Anda di halaman 1dari 13

IMAM MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL

Oleh Mohd Samsuddin bin Harun


www.tenteradajjal.blogspot.com

Pendahuluan

Tajuk ini menjadi sensitif kepada penganut Syiah Melayu serta kalangan mereka yang
pro-Iran dan Syiah yang masih meyakini Syiah masih sebahagian daripada satu firqah
agama Islam. Ketika penulis melontarkan kajian ini kepada umum menerusi laman al-
ahkam.net dan satu laman politik terkemuka tanah air bersama beberapa tulisan
sebelumnya yang mendedahkan perkerjaan dan peranan Iran yang beragama Syiah
dalam kejatuhan Afghanistan dan Iraq, artikel ini mendapat sambutan yang agak baik
bagi mereka yang memahami betapa hujah-hujah ini diambil dari riwayat-riwayat dari
kitab Syiah sendiri. Sementara ada kalangan pembaca yang sudah terjerat dengan
permainan retorik ‘permusuhan palsu antara Iran-Amerika’ serta ‘keperwiraan’ Iran
dalam menentang musuh nombor satu umat Islam ketika ini – Zionist Amerika dan
negara Yahudi di Jerusalem, telah membantah kajian ini dengan hujah-hujah rapuh
yang menunjukkan mereka tidak pernah mengenal agama Syiah sebenarnya.
Bagaimana mungkin mereka mampu membangkang tulisan ini sedangkan mereka tidak
pernah menyentuh dan membaca sebuah pun kitab Syiah lebih-lebih lagi kitab paling
utama di sisi agama Syiah – al-Kafi, karangan al-Kulaini - yang dianggap lebih sahih
berbanding daripada Sahih al-Bukhari.

Umumnya Syiah berkeyakinan semua-kitab-kitab besar Syiah lebih berautoriti


berbanding dari kitab-kitab Sunnah memandangkan kepercayaan mereka Syiah lah
paling benar berbanding dari Sunnah yang dianggap najis-kafir dan menyeleweng.
Kitab-kitab Ahli Sunnah tidak ada nilai di sisi mereka melainkan di dalamnya terdapat
riwayat-riwayat yang boleh diputarbelit sesuai dengan aqidah mereka. Lebih jauh lagi
Syiah mendakwa agama mereka terus menerima agama dari Rasulullah yang mana
menurut mereka telah memilih Ali secara perintah ilahi (wasiat secara nas – rukun
imamah Syiah) sebagai pengganti sementara beberapa kalangan anak Ali yang telah
dipilih-pilih oleh mereka telah mewarisi Ali dengan nas-nas ilahi untuk memimpin
manusia. Tidak hairanlah hadis-hadis Syiah dianggap lebih mulia kerana langsung dari
keluarga nabi (yang terpilih) yang menurut mereka turut menerima wahyu dari Allah
s.w.t.

Negara Iran dan Aqidah Mahdi.

Bagi mereka yang jarang mengkaji tentang agama Syiah, mereka tidak menyedari
bahawa ‘wilayah‘/’imamah’ merupakan salah satu rukun kepada agama Syiah, sesuatu
yang amat berbeza sekali dengan rukun Islam. Rukun ‘wilayah’ yang dimaksudkan ialah

1|Page
kepimpinan Ali dan Imam-Imam berketurunan Husein dengan isterinya yang berdarah
Parsi sahaja. Keturunan Husein (daripada isteri berketurunan Parsi) yang terakhir ialah
Imam Mahdi yang bernama Muhammad bin Hasan al-Askari, yang mana menurut kitab
utama mereka (Usul al-Kafi karangan al-Kulaini), bapanya mandul. Imam Mahdi Syiah
tidak dilahirkan sebagaimana kepercayaan Ahli Sunah bahawa ‘mahdi’ mereka bernama
Muhammad bin Abdullah daripada keturunan Hasan bin Ali, seorang manusia biasa
yang tidak memiliki apa-apa mukjizat dan kelebihan berbanding sebaliknya menurut
anggapan Syiah terhadap Mahdi mereka.

Pada tahun 2004 selepas mengambil alih jawatan presiden Iran, Ahmadinejad telah
mengumumkan bahawa Imam Mahdi mereka akan muncul dua tahun dari tempoh
pengumuman itu (pada 2006) menyebabkan beliau menerima kritikan pedas daripada
ulama’-ulama Qom kerana secara rahsianya mereka sendiri tahu bahawa Imam Mahdi
mereka tidak akan muncul. Malah dari segi sejarah perkembangan Syiah, Imam Mahdi
terpaksa ‘dighaib’kan sebanyak dua kali selepas berumur lima tahun dan selepas ‘ghaib’
kali kedua barulah dilantik naib-naibnya (faqih-faqih) sebagai wakil pemerintahan Imam
Mahdi (yang tidak wujud sebenarnya).

Walayah al-faqih yang ada pada kerajaan Iran selepas Revolusi Khomeini adalah
merupakan teori kepada sebuah kerajaan yang menjadi wakil untuk pemerintahan
imam Mahdi Syiah. Atas alasan ini Iran berusaha bersungguh mengeksport revolusinya
ke luar negara bermula dengan negara Arab dan negara umat Islam yang lain. Al-
Shirazi seorang ulama Syiah dari Mashad, Iran dalam akhbar Kuwait, al-Qabas bertarikh
15 Oktober 2004 mengakui campur tangan Iran di Iraq (bekerjasama dengan Amerika
untuk menumbangkan Iraq dari Saddam Husein) adalah di atas dasar Iran merupakan
‘pemimpin’ (wali) kepada semua penganut Syiah di dunia ini. Kini Iraq berada dit angan
Nuri al-Maliki, seorang Syiah berketurunan Yahudi yang dinaikkan oleh George Bush
dengan kerjasama dari pemimpin Syiah yang lain (ditaja oleh Iran) dan pemimpin-
pemimpin sekular Kurdis (yang disokong oleh Mossad, Israel). Demikian jugalah yang
berlaku di sebalik campur tangan Iran mana-mana tempat di Tanah Arab (Lubnan,
Syria, Bahrain, Mesir dlln.) termasuk juga di Asia Tengah (khususnya di Pakistan dan
Afghanistan).

Penganut Syiah di Iran dan Iraq kini mengakui saat kemunculan Mahdi mereka sangat
hampir, malah menurut mereka bahawa naib imam mereka terkini - Khamene’i
merupakan orang yang menepati ciri-ciri ‘orang Khurasan’ yang akan menyerahkan
panji hitam kepada ‘Imam Mahdi’ mereka, (rujuk tulisan Faris Faqih, Anta al-‘Aan fi Asr
al-Zuhur dalam fnoor.com). Syiah mendakwa kelompok merekalah merupakan
kumpulan yang menang (ta’ifah mansurah) dari Khurasan yang akan berjuang
bersama-sama Imam Mahdi di akhir zaman. Mereka juga meyakini Hizbullah (Lubnan)
yang akan berperanan besar berperang di Bayt al-Maqdis di bawah inayah Imam Mahdi
mereka. Atas alasan itu mereka menunjukkan penyokong terkuat kepada pejuang
Hamas di Palestin dan merayakan hari al-Quds pada setiap Jumaat terakhir pada bulan
Ramadhan bagi mendakwa diri mereka turut memperjuangkan Palestin. Dalam hal ini

2|Page
Hamas akan ditenggelamkan menjadi Syiah dan ber-’wali’-kan Iran sebagaimana
sedang cuba dilakukan.

Pengakuan Ahmadinejad merupakan sebahagian daripada kebatilan Syiah dalam


menzahirkan teori kemunculan Imam Mahdi mereka. Memang benar Syiah sentiasa
menunggu-nunggu kehadiran ‘sahib al-zaman’ (Imam al-Mahdi al-Muntazar) sebagai
penyelamat kaum mereka yang kononnya sentiasa ditindas. Menariknya, berdasarkan
kitab-kitab utama ajaran mereka (Syiah), imam ke-12 mereka yang telah ghaib akan
muncul semula dan memiliki ciri-ciri serta tindakan-tindakan yang tertentu.
Umpamanya, al-Qaim mereka itu akan memerintah menurut dengan hukuman keluarga
Nabi Daud a.s, membawa kitab ajaran yang baru (al-Quran baru menurut ajaran Syiah),
pengikutnya turut terdiri daripada golongan yang beragama Yahudi serta bertindak
kejam dan ganas terhadap kaum selain daripada golongan Syiah, akan membongkar
kubur dan menyalib sahabat-sahabat nabi yang utama seperti Abu Bakr r.a, Umar dan
Ai’syah bahkan turut meroboh masjid-masjid terutamanya masjidil haram dan masjid
nabawi. Semua yang disebutkan oleh penulis ini tercatat dalam kitab-kitab utama Syiah
seperti al-Kafi karangan al-Kulaini dan kitab-kitab besar mereka yang lain.

Berdasarkan hasil kajian, penulis mendapati ciri-ciri Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu
oleh Syiah ini menepati ciri-ciri ‘Messiah Dajjal’ yang amat ditunggu-tunggu oleh
kaum Yahudi bagi menyelamatkan agama dan kaum mereka. Sebagai penjelasannya
penulis kemukakan hasil kajian yang telah dilakukan untuk tatapan pembaca.

1. Perbedaan Antara Mahdi Ahli Sunnah dan Mahdi Syi’ah

i. Mahdi Ahlus Sunnah bernama Muhammad bin Abdillah sesuai dengan nama
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan nasabnya. Sedangkan Mahdi Syi’ah
namanya Muhammad bin Hasan Al-‘Askari.

ii. Mahdi Ahlus Sunnah dari keturunan Al-Hasan bin ‘Ali. Sedangkan Mahdi Syi’ah
dari keturunan Al-Husain bin ‘Ali.

iii. Mahdi Ahlus Sunnah kelahiran dan kehidupannya seperti layaknya manusia
yang lain. Sedangkan Mahdi Syi’ah dikandung dan dilahirkan dalam waktu
semalam, lalu masuk sirdab pada umur 9 tahun, sementara telah berlalu di
dalamnya waktu sepanjang 1,150 Hijrah tahun lebih.

iv. Mahdi Ahlus Sunnah muncul untuk menolong muslimin secara umum, tanpa
membedakan jenis mereka. Sedangkan Mahdi Syi’ah hanya untuk Syi’ah
Rafidhah, bahkan sangat benci kepada bangsa Arab, terlebih Quraisy.

v. Mahdi Ahlus Sunnah mencintai para shahabat dan ibu-ibu kaum mukminin
(istri-istri Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam). Sementara Mahdi Syi’ah sangat

3|Page
membenci mereka, bahkan menyiksa mereka setelah mengeluarkan mereka
dari kubur mereka.

vi. Mahdi Ahlus Sunnah mengamalkan Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam
dan memberantas bid’ah. Sementara Mahdi Syi’ah mengajak kepada agama
baru dan kitab yang baru.

vii. Mahdi Ahlus Sunnah memakmurkan masjid. Sementara Mahdi Syi’ah


menghancurkan masjid. Ia menghancurkan Masjidil Haram Ka’bah, masjid
Nabawi, dan seluruh masjid.

viii. Mahdi Ahlus Sunnah berhukum dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sedangkan Mahdi Syi’ah berhukum dengan
hukum keluarga Dawud.

ix. Mahdi Ahlus Sunnah muncul dari negeri timur. Sementara Mahdi Syi’ah
muncul dari sirdab Samarra. Syiah di Iran juga meyakini Imam Mahdi mereka
akan lahir di Jamkaran.

x. Mahdi Ahlus Sunnah benar-benar ada, seperti terdapat dalam hadits dan
penjelasan ulama. Sementara Mahdi Syi’ah adalah khayalan dan tidak akan
muncul sampai bila pun. (diringkas dari kitab Badzlul Majhud karya Asy-
Syaikh Abdullah Al-Jumaili, 1/255-257)

xi. Mahdi Ahlus Sunnah datang membawa keadilan. Sementara Mahdi Syi’ah
datang membawa malapetaka dan kehancuran.1

Siapa pun dari kalangan pembaca yang meneliti fakta-fakta yang telah dibentangkan
diatas akan menyedari betapa berbezanya aqidah Syiah dalam permasalahan Imam
Mahdi berbanding dengan apa yang diyakini oleh Ahli Sunnah berdasarkan nas-nas
yang diriwayatkan oleh Imam Mahdi. Perbezaan ini bukanlah suatu perkara yang pelik
bagi mereka yang mengkaji tentang Syiah samada tentang aqidah, amalan dan
tindakan-tindakan mereka yang ternyata amat berbeza dengan Sunnah dan Syiah amat
dekatnya dengan ajaran yahudi. Selanjutnya penulis bentangkan ciri-ciri Dajjal dan
kaitan dengan Mahdi yang diyakini oleh Syiah.

2. Ciri-Ciri Messiah Dajjal dan kaitannya dengan Aqidah yang diyakini oleh
Syiah :

Messiah atau al-Masih bermaksud ialah orang yang ditunggu-tunggu yang akan
menyelamat bangsa Yahudi. Dajjal yang ditunggu-tunggu iaitu al-Masih al-Dajjal atau
Messiah Dajjal adalah penyelamat untuk bangsa Yahudi. Penulis mengumpulkan
1
http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=510

4|Page
kenyataan penulis-penulis Yahudi telah menjelaskan ciri-ciri Messiah mereka
sebagaimana di bawah :

i. Penulis Yahudi terkenal Raphael Pata’ telah menterjemah kitab Mishne Torah
yang telah dihimpunkan oleh pendita Yahudi lampau bernama Maimonides.
Tajuk terjemahannya, The Messiah Texts pada muka surat 322-327,
Maimonides menulis ;

"King Messiah will arise in the future and will restore the kingship of
David to its ancient condition, to its rule as it was at first. And he
will rebuild the Temple and gather the exiled of Israel. And in his
days all the laws will return as they were in the past. They will offer up
sacrifices, and will observe the Sabbatical years and the jubilee years with
regard to all the commandments stated in the Torah. And he who
does not believe in him, or he who does not await his coming, denies not only
the [other] prophets, but also the Torah and Moses our Master. For, behold,
the Torah testifies about him [the Messiah], as it is written,

The Lord will return your captivity and have compassion upon thee, and will
return and gather thee from all the peoples whiter the Lord thy God hath
scattered thee. If any of thine that are dispersed be in the uttermost parts of
heaven, from thence will the Lord thy God will bring thee into the land which
thy fathers possessed, and thou shalt possess it (Deut. 30:3-5)

ii. Selanjutnya, Yahudi mempercayai Messiah atau al-Masih itu seorang raja,
penakluk yang menang dari keturunan Nabi Dawud yang mereka namakan
anak Allah. Mereka mempercayai juga bahawa al-Masih itu akan datang
semula untuk mengembalikan kebesaran Israel dan menyatupadukan
perbalahan kaum Yahudi di Palestin serta menjadikan hukum-hukum Taurat
(kitab Nabi Musa) berjalan berkuat-kuasanya. Mereka berharap al-Masih
mereka muncul sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Nama al-Masih – Messiah
sering diseru-seru oleh kaum Yahudi setiap kali mereka ditimpa bencana dan
setiap masa mereka menderita dari bencana-bencana tersebut.

iii. Tetapi juga kadang-kadang al-Masih ini juga dinamakan kepada


sesiapa yang bertindak terhadap musuh-musuh mereka (Yahudi)
walaupun bukan dari keturunan Daud seperti gelaran diberikan
kepada Cyrus. Oleh kerana al-Masih itu masih belum muncul mereka
menamakan beberapa ciri-ciri al-Masih sebenar iaitu seorang

5|Page
pembaik (muslih) sosial, adil dan bersopan santun. [lihat Arthur
Hertzberg, Judaism, m.s : 215 – 218 ]

iv. Abbas Mahmud Aqqad berkata, kebanyakan pengkaji mempercayai


bahawa idea penyelamat yang jujur itu adalah dipinjam dari
kepercayaan Zoroaster, agama asal yang dianuti oleh orang-orang
Parsi. [Lihat Dr. Ahmad Syalabi, Agama Yahudi, Pustaka Nasional :
Singapore, thn : 1977, m.s : m.s 185. Abbas Mahmud Aqqad, Allah, m.s
117.]

v. Guignebert berkata : Sesungguhnya kecenderungan Parsi kepada


melukiskan kemenangan berterusan golongan baik ke atas
golongan jahat selepas melalui sebuah pertarungan yang panjang .
Apa yang dinamakan baik oleh orang Parsi, dinamakan pula oleh
orang-orang Yahudi sebagai al-Masih [ Lihat Guignebert , The Jewish
World in The Time of Jesus, m.s 141].

vi. Idea wujudnya seorang raja yang idealis yang memerintah seluruh alam ini
adalah asalnya dari idea yang tersebar dari kaum Semitik (Yahudi) dan ia
dikuti pula dengan wujudnya suatu alam yang idealis yang sama, iaitu apa
yang dikatakan oleh kaum Yahudi dan Kristian sesudah itu, kerajaan Tuhan.
Setengah pengkaji pula berpendapat kecenderungan kepada idea yang
mengatakan al-Mahdi Muntazar yang dipegang oleh Syiah adalah
dipinjam daripada idea yang ditunggu-tunggu di kalangan kaum
Yahudi. [Lihat Max Margolis dan Alexander Marx : A History of Hebrew
People, m.s : 258]

Sementara jika diperhatikan nas-nas Islam (Sunnah) Mesiah Dajjal dijelaskan


sebagaimana dibawah :

i. Riwayat Imam Muslim menyebutkan sabda Nabi s.a.w : “Dajjal akan


diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai al-
Tayalisah2. Menurut Imam al-Nawawi dalam sharh Muslim menamakan
jubbat al-Tayalisah, iaitu sejenis jubah bernama al-Tayalisah - Persian shawls.
Sejenis jubah yang menjadi pakaian tradisi ulama’-ulama’ Parsi (Syiah) hari
ini yang tidak berjahit.

2
Lihat hadis Sahih Muslim, Hadis no. 5227

6|Page
ii. Dajjal itu manusia yang telah dilihat di sebuah pulau oleh Tamim al-Dari dan
akan muncul semula satu hari nanti dengan beberapa tanda kemunculannya.

iii. Penggunaan lafaz ‘shiah Dajjal’ sebagai gelaran kepada pengikut Dajjal dalam
riwayat Imam Ahmad : Apabila pengikut Dajjal bersembunyi disebalik
pokok atau batu, pokok-pokok dan batu-batu berkenaan akan
berkata kepada orang Islam : “ Di belakang aku ini ada Yahudi,,
datanglah dan bunuhlah dia.3

iv. Shia Dajjal – pengikut Dajjal terdiri dari orang yang menolak konsep Qadar.
Agama Syiah meminjam aqidah Mu’tazilah menolak Qadar Allah s.w.t.4

v. Antara ciri-ciri pengikut Dajjal ialah anak-anak luar nikah. Syiah


menghalalkan mut’ah yang diharamkam sendiri oleh Nabi s.a.w menurut
kitab-kitab Syiah sendiri selepas perang khaybar. Hingga kini syiah
mengamalkan mut’ah yang sebenarnya menghalalkan zina bagi memuaskan
nafsu-nafsu buas para ‘sayyid’ mereka.

3. Mahdi Syiah ialah Messiah Dajjal : Satu Penyaksian Dari Kitab-Kitab suci
agama Syiah

Memahami dan mengkaji sesebuah agama perlulah merujuk kepada kitab-kitab suci
yang dijadikan sandaran dari agama itu sendiri. Rujukan paling sahih mereka
semestinya menjadi sandaran untuk kita jadikan hujah yang tepat yang tidak mampu
dinafikan lagi. Inilah yang penulis lakukan dalam permasalahan kepercayaan Imam
Mahdi menurut agama Syiah bersandarkan kitab-kitab utama dan riwayat dari tokoh-
tokoh yang menujangi agama Syiah itu sendiri. Hasilnya penulis kemukakan kajian
tentang persamaan Mahdi Syiah dan Mesiah Dajjal dibawah dalam dengan susunan
penulis berdasarkan kefahaman penulis sendiri. Tiada satupun kitab-kitab Sunnah yang
menyatakan persamaan berikut yang menjadi landasan penulis dalam kajian di bawah :

i. Ciri- Ciri Imam Mahdi Syiah (Messiah Dajjal)

a. Undang-Undang Keluarga Daud (Undang-Undang Yahudi - Talmud)

3
Lihat Musnad Imam Ahmad, 5099.
4
Riwayat Abu Dawud, Hadis no. 4072 berbunyi Sabda Nabi s.a.w : “bagi setiap ummat ada seorang magian dan
magian umat ini ialah orang yang menolak Qadr. Jika ada dikalangan seorang mereka meninggal dunia, janganlah
kamu hadiri pengkebumiannya, dan jikasalah seorang dari mereka sakit jangan ziarahai mereka mereka adalah Shiah
Dajjal dan ia adalah hak Allah untuk meletakkan mereka bersama dengan Dajjal.”

7|Page
Al-Qaim atau Imam Mahdi Shiah akan memerintah menurut undang-undang Nabi Daud
dan keluarga Daud, menurut hadis Shiah dalam kitab al-Kafi karangan Abu Ja’far al-
Kulaini, yang menurut Syiah merupakan kitab paling sahih daripada empat sumber
dasar agama Syiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Semua yang
mengikuti hadis Syiah akan menemui riwayat al-Kulaini dalam kitab nya al-Kafi5 :

Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari - bapanya - dari ibn Abi Umair -
dari Mansur - dari Fadhl al-A’war - dari Abi Ubaidah melaporkan :
“Apabila al-Qaim dari keluarga nabi muncul, dia akan
memerintah menurut undang -undang Daud dan
Sulaiman.”

Muhammad ibn Yahya meriwayatkan dari Ahmad ibn Muhammad


dari Muhammad ibn Sinan dari Abaan yang melaporkan : “Aku
telah mendengar Abu Abdullah [a.s] berkata : ‘Dunia tidak
lenyap (terjadinya kiamat) kecuali seseorang dari kami
akan muncul dan akan memerintah menurut undang-
undang keluarga Daud’”

Ahmad dari Ahmad ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Hisham
ibn Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada
Abu Abdullah [a.s] : ‘Di atas undang-undang apa kamu akan
memerintah jika kamu menjadi pemerintah.’ Dia menjawab
: ‘Menurut undang-undang Tuhan dan undang-undang
Daud. Dan jika kami berselisih dalam satu keadaan yang
mana kami tidak dapat menyelesaikannya, Jibril (Ruh al-
Qudus) akan mendedahkannya kepada kami.’”

Muhammad ibn Ahmad dari Muhammad ibn Khalid dari Nazr ibn
Suwaid dari Yahya al Halabi dari Imran ibn A’yun dari Jaeed al-
Hamdani dari Ali ibn al-Hussein [a.s] berkata : “Aku bertanya
kepada beliau dengan undang-undang mana kamu akan
menghukum ?” Beliau berkata : “Dengan undang-undang
Daud, dan jika disana terdapat satu perkara yang tidak
dapat diselesaikan, Jibril (Ruh al Quds) akan
mendedahkannya kepada kami.”

Ahmad ibn Mahran [r.a] dari Muhammad ibn Ali dari Ibn Mahbub
dari Hisham bin Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku
bertanya kepada Imam Abu Abdullah [a.s]: ‘Dengan
undang-undang mana kamu akan memerintah ?’ Dia
menjawab : ‘Dengan undang-undang Tuhan, dan undang-
undang Daud.’”
5
Al-Kafi, jil.1, m.s.387-398):

8|Page
b. Bahasa Hebrew

Lebih jauh lagi, Imam ke-12, Imam Mahdi Syiah akan bercakap dalam bahasa Hebrew
(Yahudi) :

Ahmad ibn Muhammad ibn Saeed al Uqdah berkata : Ali ibn al-
Hasan at-Taymali melaporkana kepada kami : al-Hasan dan
Muhammad bin Ali ibn Yusuf berkata, dari Sa’daan ibn Muslim, Dari
rijal (perawi-perawi yang ramai), dari al-Mufadhal ibn Umar berkata
: Abu Abdullah [a.s] berkata : “Apabila Mahdi berdoa, dia akan
berdoa kepada Tuhan dalam bahasa Hebrew.”6

c. Yahudi akan mengikuti Imam Mahdi Syiah.

Menurut Shiah, Yahudi juga akan menjadi pengikut Imam Mahdi:

Sheikh al-Mufid telah melaporkan dalam kitabnya, Al-Irshaad dari


al- Mufadhal ibn Umar bahawa Imam Abu Abdullah [a.s] telah
berkata : “Di sana akan muncul bersama Imam Mahdi ..
manusia dari bangsa nabi Musa (Israel).”7

Menurut hadis dari kitab Al-Kafi karangan al-Kulaini, ketika ghaib Imam Mahdi belajar
dari satu kitab yang bernama al-Jafr (salah satu kitab suci Syiah yang didakwa ditulis
oleh Imam Ali a.s), yang mengandungi ajaran dari agama Israel :

Imam (a.s.) akan kekal bersembunyi untuk satu tempoh


dan kemudian berkata, “Ditangan kami ada al-Jafr. Apakah
mereka mengetahui apa itu al-Jafr?” Aku kemudian
bertanya, “Apakah kandungan al-Jafr itu ?” The Imams
(a.s.) menjawab, “Ia mengandungi ilmu para nabi dan
pelaksana harapan-harapan mereka dan ilmu cerdik pandai
orang-orang Israel terdahulu.”8

ii. Rumusan Dari Riwayat-Riwayat Berkenaan.

Semua kepercayaan ini membawa kita mempercayai bahawa Imam Shiah yang ke-12
sebenarnya ialah Dajjal Yahudi, yang telah diperingatkan oleh Baginda S.A.W, orang

6
[Al-Ghaybah an Nu’mani, p.326]
7
[Al-Irshaad al-Mufid , m.s 402]
8
al-Kafi, Hadith 635, Bab. 40, h 1.

9|Page
yang akan memperdaya ramai manusia dan mencipta pelbagai kerosakan dimuka bumi.
Inilah orang yang ditunggu-tunggu oleh Shiah. Merujuk kepada bukti-bukti, ini ialah apa
yang kita ketahui mengenai Al-Qaim mereka :

1. Dia akan memerintah menurut sistem undang-undang keluarga Daud, menggunakan


Talmud.

2. Dia menggunakan bahasa Hebrew.

3. Pengikutnya terdiri dari orang-orang Yahudi dan pemuka agama Yahudi, kerana dia
adalah Raja kepada bangsa Yahudi.

4. Semasa bersembunyi Imam mempelajari Talmud yang mana merupakan kandungan


“al-Jafr.”

4. Apakah Yang Bakal Dilakukan Oleh Imam Mahdi Syiah (Dajjal) Setelah
Muncul.

Lihat pula apakah sifat-sifat Mahdi Syiah – Dajjal ini dan apakah yang bakal
dilakukannya setelah muncul lagi berdasarkan keterangan hadis-hadis agama Syiah :

a. Rasulullah S.A.W orang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi ? Aqidah


sesat Syiah

Orang pertama yang akan membai’ah Imam Mehdi Syiah ialah Rasulullah s.a.w ketika
raj’ah. Rasulullah s.a.w akan menjadi muridnya.9

b. Muncul Imam Mahdi, Hipokrit (Taqiyyah) Bagi Agama Syiah Akan Terbatal.

Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah.
Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan
daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi
orang yang tidak wara' dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah.
“Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu
bertaqiyyah) ? Beliau menjawab, " Sampai hari tertentu, iaitu hari
munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum
keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami ".10

c. Imam Mahdi Kejam dan Ganas.


9
[Haqq al-Yaqin jil.2, m.s : 347 dan Bashairu al-Darajat, m.s : 213 ]
10
( Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341).

10 | P a g e
Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya
tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab
dan kalangan Ahli Sunnah.

Mereka menyatakan, Apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah
akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu
mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan
dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi11.
Al-Majlisi meriwayatkan, “tidak akan ada yang tinggal antara kami dengan orang
Arab melainkan pembantaian”12

Dalam riwayat yang lain al-Majlisi meriwayatkan, “al-Muntazar akan berjalan di


kalangan orang Arab dan akan membunuh mereka”.13
Dia juga meriwayatkan, “Hati-hatilah orang Arab kerana mereka memiliki berita
yang buruk, maka sesungguhnya tidak akan keluar seorang pun dikalangan
mereka bersama al-Qa’im”.14

Kejam terhadap manusia dengan membunuh 9/10 daripada umat islam. Ketika raj’ah,
orang-orang ahli sunnah yang tidak menerima ajarannya (Syiah Imamiyyah)
akan dipenggal lehernya.15

Majlisi meriwayatkan, dari Abu Abdillah a.s, “kalaulah manusia mengetahui apa
yang bakal dilakukan oleh al-Qaim semasa dia muncul, maka kebanyakan
mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang
dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia
mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari
keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang”. 16

Sayid Sadr menyatakan, “sesungguhnya pembunuhan yang terjadi pada


manusia kebanyakkan dikhususkan kepada kaum muslimin. Kemudian dia
(al-Qaim) menghadiahkan kepada saya satu salinan dari kitabnya”….. 17

d. Imam Mahdi akan merobohkan Ka’bah.

Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah


muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah

11
(al-Majlisi, Bihar al-Anwar, J.52, hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).
12
[Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52 m.s 349].
13
[ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s 318 ]
14
[ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s : 333 ].
15
[ al-Kulaini, al-Raudah min al-Kafi, jil.8, m.s 160]
16
[ Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].
17
[Sayyid Husein al-Musawi, lillah thumma li Tarikh, terj. Mengapa saya keluar dari Syiah, m.s : 137]

11 | P a g e
dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid.
18

Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah
akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap
oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan
dan kaki penjaga Tanah Haram.

Syeikh Mufid menyebut bahawa, "Apabila lmam Mahdi muncul ia akan


merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian
menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah
pencuri pencuri Kaabah.”19

Al-Majlisi meriwayatkan, “Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil


Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”.20

e. Membongkar semula kubur para sahabat nabi.

Akan membongkar kubur Abu Bakr al-Siddiq dan Umar al-Khattab r.a untuk disalib dan
disebat dikhalayak ramai. Mereka kedua akan dihidupkan kembali untuk menerima
hukuman.21

Sementara di zaman kemunculan Mahdi, ketika raj’ah Imam Mahdi akan


menghidupkan Aisyah dan akan melaksanakan hukum hudud ke atasnya
kerana Aisyah dikatakan telah berzina semasa hidup Rasulullah s.a.w.22

Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh Al-Qaim setelah


muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah
dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid.23

f. Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum Dawud dan Sulaiman (Kitab Zabur)
dengan kejam.

Al-Majlisi meriwayatkan bahawa, “al-Qaim akan membawa ajaran baru, kitab


yang baru dan hukum yang baru”. 24

18
[ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].
19
(al-Mufid, Al-Irsyad. hal. 411, At-Tusi, Kitab al Ghaibah, hal.282).
20
[ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 ] juga al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]
21
[ Lihat, Ni’matullah al-Jazairi, Al-Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s : 85 dan Majlisi, Haqq al-Yaqin, j.2, m.s :
242 ].
22
[ Anwar al-Nu’maniyyah, jil.1, m.s : 161, Tafsir al-Shafi, jil.2, m.s 108, Haq al-Yaqin, jil.2, m.s 256, Hayat al-
Qulub, jil.2, m.s 611]
23
[ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].

12 | P a g e
Al-Kulaini dalam Usul al-Kafi, kitab yang paling sahih bagi Syiah yang mengatasi
kesahihan Sahih al-Bukhari bagi ahli Sunnah. Dia meriwayatkan dari Imam Abu Abdillah
a.s berkata : “Jika al-Qaim dari keluarga Muhammad muncul, dia akan
memerintah dengan hukum Daud dan Sulaiman (ajaran Taurat), dia tidak
akan menanyakan bukti-bukti”.25

Kesimpulan

Dengan data-data yang dihidangkan sebelum ini amatlah jelas sekali Mahdi yang
dipercayai oleh Ahli Sunnah itu bukanlah Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh Syiah
sebenarnya. Kedua-dua tokoh ini berdasarkan kitab-kitab masing-masing ialah orang
yang tidak boleh disatukan sama sekali baik dari segi nama, kelahiran, sifat dan ciri-ciri
malahan tindakan yang bakal dilakukannya. Ternyata sekali bahawa Mahdi yang
diyakini oleh Syiah membawa impian serta ajaran yang serupa dengan Messiah Dajjal
yang ditunggu-tunggu oleh Yahudi bagi menyelamatkan mereka. Sama seperti yang
diharapkan oleh Syiah hari ini daripada Messiah mereka apatah lagi Mahdi Syiah akan
diikuti oleh bangsa Yahudi akan membantai umat islam yang lain, dia juga memerintah
menurut hukuman Yahudi, turut bercakap dalam bahasa Hebrew dan memiliki ciri-ciri
yang lain seperti yang disebutkan oleh kitab-kitab Syiah sebelum ini. Mengapa
demikian? Sebenarnya kitab-kitab Syiah ini dikuasai oleh para perawi Yahudi, Kristian
dan Majusi yang sangat memusuhi Islam menyusup masuk dan berselindung di sebalik
kata-kata Imam dari keturunan Ahli Bayt dengan membawa pelbagai aqidah dan
amalan yang busuk bagi menambahkan apa yang telah diseludupkan oleh Abdullah bin
Saba’ ke dalam ajaran mereka. Tidak hairanlah Dajjal itu akan muncul dari arah timur -
kota Yahudi Isfahan di Iran dalam wilayah Khurasan. Sangat benarlah hadis Rasulullah
s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi : “Dajjal akan diikuti oleh
70,000 Yahudi dari Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah26.

24
Al-Majlisi, Buhar al-Anwar, jil.52, m.s : 354
25
Usul al-Kafi, jil.1, m.s : 397
26
Lihat hadis Sahih Muslim, Hadis no. 5227

13 | P a g e