Anda di halaman 1dari 2

BAB 7

KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah bahawa latihan industri ini adalah merupakan suatu


proses atau kaedah latihan praktikal dan intelek ke arah membina dan membantu
pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman terlatih. Daripada itu
pelajar juga turut memperolehi kemahiran dan berperanan penting dalam
membangunkan industri masa kini yang mana melibatkan pelbagai jenis kemahiran
dan kerja.

Di samping itu, perasaan yang akan dihadapi oleh setiap pelajar ialah akan
mengalami masalah sama ada dari segi kerja, tempat kerja dan pergaulan. Namun
dalam keadaan ini, lama-kelamaan pelajar akan terbiasa dengan cara dan penumpuan
terhadap kerja. Kebiasaannya jika pelajar tidak memahami sesuatu kerja yang
hendak dilakukan, pelajar akan meminta penyelia mereka untuk membantu
menerangkan dan menyelesaikan masalah tersebut. Selalunya setiap kerja yang

92
dilakukan, keselamatan semasa bekerja haruslah dititikberatkan supaya sebarang
kemalangan dapat dielakkan,

Selain itu, dengan mempelajari mengenai praktikal dan keadaan teknikal ini
memberi satu anjakan paradigma untuk pelajar agar mempelajarinya dengan
bersungguh-sungguh. Oleh itu, objektif bagi latihan industri ini adalah tertumpu
dengan mendedahkan pelajar-pelajar kepada situasi pekerjaan. Sambil itu, pelajar-
pelajar turut dapat menanam sifat bekerjasama dan mengamalkan sikap toleransi
sesama sendiri dan membolehkan pelajar mendapat pencapaian dalam bidang
pekerjaan yang diceburinya. Akhir sekali, keyakinan diri pelajar untuk memupuk
semangat amanah dan bertanggungjawab akan terhasil.

Oleh yang demikian, praktikal dan teori yang kesinambungan daripada latihan
industri ini mampu memberi kebaikan kepada pelajar itu sendiri. Usaha dan
pencapaian setiap pelajar hanya dapat dilakukan dengan adanya pengalaman dan
dapat menyesuaikan diri dengan optimis dalam bidang yang diambil.

93