NO. MATRIKULASI : 790101115042001 NO. KAD PENGENALAN : 790101115042 NO. TELEFON : 0193373347 E-MEL : rosnani79@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
1 ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN 1.0 PENGENALAN 2 2.0 KRAF 2.1 DEFINISI KRAF 2.2 JENIS-JENIS KRAF i. BATIK ii. UKIRAN iii. TENUNAN iv. ANYAMAN 2.3 CIRI-CIRI ISLAM DAN PENGARUH BUDAYA
3 4
5 8 10 12 3.0 CIRI-CIRI FALSAFAH MELAYU 15 4.0 JENIS-JENIS KRAF UKIRAN KAYU i. UKIRAN TEBUK TEMBUS ii. UKIRAN BUNGA TIMBUL iii. UKIRAN ARCA 20
21 22 5.0 KESIMPULAN 23 6.0 RUJUKAN 24
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
2 1.0 PENGENALAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1452-1453) mentakrifkan seni merupakan cakupan yang luas termasuk karya, lukisan, muzik dan sebagainya yang diciptakan hasil atau bakat daripada sesuatu karya atau ciptaan. Selain itu, seni juga didefinisikan sebagai kebolehan mencipta sesuatu kraf seperti lukisan, anyaman dan ukiran yang indah yang mana mampu memukau mata sesiapa yang memandang dan tahu menilai keindahan yang memaparkan hasil kreativiti oleh penciptanya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak sekian lama dahulu.
Kesenian kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita suatu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas digambarkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak serta warnanya. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Dalam jiwa dan juga naluri kemanusiaan, tertanamnya perasaan sukakan keindahan. Keindahan yang dimaksudkan itu adalah seni. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat, sesukar untuk menerangkan konsep keindahan itu sendiri.
Dengan adanya kesenian seperti ini, identiti masyarakat Melayu lebih terserlah serta lebih dikenali umum. Pengkary yang menghasilkan karya seni ini mempunyai ruang dan peluang untuk menggalakkan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetika nukilan seni tersebut. Mengambil contoh, kraf tradisional dalam masyarakat Melayu adalah merupakan karya yang mempunyai unsur-unsur seni yang tidak ternilai yang hanya diwarisi oleh masyarakat Melayu sahaja. Kesenian ini turut diwarisi turun-temurun sejak dahulu kala.
2.0 KRAF
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
3
2.1 DEFINISI KRAF
Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.
Menurut Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979, kraf memberi maksud sebarang keluaran artistik atau pun barang yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional hasil daripada suatu proses yang melibatkan kemahiran menggunakan tangan.
Menurut Khairuddin Talib (2011), kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh si pembuat kraf ini adalah diwarisi secara turun-temuran daripada keluarganya. Hasil ciptaan kraf tradisional ini kaya dengan unsur-unsur budaya dan ia dapat dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, motif dan nilai-nilai estetika yang dihasilkan. Seni kraf yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu juga melambangkan hubungan erat yang terjalin antara orang Melayu dengan kepercayaan agama Islam yang dianutinya.
Kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara telah mengubah fahaman dan kepercayaan masyarakat Melayu tentang agama yang dianuti. Mereka mula sedar akan kekuasaan Tuhan yang sebenarnya. Dari kesedaran tentang kekuasaan Tuhan inilah wujudnya karya ciptaan yang bukan sahaja bermanfaat kepada manusia tetapi turut memenuhi keperluan kehidupan di dunia dan juga akhirat. Kesimpulannya hasil-hasil karya seni oleh masyarakat Melayu mempunyai ciri-ciri pengaruh Islam dalam penghasilannya. Buktinya, penggunaan motif dan ragam hias pada kain songket, ukiran kayu dan anyaman tikar yang sememangnya amat sinonim dengan agama Islam.
2.2 JENIS-JENIS KRAF
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
4
Daya kreativiti tersendiri masyarakat Melayu telah menghasilkan pelbagai jenis kraf tradisional. Antaranya termasuklah batik, tenunan, anyaman, ukiran, tembikar, tekat, gasing, wau, serta barang untuk perhiasan diri. Setiap hasil kraf ini berfungsi dan memberi manfaat dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, kepercayaan, pekerjaan, keperluan, lokasi serta hubung kait dengan masyarakat luar.
Antara 4 jenis kraf tradisional yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu di negara kita adalah ukiran, anyaman, tenunan dan batik.
BATIK
Batik merupakan kraf tradisional yang sangat unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Perkataan batik sebenarnya berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Dalam bahasa Melayu, batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik dikenali sebagai setitik lilin.
Di Malaysia, perusahaan batik dipelopori oleh negeri Kelantan dan Terengganu. Antara penggiat seni batik yang terawal ialah Haji Che Su Bin Ishak yang berasal dari Kelantan. Motif atau tema batik yang diketengahkan adalah berunsur flora dan fauna. Antara jenis batik yang terdapat di negara kita ialah batik skrin, batik blok, batik tulis dan batik pelangi.
Akan tetapi, beberapa jenis motif alam sekitar telah digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik. Unsur flora yang terdiri daripada motif bunga, putik, kudup, pucuk dan juga ranting telah digunakan untuk menghias kain batik ela. Motif-motif ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Motif pucuk rebung misalnya telah digunakan untuk menghias bahagian kepala kain(gunung). Reka corak dan susun atur yang dibuat
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
5 bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri. Motif geometri pula ialah garis-garis lurus, siput, cengkerang, kisi-kisi, jaring bersilang dan sebagainya.
Kesan hubungan erat antara masyarakat Melayu dengan alam sekitar khasnya flora dan fauna serta kepekaan mereka dalam meneliti kehidupan dan peredaran alam sekitar telah memberi peluang kepada mereka untuk memindahkan keindahan alam sekitar itu kepada ragam hias dalam tradisi seni rupa. Contohnya, motif jalur dan warna yang banyak menyatakan hubungan mereka dengan tumbuhan serta mengakui bahawa tumbuhan itu adalah ciptaan Allah. Selain itu, keindahan daun pisang dan ranting bunga yang dapat diteliti dari urat-uratnya juga telah menjadi pilihan pengkarya yang memilih tema flora.
Berikut adalah antara motif-motif yang menjadi pilihan:
UKIRAN
Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan keperluan harian.
Ukiran membawa erti mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, `carving tool`. Ukiran adalah hasil rupa tradisi Melayu yang terulung. Dikatakan, kebanyakan seni ukiran di negara ini banyak dipengaruhi ukiran
Unsur Flora
Unsur Geometri
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
6 dari negara Siam. Tidak hairanlah jika dikatakan bahawa seni ukiran kayu berasal dari iaitu Patani, Thailand.
Seni ukiran Melayu bukan sekadar dipahat untuk menampakkan hasil yang cantik sebaliknya setiap rincihan mata pisau di atas sisi kayu membawa maksud menyampaikan hajat yang tersirat. Simbolik tema atau motif yang dipancarkan melalui ukiran tersebut bukan sekadar berseni tetapi disokong oleh frasa Melayu klasik.
Antara bentuk ukiran yang biasa dijumpai ialah ukiran tebuk tembus, layang, ukiran bunga timbul, kayu hanyut, arca dan larik. Kebiasaannya, pengukir lebih gemar menonjolkan elemen tumbuh-tumbuhan dalam ukiran kerana ia melambangkan pebagai motif yang berkaitan dengan kehidupan orang terdahulu. Motif pokok ketumbit, bunga cina, bunga cempaka, bunga kenanga , daun pengasuh serta daun kangkung dalam sesebuah ukiran Melayu itu melambangkan unsur-unsur perubatan tradisional masyarakat Melayu dan juga menggambarkan simbolik kepada nilai perpaduan. Dari itu, dapat disimpukan bahawa unsur-unsur flora yang dipilih adalah berkaitan dengan nilai-nilai budaya masyarakat setempat.
Seni ukiran Melayu juga jelas terpancar pada seni ukiran yang terdapat di masjid- masjid atau surau-surau di negara kita. Lekukan dan kelo pada ukiran-ukiran ayat-ayat Al- Quran yang terpahat pada tiang-tiang atau mimbar-mimbar masjid menghasilkan satu bebayang yang menampakkan unsur-unsur keindahan apabila terkena percikan cahaya sekaligus mengangkat nilai keseniannya. Selain itu, warisan seni kraf Melayu ini juga dibuat berdasarkan fungsi dan maknanya yang tertentu. Ukiran lima kuntum bunga yang melilit pada satu tiang misalnya membawa maksud sebuah keluarga yang mempunyai lima orang anak yang masih bergantung kepada orang tuanya untuk meneruskan hidup.
Selain itu, senjata-senjata seperti pedang dan keris juga mempunyai ukiran-ukiran yang memberi maksud yang tersendiri. Contohnya keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu 3,5,7 dan 9. Situasi ini boleh dikaitkan dengan sifat Tuhan yang ganjil dan suka kepada sesuatu yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
7 masyarakat Melayu dengan ajaran Islam dan kepercayaan kepada kekuasaan mukjizat Tuhan.
Berikut adalah contoh-contoh motif ragam hias dalam penghasilan ukiran:
Motif Bunga Motif Kaligrafi
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
8 TENUNAN
Tenunan berasal dari perkataan tenun (perbuatan) yang merupakan suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara berselang-seli antara benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang) untuk dijadikan sehelai kain. Tenunan ialah satu proses menyilang (menganyam) benang (yarn), tali dan sebagainya (bahan) di bawah ketegangan yang khusus dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil kek (loom) dibantu oleh peralatan-peralatan yang lain bagi menggerakkan proses menenun. Kaedahnya ialah dengan menyilang benang `weft` dengan benang `warp` pada sudut-sudut tertentu.
Seni tenunan merupakan suatu warisan budaya masyarakat Melayu yang terus mendapat tempat di kalangan penggiat seni kraf tradisional. Antara tenunan yang paling terkenal ialah tenunan songket, tenunan Pahang dan dan tenunan pua pribumi Borneo. Di Malaysia, tenunan banyak diusahakan di kawasan Pantai Timur khasnya di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Penghasian songket misalnya merupakan hasil kraf masyarakat Melayu Terengganu dan Kelantan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan dan darjat seseorang. Secara tradisi, songket yang ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas akan dipakai oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja sahaja. Songket terbahagi kepada dua jenis iaitu tekat tiga dan tekat lima.
Corak dan motif songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu yang mana sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang dipenuhi keindahan dan keunikan. Antara corak flora yang biasa dijumpai ialah susunan bunga tabor, bunga penuh, dan susunan bercorak manakala motif yang digunakan pula merupakan motif alam, tumbuh-tumbuhan, binatang, benda termasuklah kuih. Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, tampuk manggis, buah delima, bunga setelop atau bunga lawi ayam yang diapit di antara kepala dan tepi kain.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
9 Corak-corak songket yang abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajib, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang dan jong sarat. Motif yang diilhamkan dari alam sekitar pula dinamakan motif awan larat, bintang buta, air molek, dan teluk berantai. Selain itu, motif daripada binatang pula terdiri daripada bunga lawi ayam, bunga hati, unduk-unduk, dan juga sisik kelah. Selain itu, pemilihan warna kain songket juga berkait rapat dengan alam sekitar serta kehidupan masyarakat melayu dahulu kala.
Penenun akan menggunakan warna merah darah ikan, merah asam jawa, kuning kunyit, kuning tanah liat, kuning pisang masak, kuning lemak ketam, hijau pucuk pisang, hijau serindit dan hijau rumput misalnya bagi menyerlahkan hasil tenunan yang dibuat. Orang Melayu yang beragama Islam akan memakai songket pada Hari Raya Aidilfiri, Hari Raya Aidil Adha atau sewaktu upacara akad nikah. Ini menunjukkan bahawa songket diangkat martabatnya pada kedudukan yang tinggi dalam agama Islam.
Berikut adalah contoh-contoh motif pada tenunan songket:
Tenunan Bunga Penuh Tenunan Bunga Tabur Susunan Bercorak Tenunan Pucuk rebung
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
10 Tenunan pua yang terkenal dan banyak terdapat di Sarawak pula dikaitkan dengan tatacara hidup masyarakat Iban. Tenunan kain pua mempunyai banyak pantang larang yang perlu dipatuhi. Sebagai contohnya, reka bentuk corak haruslah ditenun di bahagian tengah pua serta dipagari oleh reka corak kemerbai. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambang makhluk seperti corak buaya, cicak, dan lembaga manusia memaparkan keunikan reka corak tradisi tenunan pua. Walau bagaimanapun, penenun pua masa kini lebih tertumpu kepada motif tenunan moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan geometri.
Contoh motif tenunan pua adalah seperti di bawah:
ANYAMAN
Anyaman merupakan satu proses menjalin, menjaring-jaringkan atau menyilangkan helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh, rotan, bertam, lidi, paku pakis menggunakan teknik menyelit-nyelitkan antara satu sama lain untuk dijadikan rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Antara bahan yang boleh digunakan untuk menghasikan anyaman ialah daun mengkuang, pandan, daun kelapa, lidi, rotan, akar, bilah dan sebagainya yang mana perlu melalui proses-proses tertentu.
Masyarakat Melayu menghasilkan pelbagai jenis anyaman untuk digunakan sebagai tikar, penutup makanan serta sebagai hiasan dinding di kediaman mereka. Motif Bunga Motif Lembaga Manusia
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
11 Kehalusan dan cara menghasilkan bahan-bahan anyaman ini dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati selaras dengan sifat kaum wanita yang lemah lembut dan bersopan santun.
Unsur-unsur Islam banyak dapat dilihat dalam kraf tradisional anyaman. Antaranya ialah tikar sembahyang dan tikar orang mati. Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan yang bermutu tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu meletakkan kedudukan tikar sembahyang pada kedudukan tertinggi sebagai penghormatan kepada sesama manusia. Selain itu, tikar sembahyang ini juga akan dihiasi dengan motif yang menyerupai kubah masjid. Selain itu, bahagian tepi tikar tersebut menyerupai gigi buaya sebanyak lima batang yang melambangkan bahawa setiap orang Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
Selain motif objek yang dihasilkan pada kraf anyaman, kita juga biasa melihat corak geometri dan flora menjadi pilihan kepada penganyam-penganyam masyarakat Melayu khasnya kaum wanita. Conothnya, tikar yang dihasilkan berbentuk dua dan tiga dimensi yang digunakan oleh masyarakat pada terdahulu untuk menyimpan barang-barang kegunaan harian. Antaranya termasuklan bakul, kampit (bekas belacan), kembal (rombong) dan sebagainya.
Ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman adalah seperti penciptaan kelarai dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang berunsur alam manakala corak dimaksudkan kepada susunan warna-warna menarik yang menampakkan keindahannya. Motif-motif bunga biasanya terdiri daripada kelarai bunga atur, berembang, cengkih, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga rumput, serta bunga tanjung. Unsur-unsur tumbuh-tumbuhan pula terdiri daripada akar, jantung pisang, pucuk rebung, manggis dan juga pinang. Di samping itu, corak daripada fauna pula terdiri daripada kepala gajah, tapak anjing, tapak harimau, mata berkait dan juga siput.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
12 Contoh-contoh hasil anyaman:
2.3 CIRI-CIRI ISLAM DAN PENGARUH BUDAYA
Seperti yang diketahui umum, hasil kraf tradisional Melayu sungguh unik dan menarik. Buktinya dengan kepelbagaian ragam hias, motif flora, fauna, kaligrafi keislaman dan sebagainya dalam sesuatu hasil karya masyarakat Melayu. Setelah diteliti dan dianalisis, maka saya akan memilih kraf ukiran sebagai topik perbincangan yang berkonsepkan keislaman.
Daripada pemerhatian yang dibuat di Masjid Hadhari, Seberang Jertih dan Muzium Negeri Terengganu, konsep ukiran yang dibuat pada pintu gerbang, rehal Al- Quran, rak buku, siling dan pintu binaan mempunyai ukiran ayat-ayat suci al-Quran yang begitu halus, indah dan menarik seni ukirnya. Motif ukiran yang dipilih ialah berdasarkan floral, fauna dan geometri. Motif penggunaan unsur flora dan sebagainya itu memerlukan kita bersyukur dengan ciptaan Allah Taala di samping menyedarkan
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
13 kepada kita bahawa alam ciptaanNya mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan yang begitu mengagumkan.
Pengukir-pengukir juga telah mengilhamkan motif-motif persekitaran dalam setiap hasil karya seni ukirnya. Menurut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya ragam hias bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Situasi ini menunjukkan bahawa alam semesta ini berasal dari satu kejadian dan melalui tahap-tahap perkembangannya. Selain itu, ukiran yang dibuat tidak mendongak ke atas sebaliknya menunduk ke bawah. Hal yang demikian adalah berkaitan corak flora yang terdapat pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih yang menunduk ke bawah.
Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai pengaruh Arab. Seni hias ini dapat dilihat pada dinding Masjid Putih yang terletak di Kuala Terengganu. Motif ukiran di Masjid Putih itu juga mempunyai unsur geometri dan motif flora. Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar seperti kacang panjang, ketam guri, ketubit, bunga lawang, bunga cina, bunga raya dan juga salad. Motif ini disusun secara berulang-ulang dan menjalar ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep sebegini dikaitkan dengan sifat Allah yang tidak terbatas dan menguasai kesekian alam. Unsur ini merupakan unsur dominan yang seringkali menjadi pilihan pengukir-pengukir berdasarkan kepada pemerhatian dan pengamatan yang dilihat dan diterokai. Selain berfungsi sebagai mencantik dan menghias masjid, ukiran-ukiran ini bertujuan untuk menyedarkan para manusia supaya menghargai dan mengagungkan ciptaan Sang Pencipta.
Dalam seni ukiran Melayu, selain motif fora dan geometri, motif awan larat juga digunakan dengan meluas. Awan larat bersifat sorok punca iaitu menyembunyikan kepala kala. Contohnya kita melihat o dan 8dan sudah tentu kita tidak dapat mengetahui di mana punca angka-angka ini. Maka di sinilah tersembunyi falsafah masyarakat Melayu dalam seni ukiran. Oleh itu, kita dapat membuat
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
14 kesimpulan bahawa sesuatu yang wujud di alam ini tidak dapat dikenal pasti permulaannya tetapi sebenarnya permulaan itu wujud tetapi kita tidak mampu mendapatkan jawapannya. Falsafah yang tersembunyi dalam ukiran awan larat sesungguhnya ada kejadian yang tidak dapat dikesan dan dikaitkan seperti tarikh kewujudan bumi, bulan, bintang dan matahari.
Jelasah bahawa dalam ukiran awan larat ini mengandungi falsafah dan maksud yang tersirat, yang hanya diketahui oleh Allah sahaja. Selain itu, tukang ukir Melayu juga telah membuat ukiran kaligrafi berselang-seli dengan unsur flora pada tingkap, pintu dan dinding masjid. Semua yang dilakukan ini adalah berdasarkan kepada ayat- ayat suci Al-Quran dan petikan kata-kata bijak pandai di kalangan umat Islam. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan penulisan khat kepada umatnya yang beragama Islam.
Selain itu, unsur kosmos juga telah dipilih oleh para tukang pandai Melayu untuk diukir pada tiang-tiang atau mimbar masjid. Antara objek yang menjadi pilihan ialah bulan, bintang serta gunung-ganang. Ukiran-ukiran kosmos ini menampakkan bahawa matahari diukir pada bahagian tengah manakala ukiran di sekelilingnya pula menggambarkan cahaya matahari yang bersinar memancar ke sekian alam. Hal yang demikian disifatkan sebagai matahari adalah merupakan satu unsur yang amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia untuk terus hidup dan kita patut bersyukur dan menghargai dengan kehidupan yang telah dikurniakan ini.
Sementara itu, unsur budaya yang terdapat dalam hasil karya kraf tradisional masih lagi dikekalkan sehingga hari ini. Contohnya, corak dan motif songket yang memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Ini sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang dipenuhi keindahan dan keunikan. Antara corak flora yang biasa dijumpai ialah susunan bunga tabor, bunga penuh, dan susunan bercorak manakala motif yang digunakan pula merupakan motif alam, tumbuh-tumbuhan, binatang, benda termasuklah kuih. Reka bentuk kain songket
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
15 mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, tampuk manggis, buah delima, bunga setelop atau bunga lawi ayam yang diapit di antara kepala dan tepi kain.
3.0 CIRI-CIRI FALSAFAH MELAYU
Kesenian wujud, berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial mahupun kemasyarakatan. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat sebagai cara hidup yang berkait dengan keindahan dari ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.
Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu diceritakan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain, namun artis sebagai individu yang menghasilkan mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni rupa dalam masyarakat Melayu adalah ciptaan yang diselitkan unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang bukan hanya dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni dan ciri-ciri falsafah Melayu untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan ketelitian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Ciri-ciri falsafah Melayu yang terdapat dalam karya kraf tradisional terdiri daripada prinsip berhalus, berguna, bersatu, berlawan, berlambang serta bermakna. Ciri berhalus misalnya seperti yang terdapat pada reka corak motif kraf batik. Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak memerlukan kemahiran yang tinggi. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu diterjemahkan kepada sehelai kain
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
16 polos yang berwarna putih, bukti ciri berhalus wujud dalam penghasilan batik. Proses penggarapan motif selalunya adalah berasaskan sumber alam sekeliling seperti motif flora, fauna, benda buatan manusia, atau motif isen. Jika di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan penghasilan batik yang halus dan eksklusif, unsur- unsur motif yang dipiliah adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga- bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng dan lain-lain. Sejarah seni Melayu telah berkurun-kurun menegaskan bahawa prinsip berhalus adalah prinsip paling utama dan tanpa kemahiran tidak mungkin terciptanya kesenian yang halus.
Prinsip berguna juga banyak diketengahkan dalam penghasilan batik. Kebiasaan motif batik adalah bercorak arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku pakis, akar kayu dan bentuk geometri yang melingkari dari kiri, kanan dan keatas kain. Susunan motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih seperti bungaan dan dedaun , akar serta corak paku-pakis yang menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Dari konsep sains, tumbuhan memberi banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap makhuk yang hidup. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukanah semata-mata untuk fesyen pakaian sahaja malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta untuk dijadikan hadiah atau cenderamata yang eksklusif. Selain itu, pemilihan motif sebegini juga dapat mengindahkan penglihatan manusia disamping untuk ketenangan jiwa. Kesenian seperti inilah yang dituntut dalam Islam selaras dengan ciri-ciri falsafah Melayu.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
17
Prinsip yang seterusnya ialah prinsip bersatu. Prinsip bersatu jika diamati juga banyak digunakan atau diapikasikan dalam kraf seni tembikar. Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali sejak zaman-berzaman dan sehingga sekarang perusahaannya masih diteruskan di beberapa tempat di Semenanjung. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah kraf tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang mana sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ini merupakan suatu integrasi yang dicipta antara unsur alam dalaman dan luaran. Ia merupakan hasil kraf tangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli dan diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang begitu berseni dan unik. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam sekitar seperti motif bungan padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga calaran geometri yang harmoni. Semua motif ini dihasilkan berdasarkan latar belakang budaya dan dipengaruhi unsur seni Islam yang menular di Tanah Melayu pada masa dahulu.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
18 Prinsip berlambang pula diambil dari kraf ukiran kayu pada hulu keris sebagai contoh. Keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur perlambangan yang diperlukan demi membela dan mempertahankan maruah bangsa Melayu. Walaupun fungsinya sebagai senjata pada masa kini sudah agak berkurangan namun nilainya sebagai lambang tidak ternilai. Disebabkan mempunyai mata yang dua itu, keris sekaligus boleh dijadikan kawan dan juga lawan. Ini bermaksud ianya indah tetapi sangat merbahaya.
Berbeza dengan prinsip berlambang, prinsip berlawan pula adalah merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal diantara dua bahagian. Kehidupan kita diselubungi oleh simbol-simbol tertentu, dimana setiap simbol yang dipilih mempunyai makna yang tersurat. Motif awan larat dalam kraf ukiran kayu dipilih sebagai contoh terdekat. Walaupun motif yang dipilih dalam kraf ukiran berlainan namun apabila diolah ianya akan menjadi satu reka corak yang berkesinambngan antara satu sama lain. Ini memberi maksud bahawa walaupun kehidupan berlainan prinsip dan pegangan, namun perbezaan itu dapat diatasi dgn baik. Motif awan larat merupakan rangkaian dari motif yang tersusun rapi yang berdampingan dan berhubungan, yang mempunyai makna yg simbolik. Contoh prinsip berlawan dalam karya kraf ukiran ialah Awan Larat Kuntum Berangkai Lengkap yang membawa maksud senyum yang indah dalam bicara.
Awan Larat Kuntum Berangkai Lengkap : Senyum Indah Dalam Bicara
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
19
Awan Larat kembang Teratur: Pelekat Hidup, Seia sekata, Sehidup Semati
Prinsip yang keenam ialah prinsip bermakna. Prinsip bermakna ialah apabila mencipta sesuatu karya seni, ianya haruslah untuk tujuan dihayati oleh segenap masyarakat. Pereka sentiasa berusaha untuk menyampaikan sesuatu mesej. Simbol-simbol yang dilahirkan akan mendukung makna melalui elemen-elemen yang digubah. Bahkan perspektif pemikiran dipengaruhi oleh budaya dan social yang didukung sejak turun-temurun.
Pemilihan motif pucuk rebung dalam kraf tenunan misalnya memberi pelbagai maksud. Pucuk rebung amat sinonim dengan kepercayaan iaitu apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak timbu masalah apabila dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan menjadi keras apabila menjadi buluh. Secara tidak langsung mesej yang disampaikan bertujuan untuk mengeak gejala sosial yang kian menular.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
20 4.0 JENIS-JENIS KRAF UKIRAN KAYU
Silat merupakan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini adalah awan larat, silang dan simetri. Antara jenis ukiran kayu serong yang dibuat oleh tukang pandai Melayu ialah ukiran tebuk tembus, bunga timbul, arca, dan larik. Alat-alat yang digunakan untuk menghasilkan ukiran ialah seperti pahat, ketam, gergaji, dan tukul besi.
i. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk tembus dihasilkan di atas sekeping papan yang akan ditebuk dan menyerong pada corak dan latar untuk tujuan menimbulkan silat. Bahagian latar tembus akan menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat. Kebanyakan ukiran jenis ini akan dihasilkan untuk dijadikan hiasan dan pengalir udara tradisional seperti yang terdapat pada serambi serta bahagian atas siling rumah. Bentuk bunga ukir terdiri daripada awan larat, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta menindih ditenggelamkan.
Ukiran yang dipilih juga mengandungi nilai, makna dan falsafah tersendiri. Misalnya bunga yang diukir pada bahagian tengah memberi maksud taraf seorang ibu yang berhak atau berkuasa mengawal perilaku anak-anaknya. Pada bahagian belakang ukiran bunga pula dikeluarkan batang atau sulur yang menjalar ke segenap ruang. Unsur yang digunakan adalah motif bunga yang mana saiznya lebih besar dari yang lain. Ia
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
21 membawa maksud martabat dan maruah ibu yang perlu diletakkan pada kedudukan yang tinggi selaras dengan ajaran Islam yang mewajibkan anak-anaknya menghormati dan mentaati ibunya.
ii. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran bunga timbul berbeza sekali dengan ukiran tebuk tembus. Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Kebiasaannya, ukiran bunga timbul dibuat pada mimbar masjid, barang perhiasan dan perabot rumah manakala kayu yang digunakan pula adalah daripada kayu jati dan cengal.
Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pengukir-pengukir kayu menghasilkan seni ukiran bukan untuk mencantikkan hiasan rumah dan kegunaan seharian semata-mata tetapi setiap ukiran yang dihasilkan mengandungi nilai, falsafah dan maknanya yang tersendiri. Ukiran bunga timbul seperti pada gambar di atas misalnya menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai motif. Menurut tokoh seni ukir tersohor negara, Haji Wan Su Bin Wan Omar, penghasilan motif ini dikaitkan dengan keindahan alam ciptaan Allah s.w.t yang mengandungi kepelbagaian jenis tumbuhan. Sementara itu, daun-daun yang diukir dalam keadaan tidak menikam daun serta batang yang lain. Ini jelas memberi gambaran bahawa manusia haruslah bekerjasama dan tidak bermusuhan, hasad dengki, bangga diri mahupun riak dan sombong serta mengambi pengajaran darinya.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
22 iii. Ukiran Arca
Ukiran arca banyak terdapat pada ulu keris, parang, kepala tongkat, kukur kelapa dan sebagainya. Bunga ukiran arca adalah sama dengan bunga ukiran timbul tetapi saiz ukirannya berbeza kerana lebih kecil. Sebagai contoh, ukiran arca pada hulu keris adalah sebagai lambang keberanian masyarakat Melayu. Keris digunakan sebagai lambang kekuasaan, penanda keturunan, senjata melawan musuh serta senbagai pelengkap pakaian orang zaman dahulu. Bentuknya hebat, gagah dan berani di olah dengan indah dan sopan untuk memberi kemantapan kepada suatu lambang yang sangat dihormati.
Penghasilan sebilah keris memerlukan tahap ketertiban, kemahiran, kehalusan, kebijaksanaan, kefahaman, penghayatan, kepekaan, disiplin, daya tumpu serta tahap kesabaran yang tinggi. Ukiran pada keris juga jelas menampakkan ulu keris ini diukir dengan awan larat yang berselirat dan berserabut tanpa penghujungnya. Ukiran sebegini memberi gambaran bahawa ada perkara-perkara yang kita tidak dapat kenal pasti serta tiada penghujungnya. Hakikatnya, segala yang wujud dan berlaku di atas muka bumi ini mempunyai punca tetapi ada sesetengah perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia.
Motif tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan pada ukiran hulu keris ini juga kaitkan dengan adat resam masyarakat Melayu yang menggunakan tumbuh-tumbuhan dalam merawat penyakit. Contohnya, ukiran akar kayu yang berselirat membawa maksud bahawa orang Melayu menggunakan akar-akar kayu dalam mencari penawar bagi penyakit.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
23 5.0 KESIMPULAN
Penghasilan kraf tangan melambangkan jati diri masyarakat Melayu. Kraf tangan ini dihasilkan berdasarkan alam persekitaran masyarakat Melayu. Sumber-sumber dab bahan- bahan untuk proses penghasilan juga mudah didapati di persekitaran mereka. Namun, keunikan yang paling menyerlah adalah pemikiran kreatif mereka daam mengolah dan mengubah objek untuk memperlihatkan aspek budaya dan estetika. Fungsi kraf tangan tradisional Melayu mempunyai nillai estetika yang tinggi.
Umum mengetahui bahawa kraf tradisional merupakan warisan budaya dan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita sedikit masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan unsur-unsur budaya serta unsur-unsur keislaman jelas digambarkan melalui bentuk, gaya, warna, sifat serta garisnya.
Kehalusan dan keunikan hasil karya kraf ukiran Melayu melambangkan ketinggian nilainya. Namun begitu, faktor modenisasi, cuaca dan juga faktor masa menjadi halangan kepada kelestariannya. Halangan-halangan sebegini menjadi antara penyebab terhakisnya sedikit demi sedikit penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan hasil warisan kesenian tradisi ini. Walau bagaimanapun, bagi pencinta seni kraf tradisional ia melambangkan suatu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya. Sesuatu yang unik dan ekslusif yang sukar dirungkaikan.
Justeru itu, sebagai bangsa Melayu, kita seharusnya menjaga, memelihara, serta menyayangi seni kraf tradisional Melayu yang tidak terdapat di negara-negara lain. Untuk mempertahankan warisan seni kraf tradisi masyarakat Melayu ini supaya tidak pupus ditelan zaman, kita seharusnya menanam sikap cintakan seni tradisi di kalangan generasi masa kini agar seni kraf tradisional ini akan terus terpahat dan segar di ingatan.
790101115042001 ROSNANI BT MOHAMAD @ MAT YASIN
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
24 6.0 RUJUKAN
Kathleen Chee.(2006). SPM Fokus U: Pendidikan Seni Visual.Bandar Baru Bangi: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(1998). Buku Sumber Rujukan Guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.