Anda di halaman 1dari 4

The “Aminah Dilemma” describes the working relationship between two teachers on a staff:

Aminah and Taib. Aminah, recently hired, is described as full of good ideas and enthusiasm.
Taib, with whom Aminah will be working, has many years’ experience and is well-liked by
students and fellow teachers alike. Their working relationship, however, does not develop well.
Aminah finds herself working alone on many of the tasks they were to share. Their conflict
surfaces when Taib receives the credit for a play written and prepared principally by Aminah.
At the end of the year, Aminah receives a phone call from the principal of the school where she
formerly worked. It turns out that Taib has applied for a position as vice-principal at Aminah’s
former school. Therefore, the principal would like to know Aminah’s opinion of Taib. What
would you have done, if you were Aminah?

Kantian (Prinsip Kewajipan)

Bagi Kantian, tumpuan kemoralan ialah kepada niat atau tujuan, dan motif kemoralan bukanlah
untuk memuaskan kecenderungan, tetapi motifnya ialah “kewajipan untuk memenuhi keperluan
kewajipan” (duty for duty’s sake). Kecuali tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat, dan individu
yang mempunyai tekad baik ialah individu yang sentiasa bertindak atas dasar kewajipan yang
diperihalkan sebagai satu set categorical imperatives (CI), iaitu kesejagatan, kemanusiaan
(respect) dan kerasionalan

Teori etika Kant ialah kemoralan kewajipan (morality of duty). Sebagai sebahagian daripada
teori deontologi, teori etika Kant menumpukan kepada kemoralan tindakan dan mengabaikan
akibat daripada sesuatu tindakan. Ia adalah sesuatu yang mutlak kerana kemoralan sesuatu
tindakan tidak berkait dengan situasi di mana ia berada. Bermakna, mengikut Kantian, buat
perkara yang betul walaupun ia akan mengakibatkan ketidak gembiraan.

Kant mengatakan semua manusia mempunyai nilai moral kewajipan semulajadi. Kewujudan
suara hati dan perasaan bersalah dan malu menyedarkan kita bila kita melanggar moral
kewajipan ini. Kant mengatakan, untuk bertindak dengan bermoral, seseorang perlu
melaksanakan kewajipan, dan kewajipannya perlu mematuhi peraturan moral semulajadi, “to act
morally is to perform one’s duty, and one’s duty is to obey the innate moral laws”

Untuk mendapatkan tekad baik, seseorang itu perlu melaksanakan kewajipannya. Untuk
melaksanakan kewajipan, ialah dengan membuat tindakan yang dikehendaki secara moral dan
dengan mengelak tindakan-tindakan yang dilarang oleh moral.

Menurut Immanuel Kant (1724-1804), prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty). Pati etika Kant
terkandung dalam dakwaan bahawa kecuali good will atau tekad baik, tiada yang baik tanpa
syarat. ‘Bakat minda’ (seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan), ‘hadiah pemberian
alam’ (seperti kekuasaan, kekayaan dan kehormatan) dan ‘ciri watak’ (seperti keberanian,
ketabahan atau kecekalan hati dan sifat-sifat lain termasuk pengawalan diri, pemikiran waras dan
kesederhanaan) memanglah baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Bagaimanapun,
kesemua bakat minda, pemberian alam dan ciri watak tidak boleh dianggap sebagai baik, betul
atau benar tanpa syarat. Misalnya, terdapat syarat bahawa kita tidak patut menggunakan
kebijaksanaan (bakat minda) atau kekuasaan (pemberian alam) untuk mengeksploitasi orang lain.
Kita juga tidak boleh menggunakan keberanian dan ketabahan hati (ciri watak) untuk
menceroboh ketenteraman orang lain. Tegasnya, dalam keadaan atau situasi tertentu, bakat
minda, pemberian alam dan ciri watak boleh juga menjadi jahat dan menyakiti orang lain, iaitu
apabila disalahgunakan dengan tekad jahat.
Kant percaya bahawa kita perlu bertindak mengikut kewajipan, dan bukan emosi. Tindakan
manusia bukan baik secara moral hanya kerana kita merasakan ia baik, atau kerana ia sesuatu
yang kita suka. Sekalipun jika kewajipan memerlukan tindakan yang sama, tetapi ia dibuat
kerana sesuatu tujuan atau motif seperti rasa kasihan, tindakan tersebut menjadi tindakan yang
baik, tetapi orang tersebut tidak dianggap baik (moral).

Dalam etika tumpuan diberikan dan diletakkan atas niat, tujuan atau motif seseorang itu, bukan
atas apa yang sebenarnya dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah
cita rasa, keghairahan, kemahuan atau kecenderungan semulajadi. Sesuatu tindakan memanglan
tiada nilai moral jika tindakan itu berkaitan dengan kepentingan diri. Tetapi menurut Kant,
walaupun kita bertujuan altruistik (mempunyai sikap mengutamakan kesenagan orang lain),
tindakan kita masih tiada nilai moral jika simpati dan kemurahan hati merupakan kecenderungan
semulajadi. Ringkasnya, bertindak dan berkelakuan semata-mata kerana kecenderungan
dianggap oleh Kant sebagai tiada nilai moral.

Kant mengatakan, untuk memikirkan suatu sistem etika berasaskan alasan dan bukan gerak hati.
Seseorang yang bermoral mesti rasional. Menjadi baik bermaksud mempunyai tekad baik. Tekad
baik ialah apabila seseorang itu melaksanakan kewajipan demi kepentingan kewapian tersebut.
Kewajipan dilaksanakan kerana ia betul, dan bukan kerana alasan lain.
Kant menerangkan bahawa untuk bertindak di luar daripada kewajipan adalah dengan melakukan
tindakan-tindakan yang perlu secara moral dan bukan melakukan sesuatu yang dilarang.

Sebagai pendokong teori deontologi, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas
sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal
tekad baik hanyalah melakukan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan itu,
sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik
dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya
ialah suatu kewajipan. Seterusnya, Kant mengatakan bahawa mengamalkan kewajipan
sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati
undang-undang.
Ringkasnya, Kant menegaskan bahawa individu yang baik dari segi moral dengan tekad baik
yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau
kerana menghormati undang-undang. Individu ini akan memilih kewajipan dan kepatuhan
kepada undang-undang dan tidak akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa
membuat sesuatu pilihan.
Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku dan digambarkan
oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali sebagai categorical imperative atau
perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya
sendiri (seperti tidak cakap bohong) mestilah juga dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain,
individu itu mesti bertindak sebagaimana yang dia inginkan orang lain bertindak. Ini bermaksud
prinsip moral individu itu sepatutnya melambangkan undang-undang objektif dan sejagat.
Pematuhan prinsip sendiri jika boleh dijadikan sebagai suatu undang-undang sejagat ialah
formula asas prinsip kemoralan dalam etika Kant. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada dua
lagi formula lain yang penting dalam prinsip kemoralan Kant. Satu daripadangan ialah
kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat, bukan alat perlakuan individu. Oleh itu,
sebagai contoh, ‘jangan menculik’ menjadi prinsip atau undang-undang moral Kant kerana
penculik melatan mangsanya sebagai alat mendapat wang tebusan. Ini bermakna, bukan
kemanusiaan yang menjadi matlamat perlakuan penculik itu. Satu lagi formula ialah tekad yang
menggubal undang-undang moral sejagat adalah tekad individu yang rasional. Dengan formula
itu, terbitlah misalnya prinsip ‘jangan mungkir janji’ kerana rasionalnya orang akan hilang
kepercayaan terhadap individu yang memungkiri janji.
Bahan Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff (2008). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Penerbit
UPM, Serdang.

Rujukan Internet
http://www.angelfire.com/space/omakridis/kant2.html (Kant's Moral Theory)

Anda mungkin juga menyukai