Anda di halaman 1dari 2

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2014/2015

EN. SEZALI DIN


METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

______________________________________________________________________________________
AWAS !!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta Terpelihara
1
Pengajian Am STPM Penggal 2 Bahagian C
Soalan-soalan Ulangkaji dan Latihan menjelang peperiksaan
No.
Soalan
Soalan-soalan Catatan
1. Bidang sukan dibangunkan oleh negara secara terancang ke arah memantapkan
integrasi nasional. Selain usaha ini negara juga proaktif melaksanakan pelbagai
pendekatan bagi mencapai hasrat murni tersebut.
Bincangkan.

2. Budibahasa menjadi teras utama dalam membina generasi muda masa hadapan.
Ulaskan.

3. Amalan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh penduduk di Malaysia mempunyai
peranan membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negara, namun langkah-
langkah bagi memastikan amalan agama dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat
terus kekal stabil perlu diambil.
Bincangkan.

4. Gejala kehidupan songsang dalam kalangan remaja semakin menular di negara ini. Oleh
itu, langkah-langkah bagi memastikan gejala ini tidak merebak semakin meluas perlu
diambil.
Bincangkan.

5. Budaya hedonisme kian mengancam masyarakat hari ini. Oleh itu, langkah-langkah
perlu bagi memastikan gejala ini tidak menjadi semakin serius.
Bincangkan.

6. Kes jenayah kejam yang berlaku hari ini telah mengugat kehidupan masyarakat masa
kini dan usaha perlu dilakukan untuk menangani masalah ini.
Bincangkan.
atau
Jenayah kejam yang berlaku hari ini telah mengancam keharmonian hidup masyarakat
dan keselamatan negara.
Ulaskan.

7. Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah mengatasi masalah
perumahan, pembeli-pembeli masih lagi menghadapi pelbagai cabaran. Langkah-
langkah perlu dilakukan untuk menanganinya.
Bincangkan.
atau
Masalah perumahan di bandar-bandar utama di Malaysia masih lagi berterusan berlaku
walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Huraikan.

8. Sektor pertanian dan industri asas tani menghadapi pelbagai kekangan untuk menjadi
sektor yang lebih moden, dinamik, dan berdaya saing. Oleh itu, tranformasi perlu
dilakukan sebagai jalan penyelesaiannya.
Jelaskan.

9. Industri perikanan akuakultur telah banyak memberi sumbangan kepada kemajuan
sektor pertanian, namun aktiviti ini juga menghadapi pelbagai cabaran tertentu.
Jelaskan.

10. Sistem pengangkutan awam yang cekap menjadi nadi kepada kemajuan sesebuah
negara. Oleh itu, langkah-langkah sewajarnya mesti dilakukan untuk meningkatkan
kecekapan sistem pengangkutan awam.
Huraikan.

11. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat telah mempercepatkan
kemajuan pembangunan negara, namun teknologi ini juga boleh mendatangkan
ancaman kepada masyarakat.
Bincangkan.

12. Industri inap desa merupakan dimensi baharu dalam industri pelancongan di negara ini
yang kian mendapat sambutan dalam kalangan pelancong asing khasnya, namun
industri ini tidak mudah untuk dijayakan kerana terpaksa menghadapi pelbagai
kekangan.
Huraikan.


Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2014/2015
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

______________________________________________________________________________________
AWAS !!
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta Terpelihara
2
13. Sektor automotif adalah diantara industri yang terpenting penyumbang kepada KDNK
negara. Bagi memajukan lagi industri ini, kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Automotif Negara 2014 (DAN 2014) dan pelbagai langkah lain.
Jelaskan.

14. Pertambahan penduduk di Malaysia terutamanya di kawasan kepadatan pembangunan
telah menyebabkan di kawasan tersebut menjadi sesak dan padat yang akhirnya
menimbulkan pelbagai impak terhadap alam sekitar.
Jelaskan.

15. Kempen Beli Barang Buatan Malaysia ialah strategi yang dilaksanakan melalui Dasar
Belilah Barang Buatan Malaysia untuk membantu memantapkan pembangunan negara,
namun usaha ini menghadapi cabaran dalam pelaksanaannya.
Huraikan.

16. Kemajuan bidang bioteknologi telah menjadi pilihan negara untuk terus memacu
pembangunan negara, namun bidang ini juga boleh memberi pelbagai impak negatif.
Jelaskan.
atau
Pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara telah menjadi petunjuk baharu kepada
kemajuan bioteknologi untuk pembangunan negara.
Huraikan.
atau
Bidang bioteknologi kian mendapat perhatian di Malaysia, namun kejayaannya tidak
mudah untuk dicapai.
Jelaskan.

17. Teknologi Hijau merupakan teknologi alternatif yang menjadi pilihan utama negara masa
kini.
Jelaskan.

18. Banyak kejadian bencana alam berpunca daripada perubahan cuaca dan kesannya
terhadap kehidupan manusia.
Huraikan.

19. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpastikan menyebabkan pencemaran air, masalah
ini telah memberi pelbagai implikasi kepada penduduk.
Bincangkan.
atau
Usaha kerajaan melindungi sumber air negara merupakan langkah penting kerana
mendapatkan bekalan air bersih begitu penting untuk kesihatan rakyat demi kemajuan
negara.
Ulaskan.

20. Harga minyak dunia semakin meningkat. Peningkatan ini memberi kesan kepada
pengguna dan kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan
beban rakyat.
Bincangkan.

21. Sikap pengguna merupakan antara punca yang merangsang masalah kenaikan harga
barangan keperluan harian pada setiap kali musim perayaan. Fenomena ini turut juga
dipengaruhi oleh rangsangan lain.
Jelaskan.

22. Pengguna dan pihak berkuasa pada hakikatnya memiliki kuasa untuk menentukan turun
naik harga barangan semasa.
Bincangkan.





Disediakan oleh :
Cikgu SEZALI DIN
1991~2014
30 April 2014
4.12 pm