juga dijahit pada pakaian yang longgar.
6 Terdapat dua cara menjahit lubang butang, iaitu jahitan tangan dan jahitan
mesin.
BUTANG DAN GELUNGAN FABRIK
Gelungan fabrik (rulo) merupakan sejenis rumah kancing yang diperbuat dengan
menggunakan jalur serong tepat.
Hasil gelungan yang baik dan cantik ialah gelungan yang bulat dan padat.
Elakkan membuat gelungan yang terlalu lebar atau gemuk kerana ini akan
menyebabkan gelungan berkedut semasa memasangnya di fabrik.
BUTANG TEKAN (BUTANG KATUP)
Butang ini terdiri daripada dua bahagian tombol dan bahagian berlubang.
Kancing jenis ini digunakan pada pakaian yang tiada tarikan dan butang ini senang
dan cepat dijahit.
ZIP
Zip ialah kancing yang popular dijahit pada gaun, skirt, blaus, kain, beg dan alat
keperluan rumahtangga
Zip senang dan cepat dipasang serta mudah dikancingkan.
Zip boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz, warna, berat dan panjang.
Jenis dan panjang zip yang dibeli bergantung kepada stail pakaian.
Biasanya panjang zip untuk belah skirt adalah di antara 18 cm 21 cm, belah dirusuk
ialah 22 cm 31 cm, dan gaun adalah di antara 25 cm 51 cm.


JENIS-JENIS ZIP
ZIP BERGIGI RANTAI ZIP BERGIGI GEGELUNG
Diperbuat daripada besi
Boleh didapati dalam pelbagai saiz
dari yang halus untuk blaus dan skirt
hingga yang besar untuk jaket dan
seluar jeans.
Lebih berat dan tahan lama serta lasak
Diperbuat daripada nilon
Lebih ringan dan fleksibel.
Tidak berkarat.
Boleh didapati dalam pelbagai warna
untuk dipadankan dengan warna
fabrik.
Lebih ringan dan fleksibel serta tahan
karat.

Panduan memilih zip:
Pilih zip yang berkualiti.
Periksakan zip sebelum membeli untuk memastikan zip tidak rosak, senang ditutup
dan dibuka.
Zip yang dipilih perlu cukup panjang dengan belah yang dibuat.
Warna zip perlu berpadanan dengan warna fabrik yang dijahit.
Berat zip yang digunakan mesti pada dengan fabrik yang dijahit.Gunakan zip yang
halus dan ringan untuk fabrik halus dan zip yang kasar sesuai digunakan untuk fabrik
yang tebal dan berat.
Pilih jenis zip yang boleh dikuncikan.
Struktur Zip
1 Perhentian/penahan bawah
Terdapat dua perhentian pada zip, satu di bahagian atas dan satu di bahagian
bawah.
Fungsinya adalah untuk mengelakkan pelongsor zip terkeluar dari pita zip.
Panjang zip diukur dari perhentian atas hingga bawah zip.

2 Gigi zip
Bahagian zip yang mencantum semasa penarik zip ditarik.
Boleh dibuat daripada nilon, pliester, plastik atau logam.

3 Pelongsor dan penarik zip
Bahagian yang mengawal operasi zip
Pelongsor bergerak ke atas atau ke bawah untuk membolehkan zip dibuka atau
dibuka atau ditutup.

4 Pita zip
Jalur fabrik yang dibuat daripada fabrik daripada fabrik campuran kapas atau
fabrik campuran kapas atau fabrik campuran kapas dan polyester yang ditenun
ditenun di mana zip dilekat siatasnya.
Pita dijahit pada fabrik pakaian semasa memasang zip.

CANGKUK DAN MATA/RUMAH
Lazimnya diperbuat darppada logam, kadangkala cicat untuk disesuaikan dengan
warna kain.
Dijual dalam satu set
Dijahit pada ikatan pada bahagian yang sama sendat seperti ikatan pinggang atau
belah berkun di garis leher
Cangkuk dan mata dijahit di sebelah dalam fabrik.
Cangkuk biasanya dilekatkan 3 mm dari tepi belah, mata dilekatkan menjulur keluar 3
mm daripada tepi belah.

CANGKUK DAN RUMAH BERSIRAT
Cangkuk dan rumah bersirat dijahit pada lipat tindih bawah lazimnya untuk
mengancing belah slit berlapik seperti leher baju kurung.
Cangkuk dan rumah bersirat kelihatan lebih halus, rata dan sesuai untuk fabrik yang
halus.
Rumah cangkuk bersirat dibuat dengan jahitan anggaran 3 6 mm panjang dengan
jahitan jahitan insang pari atau jahitan lubang butang dibuat di atas benang bersirat.

CANGKUK DAN PALANG
Diperbuat daripada logam
Kukuh dan sesuai dijahit di hujung ikatan pinggang.
Dijahit menggunakan jahitan lubang butang atau jahitan insang pari.