Anda di halaman 1dari 3

SHOBANA A/P PRABHAKARAN

Penghuni Blok C3-4


Unit K1,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
__________________________________________________________________

EN. SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR
Ketua Warden Kolej Kediaman,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. 20 MEI 2014

Tuan,
RAYUAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI 2014/2015
Merujuk perkara diatas saya Shobana a/p Prabhakaran, guru pelatih unit K1-
Pendidikan Prasekolah, Semester 5, PISMP Ambilan Januari 2012 ingin memohon
belas dan ihsan pihak Tuan agar menerima saya untuk menduduki koleh kediaman
bagi sesi 2014/2015 iaitu semester 6 hingga semester 8.

2. Rayuan yang saya kemukakan ini adalah atas sebab yang relevan, kerana
sebagai seorang pelajar saya teramat memerlukan kemudahan Kolej Kediaman bagi
memudahkan saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar serta memastikan
tahap keselamatan adalah terjamin.

3. Di samping itu, konsentrasi dalam pelajaran adalah penting bagi saya,
dengan adanya kemudahan kolej kediaman yang disediakan. Saya memerlukan
kolej kediaman ini untuk memudahkan pergerakan saya ke kuliah serta bertemu
pensyarah-pensyarah dalam membantu saya dalam pembelajaran. Kemudahan
yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat
diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Saya akan sentiasa berusaha
mempertingkatkan daya usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik.
Tambahan pula, saya juga merupakan guru pelatih yang pernah mendapat
anugerah pengarah bagi kecemerlangan akademik bagi sesi 2013.

4. Tambahan pula, faktor keselamatan juga turut membimbangkan saya
memandangkan keadaan cuaca dan sekeliling yang tidak menentu. Dengan
menghuni di kolej kediaman, keselamatan akan lebih terjamin berikutan adanya
kakitangan asrama yang bertanggungjawab keatas keselamatan penghuni asrama.

5. Selain itu, saya menghadapi masalah kewangan yang tidak stabil. Bagi
maklumat pihak tuan, saya merupakan guru pelatih berasal dari Negeri Sembilan
dan juga merupakan pelajar daripada keluarga taraf ekonomi yang sederhana. Hal
ini kerana, ayah saya seorang sahaja yang bekerja sebagai mandor ladang dan
menampung keluarga saya. Ibu saya adalah sesorang suri rumah tangga kerana
ibu saya tidak boleh membuat sebarang kerja keras atas sebab beliau pernah
membuat pembedahan tulang belakangnya. Oleh itu, saya mengurus perbelanjaan
diri serta keperluan saya dengan menggunakan elaun bulanan tanpa bergantung
kepada ibu bapa saya. Jika saya tinggal di luar, mestilah perbelanjaan akan
meningkatkan dan ini akan mengganggu pelajaran saya.

6. Bersama ini disertakan salinan keputusan peperiksaan dan salinan sijil
anugerah pengarah untuk rujukan pihak tuan.

7. Oleh yang demikian, saya berharap tuan dapat memahami situasi saya dan
dan rayuan permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada Tuan. Budi
bicara tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,



__________________________
SHOBANA A/P PRABHAKARAN,
UNIT K1,
IPG KAMPUS IPOH.

Anda mungkin juga menyukai