Anda di halaman 1dari 23

Pelbagai Jenis Selawat Nabi

1
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


PELBAGAI
JENIS
SELAWAT
NABI





Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib
12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)
tanpa hakcipta ilmu untuk semua
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
2
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Asas Selawat Nabi



Firman Allah



Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke
atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah
kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab:
56]
Pengertian Selawat

Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah
doa , rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat .

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .
( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad
S.A.W. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta
mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad
S.A.W , bererti malaikat mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta
keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui
kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan
mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .


Hukum Membaca Selawat

Pelbagai Jenis Selawat Nabi
3
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca
selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya :

1. Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir,
iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .

2. Imam Asy-Syabi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-
dua tasyhud awal dan akhir.

3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama
ada dlm tasyahud awal atau akhir.

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira
bilangannya .

5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam
seumur hidup walaupun hanya sekali.

6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang
menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W

7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap sesuatu
majlis.

8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu
pekerjaan yang disukai sahaja.

9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib.

Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah
dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta
sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada
Nabi S.A.W.

Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1.Sabda Nabi S.A.W Dari Ibnu Masud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling
banyak berselawat kepadaku. ( Hadis Riwayat At-Trimidzi)

2. Sabda Nabi s.a.w : Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya
sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan
sebagaimana aku diutus. (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib)

3. Sabda Nabi s.a.w : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w
bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
4
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan
sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . ( Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi s.a.w : Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam
kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam
kepadanya. ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w
adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh
kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan
sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan
dalam kehidupan kaum Muslimin .

Waktu-Waktu berselawat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat dan waktu yang
dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w.
Diantaranya :

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya .
Nabi s.aw bersabda : Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka
hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu
berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan
apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon
kepadamu limpahan rahmat-Mu . (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid
beliau membaca selawat yang bermaksud Dengan Nama Allah , selawatlah
keatas Muhammad

2. Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : Apabila kamu
mendengar muazzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan
yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku .
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .

4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafie dalam Al-Musnad :
Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah
bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua
dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.

5. Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian
ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya
seperti yang bermaksud Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah
jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah ,
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
5
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan
berilah rahmat kepadaku.

6. Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : Sesungguhnya doa itu
berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya
sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

7. Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa
disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud
Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad .

8. Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud
Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya
kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . (Hadis Riwayat Thabarani)

9. Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafie para khatib wajib
membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah ,
sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .

10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi
s.a.w : Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi
kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab
salamnya. ( Hadis Riwayat Abu Daud )

11. Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : Memang disuruh seseorang
membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala
keadaan . ( Hadis Riwayat Syafii &Daraquthni )

12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w :
Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah
menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya,
melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah
menghendaki nescaya akan mengampuni mereka . (Hadis Riwayat At-Tirmidzi
& Abu Daud)

13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda
Nabi s.a.w : Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah
yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan
berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum
mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . (Hadis
riwayat Ibnu Sunni)

14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda
Nabi s.a.w : Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah
(memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan
hilang barkahnya . ( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
6
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

15. ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w :
orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang
menyebut namaku di sisinya . ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : Jika telinga salah seorang
dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat
kepadaku . (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

17.Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin
Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : Ya
Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk
engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w Kalau demikian Allah akan memelihara
engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. (Hadis Riwayat
Ahmad)

18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : Barang siapa
berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali ,
maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . ( Hadis Riwayat Thabarani )

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.

2) Ditulis sepuluh kebajikan.

3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.

4) Diangkat sepuluh darjat.

5) Memperolehi kesempurnaan iman.

6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.

10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.

11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

Pelbagai Jenis Selawat Nabi
7
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat
pahala sedekah)

16) Terhindar dari kefakiran.

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.

19) Terhindar dari orang-orang bakhil.

20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.

21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

22) Menjadi zakat dan pembersih diri.

23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.

24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.

26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.

28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di
akhirat.

30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

JENIS-JENIS SELAWAT

Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan
pada waktu petang sepuluh kali, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari
kiamat.
Hadith Riwayat Thabarani

Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku.
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
8
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Hadith Riwayat Ibnu Adi dan Al-Baihaqi

Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya
sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.
Hadith Riwayat Ibnu Hibban

Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku Azzawajalla maka dia (Jibril)
berkata:
Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadamu dari umatmu, ALLAH s.w.t
mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa
dan ALLAH mengangkat baginya sepuluh darjat dan ALLAH menolak atasnya
yang seumpamanya.
Hadith Riwayat Ahmad

Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening
jiwa pembersih dosa).
Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih

Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH menurunkan rahmat
kepadanya sepuluh kali.
Hadith Riwayat Muslim

Dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat
kepada Nabi Muhammad s.a.w mengandungi 10 macam faedah dan
mendatangkan kemuliaan iaitu:

Memperoleh selawat dari Tuhan Penguasa Alam.
Memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w.
Memdapat pimpinan dari malaikat yang baik baik.
Menghapuskan dosa.
Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
Mempunyai perbezaan dengan orang munafik dan kafir.
Memperoleh nur zahir dan batin.
Mendapat keselamatan dari azab neraka.
Membolehkan memasuki syurga.
Memperoleh ucapan selamat dari ALLAH s.w.t.

Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadith, bahawa
membaca selawat kepada Nabi s.a.w akan memperoleh berbagai-bagai faedah
yang amat besar diantaranya:

Memperoleh limpah rahmat dari ALLAH.
Ditulis sepuluh kebajikan.
Dihapuskan sepuluh kejahatan.
Diangkat sepuluh darjat.
Memperoleh kesempurnaan iman.
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
9
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
Mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.
Memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.
Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
Memperoleh hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w.
Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
Terhindar dari kefakiran.
Dipandang sebagai orang yang mencintai Rasulullah s.a.w.
Meperoleh keberkatan dalam hidup.
Terhindar dari orang-orang yang bakhil.
Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH s.w.t.
Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
Menjadi zakat dan pembersih diri.
Memperoleh selawat dari ALLAH dan para malaikat.
Memperoleh pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

1. Selawat Syifa


Khasiat: Medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca
pada air atau ubat tradisional

Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana
yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
10
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2. Selawat Tafrijiah.


Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang
sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab
terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya
kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian
serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman
mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan
salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan
nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang
menguasai seluruh alam.

Selawat Nariyah disebut juga selawat Tafrijiyyah yang ertinya terbuka
sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan
kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar
kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan
sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas
solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan
apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi
orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap
selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus
rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula
sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah
SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala
peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

-Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap
hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan
mendapat kedudukan yang tinggi.

Pelbagai Jenis Selawat Nabi
11
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
-Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100
KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala
urusan kehidupan.

-Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka
beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan
tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

3. Selawat Munjiyat/Selawat Munjiyyah

Keterangan:
Syeikh Al-Buni dan imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat,
samada hajat dunia mahupun hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000
kali dan waktu tengah malam, maka insyaALLAH tuhan akan menunaikan
hajatnya dengan segera.
Imam Dainuri menerangkan, jika pada suatu waktu umat islam ditimpa
kesusahan atau penyakit menular atau adanya suatu pengharapan agar
tercapai cita-cita, hendaklah membaca selawat atas nabi Muhammad s.a.w.
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
12
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Selawat Munjiyah baik juga diamalkan dibaca sekali setiap selesai solat fardhu.


4. Selawat Fatih


5. Selawat Jibril



6. Selawat Syafi
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
13
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


7. Selawat Ar-rauf Ar-Rahim













8. Selawat Tasyahud (Paling Afdal)
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
14
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


9. Selawat Al-Inam






10. Selawat Juwairiah/ Selawat Jawahir
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
15
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



SELAWAT IMAM SYAFIE 1



" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas nabi kami Muhammad setiap kali orang-
orang yang mengingatinya berselawat keatasnya dan orang-orang yang lalai
terlupa untuk berselawat keatasnya"

Fadhilatnya:
Menurut Imam Syafi'e, selawat ini mempunyai kedudukan yang
tinggi,mendatangkan keutamaan dan mendapat keampunan ALLAH.





SELAWAT IMAM SYAFI'E 2
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
16
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
" Wahai ALLAH ! Rahmatilah Muhammad dengan bilangan barangsiapa yang
berselawat ke atasnya dan rahmatilah Muhammad dengan bilangan sesiapa
yang belum berselawat ke atasnya dan rahmatilah Muhammad sebagaimana
yang Engkau telah perintahkan untuk mengerjakan untuk mengerjakan solat
dan rahmatilah Muhammad sebagaimana Engkau sukakan orang yang
berselawat ke atasnya dan rahmatilah Muhammad sebagaimana layak selawat
itu untuknya."

Fadhilatnya:
Menurut Imam Syafi'e selawat ini mendatangkan keampunan dan kerahmatan
dari ALLAH .

SELAWAT MUKAFA'AH



" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! Rahmatilah penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga
baginda dengan rahmat yang berkekalan, yang diterima dan dengan rahmat itu
akan menunaikan haknya bagi pihak kami."

Pelbagai Jenis Selawat Nabi
17
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Fadhilatnya:

Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan tergolong sebagai orang-
orang yang cintakan Nabi Muhammad s.a.w.

SELAWAT SA'ADAH



" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Wahai
ALLAH ! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat
sebagaimana dalam ilmu ALLAH, rahmat yang berkekalan dengan kekalnya
kerajaan ALLAH."

Fadhilatnya:

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, barangsiapa membaca selawat ini 1000 kali
pada malam Jumaat akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Menurut As-Syahwi, barangsiapa membaca selawat ini sekali dapat menyamai
pahala membaca 600,000 selawat.

SELAWAT IBNU ABBAS



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! Wahai yang memiliki kelebihan yang berterusan keatas sekelian
makhluk,wahai pemilik kedua tangan yang sentiasa terbuka dengan kurniaan,
wahai Tuhan yang mempunyaipemberian-pemberian yang mulia, limpahkanlah
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
18
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
rahmat atas Muhammad, sebaik-baik manusia dengan penghormatan dan
ampunilah kami, wahai Tuhan Yang Maha Tinggi di petang ini.

Fadhilatnya:

1) Menurut Ibnu Abbas r.a., barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada
malam Jumaat atau siangnya, ALLAH akan mencatat baginya 1,000,000
kebajikan dan menghapuskan 1,000,000 kejahatan dan mengangkat 1,000,000
darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim Khalilullah pada hari
kiamat.
2) Barangsiapa sentiasa membaca selawat ini akan dapat menyinarkan hati dan
mudah memahami sesuatu yang dipelajari serta mencerdaskan fikiran.

SELAWAT SAIDINA ALI




Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi. Wahai
orang-orang beriman berselawatlah keatasnya dengan sesempurna selawat.
Wahai ALLAH ! Tuhanku dan keberkatan-Mu. Rahmat ALLAH yang baik dan
pengasih dan malaikat-malaikat muqarrobin, para anbiya, para sidiqqin,
syuhada dan para solihin dan barang apa bertasbih kepada-Mu dari sesuatu,
wahai Tuhan pemilik sekelian alam keatas penghulu segala rasul, imam orang-
orang yang bertakwa dan rasul Tuhan sekelian alam, yang
menyaksikan,pembawa berita gembira,penyeru kepada-Mu dengan keizinan-
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
19
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Mu, lampu yang menyinari dan kesejahteraan keatasnya.

Fadhilatnya :

Menurut Syeikh Zainudin Bin Hussain Al-Maraghi, selawat ini diajarkan oleh
Saidina Ali kepada para sahabatnya setelah jenazah Rasulullah s.w.a selesai
disembahyangkan sebagai suatu penghormatan yang amat besar dan mulia.
Barangsiapa membaca selawat ini, maka telah melahirkan penghormatan dan
memohon rahmat dari ALLAH bagi Rasulullah s.a.w.

SELAWAT JIBRIL 1

" Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! rahmatilah ke atas Muhammad, seorang nabi yang ummi dan ke
atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim dan ke
atas ahli keluarga Ibrahim dan berkatilah Muhammad nabi yang ummi dan
berkatilah ahli keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH !
Limpahkanlah kasih sayang dan rahmat-Mu ke atas Muhammad sebagaimana
Engkau mengasihi dan merahmati Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH !
kasihkanlah Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau kasihkan Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Sejahterakanlah Muhammad dan
ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kurniakan kesejahteraan ke atas
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
20
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan
Maha Mulia".

Fadhilatnya:

Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa
membacanya akan mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan
juga syafaat dari baginda.

SELAWAT JIBRIL 2



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH !
Rahmatilah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad di
kalangan orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dan di kalangan
penduduk langit hinggalah ke hari kiamat.

Fadhilatnya:
Menurut imam Sya'rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi
s.a.w. kemudian beliau mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca
selawat ini akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w di hari
kiamat.















SELAWAT BARIYAH
Pelbagai Jenis Selawat Nabi
21
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad pesuruh ALLAH.
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan atas Nabi Muhammad kekasih ALLAH

Kami bertawassul dengan BISMILLAH dan membawa petunjuk utusan ALLAH.
Semua yang berjihad di jalan ALLAH khususnya pejuang Badar Ya ALLAH.

Ya ALLAH, selamatkanlah umat muslimin dari malapetaka dan kemurkaan-Mu.
Dari segala kedukaan dan kesusahan dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH.

Pelbagai Jenis Selawat Nabi
22
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Ya ALLAH, lepaskanlah dan hilangkanlah segala yang menyakiti dan balikkanlah
perdaya musuh, kasihanilah kami dengan berkat berkata pejuang Badar Ya
ALLAH

Ya ALLAH, lepaskanlah kami dari kesusahan dan kehancuran kerana akibat
orang maksiat, segala macam cubaan dan penyakit menular. Dengan berkat
pejuang Badar Ya ALLAH.

Banyak rahmat-Mu yang sudah diterima. Banyak kerendahan yang telah
disingkirkan. Banyak nikmat-Mu yang telah dikecapi. Dengan berkat pejuang
Badar Ya ALLAH.

Pelbagai Jenis Selawat Nabi
23
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda




Cukup banyak kemampuan Engkau beri selama hidup. Cukup banyak
kenikmatan Engkau rasakan pada yang berhajat. Cukup banyak kesalahan
Engkau rasakan pada yang berdosa. Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH.


Sesungguhnya bumi yang luas terasa sempit dalam dada orang yang tertimpa
bala.
Lepaskanlah kami dari cubaan yang menyusahkan. Dengan berkat pejuang
Badar Ya ALLAH


Kami menghadap-Mu dan mengharap kasihan-Mu. Dari Engkau sumber
kebaikan dan kebahagiaan. Hamparkan Ya ALLAH tangan kemurahan-Mu.
Dengan berkat pejuang Badar Ya ALLAH


Janganlah kiranya Engkau tolak pengharapan kami. Tetapi semoga dapat
Engkau terima dengan baik Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Hebat. Dengan berkat
pejuang Badar Ya ALLAH