Anda di halaman 1dari 44

PERGERAKAN KREATIF

1.0 PENGENALAN
Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan
menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif merupakan
satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh
dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan kreatif
adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan
kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan
yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi.
Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.
Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui
muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah
alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan
mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan
sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh
bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak.
Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik,
spontan dan terancang.
Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan
untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-
kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi
telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu :
i. Keinginan untuk bergerak
ii. Keinginan untuk berjaya
iii. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya
iv. Keinginan untuk bersaing
v. Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal
vi. Keinginan untuk mengembara
vii. Keinginan untuk memperoleh daya penarik
viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti
ix. Keinginan untuk mengetahui

Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai
fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan
mental serta rohani dan sosial.
Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk
pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung
antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota badan. Pergerakan
kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan
kepuasan peribadi.
Margaret HDoubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian
berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini membentuk
pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran, pertumbuhan fizikal
dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak, bukanlah bertujuan untuk menarik
perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui
pergerakan.

2.0 ELEMEN ASAS PERGERAKAN
Pergerakan kreatif merangkumi empat elemen utama iaitu ruang, masa, tubuh badan,
dan aliran. Ia melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sama ada dengan atau
tanpa muzik.

2.1 Ruang
Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan. Terbahagi kepada dua
iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu yang
boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah kawasan yang digunakan
semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana dan rendah
b) arah - hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus dan berliku-liku
d) ekstensi - mengecil dan membesar

2.2 Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan
serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti
ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini
cepat, tegas, spontan dan dinamik
b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, Mengambil masa dan dapat dikawal.
Perlakuannya adalah lambat, licin, beralun dan
berayun. Ia boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak
pertergesa-gesa atau cepat.
2.3 Tubuh Badan
Anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakan seperti
kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan mengawal
kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan - Pergerakan yang lembut, halus dan
sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa
bergerak bebas dan setempat.
b) Berat-kuat - Pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas. Memerlukan
tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.
2.4 Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan
licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan terikat. Aliran
berhubungkait dengan anggota badan dengan orang lain atau alatan. Contohnya, permainan
ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan.

2.0 JENIS-JENIS PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan
lokomotor, dan kemahiran manipulatif.
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat
yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor adalah untuk menyokong aktiviti pergerakan yang
dirancang.
i. Konsep pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluan dan
masa.

ii. Arah
Arah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

iii. Haluan
Haluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnya adalah
seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

iv. Masa
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa boleh beradadalam
keadaan cepat atau pelahan, secara tiba-tiba atau dalam bentuk terkawal.

v. Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor
Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor adalah seperti berjalan, berlari dan melompat.

vi. Lokomotor beritma sekata
Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan
dari satu kaki ke kaki yang lain
Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat
daripada mencecah bumi
Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke udara
daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.
Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki (berselang-
seli)
Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih
banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki
yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah
dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.
Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.


Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor adalah kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar
sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat aktiviti. Pergerakan
bukan lokomotor adalah merupakan keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa
beralih tempat. Secara kebiasaannya, pergerakan bukan lokomotor ini adalah aspek
keseimbangan. Dalam pergerakan ini, kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai alatan untuk
mempelbagaikan pergerakan.

i. Konsep pergerakan bukan lokomotor
Konsep pergerakan lokomotor adalah merupakan konsep pergerakan dalam keadaan statik dan
memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor ini dapat membantu
kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam
keadaan yang fleksibel dan seimbang. Aktiviti gerakan mestilah dibuat dalam keadaan yang
tenang dan kurang tekanan.
ii. Bentuk-bentuk pergerakan bukan lokomotor
a. Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti
bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel
membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini
terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula
membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan
dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan
bahagian lengan atas dan bahu.
b. Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan
sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau
dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'.
Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang
Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian
kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar
bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.
Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan
yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

c. Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa
menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja.
Struktur sendi menentukan bahagianbadan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh
dikilas pada paksipanjang.
d. Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing,
dasar menyokong berubah tempat.

Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.
Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan
leher.
Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal
dasar menyokong.

e. Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek
dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan
tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.
f. Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya
pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik
Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan
Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .
Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang
berlainan seperti tangan, siku , dan kaki.

g. Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik
tengah yang tetap

h. Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan

Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai
Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada
Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain
Hayun dengan bergayut pada palang
Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan
Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan
ke kiri dan ke kanan

i. Rebah
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .Rebah mungkin
merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag
tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara
keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa
berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah
keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar
menyokong baru didapati.
j. Bangun
Aktiviti bangun, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang
stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.
Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangun
Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga
bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang
disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi
pergerakan-pergerakan di atas:
Merangkak-membongkok + berjalan.
Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan
atau berlari.
Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.


CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF
Antara ciri-ciri pergerakan kreatif adalah :
Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha,
bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas
perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson 1982)
Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat
semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman
dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi
mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan
(Combest,1975; Dimondstein, 1983).
Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan
mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan
persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang
terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh
jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976)
Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak
secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini.
Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi
aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada
pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk
memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar
intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob 1986)
Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi
mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan
hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983)
Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi,
menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh,
pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap
hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal,
daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

3.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF
Pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta
mempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964), sangat
memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif. Objektif yang
disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untuk mempertingkatkan
kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan
kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Nilai-nilai positif yang akan
diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah berbeza kerana bergantung
dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktiviti ini. Melalui pergerakan kreatif murid-
murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat sekiranya dilaksanakan
dengan teratur dan sistematik.

Meningkatkan kecergasan
Pergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak terutamanya
kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalami masalah otot lemah
dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan rasa lebih
gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidak langsung mereka dapat membina
kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaan kanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang
teratur dan senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-
kanak menjamin kesihatan dan tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu
kecergasan kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan
dan kecergasan berat badan.
Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh seseorang
untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan memberi implikasi
terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani kehidupan secara efektif atau tidak.
Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepada aspek-aspek fizikal,
mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponen dalam konsep kecergasan
yang merupakan perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Latihan jasmani yang kerap
dilakukan dapat mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan
salah satu faktor penting dalam mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat
membantu kanak-kanak mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian
dalam tubuh yang berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini
kerana aktiviti yang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang
besar serta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di samping
membina semula tulang-tulang.

Alat teraputik
Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan
mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan efektif
dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika
merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-kanak. Pergerakan kreatif mempunyai
nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebut untuk di jadikan
pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-
kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yang lebih positif dengan melakukan
pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan dalaman yang mereka miliki untuk
melakukan sesuatu pergerakan. Kanak-kanak juga mampu untuk memikirkan pergerakan yang
bagaimana mereka ingin lakukan melalui penyelesaian masalah dengan memupuk interaksi
sosial yang positif dengan membekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka
meneroka dan mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan
mempelbagaikan pergerakan melalui pengalaman estetika.
Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri,
mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui cabaran dan
kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu merangkumi
kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, yang
seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan,
sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional. Pergerakan kreatif
sangat penting untuk memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui
interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan
mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin.
Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan
sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan memperkukuhkan
pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak kesan terhadap tubuh
badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ), lompat seperti kuda,
meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sangat menarik
terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah daya koordinasinya.

Sosialisasi
Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rassa
saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran yang di berikan
dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti pergerakan kreatif merupakan
perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian. Kana-kanak sangat sesuai
melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk bergaul dengan orang lain,
menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Penting bagi setiap kanak-kanak untuk
mempelajari cara untuk menjadikan mereka di terima dari segi sosial untuk memudahkan aktiviti
mereka. Melakukan aktiviti dalam kumpulan dapat mempertingkatkan tahap sosial kanak-
kanak dan menyesuaikan diri mereka untuk meneroka dan memahami konsep memimpin dan
mengikut.
Fokus konsep sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan
menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, tatatertib,
sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dan kempimpinan yang
unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat melakukan aktiviti
dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat yang positif, meningkatkan
keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk personaliti diri.

Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan
dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini dapat
diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif dalam diri
mereka. Hal ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan hiperaktif kanak-kanak kerana
pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yang semulajadi.
Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran
yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan
masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Kanak-
kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupi untuk membina personality
mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan aktiviti, tekanan yang
mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk di kawal.
Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya bukan
untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat diredakan namun
tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk disalurkan kepada jenis
aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang dilakukan. Melalui pergerakan
kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka,
melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka
terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan kreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk
melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti
pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak
memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

Kemahiran bertutur
Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar
lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan. Dengan
aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bertutur dan
kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu untuk menyebut perkataan dengan
betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan sebaliknya dengan aktiviti
pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapat membantu memperbaiki pertuturan
kanak-kanak tersebut.
Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan
mereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka akan beranggapan
menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan lebih terhibur dan
menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanak-kanak, aktiviti ini sangat membantu untuk
mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutan kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian
memerlukan sebutan yang betul dan jelas mengikut rentak dan irama serta disampaikan
tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-
kanak memperbaiki pertuturan mereka.

Meningkat kreativiti
Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak.
Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti
mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk mencurahkan
tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti
mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal dan kecenderungan
terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativiti merupakan proses yang boleh
digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan
pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, dapat memberi
pengalaman yang lebih bermakna kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti mereka
melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukan idea
mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativiti melambangkan bakat
semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di bilik darjah yang bersifat
mengongkong . menggunakan pendekatan pergerakan kreatif merupakan aktiviti semulajadi
dan menyeronokkan kanak-kanak untuk di jadikan pengalaman mereka.
Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak,
perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakan kreatif
akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan pergerakan kreatif
akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasa dihormati dalam kalangan
mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untuk berfikir yang memerlukan saluran
untuk meluahkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian yang
mereka lalui.

4.0 CADANGAN AKTIVITI

Tarian
Definisi tarian dan pendapat tokoh
Tarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk
mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian
mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari
ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang
lain.
Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliau mendefinisikan
seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui
gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun
tarian yang dipengaruhi oleh unsure-unsur moden. Seni tari boleh di kategorikan kepada :
a) Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang di persembahkan pada waktu perkahwinan,
pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya, tarian ini termasuklah tarian seperti tarian siti
panyung, mak inang, asyik, gamelan dan sebagainya.
b) Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya.
c) Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang, tarian labi-
labi, tarian berdayung dan sebagainya.
Tarian kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap
pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi
pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-
kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk
memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati
kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai
untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

Kepentingan tarian kepada kanak-kanak
i. Aspek kognitif
ii. Aspek fizikal
Membantu mengembangkan psikomotor kanak-kanak ke tahap yang maksimun dan baik
ii i. Aspek sosial dan emosi
iv. Aspek psikomotor

Drama
Definisi drama
Drama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu
perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang penting
sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau
mengekspresi diri mereka.
Ekspresi dalam drama
Kanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti. Drama
merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah melahirkan luahan daripada
hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah, takut dan benci.
Jenis-jenis drama
a) Improvisasi
merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian, keadaan atau situasi
dalam kehidupan harian.pergerakkan yang terlibat termasuklah gerak balas, isyarat tangan,
gerakkan badan, mimic muka dan isyarat-isyarat lain.
b) Pantomin
merupakan lakonan tanpa dialog. Skrip di baca oleh kanak-kanak dan mengiringi lakonan
tersebut. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpa memikirkan
masalah untuk menghafal dialog.
c) Memos
memos merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan tanpa bahasa
atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui mimik muka dan pergerakkan
badan.
d) Main peranan
aktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Pemain atau
pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian melakokannya mengikut
situasi tersebut.
e) Simulasi
melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik. Kanak-kanak di
kehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan.
f) Teater membaca
melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog. Terdapat dua cara
untuk menjalankan aktiviti ini iaitu :
penceritan berada dalam kelompok cerita :
- pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknya dibaca.
Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
pencerita diluar kelompok cerita :
- pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakon akan
bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai
wataknya dibaca oleh pencerita tersebut.
g) Teater boneka
Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan boneka begitu
serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagi berfikiran animism dan
sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa
terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat
diperkenalkan kepada kanak-kanak. Perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman
belajar yang sangat seronok kepada diri kanak-kanak.
Cadangan Aktiviti :

Tahap
/Tahun

Perkembangan
Psikomotor
Cadangan aktiviti
Tarian Drama Muzik

3 4

Menggerakkan bahu
dan tangan
mengikut irama.
Seronok bertepuk
tangan tetapi
dengan bimbingan.

Pergerakan
yang mudah
Cth : rasa
sayang hey

Lakonan yang
spontan dan
semulajadi yang
dilakukan oleh
kanak-kanak
setelah diminta
oleh ibu bapa.


Muzik yang
harmoni dan
tenang serta
penggunaan
bahasa yang
mudah dalam
lirik.
Cth : rasa
sayang hey.


5 6

Boleh melompat dan
menari
Melukis gambar
manusia 2 dimensi
tetapi berbentuk
realistik

Pergerakan
yang bertema.
Cth: tarian
kontemporori,
nirmala, balqis.

Lakonan yang
berkaitan dengan
alam semulajadi.
Cth : arnab dan
kura-kura.

Muzik yang
bertema.
Nilai murni
Lirik lagu yang
menggunakan
bahasa yang
mudah.
Cth : Tanya
sama pokok.


7 8

Boleh menggunakan
kombinasi tangan
dan kai dengan baik
dalam melakukan
pergerakan dalam
tarian .
Mencari teman

Pergerakan
tarian yang
konkrit.
Cth : tarian
zapin, tarian sri
inang.

Lakonan yang
konkrit dan
bertema serta
mempunyai
pengajaran dan
nilai estetika yang
tinggi.

Muzik yang
bertema dan
rancak.
Cth : nasyid,
tradisional,
muzik jazz, dll.











5.0



















5.0 IMPLIKASI PERGERAKAN KREATIF TERHADAP 4 PERKEMBANGAN
secara aktif.

Cth: Puteri
Gunung Ledang,
snow white.
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal
anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Pergerakan ini memberi
imlikasi terhadap keempat-empat perkembangan iaitu perkembangan kognitif, psikomotor,
afektif (sosial dan emosi) secara lansung mahupun tidak langsung.

Perkembangan Psikomotor
Perkembangan psikomotor merupakan perkembangan kemahiran dan kebolehan otot
fizikal. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Terdapat tiga
komponen utama perkembangan psikomotor yang dikemukan oleh Taksonomi Jewett dan
diantaranya adalah pergerakan kreatif. Gabungan pergerakan yang dilahirkan melalui perasaan
dan idea yang bernas ini dapat di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah khususnya. Hal ini kerana, jika kita melihat dari konteks perkembangan psikomotor
aktiviti seperti tarian dan drama dapat membantu pembentukan perkembangan psikomotor
secara langsung melalui aktiviti tersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi
peringkat kanak-kanak yang berusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan
serta kaki yang cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula
mampu menjana perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegang
ketika sedang menari. Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guru agar
dapat membantu kelancaran perkembangan psikomotor, selain itu, aktiviti seperti ini juga, dapat
mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-kanak adalah mereka
seronok bermain, menyanyi dan menari.

Perkembangan Kognitif
Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan
masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaan penggunaan dalam
perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan
pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalm konteks perkembangan ini, kita dapat
lihat bahawa pergerakan kreatif memberi sumbangan dalam perkembangan kognitif ia dapat
dilihat dalam persembahan yang mereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun muzik.
Aktiviti seperti ini memerlukan ingatan yang kuat seperti drama, memerlukan kanak-kanak untuk
menghafal skrip begitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak memahami serta menghafal
lirik lagu manakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak mengingati estiap langkah dalam
tarian yang diperlajari mahupun yang bakal dipersembahkan. Selain itu, pergerakan kreatif juga
mencetuskan idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan
menggunakan tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti ini dapat melahirkan
kanak-kanak yang mampu berfikiran kritis serta memberikan pengalaman kepada pelajar
bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta dapat menonjolkan bakat kepimpinan kanak-
kanak berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan.

Perkembangan Afektif ( Sosial dan Emosi )
Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasi
bersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untuk berkomunikasi
bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanak yang duduk bersendirian
tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkuti oleh mereka. Menurut Coplan et al
(1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidak berinteraksi sosial dan kurang berhubung
dengan orang lain, walaupun terdapat orang yang bermain berdekatan dengan mereka,
manakala Pan (1994) mengatakan bahawa, dengan peningkatan umur mereka akan belajar
berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk permainan. Teori-teori tersebut
jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti
yang mampu memberangsangkan mereka untuk bersosialisasi disamping dapat memberi
keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif
merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yang menarik
seperti tarian, drama dan muzik.
Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti tarian,
drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat kerjasama diantara
pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini. Ketika ini, guru perlu
bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan pendekatan berkumpulan
dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yang memerlukan kerjasama daripada ahli
kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan yang serentak, sama dan menarik minat
penonton. Aspek emosi juga turut menerima impaknya, ia dapat dilihat daripada pengamatan
dan penghayatan pelajar dalam menjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik
merupakan antara aktiviti yang menjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak, ia dapat
ditunjukkan ketika kanak-kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan
penghayatan terhadap watak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini
dapat diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga,
tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-
kanak.

6.0 KESIMPULAN
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan
daya jreativiti untuk melahirkan insane yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan
ini bertujuan untuk meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanak berkaitan ritma, kreativiti,
kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang dapat dipupuk dan
diterapkan dariapada aktiviti yang memerlukan pergerakan kreatif ini iaitu seperti
mepertajamkan imaginasi dan sensitivity, mengurangkan ketegangan emosi, membentuk
personality dengan sifat jaya diri dan insiatif dan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman
yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Tuntasnya, pergerakan
kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif
dan Afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh
guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta
dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu,
pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam
menjana perkembagan kehidupan yang sempurna.

7.0 Bibliografi

Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes. Psychological Modelling?
Chichago. Alsine-Asherton

Koehler, M & kravets, D. (1977). Social psychology: understanding human
interactions (Edisi 2). Boston

Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur Flo
Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.




PERGERAKAN KREATIF UNTUK PELAJAR IPGKKB
Mohd.Yazid Bin Deraman.SMK
mydyazid@g.mail.com.
Pengenalan
Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir
pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga dengan
perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti dengan
perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun
perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah
pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat,
berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak
dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert
havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui
persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya
secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang
kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah
mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini
sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanak-
kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung
dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir.
Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan
bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat jenis
pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu
pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan
dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan skip.pergerakan non
lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada ataupun berdiri di satu
tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak
memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada
bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya
kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga
adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang
paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis ini perlu diselaraskan dengan detik
muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian,
pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka
yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.

2.0 Pergerakan kreatif
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan
fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak
tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan
masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah
pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu
meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari.
Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam
kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas,
permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran.
Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor kasar
dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh
pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala digabungkan ilhamnya atau
diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu
diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-bawah,
kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan masa
(cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara
pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik
3.0 Ciri-ciri pergerakan kreatif
Antara ciri-ciri yang dapat lihat dalam pergerkan kreatif ialah membentuk personaliti
unggul. Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan pergerakan kreatif, ianya dapat
membentuk personaliti yang unggul seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai,
berkeyakinan, berdisiplin dan lain-lain lagi. Ciri seperti ini dapat diketengahkan dalam
melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Ciri-ciri yang kedua adalah keriangan belajar. Ianya dapat
dilihat apabila sesuatu aktiviti dijalankan. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam
aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara mereka dalam
melaksanakan aktiviti tersebut. Kita dapat kanak-kanak bebas bergerak mengikut kreativiti
masing-masing.
Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak
berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif
dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh dengan
mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek
kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Yang
terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera.
Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus.
Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif
5.1 Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan
berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong
perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam
persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan
ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang
menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor
ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling
hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
5.2 Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga
disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan
bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan
lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih
tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak
mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor
ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik
setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.
5.3 Manipulasi Alatan
Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang
betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota
badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan
merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.
Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya
tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.
Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola sambil
berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan reben
dan memusingkan gelung dengan tangan.
Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam
pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan
menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti
kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan
keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi mereka
mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan terangsang
dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula mereka diberi
kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga
elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan
dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.



4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif
Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban,
aliran dan irama.
Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang am,
ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak telus. Untuk ruang diri
adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun
kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-dua
bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung dan dinding.
Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap tengah
ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai
adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang melibatkan
aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.
Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya
depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh
mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang
melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan berbentuk
ular atau berjalan berbentuk zigzag.
Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan tentang
bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh anggota
badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu keseluruhan
tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah menyatakan
bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan keseluruhan tubuh
badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang
dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan
bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh dijalankan secara
bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan
berhenti mengikut rangsangan yang diberikan misalnya, muzik.
Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan
dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh badannya untuk
membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan menggunakan anggota bahagian
tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti
kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah
dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum
melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya, pergerakan
merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti adalah tangan,
tapak tangan dan lutut.
Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa adalah saling
berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya bentuk
pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau lambat
tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang kanak-
kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan
dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi seperti seekor
burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa pergerakan tersebut adalah
lambat.
Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah berkaitan
tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang
otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-
ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat- kuat,
seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak
lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan seluruh
kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah seseorang
budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan berasa bahawa
badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam air.
Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu
elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak yang
sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas
udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah
pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan adalah
berada dalam keadaan seimbang.
Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan
elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik tetapi
ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, perkataan
juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti
berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama
perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil
menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung
dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini dilakukan sehingga habis dalam
satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dengan berirama untuk menyebut
nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat
mengikut irama yang betul.
6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif
6.1 Drama
Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh
Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan salah satu cara
untuk mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun
kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka
boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze,
bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan
pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula
memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif
yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.
Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan
kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan
ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula
merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui
apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang
dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan
mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti
perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah
dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di
dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari
dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk
mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.
6.2 Muzik
Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik
iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini
menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan
ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan
yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam
aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid
mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya,
aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik
malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak.
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam
budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan
pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen
jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan
Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi
dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai
Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif,
dan Kemahiran Belajar

6.3 Tarian
Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri
terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai
kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang
melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian.
Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam
tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari
sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri
berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang
dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh,
kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada
orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur
keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota
tubuh badan yang lain.
0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif
Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-kanak
melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat
mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.
Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan mereka
lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada
pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu
juga, pergerakan kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri.
Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan
seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan,
keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi,menghormati
orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikar
8.0 Garis panduan mengajar aspek pergerakan.
Sediakan ruangan bagi aktiviti pergerakan. Jika ruangan kelas terlalu sempit, maka
adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti menepuk tangan, memetik
jari dan menghentak kaki.
Beri peluang mereka meluahkan idea-idea muzik melalui pergerakan. Walau
bagaimanapun guru perlu memberi panduan pergerakan yang perlu diikuti agar aktiviti tidak
menjadi kelam kabut. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik
yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat meransang lagi kanak-kanak
bergerak bersama muzik. Sebagai contoh lagu ikan kekek.
Penutup

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk penyataan kendiri yang unit. Dengan lain perkataan
setiap peserta mengggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran, idea atau
perasaannya. Komponem-komponem peergerakan kreatif terdiri daripada badan, runag, masa
dan daya adalah asas untuk menghuraikan pergerakan dalam pergerakan kreatif. Pergerakan
kreatif merupakan bentuk penyataan kendiri yang unit dan membolehkan setiap pelajar memilih
pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk melahir pemikiran idea atau perasaan

Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar dalam memperkembangan potensi
kreatif mereka.Peranan guru dalam pergerakan kreatif ialah untuk membimbing pelajar dan
membantu pelajar dalam pelbagai pengalaman pergerakan. Dalam pergerakan kreatif guru tidak
mengajar sebarang gerak langkah untuk dihafalkan tetapi dalam peregerakan kreatif guru
membantu dan membimbing pelajar meneroka berbagai-bagai jenis pergerakan dalam pelbagai
cara yang kreatif. Guru tidak memerlukan latihan yang khusus untuk melaksanakan pengajaran
pergerakan kreatif, apa yang diperlukan semnagat yang cekal.keberanian, dan sikap yang positif
dan initiatif dalam pengajaran pergerakan kreatif. Peranan guru membimbing pelajar meneroka,
mencuba dan menemui cara bergerak berdasarkan pergerakan pelajar sebagai sifat semulajadi
mereka.



::: Pergerakan Kreatif :::
PENGENALAN

Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan
kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan
sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup
angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan rnengangkat kedua-dua belah tangan
sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan
pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman
tentang konsep pergerakan.


PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan
daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan
kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria
yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh
dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya
pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut
menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan
berunsurkanpertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi
dan penilaian kendiri.
Terdapat empat unsure utama dalam pergerakan kreatif. Kesemua unsur yang dinyatakan
ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah:
Tubuh badan
Ruang
Masa
Daya


OBJEKTIF

Objektif pergerakan kreatif adalah untuk:
Meningkatkan prestasi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti,
kebebasan dan pengucapan.
Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk
mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan.
Supaya pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar.
Pelajar dapat berkomunikasi melalui pergerakan.
Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan
pemikiran, idea atau perasaan.

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia
ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan


TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

1. Kesedaran Tubuh Badan
Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan diberi kepada pergerakan bahagian-
bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau
perasaan.

(a) Keseluruhan Tubuh Badan
Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan
tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal.
Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan.
Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal.
Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang
diberi, misalnya muzik.

(b) Bahagian Tubuh Badan
Pergerakan ini dapat dilakukan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.
Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima
berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan
perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan
mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti kucing
berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut.
Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan
seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.


2. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa
Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan
membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan mereka
melalui pergerakan.

(a) Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya
beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat
kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung akan
sukar untuk berdiri iika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikuk
benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan
contohnya menyelam.

Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan
dan berat kuat kepada pergerakan yang dilakukan

(b)Masa
Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak
dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya
pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan
tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah
membayangkan cara burung terbang tinggi.



3. Kesedaran Ruang

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang
ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah dalam menontonkan sesuatu
pergerakan.

(a) Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan
ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan
untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat.
Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan
penggunaan arah.

(b) Arah
Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi,
ke atas dan ke bawah. Contohnva dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat
dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut.
Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan menggunakan peta.

Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi,
ke atas dan ke bawah.


4. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan
menggunakan ruang dan masa

(a) Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam
melakukan gerakan.
Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

Aliran bebas
Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di udara
dan sukar diberhentikan.

Aliran terikat
Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah
berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang.


(b) Ruang

Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran
tenang cara menggunakan ruang untuk melakukan pergerakan. Daya cipta kreatif dapat
dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan
ruang terus dan ruang tidak terus.
Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam klingkungan
kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan
menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag.
Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang digunakan secara tidak langsung
digunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas
berbanding ruang terus.


5. Penyesuaian terhadap rakan

Penyesuaian terhadap rakan ialah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau
berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dala
kemahiran ini ialah:
Kerja Berkumpulan
Dalam kerja berkumpulan, penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu
dilakukan leh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti
yang berikut:
Ketua dengan pengikut
Kumpulan bekerjasama
Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan
Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara
penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan
rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian
badan dengan bahagian badan yang lain.


6. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan
tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.

(a) Lompatan Asas
Tedapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan
tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari
bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesedaran yang berbeza.

(b) Bentuk Tubuh Badan
Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk
badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang
sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan
regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti
panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

(c) Gaya Isyarat
Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong
beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan disokong oleh
kedua belah kaki.


7. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan

Salah satu ritma yang terkenal dalam pergerakan kreatif ialah ritma yang berkaitan dengan
pekerjaan. Setiap pelbagai bidan pekerjaan sama ada dalam industry pertanian,
perkhidmatan atau perindstrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan
sebagai rangsangan pergerakan. Antara cirri untuk mengenalpasti lakuan pergerakan yang
berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut;
Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat
Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan
Peralihan antara dua pergerakan
Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan


Kesedaran kumpulan
Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama kumpulan sebagai satu unit yang
menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai
peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk
membentuk pergerakan.
Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau
pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan
akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan
pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.


DEFINISI PERGERAKAN

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh
seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan
berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan
seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar.
Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas
harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya
menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik ,
pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan
kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang
aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan
menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh itu
respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran
pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak
boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.



TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam
diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama
yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive
kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara
alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang
mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas
atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik
muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh
menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada
bunyi atau muzik.

Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai
alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai
mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna
suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi
dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk
menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-
beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi
instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan
komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan muzik ini.

Kecerdasan Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan
sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi
pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan
aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan
lain-lain.

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi
antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal
untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk
baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan
keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi
dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah
tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan
seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan
olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat
kecerdasan kinestetik yang tinggi.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal
pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri
otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah
yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan
berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja
dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat
yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang
berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka
suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka
mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini
adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan
akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang
mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan
Matematik dan Sains.

Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita
untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai
berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek
dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh
seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah
tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner,
cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya
sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal.


PENDEKATAN DALCROZE

Pengenalan

Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang
pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep-
konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk.
Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan
improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui
gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan
manusia merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-
konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan
dan gabungan daripada 3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang
kreatif ini.

Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas, namun
kaedah ini masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah pendidikan yang
terkandungdalam kaedah ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid, member peluang kepada murid-murid untuk memperoleh
pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan sejajar dengan teori pendidikan kini.

Falsafah, Konsep dan Teknik

Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau mendapati
bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi terhadap muzik
yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan teknik permainan alat
muzik. Malah mereka mempunyai masalah dalam memainkan irama yang ringkas,
mengalami masalah ketepatan pic dan intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu
pendekatan untuk member pendidikan muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar
muzik.

Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik
selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan
cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori
muzik di ajar secara atas kertas. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik
dan kanak-kanak tidak dapat mendengar bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini.
Beliau percaya bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak
dapat dikaitkan apa yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen
penting dalam kaedah Dalcroze.

Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan
pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakn. Pembelajara
muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja.
Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang
mencukupi dan telah menguasai konsep-konsep muzik dalam aspek pendengaran dan
persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak tehadap
konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin
kanak-kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan berkesan. Prosese
pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila
kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.

3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan
improvisasi. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan keran
Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik
seperti irama adalah melalui gerakan.

Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak
terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon
badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa semua
elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan.
Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat
muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemen-
elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat
ditunjukkan melalui gerakan badan.

Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan
menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat
ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis
dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat
dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun,
merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu
bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan,
merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.

Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran
secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze
berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic
dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti
ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system Do Tetap di mana do yang digunakan
adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan
supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic.
Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan
Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan
menggunaka piano dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam
kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang
aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan
kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah
dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan,
nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat
ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui
improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh
manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan
aktiviti susulan yang berkesan.


TAHAP ASAS AWAL MUZIK DAN GERAKAN PERKEMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Sebelum anda mula memikirkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan gerakan
dan pengalaman muzik bagi anak-anak, penting untuk memahami dasat atau tahap awal
perkembangan muzik peringkat kebangsaan. Mendengarkan dan bergerak mengikut music,
menyanyi dan bermain alat muzik memberikan gambaran deskriptif perkembangan muzik
bermula lahir hingga 5 tahun yang telah digariskan oleh Music Educators National
Conference (MENC) menyatakan mengenai pembelajaran muzik untuk kanak-kanak.

Peringkat Kebangsaan untuk Pendidikan Muzik

Taman Kanak-kanak (2-4 tahun)

Perkembangan muzik amat penting kepada anak-anak sebelum di hantar ke taman kanak-
kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran muzik untuk membesar. Dengan
meningkatnya jumlah tempat perjagaan anak, penjagaan anak sekolah, dan program-
program intervensi awal untuk kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak berisiko tinggi
menunjukkan bahawa maklumat tentang keperluan muzik bayi dan anak-anak perlu
disediakan dan juga peringkat-peringkat muzik patut ditetapkan untuk pembelajaran muzik
anak-anak.

MENC menyatakan:

1.Semua kanak-kanak mempunyai potensi muzik.
2.Anak-anak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan dalam
mempelajari muzik
3.Anak-anak yang masih kecil mampu mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis
melalui idea-idea muzik.
4.Anak-anak yang belajar muzik sejak awal dari pelbagai latar belakang.
5.Anak-anak perlu pengalaman sebagai contoh dari bunyi muzik, aktiviti dan bahan-bahan.
6.Anak-anak tidak boleh dibebani dengan keperluan untuk memenuhi matlamat prestasi.
7.Bermain adalah aktiviti anak-anak.
8.Anak-anak belajar dengan baik dalam persekitaran fizikal dan social
9.Persekitaran pembelajaran yang pelbagai amat diperlikan untuk memenuhi
perkembangan anak-anak.
10.Anak-anak memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan.


BERGERAK MENGIKUT MUZIK

Umur Perkembangan

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula:
bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza
terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika
muzik dimainkan.

4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:
bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula
menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala
atau wajah kearah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik:
bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih
suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya
terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan
apabila mendengar muzik yang disukainya.

18 bulan 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat:
bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula
mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang
paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV
atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga
memainkan alat muzik.

2 - 3 tahun Mula menari:
kanak-kanak bertatih berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut,
berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih
suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Dia menunjukkan
peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam
permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia boleh berbaring atau duduk dengan tenang
dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat:
pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu
beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka
mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan
dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama,
walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat penting baginya untuk mengekspresikan dan
mengkomunikasikan idea dan emosi untuk mengembangkan kemahiran bahasa.

4 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik:
anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat
menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap pendengaran aktif.
Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.

5 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula:
meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan pergerakan
yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Dia mula boleh
melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat,
melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Dia juga
mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.


MENYANYI

Peringkat umur

Lahir 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah muzik:
Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan
perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara
berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik,
kumuran, jeritan dan mula bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti ba-ba-
ba.

6 18 bulan Bercakap bukan-bukan makin meningkat, memuat karakteristik muzikal lebih
jelas:
ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti
kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin
meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi
mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.
18 bulan 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu
seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak
yang mudah diingat, menggunaka suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia
mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu
biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.

3 - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula:
sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara
spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu
mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

4 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat:
anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan
irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu
untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan
menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga
dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan
meningkat:
Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK

Peringkat umur

6 9 bulan

Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan
bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah
tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan,
tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan
bunyi.

18 bulan 2 tahun

Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat
anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-
peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

2- 3 tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan
minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat
membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas.
Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri
dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.

4- 5 tahun

Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak
boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai
irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.



ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK

Membuat muzik dengan memainkan alat muzik boleh menjadi salah satu bahagian yang
paling menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak bergerak balas terhadap alat
muzik, dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu,
drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain. Alat irama, yang nyata adalah alat muzik,
banyak memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk fokus pada eksplorasi kreatif.
Setiap alat berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh dimainkan dengan
pelbagai cara yang menarik.

Alat muzik

Segitiga (tringles)
-Yang bergantung pada seutas tali dengan bebas. Ia mengetuk dengan lembut. Segitiga ini
menghasilkan bunyi yang indah.
Claves

-claves yang tebal dan sempurna diperbuat daripada kayu keras. Letakkan satu clave di
telapak tangan anda dan lagakan dengan clave lain.
Irama kayu(rhythm sticks)

-dimainkan secara berpasangan. Ia boleh menjadi halus atau bergerigi. Dimainkan dengan
memegang satu irama kayu dan memukul dengan yang lain, atau menggosokan sepanjang
kayu tersebut.
Blok kayu ( wood blocks)

-kecil, blok kayu yang berongga menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk blok kayu ringan
dengan kayu atau penukul getah keras.
Maracas

-dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan dipenuhi dengan biji atau batu kerikil.
Goyang dengan perlahan, mengikut jeda untuk menghasilkan irama.
Gendang (dram)

-menghasilkan pelbagai jenis bunyi, bergantung pada bagaimana ia dimainkan. Gendang
boleh dimainkan dengan jari, tangan, atau buku jari atau dengan paluan. Bunyi gendang
terbaik ketika dipukul dengan sentuhan melenting cepat sehingga kulit di atas gendering
boleh bergaung.
Jingle bells

-dipasang pada plastik atau kain dan boleh digoncang dengan tangan atau diikat pada
pergelangan kaki atau pergelangan tangan.
Rebana (tambourines)

-kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu atau
plastic dengan plastic atau kulit gendering dan set kecil alat bunyian yang diletakkan
disekeliling rebana. Anda boleh mengetok dengan tangan atau jari, menggoncang rebana
atau mengabungkan kedua-dua tindakan tersebut.


BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

Bahan Cara menggunakan

Syal/ selendang (scarves)

-berikan syal yang ringan kepada kanak-kanak, berwarna warni supaya syal tersebut dapat
bergerak ke atas dan ke bawah dan juga di sekeliling tubuh badan mereka. Selain itu, juga
boleh menggerak-gerakkan selendang bolak-balik dengan cepat, melambai-lambai
berulang-ulang mengikut irama. Kanak-kanak juga boleh berputar dalam lingkungan syal,
mencampakkan syal dan menagkapnya. Guru perlu membimbing kanak-kanak supaya
menggunakan syal dengan cara pergerakan yang sesuai mengikut muzik. Mereka akan
bergerak bebas di persekitaran untuk melakukan aktiviti ini.
Pita (streamers)

-untuk nampak lebih menarik, kanak-kanak boleh menggunakan pita yang panjang. Ia akan
bergerak dan bergoyang mengikut pergerakan yang dilakukan. Apabila di letakkan di
lantai.
Gelung (hoops)


Beanbags

-Anda boleh menempatkan beberapa bulatan di lantai dan membiarkan anak-anak
mempelajari pelbagai cara untuk bergerak di dalam lingkaran, dalam dan keluar daripada
lingkaran, dan di luar gelung tersebut. Dorong anak anda untuk bereksperimen dengan
memasukkan sebahagian tubuh mereka di dalam lingkaran dan sebahagian tubuh lain di
luar. Misalnya, meminta anak-anak, "anda boleh meletakkan kedua kaki di dalam lingkaran
dan membiarkan tangan anda berjalan-jalan di luar lingkaran itu?" Mereka juga boleh
menggunakan gelung untuk melompat dengan menggangap gelung tersebut sebagai tali
untuk melatih kemahiran melompat.

Berikan beanbag kepada setiap kanak-kanak(mempunyai pelbagai warna dan bentuk yang
berlainan). Guru atau ibu bapa perlu menunjukkan pergerakan supaya mereka dapat
mengikuti: meletakkan beanbag di kepala anda, dan berjalan mengelilingi bilik tanpa
membiarkannya jatuh. Letakkan beanbag di bahu, lengan, siku, kaki anda. Letakkan di
belakang, dan merangkak di sekitar bilik. Meletakkannya di lantai, dan melompat di
atasnya. Duduk di beanbag anda. Roll atas bantal. Melemparkannya ke udara, dan
menangkapnya dengan kedua tangannya. Menggabungkan kegiatan beanbag dengan pita.


Terima kasih Meu Chui kerana sudi membantu. Harap dapat juga kirimkan salam kepada Pn. Vanitha. (16 Jun adalah
tutorial pertama ke?)
Tentang jadual latihan, Meu Chui dan rakan-rakan boleh rujuk kepada modul HBPE1203 Kecergasan Fizikal Topik 5
untuk dapatkan garis panduan. Saya tidak sediakan sample kerana ini tidak menggalakkan kreativiti masing-masing.
Sila rujuk kepada ciri-ciri dalam rubrik semasa menyediakan jadual latihan. Masukkan butiran seperti:
data latihan (cth: tarikh & tempoh latihan dan pertandingan, bil. murid, bil. jam...)
jadual untuk 8 minggu (cth: M1(tarikh__hingga__: membincang & mereka cipta jalan cerita bersama
murid, prop, kostum, watak...,M2: melatih tema 1...,M3: mencari muzik dan sound effect...M4: latihan
luahan perasaan, mimik muka, tema5...) - fikirkan aktiviti-aktiviti yang menuju ke penghasilan persembahan
bersama murid.
objektif (berdasarkan jadual setiap minggu,cth: mereka cipta...)
jenis latihan (solo? berpasangan? berkumpulan? bertema? Kait dengan aktiviti dan objektif). Contoh
latihan dalam HBPE1203 seperti latihan jeda, fartlek, latihan beban dan sebagainya leibh sesuai untuk
kecergasan fizikal, kurang sesuai untuk persembahan pergerakan kreatif, tetapi masih boleh masukkan ke
dalam jadual pada permulaan aktiviti untuk meningkatkan komponen kecergasan yang diperlukan semasa
latihan pergerakan kreatif, seperti daya tahan kardiovaskular (diperlukan untuk tempoh latihan yang sama,
cth: 2 jam selama 3 x seminggu, latihan regangan untuk meningkatkan kelenturan, latihan beban untuk
kekuatan otot yang diperlukan dalam tarian singa...)
format tersusun (cth: dalam bentuk grafik seperti jadual, mind-map, ada ruang untuk catatan...)
Sila rujuk semula kepada draf tugasan Meu Chui yang telah saya semak. Sila nyatakan bahagian yang Meu Chui
masih tidak jelas, diserta dengan contoh, agar dapat saya bimbing bahagian yang berkenaan dengan lebih spesifik.
Meu Chui juga boleh membincang dengan rakan dan tutor bersemuka semasa tutorial nanti, untuk dapatkan
pandangan mereka, dan berkongsi dalam forum ini nanti. GOOD LUCK!


Konsep pergerakan yang terlibat dalam pergerakan kreatif:

Ruang (menanya soalan "ke mana")
1. Lokasi : ruang diri, ruang am, ruang kosong
2. Saiz : besar, sederhana, kecil
3. Aras : tinggi, sederhana, rendah
4. Arah : depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, ikut arah jam, ikut arah jam
5. Laluan : melengkung, lurus, zigzag, spiral...
Masa (menanya soalan "bagaimana")
6. Kelajuan : cepat, sederhana, perlahan
7. Ritma : denyutan nadi, pola, pernafasan
Daya (menanya soalan "bagaimana")
8. Tenaga : tepat & serta merta, licin, bergoyang, beralun
9. Beban : kuat, ringan, berat, aktif, pasif
10. Aliran : bebas, terikat
Badan (menanya soalan "apa" dan "dengan siapa/ apa")
11. Anggota badan : kepala, leher, bahu, lengan, siku, jari, pinggul, perut, kaki, lutut, tumit, dll.
12. Hubungan : (dengan objek/ orang) atas, bawah, mengelilingi, melalui, di sisi, di antara, ke dalam, ke luar,
bersama, berpisah, di depan, di belakang
13. Bentuk : melengkung, lurus, tajam, bersudut, terpulas, simetri, tidak simetri
14. Imbangan : hilang imbangan, atas imbangan
Soalan 3W 1H tersebut (Where, What, With whom/with what + How) juga termasuk dalam tema 1-8 dalam
pergerakan kreatif.
Sekiranya masih keliru atau tidak faham dengan penggunaan konsep pergerakan tersebut, kemukakanlah sebarang
soalan di dalam forum ini.
SELAMAT MENCUBA DAN MENEROKA...

Anda mungkin juga menyukai