Anda di halaman 1dari 10

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA

1


TAJUK 1
Muzik Bentuk Seni Lakon Wayang Kulit


1.0 Sinopsis
Persembahan Wayang Kulit secara keseluruhannya merupakan sebuah
persembahan teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.
Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terditi dari pelbagai watak
methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Tok Dalang. Tok Dalang
merupakan gelaran yang diberi kepada pelaku yang memainkan patung-patung
tersebut pada kelir untuk menghidupkan bayang-bayang tersebut. Tok Dalang
juga merupakan seorang narrator yang bijak memainkan suara yang berbeza-
beza bagi setiap watak dalam teknik penceritaan.Cerita dalam persembahan
biasanya merupakan babak-babak cerita epik Ramayana dan Mahabarata.
Di Malaysia terdapat empat jenis wayang kulit yang dirujuk dengan nama-
nama yang tertentu seperti wayang kulit Jawa( wayang kulit purwa), wayang
gedek, wayang Melayu(juga dikenali sebagai wayang Jawa) dan wayang kulit
Siam( juga dinamakan wayang kulit Kelantan).Dalam topik ini banyak
membincangkan tentang wayang kulit Kelantan.

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang
digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
2. Menganalisis repertoire muzik dari segi bentuk dan tekstur. (1.6)
3. Menghuraikan persembahan dari segi konteks dan cerita.


1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK






Wayang Kulit
Konteks dan
Cerita
Tekstur dan
Bentuk

Alat-alat Muzik

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


2



1.3 Wayang Kulit Kelantan
Jenis wayang kulit ini juga dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana
pada waktu ituKelantan dinaungi oleh Kerajaan Patani yang berada di Selatan
Siam. Walaupun begitu, ianya dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa
masuk melalui Patani. Ukiran hiasan patungnya menunjukkan banyak
persamaan dengan patung dari Selatan Siam. Ia diukir secara mengiring dan
dari segi mekanikal, hanya tangan sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil
memegang alat senjata atau kebesaran lain.

1.3.1 Alat-alat Muzik
Kepelbagaian alat muzik menyumbangkan keindahan seni muzik
tempatan. Ensemble Wayang Kulit, mak Yong, Mek Mulong, Hadrah, gamelan
Pahang, cak Lempung,, bangsawan dan Jikey dilaraskan melaui alat muzik
tradisional tersebut. penghasilannya yang diilhamkan dari sumber alam
dipraktikkan dalam upacara adat yang penuh simbolisme. Buluh, kayu, daun-
daun, kulit binatang, rotan, tembaga dan besi menjadi bahan asas bagi
membentuk alat muzik.
Muzik Wayang kulit dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada
sepasang gendang, sepasang geduk, sepasang tetawak, sepasang serunai,
sepasang kesi sepasang canang dan sepasang gedombak. Sewaktu
MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


3

persembahan ahli muzik akan duduk di atas lantai panggung di belakang Tok
Dalang.
Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong
panjang (baluh - diperbuat daripada kayu) dengan dua muka kulit yang
ditegangkan dengan kuat. Timbre dan sukukata nimonik bagi gendang anak
ialah cak dan ting(pukulan pada bahagian tepi), sementara pak
dan duh(pukulan pada bahagian tengah) dihasilkan oleh gendang ibu.


Gendang Ibu dan Anak

Tetawak adalah gong gangsa berpasangan yang berbusut(gong anak dan
gong ibu). Ianya digantung pada rak kayu dan dipukul pada tengah busut dengan
kayu yang berbalut getah dan kain. Tetawak ibu akan mengeluarkan pic yang
rendah manakala tetawak anak menghasilkan pic yang rendah.





MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


4




Pemain sedang memainkan gong

Canang adalah dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan secara
mendatar pada rak kayu. kedua-dua gong ini dipukul dengan pemukul kayu yang
berbalut getah dan kain. Setiap gong ini mempunyai satu pic tinggi (canang anak)
dan satu pic rendah (canang ibu).

Canang dan pemukulnya

Kesi merupakan piring kecil yang diperbuat daripada gangsa, berupa
seperti simbal, biasanya berpasangan(empat simbal kecil). Dua piring kecil ini
dipasang dengan tali tebal dan pasangannya dipasang pada sekeping papan.
Pemainnya akan memegang sepasang piring atau simbal yang berikat dengan
tali dan menghentakkannya pada pasangan piring atau simbal yang dipasang
pada papan untuk menghasilkan bunyi berdering (diangkat selepas
MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


5

dihentakkan) , nyaring dan bunyi berderam (tidak diangkat). Bunyi berdering
dimainkan bersama dengan pic canang anak dan bunyi berderam dimainkan
bersama pic canang ibu.


Kesi
Gedumbak adalah kategori membranofon yang baluhnya diperbuat dari
kayu nangka berbentuk seperti sebuah piala yang berkaki panjang. Belulang
kambing yang diregangkan diletakkan pada bahagian muka.Diletakkan secara
mendatar di atas riba pemain, muka kulitnya dipukul dan sebelah tangan lagi
akan membuka dan menutup hujung gedumbak ini untuk mendapatkan timbre
atau warna yang dikehendaki. Alat ini menghasilkan empat jenis timbre
iaitu dong,duh,cak dan ting.


Gedumbak

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


6


Geduk merupakan dram yang berbaluh yang berbentuk tong pendek.
Diperbuat dari kayu nangka, kedua-dua permukaannya diperbuat dari belulang
lembu yang diregangkan. Dua batang buluh dipasang pada baluh ianya adalah
sebagai kaki untuk geduk. muka kulit dipukul dengan dua batang kayu untuk
menghasilkan bunyi.


Geduk


Serunai adalah sejenis alat erofon, sepasang serunai (anak dan ibu)
digunakan dalam persembahan waayang kulit. Ianya merupakan alat muzik
melodi utama wayang kulit. Alat ini menggunakan rid iaitu empat lapisan daun
lontar. Diperbuat daripada kayu, mempunyai enam atau tujuh lubang di bahagian
hadapan dan satu lubang di bahagian belakang. Bahagian hujungnya berbentuj
loceng yang diukir dan dicat dengan warna yang terang.




MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


7


Sepasang serunai

Repertoir Muzik

Terdapat lebih kurang tiga puluh lima buah lagu dalam permainan
Wayang kulit. Lagu-lagu yang khas seperti sebagai overture bagi menentukan
mud dan muzik untuk mengiringi gerak-geri patung. Lagu Wayang Kulit boleh
diklasifikasikan kepada tiga jenis pertama,mengikut watak tertentu seperti Lagu
Pak dogol, Lagu Seri Rama dan Maharisi, kedua lagu memberitahu tentang
perkhabaran (contoh lagu: lagu Berkhabar), ketiga lagu yang menunjukkan
kegiatan seharia seperti sedang berehat, mandi, keempat lagu berperang dan
terakhir sekali lagu khas( mentukan mud atau lagu yang mempunyai tujuan khas).
Melodi dalam lagu-lagu Wayang Kulit dihasilkan oleh serunai atau
dinyanyikan oleh Tok dalang. Pada umumnya lagu-lagu wayang kulit berasaskan
kepada skel pentatonik, heksatonik dan heptatonik. Hampir semua lagu
mempunyai jeda yang lebih luas dari jeda semitone.


MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


8


1.3.2 Tekstur dan Bentuk

Semua lagu dalam wayang kulit berasaskan tekstur polifoni. Ianya
mengandungi tiga peringkat bunyi yang penting.
i. baris melodi yang dimainkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh tok
dalang.
ii. Rentak yang dimainkan oleh alat-alat dram(gendang, gedumbak dll)
iii Bahagian Gongan ( dimainkan oleh alat diperbuat dari gangsa)

Gongan ditakrifkan sebagai bentuk atau struktur setiap lagu dalam
wayang kulit. Pada umumnya gongan mempunyai jangka masa tertentu yang
ditandakan pada hujung pic yang paling rendah dalam ensemble. Pic paling
rendah dihasilkan oleh tetawak ibu yang membunyikan pic pada bit akhir setiap
gongan. Konsep gongan adalah aspek asas bagi menwujudkan form dalam
muzik. Jumlah gongan boleh terdiri daripada 4 bit, 8 bit, 16, bit, 32 bit, 64 bit dan
sterusnya. Gongan juga merupakan sistem pusingan dalam masa dan diulangi
sepanjang lagu. Di sini jelas tetawak ibu menandakan hujung satu pusingan dan
menandakan permulaan pusingan yang baru.

Contoh : Rangkaian Gongan

MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


9


Contoh: pembahagian Gongan secara binari

Gongan 2 bit Gongan 4 bit

1.3.3 Konteks dan Cerita

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di
Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh samada dari Jawa atau patani,
tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah,emgalami perubahan
dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan.
Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu
alat perhubungan dalam masyarakat.
Persembahan wayang kulit dilakukan dipelbagai tempat mengikut
kemahuan dan keperluan masyarakatnya seperti:
i. acara menyembah guru
ii. mengubat orang sakit
iii. upacara memuja semangat
iv. semasa pesta menuai
v. hiburan semata-mata.




MUZ3117 MUZIK MALAYSIA


10



Wayang Kulit kelantan, ceritanya adalah berdasarkan cerita dalam
Hikayat seri Rma. Hikayat ini merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik
Ramayana mengikut tradisi India. Aliran cerita, bentuk patung dan watak masih
mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adega-adegan kelakar
comic felief yang sering terdapat dalam cerita jelas mengaitkan unsur-unsur
tempatan dari segi bahasa dan peristiwa.


Muat turun satu persembahan wayang kulit dari internet, analisa dari segi
ensembel muzik dan cerita.



Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.








RUJUKAN

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi
Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia,
Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.
Nik Mustafa (?). Alat Muzik Tradisional, dalam masyarakat melayu du
malaysia, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan.

http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/wayang kulit