Anda di halaman 1dari 6

NOOR FARHANA MOHD MUSAI

910924-10-6116
TUGASAN 1
Tinjauan Literatur (Penulisan Kritis)

Pengenalan
Membaca merupakan kunci kejayaan bagi seseorang murid. Kemahiran membaca
merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks. Menurut Norfaizah (2003)
menyatakan kemahiran membaca merangkumi proses mendengar, mengamati dan
membezakan bunyi-bunyi yang jelas dan tepat, menyebut lambang-lambang huruf yang
mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk
perkataan serta menyebut perkataan tersebut dengan betul.
Kegagalan murid untuk menguasai bacaan perkataan suku kata ini akan
menyekat penguasaan mereka kepada kemahiran membaca perkataan yang lebih
mencabar. Kenyataan ini disokong oleh Rot et al (2002) yang menyatakan kelemahan
dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan
berlanjut dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya. Stotsky
(1983) dalam kajian Tioh Leh Ling et al., 2008 telah merumuskan bahawa mereka yang
membaca dengan baik juga akan menulis dengan baik dan mereka yang lemah dalam
pembacaan juga akan lemah dalam penulisan. Untuk membaca dengan baik,
seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini
merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari
tahun satu lagi.
Kepentingan membaca
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010) telah meletakkan fokus utama bagi
Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa iaitu merangkumi kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Standard kandungan
yang ke-4 bagi kemahiran membaca Bahasa Melayu ialah membaca dan membina
suku kata. Oleh itu, kemahiran membaca adalah penting bagi murid prasekolah untuk
menguasai kemahiran membaca sebelum masuk ke tahun satu. Selain itu, dalam
NOOR FARHANA MOHD MUSAI
910924-10-6116
pengajaran membaca, guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang
sesuai bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.
Kepentingan kemahiran membaca telah menyebabkan banyak penyelidikan
dijalankan terutama di Negara bara. Dapatan kajian Tioh Leh Ling (2008) tentang
LITERASI di barat menyatakan menurut US Department of Education (2002), pelajar
yang gagal menguasai kemahiran membaca di Gred Empat akan berhenti sekolah dan
kurang berjaya semasa peringkat dewasa. Akibat daripada krisis literasi ini, Presiden
George W. Bush telah menandatangani satu akta yang berbunyi No Child Left Behind
pada 8 Januari 2002. Sebanyak lima bilion dolar telah diperuntukkan untuk memastikan
setiap kanak-kanak di Amerika dapat menguasai kemahiran membaca pada akhir Gred
Tiga. Kesedaran ini telah menarik minat pengkaji di Malaysia terutamanya kepada
murid sekolah rendah. Ekoran daripada kesedaran ini, KPM juga telah melancarkan
pelbagai program yang melibatkan galakan membaca seperti (Fatimah Jusoh, 2003):
i. Program Galakan Membaca Kanak-kanak Dengan Pembacaan (1979
1985) sempena Tahun Kanak-kanak Antarabangsa 1979;
ii. Kempen Gerakan Membaca (1988 1992) sempena Pengisytiharan Tahun
Membaca 1988 oleh YAB Perdana Menteri;
iii. Program Bina Minda (1993 1997);
iv. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM (1998 kini).

Pendekatan muzik
Pelbagai kaedah pengajaran pra-bacaan dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia. Contohnya latih tubi, pandang sebut dan sebagainya. Walaubagaimanapun,
pengajaran yang melibatkan keseronokan dan minat kanak-kanak akan memberi kesan
yang lebih mendalam dalam apa jua pembelajaran yang ingin disampaikan. Kenworthy
dalam Noraini (2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada
minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar
ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Tambahan
lagi, menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth dalam Tioh Leh Ling &
NOOR FARHANA MOHD MUSAI
910924-10-6116
Zaidatun Tasir (2008), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh
kemampuan seorang guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan menyenangkan kanak-kanak.
Gipe (2002) dalam penulisannya menyatakan muzik sebenarnya telah memberi
peluang kepada murid yang menghadapi kesukaran membaca dan menulis dengan
sifatnya yang dapat dimain berulangan kali, merdu dan penuh menyentuh perasaan.
Menurut Khoo Cheng Keat (2006), muzik sememangnya menjadi kegemaran bagi
kebanyakan orang, tidak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun
golongan tua. Rangsangan muzik mampu memberi kesan mendalam kepada pelajar
memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan.
Saniah Sayuti (2000) juga menyatakan kebanyakan pelajar mempunyai kecenderungan
terhadap muzik biar pun pelajar itu lebih berbakat dalam aspek verbal, logik, visual dan
lain-lain. Keberkesanan penggunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dapat dibuktikan dengan pelbagai kajian lepasan luar negara mahupun di
dalam negara. Kenyataan ini dapat dikaitkan dengan laporan kajian Droscher (2006)
yang menyatakan pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan
perkembangan mental. Hasil kajian yang lalu juga telah menunjukkan bahawa muzik
dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.
Justeru, kepelbagaian kaedah pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah adalah penting untuk menarik minat murid untuk belajar. Hal ini
boleh dikaitkan dengan kenyataan Noraini Idris (2001) iaitu penggunaan rangsangan
muzik amat disarankan sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran. Oleh itu, pengkaji
memasukkan elemen muzik dalam kajian ini. Hal ini adalah kerana memandangkan
responden yang dipilih mempunyai ciri-ciri unik seperti tidak dapat memberi tumpuan di
dalam kelas. Menurut kajian Tan & Fah Shi Soi (2005), tindakan memainkan muzik dan
lagu memotivasikan pelajar untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik
darjah. Elemen muzik ini diharap dapat membantu responden tertarik untuk belajar
dalam masa yang sama responden dapat memberi perhatian yang lebih baik dalam
proses PdP.

NOOR FARHANA MOHD MUSAI
910924-10-6116
Pembelajaran interktif (multimedia)
Elemen muzik bukan sahaja dari segi nyanyian suara semata-mata malahan
penggunan muzik dan bunyi atau audio boleh dikaitkan dengan gabungjalin multimedia
atau peralatan berteknologi seperti komputer, radio, pembesar suara dan sebagainya.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah seiring dengan
perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. Pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran, khususnya bagi pengajaran pra-bacaan akan menjadi lebih menarik,
bermakna dan produktif dengan menggabungjalin penggunaan multimedia. Menurut
Zamri dan Mohamed Amin (2008), multimedia mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dapatan kajian Abdul Rashid Jamian et
al (2012) membuktikan bahawa mltimedia interaktif dapat meningkatkan prestasi
kemahiran membaca bagi 40 orang murid PROBIM sebanyak min 4.03 [SP=55].
Menurut Rost (2002) dalam kajian Tioh Leh Ling et al (2008) menyatakan teknologi
dalam bidang pendidikan mempunyai empat matlamat berikut iaitu memberi peluang
kepada pelajar untuk belajar secara lebih efektif, meningkatkan keseronokan dalam
pembelajaran bahasa, memperbaiki penguasaan bahasa dan menjadikan proses
pengajaran lebih seronok serta mendatangkan lebih kepuasan. Teknik SoMuiL
menggunakan pendekatan muzik dan pembelajaran interaktif (multimedia) dalam
mempelajari pra-bacaan mengecam dan membunyikan huruf dan suku kata.
Pelaksanaan teknik SoMuiL oleh pengkaji ini lebih ke arah pembelajaran interaktif iaitu
murid akan menggunakan papan kekunci untuk mengecam huruf, menggunakan
perisian dengan bimbingan untuk mengenal dan membunyi huruf dan suku kata.
Penggunaan kibod (piano elektrik) sebagai bahan interaktif juga diintegrasikan untuk
mengajar membunyi huruf dan suku kata dalam menggunakan pendekatan muzik. Hal
ini akan lebih menarik minat murid dengan alunan muzik kibod yang dimainkan di
samping memudahkan guru mengajar bunyi suku kata menggunakan asas melodi iaitu
(solfa).

NOOR FARHANA MOHD MUSAI
910924-10-6116
Model Pembelajaran Gagne
Menurut Gagne dalam Noriati A. Rashid et al (2009) menyatakan teori
pengajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi
pembelajaran kemahiran yang kompleks. Pemeringkatan pembelajaran penting bagi
membantu pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan penyampaian
pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas kepada yang lebih kompleks.
Pengajaran menggunakan teknik SoMuiL ini mempunyai tindakan mengikut
pemeringkatan iaitu mengecam, membunyi (huruf dan suku kata) dan seterusnya
membuat perkaitan (suku kata dengan perkataan mudah).
Teori Pengalaman Dewey
Dewey dalam Nurulhuda Abd Rahman et al (2011) mengutarakan Teori
Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti pengalaman yang dilalui
oleh seserang individu. Menurut Dewey, pengalaman timbul akibat interaksi dua prinsip
asas iaitu kesinambungan dan interaksi. Kesinambungan merujuk kepada keadaan
dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya, sama ada
baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat
sesuatu situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu
adalah berasaskan interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan
situasi terkininya. Dalam teknik SoMuiL, pengkaji mengaitkan pembelajaran pra-bacaan
dengan nama objek di sekeliling. Oleh itu, responden boleh membuat kesinambungan
antara pengalaman dengan pengajaran baharu yang dipelajari.







NOOR FARHANA MOHD MUSAI
910924-10-6116

Anda mungkin juga menyukai