Anda di halaman 1dari 31

PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar


Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan
disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya
merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut
bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sabie,
dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk
dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna
seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasulullah saw :


Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu,
sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-
Quran itu.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan
suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang
sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum
Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu
Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak
boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas
diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :



Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara
berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu
ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).
(Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi)
Seorang muslim meyakini kesucian dan keutamaan kalamullah, kalam yang
paling utama dan sempurna; tidak ada cela dan kebatilan sedikitpun padanya.
Barangsiapa yang berpegang teguh dengan Al-Quran (dan Al-Hadits) sebagai jalan
hidupnya dalam segala aspek kehidupanya maka dengan izin Allah Taala hidupnya
akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Namun hal itu tidak akan mungkin
tercapai kecuali jika kita mempelajari dan melaksakannya dalam kehidupan
seharian. Maka kita sebagai seorang muslim tidaklah boleh melupakan Al-Quran
dan mengambil hukum lain dalam menyelesaikan permasalahan hidup. Dengan
tilawah (membaca) dan memahami Al-Quran secara terus menerus, sedikit demi
sedikit, Insya`Allah kita akan dapatkan berbagai ilmu pengetahuan bagi menambah
keimanan kita.












RUKUN-RUKUN TILAWAH AL-QURAN




1. Sah sanad.

Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara
lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehingga khatam daripada
bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad
bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat
penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi
s.a.w.

Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan
tersebut adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-
Quran di hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam
bidang al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam
masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-
Quran.

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil
atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya
ilmu daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika
diimbas kepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran
ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan
mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui
kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan
bertulis yang lain.

Bertepatan dengan
nahu Bahasa Arab
Bertepatan dengan
mushaf Rasm Uthmani

Sah sanad.


Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu
muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan
penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang.

2. Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf
Rasm Uthmani. Mushaf Kufi adalah salah satu mushaf Rasm Uthmani dan
digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari
dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan
Imam Asim, Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani
merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah
fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Uthmani akan menyebabkan bacaan
kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-
Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

3. Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah
nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau
yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa
arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijma
menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu
tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan
al-Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang
meragukan)


MARATIB TILAWAH YANG DIBENARKAN DAN YANG DILARANG






















1. TARTIL
2.TAHQIK
3. TADWIR
4.HADAR
Iaitu kelajuan seperti tartil. Cuma ia lebih lambat dan perlahan.
Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru
belajar tentang al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut
huruf dan sifatnya dengan tepat dan betul

Ialah bacaan perlaha-lahan, tenang ketika melafazkan huruf-
huruf daripada makhrajnya dan sifatnya dengan memberikan hak
sifat semula jadi huruf dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)
serta bertadabbur dengan maknanya. Biasanya dibaca oleh
mereka yang sudah mengenal makhraj huruf, sifat-sifatnya dan
tahu hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan
lebih diutamakan

Kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil
dan hadar

Bacaan cepat serta tetap dengan menjaga kesemua hukum tajwid
dan biasanya diamalkan oleh para penghafaz al-Quran atau orang
yang mentasmik hafazan di hadapan gurunya.



BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS TORIK SYATIBI

Talfiq
Bahasa: Rekaan
Istilah: Mencampurkan bacaan sebahagian daripada torik dengan torik yang lain. Ia
juga dikenali dengan tarkib turk

Hukum: Tidak harus
Imam Nuwairi-Haram,Makruh dan mengaibkan.
Menjadi kesalahan jika menggabungkan bacaan antara torik Imam Syatibi dengan
torik Imam Ibnu Jazari dalam satu masa kerana terdadap jurang perbezaan antara
kedua-dua torik tersebut.

Antara ciri-ciri khusus riwayat hafs torik Syatibi:

1. Attakbir: bermaksud ucapan " " atau sekurang-kurangnya "
" atau ketika khatam Quran riwayat hafs melalui
torik Syatibi tidak membaca takbir.
2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.
3. Mad Muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila diwaqaf
atas huruf mad berada dihujung kalimah.
4. Idgham nun sakinah atau tanwin bertemu huruf Lam ( ) dan () tanpa ghunnah.
5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.
6. Pada fatatih suwar surah Yasin dan surah Rum dibaca dengan Izhar.
7. Pada perkataan () pada surah al-Insan ayat 4 boleh dibaca 2 wajah ketika
waqaf sama ada dihazaf alif atau diisbat alif.
8. Kalimah-kalimah () pada ayat 24 surah Rum dibaca 2 wajah berbaris di atas
dan berbaris dhommah.
9. Pada kalimah ( ) pada surah an-Naml ayat 36 harus dibaca 2 wajah
ketika waqaf
10. Pada kalimah () pada surah Syuara ayat 63 harus dibaca 2 wajah Tafkhim
dan Tarkik.

TAHSIN AS-SOUT
Ilmu Tahsin Al-Sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang
menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang lunak.
Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s dan
puteranya Nabi Sulaiman a.s. Kemudian bidang ini telahpun berkembang sehingga
sekarang.
Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai
paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila
disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung.
























HALKUM
. MULUT
HIDUNG
Iaitu alat salur suara
Iaitu corong bawah
Iaitu corong atas

Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada
empat kategori iaitu:































SIFAT-SIFAT
SUARA
SUARA TERBAIK

Ia mempunyai sebelas sifat
iaitu ketepatan nada, tinggi,
rendah, garau, lembut, manis,
licin, bersih, terang,lantang dan
tajam.

SUARA BAIK

Ia mempunyai sepuluh sifat
iaitu ketepatan nada,
sederhana, rendah, garau,
lembut, manis, licin, bersih,
terang dan lantang.

SUARA KURANG
BAIK

Ia mempunyai sembilan sifat iaitu
ketepatan nada, tinggi, kecil,
lembut, manis, licin,
bersih,terang dantajam.

SUARA TIDAK
BAIK

Ia mempunyai sifat-sifat sumbang,
nipis, lembab, lemah, keras,
serak, pecah, parau, terketar-
ketar, tenggelam,tersepit,
terputus, tercekik dan sebagainya

Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni
suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka
memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak dari
sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah seni
bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula tidak
dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum). Suara merupakan salah satu
anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan kepada manusia. Kepentingan suara dalam
kehidupan manusia membolehkan segala aktiviti komunikasi dan muamalat berjalan
dengan lancar. Seni suara jika diteliti dari sudut hukum asalnya adalah harus. Ini
kerana ia adalah fitrah manusia yang sukakan keindahan dan hiburan.
Keharusannya akan berubah dan bertukar menjadi makruh atau lebih buruk lagi iaitu
haram jika didapati ianya melanggar batas-batas syarak.























Pakar tarannum telah menggariskan beberapa peranan suara dalam bacaan al-
Quran yang selari dengan bidang tajwid, tartil dan tarannum.
































PERANAN SUARA DALAM
BACAAN AL-QURAN

1. Menentukan bunyi sesuatu huruf
atau kalimah al-Quran dengan
tetap. Iaitu menerusi alat-alat
pertuturan yang tertentu seperti
Halqi, Lisani dan Shafawi.

2. Menentukan bunyi sifat-sifat huruf
mengikut lahjah yang dikehendaki.
Iaitu menerusi alat-alat pembesaran
dan penyuburan suara seperti
Halqum, Khayshum dan Jawf.

3. Menentukan tekanan bunyi yang
menarik seperti lembut, keras,
halus, kasar dan licin. Iaitu menerusi
saluran udara dan pernafasan yang
tertentu.

5. Menentukan nada dan irama (lagu)
yang tertentu. Iaitu menerusi proses
penyusunan perkara-perkara di atas
dengan teknik teknik yang tertentu.

4. Menentukan peningkatan
(Tabaqah) rendah, sederhana,
tinggi dan tertinggi. Iaitu menerusi
alat proses suara seperti dada,
tekak, rongga hidung dan rongga
otak.


HUKUM TAJWID

Tajwd () dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan
elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu
yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang
patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan
atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang,
pendek, tebal, tipis dan sebagainya. Anggaran ilmu tajwid itu serta hukum
tajwid ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan
dari ayat al -Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari hukum
tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan ilmu tajwid ketika membaca al-
Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Firman Allah s.w.t:



Bacalah al-Quran itu dengan tartil. (al-Muzammil: 4)

Membaca al-Quran dengan tartil bermakna membaca dengan tenang, perlahan
serta dapat mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul serta
menyempurnakan segala syarat-syaratnya.

Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:

Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan
lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat,
adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya,
sedang ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.

[HR. Bukhari dan Muslim]

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan al-
Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap Muslim yang mukallaf.
Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan:

1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu
bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya.
Hukumnya adalah fardu ain.

2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara keseluruhan
hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir
dengan ilmu tajwid.

Ulama Qurra (orang yang ahli dalam ilmu bacaan al-Quran) telah membahagikan
kesalahan dalam bacaan al-Quran kepada dua jenis iaitu:


Lahn Jali
( )

Kesalahan yang terdapat dalam lafaz dan mempengaruhi tata cara bacaan, sama
ada mengubah makna ayat atau tidak. Dinamakan kesalahan besar kerana
kesalahan ini diketahui oleh ulama qiroah maupun orang awam, seperti:

a. Perubahan huruf dengan huruf














b. Perubahan harokat dengan harokat










c. Penambahan huruf












d. Penghilangan tasydid





























e. Penambahan tasydid









f. Penghilangan bacaan panjang











Kesalahan-kesalahan di atas hukumnya haram. Ulama telah sepakat tentang
keharamannya, dan pelakunya berdosa

















Lahn Khafi
( )

Kesalahan yang berkaitan dengan tidak sempurnanya pengucapan bacaan,
kesalahan seperti ini hanya diketahui oleh orang yang ahli dalam bidang ini (bidang
qiroah), seperti:

a. Tidak sempurna dalam pengucapan dhommah.

Seharusnya dibaca wa nuuduu tetapi dibaca wa noodoo



b. Tidak sempurna dalam pengucapan kasroh.

Seharusnya dibaca sabiilih tetapi dibaca sabiileh



c. Tidak sempurna dalam pengucapan fathah.

Seharusnya dibaca al-baathilu tetapi dibaca al-boothilu




























TARANNUM
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar
Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan
disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya
merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut
bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sabie,
dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk
dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna
seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :


Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu,
sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-
Quran itu. (Hadith Riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan
suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang
sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum
Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu
Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak
boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas
diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara
berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu
ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam Thabrani &
Baihaqi)


JENIS-JENIS TARANNUM
































TARANNUM
BAYYATI
TARANNUM SOBA
Bermaksud rindu.
dipopularkan kini oleh qari
mesir

Sifat Tarannum Soba

Gerak ringan meresap jiwa.
Alunan lembut yang mendayu.
Sesuai dengan tobaqot
sederhana.
Sesuai dengan ayat memohon,
merayu, merintih dan
sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan
keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan
mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

Memantapkan persembahan.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan
dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum
sesudahnya.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah
Perkataan bayyati adalah dari bahasa
Arab yang bererti rumah atau tempat
kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

Lembut disamping tegas.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Harmoni.
Berunsur ketenangan


Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu
cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh
Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.















Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).
Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka.










TARANNUM HIJAZ
Sifat Tarannum Hijaz

Gerak lambat tapi berkesan.
Ketegasan pendorong semangat.
Kelincahan menghidupkan
persembahan.
Sesuai dengan mana-mana
tobaqot.
Sesuai dengan ayat perintah,
tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.


Memberi semangat kepada
persembahan.
Memberi kepuasan kepada
pembaca dan pendengar.
Memberi tenaga kepada
tarannum sesudahnya.
Menunjukkan Ketegasan kepada
mesej Al-Quran.
Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan
mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND
Peranan Tarannum Nahawand

Melembutkan bacaan.
Menenangkan jiwa pembaca
dan pendengar.
Sesuai dengan ayat memohon,
bercerita dan sebagainya.
Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan
mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Sifat Tarannum Nahwand

Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan bersopan.
Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni.
Sesuai dengan tobaqot
sederhana.







Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini
tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.














Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-
kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh
qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.








TARANNUM RAST

Peranan Tarannum Rast

Memberi semangat kepada
persembahan.
Memberi tenaga kepada
tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada
pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran.
Sifat Tarannum Rast

Gerak lembut disamping
ketegasan.
Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana
tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk
ayat.
TARANNUM SIKAH

Sifat Tarannum Sikah

Gerak lambat meyakinkan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu,
memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana
tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada
pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan
keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan




Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-
kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai
oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.




























TARANNUM JIHARKAH

Sifat Tarannum Jiharkah

Gerak ringan yang berkesan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Harmoni.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu,
memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan tobaqot sederhana.


Peranan Tarannum Jiharkah

Menenangkan ketegangan
persembahan.
Melembutkan persembahan.
Membawa kekhusukan dan
keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan

SEJARAH PENULISAN AL-QURAN




Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi
Muhammad s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda
mengarahkan penulis- penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang
diterimanya. Antara penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat
baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al Quran
tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan-
bahan tulisan.

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a memerintah islam, telah
berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraqdan negara-
negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajaridan
membaca al Qur an menur ut kaedah- kaedah bacaan dar i pada par a
sahabat yangmasyhur di kalangan mereka.Khalifah Uthman telah membentuk
satu jawatankuasa penulisan al Quran yangdiketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas
mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin lembaran-lembaran al Quran
yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan mushaf.

Sesudah itu,Khalifah Uthman Bin Affan telah memerintahkan supaya
dikumpulkan semua l embar an al Qur an yang di t ul i s sebel umnya i t u
di bakar . Dengan demi ki an maka pembukuan al Quran pada zaman
Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat
Islam iaitu menyatukan kaum muslimi n dalam satu bentuk mushaf yang
seragam menurut ejaan dan tulisannya.Ia juga menyatukan bacaan,
walaupun masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak
berlainan dengan Mushaf Uthmani.

7

Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis
lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari
segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah
menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.
Penulisan (rasm ) al Quran ini adalah satu sunnahRasulullah s.a.w yang
diikuti secara ijma ( sepakat ) ol eh sel ur uh ul ama mujtahidin kerana tulisan
ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi
s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan.


.

























































KAEDAH PENULISAN RASM
UTHMANI
1.Al-Hazf
()
Membuang huruf.

5.Al-Fasl wa al-
Wasl
( )
Memisah dan
menyambung tulisan
pada kalimah dan
huruf.


6.Ma fihi
Qiraatani
(
)
Kalimah yang
mengandungi dua bacaan
ditulis dengan salah satu
bacaan.
2.Al-Ziadah
()
Menambah huruf.

3.Al-Hamzah
()
Penulisan hamzah.

4.Al-Ibdal
()
Menggantikan huruf
dengan huruf lain.




1. KAEDAH AL-HAZF ()


Hazf bermakna membuang atau menggugurkan huruf dari struktur kalimah.
Terbahagi kepada 3 bahagian:

i. Hazf al-Isyarat ( ) = Dibuang kerana menunjukkan terdapat beberapa
cara bacaan.

ii. Hazf al-Ikhtisar ( ) = Dibuang mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

iii. Hazf al-Iqtisar ( ) = Dibuang pada kalimah yang tertentu, pada tempat
yang tertentu.

iv. Huruf-huruf yang digugurkan ialah Alif (), Ya (), Wau (), Lam () dan Nun
().

2. KAEDAH AL-ZIADAH()

Huruf tambahan atau Al-ziadah tersebut ialah alif, wau dan ya. Contohnya pada ayat
yang berikut:


















3. KAEDAH AL-HAMZAH()

BAHAGIAN HAMZAH

Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian
iaitu:

Hamzah Al Wasl
Iaitu huruf hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-kalimah
tertentu. Ia hanya di baca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Dalam al-Quran rasm
Uthmani, huruf hamzah ini di tulis dalam bentuk huruf alif,

contonya seperti:




Hamzah al-Qat'
Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun di
hujung.

Contohnya seperti yang terletak di permulaan:



4. KAEDAH AL-IBDAL ()


Dalam penulisan mashaf RasmUthmani huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi
kepada lima bahagian iaitu:
(a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw.
(b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya.
(c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.
(d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Ta al-Maftuhah.
(e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.


Contohnya:



5. KAEDAH AL-FASL WA AL-WASL ( )

Secara keseluruhannya al -Wasl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushaf-
mushaf Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

(a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah.
(b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.
(c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam
semua mushaf Uthmaniah.
(d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah dalam
semua mushaf Uthmaniah



Contoh: Kalimah yang di tulis bersambung dalam semua Mushaf Uthmaniah ditulis
dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-
kalimah berikut: Semua Ya al-Nida dengan kalimah yang selepasnya seperti:




6. KAEDAH MA FIHI QIRAATANI (
)

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi duaa atau beberapa wajah
qiraat, maka kalimah yang di tulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat
tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termassuk dalam bahagian ini
boleh di bahagikan ke[ada tiga bahagian, iaitu:

1. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis bertepatan dengan cara bacaan
2. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berpandukan salah satu dari
keduanya ( wajah yang lebih masyur) dan banyak digunakan oleh qiraat-
qiraat mutawatirah
3. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berbeza-beza antara mushaf
berpandukan kepada cara bacaannya masing-masing.




















DHABT AL-QURAN



Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai
tanda/simbol yang diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam
pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu,
titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa
apa-apa tanda/simbol seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta',
'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik. Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan
menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan mereka membaca tulisan Al-Quran
walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN DHABT AL-QURAN

Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah :

1) Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.
2) Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum
bacaan seperti tanda sabdu, mad, dan lain-lain.

Jenis Dhabt

Terdapat dua jenis dhabt (tanda), iaitu

Naqt al-I'rab : Tanda/simbol dalam bentuk baris atas, bawah, dan
hadapan
Naqt al-I'jam : Tanda dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf
bertitik dan huruf tidak bertitik


8

Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari
segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:
Harakah
Sukun
Syaddah
Mad
Hamzah


Perbezaan ilmu Rasm dan ilm Dhabt

Ilmu rasm:

Dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah
al-Quran.
Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha, mim & dal.
Dibuang huruf nun yang bertanwin
Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat
dan hazaf (ada dan buang)

Ilmu dhabt:
Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung)
Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan
berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.
Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari
segi baris, mati, syaddah dan sebagainya






REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana di beri kesempatan kepada saya
untuk menyiapkan tugasan Tahsin Al-Quran tepat pada masa yang telah diberikan.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga saya yang memberi
semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencari bahan-bahan tugasan

Didalam menyiapkan tugasan yang di beri tentu sahaja mempunyai cabaran
yang terpaksa di tempuhi terutamanya dari segi masa yang terhad untuk saya
menyiapkannya ditambah pula dengan tugasaan di sekolah menyebabkan saya
terpaksaa menggagahkan diri untuk menyelesaikannya. Disebabkan halangan masa
juga saya tidak dapat mencari lebih banyak bahan rujukan yang lebih mendalam
tentang tajuk Tahsin Al-Quran ini yang mana saya rasa, saya mampu membuat
tugasan ini dengan lebih baik dan lengkap. Selain itu juga, tugasan ini perlu di hantar
dalam waktu atau tempoh yang singkat menyebabkan tugasaan ini tidak dapat di
buat dengan lebih terperinci lagi.

Setelah saya teliti dan analisa daripada apa yang telah saya himpunkan
segala rujukan berkenanaan tajuk-tajuk diatas, saya mendapati banyak ilmu baru
yang telah saya ketahui yang mana sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan
saya tentang ilmu al-quran ini yang mana sebelum ini saya tidak pernah
mempelajarinya. Istilah-istilah yang digunakan contohnya maratib al-quran, jenis-
jenis tarannum merupakan perkara baru yang saya ketahui. Dengan adanya tugasan
ini juga menyebabkan saya banyak membaca tentang kesalahan-kesalahan di
dalam membaca al-quran yang mana mungkin sebelum ini saya tidak mengambil
berat dari segi bacaan mahupun tajwid. Dengan pengetahuan yang sedia ada ini
ditambah dengan ilmu yang baru saya dapati ini sedikit sebanyak akan
menyebabkan saya lebih berhati-hati dan memperelokkan bacaan saya dari segi
tajwid, kesalahan yang biasa di lakukan atau dari segi sebutan.



Oleh yang demikian, tugasan berkaitan ilmu ql-quran ini sedikit sebanyak
telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang al-quran dan saya juga yakin
saya dapat membuat tugasan ini dengan lebih baik jika di berikan waktu yang
panjang. Semoga ilmu yang telah saya dapati ini akan menjadi manfaat yang
berguna pada diri saya terutamanya serta akan saya ingati untuk diajarkan pada
generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai