Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Menjaga Kebersihan tandas.

Isu-isu kes tidak menjaga kebersihan di tandas awam semakin


meningkat.Kita haruslah bekerjasama untuk menjaga kebersihan
tandas awam.Kita mestilah berfikir tandas awam seperti tandas di
rumah kita.Jika kita berbuat begitu semua orang akan menggunakan
tandas dengan cermat.
Tandas yang kotor tidak selesa untuk digunakan oleh
masyarakat.Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan tandas.Kita tidak sepatutnya membuang tisu ke dalam
mangkuk tandas kerana ini akan menyebabkan tandas
tersumbat.Tisu-tisu yang digunakan harus dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan .
Segelintar masyarakat yang tidak bermoral,menggunakan dinding
tandas sebagai tempat menghasilkan karya-karya mereka seperti
melukis dan menulis.olongan ini harus menghentikan tabiat
menconteng di dinding tandas kerana ini akan menyebabkan tandas
kelihatan kotor.!ereka harus dikenakan denda jika berbuat demikian.
Seterusnya, pekerja yang bertanggunjawab mestilah
memastikan tandas bersih sepanjang hari. "ekerja itu haruslah
membersihkan tandas pada masa yang ditetapkan.Jika pekerja itu
berbuat begitu, tandas akan kelihatan bersih setiap hari.Selepas
menggunakan tandas, pengguna tandas haruslah menjirus air
kedalam mangkuk tandas sehingga bersih supaya tidak berbau
busuk.
#i samping itu, Kita juga boleh mendapat penyakit jika
menggunakan tandas yang tidak bersih."ihak kerajaan harus
menampal poster kepentingan menjaga kebersihan tandas untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa menjaga kebersihan
tandas sangat penting untuk penggunanya.Ibu bapa juga harus
memainkan peranan penting dengan mengajar anak-anak mereka
,cara-cara menjaga tandas awam dari kecil lagi.
Kesimpulannya, kita harusnya menjaga kebersihan tandas
awam kerana ini akan memanfaatkan semua orang.Kita mestilah
tolong-menolong untuk menjaga kebersihan tandas ini.!enjaga
kebersihan tandas awam adalah tanggungjawab bersama.