Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1

Anda dikehendaki menyampaikan taklimat mengenai jenis-jenis cuti yang diberi kerana
perkhidmatan yang melayakkan bagi seseorang kakitangan serta jenis-jenis cuti atas
sebab perubatan.

a) Terangkan jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan


bagi seseorang kakitangan?

b) Nyatakan jenis-jenis cuti atas sebab perubatan?

c) Sekiranya seseorang staf telah berkhidmat selama 10 tahun, berapakah


kelayakan beliau untuk memohon cuti tanpa gaji?

Skima Jawapan

a) Jenis-jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan bagi


seseorang kakitangan ialah:

I Cuti rehat: bermakna cuti bergaji penuh yang boleh diambil pada bila-
bila oleh seseorang kakitangan bagi perkhidmatan yang melayakkan.

ii) Cuti Separuh Gaji: bermakna cuti yang boleh diambil oleh kakitangan
sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang
melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti separuh gaji ini hanya
boleh diluluskan atas sebab kesihatan sanak saudara rapat sahaja.

iii) Cuti Tanpa Gaji : bermakna cuti yang boleh diambil atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah
30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi
360 hari.

b) Jenis-jenis cuti atas sebab-sebab perubatan ialah:

i. Cuti Sakit
ii. Cuti Sakit Lanjutan
iii. Cuti Pemulihan & Cuti Kuarantin
iv. Cuti Bersalin
v. Cuti Kecederaan
vi. Cuti Tibi, Kusta dan Barah

c) Prinsipnya adalah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan. Maka


kelayakan cuti tanpa gaji bagi 10 tahun perkhidmatan adalah 30 X 10 = 300
hari.