Anda di halaman 1dari 7

UJIAN SUMATIF PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN TINGKATAN 1

MEI 2013

NAMA : ..................................................... TING : ...........................
1. Yang manakah di antara berikut merupakan komponen kecergasan yang berasakan kesihatan?
A. Kelajuan dan kuasa
B. Kekuatan otot dan kelajuan
C. Daya tahan otot dan kelenturan
D. Daya tahan kardiovaskular dan kuasa

2. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?
A. Aktiviti naik turun bangku.
B. Aktiviti lari pecut 30 meter
C. Melakukan lompat jauh berdiri
D. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.

3. Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti latihan bagi mengelakkan kecederaan?
A. Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti
B. Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan
C. Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan panaskan badan
D. Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

4. Apakah faedah latihan fizikal?
A. Menambahkan berat badan
B. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
C. Mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi
D. Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

5. Mana satukah aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan kardiovaskular?
A. Tekan tubi
B. Dekam lunjur
C. Aktiviti senamrobik.
D. Aktiviti bangkit tubi

6. Mana satukan aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan otot?
A. Skipping
B. Aktiviti senamrobik
C. Aktiviti bangkit tubi
D. Berlari dan berjalan pantas
7. Apakah faedah memiliki daya tahan otot yang baik?
A. Mengawal dan mengurangkan berat badan
B. Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
C. Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang
D. Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

8. Apakah faedah latihan kekuatan otot ialah
A menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
B meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah.
C mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi
D meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

9. Apakah faedah memiliki kelenturan yang baik ?
A. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
B. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah
C. Mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi
D. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah

10. Antara berikut, aktiviti yang manakah dapat membina kelenturan?
A. Tekan tubi
B. Aktiviti senamrobik.
C. Berlari dan berjalan pantas
D. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.

11. Apakah faedah mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik ialah
I. mengurang risiko penyakit jantung
II. mengurangkan dan mengawal berat badan
III. meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah.
IV. mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

12. Faedah memiliki kelenturan yang baik ialah
I. menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
II. meningkatkan kualiti daya tahan, kekeuatan dan ketangkasan
III. menambah keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah
IV. mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV



13. Antara faedah mempunyai kuasa yang baik ialah
I. otot menjadi hipertropi
II. meningkatkan kekuatan otot
III. meningkatkan daya tahan otot
IV. mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

14. Antara faedah mempunyai kelajuan yang baik ialah
I. otot menjadi hipertropi
II. meningkatkan daya tahan otot
III. meningkatkan prestasi dalam sukan
IV. meningkatkan kuasa di bahagian kaki

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II. III dan IV

15. Dua contoh latihan bagi membina daya tahan kardiovaskular ialah
I. fartlek
II. parcourse
III. latihan litar
IV. latihan bebanan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

16. Dua contoh aktiviti bagi membina kekuatan otot ialah
I. mendagu
II. kilas pinggang
III. duduk lunjur dan jangkau
IV. aktiviti naik turun bangku

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

17. Komponen penting semasa membuat latihan kekuatan otot ialah
I. aktiviti secara ansur maju
II. memberi tumpuan kepada otot tertentu
III. aktiviti dari intensiti tinggi ke intensiti rendah
IV. tidak mementingkan set, intensiti dan ulangan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV


18. Dua contoh aktiviti untuk meningkatkan kuasa kaki ialah
I. tekan tubi
II. bangkit tubi
III. lompat dakap
IV. ketinting dan lompat

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

19. Berapakah kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak.
A 6
B 5
C 4
D 7

20. Nyatakan tiga jenis tendangan yang asas dalam permainan bola sepak
I Tendangan voli
II. Tendangan leret
III. Tendangan silang
IV. Tendangan lambung

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

21. Dalam permainan bola sepak, tendangan leret dilakukan adalah untuk
A Hantaran jauh dan dekat
B Hantaran jauh dan tendangan bebas
C Hantaran dekat dan tendangan sudut
D Hantaran dekat dan menjaringkan gol

22. Menyerkap bola sepak tidak boleh dilakukan dengan anggota badan berikut
A kaki
B dada
C paha
D tangan

23. Dalam aktiviti menanduk ke hadapan bola badan dilentikkan ke belakang untuk
A menambah kuasa
B menambah beban
C menambah tekanan
D menambah kekuatan

24. Berapakah saiz maksima padang bolasepak ?
A 45m x 90 m
B 90m x 120 m
C 100m x 120 m
D 100m x 130 m

25. Antara berikut, yang manakah organisasi atau badan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sukan
olahraga di peringkat kebangsaan ialah _______
A Persatuan Olahraga Amatur Negeri
B Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
C Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri
D Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah

26. Sebelum permainan bola sepak dimulakan pengadil akan buat lambungan syiling dan pasukan yang menang berhak
A. pilih tempat
B. tendangan gol
C. tendangan permulaan
D. pilih tempat atau sepak mula


ARAHAN SOALAN 27 HINGGA 30 BERDASARKAN RAJAH DIBAWAH

Nyatakan Fasa-Fasa Larian Pecut Dalam Petak Yang Disediakan ( B1DJ2E2 )

FASA PENAMAT FASA PECUTAN FASA BERLEPAS FASA PERMULAAN





27. 28. 29. 30.


31. Antara berikut, yang manakah tempat permulaan bagi acara 1500m ?
A 1
B 2
C 3
D 4




32. Rajah di atas merupakan empat fasa mengikut urutan dalam acara lari pecut.
Apakah fasa X ?
A Fasa pecutan
B Fasa ikut lajak
C Fasa pelepasan
D Fasa lari landas




Fasa Permulaan
Fasa Berlepas Fasa X Fasa Penamat









33. Berdasarkan gambarajah di atas, tempat permulaan bagi acara 400 meter ialah
yang bertanda _________
A 1
B 2
C 3
D 4

ARAHAN: ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL BERDASARKAN
DEFINISI YANG DIBERI. ( B1J1E1 )





KOMPONENEN DEFINISI
34. Kemampuan jantung, sistem salur darah dan sistem pernafasan
membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa
melakukan aktiviti.
35. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan
anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang
maksimum.
36. Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam
masa yang singkat dengan menggunakan daya yang
maksimum.
37. Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi
rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya
yang maksimum.
38. Kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali atau dalam
jangka masa yang lama.
39. Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa
yang singkat.

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
KELENTURAN KEKUATAN OTOT KELAJUAN

DAYA TAHAN OTOT KUASA
2
3
Balapan 400m untuk acara olahraga
olahragaolahraga
4
1


40. Arahan: Labelkan organ yang terlibat dalam daya tahan kardiovaskular. ( B2DJ1E1 )

Salur darah Jantung Sistem pernafasan





A:
B: .
C: .



ARAHAN: SOALAN A DAN B BERDASARKAN RAJAH BERIKUT.

A. Labelkan Kumpulan Otot Utama Di Bawah. ( B2DJ1E1 )





41. (A):.
42. (B):.
43. (C):....
44. (D):
45. (E):.
46. (F):.
47. (G):
48. (H):
49. (I):...


50. B. Nyatakan Kumpulan Otot Yang Terlibat Dalam Aktiviti Kecergasan Fizikal Berikut:

Aktiviti Kumpulan Otot
Angkat Tumit
Bangkit Tubi
Tekan Tubi
Naik Turun Bangku
Mendagu


Dada Abdomen Bahu Pangkal Lengan Betis
Belakang Badan Hujung Lengan Paha Punggung

Anda mungkin juga menyukai