Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Individu – Ruzita bt.

Ashak
Slot Pengajaran ( 20 minit )
Tema : Buah-buahan
Komponen Kreativiti & Estetika
Tarikh : 23 Julai 2009 ( Khamis )
Masa : 8.30 – 8.50 pagi ( 20 minit ).

Sebelum :
Saya telah diberi tugasan oleh pensyarah matapelajaran Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah ( PRA
3102 ) iaitu Pn. Vennila Veerappan untuk memilih satu slot pengajaran aktiviti kelas sebagaimana yang telah
dirancangkan untuk dirakamkan secara individu. Setelah berbincang dengan rakan-rakan kumpulan yang lain , saya telah
membuat keputusan untuk memilih Komponen Kreativiti & Estetika . Saya telah berusaha untuk menghasilkan slot
pengajaran yang berkesan dengan meneliti, mencari dan memilih hasil pembelajaran,objektif,aktiviti-aktiviti yang
melibatkan murid secara aktif,teknik-teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan serta alat bantu belajar yang
menarik.Hasil Pembelajaran dan aktiviti yang pilih adalah murid dikehendaki menyanyi mengikut irama muzik sambil
melakukan gerakan.Tajuk lagu yang saya pilih ialah Pak Johan Ada Dusun iaitu bertemakan buah-buahan.
Semasa :
Pada 23 Julai 2009,Khamis jam 8.30 pagi saya pun memulakan slot pengambaran mengikut Rancangan
Pengajaran Slot yang telah saya pilih.Segala persiapan dari segi susun atur kelas, bahan bantu belajar , muzik lagu Pak
Johan Ada Dusun telah saya sediakan lebih awal lagi. Pada mulanya saya agak gementar kerana inilah pengalaman
pertama saya membuat rakaman semasa sessi pengajaran pembelajaran.Saya juga agak bimbang jika murid-murid saya
tidak memberikan kerjasama dan tumpuan kerana ini juga pengalaman pertama bagi mereka dan saya fikir ianya boleh
menjejaskan objektif pembelajaran pada hari ini. Akan tetapi alangkah gembiranya saya , proses pengajaran
pembelajaran berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.Murid-murid kelihatan amat seronok melakukan aktiviti
sepanjang sessi pengambaran dijalankan dan mereka telahmemberikan kerjasama yang baik.Ada juga beberapa murid
tidak melibatkan diri secara aktif dan agak malu untuk menyanyi walaupun begitu saya cuba mendekati dan berdamping
rapat dengan mereka.

Selepas :
Saya amat berpuashati dan gembira setelah selesai slot pengajaran tersebut.Objektif pembelajaran telah tercapai
dan yang penting ianya berjalan lancar seperti yang dirancang dan muri-murid saya memberikan kerjasama yang cukup
baik.Secara kesimpulannya sessi pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan jika kita membuat perancangan dan
persiapan dengan teliti dan terancang.Sekian Terima Kasih.