Anda di halaman 1dari 96

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

1
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Makhluk halus
menurut
al-quran dan
assunnah



Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib
12 April 2010 (27 Rabiul Akhir 1431)
tanpa hakcipta ilmu untuk semua
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

PENDAHULUAN

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang
dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat
oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib
Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang
sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api
iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal
yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah
s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:

79 .69 ).=9 %! `` -9!, `)` =.9 !
% )` %! `` ! 79| ! 7=,% >!, /` `%`

AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka
yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka.

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang
kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat
dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal
kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini
merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak,
yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal
fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu
helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman
akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan
para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

3
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada
berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat.
Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhlukmakhluk selain
malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan penerangan khusus
mengenainya.

Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang
sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia,
iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah s.w.t.
telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam.
Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan
bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A'raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah
melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat
bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang
lain.

Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t.
yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah
Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang
termaktub dalam Surah al-A'raaf ayat 16 dan 17:

!% !, .s `-%{ ; 7L. ).`.`9 . . , =>
s ] s =!- > :. 3:

(Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan
menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akan datangi mereka dari
muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati
kebanyakan daripada mereka bersyukur.

Dalam perkataan diatas, menurut tatabahasa bahasa Arab, huruf ba di sini
menunjukkan Al-ba 'u lil-qasam ( )iaitu menunjukkan sumpah. Bermaksud bahawa iblis
telah bersumpah di hadapan Allah bahawa ia akan menghalang hamba manusia
daripada melakukan kebaikan.
Ada pendapat Iain yang mengatakan huruf ba di sini ialah lis-sababiyyah,
menunjukkan sebab. Maksudnya oleh sebab syaitan itu dilaknat dan dihukumkan kafir
oleh Allah s.w.t. berpunca daripada Adam, maka iblis bersumpah akan membalas
dendam terhadap diri Adam dan keturunannya supaya mereka semua sesat, terlaknat
dan terpesong daripada jalan yang diredhai Allah s.w.t. dan neraka bersama iblis.

Dalam ayat ini, Iblis bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke jalan yang
diredhai Allah s.w.t. sehingga mereka semua binasa atau sesat seperti dirinya juga.
Iblis jarang menyekat perbuatan baik seseorang itu namun apabila ia telah tiba di
peringkat akhir atau di penghujung jalan dalam usahanya untuk memperolehi
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

4
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

keredhaan Allah s.w.t. Iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluran yang
membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Iblis
bukan setakat menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk apabila
seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang, tetapi iblis akan sentiasa
menghalang supaya seseorang itu tidak bangun untuk bersembahyang. Jika seseorang
itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan merasakan bahawa
tidur itu lebih baik baginya. Apabila langkah tersebut tidak berjaya iblis dan kuncu-
kuncunya akan menggoda manusia ketika ia mengambil wuduk. Apabila ia juga tidak
berjaya dan manusia terus bangun bersembahyang, maka iblis dan kuncu-kuncunya
akan mengganggu manusia ketika ia bersembahyang. Dengan hal yang demikian
mungkin menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk semasa bersembahyang.
Akibatnya sembahyang yang dilakukannya itu tidak dapat membentuk peribadi yang
baik dan tidak berupaya menghindarkan dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan
mungkar.

Ayat seterusnya pula memperlihatkan setakat mana jalan-jalan itu disekat oleh iblis.
Ayat di atas bermaksud bahawa iblis menyekat manusia daripada melakukan perkara-
perkara yang diredhai Allah s.w.t. dari empat sudut iaitu dari depan, belakang, kanan
dan kiri, tanpa menyebut atas dan bawah. Iblis tidak menyebut yang ia akan menyekat
bahagian atas kerana ia tidak berupaya berbuat demikian. Bahagian ini adalah tempat
di antara seorang hamba dan rahmat Allah s.w.t. seperti yang disebut oleh Ibn Abbas.
Bahagian bawah tidak disebut kerana sifat takabur iblis yang tidak mahu tunduk
menyekat dari bahagian bawah. Tindakan iblis dan kuncu-kuncunya lebih berkesan dari
bahagian depan dan belakang dan kurang berkesan dari bahagian kanan dan kiri
kerana bahagian-bahagian ini dipelihara oleh malaikat.

Tegasnya peranan syaitan ialah menyesatkan manusia sejauh yang boleh (an-
Nisa':60). Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berwaspada dan memahami bahawa
makhluk-makhluk ini adalah musuh utama manusia, yang telah bersumpah di hadapan
Allah s.w.t. untuk membawa mereka semua ke neraka bersamasamanya, seperti yang
tersebut dalam Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169:

!! '_!9 =. ! _{ => !,L `-,.. ,L> L:9 | 39 s
, !| .``! .9!, !:`>9 9). ?s < ! =-.

Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan
itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu
berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la merupakan salah
satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan adalah
daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api. Adam pula dijadikan daripada
tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan manusia supaya taat kepada perintah Allah s.w.t.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

5
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Mereka dikenakan taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka dihisab dan diberi balasan.
Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir. Termasuk dalam
golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya. Dalam al-Quran disebutkan
bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-
macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang lalai dan ada yang lemah fikiran.
Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini
disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11:
! ! >=.9 ! 79 !. ,L %

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara kami ada
pula yang tidak demikian. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza.

Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya makhluk-makhluk jin yang beriman
kepada Allah s.w.t. sesudah kebangkitan nabi Muhammad seperti yang tersebut dalam
Surah al-Jinn ayat 13:

! !9 !- ; ! , ` ,, ! !. !)

Dan sesungguhnya kami ketika mendengar pertunjuk (al-Quran), kami beriman
kepadanya. Maka barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia tidak takut
pengurangan pahala dan tidak takut akan penambahan azab.

Pada satu, ketika ada satu golongan jin yang mendengar Rasulullah s.a.w.
membaca al-Quran, padahal baginda sendiri tidak mengetahui kehadiran mereka.
Peristiwa ini termaktub dalam al-Quran, Surah al-Ahqaaf ayat 29:

| !. 79| >9 `-.`. )9 != .> 9!% .. != .%
9 <| %
Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan
al-Quran, maka tatkala mereka hadir, mereka berkata diamlah kamu. Maka tatakala
selesai, mereka pun kembali kepada kaum mereka untuk memberi peringatan.

Ayat ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. telah mendatangkan sekumpulan jin kepada
Rasulullah s.a.w. untuk mendengar al-Quran. Ketika mereka mendengar, sebahagian
daripada mereka memperingatkan teman-teman yang lain supaya diam dan mendengar
al-Quran tadi. Setelah itu mereka pun balik menemui kaum mereka yang belum
beriman supaya beriman kepada Allah s.w.t. Jelasnya bahawa manusia dan jin itu
dicipta oleh Allah s.w.t. untuk menyembahnya Mereka diberi akal fikiran dan ikhtiar.
Perbuatan baik dan jahat mereka dihisab seperti yang dijelaskan dalam Surah al-A'raf
ayat 179:
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

6
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

)9 ! >9 .2 >: _} ; ',=% ) !, ; `s
.,` !, ; `-`. !, 79` -{l. , . 79` ` =-9

Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa banyak daripada
golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir
dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan
dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya.
Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat,
mereka itulah orang yang lalai.

Ayat ini menyatakan bahawa manusia dan jin itu diberi hati (fikiran), mata dan telinga
oleh Allah s.w.t. menurut naluri asal kejadian masing-masing. Walaupun demikian
banyak di antara mereka yang tidak menggunakan pemberian Allah. s.w.t. itu
sebagaimana seharusnya. Mereka tidak menggunakan pemberian Allah s.w.t. untuk
jalan yang benar demi untuk pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Sikap demikian itu
menyebabkan mereka seperti binatang yang tidak dapat membezakan antara yang baik
dan buruk. Ditinjau dari sudut lain, mereka sebenarnya sesat begitu jauh, lebih teruk
daripada binatang kerana binatang tidak mempunyai akal dan ikhtiar.

Allah s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi kebaikan manusia
dan jin di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. amat kaya dan tidak mengambil manfaat
daripada sifat taabbudi seseorang hambanya seperti yang tersebut dalam Surah adz-
Dzaariyyat ayat 56 dan 57:
! )=> >: _} | ,-9 ! ] ! -L`

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku. Aku tidak mahu
daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan.

Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan
unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan
salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan
jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan Makhluk
halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia.
Seperti yang dijelaskan bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk
menyesatkan manusia. Dalam keadaan demikian, kita seharusnya memahami bahawa
manusia adalah pihak yang sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala makhluk-
makhluk halus itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif (menyerang)
yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang dilakukan oleh manusia
secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian atauberkelompok yang bertujuan
untuk membinasakan sebarang makhluk halus kecuali dalam keadaan tertentu, setelah
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

7
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

manusia diganggu oleh makhluk-makhluk halus tadi. Tindakan manusia seperti ini
sebenarnya bukan bersifat ofensif. Mereka berbuat demikian semata-mata kerana
mengharapkan kesembuhan akibat kejahatan makhluk-makhluk halus tadi. Dari sinilah
kita akan dapat melihat kedudukan manusia yang sebenarnya, sering terdedah kepada
godaan musuhmusuh Allah s.w.t.

Iblis telah mengakui dan menyedari bahawa ia tidak berupaya hendak membinasakan
orang yang ikhlas. Namun demikian, sifat ikhlas itu tidak boleh diperoleh oleh semua
orang dengan begitu mudah. Sifat ikhlas merupakan satu natijah daripada gagasan
rangkaian iman yang wujud pada diri seseorang. Oleh sebab itu, tidak pelik jika iblis itu
tidak dapat menggoda orang yang ikhlas. Bagi mereka yang tidak beriman, iblis dan
syaitan adalah pemimpin mereka, tidak kira sama ada iblis dan syaitan itu bersifat
manusia ataupun daripada kalangan makhluk-makhluk halus. Dalam Surah al-A'raaf
ayat 27 Allah berfirman:
_, `6. L:9 !. _> 3, >9 _ !]s !.!,9 !`9
!: | 31 =,% > . !| !=-> L:9 !9 %#9
``

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia
telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Ia menanggalkan dari mereka
berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia
dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat
mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin
bagi mereka yang tidak beriman.

Jelasnya bahawa makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang tidak
ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la juga boleh
menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan udara, air dan
sebagainya.

Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan izin
Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa sekatan. Pada
satu ketika isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Safiyyah menziarahi baginda yang
sedang beriktikaf di masjid. Ketika Safiyyah hendak meninggalkan masjid baginda telah
mengiringinya sampai ke pintu masjid. Pada waktu yang sama datang dua orang lelaki
daripada golongan Ansar Ialu memberi salam. Rasulullah menjawab salam tadi dan
berkata: "Sila kamu berdua masuk. Dia ini ialah Safiyyah bin Hay". Mendengar kata
Rasulullah, mereka berdua pun mengucap "Subhanallah" . Kemudian Rasulullah
bersabda:
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

8
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Sesungguhnya syaitan itu memasuki tubuh manusia menurut aliran darah. Dan
sesungguhnya aku takut syaitan itu akan mencampakkan sesuatudalam hati kamu
berdua.
Peristiwa di atas terjadi pada bulan Ramadan. Mengirut kebiasaannya Rasulullah
s.a.w. sejak 21 hingga akhir bulan Ramadan akan berada di masiid siang dan malam
untuk beriktikaf. Pada satu malam Safiyyah berkunjung ke masjid kerana sesuatu
keperluan. Ketika pulang baginda menghantarnya hingga ke pintu masjid. Dua orang
Sahabat yang datang itu berlalu dengan cepat menyingkir diri setelah melihat
Rasulullah s.a.w. bersama seorang wanita, yang dirasakan mungkin bukan
mahramnya. Pada fikiran Sahabat tadi, dengan berbuat demikian, Rasulullah s.a.w.
tidak akan merasa malu bila berjumpa dengan mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w.
menerangkan keadaan yang sebenar, menyatakan perempuan yang bersamanya itu
ialah isterinya. Baginda khuatir kalau silap faham atau rasa curiga itu akan
menimbulkan fitnah besar, lebih-lebih lagi sekiranya hal ini terdengar oleh orang-orang
munafik, seperti peristiwa yang telah menimpa Aishah, pada peristiwa HadithuI-ifq.
Walaupun demikian segala jenis makhluk halus tidak boleh menjelma menyerupai
Rasulullah s.a.w. Sebuah hadith riwayat Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:

Barangsiapa melihat aku dalam tidur, maka sesungguhnya ia betul telah melihat akan
daku kerana syaitan itu tidak akan menjelma menyerupai akan daku.

Sebuah hadis lain riwayat daripada Jabir r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:

Barangsiapa melihat akan daku dalam tidur, maka sesungguhnya ia telah melihat akan
daku. Maka sesungguhnya syaitan tidak berupaya menjelma menyerupaiku.

Tentang jenis-jenis makhluk halus ini, Imam At-Tabrani telah meriwayatkan sebuah
hadis dengan katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan mempunyai sayap yang boleh terbang di
angkasa, satu golongan berupa ular dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat.

Abu Darda' telah meriwayatkan secara marfu' hadis yang berbunyi:

Allah menjadikan jin itu 3 golongan. Golongan ular, kala jeengking dan binatang tanah,
golongan semacam angin di udara dan satu golongan di atas mereka hisab dan
balasan. Dan Allah menciptakan manusia 3 jenis, satu jenis seperti binatang. Dalam
kitab Gharaibu wa 'AjaibiiI-Jinn karangan AI-Qadi Baharuddin menyebutkan tentang
adanya sejenis jin yang separuh rupanya seperti manusia, namanya Shaqq, kerjanya
menghalangi orang yang musafir bersendirian dan adakalanya membinasakan dia.
Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan
dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari. Lalu ia mengadu
kepada baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu adalah perbuatan syaitan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

9
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam dat.anglah satu lembaga menyerupai
gajah. Apabila tiba ke pintu, lembaga itu masuk melalui celah-celah pintu setelah
bertukar daripada rupa asalnya. Apabila ditangkap dan diberi amaran untuk dibawa ke
hadapan Rasulullah s.a.w., lembaga itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya
lagi. Pada keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang telah
dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata bahawa lembaga itu
telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab
bahawa lembaga itu akan datang lagi dan menyuruh Muaz menunggu. Pada malam
yang kedua Muaz telah menunggunya dan menangkap lembaga tadi tetapi
melepaskannya apabila in merayu dan berjanji tidak akan datang lagi. Pada malam
ketiga lembaga tadi datang lagi Ialu ditangkap. Akhirnya ia dilepaskan oleh Muaz
setelah memberitahu kegunaan dua ayat AI-Quran, iaitu ayat al-Kursi dan ayat di akhir
surah al-Baqarah (Aamanarrasul). Jika ayat-ayat ini dibaca dalam sebuah rumah,
syaitan tidak akan datang ke rumah tersebut. Ayat kedua yang dimaksudkan ialah
Surah al-Baqarah ayat 285:

`9 !, 9| , `9 . <!, .3= ,.. &#'
, > &# 9!% !- !-L 7s !, 9| .9

Sebuah hadis lain yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab, menyatakan bahawasanya ia
mempunyai satu bekas berisi tamar dipertaruhkan kepadanya. Tiba-tiba didapati isinya
telah susut. Pada satu malam ia telah terjaga, tiba-tiba terlihat bayangan seorang
budak. Lalu ia memberi salam kepada budak tadi dan dijawab salamnya. Apabila
ditanya siapa dia yang sebenarnya, adakah jin atau manusia. Lembaga itu menjawab
mengatakan bahawa ia adalah jin. Ubai bin Kaab meminta supaya lembaga itu
menghulurkan tangannya. Apabila dihulurkan, didapati tangan itu seperti tangan anjing
begitu juga rambutnya. Bila ditanya adakah jin dijadikan sedemikian rupa. Dijawab,
bahawa bentuk jin adalah lebih dahsyat daripada dirinya.

Berdasarkan ringkasan maksud hadis-hadis di atas, menunjukkan bahawa makhluk-
makhluk halus berupaya menjelmakan dirinya dalam berbagai-bagai bentuk kecuali
rupa Rasulullah s.a.w. Imam Muslim meriwayatkan bahawa seorang pemuda kaum
Ansar telah membunuh ular dalam rumahnya Ialu ular itu mati. Rasulullah s.a.w.
bersabda:

Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila
kamu lihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata
kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan.

Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Said al-Khudri
yang telah menceritakan bahawa pada satu hari ia mempunyai seorang tamu. Tiba-tiba
tamu itu melihat ular dan hendak membanuhnya. Abu Said telah melarangnya
membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

10
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada
Sabahat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan
keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w.
telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya
membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah.
Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang.

Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu
rumahnya dengan pintu besar. Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing
hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu, menyuruhnya masuk ke rumah
untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi. Pemuda itu terus masuk ke dalam.
Didapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut
dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan
memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok di hadapan
rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama
selepas ular itu mati.

Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami
meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah.
s.a.w. telah bersabda:

Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila
kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata
kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan.

Seperti yang dijelaskan bahawa makhluk-makhluk halus itu ada 3 jenis, iaitu jin, syaitan
dan iblis. Di antara jin-jin tersebut, ada yang beragama Islam, Yahudi, Kristian, Majusi
dan ada yang menganut bermacam-macam penyembahan dan kepercayaan seperti
manusia juga.

Syaitan lebih rendah martabatnya dariada jin dan ifrit kerana hidup mereka semata-
mata untuk menganggu dan membinasakan makhluk-makhluk Allah. Makhluk-makhluk
halus merupakan makhluk-makhluk yang hidup mempunyai roh yang membolehkan
mereka hidup berketurunan. Mereka mempunyai batasan umur yang telah ditetapkan
oleh Allah seperti manusia juga. Jin akan mati apabila tiba ajalnya, tetapi umur syaitan
(keturunan iblis) adalah panjang yang hanya akan berakhir dengan tiupan sangakala
pertama.

Dalam peristiwa yang menyebabkan iblis dilaknat dan dihukumkan kafir oleh Allah, iblis
telah memohon kepada Allah agar umurnya juga keturunannya dipanjangkan seperti
yang termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 36.
!% , L! <| .-,`

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

11
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Wahai Tuhanku, (kalau demikian) berilah aku tangguh sampai hari merekaakan
dibangkitkan.

Allah telah memperkenankan permohonannya dengan firmannya seperti yang
termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 37 & 38:
!% 7| L9 <| %9 =-9

Dia (Allah) berfirman: Maka sesungguhnya engkau adalah dari mereka yang diberi
tangguh, sampai hari waktu yang ditentukan.

Jelasnya iblis dan keturunannya, iaitu syaitan tidak akan mati hingga hari kiamat. Ini
berbeza dengan had umur jin yang akan mati apabila tiba masanya seperti yang telah
ditetapkan oleh Allah.

QARIN

Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini
bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi
kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia,
menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada
pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan manusia
dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu,
memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang
yang alim. Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
79. !=-> 39 , s L: _} >9 -` .-, <| _-, `>` )9
s 9 !: 7, ! =- ! .

Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin,
sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-
indah untuk menipu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:

Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah
dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya
daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada
gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.

Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang
tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

12
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta.
Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang
menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam,
memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat
kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya
malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi
putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina
wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan
empat-empat.

Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada
rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds.
Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-
malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan
Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat
jumlahnya.

Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang
baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia
diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang
menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua.
Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau
syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pengaruh mereka itu
masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan
oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya;

Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari
malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan
mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan
menerima kebenaran. Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah
mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi
kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan
yang direjam. Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran
dan menyuruh kamu melakukan kekejian.

Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang
ada qarin yang menemani setiap manusia. Telah berkata Ummul Mukminin As-
Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:

Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba
berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat
perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya: Apakah ang terjadi Aishah?
Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang
dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang.
Maka saya menjawab: Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda:
Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

13
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah:
Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripda tipu dayanya.

Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan
dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.
Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan
yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia,
perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin
(iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi
oleh Rasulullah s.a.w.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu
menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang
sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud
sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya
manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya
sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan
yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka
menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan
tunggangan qarin tadi.

Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam
sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama
Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah
mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh
bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak
berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair
yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit
atau tempat mereka berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat
menjamin kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke
jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan
dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan
dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang
lain. apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi
untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan.
Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. Ia
duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata:
"Apakah kamu masuk Islam, dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-
moyang kamu? Tetapi manusia itu menentangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu
duduk menganggu manusia dengan jalan hijrah ". Syaitan berkata: "Apakah kamu
hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan
berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan
berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan
harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

14
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

harta-harta kamu akan dibahagibahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan
dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya
atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan
terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya.
Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan
Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut
dalam Surah al-Hijr ayat 42.
| !,s _9 79 =s 'L= | 7-,. !-9

Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali
orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang sesat.

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang
dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan
ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36.
!= !.-. 9!% , | !.-. . < `=. !, -. _9 `.%! .{l. |
!. | !s , !. L:9 >9

Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya
daripada syaitan yang direjam.

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya
dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang
bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan
iblis dan syaitan. Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah
s.a.w.) ia berkata:

Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah
r.a. melahirkannya.

Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada
bersabda:

Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan
dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu
kanak-kanak) tidak akan menganggunya.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

15
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya
meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak
kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila
luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak
pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan
tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-
bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau
direntangi sesuatu ke atasnya.

Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan
biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus
sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil
mengenakan mangsanya. Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari
rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk
berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar
rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.
%! -> `39 9 `6`..9 !9 .,` | 79 )9
`-`.

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan
menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar.

Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu
malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga.
Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika
keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak
akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah
makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan
syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin
yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup. Kepercayaan
orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan
orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada
roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak,
begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai
kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur
dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

16
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang
terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah
90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar
malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian
itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan
hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia.

IFRIT

Ifrit ialah nama bagi segolongan jin kafir yang di antara mereka diberi kekuatan dan
kepintaran oleh Allah s.w.t. yang ampunya hati busuk terhadap manusia. Dalam
peristiwa antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, termaktub dalam al-Quran tentang
kisah burung Hud-hud yang memberitahu kepada Nabi Sulaiman tentang adanya
seorang raja perempuan di negeri Saba', yang terletak di selatan semenanjung Arab.
Dalam Surah an-Nahl ayat 34 diceritakan tentang kesuburan tanah Saba' yang dapat
mengeluarkan hasil bumi berlipat ganda. Ratu Saba' yang bernama Balqis mempunyai
singahsana yang diperbuat daripada emas, bertatahkan ratna mutu maknikam dan batu
permata yang mahal-mahal. Dikatakan bahawa nama ayahnya ialah Shurahil, ibunya
daripada bangsa jin bukan manusia. Menurut Ath-Tha'labi dan al-Hafiz Ibn Kathir, bapa
Ratu Balqis adalah raja besar. La enggan berkahwin dengan seorang perempuan
Yaman. la telah jatuh cinta dengan seorang perempuan jin namanya Rayhanah binti
As-Sakn dan melahirkan Ratu Balqis. Nama yang dipilih oleh ibunya untuk Ratu Balqis
ialah Talqamah. Setengah pendapat mengatakan Balqamah. Burung Hud-hud telah
memberitahu Nabi Sulaiman bahawa Ratu Balqis dan kaumnya sujud kepada matahari
(an-Naml ayat 24). Diterangkan juga bahawa biarpun kepercayaan mereka kepada
Allah itu ada, namun yang mereka utama ialah penyembahan terhadap matahari.
Syaitan telah memesongkan kepercayaan mereka. Mereka telah dipujuk-pujuk, dirayu
oleh iblis dan syaitan hingga mereka terpedaya. Mereka merasakan bahawa amalan
dan kepercayaan yang mereka lakukan itu adalah amalan yang baik dan benar.

Mendengarkan berita Hud-hud itu, Nabi Sulaiman telah berjanii akan menyelidiki
kebenaran kata-kata tersebut. Setelah itu Nabi Sulaiman telah memerintahkan Hud-hud
menghantar surat kepada Ratu Balqis. Baginda telah memanggil pembesar-
pembesarnya apabila menerima surat yang menyuruhnya tunduk dan tidak
membesarkan diri itu. Ratu Balqis mengatakan bahawa surat tersebut adalah surat
mulia dari seorang raja yang besar lagi perkasa, yang memakai nama Allah yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Para pembesar sepakat menjawab bahawa mereka
mempunyai kelengkapan yang kuat dan cukup namun demikian segala keputusan
terletak pada ratu sendiri.

Ratu Balqis telah mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada NabiSulaiman
(an-Naml ayat 35), kerana menurut kebiasaannya hadiah itu boleh mempengaruhi
keputusan seseorang. Menurut tafsir Ibn Abbas, Ratu Balqis berkata kepada para
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

17
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

pembesarnya kalau hadiah itu diterima ini menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman itu
hanya seorang raja dan perlu diperangi. Jika hadiah itu ditolak ini menunjukkan bahawa
ia adalah seorang yang perlu diikuti. Nabi Sulaiman telah menolak hadiah tersebut dan
mengancam akan memerangi Ratu Balqis.

Setelah utusannya kembali semula ke Saba', Ratu Balqis merasakan bahawa
kerajaannya tidak berupaya hendak melawan Nabi Sulaiman. Tidak ada faedahnya
kalau ia bersikap membesarkan diri. Kemudian baginda memerintahkan utusan itu
kembali semula mengadap Nabi Sulaiman dengan berita ia akan segera datang
bersama raja-raja dalam negerinya untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut
tentang agama yang diperkatakannya itu. Setelah itu baginda pun memerintahkan
pengawal-pengawal istana mengemas singahsana yang diperbuat daripada emas padu
bertatahkan maknikam, batu zamrud, zabarzad dan mutiara itu untuk disimpan dalam
sebuah peti besar tujuh lapis dan disuruh kunci serta dipelihara dengan baik agar tidak
ada yang mendekati duduk di atasnya atau melihatnya sehingga ia kembali dari
menemui Nabi Sulaiman. Kemudian baginda pun keluar menuju ke Sham bersama-
sama rombongannya.

Semasa Ratu Balqis dalam perjalanan menuju ke istana Nabi Sulaiman, dalam masa
yang sama, Nabi Sulaiman telah memerintahkan jin-jin melaporkan perjalanan tersebut.
Setelah beberapa hari sahaja lagi rombpngan itu akan tiba ke istana Nabi Sulaiman,
baginda telah bertanya kepada orang-orang besarnya jika ada di antara mereka yang
boleh membawa singgahsana Ratu Balqis ke tempat Nabi Sulaiman sebelum ia datang
menyerah diri menerima agama yang didakwahkan. Mendengarkan pertanyaan
tersebut salah satu ifrit telah berjanji bahawa ia akan membawa singahsana Ratu
Balqist sebelum Nabi Sulaiman berdiri dari tempat duduknya. Ifrit berjanii dengan
mengatakan bahawa yang dikatakan itu adalah benar. Singahsana tersebut tidak akan
rosak, tidak akan terdapat cacat cela barang sedikit pun terhadap singahsana tersebut
biarpun antara Palastin dan Saba itu jaraknya beratus-ratus batu seperti yang tersebut
dalam al-Quran, Surah an-Naml ayat 38 & 39.
!% !! =9 3 _.! !-, ,% .! =`.` !% s >9 !
7. , ,% ). 7!) | =s )9

(Nabi Sulaiman) berkata, wahai orang-orang besar, siapakah di antara kamu yang akan
membawakan singahsahanya sebelum dia datang kepadaku dalam keadaan berserah
diri. Berkata ifrit (yang cerdik) daripada bangsa jin, aku akan datangkan kepadamu
sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku berupaya dan
boleh dipercayai untuk melakukan demikian.

Mendengarkan janji ifrit sedemikian rupa, seorang lelaki alim ahli kitab bernama Asif bin
Burkhya, yang dikatakan sebagai setiausaha peribadi Nabi Sulaiman telah sanggup
mendatangkan singahsana tersebut sebelum mata Nabi Sulaiman berkelip.
Kesanggupan ini termaktub dalam Surah an-Naml ayat 40:
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

18
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

!% %! s '=. .39 ! 7. , ,% . 79| 7L != ).`.`
s !% . =,9 `3: `. 3: !| `3: .9
. | _s q.

Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab, Aku akan datangkan singgahsana
itu kepadamu sebelum matamu berkelip. Maka setelah dilihatnya singgahsana itu
terletak di hadapannya, iapun berkata: Ini adalah kurnia Tuhanku untuk menguji aku
apakah aku bersyukur atau mengingkari (alam nikmatnya). Dan barang siapa yang
bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya dan barang siapa yang
ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Lagi Maha Mulia.

Terdapat berbagai-bagai riwayat tentang lelaki ahli al-Kitab yang sanggup membawa
singahsana Ratu Balqis dalam sekelip mata yang mencabar keupayaan ifrit tadi. Selain
nama Asif tadi, ada riwayat mengatakan bahawa orang tadi ialah Nabi Hidir, manakala
riwayat lain pula mengatakan bahawa orang itu sebenarnya ialah Nabi Sulaiman
sendiri. Biar apa perbezaan riwayat mengenainya, maksud sebenar yang perlu difahami
di sini ialah ifrit yang tersebut dalam al-Quran ini adalah daripada jenis jin yang bijak
dan mempunyai keupayaan luar biasa, yang umumnya kebijaksanaan seperti ini tidak
dapat ditandingi atau dilakukan oleh manusia biasa. Namun demikian berdasarkan
peristiwa tersebut ternyata bahawa manusia yang berilmu itu lebih bijak dan berupaya
mengalahkan kekuatan ifrit yang begitu perkasa dan bijaksana. Jelasnya bahawa ifrit
adalah daripada golongan jin. Di antara mereka ada yang bijak dan tidak bijak. Namun
demikian, umumya tabiat ifrit adalah untuk merosakkan manusia. Menurut sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ifrit pernah datang untuk menggoda supaya
Rasulullah terputus daripada mengerjakan sembahyangnya:

Sesungguhnya ada satu ifrit daripada golongan jin mencuba ke atasku (lalu melintas di
hadapanku) malam tadi untuk mengoda agar sembahyangku putus.

IBLIS

Terdapat banyak pendapat yang berbeza-beza tentang iblis sama ada berasal daripada
jin atau malaikat. Ada riwayat yang mengatakan bahawa iblis itu asalnya daripada
golongan malaikat dan apabila ia engkarkan Allah, Allah telah melaknatnya dan
dihukumkan kafir Ialu menjadi iblis. I Menurut pendapat yang lain iblis itu adalah
daripada golongan malaikat yang dinamakan al-jinn, yang dijadikan daripada api yang
sangat panas. Manakala malaikat itu dijadikan daripada cahaya. Namanya menurut
bahasa Siryaniyyah ialah Azazil. Dalam bahasa Arab namanya ialah al-Harith
(penjaga). Dinamakan al-Harith kerana iblis itu asalnya adalah penjaga syurga dan
ketua Iangit dunia yang berkuasa di bumi dan di syurga. Iblis asalnya daripada malaikat
yang paling patuh, rajin dan banyak ilmu serta berkuasa di antara langit dan bumi.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

19
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Kedudukannya yang begitu mulia telah menyebabkannya takabur Ialu engkarkan
perintah Allah seperti yang tersebut dalam al-Quran yang akhirnya menjadi iblis.
Menurut Ibn Mas'ud, iblis itu merupakan satu kabilah daripada kalangan malaikat yang
dipanggil jinn. Dinamakan jinn, nisbah kepada syurga (al-jannah) kerana ia adalah
penjaga syurga. Menurut satu pendapat lain, jin adalah makhluk yang telah mendiami
bumi. Pada satu ketika terjadilah pembunuhan antara mereka menyebabkan
perbuatanperbuatan jahat begitu meluas.

Allah s.w.t. telah mengutus malaikat yang dikepalai oleh iblis memerangi mereka.
Ketika itu iblis adalah penjaga syurga. Bila ia berjaya menghapuskan jin, ia merasa
bangga diri dan berkata dalam hatinya:

Sesungguhnya aku telah melakukan sesuatu yang tiada seorang pun boleh
melakukannya. Allah tidak menugaskan daku dengan urusan ini kecuali kerana
keistimewaanku ke atas seluruh malaikat.

Iblis tidak memberitahu perkara yang terlintas dalam hatinya kepada sebarang malaikat.
Tetapi Allah amat mengetahui apakah yang ada dalam hatinya. Inilah yang dikatakan
oleh Allah kepada para malaikat, seperti yang termaktub dalam Surah al-Baqarah ayat
30:
!% | `=s ! =-.

Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang kamu semua tidak tahu.

Ayat ini bermaksud bahawasanya Allah s.w.t. mengetahui perkara atau maksud yang
terlintas dalam diri iblis, iaitu rasa tinggi diri dan tekad tidak mahu sujud kepada Nabi
Adam iaitu sujud kerana memuliakan ciptaan Allah. Sejak kejadian itu, jadilah iblis dan
keturunannya musuh ketat bagi Adam dan keturunannya hingga hari kiamat. Tersebut
dalam Tafsfr Fi-ZilaliI-Quran dalam tafsiran ayat 34 surah al-Baqarah dinyatakan
bahawa iblis bukan daripada jenis malaikat, tetapi ketika kejadian itu berlaku iblis
berada di kalangan malaikat. Andainya iblis itu daripada jenis malaikat nescaya iblis
tidak engkarkan perintah Allah. Sifat malaikat yang utama ialah tidak melakukan
maksiat atau engkarkan Allah. Malaikat sentiasa melakukan segala yang diperintahkan
seperti firman Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
!! %! ` % /3. /3= ! !% '_!9 !>>: !=. 3= 1s
: .- < ! =- ! '`

Mereka tidak mengingkari Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada
mereka dan melakukan apa yang disuruh.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

20
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Iblis adalah dari golongan jin menurut nas al-Quran, yang dijadikan daripada api yang
panas. Keterangan ini dapat menolak pendapat yang mengatakan bahawa iblis itu
daripada golongan malaikat.

Dengan keterangan ini jelas menunjukkan bahawa pendapat yang mengatakan iblis itu
daripada keturunan jin, bukan daripada malaikat adalah lebih meyakinkan. Kenyataan
tersebut dapat dibuktikan sebagaimana berikut: i. Berdasarkan firman Allah dalam
Surah al-Kahfi ayat 50:
| !=% 3==9 ` >. | _=,| l. >9 ,. s ,
.. . !9 39 s _, =L=9 ,

Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam.
Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka dia
menderhaka perintah Tuhannya.

ii. Berdasarkan kata-kata iblis sendiri kepada Allah s.w.t. tentang asal usul kejadiannya
yang dianggap lebih mulia daripada kejadian anak Adam, seperti yang tersebut dalam
Surah al-A'raf ayat 12:
!% ! > _.)=> ! .)=> L

Ia berkata, aku lebih mulia daripadanya, Engkau jadikan daku daripada api dan Kau
jadikan dia daripada tanah.

iii. Sifat malaikat seperti yang termaktub dalam al-Quran adalah sentiasa taat kepada
perintah Allah seperti yang tersebut dalam Surah at-Tahrim ayat 6:

iv. Asal kejadian kedua-duanya berlainan. Malaikat dijadikan daripada cahaya
manakala iblis dijadikan daripada api yang sangat panas.

vi. Iblis beranak pinak. Hal ini tidak terjadi pada kalangan malaikat.

Dalam kitab al-Jinn WaI-Afirit karangan Muhammad Kamil Hasan al-Muhami disebutkan
bahawa kebanyakan ahli tafsir dan para cendiakawan Arab mengatakan bahawa iblis
adalah bapa jin. Manakala ulamak Masihi dan Yahudi menyangkal pendapat ini. Kalau
iblis itu bapa jin, pastinya ia mempunyai isteri. Tentang isteri jin ini tidak ada tersebut
dalam mana-mana sumber. Dalam al-Quran, Surah al-Kahfi ayat 50 ada menyebutkan
tentang zuriat iblis tetapi tidak menyebut tentang isteri iblis:
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

21
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

| !=% 3==9 ` >. | _=,| l. >9 ,. s ,
.. . !9 39 s _, =L=9 ,

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia. adalah dari golongan jin, maka ia
menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turun temurunnya
sebagai pemimpin selain daripadaku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah
iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.

SYAITAN

Syaitan adalah golongan jin yang menderhaka, sombong, pengacau dan fasik. Allah
s.w.t. telah memberi amaran kepada orang yang beriman supaya tidak mengikut jejak
langkah syaitan, kerana syaitan itu sentiasa menggoda dan menyuruh manusia supaya
melakukan kejahatan, seperti yang jelas tersebut dalam Surah an-Nur ayat 21:
!! %! ` `-,.. ,L> L:9 _,. ,L> L:9 | '!
!:`>9!, 39

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.
Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu
menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.

Dari awal lagi Allah s.w.t. telah memberi peringatan kepada manusia bahawa syaitan itu
adalah musuh. Oleh sebab itu manusia mesti menganggapnya sebagai musuh. Dalam
Surah Faatir ayat 6 Allah berfirman:
| L:9 /39 s ! s !| `s ,> 39 > -.9

Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh, kerana
sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni api
yang menyala.

Dalam Surah al-An'am ayat 112 & 113, perkataan syaitan juga dirujuk kepada
manusia yang bersifat atau kelakuannya seperti syaitan.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

22
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

79. !=-> 39 , s L: _} >9 -` .-, <| _-, `>` )9
s 9 !: 7, ! =- ! . -`..9 9| %!
`` >!, .9 .)9 ! .)

Dan demikian juga, Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan yang
terdiri daripada jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan
kepada sebahagian yang lain perkataan yang indahindah untuk menipu.

Selain itu dalam Surah al-Baqarah ayat 14, perkataan syaitan juga dirujuk kepada
Pemimpin-pemimpin kaum munafik dan kafir kerana mereka itulah yang telah
menyesatkan pengikut-pengikut mereka:
| )9 %! ` 9!% ! | => <| L: 9!% !| 3- !| > '.`.`

Dan bila mereka pergi mendatangi syaitan-syaitan mereka (pemimpin), mereka berkata:
Sesungguhnya kami tetap sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok.

Syaitan juga dirujuk kepada sesuatu yang kotor, busuk atau penyakit sebagaimana
yang tersebut dalam sebuah hadis yang berbunyi:

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau daripada syaitan jantan dan
betina.

Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit
penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas.

JIN
Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah
S.W.T dalam Surah Al-Hijr ayat 27 bermaksud:
!>: )=> `,% ! .9

Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke
liang bulu roma.

Dan didalam Surah Ar-Rahman ayat 15 bermaksud :
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

23
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

,=> !>9 _! !

"Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang"

Dapatlah disimpulkan bahawa jin itu berasal daripada api sebagaimana manusia dicipta
daripada tanah.Oleh itu jelaslah, penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidak
dapat diketahui secara tepat berapa tahunkan jarak penciptaan antara kedua makhluk
ini.Ibn Basyar Al-Quraisyi di dalam kitabnya Al-Mubtada daripada Abdullah Bin Umar
Bin Al-As, katanya : Allah mencipta Jin sebelum adam selama dua puluh tahun.

Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama empat puluh
tahun.Walaubagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak
ada dalil daripada Al-quran atau hadis Rasulullah S.A.W.Memadailah kita mengatakan
bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin.Jin adalah dicipta daripada api dan
manusia dicipta daripada tanah sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Araf ayat
12 bermaksud:
!% ! 7- >`. | 7.` !% ! > _.)=> ! .)=> L

"Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika
Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai
Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."

JUMLAH DALAM AL-QURAN

Syaitan, jin, qarin, iblis, ifrit dan al-khannas telah disbut di dalam al-quran beberapa kali
iaitu:

a) SYAITAN SYAYATIN - 88 kali
b) JINN JINNAH - 39 kali
c) QAREEN - 12 kali
d) IBLIS - 11
e) IFRIT - 1
f) AL-KHANNAS - 1










Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

24
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Konsep
perubatan
islam



Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib






Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

25
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

KONSEP PERUBATAN ISLAM
PENDAHULUAN

Allah s.w.t. berfirman (Al-Quran: al-Isra': 82):
` )9 ! "!: - =9 =L9 | !.>

Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang yang beriman.

Dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah:
9 =-> !% !> 9!)9 9 =. . > s % %#9 `
"!: %! `` "% `=. s 9` !`
_l3 -,
Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi
mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan,
sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka ini adalah seperti
orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.

Sesetengah ahli tafsir menerangkan perkataan yang terdapat dalam surah di atas (al-
Isra':82) bukan Iit-tab'id , bererti bahawa al-Quran itu keseluruhannya adalah penawar,
bukan sebahagian daripadanya sahaja. AI-Quran boleh digunakan untuk menangani
sakit fizikal juga sakit yang berkaitan dengan hati, jiwa dan roh, seperti kejahilan,
kesesatan dan sebagainya. Kesejahteraan fizikal berkait rapat dengan kesejahteraan
hati. Mengenainya. Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Sesungguhnya pada jasad itu ada seketlul daging, apabila ia sejahtera, maka
sejahteralah keseluruhan jasad. Dan apabila rusak akan dia, maka rusaklah
keseluruhan jasad, iaitu hati. (Muttafaq 'alaih).

Menurut Ahmad Mahmud (1994:18), hal demikian tidak bererti bahawa al-Quran itu
digunakan sebagai tangkal, ataupun azimat, kerana baginda Rasulullah s.a.w. tidak
berbuat demikian dan tidak menyuruhnya, bahkan baginda adakalanya melakukan
rawatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan bahan-bahan semula jadi untuk
merawat dirinya. Baginda menyuruh mereka yang sakit, yang terdiri daripada kaum
keluarga juga para sahabat agar berbuat demikian.

Baginda juga melakukan rawatan bergantung kepada punca penyakit. Baginda
bersabda:

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

26
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan
penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla
(Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari jabir dari Rasulullah).

Menurut Muhammad Mahmud (1992:28-29), al-Quran, sama ada keseluruhannya
ataupun sebahagian daripada ayatnya adalah setinggi-tinggi penawar dan ubat paling
utama. Setiap huruf yang terkandung padanya merupakan penawar penyakit jiwa,
melahirkan ketenangan, penawar sakit dalaman dan luaran dengan syarat adanya iman
terhadap Allah, Pencipta segala yang wujud, yang menurunkan al-Quran. Allah
memberitahu bahawa al-Quran itu diturunkan sebagai peringatan kepada manusia dan
penawar bagi hati orang yang beriman (at-Taubah:30).

Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib r.a. disebutkan tentang sabda Rasulullah
s.a.w. yang berbunyi:

Sebaik-baik ubat itu adalah al~Quran
Riwayat at-Tarmiz.

Sebuah hadis lain dariliada Abu Said al-Khudri menyatakan adanya seorang lelaki
yang-telah datang menemui baginda Rasulullah s.a.w. mengadu dadanya sakit.
Baginda memberitahunya agar membaca al-Quran, kerana Allah s.w.t. ada berfirman:

Al-Quran itu adalah penawar penyakit yang ada dalam dada.

Sebuah hadis lain, iaitu hadis daripada Jabir bin Abdullah menyatakan bahawa

Al-Fatihah itu adalah penawar semua penyakit kecuali maut
- Riwayat Ibn Rahuwiyah daripada Ali r.a.

Pada satu hari seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w. mengadu kedua
matanya sakit, lalu baginda berkata kepadanya:
(Lihatlah pada mashaf al-Quran).

Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh
dan akal. Allah meniupkan roh, setelah janin dalam perut ibu cukup sifatnya (al-Hijr':
29). Ketika itu janin tadi hidup. Gabungan daripada roh insaniah dan akal meletakkan
maqam manusia itu lebih mulia berbanding dengan makhluk lain di muka bumi ini,
termasuk jin dan malaikat, membolehkan mereka menjadi khalifah (a]-Baqarah:30),
mentadbir muka bumi., dengan syarat mereka hendaklah beriman kepada Allah.
Andainya mereka tidak beriman, melanggar perintah Allah, maqam mereka adalah lebih
hina daripada binatang (A]-A'raf: 38).

Seperti jasad, roh juga memerlukan penjagaan yang rapi untuk memperoleh
kesejahteraan. Roh yang tidak sihat mencetuskan sakit yang berkaitan dengan roh
ataupun hati, seperti sifat takabur, riak, tamak, sifat hasad dan sebagainya. Sakit yang
berkaitan dengan roh akan melahirkan tingkah laku jahat manusia, menyebabkan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

27
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

mereka lebih berkecenderungan melakukan kejahatan. Sakit dalaman seperti ini
merupakan ransangan utama yang akhirnya tercetus melalui perlakuan jasad. Kerana
itulah dikatakan bahawa kesejahteraan roh memberi kesan pada kesejahteraan
fizikal.

Roh adalah urusan Ilahi (Isra': 85). Roh yang sakit perlu dirawat dengan penawar yang
menepati Ar-Ruhiyyah asy-syar'iyyah yang melibatkan iman. Menurut. Riyad
Muhammad Samahah dalam bukunya bertajuk Dalilu aI-Mua'lijin bi aI-Qurani aIKarim,
sakit seperti ini, paling sesuai dirawat menggunakan al-Quran, doa-doa dan
sebagainya.

PRINSIP ASAS PERUBATAN

Setiap penyakit ada ubatnya. Allah s.w.t. yang menjadikan penyakit, Dialah yang
menyediakan ubatnya. Setiap sesuatu mempunyai sebab yang boleh dikaitkan dengan
tingkah laku manusia yang secara langsung berkaitan dengan rahsia llahi yang tidak
difahami oleh manusia. Allah s.w.t. memerintahkan pesuruhnya, iaitu Muhammad s.a.w.
agar memberitahu mereka yang bertanyakan tentang roh, bahawa roh itu adalah
urusan Ilahi (Isra':85). Setiap sesuatu yang berlaku, termasuk penyakit dan masalah
manusia mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab itu ialah Allah, al-Khaliq, yang
berkuasa melakukan sesuatu. Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata:
jadilah, maka jadilah (Yasin: 82).

Asas Perubatan

Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri lebih baik
daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada
membinasakan dirinya (al-Baqarah:195), tidak kira sama ada pembinasaan itu
melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang, berlebihan dan
sebagainya. Allah s.w.t. menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang
daripada mengambilnya berlebihan (al-Anam: 141).

Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Perut itu ialah tempat penyakit.

Menurut Shamsuddin Muhammad (t.t.:13), keperluan pada makanan itu ada tiga tahap;
iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t.
memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan
tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu
pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang
paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit.
Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman menjadi sempit. Apabila
minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit, menyebabkan seseorang
itu sukar bernafas, penat dan terasa berat. Semuanya ini menyebabkan berlakunya
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

28
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan
ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat.

Kesihatan adalah nikmat yang besar yang sering terabai. Sebuah hadis daripada Ibn
Abbas menyatakan tentang adanya seorang Arab yang bertanyakan Rasulullah s.a.w.
apa yang perlu ia pohon setiap kali selepas sembahyang lima waktu. Baginda
menjawab agar ia memohon kesihatan daripada AIlah. Lelaki tersebut merasa tidak
puas hati dengan jawapan tadi. Setelah bertanya buat kali ketiga, baginda akhirnya
menjawab agar ia memohon kesihatan di dunia dan akhirat. Dalam sebuah hadis lain,
daripada Abu Bakar as-Siddiq, menyatakan yang ia mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:

Pohonlah kepada Allah keyakinan dan kesihatan. Tidak ada yang lebih baik
yang didatangkan kepada seorang selepas keyakinan itu selain kesihatan
(Riwayat An-Nasaiy)

Kebersihan

Selain daripada bersifat sederhana dalam pengambilan makanan, kesihatan
memerlukan kebersihan, iaitu pada makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan
sebagianya. Kebersihan adalah faktor utama bagi kesihatan luaran dan dalaman diri.
Allah s.w.t. menegaskan agar setiap orang yang hendak sembahyang membasuh
muka, tangan, menyapu kepala dan kaki (al-Maidah:7).

Mesti bersih badan, tempat sembahyang dan pakaian kerana amalan seperti ini
membawa kepada kesihatan badan dan roh. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu sukakan
orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri (al-Baqarah: 222).

Penyakit Berjangkit

Rasulullah s.a.w. juga mengajar agar setiap orang itu menjauhkan diri daripada
penyakit berjangkit. Rasulullah s.a.w. seperti yang disebut dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Naim, seperti yang tersebut dalam "At-Tibbu an- Nabawi" tidak
mengauli isterinya yang sakit mata, sehinggalah sembuh.

Daripada Ibn Abbas ia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.; jangan kamu amalkan
memandang mereka yang sakit kusta - Riwayat Ibn Majah.

Tersebut dalam at-Tibbu 'an-Nabawi bahawa sakit kusta itu ialah penyakit yang
berjangkit dan sakit keturunan. Baginda menegah seseorang itu daripada terus
menerus memandang mereka. Baginda juga pernah mengumpulkan para pesakit kusta
untuk hidup di kalangan mereka. Menurut Ibn Qutaibah, sakit ini boleh menjangkiti
mereka yang menghampiri pesakit dengan perantaraan bau. Ciuman bau merupakan
salah satu cara jangkitan. Dalam sebuah hadis riwayat oleh A-bu Daud dan at-Tarmizi
daripada Usamah bin Syuraik ia berkata bahaiwa orang-orang Arab telah bertanya
kepada Rasulullah sama ada mereka perlu berubat. Baginda menjawab:
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

29
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Ya, wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit
kecuali ia telah menetapkan baginya penawar kecuali satu. Mereka bertanya, apakah
yang satu itu, baginda menyatakan: iaitu tua.
(Hadis Hasan Sahih. Lafaz oleh At-Tarmizi)

Setiap Penyakit ada ubatnya

Ternyata bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Allah s.w.t. memberi penyakit, Allah
juga telah menetapkan ubat ataupun penawarnya, kecuali tua. Berdasarkan keterangan
hadis ini juga difahamkan bahawa tua itu adalah termasuk dalam kategori penyakit,
tidak kira sama ada tua itu benar-benar penyakit, ataupun ia merupakan satu evolusi
yang semestinya dilalui oleh semua manusia, yang biasanya disertai dengan pelbagai
penyakit dan masalah, yang tidak ada penawarnya, ataupun ubat membolehkan orang
yang tua menjadi muda, kerana setiap orang itu mempunyai had umur. Apabila tiba
masa mati, ketentuan itu akan datang tanpa dapat dielakkan (al-A'raf:33). Maut adalah
penghujung setiap kehidupan, segala-galanya telah ditetapkan di Loh Mahfuz (al-
An'am: 38). Keterangan di atas membuktikan bahawa telahan mengenai umur
seseorang sama ada panjang ataupun pendek itu adalah urusan Ilahi. Begitu juga
dengan harapan untuk hidup ataupun untuk sembuh biarpun manusia melalui
pengalaman yang dilalui menurut lazimnya dapat menjangkanya.

Allah menurunkan penyakit. Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental ataupun
yang berkaitan dengan hati ada penawarnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap
orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang lain yang pakar
dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri. Jelas terbukti bahawa tugas
manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan menurut keupayaan
dan kemajuan akal tanpa putus asa. Usaha dan ikhtiar adalah tugas manusia manakala
kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan termaktub di Loh Mahfuz.

Allah s.w.t. apabila menghendaki kebaikan itu berlaku ke atas hambanya, Ia akan
menyegerakan balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Seorang lelaki telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan harta bendanya telah habis, manakala
badannya terasa sakit. Baginda menjawab yang bermaksud:

Tidak baik seorang hamba yang tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila ia mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya,
dan apabila ditimpa bala maka Allah akan memberi kesabaran.

Kifarah

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang
hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian
orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada
penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung
kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

30
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi
tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini
membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun
tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh
biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan
mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan
sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini,
kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan
pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Namun
amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat
yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah
akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit,
kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi
kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut.
Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang
bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,
ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa.
(Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:

Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil,
nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya, daripada
satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan
ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab, dan
boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya disebalik fakta-
fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi
rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia. Jelas disini membuktikan
bahawa setiap pihak itu perlu memainkan peranan masing-masing. Rasulullah s.a.w.
menyuruh orang yang sakit agar berubat. Pakar-pakar perubatan perlu berusaha,
menyelidik dan mencari penemuanpenemuan baru untuk menangani penyakit
berdasarkan latar belakang dan kepakaran masing-masing. Masalah kesembuhan
adalah urusan Tuhan.

Semakin banyak dan mendalam penyelidikan dilakukan, seseorang itu akan lebih insaf
dan menyedari bahawa terlalu banyak ilmu yang tidak diketahui olehnya, menyedarikan
betapa terhadnya ilmu yang dimiliki berbanding dengan ilmu Allah. Dari pengalaman
seperti ini dan pengalaman harian menangani penderitaan, akan lahir golongan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

31
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

manusia yang berupaya bersyukur kepada Allah dengan menggunakan kepakaran
yang dimiliki untuk menolong manusia, bukan untuk kepentingan diri yang terlalu
mengutamakan keuntungan, atau pun untuk mengagungkan diri.

Ajal ditentukan oleh Allah

Allah s.w.t. yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan
malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan.
Ketika itu malaikat akan tahu ketentuan ajal seseorang, dan tidak mengetahui sebelum
itu. Hujah ini membuktikan bahawa ramalan-ramalan ahli-ahli nujum yang
memperkatakan tentang ketentuan ajal, adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan rawatan, jangkaan hayat itu boleh
diagak, sembuh atau tidak sembuh berdasarkan pengalaman dan kajian kepakaran,
namun ketentuan ajal tetap di tangan Tuhan. Walaupun demikian, biarpun kematian itu
tidak boleh diramalkan, namun semua orang faham semakin lanjut umur seseorang,
bererti semakin pendeklah kadar hayat kerana setiap orang itu mempunyai ketetapan
umur. Biar dalam keadaan apa sekalipun, pesakit perlu diberi harapan. Sebuah hadis
daripada Abu Said alKhudri r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Apabila kamu semua mengunjungi pesakit, hiburkanlah dia dengan lanjut umur.
Memang hiburan itu tidak menolak ketentuan Allah sedikit pun, dan sebaliknya
menyenangkan hatinya - Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.

Rasulullah s.a.w. juga meminta agar dibacakan Yasin di sisi orang yang hampir mati:

Bacalah Surah Yasin di sisi orang yang menghadapi mati di kalangan kamu -
Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.

Surah Yasin dibaca tidak semestinya kerana ajal seseorang itu telah hampir, tetapi ia
dibaca agar orang yang berada dalam keadaan tenat itu disembuhkan Allah s.w.t.
andainya nyawanya masih panjang, ataupun diambil nyawanya dalam keadaan tenang
sekiranya ajalnya telah hampir, kerana Surah Yasin itu dibaca menurut niat
pembacanya.

Jauhi Bahan Ubat yang diharamkan oleh Allah

Sebuah hadis daripada Abu Ad-Darda' menyatakan:

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat. Dan menyediakan bagi setiap
penyakfi itu ubat. Maka berubatlah, dan jangan berubat dengan benda yang
diharamkan - Riwayat Abu Daud.

Sebuah hadis riwayat, daripada Abu Hurairah menyatakan:

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

32
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Barang siapa berubat dengan benda yang halal maka baginya kesembuhan, Dan
barangsiapa berubat dengan benda haram, Allah tidak akan memberinya kesembuhan -
Riwayat Abu Daud.

Dalam sebuah hadis lain baginda telah ditanya tentang arak yang dijadikan ubat.
Baginda menjawab menyatakan: Bahawa arak itu adalah penyakit bukan ubat. Baginda
juga menegah berubat dengan sesuatu yang kotor (al-khabth). Ibn Arabi menjelaskan
yang dimaksudkan dengan perkatan "al-khabth" di sini menurut kata Arab bermaksud
sesuatu yang tidak digemari. Andainya ia dirujuk kepada percakapan, bererti celaan,
pada agama bererti kufur. Andainya dirujuk pada makanan bererti haram. Dalam
sebuah hadis lain riwayat Azwad, dijelaskan bahawa ubat yang kotor itu adalah seperti
racun.

Sayyidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:

"Setiap benda yang memabukkan adalah haram. Setiap sesuatu yang banyak
memabukkan, maka sukatan sedikit, seperti satu genggam kecil juga haram hukurnnya
(Maksud hadis riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud)"

Menurut satu riwayat daripada Abu Saleh Muhamad bin Al-Hasom dan Ishak bin
Ibrahim dan Harb, Abdullah, Al-Atram dan Ibrahim bin Al-Harta bahawa Rasulullah
s.a.w. telah mengharamkan daging keldai dan susunya dalam peperangan Khaibar,
dan mengharuskan minum kencing unta ketika darurat.

Manakala mengambil ubat yang boleh menyebabkan mabuk makruh hukumnya.

Menurut Imam Ahmad, harus merujuk satu-satu kes penyakit kepada tabib yang terdiri
daripada ahli zimmah mengenai ubat yang diharuskan, dan tidak perlu menurut
nasihatnya sekiranya ubat yang dicadangkan itu terdiri daripada ubat-ubat yang
diharamkan seperti arak dan sebagainya. Begitu juga tentang pendapatnya mengenai
puasa, keharusan berpuasa, sembahyang duduk dan sebagainya. Pandangan seperti
ini tidak boleh diterima, kecuali daripada dua orang Islam yang adil, yang terdiri
daripada pakar perubatan.

Menurut al-Marwazi, Imam Ahmad telah menyuruhnya agar tidak membeli ubat yang
dicadangkan oleh orang Nasrani, andainya tidak diyakini ubat itu selamat daripada
campuran benda-benda haram yang terdiri daripada benda-benda yang beracun, najis
dan sebagainya. Sebuah hadis daripada Ummu Atiyyah, ia berkata, bahawa ia pernah
menyertai peperangan sebanyak tujuh kali bersama Rasulullah s.a.w. di belakang kaum
lelaki, dan bertugas menyediakan makanan, memberi minum kepada mereka yang
cedera dan merawat mereka yang sakit.( Maksud hadis riwayat oleh Muslim, Ibn Majah
dan Ahmad.)

Imam Ahmad berpendapat bahawa para tabib diharuskan melihat aurat perempuan
ajnabiah ketika darurat, begitu juga sebaliknya. AI-Marwazi pula berpendapat harus
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

33
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

menggunakan khidmat perempuan ajnabiah ketika seseorang lelaki itu sakit begitu juga
sebaliknya, dan diharuskan melihat sebahagian daripada auratnya kerana hajat iaitu
ketika ketiadaan lelaki ataupun mahramnya. Kaum wanita juga harus memandikan
mayat lelaki ketika tidak ada kaum lelaki untuk memandikannya. Begitu juga harus bagi
kaum wanita mengambil ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat itu diyakini
tidak memberi mudarat, iaitu sekiranya ia tidak mempunyai suami, andainya ia
mempunyai suami, keharusan itu bergantung kepada izin suami (Abi Abdullah
Mohammad, 1984:237).

HUKUM DAN AMALAN

Kaedah perubatan Islam sering disalah ertikan oleh masyarakat, dimana konsep
tersebut sering merujuk kepada:

1. Kaedah rawatan yang menggunakan doa-doa, yang merangkumi pelbagai ungkapan
kata yang mengandungi kata-kata pengaruh Islam, seperti penggunaan kalimah salam,
bismillah, nama-nama nabi dan rasul-rasul, nama-nama malaikat, kalimah barakat dan
sebagainya, termasuk kalimah syahadah.

2. Anggapan seperti ini mencetuskan pemahaman seolah-olah kaedah-kaedah.
rawatan lain, selain daripada kaedah di atas, tidak termasuk dalam kaedah yang
dinamakan "Rawatan Islam" atau "Perubatan Islam". Mereka kata bidang rawatan lain
terkeluar daripada apa yang diistilahkan sebagai Rawatan Islam.

3. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa, kalau tidak kerana.tiga
perkara, manusia tidak akan insaf menundukkan kepalanya, iaitu kefakiran, sakit dan
kematian. Kebanyakan manusia akan mengingati Allah ketika dalam keadaan susah,
lalu dalam keadaan "desperate" dan putus asa berdoa, untuk mengatasi penderitaan
yang ditanggung. Jelas di sini menunjukkan bahawa berdoa itu seolah-olah
menggambarkan amalan manusia yang telah putus asa, tidak ada harapan dan ikhtiar
lain. Kerana itu timbul tanda tanya yang boleh dijadikan ejekan atau senda,
bagaimanakah orang yang berdoa, yang biasanya terdiri daripada mereka yang putus
asa, tidak berupaya mengatasi masalah diri sendiri hendak melakukan rawatan.

4. Oleh kerana perubatan Islam itu diberi satu ruang lingkup terhad, yang hanya
merangkumi doa-doa ataupun ungkapan kata yang mengandungi pengaruh Islam,
mereka yang berpendidikan agama sering dianggap sebagai berupaya menguasai
bidang ilmu ini, kerana mereka ini dianggap sebagai golongan yang menguasai
pembacaan doa-doa dan sebagainya, padahal ilmu perubatan tersebut adalah satu
bidang ilmu khusus, di mana didikan agama, biarpun di mana kurikulum pembelajaran
itu didedahkan, ia tidak merangkumi bidang Rawatan Islam yang melibatkan doa-doa.
Dari sinilah lahirnya golongan agama sendiri yang menafikan keperluan doa sebagai
salah satu kaedah rawatan.

Situasi seperti ini menyebabkan mereka yang melibatkan diri menggunakan doa-doa
untuk tujuan rawatan sering menghadapi pandangan sinis, sindiran dan cemuhan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

34
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

daripada mereka yang menafsirkan bahawa bidang yang mereka ceburi itu sebagai
terkeluar daripada Rawatan Islam, daripada golongan agama, dan dianggap sebagai
menggugat profession mereka yang melibatkan diri dengan rawatan perubatan Melayu
tradisional. Memang benar kaedah perubatan Islam yang difahami umum sekarang ini
tertumpu kepada amalan-amalan yang mengandungi doa-doa yang terdiri daripada
ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, doa-doa al-ma'thurat, doa-doa para salihin, doa-doa
yang diamalkan oleh orang Melayu tradisional yang diyakini tidak bertentangan dengan
ajaran Islam, di samping penggunaan bahan-bahan tertentu, yang tidak terlarang
terutamanya air.

Walaupun demikian, amalan dan kaedah ini tidak mendakwa bahawa kaedah tersebut
mencakupi keseluruhan apa yang difahami sebagai "Perubatan Islam" yang
disalahertikan dan menolak secara total atau menafikan lain-lain kaedah rawatan
termasuk rawatan di hospital dan klinik. Ilmu seperti ini sesuai bagi mereka yang tidak
mempunyai latar belakang perubatan 'alopathi' formal, terutamanya mereka yang
berpendidikan agama, yang secara langsung banyak mempelajari ilmu-ilmu al-Quran,
hadis-hadis dan syariah Islamiah. Walaupun demikian, ilmu seperti ini akan lebih
mudah dan banyak memberi manfaat dan sumbangan kepada mereka yang
berlatarbelakangkan orientasi perubatan alopathi yang beragama Islam, kerana
kaedah-kaedah dan bacaan-bacaan yang dituturkan adalah berlandaskan ajaran Islam
yang perlu dijadikan ikutan oleh umatnya. Dalam masa yang sama adalah difahami
bahawa penyakit pada hakikatnya berpunca daripada sebab yang banyak dan berbeza,
yang memerlukan rawatan yang berbeza menurut kesesuaian atau keserasian.

Masyarakat pada umumnya tidak dapat membezakan antara kaedah perubatan Islam
yang menggunakan doa-doa dan kaedah rawatan Melayu tradisional. Rawatan yang
menggunakan ungkapan kata yang mengandungi unsur-unsur Islam seperti yang
dijelaskan, tidak membuktikan bahawa kaedah yang diamalkan itu merupakan kaedah
perubatan Islam yang sebenar. Tukang-tukang tilik dan ramal yang melibatkan diri
dengan rawatan Melayu tradisional juga memanggil jin-jin untuk melakukan sihir
dengan menyebut kalimah-kalimah yang kedengaran seperti sebutan a'uzubilLah,
menyebut kalimah salam, sebutan nama-nama nabi, termasuk kalimah syahadah.
Keadaan seperti ini selain melahirkan keraguan dan kecelaruan, ia juga memberi imej
buruk terhadap mereka yang melibatkan diri dengan kaedah Perubatan Islam yang
menggunakan doa-doa seperti yang dijelaskan.

Sebahagian daripada mereka yang melibatkan dirl dengan rawatan Melayu tradisional
berdampingan dengan makhluk-makhluk halus, yang dibela, dibuat sahabat ataupun
saudara. Dari sinilah lahirnya mereka yang dikatakan mempunyai kelebihan menilik
pelbagai punca penyakit, meramal perkara-perkara ghaib, yang telah berlaku dan yang
akan datang, juga melibatkan diri dengan amalan sihir. Inilah di antara kandungan ilmu
kebatinan Melayu yang masih diamalkan sehingga sekarang ini. Kekuatan atau
keupayaan mereka pada hakikatnya terletak pada sokongan makhluk-makhluk halus
yang berdampingan, yang pada kebiasaannya dilakukan ketika dalam keadaan
menurun. Oleh kerana kekuatan yang mereka miliki terjadi dengan sokongan makhluk-
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

35
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

makhluk tadi maka kebanyakan sakit dikatakan berpunca daripada gangguan makhluk-
makhluk halus.

Oleh kerana penyakit itu sering dirujuk sebagai berpunca daripada makhluk-makhluk
halus yang terdiri daripada iblis dan syaitan ataupun sihir, yang menyebabkan
gangguan, ataupun lain-lain penyakit, pada hal ia sebenarnya mungkin berpunca
daripada lain-lain faktor, yang dapat dibuktikan seperti ketegangan, ketidakseimbangan,
kecederaan, akibat gangguan agen-agen parasit seperti virus, kuman, kulat, toksin dan
sebagainya, maka telahan-telahan seumpama ini menyebabkan sebahagian daripada
masyarakat menolak sama sekali kaedah perubatan tradisional, termasuk kaedah yang
menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Salah Faham Rawatan Islam & Rawatan Tradisional

Prinsip dan kaedah pembelajaran mereka yang melibatkan diri dengan rawatan Melayu
tradisional dan rawatan yang diistilahkan sebagai Rawatan Islam yang menggunakan
doa-doa adalah berbeza. Walaupun demikian, oleh kerana maklumat mengenai
rawatan Islam itu tidak dimengerti oleh sebahagian besar masyatakat; akibat
pendedahannya yang terhad dan akibat kekaburan maklumat sebenar rawatan Melayu
tradisional, yang sering menjadi rahsia daripada pengetahuan umum, yang
berselindung di sebalik prinsip ilmu kebatinan, maka masyarakat umumnya
menganggap kedua-duanya sebagai kaedah rawatan yang sama, apatah lagi dengan
adanya golongan tertentu yang mencampuradukkan kaedah-kaedah rawatan tradisional
dengan pelbagai elemen pengaruh Islam seperti yang dijelaskan diatas.

Keadaan seperti ini menjadi lebih gawat dan tidak menentu apabila pihak yang
dianggap sebagai memahami kaedah-kaedah rawatan Islam, yang sebenarnya tidak
tahu hakikatnya cuba memperkatakan mengenainya. Hukum sihir itu adalah jelas. Ia
termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Tegahan mengenainya termaktub jelas
dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab, tetapi untuk mengidentifikasi hakikat sihir, ia
memerlukan satu bidang ilmu lain yang memerlukan penyelidikan yang serius. Adalah
terlalu malang bagi mereka yang hanya mengetahui hukum larancran mengenai sihir,
tetapi tidak tahu hakikat sihir cuba memperkatakan tentang rawatan Melayu tradisional
ataupun Rawatan Islam.

DOA DAN RAWATAN

Allah s.w.t. menyuruh setiap orang Islam agar sentiasa berdoa kepadanya, dan Dia
akan memperkenankannya (Ghafir: 60, Ibrahim: 34). Orang yang berdoa, bererti ia
ingatkan Allah. Allah mahukan setiap hambanya agar mengingatinya pada zikir lidah
juga pada setiap amalan. Setiap perbuatan mesti dilakukan kerana Allah membolehkan
perbuatan itu diperkira sebagai ibadah, termasuk amalan yang melibatkan rawatan,
yang akan diberi ganjaran. Inilah yang membezakan, antara amalan yang dilakukan
sebagai adat dan ibadah. Apabila sesuatu perbuatan itu termasuk dalam kategori
ibadah, segala tindak tanduk yang bertentangan dengan ajaran syariah perlu
dihindarkan.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

36
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Pada hakikatnya, berdoa bukan amalan orang yang lemah, putus asas atau
tidakmempunyai harapan setelah banyak ikhtiar dilakukan tetapi gagal. Doa ialah
senjata orang yang beriman. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda, menyatakan
bahawa;

Doa itu adalah otak ibadah.

Bererti bahawa setiap ibadah itu mesti bermula atau disertai doa. Untuk hidup
sejahtera, manusia perlukan otak. Ibadah seseorang itu perlukan otak. Pada manusia,
otak ibadah itu ialah doa. Pada manusia, otak adalah organ yang sangat kompleks,
pusat segala aktiviti, menjalankan fungsi berfikir, punca reaksi seperti takut, bimbang,
rasa sensitif dan sebagainya, mengawal pergerakan tubuh yang tidak boleh diganti
apabila rosak. Gangguan pada otak menyebabkan berlakunya gangguan emosi, yang
mungkin boleh membawa maut. Kita lihat di sini betapa pentingnya otak dalam
kehidupan manusia, begitulah keperluan doa dalam ibadah, seperti yang dijelaskan
oleh Rasulullah s.a.w. yang tidak boleh dinafikan. Doa-doa yang dibaca, sama ada
yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, sumber hadis dan lain-lainnya hanya
merupakan satu kaedah ataupun wasilah dalam usaha mendapatkan kesembuhan,
yang dituturkan dengan lidah dan niat dalam hati. Begitu juga dengan bahan-bahan
yang digunakan, sama ada air zam-zam atau air biasa. Kesembuhan sebenar adalah
daripada Allah s.w.t. Apabila Allah s.w.t. memperkenankan doa seseorang, maka Allah
akan memberi kesembuhan, biar betapa besar atau kecilnya penyakit atau masalah
yang dihadapi oleh seseorang, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa dan tidak digagahi
oleh sesiapa pun. Urusan Allah, apabila ia menghendaki sesuatu dengan berkata:
jadilah, maka jadilah (Surah Yasin: 82).

Jelas disini bahawa kata-kata atau sindiran adakah doa boleh menyembuhkan penyakit
atau tidak bukan persoalan utama, sama seperti persoalan yang ditimbulkan oleh
golongan tertentu sama ada amalan merawat menggunakan doa dan air itu boleh
dipanggil sebagai Perubatan Islam.

Kisah Sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu
kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan
mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah meminta
makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya. Dengan takdir Allah
s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah disengat binatang.
Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal. Sesetengah daripada mereka
mencadangkan agar mereka meminta pertolongan daripada kumpulan orang Islam
yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka boleh membuat sesuatu untuk
merawat.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada
orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana
penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka tidak akan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

37
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah. Rombongan itu bersetuju atas
permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang Islam yang berkenaan
datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah
pada tempat yang sakit tadi sambil membaca: "AlhamdulilLah". Dalam satu riwayat
lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi
mengumpulkan air ludahnya dan dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur
sembuh.
Dalam satu riwayat lain, dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor
kambing. Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar
fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti
disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah berjaya
melakukan rawatan dengan membaca Ummu al-Qur'an (Surah al-Fatihah). Kalau difikiri
dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawa pesakit boleh sembuh
hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit hembusan air ludah.

Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk
meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit, seperti
sakit terkena gigit kala jenking ataupun lipan boleh sembuh, sering dirasakan seupama
sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak yakin bahawa usaha
seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti ini bukan sesuatu yang mustahil,
kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi oleh sesuatu, apabila Ia
menghendaki sesuatu, Ia berkata: jadilah maka jadilah (Surah Yasin: 82).

Doa yang makbul

Allah s.w.t. menyuruh setiap hambanya agar berdoa, memohon kepadanya, dan Allah
s.w.t. akan memperkenankannya, sama ada diberi dengan cepat, lambat, diberi ketika
seseorang itu hidup di dunia ataupun di akhirat kelak. Jelas di sini bahawa bukan
sesuatu yang mustahil doa-doa yang dibaca oleh seseorang itu boleh menyebabkan
sakit yang dideritai oleh seseorang itu sembuh dengan izin Allah, biar betapa berat
derita yang dialami atau betapa besar masalah yang ditanggung oleh seseorang.

Doa-doa yang dibaca hakikatnya bukan merupakan faktor utama kesembuhan. Dua
orang yang cuba merawat pesakit dengan menggunakan bacaan Surah al-Fatihah,
ataupun lain-lain doa, tidak semestinya melahirkan natijah yang sama. Mungkin salah
seorang daripada pesakit akan sembuh, ataupun semakin teruk, padahal doa yang
dibaca adalah sama. Hal demikian membuktikan bahawa doa-doa yang dituturkan
hanya merupakan salah satu usaha rawatan, ataupun usaha untuk memperoleh
kesembuhan. Kesembuhan yang sebenar ialah kemakbulan daripada Allah s.w.t. iaitu
apabila doa-doa yang dibaca itu dikabulkan. Kemakbulan ataupun kemustajaban doa
yang dibaca pula berkait rapat dengan taraf ataupun kualiti diri seseorang di sisi Allah.
Semakin hampir seseorang itu kepada Allah, maka semakin mudahlan doa-doa yang
dipohon itu dikabulkan.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

38
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Orang yang hampir kepada Allah ialah mereka yang bersifat warak, zuhud dan taqwa.
Apabila seseorang hamba itu hampir kepada Allah, maka Allah akan mengasihinya.

Orang-orang yang dikasihi Allah ialah mereka yang melakukan amalan-amalan yang
difardukan, juga amalan sunat secara terus menerus. Allah akan memberi kekuatan
dan memperkenankan doa-doa andainya ia memohon, dan melindunginya apabila ia
berbuat demikian. Pengenalan takrif perawat islam

1) Hendaklah seorang beragama islam, aqil baligh serta beraqidah dengan aqidah
yang betul
2) Harus berkeyakinan bahawa al Quran adalah Syifa
3) Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan
4) Seorang mu`alij dianjur sudah berkahwin
5) Hendaklah menjauhi hal-hal yang diharamkan kerana dengan hal-hal tersebut
syaitan akan menyerang manusia
6) Hendaklah mendukung perintah-perintah Allah SWT
7) Hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dengan apa cara sekalipun
8) Harus membentengi diri dengan benteng kukuh
9) Tidak bersahabat dengan jin dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan
dalam perkara yang ditegah oleh syara'
10) Mengikhlaskan diri kepada Allah

Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah maka semakin jauh diri daripada
syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya.

Jika anda mampu menghadapi diri anda terhadap syaitan maka anda akan lebih
mampu menghadapi yang lainnya. Tetapi jika anda tidak mampu menghadapi diri anda
dan syaitan maka anda tidak akan mampu menghadapi yang lain.





















Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

39
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Nasihat
Tuan guru
Harun din
Al-hafiz



Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib







Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

40
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya

Ikhtiar rawatan yang kita lakukan adalah dengan doa-doa dan ia lebih mustajab lagi
apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan
untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;


Mafhumnya: Daripada Abu Darda r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang
muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab,
(ketika berdoa) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia
berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata:
Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Berdosa besar menyembunyikan Ilmu

Mempelajari ilmu pengubatan Islam adalah Fardu Kifayah dan ia dituntut supaya ada di
kalangan kelompok masyarakat umat Islam mempelajarinya. Ilmu ini tidak boleh
disimpan atau dirahsiakan. Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana
di sebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya;



Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang
ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai
di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu
Daud)

Mengamalkan Ilmu Perubatan Islam sebagai dakwah

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

41
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian
daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya
meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak
diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal
perubatan tradisional Melayu.

Perlu mendapat Ilmu terus daripada guru dan diijazahkan

Ilmu pengubatan Islam mesti dipelajari daripada guru secara terus, anak murid seboleh-
bolehnya melihat muka tuan guru ketika menerima ilmu tersebut. Kemudian setelah
selesai belajar, guru akan mengijazahkan dengan ilmu pengubatan Islam, sebagai
tanda tamat belajar.

Jangan meninggalkan amalan Bacaan Asas 10

Saya ingin berpesan walaupun apa yang berlaku, apabila saudara hendak menjadi
perawat atau pembantu perawat, menjadi pengajar, menjadi guru atau sebagainya,
pesan saya ialah jangan tinggal langsung Bacaan Asas 10 Pertama dan Kedua.
Sekurang-kurangnya itu yang saudara hafal dan amalkan.

Sebab musuh utama kita ialah syaitan dan dia tahu bahawa kita telah belajar ilmu yang
boleh menyakiti dia atau tidak menyenangkan dia berada di dalam badan manusia,
maka dia dengan sendirinya akan mencari dimana kelemahan yang ada pada kita.

Sebagai satu misalan orang yang belajar ilmu silat, apabila tidak mengamalkan ilmu
silat tersebut, tidak berlatih menggunakan tenaganya, mengayakan balik buah-buah
silat yang dipelajarinya maka dengan sendirinya lama kelamaan dia menjadi seperti
orang yang tidak belajar juga. Saya menggunakan analogi ini untuk menyatakan
bahawa dalam bacaan 10 pertama dan kedua itu terdapat ayat-ayat yang memang
digunakan khas untuk membantu manusia bagi mengatasi masalah gangguan makhluk
halus. Bila diamalkan selalu, insya-Allah ia menjadi senjata yang boleh digunakan
sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus yang cuba merosakkan kita.

Bersabar menghadapi cubaan dan dugaan

Bila beramal dengan ilmu-ilmu pengubatan Islam ini, saudara pasti akan berjumpa
dengan halangan-halangan kerana Tidak ada suatu yang baik melainkan ada
halangannya, itu adalah perkara biasa kerana Setiap nikmat yang anda perolehi itu,
jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w.
dalam sabdanya;

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

42
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Mafhumnya: Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana
sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat ada yang hasad (kepadanya).
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).

Jangan menetapkan bayaran untuk rawatan

Prinsip kita memberikan rawatan adalah secara percuma, walaupun syariat Islam tidak
menghalang kita menerima pemberian daripada pesakit. Janganlah menetapkan
bayaran sebelum dan selepas merawat pesakit. Rawatan yang diberikan hendaklah
dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Kita berserah kepada Allah SWT dan
membiarkan-Nya memberikan balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik
balasannya? daripada manusia atau daripada Allah SWT? Kita perlu memahami
bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat
manusia ini menyakitkan hati kita. Kita hanya meminta supaya Allah SWT sahaja yang
membalas, kerana Dialah sahaja yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi.

Wajib menyimpan rahsia pesakit

Ketika dirawat, kadangkala pesakit menyebutkan perkara-perkara yang tidak benar dan
juga perkara-perkara yang mengaibkan, justeru itu adalah wajib bagi kita merahsiakan
cerita-cerita yang diberitahukan kepada kita oleh pesakit.

Jangan mengatakan Buatan Orang atau Kena Sihir

Ketika memberikan rawatan jangan menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul
umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kita
tidak mengetahui semua itu, yang maha mengetahui hanya Allah SWT. Kerana
perbuatan begini (mengatakan sebab sihir atau buatan orang) boleh memecah-
belahkan sesama ahli keluarga pesakit dan inilah yang sangat disukai oleh syaitan.

Memberikan harapan kepada pesakit

Sepatutnya kita memberikan harapan kepada pesakit dengan memberikan keyakinan
kepada mereka bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

Mafhumnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali
berserta dengan ubatnya (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Allah SWT menurunkan setiap penyakit dan Allah juga yang menyediakan ubat bagi
setiap penyakit. Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah salah satu ujian
daripada Allah SWT. Ujian tersebut yang sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan
dengan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita adalah sangat besar.

Elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

43
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Kita akan bertemu dengan pelbagai masalah dan kerenah pesakit di dalam masyarakat,
jangan menawarkan diri untuk memberikan rawatan sebaliknya berilah rawatan apabila
diminta. Ini untuk mengelakkan kita daripada dipersalahkan apabila penyakit itu tidak
sembuh atau merebak atau yang lebih buruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke
rahmatullah.

Berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT.

Semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT.
Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan
dengan izin Allah SWT.

Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang
dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang paling penting kita
berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Jadilah Hamba Allah yang terbaik

Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana
Rasulullah s.a.w. bersabda;

Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Saudara perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.
Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan
kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.









Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

44
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Bab 2
Sihir, saka,
santau, susuk,
HISTERIA DAN
ILMU SALAH




Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

45
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

SIHIR

Sihir dari segi makna ialah mengalihkan sesuatu dari keadaan atau hakikat asal.
Dalam Kitab as-Sihr menyebut definasi sihir dengan mengatakan " apa juga yang
berlaku atau dapat dibuat atau dicapai oleh seseorang dengan pertolongan
syaitan,setelah orang itu memenuhi kehendak syaitan tersebut dengan melaksanakan
sesuatu yang dikehendaki oleh syaitan itu sebagai tanda atau isyarat taqarub atau
bersahabat atau tunduk dan mengikut atau menyembah syaitan itu"

Manakala Syamr meriwayatkan daripada Abu Syaibah, katanya: orang Arab
menamakan sihir dengan sihir kerana ia mengubah orang yang sihat menjadi sakit.

Syeikh al-Azhari pula menyatakan takrif sihir sebagaimana disebut:
Sihir ialah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada
syaitan dan meminta tolong kepadanya.

Kesimpulan yang boleh diambil dari keterangan takrif sihir di atas ialah:-
Sihir ialah satu perbuatan, amalan atau pekerjaan yang melibatkan unsur syirik untuk
mengkhianat pihak yang dikhendaki.
Bila sudah dinamakan syirik, maka jelas lah bahawa amalan sihir adalah haram dan
ianya jelas dimurkai Allah S.W.T.Sesiapa yang mengamalkan sihir, maka bolehlah
dianggap dia telah kufur dan keluar dari Islam.

Sejarah Sihir

Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quranul Karim, sihir telah wujud sejak zaman Nabi
Musa A.S lagi.Di waktu itu, amalan sihir amatlah berleluasa hinggakan kehebatan
seseorang dinilai berdasarkan kekuatan kebatinan sihir yang ada. Mukjizat yang
diberikan Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S antaranya ialah berupaya menukarkan
tongkat kepada ular yang besar.Seperti dalam firman Allah:-

Dan lemparkanlah apa yang ada ditangan kananmu, niscaya ia akan menelan apa yang
mereka perbuat. "Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang
sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang."
(Surah Tahaa:69)

Kerana mukjizat yang diberi Allah kepada Nabi Musa A.S ini, maka para ahli sihir yang
pada mulanya pengikut Firaun serta merta beriman kepada Allah S.W.T sepertimana
dalam firmanNya:-
Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan bersujud, seraya berkata: "Kami telah
percaya kepada Tuhan Harun dan Musa." (Surah Tahaa:70)

Di zaman Rasulullah S.A.W juga diriwayatkan kisah sihir dan ia turut di alami oleh
Rasulallah S.A.W sendiri. Nabi Muhammad pernah disihir oleh seorang tukang sihir
Yahudi laknatullah yang berbangsa Bani Zuraiq.Nama tukang sihir itu ialah Labid bin
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

46
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Asham.Tukang sihir Yahudi laknatullah ini telah mengambil rambut Rasullallah melalui
anak perempuan yang telah pergi ke rumah Baginda.
Melalui rambut tersebut, Labid bin Asham melakukan upacara sihir ke atas Baginda
kemudian diikat dengan pelepah tamar (kurma) jantan.Kemudian, barang sihir itu
dicampakkan dalam telaga Zarwan. Kesan sihir ke atas Baginda menyebabkan Baginda
terasa seperti menggauli isterinya padahal hal itu tidak terlaksana sama-sekali.Hal ini
berlarutan selama 40 hari.Namun begitu, ada pendapat yang mengatakan kurang dari
tempoh itu.
Kerana kesangsian itu, Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa kepada Allah S.W.T dan
dua malaikat dihantar untuk memeriksa Nabi.Setelah itu, Nabi Muhammad S.A.W
disuruh membuang sihir tersebut.Bersama beberapa orang sahabat, Nabi Muhammad
S.A.W telah pergi ke telaga tersebut dan melihat air telaga itu berwarna merah inai,
kesan dari pengaruh barang sihir tersebut.Nabi kemudiannya menyuruh sahabat
membuang barang sihir tersebut.Ada pendapat mengatakan barang sihir itu dibakar
setelah dikeluarkan dari telaga Zarwan.
.
HUKUM MENGAMALKAN SIHIR

Hukum mendatangi Tukang Sihir atau Tukang Ramal adalah haram.sepertimana yang
dinyatakan dalam hadis Rasullallah S.A.W bahawa:-

Barang siapa yang mendatangi Tukang Ramal dan bertanyakan sesuatu padanya,
maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. (HR Muslim)

Berdasarkan hujah di atas, jelaslah amalan sihir dilaknat Allah S.W.T bahkan amalan
wajib lain tidak diterima andai sihir dilakukan.

PUNCA LAHIR DAN BERKEMBANGNYA AMALAN-AMALAN KARUT.

Dari situ amalan Jahiliah mula bertapak semula dan ianya diperturunkan dari satu
generasi ke satu generasi yang lain sehingga ke hari ini dan seterusnya jika tidak di
benteras akan berterusan hingga ke hari kiamat. Amalan yang ada hubung kait dengan
puak Jin alam rendah ini pun berpindahlah dari satu jasad ke satu jasad yang lain pada
anak cucu cicit pengamal tersebut, yang mana ianya di panggil " SAKA-BAKA" atau "
DATUK-NENEK ".

Kebiasaannya kesinambungan ini terjadi dengan anak atau keturunan mereka di suruh
menggantikan tempat datuk nenek mereka setelah menerima isyarat-isyarat samada
melalui mimpi seperti datangnya seorang tua berjubah putih atau orang tua yang
berpakaian hitam atau yang menyerupai datuk nenek mereka yang pada hakikatnya
adalah jelmaan daripada Jin, yang menyuruh mereka mewarisi ilmu kedukunan, ilmu
latihan pertahanan diri, ilmu perbidanan dan sebagainya atau melalui perjanjian yang di
terima daripada ibu atau bapanya sebelum mereka meninggal dunia. Bagi anak cucu
yang menerima amalan dari datuk nenek mereka, mulailah mereka mematuhi syarat-
syarat atau juga di kenali sebagai " Jamu Jin " yang telah ditetapkan itu, mengikut jenis
Jin yang mereka sahabati tersebut, antaranya :-
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

47
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Syarat dan Alatan Jamu Jin.

Jika Jin Islam yang soleh dari Alam Rendah.

Antara syarat-syaratnya yang biasa ialah syarat yang tidak bertentangan dengan
hukum syarak yang wajib seperti, tidak boleh meninggalkan sembahyang lima waktu,
tidak boleh meninggalkan puasa Ramadhan, patuh dan taat kepada kedua ibu bapa,
mesti berbuat baik kepada orang tua, tidak boleh makan dan minum benda-benda yang
haram, tidak boleh berjudi dan sebagainya.

Pada zahirnya syarat ini nampak baik kerana melaksanakan syariat Allah, tetapi yang
menjadi kesalahan pula ialah, ketaatan ini berlaku setelah seseorang itu mengikat janji
dengan khadam itu untuk menunaikan hajatnya setelah semua perintah tersebut
dilaksanakan dengan sempurna.

Jika Jin Islam yang fasik.

Antara syarat perjanjian yang mesti dipatuhi ialah terdiri daripada perkara-perkara yang
harus di sisi syarak seperti, nasi kuning, ayam panggang, bertih, telur separuh masak,
darah ayam hitam, kain yang berwarna, bubur merah ( bubur kacang hijau yang di
masak dengan gula merah ), bubur putih, bertih yang di tabur di atas telur dadar, tidak
boleh lalu di bawah penyidai kain, memakai pakaian khas seperti warna hijau atau
kuning dan sebagainya.

Biasanya majlis tersebut diiringi dengan bacaan tahlil dengan menjemput orang ramai
kemajlis itu. Meski pun kerja ini baik namun tujuan jamuan itu diadakan adalah bagi
memenuhi perjanjian dengan khadam. Perkara dan syarat inilah yang menjadi
kesalahan di sisi syarak.

Jika Jin yang kafir.

Syarat perjanjian yang mesti dipatuhi jika khadamnya terdiri daripada Jin kafir ialah
melibatkan perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak seperti, ayam hitam
yang di sembelih dengan bulu dan darahnya tidak di buang ( semua bulu-bulu dan isi
perutnya tidak boleh di buang merata-rata, di panggang dan diletakkan tertiarap di atas
pulut kuning atau pulut putih ), kemian yang di asap untuk memanggil Jin, senjata
keturunan seperti keris, lembing, pedang untuk di puja dan sebagainya, darah kambing,
semah, sangkak, ancak, upih dan sebagainya.

Kebiasaanya upacara seperti ini hanya dilakukan untuk keluarga sahaja atau
berseorangan dengan di iringi dengan bacaan serapah, jampi, doa atau kadang kalanya
bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Selepas itu samada " Jamu " itu di beri makan kepada
keluarganya atau diletakkan di suatu tempat seperti di bawah pokok besar atau di mana
yang diarahkan kononnya untuk makanan roh datuk nenek.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

48
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Akibat Mematuhi Perjanjian.

Dari saat orang yang berkenaan membuat perjanjian, mulailah mereka mematuhi syarat
dan perjanjian itu samada dengan mematuhi segala hukum syarak atau mengadakan
"Jamu" untuk khadam-khadam tersebut bagi menjaga kepentingan ( amalan keturunan)
dan menjaga keselamatan diri mereka dan kaum keluarga daripada di ganggu oleh
jembalang-jembalang keturunan yang pada sangkaan mereka adalah terdiri daripada
ruh datuk nenek mereka.

Setelah persetujuan di terima atau persetujuan secara keturunan di buat (melalui zuriat)
terjadilah perkara-perkara yang luar biasa ke atas orang yang membuat perjanjian
tersebut, antaranya :-

1. Tidak sedarkan diri selama beberapa hari , setelah sedar mereka boleh bersyarah
tentang agama atau terus boleh mengubati orang sakit yang pelik-pelik dan
sebagainya.
2. Mereka boleh mengadakan dan mewujudkan barang-barang seperti kemian yang di
dalamnya terdapat cincin atau batu permata atau dapat mengambil barang-barang yang
di tanam oleh orang tanpa pergi ke rumah tersebut dan sebagainya.
3. Boleh dan mahir latihan pertahanan diri walaupun sebelum ini beliau tidak pernah
belajar apa-apa jenis latihan pertahanan diri.
4. Boleh menjadi Tok Bidan bagi menolong orang perempuan yang hendak bersalin.
5. Boleh menjadi Tok Dukun atau Tok Pawang yang boleh menurun / menyelap dengan
mendakwa dirinya sebagai Nabi Khaidir, Syeh Abdul Kadir Jailani, Panglima Hitam,
Wali Songo atau Tok Hijau dan sebagainya.
6. Boleh menjadi Tok Keramat yang mahir dan boleh bercakap tentang ilmu-ilmu agama
dan mampu melakukan perbuatan yang pelik-pelik dan luar biasa seperti berjalan di
atas air, ghaib dan sebagainya.
7. Sesetengahnya jika penerima tersebut adalah perempuan, maka beliau akan
disetubuhi terlebih dahulu oleh Jin (khadam ) tersebut sebagai tanda perhubungan telah
terjalin.

Semua kelakuan dan kebolehan tersebut mengikut apa yang telah mereka warisi
daripada perhubungan dengan khadam-khadam yang terdiri samada Jin Islam atau Jin
kafir. Setelah perjanjian dipersetujui mulalah mereka mengadakan upacara-upacara
tertentu sebagai pemujaan terhadap khadam tersebut, seperti mengadakan majlis
jamuan atau tahlil setahun sekali dan di arah mengunjungi kubur kubur yang di anggap
orang-orang soleh atau wali-wali Allah dengan membawa makanan tertentu atau seperti
yang telah dipersetujui dengan menyajikan makanan-makanan khas seperti, pulut
kuning, pulut putih, terlur separuh masak, kelapa muda, kemian, ayam panggang, kuih
muih yang terdiri daripada 7 jenis,berjenis-jenis dan berbagai-bagai lauk pauk dan
sebagainya.

BERSAHABAT DENGAN JIN.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

49
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Ramai di kalangan orang-orang Melayu yang bersahabat dan menjadikan Jin sebagai
pembantu dan Khadam mereka dalam membantu mereka melaksanakan tugas-tugas
yang tertentu. Contohnya seperti Tok Bomoh, Tok Pawang, Tok Dukun, Tok Mudim,
Mak Bidan, Mak Andam, Tukang Urut, Panglima, Hulubalang, Tok Guru latihan
pertahanan diri dan sebagainya. Walaupun begitu tidak semua golongan di atas yang
menggunakan Jin dalam kerja-kerja harian mereka. Tidak dinafikan terdapat juga
golongan tersebut yang benar-benar mempunyai kemahiran semulajadi tanpa
pertolongan dari Jin.

Menurut Sheikh Abdul Wahhab Asy-Syarani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir,
bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan Jin itu sangat keji. Katanya lagi "
Barang siapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan Jin daripada
bersekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana yang lebih biasa
bagi Jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua
seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang berakal lari ia daripada
bersahabat dan bersekedudukan dengan Jin, seperti larinya daripada bersahabat dan
bersekedudukan dengan manusia yang fasik."

Tambahnya lagi : " Tidak sekali-kali aku melihat seseorang yang bersekedudukan
dengan Jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian Jin itu adalah daripada api dan
api itu sangat banyak geraknya. Dengan banyak gerak itu datanglah berlebih-lebihan
perbuatan dan perkataan orang itu.

Syeikh Muhyuddin Arabi dalam kitabnya Futuhat pula menjelaskan : "Adalah orang
yang bersekedudukan (bersahabat) dengan Jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah.
Kerana Jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya.

Kadang-kadang orang yang bersahabat denagan Jin itu menyangka semua perkara
yang dikhabarkan dan di beritahu oleh Jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di
dalam alam itu adalah Karamah daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka
tersebut adalah tidak benar sama sekali. Kerana segala pemberian Jin kepada manusia
tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat
Isim dan huruf itu adalah merupakan salah satu bidang dalam ilmu Kimia semata-mata
yang juga boleh di pelajari dan diketahui oleh manusia.

Kata Syeikh Muhyuddi Arabi lagi : " Sesungguhnya ramai orang yang bersahabat
dengan Jin akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu.
Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling di murkai oleh Allah dan akan
dimasukkan ke dalam Neraka seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran
dan Hadis RasulNya.

Ringkasnya kita sebagai seorang Islam di tegah daripada bersahabat dan
bersekedudukan dengan para Jin samada Islam maupun Jin kafir kerana keburukannya
lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan yang akan kita perolehi. Jin akan
sentiasa merasuk dan mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat
tanpa kita sedari.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

50
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

PENGERTIAN TOK BOMOH.

Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit
dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang
tertentu dan sebagainya. Termasuk juga dalam istilah ini ialah Tok Pawang dan dukun.

Pecahan-pecahan Tok Bomoh.

Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada
beberapa pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing-masing. Antara yang
terkenal ialah :-

a. Tok Bomoh Kayap

Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang
di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala
peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan
sebagainya.

b. Tok Bomoh Santau

Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian
yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala
peralatan yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan
sebagainya.

c. Tok Bomoh Barah

Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang
di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala
peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan
sebagainya.

d. Tok Bomoh Patah

Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang
di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala
peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan
sebagainya.

f. Tok Bomoh Ekor

Tok Bomoh Ekor biasanya menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-
Quran dan mentera-mentera tertentu dan jampi serapah menyeru Jin dalam usaha
untuk menghadirkan nombor ekor yang diingininya. Manakala peralatan yang sering
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

51
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

digunakan ialah seperti telur ular tedung, cawat besi, keris atau senjata lama dan
sebagainya.

g. Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit.

Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-
ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dalam usaha mereka menarik duit atau
mencari harta karun yang tersembunyi di mana-mana. Manakala peralatan yang
digunakan ialah seperti stareka cap kepala ayam, talam tembaga, batu delima merah,
lesong batu berlubang, keris samar kucing dan sebagainya.

h. Tok Bomoh Urat/urut

Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di
ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan
yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.
.
i. Tok Bomoh Budak, Tok Bomoh kecil dan sebagainya

Tok Bomoh budak, Tok Bomoh kecil yang boleh berubat berbagai-bagai jenis penyakit
yang pelik-pelik tanpa belajar dari mana-mana, walaupun beliau masih kecil dan belum
akhil baligh.

Senarai di atas adalah merupakan sebahagian daripada pecahan-pecahan Tok Bomoh
dalam istilah masyarakat Melayu. Walaupun begitu masih banyak lagi pecahan Tok
Bomoh yang tak dapat di terangkan dan dimasukan dalam tulisan ini kerana terlalu
banyaknya pecahan tersebut.

Cara-cara menjadi Tok Bomoh dan seumpamanya.

Untuk menjadi Tok Bomoh dan sumpamanya, adalah melalui berbagai jalan dan
caranya yang tertentu. Antaranya :-

a. Melalui warisan dari keturunan datuk neneknya atau melalui saka-baka, di mana
datuk nenek atau keturunanya yang terdahulu pernah menjadi Tok Bomoh yang
terkenal dan apabila mereka meninggal dunia maka ilmu perbomohan itu menurun atau
mengalir terus ke dalam tubuh anak-cucu mereka pula.

b. Mereka didatangi oleh Khadam yang menyerupai datuk neneknya dalam mimpi yang
memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi -jampi atau mentera-mentera
tertentu. Setelah diamalkan ayat-ayat atau jampi tersebut maka datanglah khadam-
khadam tertentu untuk memberi pertolongan.

c. Melalui bacaan wirid, ayat, jampi, serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkanya.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

52
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

d. Melalui amalan-amalan latihan pertahanan diri tertentu, ataupun daripada ilmu
perlatihan pertahanan dirian yang dituntutnya.

e. Melalui pertapaan atau uzlah di tempat-tempat tertentu seperti di dalam gua, di muka
kuala, di dalam hutan dan sebagainya sehingga dikunjungi oleh khadam-khadam yang
bersyarat bagi menghasilkan hajatnya.

f. Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru-guru yang mempunyai khadam
atau yang diamalkanya melalui kitab-kitab tertentu secara bersendirian.

g. Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab atau melihat cara orang lain
berubat lalu di tirunya.

Tiga kesesatan yg blh membawa kpd syirik

1. Sesat perawat

Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati
pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan dan
meminta pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam
alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui
berbagai cara antaranya :-

a. Melalui Jampi, mentera dan serapah.

Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau
mentera yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu
mereka merawat pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera
itu dimulai dengan bacaan Basmallah Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi
atau dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-
tengah jampi mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta
pertolongan mereka dalam mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya:-

Amalan Batin.

" Bismillahirrahmanirrahim."
Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali
gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali
puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Serapah lekat Tulang.

" Bismillahirrahmanirrahim."
Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku, kalau kau hendak ke
dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah
kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

53
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Serapah menepung Tawar

"Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam serangkap
rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong
jaga, tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu,
dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.''

Mentera Menepung Tawar.

" Bismillahirrahmanirrahim."
Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong, kembang wadi kembang wada
cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong, ribut salah musim, kiong
kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal
punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya
melepas, sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya
melepas, Pelepas di padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas
kata dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah."

Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah
terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi
permintaan pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta
pertolongan daripada Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yg
berkuasa dan dapat memberi pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan
Khadam-khadam mereka. Perbuatan tersebut dengan terang-terang telah melakukan
perbuatan syirik kerana menyamatarafkan Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan
meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain daripada Allah.

2. Melalui Perbuatan / Kelakuan.

i. Kesesatan Tok Bomoh.

Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pd perbuatan dan
kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yg
di panggil "Tanasakhul Aruah" semasa mereka melakukan perubatan. "Menurun" yg
dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan
kuasa Jin bagi membantu merawat pesakit tersebut. Bercakaplah Jin itu menggantikan
Tok Bomoh atau Tok Pawang dgn mengkhabarkan berita-berita atau masalah-masalah
yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yg sedang mengubati itu adalah
Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana tiada nas dan dalil
dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat yang muktabar
yg boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan wali-wali boleh
menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya dengan
nama yg dijelmakan.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

54
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada
yang tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan
tugas tersebut hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya,
siapakah sebenarnya yg memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak
sedarkan diri.

Mak Andam juga memainkn peranan penting dlm menghidupkan suasana
persandingan ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari
berinai , masuk pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut dipenuhi
dengan suasana dan perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis
pemujaan Dewa Rama dan Dewi Sita. Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui
bahawa upacara persandingan tidak pernah ujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi
mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai itu hukumnya haram dan
persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.

ii. Kesesatan Tok Guru Latihan Pertahanan Diri.

Kesesatan boleh berlaku ke atas tok guru latihan pertahanan diri atau pendekar seni
pertahanan diri jika mereka melakukan salah satu daripada perkara yang diharamkan
oleh syarak. Antaranya :-

a. Melalui kaedah "Mubaiat" yg disertakan dgn kalimah Qasam atau sumpah-sumpah
yg bertujuan kepada hikmah dan perkara luar biasa yg mencarik adat.
b. Melalui petua-petua atau kaedah yg ada pantang larang yg menepati hukum syarak.
c. Melalui petua-petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkn perkara-
perkara luar biasa yg mencarik adat.
d. Melalui petua-petua atau kaedah yang berpegang kepada kebesarn ayat, wirid, jampi
atau doa semata-mata tanpa mengharapkn pertolongan daripada Allah.
e. Tidak tahu asal usul ilmu yg dipelajarinya itu dan yg diajarinya kepada orang lain.

Kebiasaanya tok guru latihan pertahanan diri juga merupakan Tok Bomoh kerana di
samping beliau mampu berlatihan pertahanan diri beliau juga biasanya mampu
mengubati orang sakit. Kesalahan besar yang telah dilakukan oleh tok guru latihan
pertahanan diri yang sesat ini ialah sudahlah diri mereka sendiri telah tersesat melalui
amalan-amalan yang sesat itu, kemudian mereka mengajarkan pula ilmu sesat itu
kepada anak-anak muridnya, yang bukan saja mengamalkan ilmu tersebut, malahan
juga akan turut tersesat sama. Jika kumpulan ini terus mengembangkan ilmu tersebut
maka akan bertambah ramai lagilah orang yang akan tersesat.

Kesalahan yang sering dilakukan ialah dari segi penggunaan jampi dan mentera yang
digunakan dalam kebanyakan latihan pertahanan diri. Terdapat seruan-seruan terhadap
bantuan Jin bagi memulakan latihan. Berbagai-bagai bentuk mentera dan jampi
digunakan, antaranya menyeru roh Panglima Hitam, atau roh-roh panglima-panglima
yang lain samada Hang Tuah atau Hang Jebat dan sebagainya.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

55
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Kesesatan dalam perbuatan dan permainan latihan diri pula ialah, terdapat sesetengah
latihan pertahanan diri itu yang mensyaratkan pelatih pertahanan diri mestilah tidak
sedarkan diri terlebih dahulu sebelum boleh menzahirkan perkara-perkara yang luar
biasa, seperti melayang diatas pucuk pokok kayu, boleh melekat di dinding seperti
cicak, boleh bertenggek di atas pucuk pisang seperti katak dan sebagainya. Perbuatan
seperti itu sebenarnya menyalahi syarak kerana rohani Jin telah masuk kedalam tubuh
pelatih pertahanan diri tersebut sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Pemulihan pula dilakukan dengan membaca jampi dan mentera tertentu oleh tok guru
latihan pertahanan diri tersebut. Setelah sedar pelatih itu tidak ingat apa-apa dan
merasa letih yang amat sangat.

iii. Kesesatan Ulama.

Ulama boleh menjadi sesat sekiranya mereka berhubung dengan khadam-khadam
tumpangan yang terdiri daripada rohani Jin Islam atau Jin kafir alam rendah yang
datang mengikut perjanjian penerimaan persahabatan, samada melalui mimpi atau
jaga, melalui wirid, jampi, doa dan seumpamanya. Bermula dari situ ulama tersebut
menjadi popular dan akan di kunjungi oleh orang ramai bagi meminta pertolongan
seperti sembahyang hajat, mengubati penyakit, memberi kuliah-kuliah agama dan
sebagainya.

Lazimnya ulama-ulama yang terjebak dalam persahabatan dengan Khadam-khadam
ini, sebenarnya mereka tertipu dan di tipu dengan syarat-syarat yang menepati hukum
syarak yang didatangkan oleh khadam-khadam tersebut atau terpedaya dengan
ketinggian ilmu, kealiman, kewarakan, kesolehan, ketinggian kelulusan atau pangkat
kebesaran. Mereka hanya meniru sahabat-sahabatnya yang ahli dalam babnya.
Dimana mereka sebenarnya tidak sedar bahawa mereka hanya alim dalam ilmu zahir
dan ilmu-ilmu tertentu sahaja, tapi pada pandangan umum keilmuan mereka sudah
lengkap dan mengcakupi dalam semua segi. Mereka harus sedar bahawa dalam diri
mereka masih ada lagi sifat-sifat mazmumah

Dari satu segi perbuatan tersebut memang kelihatan baik dan tidak terdapat apa-apa
kesalahan, tetapi yang menjadi kesalahan dan menyesatkan pula ialah cara ulama
tersebut menerima amalan dan pertolongan tersebut. Mereka menerima pertolongan
daripada khadam Jin dan mereka pula memberi pertolongan kepada orang lain melalui
bantuan khadam-khadam mereka.

Ulama-ulama jenis ini berselindung di sebalik keulamakan yang ada pada mereka,
kerana kepentingan dan keegoan diri serta mempunyai sikap yang buruk. Kadang-kala
mereka menggunakan kedudukan mereka untuk cuba menyebarkan fahaman dan
kaedah perubatan mereka itu, sedangkan mereka tidak sedar yang mereka telah
diperbudak-budakkan oleh puak-puak Jin yang pintar menipu manusia itu.

3. Tok Bomoh yang Makan Upah.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

56
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang
kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain.
Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh
jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan
Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain
atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas
kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau
marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak
memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok
Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau
kerana senda gurau yang berlebihan.

Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini
semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang
tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah
kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi,

Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan
perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah
tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang,
meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi
oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh
pihak keluarga wanita atau kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

CARA-CARA UNTUK MELAKUKAN PENGANIYAAN.

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya
matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja
yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok
Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-

a. Menanam barang-barang Hikmat

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah
menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh,
seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit
kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang,
kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur,
tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di
tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di
rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di
tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah,
dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia
di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

57
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan,
pakaian dan sebagainya.

b. Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang
yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk
dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa
berbuai. Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam
seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai
seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta ,
rumah tangga dan kasih sayang.

c. Tuju melalui angin/makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di
sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja
tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada
orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan
sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.

d. Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai

Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap
dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan
kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri
nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit
dan mati secara

KESAN DAN AKIBAT KE ATAS DIRI MANGSA.

1. Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan
semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh
si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah
menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya:

a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan
atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang
buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok
ditempat-tempat tertentu pada badan.
c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan
seumpamanya.
d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

58
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

g. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa
seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
h. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
i. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan
serabut.
j. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
k. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
l. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di
dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
n. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan
sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau
bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
o. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa
berlaku.
p. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak
gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.

2. Tok Bomoh yang mengambil upah untuk menganiayai orang lain ini amatlah besar
dosanya dan telah menjerumuskan dirinya kelembah kekafiran begitu juga orang-orang
yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh-Tok Bomoh dari jenis ini. Kedua-dua
belah pihak sama-sama menjadi kafir dan akhirnya sama-sama akan dihumbankan
kedalam neraka di hari Khiamat kelak. Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah
menjauhkan diri daripada Tok Bomoh-Tok Bomoh yang seperti ini. Anggaplah segala
sesuatu yang berlaku keatas diri kita itu adalah merupakan takdir dan Qada dan Qadar
daripada Allah. Semua kejadian itu adalah atas kehendak Allah, tentu ada hikmah dan
nikmat di sebalik semua kejadian tersebut, jangan suka menaruh perasaan dendam,
cemburu dan iri hati, kerana perasaan tersebut akan merusakkan diri kita sendiri.
Serahlah segala-galanya kepada Allah serentak melalui lidah, anggota, hati yang
dinamakan dengan ucapan doa, teguh cita-cita dan usaha ikhtiar, kerana Dialah yang
lebih berkuasa dan lebih Mengetahui segala-galanya.

3. Mempelajari ilmu Sihir, beramal dengannya untuk menyakiti dan mengkhianati
sesama manusia, bererti mereka telah mempelajari ilmu sesat (kufur), berada dalam
kesesatan (kekufuran), beramal dengan kesesatan (kufur), mati dalam sesat (kufur) dan
kekal sebagai ahli neraka, selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Islam
dengan ucapan dua khalimah syahadat serta taubat nasuha. Segala amalan baiknya itu
akan dipindahkan oleh Allah kepada orang yang dikhianatinya. Segala kejahatan
mereka yang di sihir itu di campakkan oleh Allah keatas diri penyihir sebagai tambahan
kepada kejahatan yang sedia ada. Jika ditakdirkan mereka yang dianiayai itu meninggal
dunia, oleh sebab beradat melalui ilmu sihirnya, maka mati orang yang di sihir itu
sebagai ahli fitrah (syurga) dengan syarat dia telah menerima penyakit tersebut dengan
penuh sabar dan bergantung harap kepada kebesaran dan keagungan Allah dengan
penuh kesabaran dan penuh redha.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

59
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

PENGARUH DAN PENGLIBATAN TOK BOMOH DALAM ADAT ISTIADAT ORANG
MELAYU DAN AMALAN-AMALAN KHURAFAT.

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar
Mati Anak Jangan Mati Adat " . Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya
pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan
manakah yang mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara Khurafat
tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara Khurafat itu telah bertapak
dalam masyarakat Melayu ?. Persoalan yang yang lebih besar dan penting ialah
adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari
dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak.

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak
yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini.
Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu
seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-
majlis atau perayaan tertentu. Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan
oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan
dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan, sedangkan
persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan
Dewi Sita. Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti
diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai), kenduri pecah perut pada hari
ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun
batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal
adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan
bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Tok Bomoh, Tok Pawang,
Mak Bidan, tok dukun, tok guru latihan pertahanan diri, mak andam dan seumpamanya.
Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini
bergantung kepada Bidang masing-masing. Antara Contoh-contoh adat istiadat dan
perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang
antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah
seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi /
emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai
upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Tok Bomoh, kononnya untuk mengelakkan
daripada di ganggu oleh Jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan
keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

60
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

tidak lebih daripada upacara menjamu Jin dan tidak ada kena mengena dengan
keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

b. Upacara Menurunkan perahu / kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Tok Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut
selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas.
Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera
dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

c. Kenduri tolak bala.

Kenduri ini di lakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan
setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Tok imam di jemput untuk membaca
doa dan Tok Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung
tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-
mana jua dengan syarat :-

i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut
ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.

d. Upacara Persandingan.

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di
mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja
Dewa Rama dan Dewi Sita. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah
perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula
Tok Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta
di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita, dengan
sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

e. Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Mak Bidan di jemput untuk mengadakan upacara
Lenggang perut . Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain
kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di
letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara
pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.

f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.

Semasa seseorang meninggal dunia Tok Bomoh akan meletakkan gunting di atas
mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat kekubur
diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

61
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih ). Kenduri 40 hari
sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu
nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah walau apa cara sekalipun, asalkan tidak
menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak
dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada aruah-aruah orang
yang telah mati daripada orang-orang Islam oleh waris-warisnya yang masih hidup,
adalah memang menjadi amalan kebanyakan ulama-ulama mazhab khasnya di Asia
Tenggara daripada dahulu hinggalah sekarang.

g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.

Upacara ini biasanya di lakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang juga
merupakan seorang Tok Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan
pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa
berlatih. Antara alat dan upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor
kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di
sekeliling gelanggang. Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih
latian pertahanan diri. Selepas itu Tok Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama
panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Tok Bomoh
tersebut akan mengasapkan kemian di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk
menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan
dirinya.

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak
muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat
yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau
pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang
kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut Minta tabik tok nenek, anak
cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing " atau " Minta ampun tok nenek anak cucu
nak tumpang lalu ". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan
di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.

Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama
Hindu, agama Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat
tersebut masih kuat diamalkan dalam budaya orang Melayu, yang menyangkakan
sebahagian daripada adat Melayu yang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi
sebenarnya adat istiadat dan budaya tersebut terang-terang bertentangan dengan
Islam.

KHADAM

1. Khadam ialah pembantu atau orang suruhan yang akan membantu tuannya apabila
di minta. Khadam pada asasnya terbahagi kepada dua golongan, iaitu :-

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

62
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

a. Khadam Asal.

Khadam asal adalah terdiri daripada rohani Malaikat dan Jin Islam peringkat tinggi yang
nama mereka adalah seperti nama malaikat. Ia tidak mendatangkan apa-apa syarat
kepada ahlinya untuk berkhidmat. Khadam jenis ini adalah diharuskan oleh syarak.

b. Khadam Bersyarat.

Khadam jenis ini adalah terdiri daripada Jin alam rendah samada terdiri daripada Jin
Islam atau Jin kafir. Golongan ini datang kepada ahlinya dengan perjanjian dan
beberapa syarat khusus dan umum, samada yang bertepatan dengan hukum syarak
ataupun yang diharamkan oleh syarak. Khadam jenis ini adalah diharamkan oleh Islam.

2. Khadam bersyarat ini akan datang menolong ahlinya dengan melalui salah satu
daripada cara berikut:

a. Dampingan Luaran.

Khadam ini akan mendampingi dan menolong tuannya melalui luaran sahaja, iaitu
hanya melalui perbuatan, ucapan atau qasad hati.

b. Dampingan Dalaman.

Khadam jenis ini juga dikenali sebagai Tanasakhul Aruah atau penjelmaan khadam
atau Jin dalam diri seseorang (menurun) dengan menamakan diri mereka, semasa
menurun dengan nama-nama tertentu seperti Nabi Khaidir, Panglima Hitam, Wali
Songo dan sebagainya. Jin yang meresap melalui cara ini membolehkan orang yang
diresapi itu menunjukkan keajaiban dan perkara-perkara yang luar biasa seperti
bercakap dalam bahasa Siam, Jawa, Arab dan sebagainya sedangkan sebelum itu
orang tersebut tidak mengetahui sedikit pun bahasa-bahasa tersebut.

SYARAT DAN ALATAN JAMU JIN.

1. Jika Jin Islam yang soleh dari Alam Rendah.

Antara syarat-syaratnya yang biasa ialah syarat yang tidak bertentangan dengan
hukum syarak yang wajib seperti, tidak boleh meninggalkan sembahyang lima waktu,
tidak boleh meninggalkan puasa Ramadhan, patuh dan taat kepada kedua ibu bapa,
mesti berbuat baik kepada orang tua, tidak boleh makan dan minum benda-benda yang
haram, tidak boleh berjudi dan sebagainya.

Pada zahirnya syarat ini nampak baik kerana melaksanakan syariat Allah, tetapi yang
menjadi kesalahan pula ialah, ketaatan ini berlaku setelah seseorang itu mengikat janji
dengan khadam itu untuk menunaikan hajatnya setelah semua perintah tersebut
dilaksanakan dengan sempurna.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

63
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2. Jika Jin Islam yang fasik.

Antara syarat perjanjian yang mesti dipatuhi ialah terdiri daripada perkara-perkara yang
harus di sisi syarak seperti, nasi kuning, ayam panggang, bertih, telur separuh masak,
darah ayam hitam, kain yang berwarna, bubur merah ( bubur kacang hijau yang di
masak dengan gula merah ), bubur putih, bertih yang di tabur di atas telur dadar, tidak
boleh lalu di bawah penyidai kain, memakai pakaian khas seperti warna hijau atau
kuning dan sebagainya.

Biasanya majlis tersebut diiringi dengan bacaan tahlil dengan menjemput orang ramai
kemajlis itu. Meski pun kerja ini baik namun tujuan jamuan itu diadakan adalah bagi
memenuhi perjanjian dengan khadam. Perkara dan syarat inilah yang menjadi
kesalahan di sisi syarak.

3. Jika Jin yang kafir.

Syarat perjanjian yang mesti dipatuhi jika khadamnya terdiri daripada Jin kafir ialah
melibatkan perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak seperti, ayam hitam
yang di sembelih dengan bulu dan darahnya tidak di buang ( semua bulu-bulu dan isi
perutnya tidak boleh di buang merata-rata, di panggang dan diletakkan tertiarap di atas
pulut kuning atau pulut putih ), kemian yang di asap untuk memanggil Jin, senjata
keturunan seperti keris, lembing, pedang untuk di puja dan sebagainya, darah kambing,
semah, sangkak, ancak, upih dan sebagainya.

Kebiasaanya upacara seperti ini hanya dilakukan untuk keluarga sahaja atau
berseorangan dengan di iringi dengan bacaan serapah, jampi, doa atau kadang kalanya
bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Selepas itu samada " Jamu " itu di beri makan kepada
keluarganya atau diletakkan di suatu tempat seperti di bawah pokok besar atau di mana
yang diarahkan kononnya untuk makanan roh datuk nenek.

TANDA-TANDA TOK BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHADAM/JIN DALAM
PERUBATAN

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga
mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang
menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku
kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di
tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan
diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan
pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita
lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-

a. Cara berpakaian semasa mereka berjampi

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan
khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

64
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


i. Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala
atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
ii. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning,
kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya
beliau bersahabat dengan Jin Islam.
iii. Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau
berketayap.
iv. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa,
Sumatera dan sebagainya.

b. Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau
mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga
yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat
sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada
yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.

Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua
dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan
adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua.
Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah
dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan
bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan
Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke
mari / memanggil ku ? "

c. Tanpa Menurun / Menyelap

Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang
memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan
dengan berbagai cara antaranya :-

a. Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan
perlu di hadapannya.
b. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan
menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan
kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga
kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan
membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang
diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

d. Membelah Batin.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

65
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat
membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti
pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan
pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai
seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah
selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan
menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan
ghaibnya.

Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita
dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-

1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak
Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana
Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan
amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan
mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di
terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin
dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH PENYAKIT ADA KAITAN JIN.

1. Penyakit akibat daripada keturunan.

Kadang-kala terdapat juga sesetengah orang yang mengalami sakit akibat daripada
keturunan atau lebih tepat lagi penyakit yang diakibatkan oleh saka-baka. Penyakit ini
adalah disebabkan oleh keturunan mereka, samada datuk, nenek, moyang atau
terdapat salasilah keturunan mereka yang membela atau bersahabat dengan Jin, pada
suatu masa dahulu, dan apabila mereka meninggal dunia tiada siapa yang sanggup
mewarisi Jin belaan tersebut atau keturunannya tidak mengetahui bahawa datuk nenek
mereka ada bersahabat atau membela Jin, lalu mereka mati sebelum sempat
membuang Jin peliharaan tersebut.

Kebanyakan daripada kita tidak mengambil berat malahan tidak tahu asal usul
keturunan mereka atau peranan datuk nenek kita di zaman dahulu, di dalam
masyarakat mereka pada ketika itu. Terdapat sesetengah daripada orang-orang tua kita
di zaman dahulu yang membela dan bersahabat dengan Jin. Mereka bersahabat
dengan Jin dengan berbagai-bagai tujuan, seperti mana yang telah dinyatakan di bab-
bab yang lepas. Selain daripada itu mereka juga membela Jin untuk menjaga dan
mengawasi harta benda mereka daripada di curi orang, kerana pada masa itu belum
terdapat polis dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan perkhidmatan Jin untuk
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

66
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

membuka kampung, dusun, kebun dan sebagainya, jadi Jin inilah yang akan bekerja
menebas dan sebagainya untuk tuannya itu. Kerana pada waktu itu belum terdapat
jentera moden dan peralatan yang canggih-canggih.

Untuk mendapatkan perkhidmatan dan bersahabat dengan Jin, mereka akan membuat
berbagai-bagai perjanjian dan " jamu "an serta upacara pemujaan Jin. Setelah
perkembangan teknologi dan terciptanya alat-alat moden dan ditambah lagi dengan
kesedaran agama yang semakin mendalam di kalangan orang-orang Melayu sekarang,
maka dengan itu perkhidmatan Jin-Jin tersebut tidak lagi diperlukan. Dengan itu anak-
cucu dan keturunan orang yang membela Jin tersebut tidak lagi melakukan upacara-
upacara men" jamu " Jin sebagaimana datuk nenek mereka dahulu, bahkan mereka
juga telah terlupa ataupun tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Jadi Jin-Jin
tersebut akan sentiasa mengawasi dan menunggu peluang dan masa untuk
menggangu keturunan tuannya, demi menuntut supaya mereka di puja dan di " jamu "
sebagaimana pada zaman datuk nenek keturunan tersebut.

Jin tersebut akan mencari dan menggangu keturunan tuannya selama-lamanya, selagi
keturunan tersebut tidak membuang Jin belaan tersebut. Dalam keadaan biasa Jin
tersebut tidak menggangu keturunan tuannya, tetapi jika terdapat salah seorang
daripada ahli keluarga keturunannya itu, di ganggu atau dianiayai oleh orang lain
dengan menggunakan Jin, maka Jin keturunan tersebut akan datang membantu. Tetapi
Jin keturunan tidak dapat melakukan apa-apa kerana cucu cicit tuannya tidak tahu
untuk mengadakan upacara bagi membela dan memanggil Jin tersebut, tambahan lagi
mereka juga tidak mengetahui wujudnya Jin belaan datuk nenek mereka yang sentiasa
mengawasi dan mengikuti perkembangan keluarga mereka. Pada ketika itu Jin
keturunan tersebut pula yang akan bersama-sama dengan Jin yang di hantar untuk
menaniayai ahli keluarga tersebut. Jin yang di hantar dan Jin keturunan sama-sama
akan menggangu keluarga tersebut, malahan gangguan Jin keturunan tersebut lebih
kuat daripada Jin yang dihantar oleh orang yang khianat itu.

Jika orang yang mengalami gangguan tadi berubat, maka penyakit yang di akibatkan
oleh Jin yang di hantar oleh orang yang mengkhianati keluarga tersebut akan lari dan
penyakit yang diakibatkanya juga akan sembuh, tetapi penyakit yang diakibatkan oleh
Jin keturunan tersebut tidak akan sembuh, walaubagaimana diubati pun, melainkan jika
Jin keturunan tersebut dibuang daripada keturunan keluarga tersebut.

Kebanyakan penyakit yang diakibatkan oleh Jin keturunan ini pelik-pelik dan tidak boleh
di ubati oleh kepakaran dan kebijaksaan pihak doktor dan hospital, kerana jika di
lakukan pemeriksaan di hospital, doktor akan mengatakan bahawa pesakit tersebut
normal dan tidak mengalami apa-apa penyakit. Sedangkan pesakit tersebut menderita
kesakitan yang sukar digambarkan oleh sesiapa, kecuali orang yang pernah
mengalaminya sendiri.




Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

67
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

TANDA-TANDA ADANYA PENYAKIT KETURUNAN.

Terdapat tanda-tanda orang yang mempunyai keturunan daripada pembela atau orang
yang bersahabat dengan Jin, walaupun mereka tidak mengalami penyakit dan sebab-
sebab seperti yang telah dinyatakan di atas. Sebagai panduan, kebiasaannya orang
yang ada penyakit keturunan itu akan mengalami salah satu atau kesemua daripada
tanda-tanda di bawah, antaranya:

a. Mudah terkena Rasukan
b. Cemburu
c. Iri hati
d. Jahat Sangka
e. Selalu mimpikan orang minta adakan jamuan atau makan
f. Panas Baran
g. Was-was dalam melakukan pekerjaan
h. Suka berkelahi / bergaduh
i. Ada halangan dan sekatan dalam pekerjaan

Pengkelasan Keturunan.

1. Secara ringkasnya kebanyakan daripada keturunan-keturunan di bawah kadang-kala
bersahabat atau membela Jin, demi untuk mencapai hasrat dan membantu pekerjaan
mereka dalam masyarakat. Keturunan-keturunan tersebut antaranya ialah:

a. Keturunan Raja
b. Keturunan Panglima
c. Keturunan Tok Bomoh
d. Keturunan Mudim
e. Keturunan Mak Andam
f. Keturunan Syed Malam Jumaat
g. Keturunan Hulubalang
h. Keturunan Mak Bidan
i. Keturunan Penjaga Kampung
j. Keturunan Guru latihan pertahanan diri.

2. Gila.

Gila yang diakibatkan oleh rasukan Jin ini terdapat berbagai-bagai jenis. Antara yang
sering terjadi ke atas orang-orang Melayu ialah

i. Gila Babi atau gila yang seumpamanya.

Penyakit gila babi sering di kaitkan dengan babi sebab, apabila didatangani penyakit
tersebut, pesakit itu suka menyondol nyondol seperti Babi dan jika dibiarkan mereka
akan masuk kedalam air dan besar kemungkinan akan mati lemas. Penyakit gila seperti
ini kebiasaannya ada kaitan dengan keturunan atau saka baka yang berpunca dari
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

68
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

kerasukan Jin. Biasanya benih manusia jenis ini sudah bercampur dengan benih Jin
keturunannya semasa jatuh benih ketika si ibu dan bapa melakukan persetubuhan.

Walaupun mereka telah membaca doa seperti yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w, namun
oleh kerana Jin tersebut telah sedia ada dalam diri orang tersebut melalui saka baka
dan keturunan tadi, maka Jin atau saka baka tadi tidak mudah meninggalkan mereka,
melainkan saka-baka atau Jin tersebut telah di buang dari keluarga tersebut. Maka hasil
dari situ lah terdapat ramai dari kalangan orang Melayu yang mendapat anak yang
cacat luar biasa, gila dan sebagainya.

ii. Gila Mereyam

Gila mereyam sering berlaku ke atas perempuan-perempuan yang baru lepas bersalin.
Orang sering mengaitkan gila mereyam disebabkan oleh batu meriyam yang tidak
masuk kembali pada tempat asalnya. Mengikut Sinseh Cina batu meriyam itu di kenali
sebagai Black Stone atau batu Hitam yang menurut mereka , apabila batu itu naik ke
kepala akan menyebabkan seseorang perempuan menjadi gila. Gila yang disebabkan
oleh batu meriyam ini paling ringan ialah perempuan berkenaan akan suka berbedak
atau bersolek, walaupun baru melahirkan anak dan berkelakuan luar biasa. Antara yang
paling teruk ialah mereka sanggup memukul orang atau lari dari rumah dan berkeliaran
di atas jalan-jalan raya atau merayau-rayau di merata tempat. (Gila ini biasanya tiada
kaitan dengan Jin)

iii. Gila Isim

Gila Isim adalah disebabkan orang tersebut beramal dengan ayat-ayat yang di terima
tanpa melalui guru. Punca gila ini adalah panas yang disebabkan oleh khadam penjaga
ayat tersebut daripada gulungan Jin yang menggangunya. Gila jenis ini sering berlaku
kepada mereka yang menuntut sesuatu ilmu atau beramal dengan sesuatu ilmu tanpa
salasilah yang sahih, iaitu tanpa melalui guru yang muktabar sehingga kepada
Rasulullah s.a.w.

iv. Gila Kena Rasuk / Gila akibat Sihir.

Kedua-dua jenis gila di atas adalah disebabkan Jin samada Jin yang di suruh oleh
tuannya atau Jin yang tidak bertuan. Kadang-kadang mereka yang terkena jenis ini
agak aggresif dan suka memukul orang jika di ganggu atau cuba di ubati.

PUKAU

Tanda-tanda:
1. Mengantuk yang melampau
2. Pening serta-merta tanpa sebab
3. Bercakap perkara sumbang tanpa kawalan
4. Pendiam tanpa sebab
5. Menurut arahan pemukau
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

69
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

6. Berjalan tanpa arah tuju
7. Melihat wajah yang hodoh menjadi cantik atau sebaliknya
8. Merasa kasihan yang melampau
9. Hilang ingatan
10. Gila
11. Nafsu memucak tanpa sebab

Kaedah Sihir:
1. Melalui Renungan mata
2. Melalui perbualan
3. Melalui gambarajah
4. Melalui pembacaan (sms / artikel)
5. Makanan atau minuman
6. Melalui rokok
7. Melalui bunga
8. Melalui pakaian
9. Melalui bahan cenderamata

SAKA

Takrif Bahasa: Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, takrif SAKA terbahagi
kepada 3 iaitu:

Saka 1: katanama = pusaka, peninggalan, warisan, tirkah, wasiat

Saka 2 : katanama = leluhur, keturunan, darah, anak, bangsa, keluarga, gengsi, kaum
kerabat, bani, banu, benih, zuriat, muwalat, baka, suku-sakat, belahan, kulawangsa,
darah, famili, kaum, kulasentana.

Saka 3: adjektif = tidak subur, usang, kersang, kersul, kering;(antonim) subur.

Selain takrif yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, masyarakat
Melayu amnya menakrifkan makna SAKA seperti berikut:

a)Saka = Pusaka
b)Saka = lelulur drpd sebelah emak, pangkat turun-temurun
c)Saka = tanah yang tidak subur
d)Saka = tiang seri.

Takrif pada pandangan Perubatan Islam = SAKA adalah pendamping samada dari
syaitan dan jin kafir atau dari jin Islam.

Bagaimana Mendapat SAKA

SAKA boleh diperolehi melalui perjanjian akuan antara manusia dan jin. Pada
permulaan mendapatkan SAKA, individu itu harus mempelajari dan mengamal
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

70
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

beberapa amalan tertentu sebagai syarat persetujuan menghadirkan jin. Setelah
bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan jin, maka jin tersebut akan mengikut
arahan tuannya untuk pelbagai kepentingan dan kerja.

Tujuan SAKA

Amnya, masyarakat dahulu dipandang mulia sekiranya mempunyai kehebatan dalam
ilmu kebatinan atau ilmu ghaib. Jika difikirkan secara logik akal, mana mungkin orang
lama dahulu-kala boleh membuka tanah berekar-ekar secara solo dengan hanya alatan
tradisional dalam masa yang singkat. Pada waktu ini, bantuan SAKA diperlukan untuk
memudahkan kerja.

Tujuan SAKA adalah untuk:

1. Kebal
Jin SAKA digunakan untuk menghalang badan dari tusukan atau tikaman senjata.

2. Kekuatan
Jin SAKA akan membantu pemilik SAKA menjadi handal dalam senibeladiri atau
mampu mengangkat barang-barang berat seperti kayu balak atau tiang seri. Kekuatan
pemilik SAKA juga boleh menakutkan manusia dan binatang buas.

3. Pekerjaan
Jin SAKA disuruh melakukan pekerjaan sepertimana manusia dalam pandangan batin
seperti membuat rumah, berkebun, membuka tanah, menangkap ikan, mencari harta
karun atau memelihara haiwan ternakan.

4. Pengasihan
Jin SAKA diguna untuk merasuk individu yang ingin dimiliki supaya jatuh kasih pada
pemilik SAKA. Adakalanya jin SAKA menjadikan pemiliknya nampak cantik dan anggun
di depan orang ramai.

5. Menjaga Rumah
Jin SAKA disuruh menjaga rumah dari ancaman musuh atau bencana alam seperti ribut
taufan, banjir atau gempa bumi.

6. Menjaga Keluarga
Jin SAKA diberi arahan supaya menjaga keturunan dari ancaman musuh.

7. Perubatan
Jin SAKA diguna untuk membantu menyembuhkan penyakit. Kaedah ini adakalanya
dilakukan secara menurun atau dikenali sebagai Tannasukh Arwah.

8. Mengambil Upah
Jin SAKA diguna untuk melakukan kerja sihir setelah menerima upah.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

71
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

PENURUNAN SAKA

SAKA boleh diperturunkan melalui beberapa kaedah iaitu:

1. Menerima SAKA dengan kehendak Pemilik ilmu SAKA secara terang mengakui
memiliki SAKA dan ingin menurunkan kepada individu yang sanggup seperti ahli
keluarga, kawan-kawan dan mereka yang baru dikenali. Untuk mendapatkan hak
SAKA, individu yang berkenaan haruslah bersetuju mengamalkan syarat-syarat yang
tertentu agar prosespemindahan SAKA berjalan lancar.

2. Menerima SAKA secara tidak langsung

Jenis 1
Melalui arahan pemilik SAKA Pemilik SAKA yang tidak sanggup menanggung beban
kehendak SAKA biasanya akan mewariskan SAKA kepada individu yang dipercayai
seperti anak, cucu ataupun kawan rapat. Walaupun tanpa persetujuan individu terbabit,
SAKA yang telah diberi arahan untuk berdamping akan segera berada di individu
berkenaan terutama selepas pemilik saka meninggal dunia.

Jenis 2
Melalui penerimaan barang pusaka. SAKA juga boleh dipindahkan melalui barang
tinggalan seperti Keris, Kayu-kayan, Badik, Cincin, Tombak, Tangkal, Pedang, Azimat,
Parang, Tapak bara, Pisau, Kain berwarna (amnya kuning), Tahi besi, Pakaian, Paku,
Kain batik, Rotan, Selendang, Kitab, Melalui barang tinggalan ini, individu itu akan
diwarisi SAKA secara tidak sedar.

Jenis 3
Melalui pemilihan Jin SAKA sendiri Sekiranya tiada siapa yang ingin menerima SAKA
dari pemilik SAKA atau tiada arahan penurunan khas, maka SAKA akan bertindak
dengan sendiri mencari tuan barunya. Kebiasaannya, SAKA akan mencari ahli keluarga
yang amat disayangi oleh pemilik SAKA iaitu adik-beradik, anak, cucu atau saudara
terapat. SAKA juga akan memilih keturunan individu yang lemah semangat atau lalai
dalam ajaran agama.

Risiko SAKA

Pemilik SAKA biasanya akan mendapat azab sebelum saat kematiannya. Ini kerana,
roh yang berada di dalam badan sukar untuk keluar. Hal ini bukanlah kerana SAKA di
dalam badan mampu menghalang tugas malaikat mencabut nyawa manusia. Ini adalah
tanda azab Allah S.W.T kepada mereka yang mensyirikkan-Nya. Azab yang ditunjukkan
adalah pengajaran kepada umatNya bahawa azab Allah amatlah pedih. Selain seksaan
semasa nazak, pemilik SAKA akan mendapat penyakit yang sukar diubati seperti
kanser, penyakit saraf, lumpuh, buta, pekak dan sebagainya. Kudrat manusia yang
berumur mungkin menjadikan pemilik SAKA lupa atau malas melakukan syarat akuan
menyebabkan SAKA memakan tuannya sendiri.

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

72
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Jenis-jenis Hantu SAKA

Umumnya, hantu SAKA dalam masyarakat melayu terdiri dari pelbagai jenis iaitu Hantu
Raya, Pelesit, Toyol, Pontianak, Langsuir, Hantu tinggi/galah, Pocong, Jerangkung dan
Penanggal.

SANTAU

Identiti Santau

Santau adalah sebahagian dari amalan sihir.Modus operandi santau adalah bertujuan
untuk memusnahkan pihak lawan secara senyap.Hukum mengamalkan santau adalah
HARAM dan mensyirikkan Allah. Pecahan santau terbahagi kepada 2 iaitu:

1- Santau yang tidak melibatkan penggunaan jin
2- Santau yang melibatkan penggunaan jin

Santau yang tidak melibatkan penggunaan jin boleh diubati secara klinikal.Kebiasaan
santau ini menggunakan bahan racun am dan tradisional.Antaranya seperti Racun
tikus, Cecair kimia seperti klorox, dadah, Akar membuta, Pucuk gelenggang dan Air
akar tuba.

Santau yang melibatkan penggunaan jin terbahagi kepada 2 kaedah iaitu secara terus
ataupun secara tuju (melalui hembusan angin).Dengan bantuan jin, bahan santau
dihalakan kepada mangsa.

Bahan Santau dan kaedah

Terdapat pelbagai bahan yang digunakan oleh pengamal santau. Bahan-bahan ini
adalah ramuan khas yang dijampi dengan pelbagai mentera bagi menghadirkan jin
yang bertindak untuk mengaktifkan santau tersebut.Kebanyakkan amalan santau
hampir sama walaupun ianya diamalkan oleh pelbagai golongan kaum seperti orang
asli, siam, melayu dan Indonesia.
Bahan santau terbahagi kepada 2 iaitu penggunaan binatang ataupun bahan mati.

Bahan 1 - Binatang

Binatang yang dimaksudkan adalah seperti lintah, ulat kayu, belalang, katak dan hama.

Lintah Lintah yang digunakan adalah bersaiz kecil (lanak lintah). Sebelum
dimasukkan dalam makanan mangsa, lintah ini akan dijampi dengan pelbagai bacaan
mentera.Simptom santau lintah ini seperti:
1. Mangsa akan mangalami penurunan berat badan secara mengejut.
2.Keluar darah melalui najis (ramai yang menyangka ia adalah simptom penyakit
buasir).
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

73
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

3. Sakit perut luar biasa seperti terasa pedih ngilu, seakan ada benda bergerak dalam
perut dan kembung mengejut.

Ulat kayu Ulat kayu yang digunakan adalah berwarna putih seperti ulat yang
memakan mayat.Ulat ini boleh dijumpai di kawasan hutan hujan khatulistiwa dan tropika
dalam kayu balak reput.Kaedah menggunakan santau jenis ini adalah dengan mengisar
sejumlah ulat tersebut dalam tempurung kelapa jantan berlubang satu sehingga
lumat.Kemudian, bahan itu ditapa dalam embun semalaman di atas busut.Setelah itu,
santau dipuja pada malam bulan mengambang dengan mentera tertentu sehingga
muncul akuan (jin santau). Setelah itu, bahan santau ini dicampur dalam makanan
mangsa sebagai syarat penamat.Simptom santau ulat kayu ini adalah seperti:

1- Mangsa akan mengalami penyakit gatal dan lebih aktif pada waktu malam.
2-Terasa seperti sesuatu menjalar dari dada ke perut seterusnya ke tulang belakang.
3- Suka menggeliat dan melentok.
4- Mudah sejuk dan menggigil.

Belalang Belalang yang diguna adalah dari jantina jantan yang berwarna
coklat.Namun begitu, mencari belalang jenis ini amatlah susah.Kebiasaan belalang
jenis ini berada di kawasan paya dan syarat untuk mengambilnya haruslah dari jenis
belalang yang duduk di atas batu tunggal pada malam bulan mengambang. Belalang
jenis ini akan di puja dengan bacaan mentera selama beberapa hari dan diletakkan
dalam lipatan daun palas.Setelah itu, ianya akan digoreng dengan makanan am untuk
diberi kepada mangsa.Simptom santau belalang ini adalah seperti:

1. Bengkak pada biji mata
2. Selsema yang berpanjangan
3. Sesak nafas bermula malam hari
4. Kepanasan walaupun hari hujan.

Katak Katak jenis puru adalah bahan utama untuk santau ini.Pengamal santau ini
akan memilih santau yang duduk ditengahtengah antara 3 ekor kumpulan katak.Katak
ini seterusnya dibunuh pada bulan mengambang untuk mengambil hempedunya.
Hempedu katak ini di puja dengan bacaan mentera dan ditapa selama 7 hari 7 malam
di dalam tempurung yang diisi dengan akar kayu berbisa.Setelah itu, ianya dicampur
dalam makanan makanan mangsa.Simptom santau katak ini seperti:

1. Mengalami penyakit gatal seperti kulit katak
2. Pedih di bahagian hempedu
3. Sakit di belakang tumit kaki
4. Kejang dibahagian peha

Hama Hama adalah sejenis binatang kecil yang hidup secara berkumpulan di
kawasan yang rtleindung, berlubang dan lembap.Kebiasaan hama boleh dijumpai di
kayu reput.Bahan ini adalah yang paling popular dalam membuat santau.Selain
makhluk hidup ini bersaiz halus, kesannya amat merbahaya jika lambat diubati.Dengan
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

74
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

syarat masa dan bacaan tertentu,hama di puja selama beberapa hari sebelum
dicampur dalam makanan atau minuman mangsa. Simptom santau hama adalah
seperti berikut:
1. Diserang batuk yang berpanjangan
2. Sesak nafas dan sempit dada mulai waktu asar
3. Kebas di tengah tapak kaki

Bahan 2 bahan mati

Bahan mati ialah seperti kaca, miang buluh, duri, rambut, paku, bulu anjing hitam dan
serbuk mayat. Bahan-bahan ini diadun atau digu na mengikut jenis niat menghancurkan
mangsa.Simpton santau dari jenis ini menghampiri simptom santau bahan binatang
iaitu:
1. Batuk yang berterusan
2. Alahan kepada cuaca sejuk
3. Anggota badan terasa pedih seperti dicucuk atau dihiris.
4. Sesak nafas dan sempit dada
5. Kebas di bahagian betis
6. Sakit atau bengkak di bahagian tapak kaki atau anggota badan
7. Kehilangan darah (leukemia)
8. Hilang ingatan
9. Terasa ada makhluk bergerak dalam badan.
10. Letih, pucat dan lesu.

Santau Angin

Santau jenis ini adalah yang paling merbahaya.Kebiasaannya, kesan santau ini akan
matang dalam masa 2 tahun dan boleh membawa maut. Namun begitu, urusan maut
adalah urusan Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T tidak mengizinkan, maka, walau apa jua
jenis santau yang diberi, ianya tidak membawa kesan atau mudharat. Santau angin
hanya di lakukan dari kalangan bomoh santau yang tinggi kebatinannya dan rapat
dengan jin.Hal berkawan atau memelihara jin ini amat perlu bagi Pengamal Santau.Ini
kerana, tugas membawa bahan santau secara jarak jauh dilakukan oleh jin tersebut.Jin
santau ini harus diberi makan dan tempat tinggal sebagai syarat persahabatan. Selain
itu, pengamal santau perlu melakukan perkara yang mensyirikkan Allah seperti tidak
boleh berkawan dengan orang alim dan menjauhi solat.Pengamal santau juga perlu
melepaskan santaunya dalam tempoh tertentu seperti dalam sebulan, dalam setahun
atau beberapa tahun. Jika tidak melepaskan santau dalam tempoh yang ditetapkan,
santau amalannya akan memakan diri sendiri.

SUSUK

Takrif bahasa

Asal usul kata Susuk adalah dari istilah Jawa. Maksud susuk dalam istilah jawa ialah
tangkal, azimat atau pergantungan yang boleh memberi kebaikan ataupun menolak
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

75
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

bala. Susuk yang diistilah dalam istilah Jawa adakalanya dikalung di leher, lengan atau
dibawa. Namun begitu, masyarakat Nusantara hari ini mengenali susuk sebagai amalan
memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu
kelebihan. Bahan yang digunakan bergantung kepada kehendak pemakai susuk.

Hukum Memakai Susuk

Amalan memakai susuk tergolong dalam Syirik Akhbar iaitu percaya kehebatannya
selain dari Allah S.W.T.Jika dinyatakan ianya adalah syirik, maka bolehlah dikatakan
bahawa individu yang memakai susuk adalah kufur. Sepertimana hadis yang
diriwayatkan dari Abu Dawud, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Sesungguhnya jampi2, azimat, dan tiwalah adalah syirik

Sejarah Susuk

Susuk sudah pun diamalkan sejak dari zaman Nabi Musa A.S lagi. Diwaktu itu, bahan
susuk yang digunakan adalah dari jenis kumbang hidup yang dimasukkan melalui
hidung untuk kelihatan muda.Namun begitu, susuk jenis ini hanya boleh diguna apabila
mahu keluar dari rumah.Pemakai susuk akan kelihatan tua jika tidak kemana-mana.

Jenis-jenis Susuk

Pemakaian susuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:-
a. Susuk Nyata
b. Susuk Ghaib

a.Susuk Nyata

Susuk nyata adalah melibatkan penggunaan beberapa bahan yang dimasukkan ke
dalam badan individu bagi mendapatkan dan menyakini kesan tertentu.Antaranya ialah

1.Susuk Emas (paling popular-untuk pengasihan)
2.Susuk Berlian (kos mahal)
3.Susuk Mutiara (suara merdu)
4.Susuk Geliga buaya (nafsu)
5.Susuk Besi / Beruang (kebal)
6.Susuk Bunga (pengasihan-kononnya akan keluar 40 hari sebelum mati)
7.Susuk Tulang Manusia (kononnya boleh nampak alam ghaib)
8.Susuk Buluh Perindu (suara merdu & pengasihan)
9.Susuk Bulu Rusa (untuk semangat waja diri)
10.Susuk Raksa (kebal besi)

b.Susuk Ghaib

Susuk ghaib terbahagi kepada 2 jenis iaitu
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

76
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


1.Susuk haram
Pemakaian susuk jenis ini tidak melibatkan pengisian bahan dalam anggota
badan.Tetapi lebih kepada penggunaan amalan yang memerlukan kerjasama jin dalam
mencapai maksud tertentu.Pemakai susuk jenis ini perlu melakukan ritual tertentu untuk
mendekatkan diri dengan jin susuk.

2.Susuk halal
Susuk halal adalah penglibatan doa dan amalan bersumberkan Al-Quran dan
Hadis.Setiap kehendak yang diingini disertakan dengan keyakinan kepada Allah S.W.T
dan berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Tujuan Susuk

Masih ramai individu yang tidak peka dengan syariat Islam bahawa memakai susuk itu
adalah HARAM. Susuk diyakini dapat memenuhi permintaan berikut

1.Pemanis dan Seri wajah
2.Pelaris diri
3.Pelaris Perniagaan
4.Kebal
5.Mencantikkan payudara atau kemaluan lelaki
6.Hebat dalam hubungan seksual
7.Memulihkan dara
8.Menundukkan musuh atau binatang
9.Pendinding diri
10.Menjadikan suara merdu
11.Mengikat kasih sayang
12.Menjadi muda

1.Pemanis dan Seri wajah
Susuk jenis ini biasanya dipakai di wajah iaitu di dahi, antara 2 kening, pipi, atas bibir
dan dagu.Umumnya, susuk emas dan berlian dipakai untuk tujuan ini.

2.Pelaris diri
Susuk jenis ini dipakai untuk menjadi popular. Kebanyakkan artis dan golongan pelacur
menggunakan susuk untuk tujuan ini. Susuk jenis ini dipakai di bahagian muka dan
beberapa anggota badan.

3.Pelaris Perniagaan
Susuk ini digunakan untuk menyakinkan pembeli bila berurusan. Para pelanggan yang
berurusan dengan pemakai susuk jenis ini akan terpukau seterusnya membeli
barangan yang yang ditawarkan.

4.Kebal
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

77
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Susuk kebal amnya dipakai oleh ahli senibeladiri dan turut dipakai oleh ketua-ketua
gangster. Tujuan memakai susuk ini adalah untuk mengelak rasa sakit bila dipukul,
ditetak atau ditembak pihak lawan.

5.Mencantikkan payudara atau kemaluan lelaki
Kegunaan susuk untuk menegangkan payudara bagi wanita yang lazimnya sudah
berumur tetapi masih ingin kelihatan muda. Bagi lelaki pula, susuk digunakan untuk
menampakkan saiz alat kemaluan kelihatan besar, tegang dan padat.Susuk jenis ini
banyak dipakai oleh golongan gigolo yang ingin dipuji bila bersama wanita.

6.Hebat dalam hubungan seksual
Susuk dipakai pada alat kemaluan menjadikan pemakainya hebat dalam bertarung.

7.Memulihkan dara
Bagi perempuan yang sudah terlanjur, pemakaian susuk jenis ini menjadikan daranya
pulih kembali dan menutup kisah silam pada pasangan.

8.Menundukkan musuh atau binatang
Susuk jenis ini amnya dipakai oleh masyarakat nomad atau orang asli. Hal ini kerana
persekitaran kehidupan mereka berkait rapat dengan hutan belantara yang mana
mereka mungkin berdepan dengan binatang buas atau musuh pihak lain.

9.Pendinding diri
Susuk jenis ini lebih kepada perisai sewaktu bertempur seperti menjadi halimunan
apabila bertarung atau punyai kelebihan bila mahu melarikan diri.

10.Menjadikan suara merdu
Susuk jenis ini biasanya diguna pakai oleh golongan penyanyi untuk memukau para
pendengar.

11.Mengikat kasih sayang
Pasangan yang mengalami masalah kasih sayang ataupun kuat cemburu akan
menggunakan susuk untuk mengikat pasangannya dari mencari pasangan lain.

12.Menjadi muda
Susuk jenis ini menjadikan pemakainya kelihatan muda walaupun sudah berumur
lanjut.

Pantang Pemakai Susuk

Sebelum memakai susuk, para pemakai susuk harus bersetuju mengamalkan beberapa
pantang larang untuk mengelak dari susuk yang dipakai menjadi tawar. Pantang juga
harus dipatuhi bagi mengelak kesan yang buruk ke atas pemakai.

Pantang larang yang perlu dipatuhi adalah:-
1. Larangan memakan pisang emas
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

78
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2. Larangan memakan buah kundur
3. Larangan memakan makanan bercucuk seperti sate
4. Larangan lalu di bawah jemuran kain basah
5. Larangan memakan labu
6. larangan memakan buah atau daun kelor
7. Larangan melihat bulan penuh dengan niat
8. Larangan melihat cermin dalam masa tempoh tertentu
9. Larangan menghadiri majlis pengebumian
10. Larangan diketuk dengan senduk
11. Larangan mengoyak atau memotong daun palas

Risiko Pemakai Susuk

Pemakai susuk akan berhadapan dengan seksaan atau azab yang pedih ketika nazak
jika susuk yang d ipakai tidak dibuang. Susuk kebiasaannya hanya boleh dibuang oleh
bomoh yang memakai susuk atau mereka yang arif dalam perubatan membuang susuk.
Jika bomoh susuk tersebut meninggal, pemakai susuk akan mendapat kesukaran ketika
nazak kerana jin berdamping yang berada pada susuktersebut tidak mahu berpisah dari
badan.

Kesimpulan Memakai Susuk

Susuk hanya aktif dengan bantuan jin.Sebenarnya, para pemakai susuk tertipu dengan
ilmu susuk itu sendiri. Mereka meyakini bahawa dengan memakai bahan susuk, maka
keinginan mereka akan tercapai atas kehebatan bahan yang diguna. Sebenarnya,
bahan susuk yang dipakai tidak mempunyai kehebatan. Yang menjadikan kehebatan itu
adalah dakyah tipu daya jin kepada pemakainya.

HISTERIA

Histeria adalah gerak laku atau perbuatan diluar kawalan batas normal kehidupan
manusia.Individu yang terkena serangan histeria akan berkelakuan seperti orang
kurang siuman dan tindakannya berada di luar kawalan serta susah dijangka dengan
logik akal.

Punca Histeria

Serangan histeria berlaku kerana dua faktor iaitu:-
1.Masalah psikologi
2.Masalah gangguan jin

1.Masalah psikologi

Individu yang mempunyai banyak masalah at au tekanan dalam kehidupan boleh
diserang histeria.Antara punca masalah histeria adalah:-

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

79
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

a. Masalah perhubungan seperti:-
1. Putus cinta
2. Dibenci keluarga
3. Perceraian
4. Perbalahan.
5. Cinta tidak bersahut
6. Hubungan dengan masyarakat

b. Tekanan kerja seperti:-
1. Pelajar yang sering dimarahi guru
2. Permusuhan sahabat di sekolah antara pelajar
3. Pekerja yang dimarahi majikan
4. Tekanan kerja yang bertimbun
5. Majikan yang dipulau pekerja
6. Masalah kenaikan pangkat
7. Diturunkan pangkat

c. Masalah kehidupan
1. Masalah kemampuan sara diri
2. Masalah hutang
3. Masalah pengangguran
4. Masalah kesihatan
5. Masalah kerjaya

2.Masalah gangguan Jin

Histeria akibat gangguan jin lazimnya disangkal oleh golongan sains. Namun begitu,
kenyataan statistik kes menunjukkan bahawa majoriti gangguan histeria adalah
berpunca dari gangguan jin. Seperti yang diterangkan dalam bab pengenalan alam jin,
sesungguhnya jin adalah musuh nyata dalam mengganggu kehidupan normal
manusia.Namun begitu, kebanyakkan kes yang dialami oleh penulis dalam menangani
kes histeria adalah kerana berpunca daripada kesilapan manusia mengganggu kaum jin
yang menyebabkan mereka marah lalu merasuk ke dalam jasad manusia.

Antara punca gangguan adalah:-
1. Tempat kediaman asal jin diambil tanpa kebenaran dengan mendirikan bangunan,
perumahan, pusat pengajian ataupun pusat ekonomi.
2. Tempat kediaman jin diganggu seperti membuang kotoran, memotong pokok tempat
mereka bermain, membakar kawasan mereka seperti aktiviti pembukaan hutan,
membuang air kecil dan mencurahkan air panas.
3. Menyakiti jin tanpa disedari seperti memijak, membakar atau menindih mereka.
4. Kebisingan manusia menyebabkan jin tidak selesa berada dikediaman mereka.Kes
ini pernah dihadapi penulis ketika merawat pelajar histeria disebuah kolej di pantai timur
semenanjung Malaysia.

Bagaimana Jin mengganggu
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

80
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Jin akan merasuk ke dalam jasad manusia dan terus ke bahagian otak. Ketika ini,
semua gerakan dan perlakuan dikawal oleh jin yang berada di otaknya.Antara tanda-
tanda serangan histeria ini adalah:-
1- Berlaku secara berkumpulan
2- Mangsa tiba-tiba mengamuk, menjerit, murung, menangis atau sawan tanpa sebab
3- Kebiasaannya, mangsa akan menggigil kesejukkan
4- Mangsa juga berkelip dan menelan air liur dengan laju.
5- Mangsa histeria akan menunjukkan identiti jin dalam badan sebagai contoh jika jin itu
sudah tua, maka perlakuan mangsa seakan-akan orang yang sudah berumur.
Adakalanya, mangsa boleh bercakap dalam bahasa asing dan itu adalah bahasa
perantaraan yang digunakan oleh jin tersebut di alam mereka.

ILMU SALAH

Ilmu salah adalah amalan atau perilaku menyimpang yang boleh menghadirkan jin dan
syaitan secara sedar atau tidak. Kebanyakkan kes yang pernah dihadapi penulis
menunjukkan bahawa pesakit ilmu salah ini tidak mengetahui bahawa mereka
didampingi kaum jin.

Faktor daripada kehadiran jin kepada penuntut ilmu salah ini adalah seperti berikut:-
1. Amalan yang dituntut memang diketahui penuntut untuk
bersahabat dengan jin. Kebiasaannya dipanggil akuan.
2. Amalan yang dituntut tidak diketahui boleh menghadirkan jin.
3. Guru yang mempunyai jin mengarahkan kepada jin supaya
berdamping penuntut tanpa diketahui penuntut.
4. Guru alam ghaib Kononnya datang secara zahir atau mimpi mengajarkan beberapa
amalan tertentu. Sebenarnya dia adalah jin.

Kebanyakkan pesakit ilmu salah ini belajar daripada amalan berikut.Namun, bukan
semua amalan ini adalah ilmu salah. Ilmu salah ini terjadi dengan wujudnya
penyimpangan amalan dan punyai unsur mensyirikkan Allah S.W.T

Contoh amalan yang boleh menjadi ilmu salah ialah, Ilmu senibeladiri, Ilmu perubatan,
mistik, Ilmu mengurut, Ilmu membidan, Ilmu pengasih, Ilmu kebal, Ilmu susuk, Ilmu
pukau, Ilmu tenaga batin, Ilmu toyol, Ilmu pendinding, Ilmu hiburan tradisional, Ilmu
tarekat sesat, dan Ilmu pemagar





Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

81
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Bab 3

Muallij




Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

82
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

MUALLIJ

Makna

Perkataan Muallij adalah daripada bahasa Arab yang dimelayukan. Berasal dari suku
kata illaj, makna Muallij sinonim dengan mereka yang boleh mengubati. Perkataan ini
asasnya diperkenalkan oleh golongan perawat Islam moden bagi membezakan perawat
Islam dengan bomoh, dukun atau pawang yang melakukan amalan mensyirikkan Allah
S.W.T

Syarat Menjadi Muallij
Setiap perkara, kerja atau perbuatan di dunia ini mempunyai undangundang
atau peraturan yang tersendiri. Dengan adanya undang-undang,
perlakuan individu yang terlibat akan dapat dipantau dan ianya juga
sebagai garis panduan jika wujudnya keraguan atau kesalahan amalan.
Di sini, penulis menggariskan panduan kepada individu yang berminat
untuk menjadi Muallij antaranya ialah:-
1. Minat dan komitmen
2. Mempunyai sekurang-kurangnya asas agama Islam
3. Mengetahui selok-belok penyakit dan kaedah rawatan
4. Bersedia menerima risiko
5. Muallij wajib berguru
6. Mengamalkan pendinding dengan amalan Islam dan keyakinan
pada Allah
7. Sudah berkahwin (sebaik-baiknya)

SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI MUALLIJ

1. Harus beraqidah dengan aqidah generasi salaf yang soleh, iaitu yang benar, bersih
dan jernih.
2. Harus merealisasian tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam
perbuatan.
3. Harus berkeyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin
dan syaitan.
4. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
5. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan ke dalam diri manusia.
6. Seorang Mu'aliij (perawat) sebaiknya orang yang sudah bernikah. Tujuan
perkahwinan antaranya adalah untuk mengelak fitnah dan mengawal nafsu.
Adakalanya, Muallij akan berdepan dengan pesakit yang kacak ataupun yang lawa. Hal
ini memungkinkan bisikan syaitan samada kepada muallij ataupun pesakit itu sendiri
terdorong melakukan perkara mungkar.
7. Harus menjauhi hal-hal yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram
tersebut syaitan menyerang manusia.
8. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan
Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

83
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

9. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir
adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang
Terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai
macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta
sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari
rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar
suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan
sebagainya.
10. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.

PERAWAT ISLAM (MUALLIJ)
Setelah anda baca dan fahami isi kandungan di atas dan juga Nota Pengenalan Alam
Ghaib dan Sihir, kini tibalah masa untuk memahami sepenuhnya apa itu perawat islam.
Kebolehan merawat adalah anugerah Allah. Ia bukan boleh diukur hebatnya seseorang
tetapi ia berdasarkan kesungguhan, keyakinan dan kesabaran.
Antara ciri-ciri perawat ialah:
1. Perawat mestilah berpakaian sopan.
2. Perawat tidak dibenarkan memakai T.Shirt / Baju Lengan Pendek semasa
rawatan.
3. Perawat tidak dibenarkan memakai seluar Jeans atau jenis ketat semasa
Rawatan.
4. Perawat lelaki hendaklah memakai kopiah semasa rawatan.
5. Perawat perempuan mestilah bercirikan pakaian seorang muslimah, tidak terlalu
berhias dan tidak menampakkan aurat.
6. Perawat diingatkan agar tidak memakan sesuatu yang membawa bau yang tidak
menyenangkan kepada pesakit.
7. Perawat mestilah bercakap secara sopan dengan pelanggan.
8. Perawat tidak dibenarkan berseloroh dikhalayak ramai.
Etika Perawat
1. Perawat mestilah memakai nametag/memperkenalkan diri semasa rawatan.
2. Perawat hendaklah mengetahui perkembangan terbaru pelanggan supaya doa
yang dibaca sesuai dengan pesakit.
3. Perawat hendaklah menghormati sahabat-sahabat perawat lain.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

84
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

4. Bacaan semasa rawatan hendaklah sederhana sekiranya ada perawat lain agar
menggangu bacaan mereka.
5. Perawat hendaklah berlemah lembut dengan pelanggan.
6. Jangan sekali-kali menekan pesakit yang meraung sakit sekiranya mereka sedar
atau separuh sedar.
7. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan kesat semasa berdailog dengan jin
kerana sesetengah pesakit sedar dan mendergar percakapan perawat.
8. Jangan merendahkan perawat lain di hadapan pelanggan.
9. JANGAN SENTUH atau PEGANG BAHAGIAN SULIT PESAKIT atau YANG
BERDEKATAN DAN SEUMPAMANYA walaupun Jin mendakwa duduk disitu.
10. Perawat tidak dibenarkan merawat pesakit berlainan jantina dalam satu bilk
kecuali ditemani mahramnya atau ada perawat lain.
BENTENG DIRI
Ada langkah pertama sebelum menceburi diri dalam bidang perawatan islam. Seorang
perawat mestilah mempunyai asas benteng diri yang kuat. Ramai perawat menarik diri
dari dunia perubatan kerana menganggap diri tidak hebat dan ada juga menarik diri
kerana tidak tahan gangguan dan serang-balas oleh penyihir dan jin. Bukan sahaja diuji
pada diri sendiri, malah terhadap keluarga, isteri dan anak-anak.
Serang-balas pasti berlaku kerana penyihir berasa tercabar dengan kekalahan mereka
dan jin mereka. Bagaimanakah jika benteng diri kita tdak kukuh jika terdapat gabungan
penyihir terkemuka cuba membalas serangan anda?
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda. Dibacakan pada diri
sendiri atau keluarga ketika mengalami bahaya atau gangguan. Untuk harta benda dan
rumah, dihembuskan di setiap empat penjuru dan boleh juga dibaca sambil tawaf
rumah mengikut lawan jam. Kaedah pemagaran rumah turut ada di tajuk pemagaran.
Ayat yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-fatihah dan Al-Muawwizat (Surah al-falaq, an-nas dan al-ikhlas)

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

85
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

`., < -9 >9 >9 < U =-9 -9
>9 7= $! !| ,- !| -.`.
! 1.9 ).`.9 1. %! - =s s
U.-9 `=. 9!.9

`., < -9 >9
% `s ,, ,=9 . ! ,=> . ,l. | %
: :9 )`-9 : l> | .>

`., < -9 >9
% `s ,, _!9 7= _!9 9| _!9 :
_`9 _!: %! '_`` . Z!9
>9 _!9

`., < -9 >9
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

86
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

% < > < .9 9 $# 9 9` 9 3 `&!
2 >
ii. Ayatul Kursi



iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

87
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda




iv. Ayat Berkubu


v. Ayat Penggerak


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

88
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

PERSIAPAN MUALLIJ UNTUK MERAWAT

1. Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam
rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
2. Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang
terkena kerasukan tersebut.
3. Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
4. Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki
yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
5. Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta
keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain
Allah.
6. Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan
pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al
Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana Allah S.W.T. telah berfirman:
` )9 ! "!: - =9 =L9 | !.>

Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya)
Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua. (QS. Al-Isra' 17 : 82 )

7. Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada
orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-
pertanyaan tersebut misalnya :

a) Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
b) Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
c) Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
d) Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
e) Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang
sangat tinggi?
f) Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada
waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang
benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat
mengira berapa jumlah jin yang menganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu
melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

89
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan
tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang
kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti
tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
8. Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwhuduk terlebih dahulu begitu
juga jika ada orang yang bersama dengan anda.
9. Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai
pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
10. Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika
tanpa disertai oleh muhrimnya.
11. Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika
tanpa disertai oleh muhrimnya.
12. Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin
dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut.

PERSIAPAN DIRI MUALLIJ
Solat ialah tiang agama. Oleh itu tiang perlu dikukuhkan dahulu. Janganlah bangunan
roboh kerana disebabkan tiang tidak kukuh. Wirid dan solat dibuat bukan kerana
hendak mengubati orang tetapi niatkan LILLAHI TAALA. Perbaiki niat perawat.
Sandarkan pendinding, zikir dan solat adalah kerana Allah semata-mata.
Selain benteng diri, keluarga dan rumah, seorang muallij mestilah seorang yang tahu
hukum agama, menguasai fardu ain dan fardu kifayah dan memahami pembacaan ayat
al-quran. Seorang muallij tak semestinya seorang yang hafiz al-quran tetapi lebih afdal
jika muallij itu seorang yang hafiz. Oleh itu, kepada muallij baru yang tidak menguasai
Al-Quran, janganlah berputus asa kerana masih ada banyak peluang untuk kita perbaiki
diri dan menghafaz al-quran dari masa ke semasa.
Tips bagi yang tidak hafaz al-quran, digalakkan membawa nota ringkas ayat-ayat zikir
perubatan al-quran bagi mengelakkan kesalahan membaca dan melafaz.
Wirid-wirid untuk muallij ada di bahagian tajuk wirid-wirid dan amalan wirid harian dan
sangat penting untuk dibaca untuk tujuan persiapan menghadapi segala ancaman jin
dan hasad dengki manusia yang mengamalkan sihir.
KESIMPULAN
1. Mengubat pesakit adalah cabang dakwah
2. Sentiasa menasihati diri sendiri dan pesakit agar berpegang kepada Al-Quran dan
Sunnah.
3. Tidak berjanji dan memberi harapan dalam kesembuhan kecuali setiap penyakit itu
sembuh dengan izin Allah.
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

90
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

4. Tidak mengambil upah yang tinggi, mengambil kesempatan atau menindas orang
yang tidak berkemampuan.
5. Tidak membicarakan isu yang tiada kaitan dengan rawatan sewaktu dalam proses
rawatan seperti isu politik, mengumpat dan mengutuk.
6. Tidak membincangkan perkara yang boleh mengaibkan pesakit atau keluarganya
7. Berusaha dan berdoa ke atas kesejahteraan pesakit agar pesakit sembuh
sepenuhnya.
8. Jangan terpedaya dengan janji dan tawaran jin apabila dalam proses merawat.
9. Tidak melakukan sesuatu walaupun membaca al-fatihah apabila jin berjanji untuk
keluar dengan bersyarat.
10. Ingat perkataan,
a) Keluarlah kamu dengan izin Allah
b) Saya hanya merawat, yang menyembuhkan adalah milik Allah
c) Bukan aku yang boleh bunuh kau, tapi dengan izin Allah sahaja kau akan
mati


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

91
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

92
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

93
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda



Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

94
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

95
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

96
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda