Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENDAHULUAN
Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha
mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa
berada di sekolah. Di sekolah, bimbingan dan kaunseling merupakan satu
tanggungjawab yang besar yang perlu dimainkan oleh seorang kaunselor. Setiap
rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap
penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang
maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat
peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas
dan realistik.
Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin
akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar
meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan
mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor di
sekolah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling
dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum. engikut
Kementerian Pendidikan alaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan
Perlaksanaan Khidmat !imbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan
beberapa prinsip. "ntaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan
proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar
didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan
masyarakat majmuk di alaysia.
Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan
peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama.
ereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam
masa-masa menuju proses perkembangannya. ereka dilayan untuk
1
perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar
yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Para pelajar
akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan
menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta
merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan
dan masa kini. #leh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta
memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan.
Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian
dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama
terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para
guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama.
aklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. $usteru itu kaunselor
hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara
menyeluruh. !eberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal
menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah menengah seperti populasi di
sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-
masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai
seorang kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah
tersebut.
DEFINISI
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa %nggeris "counselling"
yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya
dalam pergertian yang berbe&a. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap
orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan
juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
2
Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang
kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan
di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan.
Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara
terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien 'orang yang datang
berjumpa denga kaunselor(. Definasi yang di berikan ini terlalu umum.
!locher ')*+,( mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk
menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana
ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. -orey ')*++( sepertimana
dengan !locher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi
peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn
masalah pada dirinya. "khir sekali $ames ')*./( pula mendefinasikan
kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada
proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan
menilai potensi yang ada pada diri individu.
KONSEP KAUNSELING
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan
aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan
seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai
kesejahteraan hidup di dunia. "pa yang ketara kaunseling merupakan alat asas
bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep
kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama,
kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan
objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. %a
tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang
perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu,
3
ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik
dan kurang objektif. %ni berdasarkan kepada kepercayaan0
!ahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan
memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
engakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling
merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang
yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.
1ujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai
bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di
samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh
klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan
atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat
menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah
proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien
yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang
untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau
masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan
situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat
menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau
kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. elalui
proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. "sas bagi proses ini ialah
perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan
perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
4
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai
tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut0
). Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku
secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah
dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah
tingkah lakunya.
/. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. %ni
termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan
berautonomi.
2. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam
kaunseling. !atasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang
dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
,. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan
melalui temu bual. !ukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling,
tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
3. "ktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua
aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
4. Kaunselor memahami kliennya.
+. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di
antara kaunselor dan klien. "pa yang dibincangkan di antara kaunselor
dan klien mesti dirahsiakan.
.. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan
klien yang mempunyai masalah psikologi.
Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:
). Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
5
/. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri
yang lebih tinggi.
2. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi,
khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
,. #bjektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan
keperluan kaunselor.
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut0
). Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang
menghadapi masalah atau kerunsingan.
/. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor
dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah
faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
2. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan
dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak
membuat pilihan atau keputusan untuk klien. 5al ini akan menimbulkan
perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan
tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien
dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan
dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak
rasional.
,. #rientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya
paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di
antara individu yang terlibat. #rang yang dipaksa untuk menerima khidmat
kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
3. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai
kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
4. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan
dan harga diri seseorang.
6
+. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai
peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-
masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
.. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.
MATLAMAT KAUNSELING
1. Memudahkan perubahan tingkah laku klien.
atlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu
perubahan tingkah laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih
produktif dan memuaskan.
2. Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan
perhubungan.
6amai di kalangan klien yang menghadapi masalah semasa berinteraksi
dengan orang lain. %ni berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran
komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. atlamat kaunselor ialah
mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu cara klien berhubung dengan
orang lain.
3. Membantu klien mengurus diri
Satu lagi matlamat kaunselor yang penting ialah membantu kliennya.
7kspektasi ibu dan bapa terhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak
dijangka. Pola tingkah laku yang dipelajari masa kecil akan menimbulkan
masalah padanya di tempat kerja. Dalam keadaan yang demikian, kaunselor
akan melatih kliennya mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam
situasi baru dan tuntutan baru.
4. Menggalakkan proses membuat keputusan.
Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat
menyukarkan. atlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya
membuat sesuatu keputusan penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad
7
diambil oleh klien sendiri klien mesti memahami dan tahu kenapa dan
bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil.
5. Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.
embantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. atlamat ini
bermaksud memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan
kebolehan dan minatnya ketahap yang paling maksimum. atlamat kaunseling
ialah mengurangkan atau mengatasi apa sahaja yang menyekat dan
membantutkan perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH
Di dalam buku Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan !imbingan dan
Kaunseling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran alaysia ')*.,(, telah
menyatakan )8 perkhidmatan di dalam kaunseling di sekolah.
1. P!K"#$M%&%' #'('&)!# $%' !K)$ P*%+%!
engendalikan fail bimbingan.
!ertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang
berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
engawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk
tujuan kaunseling.
enyelaras, menjaga, dan mengemaskini rekod pelajar.
emberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan
prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
enjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang berkaitan
dan berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.
2. P!K"#$M%&%' PM,!#%' M%K*-M%&
8
engumpul, menyedia, dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,
latihan, dan latihan kepada pelajar.'melalui risalah-risalah, buku-buku
kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah(.
enambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya dan
peluang latihan, pelajaran, sosial, dan peribadi.
emberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi
borang permohonan dengan tepat.
engelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang
perusahaan atau tempat pekerjaan yang lain.
emberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang
diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
enyebarkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah,
"%DS, bahaya merokok, dan inhalen.
3. P!K"#$M%&%' ,#M,#'.%' $%' K%-'/*#'. K*)MP)K
engelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling
kelompok dan tunjuk ajar 'instructional( yang boleh menggalakkan
perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial,
fi&ikal-seksual dan moral agama pelajar.
embincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu
kelompok yang tertentu. -ontohnya9 masalah disiplin, masalah
peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan
oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
embantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan
termasuklah Sijil Pelajaran alaysia ' SP(, Sijil Pelajaran alaysia
:okasional ' SP:(, dan Sijil 1inggi Pelajaran alaysia ' S1P(.
enubuh dan melatih pasukan Pembimbing 6akan Sebaya dan
meyelia aktiviti mereka.
9
4. P!K"#$M%&%' K%-'/*#'.
4.1 KAUNSELING INDIVIDU/ KELOMPOK
Sesi kaunseling dijalankan mengenai9
Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
6ujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau
orang lain.
Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
1idak terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum.
asalah disiplin, seperti ponteng, budaya peleseran, merokok,
bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.
4.2 KAUNSELING KELUARGA
Kaunseling keluarga dijalankan sekiranya ;uru !imbingan dan
Kaunseling mampu mengendalikannya.
4. KAUNSELING !UN"UK A"AR
;uru !imbingan dan Kaunseling mengadakan kelas untuk
mengajar mengenai penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-
kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat
keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan
dadah dan inhalen.
5. P!K"#$M%&%' P'MP%&%'
embantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan
kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan.
Penempatan pekerjaan0
enjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program
pengalaman bekerja 'jika program seumpama ini diadakan(.
10
embantu !ahagian Pendidikan :okasional dan 1eknik dalam
mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi
laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan
teknik 'khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik(.
embantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.
0. P!K"#$M%&%' M'1.%" P'..-'%%' $%$%"
engadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau
kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan
memberi nilai membenci dadah dan inhalen.
emberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan pemulihan dan rawatan.
embuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada
kementerian atau jabatan Pendidikan <egeri tentang program
pencegahan dadah diperingkat sekolah.
2. P!K"#$M%&%' K)'/-*&%/# $%' !-+-K%'
embantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan
soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
embantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan
mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.
embantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan
kebajikan pelajar.
!erunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara
untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
erancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling
berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.
11
engadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes
seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar
seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan
sebagainya.
3. P!K"#$M%&%' K)'4!'/ $'.%' #,- ,%P%
engadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama
mengawal kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.
enghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak
memuaskan.
enjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa
pelajar baru.
!ekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan
disiplin di kalangan pelajar.
engadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah
yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.
5. P!K"#$M%&%' P'6*%!%/%' !/)/
Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di
antara sekolah dengan agensi lain.
enjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-
orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
erancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk
memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi
dan komuniti setempat.
17. P!K"#$M%&%' P'#*%#%'
12
embuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk
membaikinya seperti Pembimbing 6akan Sebaya, Kem $aya Diri, Skim
=encana "nti Dadah dan motivasi pelajar.
enilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di
peringkat sekolah.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
enurut De :ito ')*+.(, komunikasi adalah proses menghantar dan
menerima maklumat antara dua orang dengan kesan dan maklum balas serta
merta. 5ybels dan >eaver %% ')**3( komunikasi ialah proses manusia berkongsi
maklumat, idea dan perasaan. engikut "bdullah 5assan '/88)(, antara tujuan
komunikasi interpersonal adalah untuk memahami manusia lain dan
persekitaran, menjalinkan hubungan, mempengaruhi dan membantu individu
lain, berkongsi keseronokkan dan pengalaman serta meningkatkan estim diri.
anakala ?uraidah ')**.(, Komunikasi adalah berkesan bila maksud
disampaikan diterima dan difahami dengan jelas oleh orang yang menerima
seperti yang dikehendaki oleh orang yang bercakap 'penghantar(.
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat
penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada
menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor
patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku
akademik. %ni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau
mempunyai pengetahuan yang begitu luas.
Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang
mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di
samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit.
%ni bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham
apa yang telah dikatakan oleh kaunselor.
13
Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan
postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya,
membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk
yang mencodong ke hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas.
Kemahiran asas komunikasi yang mesti dikuasai oleh kaunselor dalam
proses kaunseling, sama ada sesi kaunseling individu, mahupun kaunseling
kelompok, terdapat tujuh dan boleh dilatih. Kaunselor yang berpengalaman akan
melaksanakan dengan mudah tanpa memikirkan sangat tentangnya. !oleh
dikatakan penguasaan kemahiran-kemahiran ini yang membe&akan antara
kaunselor yang berpengalaman dengan kaunselor yang tidak berpengalaman.
8a9 /oalan &erbuka
@ntuk mendapatkan maklumat lanjut daripada klien, kaunselor boleh
menggunakan cara menyoal yang akan meransang klien menjawab dengan lebih
terperinci, misalnya, ASelepas pertengkaran berlaku, apa yang terjadi
seterusnyaBC. Soalan terbuka mengajak klien menjawab lebih panjang daripada
AyaC atau AtidakC.
Soalan terbuka menggalak klien berkongsi maklumat dengan
kaunselornya. Dengan menyoal cara demikian, dia meletakkan tanggungjawab
untuk menjawab ke atas klien dan klien bebas memberi jawapan dengan tidak
terkongkong kepada pendapat atau pandangan kaunselor. Dengan cara ini juga,
klien bebas untuk meneroka perasaannya, nilai hidupnya dan sikapnya terhadap
masalah yang dihadapi. Sebaliknya, soalan tertutup hanya menghasilkan
jawapan yang bersifat fakta sahaja yang tidak mempunyai kerelevenan dengan
masalah yang dihadapi, melainkan memenuhi keperluan ingin tahu sahaja.
8b9 /enyap
Senyap di sini bermaksud kaunselor tidak memberi apa-apa komen atau
soalan sebagai respon kepada sesuatu kenyataan daripada klien, tetapi
mendiamkan diri serta membiarkan kliennya terus bercakap. Klien biasanya
memerlukan peluang untuk melihat dalam dirinya, perasaannya, sikap, nilai-nilai
14
dan perbuatannya. Pada peringkat awal, memang klien inginkan seseorang
untuk mendengar tanpa memberi apa-apa maklum balas.
Kaunselor mungkin akan merasa kekok apabila ada ruang masa yang
tidak diisi dengan percakapan, walaupun sekejap. !agaimanapun, sekiranya
kaunselor sensitif tentang nilai senyap dan pandai menggunakan AtimingC bila
perlu senyap, dan bila perlu meminta keterangan lanjut, kaunselor akan banyak
dapat faedah darinya. Pertama, senyap menyedarkan klien bahawa
tanggungjawab bercakap dalam temu bual kaunseling adalah pada klien. Kedua,
senyap membolehkan klien memeriksa apa yang sedang difikirkannya, dan apa
yang dirasakannya, dan memberi ruang masa untuk membuat kesimpulan
tentang implikasi perbincangan pada sesi itu. Klien perlukan masa untuk
mengimbas kembali dan memproses apa yang telah berlaku tanpa tekanan
menjawab soalan kaunselor, tentang fikirannya dan perasaannya.
8c9 Mendengar
endengar, dalam konteks kaunseling ialah menerima mesej dengan teliti
dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang disampaikan. %a meletakkan
aras pendengaran kita lebih tinggi daripada mendengar ucapan dalam perbualan
biasa. Kebolehan mendengar oleh kaunselor amat penting kerana ia menjadi
teras kepada keberkesanan kaunseling. Dengan mendengar kenyataan-
kenyataan yang dibuat oleh klien, kaunselor dapat memberi maklum balas
tentang fikirannya dan perasaannya.
Pada aras lain pula, apa yang didengar oleh kaunselor ditafsirkan kepada
makna yang lain, yang lebih tepat lagi mengikut mesej yang dihantar. Pentafsiran
ini dianggap perlu kerana biasanya, dan pada keseluruhannya, manusia tidak
berkomunikasi secara tepat. !iasanya, bila kita bercakap, kita mempunyai
kecondongan untuk cakap berlapik. %si percakapan tidak mencerminkan
ketelusan apa yang sebenar difikirkan dan apa sebenarnya perasaan yang
hendak disampaikan.
15
#leh yang demikian, proses mendengar memerlukan kita
menggabungkan kemahiran menyatakan semula isi percakapan dan kemahiran
merefleksi perasaan. endengar sebenarnya mempunyai nilai teraputik yang
mana ia memberi kesan kepada klien bahawa dia difahami dan didengari oleh
seseorang.
8d9 Pernyataan /emula
embuat pernyataan semula berkait rapat dengan kemahiran mendengar.
Kebolehan kaunselor menyatakan semula intipati mesej yang disampaikan oleh
klien menandakan kaunselor mendengar dengan teliti. Kemahiran ini juga
dikenali sebagai memparafrasa sesuatu kenyataan. Kaunselor memberi maklum
balas kepada kliennya apa yang telah dicakapkannya dengan menggunakan
perkataan kaunselor sendiri. emparafrasa ucapan klien ada tiga tujuan0
D emberi tahu klien bahawa kaunselor cuba memahaminya.
D eringkaskan dengan lebih jelas apa yang dicakapkan oleh klien.
D enyemak kalau apa yang dipersepsikan oleh kaunselor sama dengan
yang dimaksudkan oleh klien.
emparafrasa kenyataan klien sesuai dibuat pada awal sesi temu bual
kerana ia menggalak klien bercakap dengan lebih terbuka dan menjelaskan
masalahnya dengan lebih lanjut. !agaimanapun, harus diingat bahawa
memparafrasa tidak membawa kepada penerokaan masalah dengan mendalam,
malah perbincangan akan membosankan jika tidak dibantu dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran yang lain.
8e9 Mere:leksi Perasaan
Perbe&aan antara membuat pernyataan semula apa yang dicakapkan
oleh klien dengan merefleksi perasaan adalah dari segi penekanannya.
embuat pernyataan semula ialah memberi keterangan dengan menggunakan
perkataan kaunselor sendiri untuk menyemak sama ada apa yang dicakapkan
oleh klien bertepatan dengan apa yang dipersepsikan oleh kaunselor. erefleksi
perasaan ialah mencadangkan satu perasaan yang dialami oleh klien bila
16
membuat sesuatu kenyataan, untuk menyemak ketepatan perasaan yang
dialami ketika itu.
8:9 Meringkaskan #si Perbincangan
Kemahiran meringkaskan isi perbincangan merujuk kepada kebolehan
kaunselor meringkaskan perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama
klien dalam sesi temu bual untuk menyemak bahawa kedua-duanya bersetuju
tentang apa yang telah dibincang. enyemak intipati perbincangan tidak sama
dengan memparafrasa. %ntipati perbincangan mungkin dibuat berdasarkan
beberapa keterangan daripada klien dalam satu sesi perjumpaan atau yang telah
dibuatnya dalam sesi-sesi yang lepas. 1ujuan utama ialah membuat semakan.
Kedua, memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh
perhatian oleh kaunselor.
8g9 Meringkaskan Perasaan
Kemahiran untuk meringkaskan perasaan klien, hasil daripada
perbincangan dalam temu bual, agak rumit sedikit dibuat atas beberapa sebab.
Pertama ialah kerana dalam budaya kita, iaitu budaya orang 1imur, meluahkan
sesuatu perasaan yang mendalam adalah sukar. "pabila kaunselor cuba
meringkaskan perasaan yang dialami oleh klien, ada kemungkinan klien tidak
mengakui bahawa dia telah merasakan begitu. %ni kerana mengaku sesuatu yang
bertentangan dengan nilai budaya, amat perit bagi klien untuk dipikul, walaupun
hakikatnya klien mempunyai perasaan begitu, misalnya, bencikan ibu dan bapa,
memarahi dan sebagainya.
#leh itu, kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya
menggunakan kemahiran komunikasinya agar kaunselor dan klien tidak
bertembung pendapat. Kalau klien menidakkan sesuatu yang dipersepsikan
benar bagi kaunselor, maka kaunselor hendaklah mengubah topik perbincangan
itu kepada yang lain. "da kemungkinan juga memang kaunselor benarbenar
salah mempersepsikan perasaan yang ditunjukkan oleh klien.
17
IMPLIKASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Komunikasi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat
penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik. @ntuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar
perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap
individu. %ni kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar
dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah,
rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial
bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap
kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di
dalam bilik darjah.
Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam
bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi
dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru
itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.
Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi
pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada
murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,
kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan
bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih
buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak
akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan
membosankan.
;uru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di
antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu
serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan
berkesan.
18
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-
murid begitu terhad. #leh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua
belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya
seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir.
#leh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja
perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam
menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.'E-lassroom =ife 0 Some Dimensions
of Parallel @niversesE, )**,(.
!erkomunikasi melalui interaksi sosial yang wujud di bilik darjah boleh
membantu pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar,
memikir secara kreatif dan berkomunikasi tentang masalah, yang mana akan
memperkembang dan memperdalamkan pemahaman pelajar-pelajar tentang
mata pelajaran yang diajar. Dalam proses pembelajaran mata pelajaran yang
boleh mewujudkan interaksi sosial, sering melibatkan proses rundingan. Proses
rundingan akan membantu pelajar melihat bagaimana rakan sebayanya
memahami sesuatu konsep, dan secara langsung skema dalam mindanya
berubahsuai dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada. Di samping itu,
proses berunding boleh mempertajam dan memperdalamkan lagi pemikiran
seseorang.
PENUTUP
Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah
tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu
mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.
Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia
mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti menyukarkan klien
menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan
terhadap kaunselor.
19
Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor
yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. %ni kerana
perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti
kaunselor.
-ontoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti mesra, jujur,
menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan
dirasakan oleh klien apabila berinteraksi dengan klien.
Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri
daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga
harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan
dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil
memahami dan menghayati permasalahan klien.
20
BIBLIOGRAFI
). a&nah !aba F ?ainal adon. '/882(. K#unseling in$i%i$u& P#n$u#n
'e'(i'(ing in$i%i$u sec#)# *)#+,i+#l $#n (e)+es#n. Pahang0 P1S
Publications F Distributor Sdn. !hd.
/. i&an "dilah "hmad %brahim F 5alimatun 5alaliah okhtar. '/884(.
K#unseling in$i%i$u& A*# $#n (#g#i'#n# -2n$ e$... Selangor0 Penerbit
Gajar !akti Sdn. !hd.
2. uhd ansur "bdullah F Siti <ordinar ohd 1amin. ')**2(. Peng#n,#)
+#unseling. Kuala =umpur0 Dewan !ahasa dan Pustaka.
,. #thman ohamed. '/883(. P)insi* *si+o,e)#*i $#n *engu)us#n $#l#'
+#unseling -2n$ e$... Serdang0 Penerbit @niversiti Putra alaysia.
3. Hatimah Sarmani F ohd tajudin <inggal. '/88.(. !eo)i +#unseling #l/
g0#1#li. Selangor0 P1S Publications F Distributors Sdn. !hd.
4. !urks, 5. . F Stefflie, !. ')*+*(. !0eo)ies o2 counseling -)$ e$... <ew Hork0
c;row 5ill.
+. Geltham, -. '/88)(. A *e)son#l %ie3& 4ounseling s,u$ies. !ritish $ournal of
;uidance and counseling, /*')(, )))-))*.
.. 7e "h eng ')**)(, Pe)+0i$'#,#n 5i'(ing#n $#n K#unseling, Petaling $aya0
Siri Pendidikan Gajar !akti.
*. Gakulti Pendidikan !ahasa '/88+(, 5i'(ing#n $#n K#unseling, #pen @niversity
alaysia0@<%17 Sdn. !hd.
)8. 5ashim Gau&y Haacob '/88)(. Ko'uni+#si An,#)# M#nusi#. Skudai, $ohor. Penerbit
@1.
21