Anda di halaman 1dari 3

GB6023

KAEDAH PENYELIDIKAN 2

TUGASAN ANALISIS DATA (30%)

MAKLUMAT MENGENAI DATA SET:

Anda adalah seorang penyelidik yang berminat untuk mengkaji Sikap terhadap kursus
GB6023, Sikap terhadap Matematik, Kebimbangan terhadap kursus GB6023, Jangkaan
Terhadap Pencapaian, dan persepsi kendiri pelajar yang mengambil kursus GB6023. Soal
selidik untuk mengukur faktor-faktor yang dinyatakan tersebut telah ditadbirkan pada kelas
pertama kursus GB6023. Soal selidik yang sama ditadbirkan sekali lagi pada pertengahan
semester untuk melihat perubahan (jika ada) terhadap kursus GB6023, Jangkaan Terhadap
Pencapaian, dan persepsi kendiri pelajar yang mengambil kursus GB6023 setelah 7 minggu
mengikuti kursus tersebut.

Penerangan tentang faktor-faktor yang dikaji adalah seperti berikut:
Kebimbangan terhadap
aktiviti kursus GB6023.
Faktor ini mengukur tahap kebimbangan pelajar terhadap aktiviti-
aktiviti yang perlu mereka lakukan dalan kursus GB6023. Skor
yang lebih tinggi menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih.
Sikap terhadap Kursus
GB6023
Skor yang lebih tinggi menunjukkan sikap yang lebih negatif
terhadap kelas GB6023.
Sikap negatif terhadap
matematik
Skor yang lebih tinggi menunjukkan sikap yang lebih negatif
terhadap matematik.
Jangkaan terhadap
pencapaian
Skor yang lebih tinggi menunjukkan jangkaan yang lebih tinggi
terhadap pencapaian dalam kursus GB6023.
Persepsi Kendiri Skor persepsi kendiri yang lebih tinggi menunjukkan keyakinan
terhadap kebolehan diri yang lebih tinggi.


Anda perlu:

1. Memerihalkan data yang diberi dengan melakukan analisis deskriptif yang sesuai
serta memberikan graf/carta/jadual yang sesuai.

2. Membina 5 persoalan kajian dimana:
a. dua daripada persoalan melibatkan pengujian hipotesis parametrik;
b. dua daripada persoalan melibatkan pengujian hipotesis bukan parametrik; dan
c. satu persoalan kajian yang menggunakan statistik yang tidak digunakan di (a)
dan (b).

Maklumat pembolehubah yang dibekalkan dalam data set ini adalah seperti berikut:

Nama Pembolehubah Penerangan
ID Nombor ID.
Gender Jantina: 1=lelaki ; 2=perempuan
Ethnicity Kumpulan Ethnik
Ethnicity_1 Kumpulan Ethnic yang lain dalam perkataan.
SarMuda Pengkhususan akademik: 1=Sains & Matematik;
2=Sains Sosial; 3=Islam; 4=Jasmani/Sukan; 5=Bahasa
(BM/BI/Arab); 6=Sains Maklumat; 7=Pendidikan
Khas
A_3_1 Pengkhususan selain daripada yang diberikan.
Stat_Kahwin Status perkahwinan: 1=bujang; 2=kahwin
Umur Umur
Mod Penilaian Statistik yang disukai:
Tugasan Tugasan: 0=tidak ; 1=ya
Mid_Sem Peperiksaan Pertengahan Semester: 0=tidak ; 1=ya
Online_Discuss Perbincangan atas talian: 0=tidak ; 1=ya
Pembentangan Perbentangan: 0=tidak ; 1=ya
Projek Projek: 0=tidak ; 1=ya
Kuiz Kuiz: 0=tidak ; 1=ya
Final Peperiksaan Akhir: 0=tidak ; 1=ya
Perceived_Anxiety_class_Time1 Skor min kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada awal semester
Perceived_Anxiety_class_Time2 Skor min kebimbangan terhadap aktiviti kursus
GB6023 pada pertengahan semester
Attitude_towards_class_Time1 Skor min sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
awal semester
Attitude_towards_class_Time2 Skor min sikap terhadap aktiviti kursus GB6023 pada
pertengahan semester
Attitude_towards_Maths_Time1 Skor min sikap terhadap matematik pada awal
semester
Attitude_towards_Maths_Time2 Skor min sikap terhadap matematik pada pertengahan
semester
Expected_Performance_GB6023_Time1 Skor min jangaan terhadap pencapaian dalam kursus
GB6023 pada awal semester

Expected_Performance_GB6023_Time2 Skor min jangaan terhadap pencapaian dalam kursus
GB6023 pada pertengahan semester
Self_Perception_Time1 Persepsi kendiri pada awal semester

Self_Perception_Time2 Persepsi kendiri pada pertengahan semester

GPA PNGK peringkat SPM.
Expected Grade Jangkaan Gred untuk GB6023
1=A ; 2=B ; 3=C ; 4=D ; 5=E


SILA RUJUK KEPADA RUBRIK PERMARKAHAN YANG TELAH DIBERIKAN
DALAM STRUKTUR KURSUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT KRITERIA
PEMARKAHAN UNTUK TUGASAN INI.


*** SEKIAN MAJU JAYA ***

Anda mungkin juga menyukai