Anda di halaman 1dari 34

1

TAJUK : BULI






NAMA NO. MATRIK
SITI SURIANI BT.ISMAIL D20091035081
NURUL HIDAYAH BT. HAMZAH D20091035090
NOR HIDAYAH BT. SAAD D20091035108
MASZAWANI BT. ABD. WAHAB D20091035110

2

1.0 Pengenalan

Buli menurut kamus dewan edisi ke-4 bermaksud perbuatan mempermainkan, mendera
seseorang untuk mendapatkan keseronokan. Manakala menurut Olwens (1993) dalam Sander
dan Phye (2004) a student is being bullied or victimized when he is exposed repeatedly and
over time to negative actions on the part of one or more other student. Pernyataan ini
disokong oleh Rigby (1993) yang mengatakan proses buli akan sentiasa berulang dimana
pembuli akan terus membuli mangsa untuk satu jangka masa. Menurut Ross (2002) dalam
Sander dan Phye (2004) buli adalah masalah sosial yang berlarutan sejak beratus-ratus tahun
dahulu. Pelakuan buli juga merupakan satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih
dominan iaitu pembuli akan menunjukkan tingkah laku yang agresif yang cenderung
menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang lemah iaitu mangsa buli. Menurut Smith
dan Sharp (1994) it is not bullying when two children or young people of about the same
strength have the odd fight or quarrel.

Buli juga biasa berlaku di tempat kerja, rumah, penjara dan rumah asuhan. Menurut
Olwens (1997) dalam Sander dan Phye (2004) buli telah berkembang dan menjadi masalah
biasa dalam kalangan pelajar di kebanyakan sekolah di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah
jika pada masa kini kes-kes buli yang dilaporkan semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Oleh itu, masalah buli dalam kalangan pelajar tidak harus dipandang remeh oleh sesetengah
pihak. Jenis-jenis buli dapat dikatogerikan kepada dua jenis iaitu membuli dari segi fizikal
dan juga membuli dari segi verbal. Membuli dari segi fizikal ialah menggunakan kekerasan
dan mengasari mangsa ke atas anggota tubuh badannya. Contohnya seperti memukul,
menyepak dan menendang mangsa buli. Membuli dari segi verbal pula bermaksud pembuli
menggunakan lisan dan perkataan untuk membuli mangsanya. Contohnya seperti mengejek,
memerli, menyebarkan fitnah dan memperkecil-kecilkan mangsa. Menurut Smith dan Sharp
(1994) kebanyakan pembuli lelaki lebih gemar mengasari mangsa iaitu dengan memukul
manakala pembuli perempuan lebih menekankan penggunaan lisan seperti mengejek dan
memerli untuk membuli mangsanya. Gejala buli akan memberi kesan yang sangat teruk jika
tidak dibendung dengan segera di sekolah.

3

1. Latar belakang

Laporan-laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang
berlaku di sekolah merupakan perkara biasa pada hari ini. Di Malaysia, masalah buli
merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Pada tahun 2004 rakyat
malaysia dikejutkan dengan berita melaporkan di muka hadapan akhbar, Mohamad Farid
Ibrahim, seorang pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama Datuk Klana Petra
Maamor, Ampangan meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior
(Utusan Malaysia, 30 Mac 2004). Mangsa meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.
Lebih menyedihkan lagi apabila warden asrama yang menghantar mangsa ke hospital cuba
untuk menyembunyikan perbuatan gangsterism dengan menyatakan bahawa mangsa terjatuh
di dalam bilik air. Walaubagaimanapun, keadaan mangsa yang cedera parah di kepala, usus
dan juga pundi kencing menyebabkan pihak hospital melaporkan hal kejadian kepada pihak
polis.

Baru- baru ini kita sekali lagi digemparkan dengan berita yang melaporkan lima
pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja ditahan kerana disyaki mengakibatkan kematian
Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 (The Malaysian, 25 Jun 2010). Mangsa
didapati tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT)
Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ. Maktab
Tentera yang mempunyai pengawalan yang ketat dari segi disiplin juga masih lagi tidak dapat
membendung gejala buli. Jadi, kes-kes sebegini telah membuktikan bahawa gejala buli dalam
kalangan remaja tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak. Ini kerana kes-kes buli yang
melibatkan pelajar sekolah masih lagi tidak dapat dibendung.

Terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang
dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999 hingga 2003 (Utusan Malaysia, 29
Mac 2004). Menurut Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein,
masalah buli di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada hari ini. Sepanjang tahun 2004
terdapat 1600 orang pelajar terlibat dalam gejala buli (Utusan Malaysia, 19 Julai 2005).
Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan buli. Walaupun bilangan pelajar yang
4

terlibat agak kecil iaitu 0.03 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar, gejala buli jika tidak
ditangani dengan berkesan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar dan juga
institusi sekolah. Kesedaran serta kefahaman yang mendalam tentang tingkah laku buli di
sekolah oleh guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan amat perlu dalam usaha
mengawal serta mengatasi masalah ini.

Menurut Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia (2000, dalam Tang Chiew Ha,
2006), secara keseluruhannya kadar Jenayah Indeks yang dicatatkan adalah sebanyak 167,173
kes berbanding 169.115 kes pada tahun 1999. Ini menunjukkan Jenayah Kekerasan meningkat
sebanyak 447 kes atau 2.11% iaitu daripada 21,157 kes pada tahun 1999 kepada 21,604 kes
pada tahun 2000. Seramai 5,829 orang juvana telah ditangkap kerana melakukan berbagai
kesalahan jenayah berbanding tahun 1999 seramai 6,538 orang. Bangsa Melayu merupakan
yang paling tinggi iaitu lelaki 61.8% dan perempuan 0.9% manakala bangsa Cina, lelaki
16.1% dan perempuan 0.33%. Bagi bangsa India pula, lelaki dengan peratusnya sebanyak
12.8% dan perempuan 0.1% .

Kajian tentang pelakuan buli di kalangan pelajar sekolah di Malaysia kurang
dijalankan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Noran Fauziah Yaakub (2004) dalam
Muhammad Hisyam bin Mohamad (2005) mendapati masalah tingkah laku buli dalam
kalangan pelajar sekolah juga wujud di Malaysia. Dapatan daripada kajian beliau juga
menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan terlibat dengan tingkah laku buli psikologi seperti
ejek, fitnah, pulau dan sisih, dan pelajar lelaki lebih banyak terlibat dengan tingkah laku buli
fizikal seperti menolak, memukul dan menepeleng berbanding pelajar perempuan.

Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Peningkatan
masalah buli dalam kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak,
ianya mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan. Tingkah laku
buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian
oleh semua pihak yang terlibat dengan kebajikan dan keselamatan pelajar. Masalah tingkah
laku buli perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya ianya tidak menjadi masalah yang
boleh mendatangkan kesan kepada perkembangan akademik dan sahsiah pelajar. Bukan itu
5

sahaja, kejadian buli yang berlaku di jalan-jalan raya juga dikaitkan dengan kejadian buli
yang berlaku di sekolah. Pembuli jalan raya ialah seorang yang ketika persekolahannya juga
merupakan seorang pembuli. Ini menunjukkan wujud pertalian antara tingkah laku buli dan
kenakalan semasa di sekolah dengan tingkah laku agresif dan ganas semasa dewasa. Ini
menunjukkan zaman kanak-kanak juga mempengaruhi tingkah laku apabila meningkat
dewasa.

3.0 Punca- punca gejala buli

3.1 Institusi keluarga

Gejala buli di kalangan pelajar sekolah terjadi disebabkan beberapa faktor yang mendorong
seseorang itu bertindak untuk melanggar peraturan-peraturan sekolah. Antara salah satu
faktornya adalah faktor keluarga. Menurut Dolge (1994) dalam Azizi Yahaya, Shahrin
Hashim, Yusof Boon dan Zurhana Muhamad (2008) mengatakan keluarga adalah satu-
satunya agen sosialisasi yang penting di dalam masyarakat. Hal ini kerana, ibu bapa
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memberi kanak-kanak pendedahan awal
sosialisasi di peringkat kehidupannya. Sekarang ini, kebanyakan ibu bapa terlalu mengejar
kemewahan dunia dan lebih bersikap materialistik untuk memenuhi segala keperluan hidup
hinggakan kurangnya masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Tidak dinafikan lagi,
kebanyakan ibu bapa sekarang ini mahukan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak
hinggakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada anak-
anak sematamata untuk memenuhi keperluan hidup. Menurut Redl (1966) dalam Azizi
Yahya et al. (2008) tekanan hidup, kesibukan kerja, kesibukan mengejar kemewahan serta
aktiviti sosial menyebabkan ibu bapa dan anak-anak kurang mempunyai masa ataupun
kesempatan bercakap, berbincang ataupun berdampingan antara satu sama lain malahan
jarang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan yang sempurna,
sementara remaja pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang
sempurna.

Bagi mangsa buli, jika ibu bapa berterusan bersikap begitu, maka masalah buli tidak
6

akan ada jalan penyelesaiannya dan mangsa buli ini seterusnya akan membuat perkara yang
tidak diingini dan akhirnya mengambil jalan pintas untuk membunuh diri. Menurut kajian
yang telah dilakukan oleh Khalil M. Zain (1978) dalam Mustaffa Kamil Ayub (1994) dimana
kekurangan masa untuk berehat dan membentuk personaliti disamping hubungan yang
semakin renggang di antara ibu bapa dan anak-anak yang telah menimbulkan masalah emosi
yang parah dalam kalangan kanak-kanak Jepun hingga meningkatnya kejadian membunuh
diri dalam kalangan mereka ke kadar 1000 orang setahun. Sepatutnya, ibu bapa perlu
memberikan didikan dan asuhan yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Kekurangan didikan agama, asuhan dan moral yang begitu tandus dari ibu bapa terhadap
remaja inilah yang akan menjadikan remaja sekarang ini begitu mudah dah rapuh untuk
mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala buli ini. Aspek ini perlu diberi perhatian oleh
semua ibu bapa demi memastikan anak-anak remaja ini dapat bersiap sedia dalam
menghadapi cabaran, tekanan dan perubahan pada masa akan datang. Menurut Stodgil (1970)
dalam Abdullah Sani Yahaya (2004) mengatakan sikap ibu bapa berupa penekanan dapat
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi sahsiah dan aspirasinya.

Selain itu, sikap ibu bapa yang terlalu memberikan kebebasan dan membiarkan anak-
anak menghabiskan masa lapang dengan rakan- rakan sebaya merupakan antara salah satu
faktor berlakunya gejala buli ini. Menurut Abd. Majid dan Rahil (1997) dan Santrock (2007)
dalam Suppiah Nachiapan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Shukor, Ramlah Jantan,
Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009) mengatakan remaja lebih rapat dengan
rakan sebaya daripada ibu bapanya. Oleh sebab itu, apabila remaja sekarang ini terlalu
diberikan kebebasan oleh ibu bapa, maka remaja akan lebih banyak meluangkan masa dengan
rakan sebaya. Lantaran itu, ibu bapa haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap
anak-anak dan sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-
anak serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga perlu
mengetahui perkembangan anak-anak sebagai contoh pergaulan dengan rakan sebaya dan
aktiviti anak-anak semasa berada di luar.

Bagi keluarga yang berkemampuan anak-anak sentiasa diberikan kemewahan
sehinggakan segala kehendak remaja ini dituruti. Jadi apabila remaja ini berada di dalam
7

sekolah, pelajar remaja ini bukan sahaja kerap melawan tetapi juga keras kepala dan
membantah kuasa sekolah kerana remaja ini tahu bahawa ibu bapa akan memberi sokongan
dan melindungi anak-anak remaja ini. Oleh sebab itu, ibu bapa tidak seharusnya menyalahkan
pihak sekolah apabila timbulnya sesuatu masalah yang melibatkan anak remaja ini di sekolah,
tetapi ibu bapa perlu menilai semula didikan dan asuhan yang diberikan kepada remaja sama
ada mencukupi ataupun sempurna seperti yang sepatutnya diberikan kepada remaja ini.

Antara faktor lain dalam institusi keluarga yang menyumbang dalam permasalahan ini
ialah masalah keluarga. Menurut Patterson (1989) dalam Azizi Yahaya et al. (2008)
mengatakan anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal dalam keluarga yang dianggapkan
sebagai kurang budi bahasa breeding grounds kepada tingkah laku antisosial dan bermusuhan
hostile. Keluarga ini selalunya mempunyai anak-anak yang berinteraksi dengan ibu bapa dan
sesama sendiri dengan menggunakan kekerasan ataupun dengan teknik-teknik antisosial yang
lain. Selain daripada itu, sistem kekeluargaan yang tidar teratur, penceraian ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosioekonomi yang sempit dan
suasana rumahtangga yang tidak harmonis dan tenteram menyebabkan remaja sekarang ini
rosak akhlak. Menurut (Kadzin,1985; Rutter dan Giller 1984) dalam Azizi Yahaya et al.
(2008), konflik keluarga dan penceraian antara penyebab kecelaruan tingkah laku berlaku
dalam kalangan kanak-kanak. Implikasi daripada masalah tesebut seperti pergaduhan ibu bapa
akan menjadikan suasana dalam rumah tidak aman dan menyebabkan anak-anak berasa
tertekan dan menimbulkan perasaan benci terhadap ibu bapa.

Pergaduhan yang berlaku berulang kali di rumah juga menyebabkan remaja lebih
terdedah kepada persekitaran yang kurang menyenangkan dan membolehkan remaja ini
mencari ketenangan dan kegembiraan dengan rakan-rakan sebaya. Konflik-konflik dalam
keluarga seperti mempunyai bapa yang seorang kaki pukul, menyebabkan remaja tersebut
terdorong untuk berkelakuan seperti itu. Hal ini kerana, apabila seorang remaja terdedah
kepada situasi perlakuan bapa yang seorang kaki pukul, maka remaja itu akan lebih terdorong
untuk bertindak sedemikian dan lebih agresif lagi dalam kehidupannya. Berdasarkan Teori
Pembelajaran Model yang dikemukan oleh Bandura dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah
Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukor (2008) menyatakan apabila tingkah laku seseorang itu
8

ditiru, orang itu secara spontan menjadi model kepada si peniru. Oleh itu, modeling dan
peniruan model merupakan unsur penting dalam pembelajaran sosial. Jadi ibu bapa haruslah
menjadi role model yang terbaik dalam perkembangan sahsiah anak-anak. Penerapan nilai-
nilai murni yang kurang oleh ibu bapa ketika anak-anak masih kecil akan memberi impak
yang sangat besar dalam pembentukan sahsiah remaja yang akan mendorong kepada
berlakunya gejala membuli ini. Justeru itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang
penting dalam membimbing dan mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi.

3.2 Rakan Sebaya

Pada masa ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa bilangan pelajar yang cemerlang dalam
akademik semakin meningkat dari setahun ke setahun. Hal ini dapat dibuktikan dengan
penubuhan banyak institusi pengajian peringkat tinggi mahupun menengah oleh pihak
kerajaan dan juga swasta. Kenyataan ini juga disokong dengan maklumat yang diperoleh
melalui laman web Jabatan Hal Ehwal Khas yang melaporkan bahawa sebuah Maktab Rendah
Sains Mara Felda telah dibina di Felda Trolak yang mana idea ini merupakan hasil daripada
cetusan minda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
(http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/1-politic/366-mrsm-felda-di-
trolak-terbesar-dan-termoden-najib.html). Namun, jika direnungkan kembali, adakah wajar
sekiranya berada dalam persekitaran yang mempunyai bakal generasi yang cemerlang
akademik tetapi bermasalah daripada aspek sahsiah. Insiden seperti buli sering dikaitkan
dengan salah laku pelajar yang sering terjadi dalam kalangan pelajar khususnya di peringkat
menengah. Dalam usaha menangani masalah ini, pihak berkenaan hendaklah mengenalpasti
terlebih dahulu apakah faktor yang mneyumbang kepada permasalahan ini. Salah satu faktor
yang mendorong berlakunya masalah ini adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang
sering berlaku di sekolah. Menurut Perry, Williard dan Perry (1990) dalam Azizi Yahaya dan
Abdul Latif Ahmad (2005), menyatakan bahawa dapatan kajian yang diperoleh berkenaan
dengan rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh mangsa buli berkenaan
perlakuan buli yang dialami adalah tidak selari dengan dapatan kajian oleh Perry, Williard
dan Perry (1990) yang mendapati bahawa rakan sebaya hanya menunjukkan sedikit empati
kepada rakan-rakan mereka yang menjadi mangsa buli.
9


Pada peringkat sekolah menengah pelajar masih lagi tergolong dalam kumpulan yang
dilabelkan sebagai remaja. Remaja merupakan individu yang masih lagi terperangkap dalam
kepompong untuk mencari identiti sendiri dan mengalami konflik emosi lantaran daripada
perubahan hormon yang berlaku dalam sistem metabolisma badan mereka. Malah, remaja
juga dikatakan sebagai individu yang cepat marah dan tidak dapat berfikir dengan matang lagi
dalam menilai sesuatu perkara sama ada perkara tersebut baik atau buruk. Menurut Hall,
(1961) dalam Suppiah et al. (2008) zaman remaja adalah jangkamasa atau waktu yang penuh
dengan konflik dan masalah disebabkan pada permulaan remaja dimulakan dengan
pertambahan fisiologi dan diakhiri dengan perubahan psikososial. Dalam konsep Hierraki
Maslow, kesempurnaan kendiri being need terletak pada hieraki yang paling utama.
Kesempurnaan hieraki yang dimaksudkan oleh Maslow adalah mengenai keperluan
berdasarkan perkembangan yang berfokus kepada kesedaran yang optimum terhadap potensi
seseorang dalam mencapai cita-cita yang dikehendaki. Oleh itu, dapat dikaitkan mengapa
remaja sering membantah apabila cita-cita atau kehendaknya tidak dapat dicapai dengan
melakukan salah laku disiplin yang teruk seperti buli. Oleh yang demikian, dapat
diperkatakan bahawa apabila seseorang remaja tidak mendapat perkara yang dikehendaki,
tidak mustahil pelajar itu akan melakukan pelbagai salah laku seperti buli. Hal ini demikian
kerana dengan melakukan perbuatan buli, mungkin pelajar tersebut akan memperolehi
kepuasaan.

Dalam kehidupan sebagai pelajar dan juga seorang remaja, kebanyakan masa akan
dihabiskan dalam waktu persekolahan. Oleh itu, kebanyakan remaja dikatakan mempunyai
ramai rakan sebaya semasaa berada di sekolah berbanding di rumah. Rakan sebaya dapat
ditakrifkan sebagai satu clique atau kelompok yang terdiri daripada beberapa orang kanak-
kanak atau remaja yang mempunyai citarasa yang sama atau hampir sama dan menjalankan
aktiviti clique atau kelompok bersama (http://www.scribd.com/doc/33991412/Pengaruh-
Rakan-Sebaya). Oleh yang demikian, jika seseorang berkawan dengan individu yang suka
membuli, berkemungkinan besar remaja tersebut akan terikut-ikut dengan perlakuan
rakannya. Remaja tersebut akan terikut-ikut tanpa mempertimbangkan faedah dan kesannya
terhadap diri sendiri dan orang lain.
10


Sepanjang tempoh menjalani kehidupan sebagai seorang remaja, golongan ini tidak
akan terlepas daripada memikirkan pelbagai perkara yang remeh-temeh tetapi dianggap
penting. Antara perkara tersebut ialah seperti perasaan bimbang tidak mempunyai kawan,
inginkan keseronokan, bersosial dan lain-lain lagi. Disebabkan hal sebeginilah kebanyakan
remaja di sekolah akan cuba untuk meniru gaya rakan sebaya sama ada dari aspek pergaulan,
percakapan, cara berpakaian dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung perkara ini akan
menyebabkan golongan remaja yang pada mulanya tidak pernah terlibat dalam aktiviti buli
akan turut melibatkan diri dengan aktiviti membuli untuk menjadikan diri sendiri sama seperti
rakan-rakan yang lain. Bukan itu sahaja, dengan melakukan gejala buli, golongan remaja
berasakan bahawa melalui cara ini remaja dapat menonjolkan sifat maskulin dengan menindas
orang lain dengan cara membuli secara lisan dan fizikal.

Kebiasaannya, masalah buli yang berlaku dalam persekitaran sekolah adalah
melibatkan rakan sebaya sendiri sebagai punca pendorongnya. Hal ini berlaku kerana sikap
kenakalan remaja itu sendiri. Dalam (Harian Metro, 31 Julai 2010) menyatakan kenakalan
remaja merupakan suatu perbuatan yang dilakukan tanpa mengikut peraturan yang telah
ditetapkan seperti kes buli. Maka dengan itu, pelajar haruslah bijak dalam memilih kawan
untuk menjalin persahabatan. Hal ini demikian kerana, sekiranya pelajar itu tersilap langkah
dalam memilih kawan yang bersahsiah buruk seperti membuli, tidak mustahil pelajar terbabit
akan turut terjebak dalam perkara yang sama.

3.3 Individu
Dewasa ini gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah begitu hangat diperkatakan. Laporan
akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku di sekolah-
sekolah menengah kebangsaan merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan satu
masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Antaranya ialah faktor individu sendiri dan ianya
boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Antaranya ialah perasaan tidak puas hati terhadap
orang lain, gagal mengawal emosi, suka-suka atau seronok, ingin menunjukkan kekuatan diri,
tidak mengaku kesilapan diri dan akhir sekali ialah pembuli pernah menjaga mangsa buli.
Perasaan ego dalam diri adalah antara sebab perbuatan buli berlaku dan juga untuk
11

menunjukkan kekuatan diri pembuli. Terdapat juga dalam kalangan pembuli melakukan
perbuatan buli kerana gagal mengawal emosi dan mengatakan tidak tahu sebab yang
munasabah membuli pelajar lain dan melakukan perbuatan buli untuk keseronokan dan suka-
suka sahaja.
Perlakuan membuli banyak berkaitan dengan emosi para pelajar. Pelajar-pelajar
sekolah menengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emosi
terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar atau remaja ini mempunyai emosi dan
ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri. Setiap peringkat
ditentukan oleh pelbagai krisis psikososial yang mana perlu diselesaikan oleh individu
sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya. Sekiranya individu tersebut menangani
krisis-krisis yang berlaku dalam keadaan yang tidak sesuai, maka ia akan mengalami
kesusahan untuk menanganinya pada masa akan datang.
Berdasarkan kepada teori Erikson, peringkat kelima iaitu remaja berlaku pada usia
antara 13 hingga 19 tahun. Di negara kita usia ini adalah usia pelajar pada peringkat sekolah
menengah. Proses memasuki alam remaja ini adalah satu transisi yang sangat rumit bagi
sesiapa sahaja. Krisis identiti kerap berlaku pada peringkat ini. Krisis identiti ini timbul
daripada kekeliruan peranan. Remaja keliru tentang siapa diri mereka sebenarnya dan
bagaimanakah kehidupan mereka pada masa hadapan. Remaja akan berusaha untuk
menyelesaikan krisis identiti ini dengan menguji pelbagai peranan, nilai dan perhubungan.
Dalam tahap inilah remaja akan mudah terikut-ikut dengan ideologi yang difikirkan betul
tanpa mengira ianya positif atau negatif seperti menganggotai kumpulan tertentu, tidak
bertoleransi dan membuli remaja yang berlainan identiti untuk mempertahankan identiti
sendiri daripada lenyap. Namun demikian, Erikson mempunyai pandangan positif terhadap
remaja. Menurutnya, kegagalan dan keraguan remaja bukan salah mereka tetapi faktor politik,
budaya dan teknologi yang menjadikan mereka keliru. Untuk mengatasi krisis ini, sekolah
wajar menyediakan premis untuk pelajar mendalami hal-hal sosial selain akademik
(http://www.scribd.com/doc/26773123/1-Gejala-Buli-Di-Sebuah-Sekolah-Menengah).
Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah mungkin melibatkan diri dalam
perlakuan membuli dalam usaha untuk meningkatkan konsep kendiri. Oleh yang demikian
pembuli akan mengarahkan esteem kendiri dalam lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan
12

fizikal terhadap orang lain. Mengancam orang lain mungkin akan menjadi satu cara
mengukuhkan identiti kendiri dan untuk memenuhi atau menampung kekecewaan dalam
bidang-bidang yang lain. Perlakuan buli di sekolah mungkin merupakan salah satu tingkah
laku awal yang menyumbang kepada perkembangan jangka panjang pola tingkah laku anti
sosial, dan ianya boleh juga menjadi perintis kepada tingkah laku anti sosial dan jenayah.
Perlakuan buli telah dikenal pasti secara universal sebagai perosak psikologi, sosial dan
perkembangan kanak-kanak. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri, pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa tidak boleh memandang ringan masalah
atau gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. Tindakan dan program yang berterusan
mencegah aktiviti buli di sekolah perlulah dilipat gandakan serta dinilai keberkesanannya.
3.4 Media Massa

Buli merupakan suatu bentuk keganasan yang dilakukan oleh individu mahupun kumpulan
terhadap individu yang lain. Perbuatan membuli sama ada dilakukan secara fizikal ataupun
psikologikal yang dilakukan secara berulangkali boleh mendatangkan kesan buruk terhadap
mangsa buli serta pembuli. Antara salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahan
ini ialah media massa.

Media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik dipercayai
memberi impak yang besar terhadap kelakuan kanak-kanak dan remaja. Menurut Beanne
(1999) kajian yang dilakukan oleh American Psychological Association menunjukkan bahawa
kekejaman yang ditonjolkan oleh kaca televisyen dapat mengubah perlakuan kanak-kanak ke
arah negatif melalui tiga cara. Cara yang pertama ialah kanak-kanak akan menjadi kurang
sensitif terhadap kesakitan dan penderitaan orang lain. Manakala cara yang kedua pula ialah
kanak-kanak akan menjadi lebih gentar dengan dunia sekeliling mereka dan menganggap
dunia ini sebagai salah satu tempat yang kejam dan berbahaya. Cara yang ketiga pula ialah
kanak-kanak akan lebih cenderung bertindak agresif terhadap orang lain. Tayangan filem-
filem aksi dan komik-komik yang dipasarkan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat
terutama golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Paparan aksi daripada
filem-filem dan komik-komik ini sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku remaja. Sambutan
yang hangat dalam kalangan penonton dan pembaca terhadap filem atau cerita aksi ini
13

menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk menyiar dan menerbitkan filem
berkenaan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan untuk menyekat kebanjiran
filem asing terutama dari Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Hollywood masih
ada lagi segelintir masyarakat yang cuba membawa pengaruh filem berkenaan. Lambakan
filem aksi yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem
ini. Antara contoh filem-filem tempatan seperti filem Buli, KL Menjerit dan dari luar negara
seperti drama Anak Metropolitan dan lain-lain. Melalui media cetak pula, komik-komik
seperti Pedang Setiawan, Juara Wira dan lain-lain banyak dipasarkan. Hal ini secara tidak
langsung akan menyebabkan remaja yang menonton filem ini akan lebih terdorong terlibat
dalam gejala buli.

Pada masa kini, jika diperhatikan kebanyakan tingkah laku yang dipaparkan oleh
media cetak mahupun media elektronik adalah berunsurkan negatif. Justeru itu, tidak
hairanlah sekiranya ada pelajar yang terikut-ikut dan terpengaruh dengan gejala tidak sihat
seperti buli ini. Sebagai contoh filem barat sering menyiarkan mengenai pelanggaran undang-
undang di sekolah dan pelajar yang melanggar undang-undang hanya dikenakan hukuman
yang ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Berbeza di Malaysia,
pelajar yang melanggar undang-undang sekolah akan dikenakan hukuman yang setimpal
dengannya. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan remaja yang
rata-ratanya adalah terdiri daripada golongan pelajar. Rasa tidak puas hati pelajar terhadap
undang-undang dan dasar pendidikan akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara
yang di luar jangkaan seperti mencederakan rakan sekolah (Utusan Malaysia, 12 Julai 2002 ).

Seperti yang umum sedia maklum selebriti ataupun pelakon merupakan public figure.
Justeru itu, ada dalam kalangan pelajar yang terlalu obses dengan pelakon ataupun selebriti
sehingga menjadikan golongan terbabit sebagai role model. Oleh yang demikian, golongan
remaja akan mengikut segala perlakuan dan tingkah laku yang ditonjolkan oleh golongan
terbabit walaupun sekadar lakonan di dalam drama ataupun filem. Kesimpulannya mereka
yang terlibat dengan masalah buli ataupun lebih tepat lagi tergolong dalam kumpulan pembuli
menjadikan tingkah laku dan penampilan watak samseng atau gangster sebagai ikutan.

14

4.0 Kesan-kesan buli

4.1 Dari segi fizikal

Banyak dilihat di media-media saban hari yang menunjukkan kesan buli yang pada akhirnya
melibatkan kematian. Tragedi-tragedi sebegini dapat dilihat dalam negara sendiri. Menurut
kajian Noran Fauziah Yaakub dalam Marzita Abdullah (2004) pernah terjadi kepada seorang
mangsa buli iaitu murid perempuan pernah ditolak oleh murid lain sehingga jatuh bukit hanya
disebabkan dirinya yang gemuk dan berkulit gelap
(http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?dt=0217&pg=ka_01.htm&sec=Kaunseling&y=200
4). Antara kes lain yang telah dipetik melalui sebuah akhbar Berita Harian pada Mac 2009
iaitu seorang pelajar tingkatan tiga, Mohd Azwan Md Ribi dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuatan melecur teruk di lengan kanannya akibat diseterika
oleh seniornya di asrama tersebut kerana enggan membelikannya rokok.

Apabila terjadi perkara sebegini, mangsa buli akan bertindak melakukan sesuatu yang
di luar batasan akal dirinya. Pada usia meningkat dewasa, seseorang itu akan berusaha
mencari kekuatan yang ada pada dirinya. Apabila individu tersebut merasakan dirinya sudah
tidak berguna tambahan pula apabila dicaci dan dicemuh sebegitu maka individu berkenaan
akan bertindak mencederakan dirinya sendiri sehingga sampai ke tahap membunuh diri. Di
negara luar, contohnya Jepun adalah salah sebuah negara yang menunjukkan purata kes bunuh
diri tertinggi di dunia. Salah satu akibat mangsa membunuh diri adalah disebabkan mangsa
dibuli dengan teruk. Mangsa buli memilih jalan ini kerana merasakan lebih baik mati
daripada terus menanggung seksa sebegitu. Peranan orang ramai terutamanya ibu bapa dan
guru haruslah sentiasa memantau aktiviti remaja supaya perkara sebegini tidak berlaku.

Menurut Zurhana Muhamad dan Abdul Samad Mat Din (2006) mangsa buli juga akan
bertindak melarikan diri dari rumah. Ini disebabkan mangsa buli merasakan ada baiknya
bersendiri dari orang lain. Apabila dibuli seseorang individu itu akan berasa dirinya seorang
yang lemah dan tidak disukai ramai. Lantaran daripada itu, mangsa buli ini akan mula
mengenali dunia yang tidak sepatutnya diterokai sebagai contoh menghisap rokok dan yang
15

paling ditakuti adalah menghisap dadah. Selain itu, mangsa juga akan menyimpan dendam
terhadap pembulinya lalu merangka rancangan untuk membunuh pembulinya. Kesan daripada
itu, mangsa buli ini akan terjebak dengan perkara-perkara jenayah dan tidak mustahil akan
bertindak melanggar undang-undang. Mangsa buli juga akan mempunyai masalah pemulauan
dari rakan sebaya. Kesannya, individu tersebut akan menghadapi masalah kemurungan yang
melampau dan mempunyai masalah untuk bekerja dalam kumpulan. Bayangkan apabila
mangsa buli ini menjengah ke alam dewasa kelak, masalah ini akan berlanjutan hingga ke
alam kerjayanya pula. Perkara ini jelas menunjukkan apabila masalah ini tidak dibanteras
secara menyeluruh oleh pihak kerajaan, ia akan menjadi barah yang seterusnya menjejaskan
mutu dan kemajuan negara.

Selain itu, gejala buli turut mendatangkan kesan terhadap pembuli. Pernyataan ini
turut disokong oleh Beale (2001) dalam Zurhana Muhamad dan Abdul Samad Mat Din (2006)
yang mengatakan perlakuan buli mempunyai kesan buruk kepada mangsa dan pemangsa.
Antara kesan-kesan fizikal atau luaran yang dapat dilihat terhadap pembuli ini ialah terjebak
dengan masalah-masalah lain seperti merokok dan minum arak. Selain daripada itu, si
pembuli ini juga akan lebih cenderung untuk melakukan jenayah apabila dewasa contohnya
merogol dan merompak atau lebih bahaya lagi akan menjadi pendera terhadap isteri.
Pernyataan ini turut disokong oleh Farrington (1993) dalam Azizi Yahaya et al. (2008) yang
menunjukkan wujud pertalian antara tingkah laku buli dengan kenakalan semasa di sekolah
dengan tingkah laku agresif dan ganas ketika dewasa. Ini disebabkan perasaan diri sendirinya
yang menyebabkan dia berasa gah dan kuat sehingga tiada siapa yang mampu
menghalangnya. Gejala buli ini berlaku apabila setiap pelajar berusaha menonjolkan
kelebihan diri sendiri dan bagi yang suka menunjukkan kekuatan fizikal diri dan jika tidak
disalurkan ke arah yang betul, maka kes buli ini akan terjadi dengan sendirinya. Justeru itu,
gejala buli ini banyak memberi kesan yang negatif bukan sahaja kepada pembuli dan mangsa
buli malahan kepada masyarakat dan negara juga.

4.2 Sosial

Pembabitan remaja ataupun pelajar sekolah dalam masalah buli tentunya akan memberikan
16

impak yang besar terhadap mangsa buli jika dibandingkan dengan pembuli. Menurut Mahadi
Khalid (2007) penampilan fizikal seperti bertubuh kecil, mempunyai kecacatan dan memiliki
wajah yang hodoh biasanya akan mendorong seseorang itu untuk dibuli oleh pelajar lain yang
mempunyai penampilan fizikal seperti tinggi dan berbadan tegap. Walaubagaimanapun,
bentuk fizikal yang dimiliki oleh seseorang tidak seharusnya menjadi penyebab mengapa
seseorang itu dibuli. Dalam ruangan ini, implikasi daripada masalah buli akan dibincangkan.

Salah satu impak daripada kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah daripada
aspek sosial. Perkembangan sosial menekankan kepada proses sosialisasi, perkembangan
moral dan juga perhubungan dengan orang lain melalui kaedah komunikasi. Dalam (Harian
Metro, 30 Julai 2010) perkembangan sosial yang baik akan dapat membentuk pergaulan
remaja, perhubungan silaturahim dan semangat ukhuwah dalam kalangan remaja. Bagi pelajar
yang menjadi mangsa buli, golongan ini tentunya akan mempunyai masalah yang serius
dalam aspek pergaulan. Contohnya ialah individu yang dibuli akan mengalami kesan negative
daripada perbuatan buli seperti suka menyendiri sama ada ketika berada di rumah mahupun
sekolah. Apabila seseorang pelajar itu suka menyendiri, ini akan memberi kesan sampingan
secara tidak langsung terhadap perhubungannya dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Hubungan dengan keluarga dan juga rakan-rakan akan menjadi sedikit renggang lantaran
daripada sikap remaja yang lebih gemar menyendiri berbanding berkongsi masalah dengan
ahli keluarga terdekat seperti ibu dan bapa.
Bukan itu sahaja, mangsa yang dibuli juga akan mengalami perasaan takut untuk ke
sekolah. Ini kerana golongan ini berpendapat, kehadiran di sekolah seakan-akan memberi
peluang untuk dibuli dengan sewenang-wenangnya. Menurut Charach, Pepler dan Ziegler
(1990) dalam Azizi Yahaya dan Abdul Latif Ahmad (2005) menunjukkan bahawa mangsa
buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah buli. Ini
mungkin disebabkan oleh peranan guru yang kurang atau tidak pernah membincangkan
tentang permasalahan perlakuan buli di dalam bilik darjah. Pihak sekolah mungkin akan
memberi perhatian yang serius terhadap masalah buli sekiranya masalah ini melibatkan
ancaman fizikal dan pergaduhan. Di samping itu juga, mangsa buli turut mengalami masalah
daripada aspek komunikasi yang berkesan. Kebanyakan pelajar yang menyedari diri sedang
dibuli akan menunjukkan sikap kurang minat untuk berinteraksi. Ini adalah kerana pelajar itu
17

bimbang percakapannya akan dijadikan bahan ejekkan oleh pembuli. Fenomena seperti ini
tidak haruslah dibiarkan berlaku secara berterusan kerana kita tahu bahawa bagi seorang
pelajar yang masih lagi remaja, golongan ini seharusnya menjadi pelajar yang aktif dan
bukannya pasif. Dengan membiarkan diri sendiri menjadi pasif, ini seolah-olah memberi
gambaran bahawa pelajar itu menyekat pemikiran minda mereka daripada menjadi lebih
cerdas.

Manakala impaknya kepada pembuli pula ialah golongan ini sebenarnya tidak
menyedari bahawa masalah yang dialami dalam menjalani kehidupan sosial yang baik.
Contohnya, apabila seorang pelajar yang suka membuli itu tidak mendapat apa yang
diinginkan mereka akan cuba memberi reaksi dengan cara menunjukkan kekerasan dan
bukannya dengan cara menilai masalah itu sebagai sesuatu yang positif dimana boleh
meningkatkan lagi tahap motivasi dirinya. Keadaan ini juga mungkin berlaku lantaran
daripada sikap ego serta angkuh yang tinggi pada diri pelajar yang pembuli. Menurut Freud
dalam Suppiah Nachiappan et al. (2009) melalui Teori Psikoanalis, Freud menjelaskan
bahawa remaja mempunyai tahap komponen personaliti yang berbeza-beza terdiri daripada id,
ego dan superego. Komponen ego dikatakan terbentuk daripada pengalaman manakala
superego terbentuk daripada baka atau persekitaran. Selain daripada itu, kesan lain daripada
sikap membuli ialah pelajar itu akan membesar sebagai seorang insan yang tidak berdisiplin
terhadap sebarang peraturan dan juga kepada dirinya. Disiplin dikatakan kunci utama bagi
seseorang itu untuk berjaya dengan cemerlang dalam pencapaian akademiknya. Oleh itu, tidak
hairanlah jika diperhatikan ramai pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin di peringkat
menengah tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain daripada kesan-kesan diatas yang dinyatakan, kesan negatif lain yang menimpa
pelajar yang membuli ialah golongan ini akan mengalami masalah dalam menguasai
kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira dengan baik. Menurut
Noran Fauziah Yaakub dan Muhammad Hisyam (2005) dalam Tang Chiew Ha (2006)
menyatakan ada pembuli yang tidak mempunyai pencapaian akademik yang baik. Hal ini
kerana proses pembelajaran akan turut terganggu setelah mereka dipanggil oleh guru disiplin
dalam membantu mencari penyelesaian yang terbaik dalam setiap masalah yang dibuat oleh
18

mereka di sekolah. Hal ini adalah amat merugikan pelajar yang membuli kerana sewaktu
pelajar-pelajar lain sedang memahami pembelajaran dalam kelas, golongan yang
diklasifikasikan sebagai pembuli pula terpaksa dikenakan hukuman terhadap setiap kesalahan
yang dilakukan bagi memberi pengajaran kepada golongan terbabit.

Kesimpulannya, pelajar yang ingin menjadikan diri sebagai seorang yang dikenali di
sekolah dengan cara menimbulkan masalah seperti buli tidak akan memperolehi apa-apa
faedah sebaliknya hanya akan merugikan diri sendiri dengan menghabiskan masa di sekolah
bukan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi masa depan sendiri. Sebuah akhbar
tempatan, dalam (Harian Metro, 30 Julai 2010) melaporkan bahawa sebuah kajian oleh ahli
psikologi Islam dan Barat mendapati bahawa keseimbangan perkembangan empat dimensi
iaitu biologi, kognitif, emosi dan sosial merupakan aspek penting yang harus diberi perhatian
bagi mengelakan seseorang terlibat dalam kes buli dan perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan.

4.3 Pencapaian akademik
Pelbagai perkara yang boleh dibincangkan terutamanya kesan terhadap pembuli itu sendiri.
Olweus (1991) menyatakan bahawa pembuli lazimnya akan menjadi penjenayah pada masa
akan datang. Bayangkanlah apa akan terjadi kepada generasi muda yang bakal menerajui
negara sekiranya pada masa kini golongan ini terlibat dengan perlakuan yang negatif ini di
sekolah. Menyalahkan pelajar itu semata-mata adalah tindakan yang kurang bijak dan tidak
harus dilakukan oleh semua pihak. Semua pihak sepatutnya harus menggembelengkan tenaga
untuk sama-sama mengatasi dan mencari jalan menghapuskan dan membenteras terus
perlakuan buli di sekolah (http://www.scribd.com/doc/26773123/1-Gejala-Buli-Di-Sebuah-
SekolahMenengah). Pelajar yang selalunya terlibat dengan gejala negatif selalunya
mengabaikan proses pembelajaran semasa proses pelajaran dan pembelajaran dijalankan dan
akan mempengaruhi pencapaian akademik.
Pencapaian akademik adalah penting kerana akan menentukan masa depan pelajar itu
sendiri sama ada akan menjadi orang yang berjaya ataupun tidak. Pelajar seharusnya fokus
semasa proses pelajaran dan pembelajaran ini dijalankan supaya tidak ketinggalan dan tidak
akan menghadapi sebarang masalah. Sekiranya terdapat persoalan semasa proses pelajaran
19

dan pembelajaran dijalankan, pelajar boleh bertanya kepada guru yang sedang mengajar
ataupun bertanya sendiri kepada pelajar lain. Selain itu juga, demi meningkatkan pencapaian
akademik, pelajar juga boleh membentuk sebuah kumpulan kecil antara rakan-rakan untuk
membincangkan bersama masalah dalam pelajaran dan dapat mengelakkan diri daripada
terlibat dengan gejala negatif. Guru juga boleh memainkan peranan semasa proses pelajaran
dan pembelajaran dijalankan dengan menarik minat pelajar yang bermasalah dengan
bertanyakan soalan yang mudah dan menghargai jawapan pelajar tersebut. Guru juga
digalakkan mendekatkan diri dengan pelajar yang bermasalah supaya pelajar tersebut akan
berminat dengan proses pelajaran dan pembelajaran. Ini kerana jika pelajar tidak berminat
dengan proses pelajaran dan pembelajaran dan dengan guru itu sendiri boleh mempengaruhi
tahap pencapaian akademik pelajar tersebut. Pencapaian akademik dipengaruhi oleh minat
pelajar itu sendiri dengan proses pelajaran dan pembelajaran, sikap guru yang mengajar dan
kasih sayang daripada ibu bapa dirumah. Kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik yang rendah adalah pelajar yang bermasalah iaitu yang terlibat dengan gelaja
negatif seperti buli, pelajar yang kurang mendapatkan perhatian daripada guru semasa proses
pelajaran dan pembelajaran dijalankan, pelajar yang kurang mendapat perhatian dan kasih
sayang daripada ibu bapa di rumah, dan pelajar yang berkawan dengan kawan-kawan yang
nakal. Faktor sekeliling sekolah dan faktor pemilihan rakan sebaya juga mempengaruhi
pencapaian akademik seseorang pelajar. Tetapi jika seseorang pelajar berkawan dengan
pelajar yang bermasalah, cuba untuk memberikan nasihat dan mempengaruhi pelajar tersebut
untuk membuat kebaikan demi pencapaian akademik bersama.
Selain daripada itu, pendidikan keagamaan harus dititikberatkan kepada pelajar supaya
mereka memahami bahawa perbuatan membuli orang lain adalah berdosa dan salah di sisi
agama. Kita juga tidak harus lupa bahawa perbuatan buli juga mendatangkan kesan negatif
kepada orang yang dibuli. Ini kerana pelajar yang dibuli akan merasa terancam dan takut
untuk ke sekolah. Mangsa buli juga menurut Olweus (1991) lagi akan mengalami tekanan
yang hebat. Buli yang juga merupakan subset kepada agresif telah dikenalpasti sebagai
masalah yang boleh memberi impak kepada kesihatan fizikal dan psikologikal individu yang
kerap dibuli dan juga kepada mereka yang membuli rakan sebaya semasa usia muda
(http://www.scribd.com/doc/26773123/1-Gejala-Buli-Di-Sebuah-Sekolah-Menengah).
Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah sendiri
20

harus membentuk satu persekitaran sekolah yang selamat untuk pelajar belajar. Persekitaran
sekolah yang selamat amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan ketenangan dalam diri
pelajar. Sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk mengekalkan
persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran. Ini kerana keupayaan
sekolah untuk menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah
bebas daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan nyawa serta harta benda di
sekolah. Hasrat murni Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan konsep sekolah berkesan
tidak akan berjaya sekiranya persekitaran sekolah masih tidak selamat untuk proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam masa yang sama, hasrat kerajaan Malaysia
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang seperti yang terkandung di
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga tidak akan tercapai sekiranya perlakuan
negatif seperti ini masih berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.
4.4 Emosi

Emosi ditentukan, oleh proses pematangan dan proses belajar. Seperti yang umum sedia
maklum, emosi sangat berkait rapat dengan tingkah laku. Personaliti selalu disebut untuk
menyatakan tingkah laku seseorang. Menurut Alport (2004) dalam Suppiah Nachiappan et al.
(2009) yang mempelopori Teori Trait Personaliti meletakkan kekuatan pengaruh otak
mempengaruhi personaliti. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya gangguan emosi memberikan
impak yang besar kepada personaliti remaja nanti. Tidak dapat dinafikan golongan remaja
merupakan golongan yang sering berhadapan dengan konflik emosi dan tingkah laku. Konflik
ini akan menjadi lebih kritikal apabila remaja terbabit berhadapan dengan masalah serius
seperti buli. Hal ini adalah kerana semasa peringkat remaja emosi individu dikatakan lebih
sensitif berbanding sebelumnya. Emosi mereka juga sering terganggu akibat daripada
perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badan dan limpahan hormon agak ketara.

Sama ada remaja terbabit merupakan pembuli ataupun mangsa buli, kedua-keduanya
mengalami gangguan emosi yang serius. Mangsa buli sering melihat diri mereka sebagai
seorang yang bodoh dan tidak berguna. Menurut Hooover dan Juul (1993) dalam Sanders
dan Phye (2004) mangsa buli mempunyai tahap keyakinan yang rendah dan tahap
kebimbangan sosial yang tinggi. Pernyataan ini turut disokong oleh Olweus (1993) yang
21

menyatakan mangsa buli mempunyai penghargaan kendiri rendah, rasa rendah diri,
kemurungan dan depressi (http://eprints.utm.my/5853/278069.pdf.). Justeru itu, hal ini akan
menyebabkan mangsa buli menghadapi masalah sewaktu di sekolah nanti. Gangguan emosi
yang disebabkan oleh masalah buli banyak memberikan beban kepada mangsa buli sehingga
mengakibatkan mereka tidak hadir ke sekolah. Lantaran itu, prestasi pelajaran mereka akan
mula menurun. Selain itu, kebanyakan aktiviti harian mereka yang lain lain dan keupayaan
untuk menikmati keseronokan hidup juga akan terjejas. Kebiasaannya mereka merasakan diri
mereka tidak diperlukan dan tidak berguna. Sehingga ke satu tahap mangsa buli dinasihatkan
supaya berjumpa dengan pakar psikologi yang dapat membantu mereka melepaskan diri
daripada trauma yang dihadapi akibat dibuli secara berterusan. Tahap yang paling
membimbangkan apabila mangsa buli berasa resah dan ada keinginan untuk membunuh diri.

Salah satu kesan yang paling signifikan dialami oleh remaja yang tergolong dalam
golongan pembuli ialah mereka akan menjadi bertambah agresif sekiranya mereka berterusan
membuli. Menurut Edelman dan Omaru (1973) dalam Besag (1989) In general terms, all
animals do display aggression and clearly certain animals establish their dominance firmly
over the more submissive of the species. Keadaan ini turut berlaku di sekolah. Sebagai contoh
masalah buli yang melibatkan dua individu yang berlainan saiz badan adalah disebabkan
individu yang besar cuba untuk menonjolkan kekuatan dan kekuasaannya terhadap golongan
yang lemah. Menurut Dodge (1991) dalam Sanders dan Phye (2004) agressi dapat
dibahagikan kepada dua iaitu reaktif dan progresif. Golongan pembuli dikatakan tergolong
dalam kumpulan reaktif kerana tindakan mereka biasanya melibatkan kemarahan. Golongan
pembuli yang tergolong dalam kumpulan ini dikhuatiri akan menjadi penjenayah apabila
dewasa kelak. Sekiranya golongan pembuli ini berterusan membuli, mereka akan
menganggap cara mereka mengekspresikan kemarahan atau kekuatan terhadap orang lain
adalah tidak salah. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya golongan pembuli ini bertindak
agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak atau menjadi seorang pendera terhadap
isteri.


5.0 Langkahlangkah dalam mengatasi gejala buli
22


5.1 Pendekatan psikologi

5.1.1 Ibu bapa

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membendung masalah buli ini. Hal ini kerana,
masa pelajar itu lebih banyak dihabiskan di rumah berbanding di sekolah. Oleh itu, ibu bapa
haruslah memberikan pendekatan dan cara yang terbaik dalam membentuk sahsiah remaja
pelajar ini. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan asuhan yang mencukupi dan
merangkumi aspek jasmani, rohani dan emosi kepada anak-anak remaja ini supaya tidak
berlaku ketempangan. Hal ini pernah disebut oleh Siddiq Fadhil dalam Mustaffa Kamil Ayub
(1994) yang mengatakan bahawa manusia seutuhnya dengan segala aspek, dimensi dan
potensinya harus dibina dengan seimbang sehingga mencapai keadaan tawazun atau
keseimbangan. Dengan adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-
wenangnya terjerumus kepada perkara-perkara yang tidak baik. Ibu bapa juga perlu
menanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak contohnya dalam menjalinkan hubungan
yang baik dengan orang lain.

Selain itu, ibu bapa haruslah berbincang dan menghabiskan masa dengan
memperuntukan masa yang berkualiti untuk mengetahui perkembangan anak-anak. Ibu bapa
seharusnya menjadi rakan kepada anak-anak remaja ini. Dengan cara ini anak-anak akan lebih
mempercayai ibu bapa dan menjadikan ibu bapa sebagai rujukan apabila berdepan dengan
masalah. Melalui cara ini juga, ibu bapa akan lebih dekat dan secara tidak langsung anak-anak
akan berkongsi dan meluahkan masalah yang berlaku di sekolah kepada ibu bapa. Kesan
daripada itu, ibu bapa akan mengetahui segala masalah yang terjadi terhadap anak-anak dan
akan mengambil tindakan yang wajar dengan pihak sekolah dalam membendung masalah buli
ini. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan.
Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun menghukum anak-anak remaja ini.
Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaiannnya. Ibu bapa juga
digalakkkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli keluarga. Para ibu bapa juga
perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Ibu bapa tidak
23

boleh membiarkan anak-anak bersendirian dalam menentukan jalan hidup dan anak-anak
mestilah dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak remaja. Sebagai
contoh, ibu bapa mengajak rakan anak-anak datang ke rumah supaya dengan cara ini dapat
dipastikan dengan siapa anak-anak remaja ini berkawan.

Antara pendekatan lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan
menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah untuk mewujudkan sikap kerjasama
dalam membendung masalah ini kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh Salma Ishak
(1985) dalam Azizi Yahya et al. (2008) salah satu punca masalah adalah ibu bapa dan guru-
guru selalu menyalahkan kedua-dua pihak kerana tidak menjalankan tanggungjawab
sebetulnya apabila timbul sesuatu kerumitan. Dengan adanya bantuan guru, para ibu bapa
dapat mengetahui sendiri apa yang sebenarnya terjadi di dalam persekitaran anak-anak di
sekolah dan seterusnya berbincang untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dengan
terancang. Antara cara yang boleh dilakukan adalah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru
yang mestilah aktif dan berfungsi, hari terbuka sekolah yang tidak hanya melalui pameran
tetapi jalinan ibu-bapa dan guru dalam menilai prestasi dan perkembangan pelajar serta
mengadakan pertemuan terus dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah. Oleh itu, jurang
perhubungan yang wujud dapat dikurangkan apabila guru dan ibu bapa berkomunikasi dan
berdialog.

Ibu bapa adalah model bagi remaja, jika ibu bapa menunjukkan tingkah laku agresif di
hadapan remaja, remaja itu akan meniru tingkah laku itu. Menurut Olweus (1978) dalam
Azizi Yahaya et al. (2008) mengatakan salah satu sebab mengapa pemerhati kejadian buli
turut membuli adalah kerana peniruan. Jadi, ibu bapa seharusnya menjadi contoh teladan yang
baik supaya anak-anak boleh meniru tingkah laku ibu bapa seterusnya mempraktikkannya
dalam kehidupan. Ibu bapa juga tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar dalam perbualan
kerana melalui percakapan ini juga anak-anak akan mudah untuk meniru dan
mempraktikkannya dalam perbualan yang boleh mencetuskan perbuatan buli ini dari segi
ejekan.

5.1.2 Guru
24


Dalam mengatasi masalah buli ini, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam
mendidik remaja di sekolah. Menurut Yusuf al-Qardawi dalam Mustafa Kamil Ayub (1994)
menyatakan bahawa tugas seorang guru bukan sekadar mengajar tetapi juga sebagai
pendakwah dan pendidik. Jadi, guru perlulah berusaha membimbing pelajar, kerana pelajar
yang masih remaja ini menginginkan sesuatu yang dapat meningkatkan keyakinan diri bagi
mempercayai dan dipercayai. Oleh itu, guru haruslah memahami tingkah laku remaja secara
mendalam ataupun holistik. Dengan cara ini guru akan lebih mudah untuk mengatasi dan
menggunakan cara atau pendekatan yang sesuai dalam mengatasi masalah yang berlaku dalam
diri remaja itu sendiri. Remaja selalunya mempelajari sikap baik mahupun sebaliknya dari
rumah, kawan sepermainan, masyarakat dan sebagainya. Oleh sebab itu, guru tidak boleh
memencilkan pengalaman-pengalaman dan juga perasaan pelajar serta hanya menumpukan
pada tingkah laku semasa pelajar berada di dalam kawasan sekolah sahaja. Guru perlu faham,
sesuatu masalah berhubung terus daripada pergaulan remaja semasa di luar kawasan sekolah.
Maka dengan ini, guru perlu memahami dan menangani lebih daripada apa yang dilihat di
dalam bilik darjah itu sendiri. Guru juga tidak sepatutnya memberikan tumpuan kepada
pelajar yang cerdik saja tetapi pelajar yang sederhana dan lemah juga harus didekati dengan
bahan dan kaedah yang sesuai dengannya supaya proses belajar berlaku. Sekiranya berlaku
keciciran di kalangan pelajar ianya akan memberi ruang kepada masalah buli ini terjadi.

Selain daripada itu, guru juga perlu memberikan perhatian, sokongan dan tindakan
yang konsisten dalam menangani masalah buli. Guru sepatutnya dilihat sebagai orang ataupun
pihak yang dapat disandarkan oleh para pelajar. Guru juga perlu membentuk interaksi dan
hubungan yang baik dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu dimaklumkan berkenaan penglibatan
anak-anak dalam masalah buli di sekolah. Maklumat ataupun maklum balas guru dapat
digunakan oleh ibu bapa bagi membolehkan ataupun membetulkan tingkah laku anak-anak di
rumah. Berbincang dengan para guru mengenai persepsi, komitmen, masa dan motivasi bagi
melaksanakan program pencegahan dan intervensi perlakuan buli di sekolah adalah salah satu
cara mencegah kejadian buli. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Olweus (1993) dalam
Azizi Yahaya dan et al. (2008) yang mengatakan penurunan kes perlakuan buli sebanyak 50
peratus di sekolah yang melaksanakan program pencegahan dan intervensi perlakuan buli.
25

Guru-guru perlu lebih prihatin dan serius dalam menangani masalah buli ini. Semua guru
tidak tertumpu kepada guru disiplin sekolah sahaja malah berusaha menyumbangkan masa
dan tenaga dalam usaha meningkatkan tahap disiplin pelajar sekolah.

Antara pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah buli ini ialah
guru haruslah menunujukkan contoh teladan yang baik terhadap remaja pelajar ini. Ada
pepatah melayu menyatakan guru kencing berdiri, murid kencing berlari menggambarkan
betapa besarnya pengaruh seorang guru ini. Jadi kesan yang diberikan amat besar hasil
interaksi dengan guru sama ada baik ataupun sebaliknya. Menurut Abd.Halim (1986) dalam
Mustaffa Kamil Ayub (1994) mengatakan guru hendaklah mempunyai kehebatan diri pada
pandangan murid dan boleh dijadikan model ikutan. Hal ini bertepatan dengan pernyataan
Langgulung (1981) dalam Mustafa Kamil Ayub (1994) yang mengatakan model adalah
penting kerana ianya merupakan salah satu syarat yang membawa kepada penyerapan nilai-
nilai.

5.1.3 Rakan Sebaya

Rakan sebaya mempengaruhi dan memberi impak yang besar terhadap tingkah laku dan
kelakuan seseorang individu itu, hal ini kerana rakan sebaya merupakan insan yang rapat
dengan remaja selain ibu bapa. Kehadiran rakan sebaya sebagai pemerhati secara tidak
langsung membantu pembuli memperoleh kuasa, populariti dan status. Pembuli secara tidak
langsung mencapai kesedaran tentang kuasa dan menerima pengukuhan sosial melalui rakan
sebaya pada tingkah laku buli yang dilakukan terhadap mangsa. Jadi pendekatan yang boleh
diambil oleh rakan sebaya ini dalam menangani masalah remaja adalah jika terjadinya
perlakuan buli saksi ataupun rakan sebaya yang melihat perlakuan itu seharusnya tidak
berdiam diri dan melapor kejadian tersebut kepada guru supaya tindakan yang sewajarnya
dapat diambil terhadap pembuli. Tetapi yang berlaku sekarang ini, saksi ataupun rakan sebaya
tidak melaporkan kejadian buli ini kepada guru kerana takut menjadi salah seorang mangsa
buli di sekolah. Jadi sikap takut ini haruslah dibuang supaya masalah buli ini tidak menjadi
lebih serius lagi dan menyebabkan lebih ramai pelajar menjadi mangsa buli oleh pembuli
yang tidak bertanggungjawab ini.
26


Rakan sebaya seharusnya memberi semangat dan menjadi pendorong kepada mangsa
buli bukan dengan menambahkan lagi penderitaan mangsa tersebut. Jangan jadikan perlakuan
buli seperti mampersendakan, menghina, mangancam, memukul, mencuri dan serangan-
serangan langsung atau lebih terhadap mangsa seperti yang dihuraikan oleh Banks (2000)
dalam Azizi Yahaya et al. (2008) sebagai penambah derita dari segi psikologi kepada mangsa
buli. Mangsa buli ini amat memerlukan sokongan dan dorongan dari rakan sebaya untuk
mengembalikan semangatnya yang hilang akibat kejadian buli tersebut.

Menurut Nesbitt (1999) dalam Azizi Yahaya (2008) pelajar yang mempunyai ciri-ciri
personaliti yang lemah seperti pemalu, pasif dan tidak bermaya berpotensi untuk menjadi
mangsa buli. Mangsa buli ini juga merupakan pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri
dan kurang popular dalam kalangan rakan sebaya. Oleh yang demikian, sebagai rakan sebaya
seharusnya berdampingan dan berinteraksi serta mengajak mangsa buli ini menyertai aktiviti-
aktiviti sosial seperti menyertai Kelab Rakan Sebaya atau kelas seni mempertahankan diri
supaya mangsa buli ini berkeyakinan dan mempunyai nilai esteem yang tinggi dan tidak
mudah menjadi mangsa buli lagi. Rakan sebaya juga tidak boleh meminggirkan mangsa buli
ini kerana dengan cara ini ia akan menimbulkan masalah yang berat kepada mangsa buli.
Dorongan dan sokongan haruslah diberikan kepada mangsa buli supaya semangat dan
kekuatan dapat dibina semula dalam dirinya.

5.2 Pendekatan Kurikulum

Masalah salah laku seperti kes buli sudah menjadi sinonim dengan persekitaran pembelajaran
di sekolah. Mahupun di sekolah berasrama penuh, kes buli juga turut berlaku. Persoalannya
mengapakah masalah buli boleh berlaku di sekolah yang terdiri daripada pelajar yang
cemerlang akademiknya dan tinggi nilai Intelectual Quotient ( IQ ). Oleh itu, keseimbangan
antara IQ dan EQ emotional quotient adalah amat penting bagi pelajar untuk mengelakkan
daripada terlibat dalam permasalahan ini. Antara pendekatan yang boleh dilakukan adalah
melalui sistem kurikulum pendidikan.

27

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu pendidikan di Malaysia
merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Berdasarkan ayat
pertama dalam FPK ini, pihak kerajaan telah meletakkan hasrat yang ingin dicapai dengan
kerjasama pelajar-pelajar di negara ini iaitu dengan memperlengkapkan diri dengan tahap
intelektual yang tinggi di samping mempunyai pembangunan sahsiah yang elok. Melalui
pendekatan kurikulum seperti ini, masalah buli akan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Menurut Smith and Sharp (1994) dengan adanya kurikulum akan dapat meningkatkan sikap
keprihatinan dan empati yang merupakan aspek pertama ataupun langkah pertama dalam
menangani masalah buli.

Di samping itu juga, melalui pendekatan kurikulum di sekolah akan dapat membentuk
nilai-nilai murni seperti kepercayaan dan perasaan hormat kepada orang lain. Menurut Smith
dan Sharp (1994) pembentukan nilai-nilai seperti ini adalah amat perlu bagi pelajar untuk
mempunyai pengalaman dari segi interaksi sosial yang turut melibatkan pembentukan emosi
yang sihat. Dalam sebuah kajian yang telah dilakukan oleh ahli psikologi Islam dan Barat
menyatakan akan pentingnya untuk seseorang remaja mencapai keseimbangan perkembangan
empat dimensi iaitu biologi, kognitif, emosi dan sosial bagi mengelakkan pelajar terlibat
dalam sebarang kes buli. Bukan itu sahaja pendekatan kes buli melalui kurikulum juga
berguna untuk melatih pelajar agar mempelajari nilai bertimbang rasa terhadap individu lain.
Dengan memberi aktiviti secara berkumpulan ini akan menggalakan pelajar untuk membina
nilai toleransi dalam membuat sesuatu keputusan yang ingin dibuat. Menurut Smith and Sharp
(1994) sekiranya semua pelajar di sekolah mempunyai nilai toleransi yang baik maka
permasalahan seperti buli tidak akan timbul. Ini kerana kes buli juga boleh berlaku lantaran
daripada sikap pelajar yang tidak suka bertolak ansur dengan pelajar lain.

Menurut Mustaffa Kamil Ayub (1994) penghapusan dualisme iaitu pemisahan diantara
ilmu keduniaan iaitu akademik dan ilmu agama merupakan satu keperluan semerta yang tidak
boleh dianggap mudah sekiranya benar-benar serius untuk mencapai matlamat mewujudkan
manusia seimbang yang tidak tempang perjalanan hidupnya. Cara alternatifnya ialah melalui
28

kurikulum pendidikan yang berteraskan beberapa ciri seperti tauhid dan ilmu-ilmu abadi
menjadi tunjang kepada ilmu-ilmu yang diambil sebagai isi kandungan kurikulum. Secara
kesimpulannya, maka wajarlah sekiranya pihak pendidik menghayati semula isi kandungan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seharusnya menjadi rujukan utama dalam
pembentukan pelajar yang kaya dengan ilmu pengetahuan tanpa meminggirkan akhlak serta
keperibadian manusia yang elok.

5.3 Pendekatan Sekolah
Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi mencegah tingkah laku buli dari terus berleluasa.
Antaranya ialah pendekatan yang diambil oleh sekolah. Pendekatan yang telah diambil di
peringkat sekolah ialah sekolah sendiri perlu mengadakan program atau aktiviti untuk
mencegah perlakuan buli. Contohnya mengadakan banyak aktiviti yang berbentuk motivasi
untuk meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar. Selain daripada itu, aktiviti tersebut
juga dapat mengeratkan hubungan pelajar dengan rakan sebaya, dapat memotivasikan diri
sendiri dan dapat mengisi masa lapang daripada terlibat dengan gejala negatif. Perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah sedia ada perlu dikaji dari segi
keberkesanannya. PRS merupakan salah satu unit sokongan kepada pelajar-pelajar untuk
meluahkan masalah yang mereka hadapi. Konsep asas program ini ialah Rakan Bantu Rakan.
Dalam konteks ini, pelajar yang telah mendapat latihan khas akan berusaha memberikan
bantuan kepada rakan-rakan di sekolah yang menghadapi pelbagai masalah disiplin dan
sosial. Daripada itu, pelajar yang mempunyai pelbagai masalah akan merasakan diri lebih
dihargai dan tidak dipinggirkan. Ini kerana terdapat segelintir guru-guru yang mempunyai
sikap memilih kasih iaitu lebih menumpukan perhatian kepada pelajar yang bijak dan baik
tingkahlakunya semasa proses pelajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pelajar yang mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi pula lebih cenderung
untuk melakukan perkara yang berfaedah dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti salah laku
seperti tingkah laku buli. Pelajar tersebut akan dibentuk daripada program motivasi yang telah
pihak sekolah adakan. Guru-guru juga boleh memberikan nasihat dan lebih mendekatkan diri
kepada pelajar yang mempunyai masalah tingkahlaku seperti buli ini supaya pelajar tersebut
akan merasakan diri mereka diambil berat oleh seseorang selain ibu bapa. Ini kerana
29

kebanyakkan pelajar yang mempunyai masalah tingkahlaku selalunya kurang mendapat
perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa ataupun daripada adik-beradik yang lain. Guru-
guru boleh memberikan perhatian semasa proses pelajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti sekolah merupakan antara program pencegahan buli yang tinggi
keberkesanannya. Justeru itu, sebagai orang yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu
bapa dalam setiap program pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat
diperlukan. Di samping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah ibu bapa juga perlu
diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah tingkah laku buli ini. Selain itu, pihak
sekolah juga boleh mengadakan program pendidikan keibubapaan yang memfokuskan kepada
kemahiran membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sempurna. Aspek yang perlu
ditekankan ialah pendekatan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling,
kemahiran mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya. Oleh itu,
kemahiran-kemahiran ini harus diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan dalam sesebuah
keluarga agar pembentukan sahsiah dan perkembangan anak-anak dapat dikawal dan
dibimbing secara lebih efektif.
Pihak sekolah juga boleh menjalinkan kerjasama dengan pihak luar seperti pihak
Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan penglibatan masyarakat keseluruhannya adalah perlu
untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali ketika mereka berada di luar kawasan
sekolah. Kawalan disiplin bukan hanya dalam kawasan sekolah semata-mata, tetapi remaja
juga perlu dididik untuk mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berada di luar
kawasan sekolah. Penglibatan semua pihak amat diperlukan demi membentuk peribadi remaja
yang lebih gemilang.
5.4 Pendekatan Kemanusiaan

Kemanusiaan merupakan ilmu akademik yang menguasai unsur-unsur manusiawi yang
menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi dan lansung tidak melibatkan kaedah-
kaedah empirikal sains. Pendekatan kemanusiaan merupakan salah satu langkah yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah buli dalam kalangan remaja. Pendekatan kemanusiaan
hanya melibatkan penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai moral kepada golongan
yang terlibat khususnya kepada golongan pembuli. Dalam hal ini ibu bapa memainkan
30

peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri anak-anak mereka.
Menurut Suppiah Nachiappan et al. (2009) faktor sokongan ibu bapa merupakan salah satu
faktor permasalahan remaja. Dalam proses perkembangan dan pertumbuhan seorang anak,
peranan ibu bapa juga tidak kurang pentingnya di samping faktor persekitaran yang lain.
Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya ibu bapa dipersalahkan sekiranya bila dewasa kelak
anak-anak tergolong dalam golongan pembuli. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan seperti simpati terhadap orang lain supaya anak-anak kelak tidak akan
mencederakan atau menyakiti orang lain sama ada dalam bentuk fizikal ataupun mental. Hal
ini bermakna ibu bapa seharusnya menjadi role model atau contoh yang terbaik kepada anak-
anak mereka.

Menurut Supaiyyah Nachiappan et al. (2009) jika ibu bapa tidak mementingkan
pembentukan personaliti dan peribadi anak-anak ketika kecil, maka masalah akan timbul pada
masa hadapan. Sebagai contoh sekiranya ibu bapa tidak menerapkan nilai kemanusiaan
seperti simpati terhadap orang lain dalam diri anak-anak mereka sejak kecil, besar
kemungkinan kelak anak-anak mereka yang dewasa kelak akan melakukan keganasan
terhadap orang lain kelak seperti yang dilakukan oleh golongan pembuli. Pendekatan
kemanusiaan adalah lebih bersifat kemanusiaan. Kaunselor, guru ataupun ibu bapa
menggunakan pendekatan ini supaya pembuli dapat mengubah tingkahlaku, perasaan, dan
pemikirannya ke arah kebaikan. Menurut Beane (1999) antara salah satu tips kepada ibu bapa
dalam membesarkan anak-anak ialah dengan cara mengadakan mesyuarat berkala di rumah
dengan anak-anak. Ibu bapa haruslah menjadi seorang pendengar yang baik dan mengetahui
apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh anak mereka sendiri semasa mengadakan
mesyuarat terbabit. Ibu bapa juga haruslah menegur anak mereka secara berhemah sekiranya
anak-anak khusunya yang masih dikategorikan sebagai remaja melakukan kesilapan.

Pendekatan keagamaan turut termasuk dalam pendekatan kemanusiaan. Biasanya
kaedah ini digunakan terhadap pembuli yang beragama Islam. Hal ini adalah kerana satu
kaedah membimbing, mengajar atau menunjukkan cara menuju ke arah kebaikan
berpandukan syariat Islam adalah lebih memfokus kepada aspek spiritual manusia yang dapat
dibahagikan kepada empat elemen mengikut Islam. Kaedah dakwah merupakan salah satu
31

pendekatan keagamaan yang difikirkan relevan dengan keperluan semasa masyarakat Islam
kerana pendekatan ini menekankan kepada aspek spiritual yang berusaha membimbimbing
masyarakat ke arah penghayatan rohani. Pendekatan ini juga wajar diketengahkan kerana
masyarakat kini yang bermasalah khususnya golongan yang terlibat dengan masalah buli ini.
(http://eprints.usm.my/10028/1/pendekatan_da%e2%80%98wah_al-irsyad_al-
nafsiyy_menurut_al-ghazali.pdf).

6.0 Kesimpulan

Zaman persekolahan merupakan suatu pengalaman yang dilalui oleh hampir semua kanak-
kanak dan remaja di dunia. Setiap hari hampir dua per tiga masa pelajar dihabiskan di
sekolah. Jadi pelbagai masalah yang melibatkan pelajar-pelajar akan timbul seperti masalah
buli di sekolah. Masalah gejala buli yang berlaku di sekolah haruslah segera dibendung agar
gejala ini tidak menjadi barah dalam sistem pendidikan di negara ini. Faktor-faktor utama
yang menyebabkan masalah buli masih lagi tidak dikawal sepenuhnya adalah disebabkan oleh
masalah keluarga, rakan sebaya, media massa dan individu yang terbahagi kepada dua iaitu
pembuli dan mangsa buli. Jadi apabila masalah ini dibiarkan, semakin parah keadaan yang
bakal dihadapi oleh negara untuk memulihkan tahap mentaliti semua pihak yang
bertanggungjawab.

Buli di sekolah juga telah memberikan implikasi yang mendalam terhadap mangsa
buli. Antara implikasi yang dihadapi oleh mangsa buli adalah dari segi fizikal, sosial, emosi
dan juga pencapaian akademik. Buli dari segi fizikal adalah pembuli menggunakan kekerasan
terhadap mangsa buli seperti menyepak, memukul dan menerajang. Ini akan memberi kesan
terhadap anggota badan mangsa buli dan seterusnya menyebabkan kematian. Implikasi dari
segi sosial juga dapat dilihat dari keadaan mangsa buli seperti suka menyendiri dan takut
untuk berhadapan dengan orang ramai. Pencapaian akademik mangsa buli juga mempunyai
risiko untuk merosot jika emosinya semakin terganggu dan tidak stabil. Selain itu, mangsa
buli juga mempunyai risiko untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri jika
golongan ini tidak dapat menangani tekanan yang dihadapi. Dalam mengatasi masalah ini,
beberapa pendekatan boleh diambil untuk menangani masalah buli. Antaranya adalah
32

pendekatan psikologi yang terbahagi kepada tiga iaitu ibu bapa, guru dan juga rakan sebaya,
pendekatan moral, pendekatan sekolah dan pendekatan kemanusiaan. Masalah buli tidak
harus dipandang remeh kerana sekiranya gejala ini tidak dibendung, ia akan memberi kesan
yang buruk kepada perkembangan negara. Jadi komitmen daripada semua pihak, baik guru,
ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan
bukannya tempat untuk melahirkan samseng mahupun pembuli.



















Bibliografi
Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus disiplin pelajar. Pulau Pinang: PTS Professional
Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Zurhara Muhamad (2008). Tip Menangani Buli
di Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Banks, R. (2000). Bullying in schools.(http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Home.portal)
Diperoleh pada 19 Ogos 2010.

33

Beane, L (1999). Bully free classroom. United States Of America: Free Spirit Publishing Inc.
Besag, V (1991). Bullies and Victims in schools. Buckingham: British Library Catalouging in
Publication Data.
Creative thinking (2010). Diperoleh pada Ogos 20, 2010 daripada
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/1-politic/366-mrsm-
felda-di-trolak-terbesar-dan-termoden-najib.html
Creative thinking (2010). Diperoleh pada Ogos 18, 2010 daripada
http://www.scribd.com/doc/33991412/Pengaruh-Rakan-Sebaya
Creative thinking (2008). Diperoleh pada Ogos 12, 2010 daripada
http://eprints.utm.my/5853/278069.pdf
Harian Metro. Minda: Elak kes buli berulang. (2010, Julai 3)
Mahadi Khalid (2007). Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak. Diperoleh pada (25 Ogos 2010),
(http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/maha
diIPBLfp.pdf)
Marzita Abdullah (2004). Kena buli : Mangsa tidak tahu mengapa. Diperoleh pada (27 Ogos
2010),(http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?dt=0217&pg=ka_01.htm&sec=Kau
nseling&y=2004)
Mohd. Ismail Othman (2006). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan
Publication Distributors Sdn. Bhd.
Muhamad Hisyam Mohamad (2006). Buli tidak selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.
Diperoleh pada (Ogos 21 2010),
(http://www.ikim.gov.my/v5/index.php/file/imagesweb/ikim/file/index.php?lg=1&op
t=com_article&grp=2&sec=&key=796&cmd=resetall)
Mustaffa Kamil Ayub (1994). Menangani cabaran. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan;
Budaya Ilmu Sdn.Bhd.












34