Anda di halaman 1dari 17

SENARAI TAJUK KERTAS KERJA SEMINAR TAKHRIJ 2009

APIUM

12 NOVEMBER 2009

BIL NAMA ABSTRAK


1. Dr Rohaizan Baru PENAWARAN KURSUS TAKHRIJ AL-
Fakulti Pengajian Kontemporari HADITH KEPADA PELAJAR PENGAJIAN
Islam ISLAM DI UNIVERSITI, DI ANTARA
Universiti Darul Iman Malaysia KEPERLUAN DAN HALANGAN
Kampus KUSZA, 21300 Kuala
Terengganu. ABSTRAK

Kertas ini cuba memberikan satu gambaran secara


umum tentang ilmu Takhrij al-Hadith dan
kepentingannya, seterusnya memberikan
gambaran secara khusus mengenai kepentingan
kursus Takhrij al-Hadith diajar kepada semua
pelajar dalam bidang pengajian Islam, khususnya
di universiti-universiti yang menawarkan program
Pengajian Islam di Malaysia. Di antara persoalan
yang berbangkit ialah jikalau kursus ini
diwajibkan untuk ditawarkan kepada semua
pelajar dalam bidang pengajian Islam apakah ia
relevan dengan keperluan semasa seorang pelajar
dan apakah halangan dan cabaran yang ada di
universiti yang menghalang daripada ianya boleh
dilaksanakan. Kertas ini cuba menggariskan
beberapa masalah dan halangan kemudian akan
memberikan beberapa cadangan penyelesaian
yang boleh diambil oleh pihak-pihak berwajib di
universiti atau kementerian dalam usaha
mengatasi halangan dan cabaran yang ada.

2. Sakinah Saptu KAJIAN HADITH KITAB MUNTAKHAB AL-


Dr Azwira Abd Aziz KALAM FI TAFSIR AL-AHLAM YANG
Jabatan Pengajian al-Quran dan DINISBAHKAN KEPADA MUHAMMAD IBN
al-Sunnah, SIRIN
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
43600, Bangi, Selangor
Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam
telah menjadi rujukan dan bahan bacaan popular
dalam bidang mentafsir mimpi oleh masyarakat
Islam sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara ini
terbukti apabila kitab tersebut telah disunting,
diringkaskan dan diterjemahkan ke dalam
pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Indonesia,
dan Inggeris (mungkin juga ada diterjemahkan ke
dalam bahasa selain daripada tiga bahasa
tersebut). Jika di dalam bahasa Arab, kitab
tersebut lebih cenderung kepada berbentuk
ringkasan dan suntingan untuk memudahkan
pembacaannya. Selain daripada itu, ia juga
menjadi satu bahan rujukan yang dipercayai oleh
masyarakat Islam kerana ia dilabelkan sebagai
sebuah kitab tafsir mimpi yang berlandaskan
kepada al-Quran dan al-Hadith. Namun begitu,
permasalahannya ialah sejauhmanakah kesahihan
hadith-hadith yang terkandung di dalam kitab
tersebut lantaran pengarang kitab sendiri tidak
menyatakan statusnya sama ada ianya diterima
atau ditolak di sisi ulama hadith. Oleh itu, kajian
ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti
kesahihan hadith-hadith di dalam kitab ini,
menyatakan matan hadith yang lengkap,
menggiatkan penyelidikan hadith yang terdapat
pada kitab-kitab lama dan juga untuk memupuk
kesedaran kepada ahli akademik agar mengkaji
terlebih dahulu, sebelum menggunakan sesuatu
hadith dan menyebarkannya kepada umum.
Kajian ini hanya memfokuskan kepada 27 hadith
yang terdapat di dalam muqaddimah dan khutbah
kitab dan 5 hadith yang terdapat di antara bab 1-5.
Untuk tujuan ini, kajian telah dijalankan dengan
menggunakan metod kajian perpustakaan yang
berpandukan kepada metod analisis dokumen.
Dengan metodologi ini, pengkaji meneliti hadith,
menilai ketepatannya, membuat perbandingan dari
sudut matan dan sanadnya, memberikan kritikan
yang positif dan membuat kesimpulan di akhir
penganalisaan. Penemuan daripada hasil kajian
menunjukkan bahawa tidak semua hadith-hadith
di dalam mukaddimah kitab, khutbah kitab dan
hadith-hadith di antara bab 1-5 yang berjumlah 32
hadith adalah hadith yang mempunyai martabat
yang sahih. Ada antaranya yang daif dan ada juga
yang tidak ditemui oleh pengkaji di mana-mana
kitab sumber hadith. Kajian ini akhirnya
mencadangkan, antaranya ialah satu kajian khusus
yang hanya menumpukan kepada aspek
pentakhrijan hadith perlu dijalankan untuk
keseluruhan kitab ini.

3. Ahmad Nabil b Amir. DARUL HADITH: KE ARAH MEMBINA


Jabatan al-Quran dan al-Hadith PANGKALAN HADITH YANG SISTEMIK DI
Akademi Pengajian Islam MALAYSIA
Universiti Malaya
Kuala Lumpur. ABSTRAK
Kertas ini mengupas pandangan dan gagasan yang
dikemukakan bagi membangunkan pangkalan
hadith yang sistemik di Malaysia. Ia
membincangkan langkah dan strategi yang
digariskan bagi mencapai objektif penubuhan
Darul Hadith dan perencanaan jangka panjang
yang diketengahkan bagi melahirkan ilmuwan
hadith yang terkemuka di Malaysia. Kertas ini
meneroka perancangan yang disempurnakan bagi
menggerakkan kefahaman tentang idealisme dan
pemikiran hadith dan kesungguhan dan komitmen
yang dizahirkan bagi memperluas penyebaran
kitab-kitab turath dan memperkasa warisan dan
tradisi hadith di Malaysia.

4. Nik Yusri Musa ASAS PEMIKIRAN ILMU TAKHRIJ DALAM


Pusat Pengajian Umum BIDANG KEWARTAWANAN: REALITI DAN
Universiti Kebangsaan Malaysia CABARAN.
43600, Bangi, Selangor
ABSTRAK.

Mengemukakan konsep dan etika kewartawanan


Islam merupakan suatu usaha yang perlu sebagai
suatu pendedahan bahawa Islam menerusi
beberapa disiplin ilmu yang lahir dari tamadunnya
sentiasa relevan sepanjang zaman. Kejayaan
tamadun Barat sekular dalam mencorakkan
bidang serta disiplin ilmu tertentu adalah kerana
berjayanya tokoh-tokoh cendikiawan mereka
mengklasifikasikan serta mengabungjalinkan
dapatan baru dan lama serta membentuknya
sebagai suatu disiplin atau bidang ilmu baru
ciptaan mereka. Melihat dari perspektif Islam,
konsep asas kewartawanan dapat dilihat menerusi
satu disiplin ilmu yang amat penting dalam Islam
iaitu ilmu periwayatan hadis. Disiplin ilmu hadis
yang terdiri dari dua aspek kajian iaitu riwayah
dan dirayah. Ilmu riwayah ialah bidang yang
membicarakan matan hadis manakala dirayah
pula membicarakan aspek-aspek perawi sama ada
periwayatannya ditolak atau diterima. Disiplin
ilmu ini juga mengkategorikan berita-berita yang
diterima dalam beberapa kategori dari aspek
penerimaan atau penolakan sesuatu berita. Selain
itu ilmu al-jarh dan al-ta’dil iaitu salah satu
bidang penting dalam disiplin ilmu hadis juga jika
dikaji mempunyai perkaitan yang rapat terhadap
konsep kewartawanan.

5. U. Margono Muhadi KEISTIMEWAAN MAKTABAH SYAMILAH


Jabatan Al-Quran dan al-Hadith DALAM MENTAKHRIJ HADIS
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, ABSTRAK
Kuala Lumpur.
Seiring dengan kemajuan dan kecanggihan
teknologi maklumat, beberapa kalangan pakar
muslim dalam bidang itu menyedari untuk dapat
memanfaatkannya dengan menghadirkan perisian
Maktabah Syamilah. Kandungan perisian ini
memuat  hampir semua bahan pustaka dari
pelbagai disiplin ilmu Islam iaitu, al-Quran,
Hadis, Akidah, Fiqh, Tasawuf, Sejarah, dan lain-
lain. Artikel ini difokuskan kepada bagaimana
Maktabah Syamilah memudahkan pengguna di
dalam mentakhrij hadis dengan tepat dan pantas
berikut disertakan beberapa contoh sebagai
pendekatan pemahaman.

6. Mohd Ali bin Mohd Yusuf HADIS-HADIS KELEBIHAN ILMU FARAIDH:


Dr. Basri bin Ibrahim ANALISIS TERHADAP SANAD DAN MATAN
Fakulti Pengajian Kontemporari
Islam ABSTRAK
Universiti Darul Iman Malaysia
21300 Gong Badak Ilmu Faraidh merupakan satu khazanah hukum
Terengganu syarak yang tidak terhingga nilainya kepada umat
& Islam. Rasulullah (s.a.w) telah menegaskan
Mohd Affandi bin Mohd Yusuf bahawa ilmu faraidh adalah menyamai separuh
Institut Al-Quran Negeri daripada ilmu dan merupakan ilmu pertama yang
Terengganu akan diangkat dari dada manusia. Seruan baginda
(s.a.w) ini sebagaimana hadis-hadis yang lain
telah diriwayatkan melalui beberapa jaluran
perawi yang berbeza matannya sehingga terdapat
matan yang tidak diketemukan riwayatnya di
dalam kitab-kitab perawi hadis yang muktabar.
Justeru sesuatu harus dilakukan bagi
menerangkan jaluran-jaluran ini dan matannya
agar masyarakat Islam tidak terkeliru ketika
meriwayatkan hadis-hadis tersebut dari baginda
Rasulullah (s.a.w) . Kertas kerja ini bertujuan
untuk menyorot hadis-hadis yang menyebut
tentang kelebihan mempelajari ilmu faraidh dan
mengajarnya. Perbincangan akan ditumpukan
kepada sanad hadis kerana sepanjang penelitian
penulis didapati ada riwayat yang tidak
disebutkan oleh perawi hadis yang muktabar
tetapi dinukilkan oleh ulamak faraidh. Penulis
juga akan mengumpul kupasan makna matan-
matan hadis ini sebagaimana yang telah
ditafsirkan oleh ulamak. Di akhir perbincangan
kedudukan hadis-hadis ini dapat dijelaskan
kesahihannya melalui analisis yang dilakukan
terhadap sanad dan matannya. Melalui kertas ini
akan dapat mendedahkan kepada masyarakat
mengenai kedudukan hadis-hadis yang
menceritakan tentang kelebihan ilmu faraidh dan
diharap ia akan dapat mendorong masyarakat
untuk mempelajari ilmu Faraid agar doktrin
hukum faraidh sentiasa dapat dipertahankan dari
sebarang kekeliruan.

7. Aisyah bt Dollah @ Abdullah, HADITH MASYHUR DI ALAM MELAYU :


Prof. Madya Dr. Fauzi bin TAKHRIJ TERHADAP KITAB KEPALSUAN
Deraman YANG MASYHUR OLEH AHMAD ALI ABU
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, BAKAR
APIUM
ABSTRAK

Usaha mentakhrij hadith di dalam kitab-kitab jawi


di Nusantara merupakan suatu perkembangan
yang positif dari sudut penyelidikan akademik
dalam menentukan keautoritian sesebuah karya.
Namun, tidak banyak karya dari sudut disiplin
ilmu hadith itu sendiri yang dijadikan subjek
untuk ditakhrij. Justeru, kertas kerja ini cuba
mengetengahkan satu usaha takhrij hadith yang
telah dilakukan terhadap sebuah karya hadith
yang bertajuk Kepalsuan Yang Masyhur (Yang
Telah Dipercayai Oleh Khas, Am Dan Jumhur)
karangan Ahmad Ali Abu Bakar. Karya ini
memuatkan sebanyak 352 buah hadith palsu yang
masyhur di alam melayu. Ungkapan palsu tetapi
masyhur di kalangan masyarakat di alam Melayu
sebagaimana judul yang dinyatakan oleh
pengarang mendorong untuk kajian ini dijalankan.
Namun, kertas kerja ini tidak akan memaparkan
keseluruhan hadith-hadith di dalam karya tersebut
kecuali yang difikirkan masyhur di kalangan
masyarakat umum menurut pengkaji.

8. ‫ فوزي‬.‫د‬.‫أمهية علم التخريج يف الدفاع عن اإلسالم يف العصر احلاضر أسامة مصطفى الرتيكي و أ‬
‫بن درمن‬ ‫دراسة تطبيقية على كتاب (التجريد)جلمال البنا‬
‫قسم القرآن واحلديث أكادميية‬ :‫ملخص البحث‬
‫نة الدراسات اإلسالمية جامعة ماليا‬GG‫ص يف الس‬GG‫ة للمتخص‬GG‫وم املهم‬GG‫د العل‬GG‫ريج أح‬GG‫د علم التخ‬GG‫يع‬
‫ه أو كواالملبور ماليزيا‬G‫واء يف الفق‬G‫المية س‬G‫وم اإلس‬G‫ل دارس للعل‬G‫ل ولك‬G‫ ب‬،‫النبوية‬
‫حة‬GG ‫ة ص‬GG ‫ه معرف‬GG ‫ين علي‬GG ‫ه ينب‬GG ‫ ألن‬،‫ا‬GG ‫دة أو اآلداب أو غريه‬GG ‫العقي‬
‫ ولكن‬،‫روع‬GG‫األحاديث اليت يستدل به املتخصص يف هذه الف‬
‫دفاع‬G‫ة يف ال‬G‫هذا البحث يربهن على أن التخريج له أمهية بالغ‬
‫ة يف‬GG‫ وخاص‬،‫رة‬GG‫ة املطه‬GG‫نة النبوي‬GG‫ل يف الس‬GG‫ واملتمث‬،‫الم‬GG‫عن اإلس‬
‫بني يل‬GG‫دكتوراه ت‬GG‫ة ال‬GG‫ فمن خالل حبثي ملرحل‬،‫ر‬GG‫ر احلاض‬GG‫العص‬
‫دى‬GG G G‫ل من يتص‬GG G G‫ه ك‬GG G G‫الحاً حيتاج‬GG G G‫ل س‬GG G G‫ريج ميث‬GG G G‫أن علم التخ‬
‫ذا العلم يف‬GG ‫تخدمت ه‬G ُ G ‫د اس‬GG ‫ وق‬،‫ة‬GG ‫نة النبوي‬GG ‫اعنني يف الس‬GG ‫للط‬
‫يت‬GG‫ات ال‬GG ‫ة والتحريف‬GG‫ات العلمي‬GG ‫ري من اخليان‬GG ‫ف عن الكث‬GG ‫الكش‬
‫اري‬GG G G‫د البخ‬GG G G‫ه (جتري‬GG G G‫ا) يف كتاب‬GG G G‫اتب (مجال البن‬GG G G‫ا الك‬GG G G‫اقرتفه‬
‫ا‬G‫ا أحكام‬G‫ىن عليه‬G‫يت ب‬G‫زم) وال‬G‫ومسلم من األحاديث اليت ال ُت ْل‬
‫ريه‬GG ‫ه عن غ‬GG ‫ا نقل‬GG ‫ ومعظمه‬،‫الم‬GG ‫ول اإلس‬GG ‫رية تطعن يف أص‬GG ‫خط‬
‫ا‬GG‫ كم‬،‫ة‬G‫حيحة أو حمرف‬G‫ري ص‬GG‫ون غ‬GG‫انيد أو مت‬G‫ادا على أس‬G‫واعتم‬
‫تعمل علم‬GG ‫ل من اس‬GG ‫دت من خالل البحث أن أفض‬GG ‫ين وج‬GG ‫أن‬
‫و‬GG G‫ة ه‬GG G ‫نة النبوي‬GG G ‫دفاع عن الس‬GG G ‫رين يف ال‬GG G ‫ريج من املعاص‬GG G ‫التخ‬
‫ف‬G‫ وقد كش‬،‫العالمة عبد الرمحن املعلمي وقد أبدع يف ذلك‬
‫تفادة من علم‬GG G‫ة االس‬GG G‫ة يف كيفي‬GG G‫ائج هام‬GG G‫ذا البحث عن نت‬GG G‫ه‬
‫نة‬GG‫داء الس‬GG‫داخل أع‬GG‫ة م‬GG‫نة ومعرف‬GG‫دفاع عن الس‬GG‫ريج يف ال‬GG‫التخ‬
.‫املعاصرين للطعن يف األحاديث النبوية وطرق كشفها‬

9. Rorsuedee Salaeh@Rushdi TAKHRIJ KARYA-KARYA HADITH ULAMA


Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith PATANI
Akademi Pengajian Islam, DI IPT MALAYSIA: SATU TINJAUAN
Universiti Malaya,
ABSTRAK
Kuala Lumpur, Malaysia
Selatan Thailand terutama di tiga wilayah majoriti
penduduk Islam Pattani, Yala, Narathiwat. Ia
merupakan pusat pengajian Islam serantau, terutama
di tiga institusi pengajian tinggi. Iaitu Universiti Islam
Yala, Kolej Pengajian Islam, Universiti Narathiwat
Rajnakrin. Sementara penulisan karya hadith yang
paling awal muncul pada tahun 1770M, ialah karya
yang berjudul TanbÊh al-GhÉfilÊn yang telah
dihasilkan oleh Sheikh Abdullah bin Abdul Mubin
Patani. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh lebih
230 tahun hanya terdapat sebanyak 23 buah karya
hadith sahaja. Ada pun karya hadith yang paling
terkini ialah karya yang berjudul Hadith Mengenai
Siasah(1) yang dihasilkan oleh Ustaz Hasan bin
Muhammad pada tahun 2009M. Walau
bagaimanapun, setakat ini terdapat hanya lima kajian
ilmiah sahaja yang berbentuk kajian takhrij di IPT
Malaysia, ia hanya dihasilkan oleh sarjanawan di
peringkat Sarjana(MA) sahaja, dua daripadanya di
Universiti Malaya(UM), manakala tiga lagi ialah di
Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

10. Abdillah Hisham Bin Abdul Wahab, PEMAKAIAN HADIS SYEIKH NIK MAT
Mohd Faiz Hakimi Bin Mat Idris, KECHIK FATANI DI DALAM KITABNYA
Mohd A'Tarahim Bin Mohd Razali. WISYAH AL-AFRAH WA ISBAH AL-FALAH
Fakulti Pengajian Kontemporari
Islam ABSTRAK
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA, 21300 Kuala Sebuah kitab yang dikarang oleh Wan Muhammad bin
Terengganu. Wan Ismail yang terkenal dengan kitab Matla’ al-
Badrayn wa Majma’ al-Bahrayn. Beliau merupakan
cucu saudara kepada Syeikh Daud Fatani. Kitab ini
membicarakan tentang rukun-rukun Iman, Islam dan
hadis-hadis (targhib wa tarhib) mengenai ancaman
kepada orang-orang yang meninggalkan sembahyang
serta hadis-hadis zikir selepas sembahyang. Penulis
hanya memfokuskan hadis-hadis yang terdapat di
dalam kitab ini. Dalam kitab ini terdapat dua bab
hadis: hadis-hadis yang memberi ancaman kepada
orang-orang yang meninggalkan sembahyang dan
hadis-hadis mengenai zikir-zikir serta doa selepas
sembahyang. Sebelum menulis hadis beliau memberi
syarahan ringkas mengenai orang yang meninggalkan
sembahyang atau hukum-hukum mengenai berzikir
selepas sembahyang samada jahar atau sir dengan
membawa pendapat para ulama. Beliau juga
mengatakan bahawa doa atau zikir yang datang
daripada Nabi S.A.W lebih afdal daripada yang lain
kerana sangat diharapkan qabul.

11. Fadlan bin Mohd. Othman, APLIKASI TAKHRIJ AL-HADITH DALAM


Mohd. Fadhil bin Mohd. Faudzi, PENULISAN ILMIAH: PENYELARASAN DI
Dr Azwira Abdul Aziz dan Dr. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, INSTITUSI
Wan Nasyrudin Wan Abdullah AGAMA DAN MEDIA CETAK DI MALAYSIA
Jabatan Pengajian al-Quran dan
al-Sunnah ABSTRAK
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia Artikel ini memperlihatkan aplikasi Takhrij al-
Hadith di zaman silam dan perbandingannya di
masa kini. Perbincangan disusuli dengan
memfokuskan tahap-tahap metod Takhrij al-
Hadith dalam penulisan ilmiah khususnya di
institusi pengajian tinggi Malaysia dengan
mengutarakan beberapa kriteria penting dalam
menyatakan rujukan hadith. Tujuan utama artikel
ini adalah untuk menjamin tahap autentisiti dan
kredibiliti al-Hadith sebagai sumber primer dalam
pengajian ilmu Islam. Artikel ini menggesa para
siswazah dan pensyarah di institusi pengajian
tinggi Malaysia agar dapat merealisasikan Takhrij
al-Hadith dalam pembikinan artikel ilmiah,
sekurang-kurangnya pada tahap yang paling
minima berdasarkan kemudahan-kemudahan yang
ada. Usaha murni ini perlu juga dipikul oleh
institusi agama, para pendakwah, para penulis dan
sesiapa sahaja yang menyebarkan hadith dalam
bentuk bertulis di Malaysia khususnya dan
Nusantara umumnya.

12. Fadhilah Adibah binti Ismail TAKHRIJ HADITH DALAM MANUSKRIP


Prof Madya Dr Mustaffa JAWI: TUMPUAN KEPADA KARYA-KARYA
Abdullah NIK MUHAMMAD SALLEH WAN MUSA
Jabatan al-Quran dan al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam, ABSTRAK
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur. Nik Muhammad Salleh Wan Musa ialah ulama
kelahiran Kelantan yang aktif menghasilkan
beberapa karya sewaktu hidupnya. Antara karya
yang dihasilkan ialah Kuliah Pengajian al-Qur’an,
Masalah Zakat Fitrah Dan Fitrah Kanak-Kanak
Yang Belum Baligh, Falsafah Berumahtangga
atau Tafsir Surah al-Mujadalah, Sinaran I`tiqad,
Rahsia Kelahiran Nabi Muhammad, dan
Theological Debates: Haji Wan Musa bin Haji
Abdul Samad and His Family. Terdapat karyanya
yang kritikan oleh golongan ulama lain seperti
Masalah Zakat Fitrah Dan Fitrah Kanak-Kanak
Yang Belum Baligh. Manakala terdapat juga
karyanya yang dipandang sepi oleh masyarakat.
Justeru itu artikel ini cuba mentakhrijkan hadith-
hadith yang terdapat dalam karya-karyanya serta
melihat bagaimanakan pendekatan yang diguna
pakai oleh beliau dalam memilih sesuatu hadith
sebagai dalil untuk dimuatkan dalam karyanya.

13. Roshimah Bt. Shamsudin TAKHRIJ AL-HADITH DI NUSANTARA :


Pusat Pengajian Ilmu PENGAJARAN DARIPADA USAHA AL-
Kemanusiaan ALBANI.
Universiti Sains Malaysia
10800 USM ABSTRAK
Pulau Pinang

Salah sebuah karya yang mendapat perhatian dan


menjadi rujukan penting dalam bidang hadis pada
masa kini ialah Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah wa
al-Mawdu‘ah. Karya ini dihasilkan oleh
Muhammad Nasir al-Din al-Albani, tokoh hadis
tersohor abad ke 20. Al-Albani telah berjaya
melakar nama pada peringkat antarabangsa
menerusi penghasilan karya-karya ilmiah beliau
yang telah memberi impak kepada perkembangan
pengajian ilmu hadith pada era ini. Silsilah al-
Ahadith al-Da‘ifah adalah antara karya beliau
yang paling masyhur. Karya ini mengandungi
hadis-hadis yang telah dinilai statusnya sebagai
da‘if, mawdu‘ dan seumpamanya menerusi
penyelidikan ilmiah yang dilakukan oleh al-
Albani. Dalam menentukan status hadis-hadis
yang terdapat dalam kitab ini, antara langkah yang
diambil oleh al-Albani ialah menjejaki hadis-
hadis daripada sumbernya. Langkah ini
merupakan sebahagian daripada proses takhrij al-
hadith. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan
membuat sorotan terhadap usaha al-Albani
mengesan sumber hadis-hadis yang terdapat
dalam Silsilah al-Ahadith al-Da‘ifah yang dapat
memberi sedikit gambaran mengenai kegigihan
beliau menjalankan kajian dalam bidang hadis
dari aspek takhrij al-hadith.

14. Mohd Al’ikhsan b. Ghazali ILMU TAKHRIJ DI MALAYSIA: SATU


Pensyarah Kolej Sains dan TINJAUAN APLIKASI
Teknologi, UTM
& ABSTRAK
Dr. Faisal bin Ahmad Shah
Pensyarah Kanan Jabatan al- Tulisan yang bertajuk : Ilmu Takhrij Di Malaysia
Quran dan al-Sunah, Akademi Satu Tinjauan Aplikasi ini bermatlamat menjaga
Islam, UM hadith Nabi s.a.w. dari sebarang penyelewengan
dan pemalsuan. Objektif tulisan ialah komentar
terhadap penggunaan Ilmu Takhrij oleh para
ilmuan Islam di Malaysia ketika mengutarakan
hadith-hadith Nabi s.a.w. samada dalam
pengucapan atau pun dalam penulisan mereka.
Mengenal pasti punca-punca kelemahan
kebanyakan para ilmuan Islam ketika
menggunakan hadis di samping penumpuan
terhadap sebab-sebab kelemahan dan kelembapan
penggunaan Ilmu Takhrij di Malaysia. Tulisan
diakhiri dengan mengutarakan beberapa langkah
dan pendekatan untuk menangani masalah dan
faktor-faktor yang telah menyebabkan kebuntuan
pengamalan Ilmu Takhrij.

15. Nik Mohd Zaim Bin Ab Rahim PEMAHAMAN DAN APLIKASI TAKHRIJ
& HADITH DALAM KALANGAN
Mohd Al-Ikhsan Bin Ghazali PENCERAMAH AGAMA: SATU TINJAUAN
Kolej Sains dan Teknologi
UTM International Campus, AWAL
Kuala Lumpur
ABSTRAK

Kertas ini bertujuan meninjau tahap


pemahaman dan penguasaan imu takhrij hadith
dalam kalangan penceramah agama di sekitar
Lembah Klang. Ia juga melihat sejauh mana
takhrij hadith diaplikasikan dalam penyediaan
bahan kuliah dan semasa kuliah berlangsung.
Kewujudan program-program hadith
berkomputer didapati amat membantu
seseorang penceramah mengenalpasti hadith
dengan mudah dan cepat. Justeru, kepentingan
dan kesedaran penguasaan ilmu takhrij hadith
ini oleh para penceramah agama dilihat mampu
membendung penyebaran hadith palsu dan
hadith-hadith yang tidak boleh dijadikan hujah
dan sandaran hukum dalam masyarakat awam.

16. Abdul Fatah bin Wan Sidek PENILAIAN HADITH ANTARA AHLI SUFI
Fakulti Kontemporari Islam DAN AHLI HADITH: METODOLOGI DAN
Universiti Darul Iman Malaysia KRITIKAN
abdulfatah@udm.edu.my
ABSTRAK

Periwayatan hadith harus melalui kriteria dan


metodologi yang telah ditetapkan oleh ahli hadith.
Ulama hadith menggunakan lima kriteria untuk
menilai kedudukan hadith iaitu; sanadnya
bersambung, perawi bersifat ‘adil, perawi bersifat
dabit, tidak terdapat syudhudh (kejanggalan) dan
tidak terdapat ‘Illat (kecacatan). Bagi golongan
ulama tasawuf pula, terdapat dua metodologi
dalam menilai kesahihan hadith iaitu liqa’ al-Nabi
dan tariq al-kasyf.
17. M. Zohdi M.A., Zulhilmi M.N., PENDEKATAN BERSEPADU DALAM
S. Najihuddin .S.H., A. Sanusi PENGAJARAN TAKHRIJ HADIS DI IPTA:
A., Noornajihan J. PENGALAMAN USIM
Pensyarah Fakulti Pengajian
Quran dan Sunnah, Universiti ABSTRAK
Sains Islam Malaysia, Bandar
Baru Nilai, Negeri Sembilan. USIM sebagai satu-satunya IPTA Malaysia yang
mempunyai fakulti khusus dalam bidang
Pengajian Quran dan Sunnah, memberi ruang
yang luas untuk membangunkan dan
memartabatkan Pengajian Hadis khususnya dalam
pengajian takhrij hadis. Berdasarkan penyelidikan
perbandingan pengajian hadis di empat buah
IPTA (UM, UKM, IIUM dan USIM) terkemuka
yang mempunyai pengajian hadis, menjadi ilham
dalam menaiktarafkan pengajian takhrij bagi
mendepani era ICT. Pendekatan takhrij secara
digital menjadi skop baru dalam pengajaran
takhrij di samping kaedah tradisional. Gabungan
kedua-dua kaedah tersebut meningkatkan
keupayaan pelajar di dalam takhrij hadis dan
kajian sanad hadis. Beberapa fasiliti sokongan
berteknologi tinggi, menjadi sokongan kuat bagi
menjayakan kaedah pengajian takhrij secara
bersepadu, iaitu keseimbangan pembelajaran
secara teori dan amali menggunakan pendekatan
tradisional dan teknologi moden. Penggunaan
"Makmal Hadis" dalam pengajaran takhrij
didapati banyak membantu kejayaan perlaksanaan
Pengajaran Takhrij secara bersepadu dan wajar
dipraktikkan di semua IPTA.

18. ‫ محزة عبد الكرمي محاد‬.‫د‬ "‫جدلية العالقة بني الفقه واحلديث"التخريج‬

‫ا العلم‬GG ‫د؛ منه‬GG ‫ول للمجته‬GG ‫ل األص‬GG ‫ا أه‬GG ‫روط ذكره‬GG ‫ة ش‬GG ّ‫مث‬
‫رتطوا‬GG G ‫ واش‬،‫ام‬GG G ‫اديث األحك‬GG G ‫يّما أح‬GG G ‫ ال س‬،‫ة‬GG G ‫نة النبوي‬GG G ‫بالس‬
‫ات كتب‬GG‫ع أمه‬G‫كذلك تكمن الفقيه من الرجوع والتعامل م‬
‫اء الفقهي ال‬GG‫إن البن‬GG‫ك ف‬GG‫ة يف ذل‬GG‫ وال غراب‬،‫ريج‬GG‫احلديث والتخ‬
‫ر يف كتب‬GG G‫اإلطالع والنظ‬GG G ‫ل إال ب‬GG G‫ه األكم‬GG G‫ؤيت مثاره الوج‬GG G‫ي‬
.‫احلديث؛ فجل أحكام الفقه مستنبطة من السنة النبوية‬
‫وم‬GG G G‫المي الي‬GG G G‫ة التعليم اإلس‬GG G G‫ذ على أنظم‬GG G G‫ل من املآخ‬GG G G‫ولع‬
‫ص‬GG‫م "التخص‬GG‫ه واحلديث باس‬GG‫ع بني علمي الفق‬GG‫ل والقط‬GG‫الفص‬
‫أي‬GG G ‫ط ب‬GG G ‫ه ال حيي‬GG G ‫ص الفق‬GG G ‫الب من ختص‬GG G ‫رتى الط‬GG G ‫ ف‬،"‫العلمي‬
‫ وال خيفى‬،‫ذلك‬GG‫حيح ك‬GG‫يء من علم احلديث والعكس ص‬GG‫ش‬
‫ة؛ ألن احلديث‬GG G‫ات وخيم‬GG G‫ر من عقب‬GG G‫ا هلذا األم‬GG G‫د م‬GG G‫على أح‬
.‫ليم‬GG‫اس س‬GG‫اء إال على أس‬GG‫وم البن‬GG‫ وال يق‬،‫اء‬GG‫ه بن‬GG‫ والفق‬،‫اس‬GG‫أس‬
،‫ناد‬GG‫وم اإلس‬GG‫ر يف عل‬G‫التبح‬ Gّ ‫ه‬GG‫الب الفق‬GG‫زام ط‬GG‫ذلك إل‬GG‫ين ب‬GG‫وال نع‬
‫ه‬GG‫ إمنا يكفي‬،‫ة‬GG‫نعة احلديثي‬GG‫ل الص‬GG‫ادة أه‬GG‫ال على ع‬GG‫راجم الرج‬GG‫وت‬
‫حتري األخب‪GG‬ار‪ ،‬ومتي‪GG‬يز ص‪GG‬حيحها من س‪GG‬قيمها؛ ف‪GG‬إذا استش‪GG‬هد‬ ‫ّ‬
‫حبديث يف تقري‪GG G G‬ر حكم ش‪GG G G‬رعي ك‪GG G G‬ان على دراي‪GG G G‬ة بدرجت‪GG G G‬ه‬
‫ب ص‪GG‬يارفة‬ ‫رده‪ ،‬واملرجع يف هذا الش‪G‬أن ُكتُ ُ‬ ‫املوجبة لقبوله أو ّ‬
‫احلديث‪ ،‬ونقاده‪.‬‬
‫إن الثم‪GG G G‬ار املرج‪GG G G‬وة ل‪GG G G‬ردم الفج‪GG G G‬وة بني الفق‪GG G G‬ه واحلديث‬
‫عدي ‪GG‬دة‪ ،‬لع ‪GG‬ل من أبرزه‪GG G‬ا؛ تنقي ‪GG‬ة كتب الفق‪GG G‬ه مما ش ‪GG‬اهبا‪ ،‬من‬
‫أخبار واهية‪ ،‬وبناء علي‪G‬ه تنه‪G‬ار األحك‪G‬ام ال‪G‬يت بُ‪G‬نيت على مث‪G‬ل‬
‫تلك األخبار‪ ،‬ه‪GG‬ذا خبص‪GG‬وص كتب الفق‪GG‬ه القدمية‪ ،‬وإذا س‪G‬رّي نا‬
‫القافل‪GG G G G G‬ة إىل كتب الفق‪GG G G G G‬ه احلديث‪GG G G G G‬ة؛ جند أن احلال ذات‪GG G G G G‬ه يف‬
‫بعض ‪GG G‬ها‪ ،‬فبعض املعاص ‪GG G‬رين يب ‪GG G‬ين أحكام ‪GG G‬ه بن ‪GG G‬اء على أس ‪GG G‬س‬
‫حديثي ‪GG‬ة يعرتيه ‪GG‬ا الس ‪GG‬قم واهلزال وال ت ‪GG‬رتقي إىل الص ‪GG‬حة؛ ل ‪GG‬ذا‬
‫خيرج احلكم الش‪GG‬رعي ه‪GG‬زيال مريض‪GG‬ا ال يق‪GG‬وى على مواجه‪GG‬ة‬
‫النور‪.‬‬
‫بناء على م‪G‬ا س‪G‬بق‪ ،‬س‪G‬تحاول ه‪G‬ذه الورق‪G‬ة البحثي‪G‬ة اإلجاب‪G‬ة‬
‫على مجل‪GG‬ة من األس‪GG‬ئلة؛ منه‪GG‬ا‪ :‬م‪GG‬ا أمهي‪GG‬ة علم التخ‪GG‬ريج لط‪GG‬الب‬
‫الفق ‪GG‬ه؟ وم‪GG G‬ا هي أب ‪GG‬رز جه ‪GG‬ود الس ‪GG‬ابقني يف ردم الفج‪GG G‬وة بني‬
‫الفقه واحلديث؟ وما هي أهم املؤلفات ال‪G‬يت عُ‪GG‬نيت ب‪GG‬التخريج‬
‫لكتب املذاهب الفقهي‪GG G G G‬ة املختلف‪GG G G G‬ة؟ وم‪GG G G G‬ا املش‪GG G G G‬كالت ال‪GG G G G‬يت‬
‫تع ‪GG‬رتض ط ‪GG‬الب الفق ‪GG‬ه املتعلق ‪GG‬ة ب ‪GG‬التخريج أثن ‪GG‬اء حبث ‪GG‬ه الفقهي؟‬
‫وما احللول اليت يراها الباحث لعالج هذه القضية؟‬

‫‪19. Prof Madya Dr. Adel M. Abdul‬‬ ‫‪KEPERLUAN TAKHRIJ TERHADAP BUKU‬‬
‫‪Aziz‬‬ ‫‪TEKS SIRAH DI NEGERI SEMBILAN‬‬
‫‪Ahmad Sanusi Azmi‬‬
‫‪Fakulti Pengajian Quran dan‬‬ ‫‪ABSTRAK‬‬
‫‪Sunnah‬‬
‫‪Universiti Sains Islam Malaysia‬‬ ‫‪Sirah Nabawiyah adalah mata pelajaran yang‬‬
‫‪Bandar Baru Nilai, Negeri sangat penting bagi mengenali dan mendalami‬‬
‫‪Sembilan‬‬ ‫‪syakhsiah Nabi Muhammad SAW. Melihatkan‬‬
‫‪kepada kepentingan memahami sirah ini, ianya‬‬
‫‪telah pun dijadikan mata pelajaran utama di dalam‬‬
‫‪silibus sekolah-sekolah rendah agama di seluruh‬‬
‫‪negara. Namun, tidak ramai dikalangan kita yang‬‬
‫‪menyedari bahawa kebanjiran fakta yang berada‬‬
di dalam buku-buku sirah ini memerlukan kepada
pemurnian yang berteraskan konsep takhrij
sebagai elemen penting menilai dan membaik
pulih fakta yang ada di dalamnya. Justeru, di
dalam kertas kerja ini penulis akan menjelaskan
serta meneliti fakta yang terdapat di dalamnya
dengan menggunakan konsep takhrij bagi
memastikan segala fakta dan maklumat yang
menyerap di dalam pemikiran anak-anak kita
berada di dalam landasan yang betul. Setelah
kajian dibuat, penulis mendapati terdapat
beberapa perkara yang perlu dinilai semula di
dalam buku teks sirah sekolah rendah agama di
negeri sembilan.

20. Abdul Karim Ali TAKHRIJ HADITH DALAM PENULISAN


Wan Mohd Khairul Firdaus Wan TESIS DAN DISERTASI DI JABATAN FIQH &
Khairuldin USUL, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
Jabatan Fiqh & Usul, APIUM UNIVERSITI MALAYA

ABSTRAK

 Dalam pengajian asas syariah dinyatakan bahawa


hadith merupakan salah satu sumber utama dalam
perundangan Islam. Hadith-hadith yang
digunakan sebagai hujah dalam menetapkan
sesuatu hukum hendaklah berasaskan hadith yang
diterima sama ada sahih atau hasan. Berkenaan
calon-calon ijazah tinggi di JFU, mereka terdiri
dari graduan peringkat ijazah pertama dari
pelbagai universiti luar Negara dan dalam Negara.
Ada yang mengikut pengajian takhrij hadith
secara formal dan ada yang tidak mempelajarinya.
Justeru kertas ini cuba menilai sejauh manakah
calon-calon ijazah tinggi sama peringkat sarjana
atau PhD melakukan takhrij hadith dalam
penghujahan mereka sama ada menerima atau
menolak sesuatu hujah yang digunakan. Kertas ini
akan memilih sampling berasaskan perkara
berikut: tesis PhD dan disertasi sarjana, calon arab
dan bukan arab, calon Melayu graduan universiti
Timur tengah vs graduan IPT tempatan dan calon
Malaysia vs Indonesia.

21. Syed Najihuddin Bin Syed PERSEPSI PENSYARAH FAKULTI


Hassan, PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH USIM
Noor Najihan Binti Jaafar. TERHADAP PENGGUNAAN LAMAN WEB
Mohd Zohdi Mohd Amin, AL-DURAR AL-SANIYYAH DALAM
Ahmad Sanusi Bin Azmi, MENTAKHRIJKAN HADIS
Zulhilmi Bin Mohamed Nor,
Fakulti Pengajian Quran dan ABSTRAK
Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia, Dewasa ini didapati wujudnya pelbagai
Bandar Baru Nilai kemudahan untuk mengenalpasti kedudukan
71800, Nilai, sesuatu hadis. Kemudahan-kemudahan ini sama
Negeri Sembilan. ada melalui kitab, CD, internet dan sebagainya.
Kertas kerja ini akan berkisar berkenaan salah
satu laman web iaitu al-Durar al-Saniyyah iaitu
melihat kepada persepsi para pensyarah Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah USIM terhadap
penggunaannya dalam mentakhrijkan hadis.
Antara objektif kertas kerja ini aialah mengkaji
secara ringkas latar belakang laman web, menilai
keberkesanan penggunaannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, mengkaji sejauh
mana laman web ini mudah digunakan dan
mengenal pasti beberapa kelebihan serta
kekurangannya. Kajian ini menggunakan kaedah
kajian lapangan yang membabitkan penyediaan
laporan secara deskriftif kuantitatif. Maka,
medium yang dirancang adalah melalui temu bual
berstruktur yang membantu perincian kajian.
Hasil kajian mendapati bahawa laman web ini
mudah untuk digunakan dan berkesan untuk
proses pentakhrijan hadis. Ia juga membantu
memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, laman web al-Durar al-Saniyyah
ini perlu diperkenalkan sebagai salah satu alat
bantu mengajar yang menggunakan hadis sebagai
sumber serta menbantu proses pentakhrijan hadis.

22. Zulhilmi Bin Mohamed Nor, KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN TAKHRIJ


Zamrie Bin Ibrahim @ Musa AL-HADITH KEPADA SEMUA DISPLIN
Fakulti Pengajian Quran dan ILMU AGAMA
Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia, ABSTRAK
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Kesasihan dan kepastian sesuatu maklumat adalah
Negeri Sembilan. suatu tuntutan yang mesti dilaksanakan bagi
semua orang yang ingin menyampaikannya atau
mengembangkan maklumat tersebut. Perkara ini
menjadi lebih utama apabila ia berkaitan dengan
agama Allah yang hendak disampaikan kepada
masyarakat. Bertitik tolak daripada itu, kertas
kerja ini dikemukakan untuk menyatakan
kepentingan dan keperluan ilmu Takhrij bagi
semua displin ilmu Islam. Antara objektif kertas
kerja ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan
ilmu Takhrij secara umum, keperluan merujuk
kepada sumber asal bagi semua displin ilmu
agama, fenomena masyarakat dan penerimaan
mereka terhadap maklumat yang disampaikan
serta huraian beberapa displin ilmu yang amat
memerlukan kepada ilmu Takhrij al-Hadith.
Kertas kerja ini menggunakan kaedah
pengumpulan maklumat melalui kitab-kitab serta
analisa keperluan bidang ilmu-ilmu pengajian
Islam terhadapnya. Secara umumnya, didapati
ilmu Takhrij al-Hadith di Malaysia hanya diajar
dan ditawarkan bagi program Hadis dan Quran
dan Hadis sahaja, dan sebagai elektif bagi
program yang lain. Adalah menjadi harapan
daripada kertas kerja ini, agar ilmu Takhrij al-
Hadith menjadi suatu keperluan bagi semua
displin ilmu agama demi menjamin keaslian dan
kesahihan maklumat agama Islam yang sampai
kepada masyarakat.

23. Anwar Ridwan bin Zakaria RIWAYAT BERKAITAN AMALAN BACAAN


Jabatan al-Quran dan al-Hadith PEMBUKA DAN PENUTUP MAJLIS: KAJIAN
Akademi Pengajian Islam, DARI ASPEK RIWAYAH DAN DIRAYAH
Universiti Malaya
ABSTRAK

Kesedaran Islam semakin mendapat tempat di


kalangan masyarakat Islam khususnya di
Malaysia. Kesederan ini mendorong masyarakat
untuk mengamalkan Islam dengan sebaik
mungkin. Antara amalan yang sering mendapat
tempat di dalam majlis dan pertemuan adalah
pembacaan surah al-Fatihah ketika membuka
majlis dan bacaan surah al-Asr dan Tasbih
Kaffarah di penghujung majlis. Bahkan dalam
sesetengah keadaan, kesempurnaan majlis
dikaitkan dengan amalan ini. Amalan yang berkait
dengan ibadah dan taqarrub ini sebaiknya perlu
merujuk kepada asas dan sumber yang sah.
Kegagalan menyandarkan amalan ini kepada asas
yang kukuh akan menyebabkan ianya terdedah
kepada isu bid’ah yang sering menjadi polimik di
dalam masyarakat. Kajian ini akan membuat
semakan terhadap riwayat-riwayat yang dijadikan
asas untuk amalan ini serta penilaiaan dari sudut
keabsahan dan kefahamannya.
24. Mohd Khairul Nizam Zainan THE CONTRIBUTION OF SYEIKH DAWUD
Nazri BIN ABDULLAH AL-FATHANI / SYEIKH
Prof Madya Dr Fauzi Deraman DAWUD BIN SYEIKH WAN ABDULLAH
Jabatan al-Quran dan al-Hadith AL-FATHANI TOWARDS HADITH WORKS
Akademi Pengajian Islam AND WRITINGS IN FIQH MUAMALAT AL-
Universiti Malaya MALIYYAH ( FIQH IN THE TRANSACTION
Kuala Lumpur. OF POSESSION) IN THE MALAY
ARCHIPELAGO: AN INTRODUCTION TO
MALAY JAWI MANUSCRIPT ENTITLED:
NAHJUR RAGHIBIN WA SABILUL AL-
MUTTAQIN, TAKHRÊJ AND ANALYSIS.

ABSTRACT

The Malays and its ‘Malay Civilization’ has been


long regarded as the reflection of Islamic
civilization and is seen as the pioneer of Islamic
financial system in the region.This is because the
development of Fiqh knowledge in the Malay
Archipelago is so immensed that the spreading of
Fiqh al – Muamalat (Islamic Finance) through
out the whole region is inline with each other.
The writing of Malay writings specialised in
making hadith as its main objective and the
discussion of muamalat al-Maliyyah according to
the perspective of hadith is still considered as
nadir (small). This view is based on the writings
of Ulama who tend to focus more on the writing
of tasawuf, fiqh and tawheed. This can be seen
from the books published in the market and still
closely followed by the public. In the recording of
the knowledge of the Malay Archipelago, it is
said that Malay Ulama had empowered
themselves with various knowledges such as the
knowledge of astronomy, mathematics, medical
and etc. This paper is a reflection of effort in
trying to look back in history and discover the
works of these Malay ulama in producing writings
of Fiqh Muamalat al – Maliyyah that used hadith
as its sources and taking out (takhrij) 10 hadith as
the sample analysis. This paper will introduce
Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fathani and his
book “Nahjur Raghibin wa Sabilul al-Muttaqin.”.
Apart from that, this paper will look and review
the method used in narrating the hadith, the total
number of hadith extracted and its references.
This is also an effort to follow one of the
objectives of the Department of Quran and Hadith
of University of Malaya in establishing itself as
the protector of the Malay Ulama’s work in Malay
Archipelago and also as respected centre of
takhrij.

25. Prof Madya Dr Fauzi Hamat KEPENTINGAN MEKANISME


Jabatan Akidah dan Pemikiran PEMIKIRAN KRITIS MENERUSI ILM
Akademi Pengajian Islam
TAKHRIJ AL-HADITH DAN ‘ILM JARH
Universiti Malaya
Kuala Lumpur WA TA’DIL DALAM MEMBENDUNG
POLEMIK PEMALSUAN HADITH
MASA KINI.

ABSTRAK

Perkembangan masa kini telah membawa kepada


kerancakan aktiviti pemalsuan hadith dalam dunia
Islam amnya. Para pemalsu hadith dilihat benar-
benar telah menodai agama dengan cara yang
sangat kritis dan halus. Mereka telah
mencemarkan wajah Islam dengan dimasukkan
ajaran-ajaran lain yang tidak termasuk dalam
ajaran Islam yang sebenar dengan menggunakan
kaeadah periwayatan hadith. Namun Allah s.w.t.
telah memelihara Islam dari sebarang pemalsuan
dan pengubahsuaian serta memelihara hadith-
hadith Rasulullah s.a.w. daripada ianya terus
dijadikan wadah atau alat bagi golongan-golongan
seumpama ini untuk melancarkan serangan
terhadap Islam dari dalam. Pengunaan kaedah-
kaedah ilmiah serta metode-metode berkesan
seperti ‘Ilm Takhrij al-Hadith dan ‘Ilm Jarh wa
Ta’dil misalnya, adalah merupakan di antara
usaha penting yang telah digagaskan oleh para
ulama’ hadith bagi membendung masalah ini. Ini
sekaligus memperlihatkan, betapa instrumen-
instrumen pemikiran kritis seperti analitikal,
objektif-ketepatan, tidak bias dan penilaian yang
wujud di dalam‘Ilm Takhrij al-Hadith dan ‘Ilm
Jarh wa Ta’dil ini, turut menyumbang dalam
membendung gejala pemalsuan hadith. Justeru, di
dalam kertas kerja ini akan dibahaskan berkenaan
kepentingan mekanisme pemikiran dinamik
seumpama pemikiran kritis ini di dalam mengatasi
polemik pemalsuan hadith menerusi Ilm Takhrij
al-Hadith dan Ilm Jarh wa Ta’dil.

Anda mungkin juga menyukai