Anda di halaman 1dari 2

SOALAN ESEI TATATERTIB

SOALAN 1
Hukuman Tatatertib dikenakan ke atas seseorang pegawai yang di dapati bersalah atas suatu
kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman
bergantung kepada keseriusan kesalahan itu.

a) Nyatakan jenis hukuman tatatertib yang boleh dikenakan ke atas seseorang


kakitangan di Jabatan anda.
b) Huraikan 2 daripada jenis hukuman tatatertib berikut:

i. Tangguh pergerakan gaji


ii. Turun gaji

Jawapan :

a) 1. Amaran
2. Denda
3. Lucut hak Emolumen
4. Tangguh Pergerakan gaji
5. Turun Gaji
6. Turun Pangkat
7. Buang Kerja

b) i. Tangguh pergerakan gaji :


Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Jawatankuasa
Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh:

a) tiga bulan
b) enam bulan
c) sembilan bulan atau
d) dua belas bulan.

Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai


hendaklah dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji yang berikutnya
bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Jawatankuasa
Tatatertib .

Tidak berhak menerima apa-apa pergerakan gaji dalam tempoh hukuman sedang
berkuatkuasa.

Pergerakan gajinya hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang paling


hampir selepas tamat tempoh hukuman itu dan kekal sehingga gaji maksimum.
B ii. Turun gaji

a) gaji hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama.
b) Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji dan
c) Tempoh hukuman itu tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh
lebih daripada 36 bulan pada satu-satu masa.
d) Dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
e) Tarikh pergerakan gaji diubah ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya
selepas hukuman itu tamat.

SOALAN 2
I. Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang pegawai sebelum boleh
dipertimbangkan pengesahan dalam jawatannya?
II. Terangkan perbezaan di antara Perlanjutan Tempoh Percubaan Tanpa berdenda
dan Perlanjutan Tempoh Percubaan dengan berdenda.
III. Pegawai yang sedang dalam tempoh percubaan boleh ditamatkan
perkhidmatannya. Dalam keadaan bagaimanakah seseorang itu boleh ditamatkan
perkhidmatannya?

Jawapan

I. A. Hadir dengan jayanya kursus Induksi.


B. Lulus peperiksaan yang disyaratkan
C. Diperakukan oleh ketua jabatan

II. Perlanjutan tempoh percubaan tanpa denda bermaksud pegawai dibenarkan


menerima kenaikan gaji semasa dalam tempoh lanjutan percubaan tersebut.

Perlanjutan tempoh percubaan dengan berdenda bermaksud pegawai dikenakan


penangguhan kenaikan gaji dalam tempoh lanjutan percubaan tersebut. Bererti
hanya menerima gaji akhir sebelum tempoh perlanjutan itu dan juga hilang
kekananannya sebanyak tempoh masa dilanjutkan tempoh percubaan dengan
berdenda.

III. Memberi Akuan Sumpah Palsu semasa melapor diri.


Menyembunyikan maklumat tentang kesihatannya.
Tidak lulus peperiksaan yang ditetapkan setelah peluang yang mencukupi diberi.

Anda mungkin juga menyukai