Anda di halaman 1dari 6

1

SOALAN 1:
Adakah relevan seni silat wajib di ajar kepada semua pelajar sekolah bagi membentuk
disiplin dan rohani bagi membendung masalah disiplin yang berlaku sekarang ?
Bincangkan.

Sememangnya seni silat wajar untuk diperluaskan di peringkat sekolah kerana
banyak manfaatnya yang boleh diperoleh warga sekolah terutama para pelajar. Pendedahan
seni silat ini sepatutnya sudah mula diketengahkan bermula dari peringkat sekolah rendah.
Seni silat merupakan satu ilmu pertahanan diri yang sangat efektif dalam membantu para
pelajar mendisiplinkan diri dan meningkatkan ilmu kerohanian. Pengajaran seni silat juga
mampu mengurangkan kes-kes disiplin bukan sahaja di sekolah bahkan persekitaran
masyarakat. Oleh itu, dapat ditafsirkan bahawa seni silat sangat relevan untuk di ajar kepada
semua pelajar sekolah.

Silat merupakan seni mempertahankan diri yang begitu unik. Di sebalik gerakan silat
yang lemah-lembut itu tersirat pukulan-pukulan maut bertujuan mengekang dan mengunci
pergerakan musuh. Sebagai salah satu seni yang lengkap pada zahir dan batinnya, tidak
hairanlah silat dilihat sebagai seni tempur bela diri yang cukup sempurna. Biarpun demikian,
perubahan zaman menyaksikan warisan silat yang sinonim dalam kalangan masyarakat
Melayu suatu ketika dahulu semakin terpinggir. Generasi muda pada hari ini tidak lagi
meminati silat yang disifatkan agak kekampungan. Mereka cenderung untuk memilih seni
tempur bela diri yang diimport dari luar seperti taekwondo, karate, judo dan sebagainya.
Namun tanpa kita ketahui, seni silat ini dapat membentuk disiplin dan rohani seseorang. Oleh
itu, adalah wajar sekiranya seni silat ini diajar kepada semua pelajar sekolah.

Dalam era globalisasi hari ini, manusia memerlukan suatu wadah untuk membentuk
disiplin diri yang mantap dan utuh. Oleh yang demikian, silat dilihat sebagai antara wadah
yang terbaik untuk menjana mutu disiplin yang tidak mudah goyah. Seni silat mempunyai
falsafah tersendiri yang berupa saranan-saranan tentang moral, tatasusila, tatacara dan ajaran
agama. Antara falsafah perguruan yang signifikan dengan pembentukan kualiti disiplin yang
utuh ialah berilmu, beriman dan beramal yang merupakan falsafah dan moto seni silat
Serimau Hitam yang sinonim dengan negeri Perak. Seni silat mampu membawa impak sosial
yang cukup besar terhadap rakyat negara ini terutamanya golongan belia.
2

Remaja atau belia cenderung mencari ikon untuk dijadikan rujukan atau ikutan
yang boleh membina keyakinan mereka dalam menghadapi realiti dunia yang semakin
mencabar. Akan tetapi, masalah akan timbul apabila golongan remaja atau belia ini tersalah
pilih ikon yang wajar dicontohi. Seperti yang diketahui umum, seni silat amat mementingkan
komitmen dan disiplin diri yang tinggi . Keterbukaan dalam mengambil pelatih-pelatih baru
meletakkan seni persilatan pada satu kedudukan yang penuh tanggungjawab untuk membina
kekuatan fizikal, mental dan rohani pelatih-pelatih baru. Dengan itu, pembudayaan disiplin
yang luhur mampu direalisasikan manakala latihan serta komunikasi positif di antara tenaga
pengajar dengan pelatih mampu menyuburkan nilai-nilai disiplin yang amat sukar untuk
dilakukan di peringkat sekolah.

Dalam seni persilatan wujud satu kontrak sosial atau dipanggil sumpah yang akan
dilafazkan sebelum mana-mana pelatih baru menyertai sesebuah perguruan. Sumpah yang
dilafazkan adalah pengakuan bahawa si pelatih akan patuh kepada guru, ibu bapa dan
melaksanakan tuntutan agama. Silat amat sinonim dengan agama Islam yang menjadi anutan
rasmi kebanyakan pengamal-pengamal silat. Permasalahan sosial seperti hedonisme, dadah,
seks bebas, dan alkohol mampu diatasi atau dihindari sekiranya pendidikan rohani dan mental
diberikan perhatian yang sewajarnya. Seni persilatan merupakan tradisi Timur yang diwarisi
secara pakej daripada generasi terdahulu.

Kewujudan pelbagai pengaruh negatif yang merosak dalam suasana dunia hari ini
membawa kepada kesedaran tentang pentingnya pertahanan dalaman individu bagi
memastikan akhlak ataupun moral tidak terpesong daripada landasan yang sebenar. Data dan
statistik banyak menunjukkan perihal mengenai keruntuhan akhlak di kalangan remaja di
negara ini yang semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman, antara tahun
1990 dan 1992sahaja, seramai 37 602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda
serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam
kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada
jenayah kekerasan dan harta benda. Walaupun silat mengandungi ilmu tempur dalam silibus
pengajarannya, tidak bermakna seni bela diri ini gemarkan kekerasan dan keganasan. Dengan
berbekalkan ilmu zahir dan rohani daripada mempelajari seni persilatan seseorang individu
itu secara automatiknya mempunyai kekuatan dalaman untuk membendung diri daripada
terjebak dengan masalah-masalah sahsiah dan sosial yang semakin berleluasa pada hari ini.

3

SOALAN 2 :

Persatuan Seni Silat Serimau Hitam (PSSSH) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan
dimurnikan pada tahun 1986. PSSSH adalah merupakan salah satu perguruan silat
yang tertua di Malaysia. Bincangkan pernyataan tersebut dari sudut sejarah
perguruan, asas perguruan, asas gabungan silat dan sebagainya.

Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak telah ditubuhkan pada awal tahun 1971 oleh
Pak Guru Baharum bin Hathir. Pada ketika itu persatuan ini lebih dikenali dengan nama
Persatuan Seni Silat Selima Hitam iaitu hasil daripada gabungan dari lima jenis silat yang
telah dipelajari olek Allahyarham Pak Guru Baharum. Antaranya ialah beliau telah menuntut
Silat Gayung, Silat jawa, Silat Cekak, Silat Sambarani dan Silat Wali Suci.

Oleh kerana nama Selima itu tidak begitu popular pada masa itu, maka pada
penghujung tahun 1971, Persatuan Seni Silat Selima Hitam yang no pendaftaran -1920/pk
telah ditukarkan kepada seni silat Serimau Hitam Perak yang nombor pendaftarannya ialah
2526/86. Pada sekitar awal tahun 1980-an persatuan ini hanya bergerak secara kecil-kecilan
iaitu dari sekitar Kampar dan Malim Nawar, Perak sahaja. Tetapi pada akhir tahun 80-an silat
ini mula berkembang di daerah-daerah lain termasuk sekolah dan pusat pengajian tinggi.
Sehingga kini jumlah keahlian adalah melebihi 5000 orang yang telah menyertai seni silat
Serimau Hitam Perak di sekitar Perak.

Selepas kejadian peristiwa oleh Bintang tiga ke atas Allahyarham Pak Baharum,
beliau mula mendalami ilmu persilatan dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh.
Persilatan pertama Pak Baharum ialah dengan Pak Lek Juwono bin Rawi Klang di negeri
Johor. Beliau mempelajari dan mendalami seni Silat Jawa sehinggalah di ijazah sebagai guru.
Oleh kerana beliau merasakan dirinya tidak cukup berilmu maka beliau menuntut dengan
guru lain. Selepas itu beliau mempelajari ilmu Seni Silat Cekak dan berguru dengan Tuan Hj
Yahya. Menurut cerita Seni Silat cekak berasal dari negeri Kedah iaitu pada zaman
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.



4

Pada ketika itu Silat Cekak ini adalah hanya dipelajari oleh kaum kerabat diraja
sahaja. Tetapi oleh kerana tiada waris yang boleh lagi diperturunkan maka barulah ilmu
tersebut diajar kepada rakyat jelata pada ketika itu. Selepas beliau berguru dengan Tn.Hj.
Yahya dan mendalami ilmu silat Cekak, beliau pula berguru dengan Mahaguru asal seni Silat
Gayung, iaitu Tuan Syed Al-Atass di Pulau Selulung, Singapura. Pak Baharum berguru
sehinggalah diiktiraf sebagai guru kanan dan diiktiraf sebagai gelaran khalifah tertinggi
dalam persilatan tersebut. Semasa berguru inilah ilmu kebatinan seperti mandi tapak, potong
tangan, mandi minyak, mandi hujung pedang dan sebagainya telah di peroleh dari Tuan Syed.
Oleh kerana pada ketika itu Haji Baharum merasakan lagi kekurangan tentang ilmu
persilatan, maka beliau memperhambakan diri dengan guru Pendekar Amin yang berasal dari
negeri Perak.

Beliau mempelajari ilmu Silat Sambarani (Helang). Corak latihan dan pengajaran
yang dipelajari bersama Pendekar Amin adalah sangat lasak dan tangkas. Ia memerlukan
kekuatan fizikal untuk bersilat secara layang dan terbang serta main bawahan kekuda rendah.
Setelah khatam berguru dengan pendekar Amin, beliau mendalami ilmu Seni silat Wali suci
di negeri kedah, dengan seorang guru yang bernama Pak Bidin. Dalam ilmu persilatan inilah
pak Baharum mendalami ilmu agama dan pelbagai ilmu seperti perubatan ilmu kebatinan dan
tradisional dan sebagainya lagi. Oleh kerana Pak Bidin semakin uzur maka Pak Baharum
telah dilantik dan di ijazah sebagai guru sekali lagi. Pak Baharum juga mendalami ilmu Silat
Wali Suci dengan Pak Karim di Perak. Pak Baharum telah mendalami dan mempelajari ilmu
persilatan selama lebih 15 tahun. Setiap perguruan beliau dianugerahkan sebagai guru. Beliau
mempunyai azam , matlamat dan daya usaha yang gigih bagi mencapai cita-citanya. Kini
beliau telah diiktiraf sebagai guru dan pengasas PERSATUAN SENI SILAT SERIMAU
HITAM PERAK.

Selain itu, setiap jenis silat mempunyai adab-adab yang tertentu sebelum masuk
gelanggang. Sebelum bermain silat di atas tanah, perkara pertama jurulatih mestilah
bertafakur iaitu meletakkan tangan kanan mencecah bumi lalu membaca surah Al- Fatihah
dan selawat ke atas nabi. Selepas itu jurulatih kemudiannya berniat agar pesilat-pesilat
terhindar dari mara bahaya semasa latihan dan permainan berlangsung. Selepas jurulatih
masuk gelanggang dan selesai bertafakur, Kemudian barulah diikuti oleh para pesilat berbuat
demikian dengan cara duduk antara dua sujud sambil membaca surah Al- Fatihah dan selawat
Nabi sebanyak tiga kali.
5

Selepas itu dengan diikuti adab memasuki gelanggang adalah sama dengan penutup
gelanggang. Tetapi niat oleh jurulatih adalah berbeza iaitu bersyukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpahan dan kurnia-Nya memperoleh ilmu dan keselamatan daripada ditimpa
musibah yang tidak diingini.

Adab-adab yang lain ialah seperti adab hormat. Adab hormat ini dilakukan
sebelum memulakan sesuatu majlis atau demonstrasi, para pesilat mestilah memberi hormat
kepada hadirin, iaitu dengan cara berdiri tegak kedua-dua kaki dirapatkan manakala kedua-
dua tangan rapat ke dahi selaku mengangkat sembah hormat. Mana-mana silat pun
mempunyai adab hormat kepada hadirin sebelum memulakannya sesuatu demonstrasi.
Selain itu juga, adab-adab lain seperti adap peluk tubuh. Adab ini dilakukan dalam keadaan
berdiri di mana tangan kanan bertindan ke atas tangan kiri dan rapat ke dada. Peranan peluk
tubuh mempunyai keistimewaan tertentu dan kelebihan-kelebihannya. Peranan peluk amat
penting antaranya ialah salah satu kaedah atau cara untuk menepis dan menyerang musuh.
Dengan cara memeluk tubuh, kita dapat menepis atau menyerang musuh apabila saat-saat
diperlukan dan menjadikan pesilat lebih yakin dan berani apabila berada dalam persekitaran
dan sentiasa berjaga setiap masa daripada serangan musuh.

Adab seterusnya ialah cara duduk seni, dalam silat pelbagai adab termasuk cara
duduk seni diamalkan cara-cara duduk seni dalam persatuan seni silat Serimau Hitam ini
adalah kelihatan tertib dan kemas. Semasa duduk, kaki kanan para pesilat bersilang di atas
kaki kiri dan kedua-dua tangan diletakkan secara bebas di atas persilangan kaki tersebut.
Kedudukan ini memudahkan para pesilat tersebut bangun dengan pantas dan bersedia untuk
menerima serangan ataupun menyerang lawan.










6

SOALAN 3 :

Huraikan keperibadian seorang tokoh Islam yang anda pilih dari sudut kepimpinan
dan kisah tauladan yang boleh di contohi daripada kisah hidup tokoh tersebut.