Anda di halaman 1dari 31

Amalan Tambahan Harian

1
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

AMALAN
tambahan
HARIAN


Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib
12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)
tanpa hakcipta ilmu untuk semua
12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)
tanpa hakcipta ilmu untuk semua
Amalan Tambahan Harian

2
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

AL-FATIHAH

Sabda Rasulullah s.a.w:
Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti
pahala orang yang membaca tujuh kali Kitab Taurat, Injil, Quran , Suhuf Nabi Idris dan
Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacakan itu di kurniakan kepadanya satu
darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi.

Berdasarkan sabda berikut boleh kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w menggalakan
kita sebagai umatnya agar selalu membaca Surah Al-Fatihah kerana terdapat byk
kurniaan dan fadhilatnya. Ada beberapa khasiat dan fadhilat di dalam surah Al-fatihah
yg dpt sy kongsikan dengan semua. Semua khasiat yg terdapat di dalam surah ini
amat berguna utk kehidupan seharian kita.

1. Al-fatihah sebagai penawar segala penyakit
Bacakanlah surah ini sebanyak 40 kali pada sebekas air. Kemudian disapukanlah pada
muka, telapak tangan dan kaki serta seluruh tubuh pesakit. Khususnya orang yang
mengalami demam panas. Insya allah afiat.

2. Al-fatihah untuk menghilangkan kesakitan
Bacalah surah ini sebanyak tiga kali ke atas tempat yang sakit berserta dengan doa.

3. Fadilat Al-fatihah
a) Jika dibaca sewaktu hendak tidur disertakan dengan surah al-
ikhlas dan muawwidzatain, amanlah dari segala hal melainkan ajal.

b) Jika ingin bermohon sesuatu dari Allah SWT, bacalah sebanyak 41 kali antara sunat
subuh dan fardhu subuh sehingga 40 (tidak lebih). Insya allah dipenuhi hajatnya.

c) Jika dibacanya beserta bismillah diantara sunat subuh dan fardhu subuh dengan
istiqomah. Jika ingin pangkat, terkabullah. Jika miskin dan berhutang, insya allah kaya
dan mampu membayar segala hutang piutang. Kalau sakit, maka sembuhlah. Jika
punya anak, maka jadilah anak tersebut anak yang soleh.

d) Jika dibacanya sebanyak 20 kali setiap kali selesai sembahyang fardhu 5 waktu,
maka Allah SWT akan meluaskan pintu rezekinya, baiki akhlaknya, permudahkan
urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerah apa yang mereka
angan-angankan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, berwibawa, berpangkat luhur,
kehidupan yang baik dan anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan
serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

e) Jika ia mengamalkan bacannya sebanyak 125 kali selesai fardhu subuh, maka ia
perolehi kehendaknya dan diketemukan apa yang dicari-cari.

Amalan Tambahan Harian

3
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

f) Jika ia diamalkan membacanya di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali,
maka Allah SWT bukakan pintu rezekinya dan dipermudahkan urusannya tanpa
kepayahan dan kesulitan.

4. Antara khasiatnya seperti

Bacanya sebanyak 40 kali untuk mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit bisa
(ditekap dengan tangan), sakit perut dan lain-lain.
Bacanya sebanyak 40 kali pada tempat berisi air. Diusapkan pada kedua belah
tangan, kedua kaki, muka, kepala, seluruh badan dan minum bakinya, insya
allah sembuh.
Tulisnya dengan huruf terpisah-pisah dan dileburkan dengan air bersih dan
diminum oleh pesakit, insya allah akan sembuh.
Tulisnya dalam tulisan arab di tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air
dan diberi minum kepada pelupa, insya allah akan hilang sidat pelupa tersebut
dengan izin Allah.
Untuk sakit sengatan, isi ari suci didalam bekas yang bersih dan dicampur sedikit
garam. Lalu dibaca surah ini sebanyak 7 kali dan diberi minum kepada pesakit.
Sakit gigi. Letakkan jari ditempat yang sakit lalu bacalah surah ini sebanyak 7
kali.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, Membaca Fatihah Al Quran
pahalanya seperti sepertiga Al Quran. Nabi juga bersabda, Surah Al Fatihah adalah
untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya dan Fatihah itu pembukan maksud bagi
orang-orang mukmin.

AMALAN SELEPAS SOLAT

Untuk amalan selepas solat, eloklah membaca al-fatihah sebanyak 20 kali tiap-tiap
selesai solat bermakna ada 100 kali bacaan dan jika hendak buat lebih dari itu lebih
bagus.

Solat Maghrib

1) Amalkan bacaan al-fatihah 21 kali
2) Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3 kali
3) Ayat Kursi 3 kali
4) Baca Asas 10 Zikir (10+10)
5) Surah Yaasin

Solat Isyak

1) Amalkan bacaan al-fatihah 21 kali
Amalan Tambahan Harian

4
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2) Baca surah Ar-Rahman/As-Shoffat/ Al-Jin/Al-Waqiah/Ad-Dukhan
3) Baca Asas 10 Zikir (10+10)

Solat Subuh.

Setelah solat Subuh, bacalah Ayat suci berikut ini terus menerus hingga matahari
terbit:

1) Amalkan bacaan al-fatihah 21 kali
2) Baca Al-Mathurat (ada di bahagian tajuk al-mathurat)
3) At-taubah ayat 128-129

4) Al-haqqa ayat 46

5) Baca Asas 10 Zikir (10+10)

Solat Zohor

1) Amalkan bacaan al-fatihah 21 kali
2) Baca surah Al-Jin
3) Baca Asas 10 Zikir (10+10)

Solat Asar

1) Amalkan bacaan al-fatihah 21 kali
Amalan Tambahan Harian

5
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2) Baca Al-Mathurat
3) Baca Asas 10 Zikir (10+10)

* Baca Asas 10 Zikir (10+10) bermakna asas 10 zikir darussyifa dan asas 10 zikir
mustakim. Download percuma di http://klinik-muallij.blogspot.com dan cetak/

Sebelum tidur

1) Amalkan bacaan bismillahirrahmnirrahim 21 kali dan al-fatihah 21 kali
2) Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3 kali.
- ditiup di tapak tangan dan disapukan keseluruh anggota badan
3) Ayat Kursi 3 kali

Untuk amalan seterusnya juga dilaksanakan setiap hari tidak kira masa sama ada
ketika lepas solat, bekerja, beriadah dan lain-lain lagi. Seeloknya dalam keadaan
berwuduk.

SELAWAT SYIFA


Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya.
Caranya ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian
sapukan di atas tempat yang sakit, untuk bengkak atau terseliuh elok dicampur dengan
bawang merah yang telah ditumbuk. Insya' ALLAH dengan izin ALLAH maka hilanglah
sakit atau bekas itu.

Rawatan sihir yang kami petik dari Fatwa Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti
besar Arab Saudi.

a. Ambil 7 helai daun bidara (sidr), dan ditumbuk menggunakan 2 ketul batu.
b. Dimasukkan daun tersebut didalam bijana air.
c. Bacakan ayat-ayat dibawah ini keatas air dan dituipkan keaatasnya.
d. Jika pesakit berada dihadapan anda, hembuskan kepadanya juga.
Amalan Tambahan Harian

6
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

e. Air tadi dibuat mandi, dan selebih dibuat minum.

AYAT 7

Faedah dan khasiat ayat tujuh ini sangat banyak iaitu jika diamalkan selalu tidak ada
seseorang akan memberi mudarat, aman sentosa dari segala kebinasaan, terpelihara
daripada musuh dan bala dengan izin Allah swt.

Jika diwiridkan pada waktu subuh dan maghrib akan memudahkan rezeki, terpelihara
daripada ganguan jin dan syaitan, terpelihara dari fitnah, segala hajat dan cita-cita
mudah berhasil dan mudah terlepas daripada sesuatu derita, kesulitan dan kesusahan.
Insya-Allah.
Dan menurut kitab Maju Syarif, bahawa barangsiapa yang membaca atau menanggung
(membawa) ayat tujuh, nescaya tiada kuasa oleh seseorang memberi mudarat
kepadanya dengan izin Allah swt.

1) At-Taubah ayat 51
% 9 $;` ) $ =F2 !# $9 $99 ? !#
2G= `9#

2) Yunus ayat 107
) 7` !# / #%2 `&! ) ) 8`
2 # &#9 =` / '$ $6
'9# `m9#
3) Hud ayat 6
Amalan Tambahan Harian

7
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

$ /# {# ) ? !# $% `= $)F``
$F`` . =G2 7
4) Hud Ayat 56
) M=.? ? !# 1 3/ $ /# ) {#
$J$/ ) 1 ? )G`




5) Al-ankabut ayat 60
(2 /# `tB $% !# $%` .$) 9#
`=9#
6) Al-Faathir ayat 2
$ xG !# $=9 q 7` $9 $ 7`
` 9 / '9# `3t:#

7) Az-Zumar ayat 38
.! F9' ,={ N9# {# 9)9 !# %
F& $ `? !# ) #& !# /
Amalan Tambahan Harian

8
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

M. & #& m/ M3` Gq
% <`m !# = `2G =.G9#
AYAT PERANG (AYAT 5)

Mengentarkan hati musuh dan memberi keberanian luarbiasa kepada pengamal.
Setiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh huruf QAF (kaf besar), sebab itulah
ayat limaini boleh juga disebut dengan Ayat Lima Puluh QAF.

Ibnu Masud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w selalu membaca ayat lima ini
baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dalam
peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir
dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan ALLAH S.W.T.

Sayyidah Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa bila
ayat 5 ditulis di dalam bejana, kemudian diisi air dan airnya diminum pada hari jumaat,
maka ALLAH akan menyembuhkan penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur
hidayah, keyakinan dan kasih sayang.

Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh ALLAH
S.W.T dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh kepadanya semua orang-orang
yang dipimpinnya.

Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam
pertempuran, maka ALLAH akan memecah-belahkan kekuatan musuh.

Jika menghadap raja yang kejam, ia akan terpelihara dari kekejamannya dan tipu
dayanya. Ayat lima adalah dinding dari kejahatan manusia dan jin serta syaitan.

Salman Al-Farsi r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadaku
ayat lima kemudian beliau berkata: siapa yang membaca dan mengamalkannya,
ALLAH S.W.T akan melanjutkan usianya dan mengampuni dosanya dan mudah
tercapai apa yang dikehendaki. (keterangan ini diambil dari Tafsir Al-Arais)

1) Al-Baqarah ayat 246
Amalan Tambahan Harian

9
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

9& ? <) 9# _/ `) / ` ) #9$% <9
`; ]/# $9 $6= F) 6 !# $% `F )
=G2 `6= `$F)9# & #=G)? #9$% $ $9 & G)
6 !# % $_z& $ $$/& $= =G. `=
`$F)9# #9? ) =% ` !# = =9$/



2) Al-Imran ayat 181
)9 !# % %!# #9$% ) !# ) t '$&
=G3 $ #9$% `=F% $;{# / ,m `) #% U#
,9#
3) An-Nisa ayat 77
Amalan Tambahan Harian

10
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

`9& ? <) %!# % ; #. 3& #%& =9# #?#
.9# $> =G. `= `$F)9# #) , ] $9#
. !# & & z #9$% $/ 9 M6G. $= $F)9#
9 $?z& <) _& =% % F $9# =% z# z
9 +?# =? G

4) Al-Maidah ayat 27
`?# = '6 `_/# # ,s9$/ ) $/% $$/% 6)F
$n& 9 6)F` z# $% 7=F%{ $% $) `7)G
!# )F9#
5) Ar-Radu ayat 16
% > N9# {# % !# % ?B$&
$9& 3= { $ # % G`
Amalan Tambahan Harian

11
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

{# 79# & G`@ M>9# '9# & #=_ !
%. #)=z )=. 6F ,=:# = % !# ,=z . `
n9# `)9#

DOA SERIBU DINAR

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
2. barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal
kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan
urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu.
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat
hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat
ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang
sebanyak tiga kali, insyaAllah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal
ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah
taala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah
Amalan Tambahan Harian

12
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Taala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan
yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan
dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum,
insyaAllah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman
orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara,
beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-
mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Taala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul
dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah
beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang
lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah
sekurang-kurangnya tiga kali

ZIKIR LAM JALALLAH

1. Ini adalah senjata ghaib di mana dengan mengamalkannya serta membacanya serta
membayangkan ianya adalah senjata seperti pedang, panah, batu berapi, pistol dan
apa sahaja lalu dilancarkan kepada jin yang degil. Juga digunakan dalam menangani
kes2 yang melibatkan rasukan atau sihir.

2. Senjata ghaib adalah salah satu teknik untuk menyelesaikan rasukan yang kronik.
Rasukan Kronik tidak boleh bagi seorang perawat main tarik pakai sentap dengan ilmu
lam Jalalah kerana Jin suka berpaut pada jantung pesakit. Rentapan yang mengejut
akan menyebabkan pesakit berkemungkinan menemui ajalnya. Senjata Ghaib yang
dilancarkan lebih kepada melekakan JIN rasukan. Perawat hendaklah memerhatikan
dengan tepat, apabila JIN tersebut asyik sibuk mengelak dari terjahan senjata2 Ghaib,
sudah pasti pergantungan dia pada jantung pesakit lucut. Maka masa ini, kaut dan
buang terus JIN tersebut.

3. Namun kaedah melancarkan senjata ghaib sebaiknya dimahirkan melalui guru
sehingga kita mendapat kaedah yang bersesuaian dengan diri sendiri.

Amalan Tambahan Harian

13
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

4. Untuk permulaan, jadikan rotan dan batang besi sebagai senjata ghaib dengan
membaca zikir ini 3 kali sebelum rawatan. Hanya niatkan apakah barang yang anda
pegang itu (besi) sebagai pedang berapi atau pistol dan bacakan ayat ini.

Amalan Tambahan Harian

14
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda






Amalan Tambahan Harian

15
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Bismillah 6 ini akan menjadi Bismillah 7 jika ditambah dengan Bismillahirrahmanirrahim
pada permulaan ayat ini (Bismillah 7 konsep TG Haron Din). Khasiatnya tetap sama.
Kaedah membacanya dimulakan alfatihah dan diakhiri selawat nabi. Berikut adalah
antara khasiat Bismillah 6:
Makbul segala hajat dan cita-cita.
Luas rezkinya.
Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
Amalan Tambahan Harian

16
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Menang dalam peperangan.
Penerang hati.
Diajuhkan dari segala penyakit.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim
yang hendak membunuhnya.
Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
Dibaca di malam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
Aman daripada binatang2 buas.
Air laut menjadi tawar.
Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman
babi, tikus atau burung.
Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
Terselamat dari karam dilaut.
Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan
beranak jika meminumnya.
Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari
iblisnya.
Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular
dan ikan.
Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang
rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan di
tempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Boleh juga dibacakan ayat ini pada air untuk
disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit
dan diikuti oleh muntah, insyaALLAH.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun
atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan
meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

Gelas minuman yang mengandungi racun akan pecah kalau dipegang oleh pengamal
BismiLLAH 6. InsyaALLAH.
Amalan Tambahan Harian

17
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Namun, perlu kita ingat ayat tidak memberi kesan jika kita berharap padanya,
pergantungan kita hanya satu iaitu ALLAH zat yang maha agung, ayat sebagai ikhtiar
kita dalam amalan. Istiqomah seribu karomah.

QUNUT NAZILAH

Amalan Tambahan Harian

18
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan Mu, kami meminta ampun
kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah
kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami bersolat dan
sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu
dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka
yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam
kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka
berada. Angkatkanlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan
kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak
sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.

keterangan:

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam
solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh
malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa
musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini
tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Amalan Tambahan Harian

19
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-
ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadith berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membaca doa qunut nazilah pada
waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
Qunut ini boleh dibacakan pada setiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala
bencana atau sebarang cubaan dari ALLAH S.W.T
Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku pada rakaat terakhir.
Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh
makmum dalam solat yang berjemaah.
Peringatan! qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu
musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika
berlaku sesuatu perkara buruk. Berdasarkan hadith berikut:

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membaca doa qunut pada waktu
selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada juga ditemui qunut nazilah yang ringkas seperti berikut:

Kalimat Tammah Jibril
Penjelasan:
Ketika Rasulullah s.a.w sedang dalam perjalanan ke israa, sebelum sampai ke tempat
yang ditujui tercium olehnya bau yang harum, bau Masitah penyisir anak firaun. Disitu
Nabi s.a.w melihat ifrit yang mengikuti dari belakang dengan obor api pembakar
kebenaran hendak membinasakan Rasulullah s.a.w. malaikat Jibril mengajarkan
kalimat sakti (Kalimat Tammah) untuk menolak dan mengahancurkan ifrit tersebut.
Kalimat itu dibaca oleh Rasulullah s.a.w maka ifrit tersungkur jatuh di atas
tanahterbakar menjadi abu oleh api obornya sendiri.
Maka dengan ini kalimat tersebut di atas dapat dipergunakan untuk mengusir ifrit dan
syaitan yang hendak melemahkan keimanan kita dan untuk menghindarkan diri dari
kejahatan manusia yang mengikuti nafsu syaitannya dan dari segala kejahatan apa saja
yang ada di dunia ini.

Keterangan:
Amalan Tambahan Harian

20
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

1. Kalimat yang sempurna: Kitab Al-Quran yang berisi kalimat-kalimat sakti,
tatacara pergaulan, ibadat, anjuran peringatan, keimanan, sejarah berhikmah
dan sebagainya.
2. Kejahatan yang turun dari langit: Bala, wabak, udara buruk, taufan, petir,
rihulahmar, kuman-kuman, penyakit yang berterbangan di udara dan
sebagainya.
3. Kejahatan yang naik ke langit: Cacatan amal buruk yang dibawa naik oleh
malaikat-malaikat ke langit, roh orang-orang jahat, iblis yang mencuri berita di
langit dan sebagainya.
4. Kejahatan yang terjadi di muka bumi: Gangguan syaitan, jin dan manusia,
binatang buas, kezaliman, hasut, fitnah, buruk sangka, niat jahat, peperangan
dan sebagainya.
5. Kejahatan yang keluar dari bumi: Gempa bumi, gunung berapi, gas beracun,
binatang-binatang yang keluar dari bumi, berbisa dan sebagainya.

Kaedah:

1. Biasakanlah beristighfar dengan memohon pertolongan Allah

Wahai zat yang maha hidup dan berdiri sendiri, dengan rahmatMu ku mohon
pertolongan
Ya Allah bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah
dengan baik kepadaMu
Tidak ada Tuhan selai Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang menzalimi diri
sendiri

2. Selanjutnya bacalah doa-doa perlindungan yang banyak diajari oleh Rasullullah
diantaranya:
Amalan Tambahan Harian

21
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Aku berlindung kepadaMu Allah dari syaitan yang terkutuk

Aku berlindung kepadaMu Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui dari
syaitan yang terkutuk




Ya Allah engkau tuhanku tiada tuhan selainMu, kepadaMu aku bertawakal dan
engkaulah singgahsana yang agung. Segalanya atas kehendak Allah dan apapun tanpa
Amalan Tambahan Harian

22
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

kehendakNya tidak terwujud. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah.
Ketahuilah bahawa Allah mampu melakukan apapun dan bahawasanya ilmu Allah
meliputi segalanya. Dan dia (menghitung) segalanya dengan terperinci. Ya Allah
sesungguhnya aku berlindung diri kepadaMu dari segala keburukan jiwaku, kejahatan
syaitan dan sekutunya dan dari kejahatan yang melata yang engkaulah pemegang
ubun-ubunnya. Sesunggunya Tuhanku berada jalan yang lurus. (Hadis Riwayat
Bukhari)

Ini dia Rukyah Jibril yang diajarkan kepada rasullullah:










Amalan Tambahan Harian

23
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Rukyah Jibril Versi Darussyifa


Amalan Tambahan Harian

24
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



Allah Maha Besar, Allah maha perkasa dari segala makhluknya, Allah lebih perkasa
dari segala yang aku takuti dan aku khuatirkan. Aku berlindung dariMu Ya Allah dan
tiada tuhan selainNya, yang menahan tujuh lapis langit hingga tidak jatuh menimpa
bumi namun akan terjadi dengan kehendakNya, dari kejahatan ...(sebut nama orang
jika tahu) dengan para tenteranya dan pengikutnya dari jenis jin dan manusia. Ya Allah
jadikanlah perlindungan untukku dari kejahatan mereka. Mulaikanlah segala sifatMu,
perkasalah perlindunganMu, maha berkahlah namaMu dan tidak ada perlindunganMu,
maha berkahlah namaMu dan tiada tuhan selainMu.







Amalan Tambahan Harian

25
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


NURUN NUBUWWAH

Amalan Tambahan Harian

26
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Ertinya:
Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang
mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain
dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan
sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika
mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan
al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan
Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia,
panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku,
cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih
hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : Yang haq telah datang dan yang
batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu
yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada
orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia
dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji
bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat
menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas
hati benar-benar kerana Allah.
Dan di antara khasiat khasiatnya adalah seperti berikut;
(1) Pelindung dari Sihir.
(2) Hajat Tercapai.
(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
(4) Dimuliakan orang
(5) Pengasih
(6) Air masin menjadi tawar
(7) Bertemu para nabi.
(8) Penyembuh Kesakitan.
(9) Mengubat dari kerasukan.
(10) Kuat berjalan
(11) Turun hujan.
(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Amalan Tambahan Harian

27
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

(13) Musuh menjadi takut
(14) Sulit bersalin.
(15) Sakit mata
(16) Penawar gigitan ular
(17) Raja Jin.
(18) Terhindar dari Kekufuran.
(19) Menjumpai Jin.
(20) Penyelamat siksa neraka.
(21) Ingin mimpi yang indah.
(22) Awet Muda
(23) Memberi keselamatan.
(24) Menjadi kuat
(25) Gigitan yang kuat
(26) Penyeri wajah.
(27) Binatang menjadi patuh.
(28) Melamar wanita.
(29) Harta dunia.
















Amalan Tambahan Harian

28
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BISMILLAH 9
Bacalah ayat ini selepas dari tiap-tiap kali sembahyang kerana fazilatnya amat besar:
1) Menjadi pagar baginya dalam sebarang kecemasan
2) Tidak dapat dibinasa oleh musuh melainkan beroleh kemenangan.
3) Menyampaikan sebarang hajat.









Amalan Tambahan Harian

29
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

BISMILLAH 20
Diamalkan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Amalan Tambahan Harian

30
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

PENGHULU ISTIGHFAR
Ketahanan roh

Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan
aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian
setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari
kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan
kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada
yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin
Dan Rasulullah Saw bersabda: sayyidul istighfar adalah engkau mengucapkan: "Ya
Allah, Engkau Rabbku, tidak ada tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku,
dan aku adalah hamba-Mu dan aku akan terus berada dalam jalan dan janji-Mu selama
aku mampun. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang telah aku perbuat,
dan aku mengakui nikmat yang Engkau berikan kepadaku, dan aku akui pula dosa yang
telah aku perbuat, maka ampunilah daku, karena tidak ada yang dapat mengampuni
dosa selain daripada Engkau." [Hadits diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Ad
Da'awat dari Syidad bin Aus dengan nombor: (6306)].
Syeikh Ibnu Abi Hamzah berkata: dalam hadits ini terkumpulkan keelokan makna dan
keindahan lafazh, sehingga memang ia berhak disebut sebagai sayyidul istighfar. Di
dalamnya terdapat pengakuan bagi Allah SWT atas ke-Tuhanan-Nya, bagi diri-Nya
semata, dan penyembahan kepada-Nya. Juga pengakuan bahwa Dia adalah Sang
Pencipta, pengakuan akan perjanjian yang telah diambilnya dari Allah SWT,
Amalan Tambahan Harian

31
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

pengharapan akan janji yang telah diberikan oleh Allah SWT, perlindungan dari
kejahatan yang dilakukan oleh hamba atas diirnya sendiri, penisbahan nikmat
kepadaNya, sementara menisbahkan dosa kepada dirinya sendiri, juga keinginannya
untuk meminta ampunan, serta pengakuannya bahwa tidak ada seorangpun yang dapat
memberikan pengampunan itu selain Allah SWT. Seluruh sisi itu menunjukkan
penyatuan antara sisi syari'ah dengan hakikat.. Karena kewajiban-kewajiban syari'ah
terwujudkan dengan adanya pertolongan dan bantuan Allah SWT. Inilah apa yang
dikatakan sebagai hakikat.