Anda di halaman 1dari 26

TEORI PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan Kepada Teori Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan


pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan
kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada
sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya
upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa
kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang
disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan
kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan
pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Pembelajaran juga bole ditakrifkan sebagai perubahan tingkah
laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang
diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak
seseorang individu untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akan
digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan. Selain definisi di atas,
pembelajaran juga boleh difahami sebagai suatu proses yang menghasilkan
tingkah laku seseorang individu, iaitu sebagai suatu reaksi terhadap satu – satu
keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini bukanlah disebabkan oleh
kematangan atau faktor biologi. Pembelajaran juga dikatakan telah berlaku
apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengetahuan yang sedia ada padanya. Dengan membuat perkaitan seperti ini,
dia akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pembelajaran juga
membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai yang baru. Dengan pemerolehan perkara – perkara baru, tingkah laku
seseorang individu itu juga akan turut berubah. Menurut pandangan ahli kognitif,
pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan
perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula

1
berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu
cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis
pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai
sempurna kendiri dan nilai individu. Teori – teoti pembelajaran merujuk kepada
huraian prinsip – prinsip dan hukum – hukum yang terjalin dan saling
bergantung, secara bertujuan untuk mengelaskan pelbagai pemerhatian dan
faktor dalam alam pembelajaran. Pada asasnya,teori – teori pembelajaran boleh
dibahagikan kepada empat mazhab yang utama iaitu Mazhab Behavioris,
Mazhab Kognitif, Mazhab Sosial dan Mazhab Humanis. Empat mazhab ini dapat
diringkasakan sperti dalam rajah 1.1 di bawah

MAZHAB TEORI
PEMBELAJARAN

Behiavioris Kognitif Humanis Sosial

Rajah 1.1 Teori – teori pembelajaran

2
2.0 Teori Pembelajaran Behaviourisme

Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan


adalah teori behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong
Behaviourisme adalah B.F Skinner, Jihn B. Watson dan Edward Thorndike. Ke
empat – epmat tokoh ini amat berminat dengan tingkah laku yang boleh
diperhatikan.Penyelidikan tokoh – tokoh ini tertumpu kepada tingkah laku ini dan
mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan
pemikiran,idea,impian dan imej mental.sebaliknya,tindakan dan pola perlakuan
individu diberi penekanan. Menurut tokoh – tokoh ini, jika kita ingin satu
perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu megukuhkannya
dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau
mengurangkan sesuatu perlakaun, maka kita menghukum atau
menghentikannya ganjarannya. Mengikut model tingkah laku.tingkah laku,I
tingkah laku berteraskan tiga elemen penting iaitu rangsangan (stimulus) yang
bermaksud sebarang bentuk keadaan persekitaran atau benda / objek yang
boleh menyebabkan tindak balas perlakuan berlaku. Elemen yang ke dua ialah
tindak balas, iaitu yang merupakan tingkah laku yang terhasil daripada
kewujudan rangsangan tertentu. Elemen yang terakhir dalam menjadi asas
kepada tingkah laku ialah kesan / akibat iaitu yang bermaksud kejadian (event)
yang terjadi ke atas murid selepas tindakan balas berlaku. Contoh
pengaplikasian model tingkah laku ini adalah seperti fenomena yang terjadi
antara murid A dan murid B.Murid A menampar kepala murid B tanpa
sebab.Contoh ini adalah untuk model rangsangan. Bagi tindak balas pula, murid
B membaling buku kepada murid A dan sebagainya akibatnya, guru menegur
murid tersebut. Ringkasan model tingkah laku ini dapat diringkasakan seperti
jadual 2.1 di bawah.

Rangsangan Tindak balas Akibat

3
Murid A menampar Murid B membaling buku Guru menegur murid
kepala murid B tanpa kepada murid A tersebut
sebab

Jadual 2.0.1 contoh fenomena mengikut model tindak balas

Implikasi behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut


Gardner (2000), dalam merancang pengaajaran sesuatu konsep atau kemahiran,
seseorang guru akan menulis abjektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau
diperhatikan pada akhir pengajaran.
Secara keseluruhannya, mazhab behavioris menganggap pembelajaran sebagai
perubahan tingkah laku (perkaitan ketingkahlakuan). Mazhab ini juga melihat
perhubungan rangsangan – gerak balas yang mengjkaji cara pelajar bertindak
dalam persekitaran luaran. Ia juga melihat perhubungan antara tindakan beljar
dengan rangsangan yang perkukuhkannya. Tingkah laku yang boleh
diperhatikan, diakawal dan diramal.

3.0 Ivan P. Pavlov

4
Beliau dilahirkan di sebuah desa kecil di Rusia tengah. Keluarganya
mengharapkannya menjadi pendeta, sehingga ia bersekolah di kuliahTeologi.
Setelah membaca Charles Darwin, ia menyedari bahwa ia lebih banyak peduli
untuk pencarian ilmiah sehingga ia meninggalkan kuliahnya ke Universitas St.
Petersburg. Di sana ia belajar kimia dan fisiologi, dan menerima gelar doktor
pada 1879. Ia melanjutkan pembelarannya dan memulai sendiri dalam topik
yang menariknya: sistem pencernaan dan peredaran darah. Karyanya terkenal,
dan diiktiraf sebagai ptofeser fisiologi di Akedemi Kedoktoran Rusia. Karya yang
membuat Pavlov memiliki reputasi sebenarnya bermula sebagai penyeledikkan
dalam pencernaan. Ia sedang mencari proses pencernaan pada anjing,
khususnya hubungan timbal balik antara air ludah dan kerja perut. Beliau sedar
kedua hal itu berkaitan dengan refleksi dalam sistem saraf otonom. Tanpa air
liur, perut tidak membawa pesan untuk memulai pencernaan. Pavlov ingin
melihat bahawa rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini, maka ia
membunyikan metronom dan ketika mengadakan eksperimen makanan anjing.
Setelah beberapa saat, anjing itu yang hanya sebelum mengeluarkan liur saat
melihat dan memakan makanannya, akan mulai mengeluarkan air liur saat
metronom itu bersuara, malahan jika makanan tiada. Pada 1903 Pavlov
menerbitkan hasil eksperimennya dan menyebutnya "refleks terkondisi," berbeza
dari refleks halus, seperti. Pavlov menyebut proses pembelajaran ini (sebagai
contoh, saat sistem saraf anjing menghubungkan suara metronom dengan
makanan) "pengkondisian". Ia juga menemukan bahawa refleks terkondisi akan
tertekan bila rangsangan ternyata terlalu sering "salah". Jika metronom bersuara

5
berulang-ulang dan tidak ada makanan, anjing akan berhenti mengeluarkan air
liur.

Pavlov lebih tertarik pada fisiologi psikologi. Ia melihat pada ilmu psikiatri yang
masih baru saat itu sedikit meragukan. Namun ia sungguh-sungguh berpikir
bahawa refleks terkondisi dapat menjelaskan perilaku orang gila. Sebagai
contoh, ia mengusulkan, mereka yang menarik diri dari dunia boleh
menghubungkan semua rangsangan dengan luka atau ancaman yang mungkin.
Penglibatannya memainkan peran besar dalam teori psikologi behavioris,
diperkenalkan oleh John Watson sekitar 1913.

3.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov

Prinsip kontiguit i/ kedekatan, iaitu pembelajaran melalui


pertalian asosias. Ini bermakna, mana – mana dua atau lebih
kederiaan sering berlaku serentak, mereka akan
dihubungkaitkan. Apabila hanya satu daripada kederiaan ini
berlaku, kederiaan lain akan dikaitkan bersama. Sekiranya kita
mengaitkan pelaziman ini dengan jenis pembelajaran,
sebenarnya ianya serupa dengan pembelajaran isyarat (oleh
Gagne). Teori ini memberi focus kepada pembelajaran atau
gerak balas tidak terkawal (` involuntary ‘), contohnya, gerak
balas emosi seperti takut, gerak balas fizikal seperti degupan
jantung dan pengeluaran air liur. Melalui pelaziman klasik,
manusia dan haiwan boleh dilatih untuk bertindak balas kepada
rangsangan yang sebelumnya tiada menyebabkan apa – apa
gerak balas. Keberkesanan pembelajaran melalui pelaziman
klasik bergantung kepada jarak masa antara rangsangan –

6
rangsangan dan kekerapan didedahkan kepada rangsangan –
rangsangan yang hendak dilazimkan.

3.2 Eksperimen Ivan Pavlov.

Ivan Pavlov merupakan pencetus dan pengasas pelaziman klasik. Beliau


telah menjalankan ekperimen ke atas seekor anjing. Suatu pembedahan
kecil dilakukan pada kilang air liur anjing untuk membolehkan air liur anjing
disukat kemudiannya anjing tersebut ditambat pada suatu alat yang
digunakan untuk mengawal pergerakkannya dan menyukat kadar
pengeluaran air liur seperti rajah 3.2.1 di bawah

3.2.1: Ivan Pavlov yang menggunakan seekor anjing yang ditambat


pada sebuah alat khas

Pavlov telah mendapati anjing akan mengeluarkan air liur apabila


melihat makanan. Mengeluarkan air liur pada keaadaan ini dianggap
sebagai gerak balas yang dipelajari, dan Pavlov menanamkan gerak balas
ini sebagai gerak balas tidak terlazim/ automatic. Kajian ini dilakukan untuk
melihat sama ada anjing boleh mengeluarkan air liur pada rangsangan
neutral. Kemungkinan ini telah diuji dan dibuktikasn melalui pelaziman

7
klasik. Langkah – langkah yang telah dilakukan dalam eksperimen ini dpaat
dijelaskan lagi melalui rajah 3.2.3

Sebelum pelaziman berlaku

Bunyi loceng Tiada air liur


(rangsangan terlazim) (tiada gerak balas)

Makanan Keluar air liur


(rangsangan tidak ( gerak balas tidak terlazim)
terlazim)

Semasa pelaziman berlaku

Bunyi loceng
(rangsangan terlazim

Keluar air liur


( gerak balas tidak terlazim)
Makanan (rangsangan tidak
terlazim)

Selepas pelaziman berlaku

Bunyi loceng
(rangsangan terlazim Keluar air liur
( gerak balas tidak terlazim)

Rajah 3.2.3: Peringkat pembelajaran anjing

8
3.3 Gerak Balas Terlazim Boleh Digeneralisasikan

Seperti yang kita sedia maklum bahawa gerak balas terlazim


menghasilkan perubahan tingkah laku. Dalam hal ini, manusia juga boleh
bergerak balas dengan cara yang sama kepada rangsangan yang seakan-
akan serupa yang dikenali sebagai generalisasi. Ini bermaksud bahawa
rangsangan terlazim yang menghasilkan gerak balas terlazim boleh
menyebabkan suatu gerak balas terlazim yang sama tetapi pada
rangsangan yang berbeza tetapi hampir sama dengan rangsangan terlazim
yang asal maka konsep ini dikenali sebagai generalisasi.
Sebagai contoh, seorang murid dimarahi oleh guru kerana tidak
menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan padanya. Kemarahan guru itu
telah menyebabkan murid tersebut berasa senak perut. Pada masa yang
lain, murid tersebut dimarah lagi kerana tidak membawa buku latihan, maka
murid tersebut berasa senak perut yang sama seperti dia dimarah sebelum
ini. Oleh itu keadaan ini yang dimaksudkan sebagai proses generalisasi
dimana gerak balas yang sama berlaku pada dua rangsangan yang hampir
sama. Melalui konsep ini, guru bolehlah membimbing murid-murid
menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi dengan tepat.
Sebagai contoh, guru mengibaratkan rasa sakit ketika murid akan
menerima suntikan BCG seperti rasa gigitan semut yang tidak menyakitkan.

3.4 Proses Penghapusan

Proses penghapusan boleh berlaku apabila rangsangan terlazim


dikemukakan berulang-ulang kali tanpa kehadiran rangsangan tak terlazim.
Gerak balas terlazim mungkin berkuranmgan dan akhirnya terhapus.
Pengurangan secara beransur-ansur pada gerak balas terlazim ini sebab
tidak lagi berlaku serentak dengan rangsangan tak terlazim dinamakan
penghapusan. Sebagai contoh apabila cahaya tidak lagi dikaitkan dengan
daging dan guru tidak lagi dikaitkan dengan kemarahan.

9
Guru boleh membantu murid-muridnya mengurangkan ketakutan
muridnya terhadap guru dengan tidak memarahi murid tersebut sebaliknya
memberi peringatan supaya tidak mengulangi sikap itu lagi pada masa akan
datang.

3.5 Implikasi Teori Pelaziman Pavlov Dalam Pengajaran


– Pembelajaran

Melaui Teori Pelaziman Pavlov ini bolehlah dipraktikkan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa
implikasi daripada teori ini. Yang pertama ialah perlulah disedari oleh guru
bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu
dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur
ketika waktu rehat di kantin dengan mengaitkan berjaya dalam hidup.
Yang kedua ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balas
dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan
dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata
pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan-
latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan
masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran
kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran
yang sukar.
Yang ketiga ialah dalam proses pembelajaran, generalisasi
boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh
dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains
mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan
kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku
seperti tsunami yang melanda Banda Acheh

10
4.0 John Broades Watson

4.0.1 John Watson

Rajah di atas menunjukkan tokoh pelapor teori pembelajaran behiaviorisme,


John Broades Watson. John Broades Watson dilahirkan di Greenville pada
tanggal 9 Januari 1878 dan wafat di New York City pada tanggal 25
September 1958. Ia mempelajari ilmu filsafat di University of Chicago dan
memperoleh gelar Ph.D pada tahun 1903 dengan disertasi berjudul "Animal
Education". Watson dikenal sebagai ilmuwan yang banyak melakukan
penyelidikan tentang psikologi binatang.Pada tahun 1908 ia menjadi profesor
dalam psikologi eksperimenal dan psikologi komparatif di John Hopkins
University di Baltimore dan sekaligus menjadi direktur laboratorium psikologi
di universiti tersebut. Antara tahun 1920-1945 ia meninggalkan universiti dan
bekerja dalam bidang psikologi konsumen. John Watson dikenal sebagai
pendiri aliran behaviorisme di Amerika Serikat. Karyanya yang paling dikenal
adalah "Psychology as the Behaviourist view it" (1913). Menurut Watson
dalam beberapa karyanya, psikologi haruslah menjadi ilmu yang objektif, oleh
kerana itu ia tidak mengakui adanya kesadaran yang hanya diteliti melalui
metod introspeksi. Watson juga berpendapat bahwa psikologi harus dipelajari
seperti orang mempelajari ilmu pasti atau ilmu alam. Oleh kerana itu, psikologi
harus dibatasi dengan ketat pada penyelidikan-penyelidikan tentang
tingkahlaku yang nyata saja. Meskipun banyak kritik terhadap pendapat
Watson, namun harus diakui bahwa peranan Watson tetap dianggap penting,

11
kerana melalui dia berkembang metod-metod objektif dalam
psikologi.Peranan Watson dalam bidang pendidikan juga cukup penting. Ia
menekankan pentingnya pendidikan dalam perkembangan tingkahlaku. Ia
percaya bahwa dengan memberikan kondisioning tertentu dalam proses
pendidikan, maka akan dapat membuat seorang anak mempunyai sifat-sifat
tertentu. Ia bahkan memberikan ucapan yang sangat ekstrim untuk
mendukung pendapatnya tersebut, dengan mengatakan: "Berikan kepada
saya sepuluh orang anak, maka saya akan jadikan ke sepuluh anak itu sesuai
dengan kehendak saya".

4.1 Teori Pelaziman Emosi Watson

Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak


perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam
mental(sedar dan tidak sedar),sebaliknya memberi tumpuan kepada
tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak
nyata.Watson,seorang ahli behaviorisme,mengatakan bahawa aspek
yang berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan
bukannya dari unsur-unsur dalaman.Idea-idea bahawa tingkah laku dan
proses mental adalah hasil daripada pembelajaran (Bernstein et
a.,1994).Menurut pendekatan ini tingkah laku ialah satu siri gerak balas
yang berlaku dengan wujudnya rangsangan.Pendekatan ini juga dikenali
sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau ringkasannya R-G.Beliau
telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga
boleh dilazimkan secara klasik.Beliau telah menjalankan kajian untuk
membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara
klasik.Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan
seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert,yang berumur 11 bulan.

12
4.2 Eksperimen

Albert didedahkan kepada seekor tikus. Bayi itu bermain dengan


haiwan itu tanpa menunjukkan apa jua ketakutan. Dalam situasi yang
berlainan, Albert diberikan tikus yang sama, tetapi kali ini ia diikuti dengan
satu bunyi kuat. Setiap kali tikus itu diberikan kepada Albert, bunyi kuat itu
terdengar yang membuat bayi itu gelisah dan menangis. Kemudian tikus
itu diberikan kepada Albert, tanpa bunyi kuat bayi itu enggan menyentuh
tikus itu dan terus menangis.Keadaan ini diulang beberapa ali sehingga
menimbulkan perasaan takut kanak-kanak tersebut pada tikus putih.

4.3 Kesimpulan

Bunyi yang dikeluarkan merupakan rangsangan dan menyebabkan


gerak balas Albert kepada tikus putih.Berdasarkan penyelidikan
ini,Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman
pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan
didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan
dihasilkan.Dengan menggabungkan beberapa rangsangan,gerak balas
tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.Dalam proses
pengajaran,guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang
menyeronokkan.

4.4 Implikasi Pengajaran & Pembelajaran

a. Guru mestilah kreatif dalam mengadakan aktiviti-aktiviti yang


menarik dan menyeronokkan bagi menarik perhatian pelajar seperti
kuiz,permainan dan sebagainya.

b. Pelajar akan lebih bersemangat apabila guru itu sentiasa memberi

13
pujian dan hadiah apabila mereka berjaya menjawab soalan.

c. Kaedah sunbangsaran perlu digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran supaya dapat melibatkan para pelajar dalam sesi
pengajaran.

d. Guru perlu memasukkan unsur kecindan dalam sesi pengajaran


mereka supaya pelajar tidak merasa bosan dan mengantuk.
e. Guru mestilah memperlbagaikan alat bantu belajar yang kreatif dan
menarik supaya murid berasa seronok dalam sesi pembelajaran.

14
5.0 Teori E. L Thorndike

Gambar 5.0.1 E.L Thorndike (1874-1949)

Merujuk pada gambar diatas E.L. Thorndike (1874-1949). Beliau ialah seorang
ahli psikologi Amerika, mendapat ijazah kedoktoran (PhD) pada usia 24
tahun dan mula mengajar di Teachers' College, Columbia University. E.L
Thorndike dikaitkan dengan teori pelaziman operan. Beliau tidak begitu
setuju dengan teori pelaziman klasik yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov.
Beberapa tahun sebelum Pavlov, Thorndike (1874-1949) menjalankan
kajian dan menguatarakan apa yang dinamakan 'pembelajaran cuba jaya'
(trial and error learning). Baginya, prinsip asas pembelajran ialah pengaruh
ganjaran dan denda dan organisme akan membuat sesuatu yang akan
membawa keseronokan. Sebaliknya, organisma berkenaan akan
mengelakkan melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau
membahayakan diri. Menurutnya, ganjaran mendorong organisme
mengulangi seusatu gerak balas manakala denda pula boleh menyekat
organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas. Dialah pengasas
awal teori Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau Stimulus-Response (S-R).
Dengan perkataan lain, organisme mengaitkan Gerak Balas tertentu

15
dengan Rangsangan tertentu. Thorndike terkenal untuk teori cuba jaya
dan tiga hukumnya, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan, hukum kesan.
Organisma akan bertindak balas atau beroperasi dalam persekitaran,
untuk menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat gerak balas
positif dan begitu jua yang berlaki sebaliknya. Dalam pelaziman operan,
organisma akan melakukan sesuatu gerak balas secara sukarela.
Thorndike melabelkan jenis pembelajaran ini sebagai 'Pembelajaran
Instrumental atau Operan' yang diperluaskan kemudian oleh B.F. Skinner.

5.1 Eksperimen Thorndike

Eksperimen Thorndike menggunakan seekor kucing yang


lapar di dalam sebuah sangkar dan makanan di luar sangkar
tersebut. Setelah dimasukkan ke dalam sangkar, kucing melakukan
pelbagai tingkah laku untuk mencari jalan keluar seperti mencakar
dan mencuba untuk keluar. Setelah beberapa percubaan, dengan
cara tidak sengaja, kucing telah terusik selak yang menahan pintu.
Tindakan kucing yang melakukan pelbagai tindakan dipanggil cuba
jaya atau kaedah cuba ralat. Kucing dapat keluar dan makan
makanan tersebut. Apabila Thorndike memasukkan semula kucing
ke dalam sangkar, ia mengambil sedikit masa untuk keluar daripada
sangkar itu kerana sudah mengetahui cara keluar. Pada percubaan
yang akhir ( kali ke – 20 ) kucing dengan serta merta dan automotik
menekan selak sebaik sahaja ia dikurung di dalam sangkar. Maka ia
telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.

16
5.2 Rumusan Eksperimen

Disini, Thorndike mengemukakan hukum kesan, iaitu apabila


kucing dapat melihat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (
membuka pintu sangkar dan diikuti dengan keadaan yang
memuaskan (mendapat ganjaran), tingkah laku tersebut akan
diteguhkan. Jika kesannya menyeronokkan,tingkah laku itu akan
diulang. Jika kesannya tidak menyeronokkan,tingkah laku tidak akan
diulang . Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran adalah
proses penyelesaian masalah dalam persekitarann dam membuat
pilihan serta keputusan yang terbaik. Hasil daripada eksperimen
Thorndike, beliau mengemukakan tiga hukum utama iaitu hukum
kesediaan. Hukum latihan dan hukum kesan. Secara ringkasnya,
hukum utama dalam teori Thorndike dapat disimpulkan seperti rajah
5.2.1 bawah :

Hukum Teori
Thorndike

Hukum Kesediaan Hukum Latihan Hukum Kesan

Rajah 5.2.1 : hukum – hukum teori thorndike

17
5.3 Hukum Kesediaan

Thorndike mengatakan bahawa hukum kesediaan merujuk


kepada persiapan yang perlu ada pada organisma sebelum ia
bertindak. Dalam eksperimen Thorndike, kucing harus
berkeupaayaan melakukan gerak balas yang dingini (menekan
selak dalam sangkar). Begitu juga dengan manusia,untuk
melakukan sesuatu aktiviti yang diperlukan, dia perlu berada dalam
keadaan fizikal yang baik dan mempunyai aras motivasi yang
tinggi. Apabila pelajar berada dalam keadaan bersedia.dia akan
berasa puas apabila dia bertindak. Jika pelajar belum bersedia
untuk bertindak,dan guru menyuruh pelajar bertindak, dia akan
berasa kecewa. Oleh itu,guru oerlu melihat tahap kesediaan
pelajar.

5.4 Hukum Latihan

Dalam eksperimen Thorndike,selepas beberapa kali kucing


dimasukkan kedalam sangkar,ia mengambil masa yang tidak
begitu lama untuk keluar,jika dibandingkan dengan masa kali
pertama. Ini ialah kerana ia telah belajar melalui proses latihan, dan
telah mempelajari bahawa gerak balas yang lebih cepat akan
mendatangkan ganjaran yang lebih cepat kepadanya. Pertalian
antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika
latihan diadakan. Sebagai contoh,jika pelajar selalu mengulang kaji
rumusan sifirnya, dia dapat mengingatinya dengan lebih senang.
Hukum latihan menyatakan bahawa satu tingkah laku akan
diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa
pengukuhan. Hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan
hafalan.

18
5.5 Hukum Kesan

Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan


gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan
pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Sebagai contoh,
dalam eksperimen Thorndike, kucing mendapat kesan yang
menyeronokkan iaitu makanan apabila ia tekan selak sangkar
dengan betul. Sekiranya ia mendapat kejutan elektrik apabila ia
keluar daripada sangkar, kesannya menyakitkan dan ia tidak akan
mempunyai motivasi untuk keluar. Rumusan Thorndike ialah jika
tingkah laku diikuti dengan kepuasan ia akan diulang tetapi jika
diikuti dengan kesakitan, ia akan lenyap. Ketiga – tiga hukum
dirumuskan dalam rajah 5.5.1. serta rajah 5.5..2

Mendapat sesuatu yang


menyeronokkan

Hukum kesediaan Gerak balas


yang
Hukum latihan pelbagai
RANGSANGAN Gerak Balas (perlu
Pembelajaran peneguhan)
Hukum kesan

Mendapat sesuatu yang


menyakitkan

Rajah 5.5.1 : Hukum – hukum dalam teori Thorndike

19
HUKUM
PEMBELAJARAN
THORNDIKE

HUKUM
KESEDIAAN HUKUM LATIHAN HUKUM KESAN

Kesan yang
Sedia dr segi Latihan yang Seronok
Psikomotor, diulang meningkatkan
efektif, Kognitif Menigkatkan Pertalian antara
sblm boleh kemahiran Rangsangan
belajar dan
Gerak balas

Rajah 5.5.2 : hukum dalam teori Thorndike

5.6 Kelemahan Teori Thorndike

Teori Thorndike mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut :

a. Konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat


subjektif dan susah diukur.
b. Sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak
dibentuk atau dihapuskan. Ciri – ciri setiap ikatan (rangsangan gerak
balas) perlu diketahui awal – awal lagi

20
c. Teori ini susah dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstrak
seperti kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.

5.6.1 Cara Penyelesaian Masalah Kelemahan Teori Thorndike

Bagi mengatasi kelemahan – kelemahan tersebut, lima prinsip


tambahan dikemukakan, iaitu gerak balas aneka, sikap
keupayaan memilih perkara- perkara penting,pemindahan
berkait dan gerak balas melalui anologi :

a. Gerak balas aneka

Ini bermakna satu – satu organisma berupaya menunjukkan


pelbagai jenis gerak balas terhadap satu – satu keadaan.
Apabila gerak balas yang betul ditunjukkan dan diberi
ganjaran, maka pembelajaran akan terus berlaku. Prinsip ini
menerangkan bahawa penyelesaian yang betul mungkin
sukar diperoleh sekiranya organisma tidak berupaya menunjukkan
pelbagai jenis gerak balas

b. Sikap

Prinsip ini menjelaskan bahawa satu – satu pembelajaran tetap


dipengaruhi oleh suatu sikap organisma itu. Sikap inilah yang
menentukan apa yang akan dibuatnya, apa yang boleh
menimbulkan kepuasan, serta apa yang mendatangkan kepuasan.
Perlu diingat bahawa apa yang memberi kepuasan kepada individu
A tidak semestinya akan mendatangkan kepuasan kepada
individu B.

21
c. Pemilihan perkara – perkara penting

Menurut prinsip ini, seseorang murid berupaya membezakan


unsur – unsur penting daripada yang tidak penting. Keupayaan
seperti ini membolehkan berlakunya pembelajaran yang analitis
serta membantu murid memperoleh celik akal.

d. Pemindahan berkait

Prinsip ini menjelaskan bahawa gerak balas yang dihasilkan oleh


sesuatu rangsangan dapat dikekalkan dengan rangsangan yang
baru. Contohnya, hadiah yang diberikan kepada seseorang murid
yang menunjukkan prestasi baik boleh digantikan dengan kata-
kata pujian. Gerak balas (prestasi baik) yang sama akan terus
ditonjolkan.

e. Gerak balas melalui anologi

Prinsip ini disamakan dengan asimilasi. Ini bermakna seseorang


boleh bertindak balas dalam satu – satu situasi baru dengan
menggunakan kemahiran yang sedia ada serta ditambah pula
dengan tindakan yang baru.

22
5.7 Implikasi Teori Thorndike Dalam Bilik Darjah

Pengemukaan teori thorndike dapat diaplikasikan oleh guru semasa


melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara
pengaplikasian yang boleh dibuat oleh guru melalui prinsip ini ialah :

a. Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini


bermakna guru hendaklah menyediakan pelbagai sumber – sumber
pengajaran – pembelajaran yang menarik serta mengagumkan agar
pembelajaran akan berlaku.
b. Pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya. Ini bermakna,
seorang murid boleh mempelajari sesuatu tanpa diajar oleh guru.
Contohnya seseorang murid boleh menyelesaikan satu masalah
Matematik tanpa bimbingan guru dengan melakukan pelbagai cubaan,
tetapi ini memakan masa yang panjang. Untuk menjimatkan , guru
bolehlah memberi bimbingan yang sewajarnya kepada murid.
c. Konsep hukum kesediaan boleh diluaskan untuk digunakan di dalam
bilik darjah. Seseorang murid hendaklah bersedia dari segi mental,
minat, sikap dan psikomotor sebelum pembelajaran berkesan
dapat
berlaku
d. Latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran. Selain itu, ia boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan
murid – murid.
e. Kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid
ke arah pencapaian yang lebih baik. Dengan itu, guru hendaklah
meyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran
murid- murid. Ringkasnya, motivasi amat penting bagi meningkatkan
keberkesanan kepada pembelajaran

23
f. Guru hendaklah menyediakan peluang untuk murid – murid menikmati

kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar. Pastikan tugasan


yang diberi tidak terlalu tinggi aras kesukarannya.Kejayaan
menyelesaikan sesuatu projek menimbulkan perasaan puas hati yang
akan bertindak sebagai pendorong kepada murid – murid.

24
6.0 Implikasi Pengajaran & Pembelajaran Teori Behavioris Bagi
Kanak-kanak Berkeperluan Khas

a. Murid yang lembam adalah murid yang lemah dalam memahami sesuatu
pengajaran.Mereka sentiasa merasakan diri mereka lemah dan sukar untuk
memahami sesuatu pengajaran tersebut.

b. Justeru itu,guru perlu sentiasa memberi kata-kata peransang kepada mereka


supaya mereka lebih bersemangat dan bermotivasi.

c. Setiap kelas mempunyai 3 aras murid.Murid yang pandai,sederhana dan


lemah.Oleh itu, guru perlu mengadakan aktiviti yang sesuai bagi ketiga-tiga
aras tersebut dan dapat melibatkan semua pelajar tersebut.

d. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan positif kepada pelajar dan


jangan sesekali memilih kasih di antara mereka.

e. Alat bantu belajar yang menrik akan menarik perhatian pelajar dan dapat
membantu mereka lebih memahami sesuatu pelajaran tersebut.

25
7.0 Rumusan

Teori adalah satu rangkaian andaian atau hipotesis tentang yang


didokong oleh kajian. Teori pembelajaran pula adalah rangkaian
hipotesis tentang maksud, proses dan faktor – faktor yang
mempengaruhi pembelajaran. Teori adalah satu proses yang
berterusan dan ia berbeza daripada hukum. Bagi teori behaviorisme,
pelopor utama yang menerajui teori ini ialah Ivan P.Pavlov, John
Broades Watson, E.L Thorndike dan Burrhus F. Skinner. Pendekatan
behaviorisme memberi fokus kepada tingkah laku luaran yang
membincangkan tentang dua jenis pelaziman iait pelaziman klasik
dan operan. Pelaziman klasik fokus kepada asosiasi antara sesuatu
tingkah tidak terkawal dengan rangsangan yang neutral. Pelaziman
operan pula menunjukkan peranan kesan dan peneguhan kepada
tingkah laku / sengaja.

26