Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Penghulu Di Majlis Penutupan kem rimup

Tenang riak air di kali


Hari indah suasana ceria
Kata bermula sejak azali
Lafaz mulia pembuka bicara


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih pengerusi majlis.
Yang Berbahagia ..............................................................................................................
Yang Berusaha ........................................................................................................ ,
Yang dihormatI......................................................................................... para fasilitator,
seterusnya rakan-rakan SEPERJUANGAN sekelianI.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis
Penutupan Kem RIMUP anjuran PPD Klang.
Hari ini merupakan hari terakhir kita berkampung di Kem BUMI Jati ini sebagai peserta
Kem Rimup.. Pelbagai aktiviti telah dijanakan untuk kita agar dapat dilaksanakan
sedaya yang mungkin ke arah mencapai matlamat dan Objektif Kem RIMUP.













Suatu yang bermula pasti ada noktah akhirnya. Saya mewakili para peserta kursus
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran
Yang Berbahagia ................................ bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Kem
pada kali ini. kalungan budi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua fasilitator yang kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami berkongsi
ilmu pengetahuan dan seterusnya menjayakan kem ini. Semua memori yang manis
dan indah adalah untuk kenang-kenangan Mana-mana yang terkhilaf dan tersalah
harap dapat dimaafkan.
Akhir sekali , saya ingin mentitipkan pantun empat kerat ini untuk renungan bersama.
Di atas dahan burung tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi
Bunga melur bunga seroja
Bunga siantan kembang di taman
Tangan dihulur maaf dipinta
Budimu tuan ingatan berzaman

Kata orang.
Ada laut ada pantainya,
Ada malam ada siangnya,
Ada suka ada dukanya,
Ada awal ada hujungnya,
Ada pertemuan ada perpisahannya
Mudah-mudahan ada pertemuan kembali selepas ini dalam majlis yang lain pula, insya-
Allah.

Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufik wal hidayah assalamualaikum wbt

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai